Red House using ASUS ZenFone 2

 

 

Throwback masa Akak kat Jakarta baru-baru ni untuk Pelancaran ASUS ZenFone 2 di pasaran Asia Tenggara, just nak kasi korang jeles yang this awesome phone is already in my hand now 🙂

asus-zenfone-2

 

Sudah semestinya in Red, The ASUS ZenFone 2! Suka sangat warna merah dia, striking RED!

 

IMG_1316

Hasil pembuatan dan kejuruteraan yang mengkagumkan dan ditambah pula dengan kehebatan Zen maka lahirlah this superb Zenfone 2 yang berprestasi yang belum pernah dialami selama ini, charging dengan lebih cepat, sharp vision serta UI yang lancar dan intuitif , direka khas untuk menjadi teman terbaik korang!

ZenFone 2 mempunyai perlindungan ergonomik melengkung belakang dengan butang intuitif yang berfungsi sebagai kawalan bunyi (volume control) juga sebagai butang pengatup kamera (camera shutter button) apabila hendak berselfie 🙂

P_20150614_103506_BF

Abang memang suka berselfie ni, with Beautification mode 🙂

(that s our pc / blogging area, the tangga tu is heading to loteng)

image

Jom tengok specs dia dulu,

The World’s First 4GB RAM Smartphone and powered by a 64-bit 2.3GHz Super Quad-Core Intel® Atom™ Z3580 processor.

Displaynya yang sememangnya splendid and stunning, comes with 5.5in FHD screen, berdimensi 152.5 x 77.2 x 10.9 mm, seberat hanya 170g, berresolusi 1080 x 1920 pixels dan kameranya pula 13 MP. Dan yang paling awesome ialah ianya diequipped with 802.11ac Super Fast Wi-Fi, which is a supercharged version of 802.11n bermakna lagi lajulah kalo beronline dan juga support 2 simkad! Memang incredible, korang boleh check sendiri full specs dia.

Bukan itu sahaja, ASUS ZenFone 2 has these awesome features such as See What Others Can’t See, Uncompromising Performance, More Personalized Interface and Ultimate Entertainment.

P_20150614_101433

See What Others Can’t See

ZenFone 2’s 13MP PixelMaster camera with its f/2.0-aperture lens captures stunning, high-resolution photos with zero shutter lag. Jom tengok contoh-contoh gambar Red House yang diambil menggunakan ZenFone 2 ni 🙂

P_20150614_102550

Auto mode

P_20150614_103130_LL

Low light

Its low light capability is incredibly superb. Low Light mode employs pixel-merging technology to capture up to 400%-brighter photos at night or in low-light scenes, without the need for a flash!

P_20150614_102212_NT

Night mode

P_20150614_101130_LL

Sesambil tu korang leh la layan gambar-gambar our new Red House hiks 🙂

Screenshot_2015-06-14-10-52-55

Screenshot_2015-06-14-10-53-14

Those are the preset modes available for this phone.

Uncompromising Performance

Dikuasakan oleh 64-bit 2.3GHz Super Quad-Core Intel® Atom™ Z3580 processor dan 4GB of dual-channel DDR3 RAM. Featuring LTE Category 4+ untuk download speeds up to 250Mbit/s, dan 60ms touch response time, ZenFone 2 memberikan kuasa beyond your imagination. Kalau masih tak cukup tak tau la Akak nak cakap.

Screenshot_2015-06-14-12-10-23

Memanglah sangat laju, you can really feel the different. Switching between apps sangatlah smooth and no lagging at all! Prestasi hebat ini merangkumi semua senario termasuklah web browsing, its graphics, incredibly smooth multitasking, download speed dan juga touch-response time!

More Personalized Interface

Lebih mudah, lebih bijak dan lebih banyak personalized ZenUI Experience dapat dialami dengan ZenFone 2 ini. Brand-new ZenUI mempunyai exquisite visual design serta wide range of new features, ini termasuklah ZenMotion, SnapView, Trend Micro™ Security dan ZenUI Instant Updates — yang meningkatkan usability, ensure security serta privacy, sekaligus deliver a seamless user experience.

image

 

With all those excellent features and superb performance, this ZenFone 2 memanglah sangat berbaloi-baloi! Sudah lama berada di pasaran Malaysia sekarang. Even some of my friends already using it and recommended it! Korang boleh la try cuba test sendiri dan rasai kelainannya 🙂

P_20150614_101311

Nah belanja lagi satu gambar Red House shoot by ASUS ZenFone 2 (rumah baru pindah tak habis kemas lagi)

Untuk info lebih lanjut bole layari ASUS ZenFone 2 dan juga ASUS Malaysia FB page.

And by the way, korang boleh membeli ASUS ZenFone 2 ZE551ML 4GB RAM + 64GB ataupun 32GB variants secara online di ASUS Store.

Comment: 6

3 new things…

IMG_9087

Ya Allah penatnya aku Fri lepas.  Kerja, pastu lunch break lari ke AEON Maluri. Kenkonon nak beli satu-2 barang jer, tapi knowing me, terbeli ler barang2 lain gak.

meh tengok, dahlah pemalas nak susun amik gambar bila dah sampai rumah, so gambar ni asalnya aku hantar kat RD, jadi pakai semula ler.

Rak untuk letak dalam cabinets dapur, so cantik le sikit aku punya maknek barang2 masak.

The king and single bedsheets (for parents and Abang). Akemi brand is always my fav, tapi mak datuk kenapa harga makin mahalllllllllllllll, ini sale tau, kalau takde sale, omeng!

Berus jamban merah hahahaha, nak amik lagi 2 takde stock ler pulak dah.

Pisau containers, sebab dia merah. Kalau dia hijau aku tak amik dah tentu. Sapa suh korang buat warna merah.

Botol air sekolah Zeeshan (dari dia sekolah, itu ler satu botol dia pakai, about 5 months, weekend pun pakai tu, dah naik lusuh hoih), ini mami up sampai 2 terus.

2 tier rack sets, patut tak nak le pakai coz aku tak suka semak atas top dapur tu but banyak jer pinggan mangkuk kena basuh. I told my maid dengan syarat, rerajin sikit simpan lam cabinets, kain lap baru untuk lap pinggan aku dah beli jangan nak malas buat (tapi aku gak yang buat setiap malam sebelum aku tidur!) Bangun pagi pun or bebila ler bila aku tengok ada je pinggan mangkuk kat situ, aku gak yang lap masukkan dalam cabinets. Haiyohhh cik kak tu.

All total atas tu was closed to RM550. Nampak benau lah kan yang mahalnya kat bedsheets tuh! Sebelum pindah aku dah beli online for 4 sets of my king size tapi tu sume bukan Akemi, ni yang aku datang poi beli, my bedsheets must be changed 3 times a week (kids hanya once a week).

IMG_9093

Habis kerja, terus lari balik amik kakak abang, 2 weeks cuti bebudak tak pergi mana ngan parents, kita cuti lama tapi dah cakap depa kena paham kita pindah rumah. Diorg pun looking forward. But their cousins ada bawak depa pi skating kat IOI, lelepak reramai ngan cousins. Ada gak adik aku ngan bini anaknya bawak abang kakak gak pi bowling gak. Cuma ngan parents je takde.

Zeeshan tak leh ikut abang kakaknya, he s too active ler. Kena ada either mak or apak sama, aku tak berani le nak bagi dia lepas. Lagipun petang2 memang his bed time, so tak yah ler dia ikut abang kakak.

Yang masa aku bawak Abang Kakak keluar pas keje aritu pun, aku suh depa  keluar sesenyap, adiknya tidur, tak leh ikut. Kita nak kena tengok wayang hahahaa…

IMG_9096

Lepas beli tix bagai, jalan2 kejap coz memang initial plan nak beli barang sikit. Halahaih beli lagi! Ni aku tengok, harga ni standard ke mahal ke murah? RM124. Korang rekomen sket. Ada yang duo/double but tak nak le yang tuh, nak amik seketul ni jer pung.

IMG_9099

aku risau je dalam kedai nih, abang kakak dok memain gak but aku dok remind le dalam ni banyak kaca kang jangan ada yang terlanggar bersepai ha….mak kau gak kena bayau

IMG_9104

rumah aku tu dah ada 2 step ladders yang 3 steps. Satu dok bawah, satu dok atas. Tapi bila nak pakai kat bilik kakak, kena le pergi bilik sana amik, so aku beli ni extra 2 terus. Tak boleh  nak gegaduh ngamik bagai yek.

IMG_9108

camne aku tak bebel, ada je lawak jenaka bebudak 2 orang nih

IMG_9109

bila tengok gambar nih, oh selain letak pinggan basahan boleh je letak lam cabinets aku tuh, untuk tetutup periuk, kan kan kan, molek gak, leh amik yang 1 tier jer for letak pinggan basuh, lagi murah. Ada yang contractor cabinets aku provide, but ada yang tidak, so nak cecanggih lain tambahan kena le beli sendiri.

IMG_9116

We left these 2 ladders kat sini lepas bayar and pi makan. Bebudak ni nak kena suap makan dulu sebelum movie.

IMG_9119

Kita makan kat Kenny Rogers, aku dah ingat nak pi kopitiam ke mana tah, coz dulu mana ada Kenny nih, susah nak makan halal kat Viva coz banyak restaurant non halal je dalamnya.

looking into this photo, my first son and daughter, dah besarnya lahai….

IMG_9124

macam aku tak makan je, aku makan mushroom soup, tapi makan suku je, bebudak ni dok pau mak nya. Yang macarony cheese tu, muak ler, tak leh nak telan. sesudu pun payah. Bebudak pun sama tak leh nak goooo

IMG_9126

Abang kakak makan lamb chop and steak, aku add on ayam seketul yang quarter tu pun kekongsi ngan anak2, diorang suka betul makan kat sini coz sedap sangat. Specially kakak ler, sampai lam movie dok terkenang2 kesedapan Kenny nih, leh kita datang lagi yek kids…

IMG_9128

abang nak selfie lah!

kena touch up kasi cantik dulu plate abang..

aku peratikan jer gaya budak bujang nih

IMG_9130

amik dulu, nanti balik rumah ada wifi abang leh share gambar2 ni kat kenkawan abang hehehehe

IMG_9134

yeah begitulah anak2 kita. aku pun jarang selfie ler, bila peperlu je sangat. Kakak takde hp, kena grounded hp for a month plus coz dia tak siapkan tuition’s homeworks (kantoi ngan maknya).

IMG_9141

Habis dinner, abang hantar dulu the ladders and food ke kereta while aku ngan Kakak naik atas to buy the popcorns for them. Well, about the Jurrasic park, hemm bebudak suka ler. Aku tak suka hahaha, tak best kot, not my type of movie. Balik malam tu, apaknya balik je dari kerja aku terus kong, letih kau, tetua ni 3 locations in a day, boleh tahan le pancit sangat.

Hari tu anak2 belajar 3 perkara:

1. Manager Kenny Rogers tengok kami tak luak makan macarony tu, he was then offered a new one with less cheese, complimentary. Tu yang kita tapau. Thanks (beyond our expectation betul yang Kenny will do so), yet kita tak komplen pun.

2. I am an MBO member so points memang penting le tiap kali beli food ke or bayau tix, even dah penah redeemed gak before. So bila beratur untuk bayar tix (tak beli online coz it was less than 1 hour + show), the ticketing adik tu cakap yang system down so tak leh nak amik points. I told her, even your system down ke apa, you kena gak amik my record manually and once your system is up, u boleh insert. This is my right as a customer, if 10 kali down, 10 kali le rugi points aku.

The manager agreed, he ajar the ticketing staff (think she s quite new), coz she memang tak tau camne nak do manually. I wonder gak, takkan le MBO customers lain tak komplen kot suh budak tu buat manually? But pastuh bila aku pi bayar untuk popcorn, cashier sana amik pulak points kita manually and aku tengok ramai gak nama yang dia dah tulis kat bukunya. So bukan aku le gak yang make noise pasal korang kena amik our membership details kan, though your system dah down.

3. Same girl gak, at MBO – Bila dia bayar balik the balance of my money, short 5 sen. Oh well, itu duit kan, my right. Teppanyaki KLCC selalu buat camtu gak, burn duit 5 sen customers. So I asked her politely, yang duit you bagi short 5 cent, dia cakap takde 5 sen, the manager ada lagi situ belakangnya, told her to give me 10cents even they dont have 5 cents. Yes, not because aku kedekut ke hapa, but korang ada macam2 jenis service charge ngan dunia GST lagi skang nih, my 5 cents kalau korang tak pulangkan for 50pax, dah berapa korang untung?  I told my kids, this is not about mami being so berkira kedekut but system yang govt buat sekarang dah buat kita rakyat susah, jadi kita jangan nak bagi muka ngan depa, if that s your right, ask for it, unless korang tak kisah, malas nak drama.

Abang kakak dapat pelbagai pengalaman baru hari tu, depa bebudak so tak tau sepak terajang dunia wang ringgit, yang depa tau, nak apa saja, mintak duit, paling besar pun depa buat, kena simpan duit belanja sekolah untuk pergi berjalan bila cuti sekolah (for eg ice skating), jadi incidents atas ni semua depa belajar baru ler.

As we grow older, we learn new things, that s for sure.

Comment: 8

The old version of Red house…

IMG_8790

waa before I posted the new  Red house, ini asal gambaran the original of Red House sebelum kita buat heavy reno. The reno, i tell you yer, 99.9% kita pecah habis, 1% tu tang kiri kanan je tinggal kot hahahahaa tak leh nak usik.

Ini at least gambar selepas owner lama pindah, kalau masa depa belum pindah, lagi pengsan! Sekali je aku masuk rumah tu, cecepat keluar. pitam tengok camne depa leh duduk tinggal situ, ada 3 generations dalam rumah tuh. Takpelah, depa dah selesa 30taun dok situ.

So we took over the house, 10months dok reno, in fact skang pun masih lagi touch up sana sini, ada sikit lagi aku nak tetambah. Dari hari tu pindah pun, contractor hehari ada buat kerja, not Ah Seng, kerja dia dah siap.

Kami pakai 3 contractors, the major one is Ah Seng, wiring contractor lain, untuk cabinets specially the red red one tu contractor lain.

Pendek kata yang asas rumah ni, takde aku pakai langsung pun, tiles/roof/ceilings/toilets, semua ler, 100% cabut buang etcs. Umpamakanlah sebidang tanah, kami naik semula rumah baru. Begitulah.

Ada teaser sikit rumah merah dah keluar di Instagram/FB tapi di sini masih belum sangat le kan. Slowlylah. Cuma beginilah rumahnya gambaran yang aku nak tunjukkan, kenapa kita amik sampai 10 bulan untuk building up the Red House.

Masa depa pindah kan, owner tu tinggalkan segala mala barang yg dia tak nak bawak cam tu jer. Laki aku masa tu balik dari Europe, terus tepon lawyer kami, suh dia belasah lawyer sana/owner sana, to clear up the house sebelum kita charge lain plak hahahaha. Kelam kabut depa datang bawak lori, amik bembarang depa. ingat rumah aku tu sampah hapa, sesuka hati je ko tinggalkan sampah ko kan.

Insyallah tak berlaga bontot, i was once getting harsh comments from someone, dok jaja kata rumah VA aku sempit berlaga bontot. Keji betul bahasa depa nih, apapun tu lah rumah kami, kecil besar, bahagia syukur. Husband and I kept saying to ourselves, biarlah, orang tak tau periuk belanga kita, apa yang kita usahakan, so people could talk.

Alhamdulillah. Jemputlah datang, sesapa nak datang buat appointment dulu 🙂 . So far memang hari2 memang ada guests datang melawat and tour the Red House.

 

 

Comment: 8

Drama Zeeshan for my iPhone :(

IMG_8088

Sambung sikit lagi a few days before pindah, waktu tunggu anak2 tuition, aku lari ke Tesco, cari barang2 sikit. Kotak tu, kipas baru untuk bilik maid. Dia tu kan, setahun kerja, habis jahanam kipas dalam biliknya, Tak paham acik camne dia pakai, ko sorang je pakai pun. Ni aku beli lagi. Yang lama boleh pakai lagi tapi tak boleh dok tegak, so itu leh letak kat attic. Untuk ko, bukan takat katil baru, kipas baru pun dapat hah bik. Iron cover baru, pastu beli gak iron board baru, masa nak pindah tu ler dia cakap board dah uzur. Der…

IMG_8091

Memandangkan wardrobe dan walk in wardrobe sangat cantik (as per ai requested), jadi kena upgrade hangers merah baru gak hahahaha….Jadi semua kain baju yang duduk dalam kotak, boleh kita susun yey!!

IMG_8152

pun antara longgokan setiap malam camni lah sejak sebulan lepas rumah VA den

IMG_8173

as i was tengok2 gambar dalam iphone, tetiba aku ternampak gambar nih. Ini bukan aku amik nih…hem…

by the way itu access to the walk in wardrobe, tak siap lagi pintu merahnya 🙂

IMG_8172

wah ada gambar kaki ko plak!

ini ler kerja si anak bongsu. Waktu aku ngah sibuk2 kemas kat bawah, dia buat keje dalam bilik nih, amik hp aku (yang tak sempat nak lock), waktu tu ngah charging kat docking Philips! Dan dek kekasarannya nak main gak iphone tanpa mencabut dari docking, habis dipatahkannya docking tu. Huwaaaaaaaaaaaa ko ni dik!!

Dan lepas tu aku cuba charge kat docking Philips tak lepas, another 2 dockings pun tak lepas gak, So all 3 dockings semua tak boleh charge!! Cant even transfer gambar, but pakai cable je boleh. Ohmeng! The reason mak ko beli docking coz kelajuan menyecaj by docking Philips tuh.

Sob sob….malam tu bukak Machine check harga iphone6, Ya Allah dekat 3ribu 200 untuk 64g!!  Tunggu iphone 7 jer lah heh dah alang kepalang.

Comment: 5

Solo Viva…

IMG_8177

aku beli tangga ni, memula ingat cukup le 2 tangga 3 steps tu kan, satu kat bawah satu lagi kat tingkat atas, tapi untuk walk in wardrobe aku nak kena ada gak satu camni gak, jadi ni murah jer, 2 steps cukup dah for me, 50 ringgit, ada diskaun lagik!

IMG_8186

ini semua kat Viva, aku tengok orang beratur for Adidas warehouse sale tu, mak datuk punyalahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh beratus beratur kau! Adik ipar aku pun, berejam2 tunggu duduk dalam nih membeli.

IMG_8190

Unik gak lampu nih tapi colourful nih aku tak berkenan ler…Kalau semuanya merah shape tuh, boleh consider lagi ler. Stand tak merah tak per.

IMG_8194

ini aku beli, 2 ketul. Anak2 punya jam loceng bangun tidur semua dah kojol. Bolehlah buat belanja depa tolong kemas rumah angkat barang kan. Tak angkat barang pun mak ko beli gak anak2 oi…

IMG_8189

Satu ni lagi boleh tunjuk, ye aku beli jam nih! RM200 for Orient brand, mahal coz brand pun kot. Kalau brand cap ayam pun aku amik gak. but coz I nak gak the kotak and red red nih, haruslah amik. close eyes on the price.

Aku pergi Viva Mall tu sesorang, laki aku ngah angkat2 barang, kalau dia ada sama nih, memang tak lepas kot beli nih…

IMG_8184

Stand lamp merah nih, memang jatuh cinta betul ler. Harga asal RM1500. Left this one display unit jer so dia bagi aku RM1100. Gilo hapo. Dahlah display unit, kalau 50 – 70% off tu logik gak lah. Dengan finger prints punya banyak kat shape tuh. Tapi lawa lerrrrrrrrrrrrr.

Ok now korang tolong akak, carikkan similar to this, tak kisah ler stand merah ke or shape merah, tapi nak yang bagak2 ler. For bed ke for stand ke, tak kisah. Tolong yek, bagitau. Harga menggila tidak dilayan. Harga unik murah cantik meletup amat welcomed. Thankies!

Comment: 2