Search Results for: tetiba

Bapak’s day but specially for Mom …

IMG_9811

Sebabnya RB demam malam sebelum tuh and kemudian kami pulak sibuk dengan shooting for the whole family, jadi RD yang jenis tak kisah tak heran apa2 pun pilih makan di Wong Solo, outlet di Bandar Sri Permaisuri. Sedap makan sini, aku dah makan banyak kali agk, memang repeat sesaja. Malam sebelum tu RB tetiba demam naik panas, siangnya masa makan nih sihat but tengok mata dia macam kelam je kan, pastuh habis shooting, malamnya dia naik balik demam panasnya.

Esok terus bawak klinik, dah sihat, tapi lusanya pagi datang balik demam, but pastuh kebah balik. Shooting kali ni aku bayau depa sorang RM50 coz tolong mak shooting sesama, depa dah pandai demand duit ok bila ada je keje blogging, memang depa tunggu payment. Bapaknya la yg cucuk ajar nih…

Anw nothing special ler, biasa jer makan2 je pun during the Father’s day. ajak abah aku pi makan pun dia tak nak.

and on another note…

photo

Aku turun Chanel KLCC, tengok berkenan hah terus amik. Cadangnya nak jadikan hadiah birthday, boleh nak claim kat laki ler kan, laki aku pun ok jer lah kan, tapi pastu, eh eh, tak jadilah. hadiah dari laki nanti aku nak pau sebat lain. so ni hadiah dari RM to RM sendiri.

Sejak beli, bukak dari kotak tu pun belum lagi der…..ni beli sempena Hari Bapa buat suami. kahakkkkkahakkk!

Comment: 9

Cabaran 7 hari Dove!

48hours sponsored post

 IMG_4334

Few weeks before aku pi Milan, aku pi ‘kelas ketiak’ hahahahaa. Best weii! Memacam ilmu pasal ketiak den dapat. Rugi korang tak ikut sama, tapi tak ngaper, I dont mind sharing some info on the ketiak with you girls and boys.

IMG_4456

Masalah kita orang perempuan nih, baik yg tak bertudung or bertudung, ada yang tak pay attention sangat ngan ketiak skincare kita. Yelah pasal covered up ngan baju so tu yang tak berapa nak jaga, padahal as much as we care bout our skin face, sama jugak kita kena jaga ketiak ni hah. Dapat ketiak yang hitam pastu ada macam kekerak, geli tak?

Kot yang dah kahwin laki tengok pun alahai sedih, potong stim. Yang belum kahwin pun sama, kena jaga coz itu kan part of kesihatan. Kalau tak jaga memolek, akan mengundang kepada damaged skin.

IMG_4362

Ramai antara kita yang cabut bulu ketiak (pluck) and jugak shaving, ada jugak yang buat laser, wax dan epilate. Shave paling simple dan pantas, sambil mandi terus shave but itulah antara puncanya irritation di ketiak.

Tapi nak shaving ke pluck ada caranya bukan main tarik jer, or shave yer….

IMG_4410

Kalau kita nak badan kita diurut, dan mendapat keselesaan, ketiak tu pun sama jugak, kalau depa boleh bercakap depa dah bilang, hoi hoi tolonglah jaga aku bebersih. Perempuan cantik bukan sahaja pada rupanya, tapi pada adab dan juga tahap kebersihannya.

IMG_5348

Jadi aku bawa bersama ke Milan, 2 dari 4 types of Dove Whitening Original dan juga Dove Whitening Silk Dry. One for me and one for RD. Laki aku pencinta deodorant. Kalau aku pencinta perfumes, dia memang suka deodorant. Pagi sebelum pergi kerja dia pakai, pas mandi dia pakai, nak tidur pun dia akan pakai.

Betulkah dengan 7 hari penggunaan Dove Whitening, kita akan dapat the lighter and smoother underarms?

Magically! It s true!!

Heh korang cubalah, 7 hari berturut2 pakai, slowly akan nampak kecerahan. Unless ketiak korang yang jenis keladak sangat, aduh tu kena pi jumpa skin specialist tuh, awat teruk sangat tu kak?

IMG_5339

Waktu Kelas Ketiak by Dove Whitening tuh, they invited Associate Professor and Consultant Dermatologist Dr Irene Lee, meyakinkan bahawa Dove Whitening deodorants memang provide gentle care untuk ketiak wanita terutamanya. Justeru kita akan jadi lebih comfortable dengan diri sendiri, keyakinan dan juga dah tentu reducing the skin darkening.

Kita wanita nih bukan sahaja nakkan deodorant yang controls odour kan, tetapi juga a beautiful underarms. Anak2 aku masa kekecik dulu cukup suka cium ketiak maknya hehehehhe tapi dah besar ni malu nak cium, specially abang, pe helnya dia nak buat gitu hiks…

IMG_4450

So untuk mendapatkan ketiak yang membolehkan kita lebih confident, attractive dan free to express ourselves, Dove Whitening has come out with 3 different variants – Dove Whitening Original, Dove Whitening Silk Dry and Dove Whitening Unscented Roll-On, harganya serendah RM7.20 sahaja. Untuk Dove Whitening Original Spray pulak, RM14.90 boleh semuanya kita dapat kat memana supermarkets and pharmacies.

IMG_4433

Belilah, get for yourself and your family/frens, kalau untuk anak2 pulak, biar tunggu depa teenager sket baru kita allow them to start pakai the deodorants. Abang dok zikir kat telinga aku nak jugak nih but I told him to wait for few more years.

IMG_4428

7 Days Dove Challenge untuk korang nih, tengok selepas 7 hari, 2-3 times a day pakai, insyallah you gonna get whiter and smoother ketiak. Selain dari itu Dove Whitening ranges nih ada Vitamin E dan juga F yang pastinya meyakinkan kalian untuk lebih confident, comfortable dan wonderfully fresh.

Korang sure tak nak dapat ketiak yang tetiba ngah dalam meeting, or ngah in public, ketiak membasah habis tempias di baju kan? So, Dove Whitening adalah penyelamat kalian!

Dan semestinya aku pun sedang menjalani the 7 Days Dove Challenge jugak, hang ingat hang sorang jer ker, aku pun sedang challenging myself tuh. Jadi bagaimana hasil kemudiannya untuk 7 hari, ahah, tunggu dalam the next post pulak. Redmummy 7 hari selepas berketiak Dove! Kahkahkah, bunyik tak challenging but hasilnya sangat Awesome!!

Khidmat pesanan masyarakat Dove is brought by Redmummy.com

Comment: 18

Little Red Cube from Little Red Mummy!

This entry is dedicated specially for Little Red Cube

From….

From….

From….

 

IMG_8554

from….the Little Red Mummy

Minggu lepas sempat lagi aku flew down ke Johor Bahru. 4.30am dah bangun, bersiap. 5.30am aku dah drove off to KLIA, alone sorang2.  Laki aku tak rajin ler nak hantar bininya, waktu tidurnya lagi, kang jadi first person sampai kat opis pas hantar aku memang takper ler, tak nak lah susahkan laki pagi tuh, I superwoman, takat pergi KLIA tu, sendiri drive pun dah biasa. I bukan jenis bini yang merengek2 nak harapkan orang, aku kan independent. tak dapat hantar, aku drive, malas nak drive, kita call je cab. senang je kan.

About 6.15am, dah sampai terus checked in by the Little Red Cube’s team and flight took off at around 7.30am.

IMG_8579

with the little bunch of bloggers

Well bukan aku sorang jer dijemput, turut sama terbang dengan aku beberapa bloggers lain iaitu Akubiomed, Zaid, Beautifulnara, Andyhowtt dan Ruby. Sampai2 jer kat Senai Airport dah ada coach tunggu dan terus dibawak ke Traders Hotel yang baru sahaja 5 hari dibuka. So sebelum mula apa-apa kita breakfast la dulu kat hotel baru ni 🙂

It was a buffet breakfast, hah korang kalau saje2 dok JB tu tak tau nak breakfast kat mana, teruslah cergas ke Traders Hotel, sedap betul spread menu breakfast depa!

IMG_8585

Apa kami buat kat JB ni?

Kami actually datang untuk memeriahkan majlis pelancaran Kompleks Little Red Cube dan juga Karnivalnya.

IMG_8790

 with the Little Three Red Stooges 🙂

Apa dia  Little Red Cube ni Kak Red?

Little Red Cube ialah sebuah komplek seluas 4.2 ekar yang terletak strategically kat Puteri Harbour, Nusajaya yang mempunyai view yang menarik iaitu Straits of Johor. Ianya merupakan a retail lifestyle and family entertainment complex yang terdiri dari campuran pelbagai retail, leisure, F&B dan juga entertainment outlets.

Bukan itu sajer, yang lebih utamanya ianya juga dilengkapi oleh theme parks dan the first international hotel brand in Nusajaya iaitu The Traders Puteri Harbour.

Sepelaung sangat dari Singapura pulak tuh.

IMG_8600

Wow very personal invitation gitu 🙂

IMG_8609

Dimulakan dengan persembahan muzik yang unik dari kumpulan Stompers yang menghasilkan bunyi-bunyian dari barang buangan seperti tong sampah, tong drum, botol, kayu dam macam-macam lagi. Memang kreatif dan innovatif budak-budak ni Stompers ni. I did keeked about this, check out my Keek here nah nah

Jun 4, 2013 | Dang dang #littleredcube by redmummydotcom on Keek.com

IMG_8641

Diikuti oleh ucapan pelancaran oleh Dato’ Eddy Leong iaitu Pegawai Operasi DRH

bersemangat merah!

IMG_8650

dan seterusnya merasmikan pelancaran Little Red Cube dan juga karnivalnya yang kini sedang berlansung dari 5th – 23rd June 2013. Semua dijemput dan sangat dialu-alukan mai datang memeriahkan karnival Little Red Cube ni terutamanya orang-orang negeri Johor, dan juga orang-orang Singapura sana nun 🙂

Walaupun cuti sekolah untuk Malaysia sudah berakhir, but masih sempat lagi untuk kita pergi for the weekends, kalau dapat pergi weekdays memang beruntunglah sangat jugak ye dok. But hey, Singaporeans baru cuti sekolahkan, apa lagi, serbuuuuuuuuuuuuuu!!!

IMG_8688

Macam aku cakap tadi, ade bermacam retail outlets di sini. Kebetulan Poney juga merasmikan pembukaan outletnya pada hari yang sama dan ade diskaun pulak tu. Apa lagi terjebaklah aku beli baju si RB tu hiks. Aku ngan Nara berlari mencicitan di hujung harinya sebelum back to the airport coz kita nak kejarkan the 20% off, sampai memasing pun amik baju anak sama je warna pesennya. hah! anak2 kami kan lebih kurang je sebaya kooooooooooooo

IMG_8702

Sesi bertemu-ramah dan bersoalan-jawab para media bersama Dato’ Eddy Leong

IMG_8708

Sesi lunch di The Traders Hotel 🙂

IMG_8753

Lunch sambil memcuci mata dengan permandangan the Marina dan the Straits of Johor.

IMG_8721

IMG_8740

Untuk Karnival Little Red Cube, macam-macam aktiviti ada untuk korang semua join sama, antaranya seperti

SUNCATCHER PAINTING – Children will have the opportunity to express their creativity by colouring these accessories.

CLOWNING ENSEMBLE – Children will be entertained by our clowns as they stroll around the Carnival.

INFLATABLE CASTLE – Let your kids jump around on our bouncy, multi coloured “castles”

HELIUM REMOTE CONTROL FISH – Be enthralled by the flying fish as they float through Little Red Cube.

JUMBO SUMO WRESTLING – Strap into suits, and get ready to wrestle.

CARICATURE – See the new you through the eyes of our talented artist.

TREASURE HUNT – Explore Little Red Cube guided by a treasure trail. Fun for both kids and adults!

LIVE ENTERTAINMENT – There will be a rock band to entertain you through the evenings at Olive Tree.

Memang tak rugi kalau datang time karnival ni.

IMG_8782

Sempatlah juga aku jadi model untuk karikatur aku hiks

Gambar aku yang dia lukis, dah serupa version Gegirl sangat, cuba tengok Keek ai nih, sambil tunggu Nara siapkan karikatur dia. Aku bagi kakak gambar tuh, terus dia tampal kat study room dia, serupakan kita ye kakak 🙂

Jun 5, 2013 | Macam muka anak dara ai je heh #littleredcube by redmummydotcom on Keek.com

IMG_8787

Antara oulets yang dah mula buka di sini termasuklah Toys’R’Us, Olive Kitchen & Bar, Crepe Signature, Shihlin Taiwanese Snacks, Caring Pharmacy, Poney dan myNews.com. Soon yang akan join sekaki pula antaranya termasuklah Avenue Kids, House of Mini, Sushi King, Brussels Café, Starbucks dan  Chatime.

IMG_8802

Tapi sudah semestinya daya penarik paling utama tempat ini ialah theme parks nya. An indoor theme park antaranya Hello Kitty Town dan Little Big Club, dan yang terbarunya LAT’s Place. Tak sabar aku nak bawak anak-anak mai sini.

We really have to come back down here and stay at the Trader’s Hotel!

Ini janji mak merah pada Hello Kitty hahahhaha!

IMG_8804

IMG_8807

So korang bila mai datang nanti, check all the schedules siap-siap supaya nanti tak termiss any wonderful activities. So many interesting things to do, to see, to enjoy & to experience here!

IMG_8817

Ada Wishful Studio

Nara makan hati tak dapat nak masuk

IMG_8819

Ada Purrfect Stage

IMG_8821

Ada playground, eh macam-macam la ada. Memang sangat meriah la especially kalo satu family dengan anak-anak datang sini. Kompem anak-anak tak mo balik hiks

Jun 5, 2013 | #littleredcube sumo wrestling by redmummydotcom on Keek.com

Yang sumo wrestling nih, korang nak sarung sama pun boleh, kang jatuh gedebus, sedap gak tuh 🙂

IMG_8837

Abih kitorang dibawa tour pusing sekeliling sekitar kompleks Little Red Cube dan sudah semestinya ke Taman Tema Keluarga sekali. Puas hati dapat melawat semua!

IMG_8853

Sedih pulak bila nak balik ni. Mood aku so much happy bila kat Little Red Cube. Apenya tidak, bermacam-macam benda ada di sini, especially for family aktiviti. Petang tu jugak kami dibawa naik semula coach to the Senai Airport for boarding at 4.30pm’s flight. Langsung terus aku amik kereta and sampai rumah jam 7 tuh, yelah dah pepetang tu jam teruk ler jugak kat KL nun.

Masa driving to dok pikir, napa le tak stay overnite je bawak sekali batallion….cuti sekolah tuh!

Tapi jangan disesalkan, esok esok masih ada. Carnival pun sampai 23rd Junekan.

IMG_8862

Lepas je minum sikit, served by MAS’s crew, terus langsung aku tidur. Landed pun tak sedar.

tetiba je terjaga coz bunyik bising, rupanya orang dah bangun berdiri nak turun aircraft….

So much things happening kat Little Red Cube, gitulah punya pasal kan. But fun! funnnnnnnnnnn best seii.

Jun 5, 2013 | Hectic day for #littleredcube by redmummydotcom on Keek.com

THE STAR JP

Little Red Mummy sudah sampai ke Little Red Cube

Tuan puan bila pula?

Little Red Cube’s Facebook

Little Red Cube’s website

So, remember! from now till the 23rd June for the Carnival, if you rasa nak overnite, you have Trader’s Hotel, tidur atas, campak luggage, turun bawah for the theme park. Penat? Naik balik bilik hotel. Lapar? Turun je ke restaurants in the Trader’s.

It s all about Little Red Cube. Ada shops yang aku terlepas, ada activities yang aku termiss jugak, so korang jangan ketinggalan, come visit Little Red Cube, Puteri Harbour.

Semua dalam satu bumbung of Little Red Cube!

Comment: 9

Anak sakit, makpak pun tingtong…

photo

takde mood lately, skang dah ok lah mood den. ai pun nak terbang yey yey yey!

RB was down with high fever. 4 hari demam panas! 2 kali pergi clinic, dah siap aku nak bawak  pergi hospital. Dah aku bungkus kain baju nak angkut dia. Alhamdulillah, lepas asyik berlwan 39 – 40 and 39 40, drop jugak temperature RB. Bila demam tau je lah, dia tak boleh nak seronok main, moody jer. Asyik nak melekat peluh je badan kita. Asal dapat aku lari, aku pass2 batton kat depa. Ni coz aku nak makan, so tu yang RD handle si kecik tu pulak. kalau tak abang kakak yang kena take turn jaga adiknya.

photo

not just that, lebih kurang dengan demam panas anak aku, air rumah pun takde! katanya 4,5 hari. Ko tak rasa ehmmm…alahai. Kecewa ler. Ni BN ke PKR ke apa ler, korang ni nak election ha kang undi-undi ni semua ramai tau. Beribu2 penduduk BSP tuh.  So dengan abang yang bz ngan school activities, bapaknya je lah yang kena angkut air sesorang. Hari Sabtu je aku rasa, ada 3,4 kali laki aku pergi amik air dari rumah mak ajah.

Syabas hantar air bila tahun pun tak tau ler, tak sanggup nak tunggu. Luckilylah masa takde air awal2 hari tuh, kitorg dah memang ada back up simpan air kat rumah. Coz few months ago kan tragedi lama gilerrrrrrrrrrr takde air. tapi bagi yang tak simpan air, tak kesian ker. hemm….

Jam 2pagi Isnin, aku baru nak lelap mata, tetiba dengo bunyi air kuor dari tap. Kejut laki aku bagitau le ada air tuh.

Dia punya mencicit bangun kemain lajuuuuuuuuuuu pokcik tuh. Terus tadah2 lagi air mana yang ada ruang. Walaupun dah ada air kan, but mana kita nak tau. Member kan sorang je yang kena angkut air tu yg bila dengo ada air, ngah tidur pun boleh up up sepantas kilat!

IMG-20130415-01982

aku tukarkan ke klinik lain, dapat antibiotik lain. baru turun kebahnya. katanya doctor antibiotic biasa tu dah selalu sangat amik, tiap kali demam jer pakai tuh so badan dia dah immune. tu yang tukar lain, dapat gak ubat selsema. Klinik biasa kitorg pergi, takkan bagi ubat selsema, suh pakai ubat titik jer. dia kata baby umur 2 taun and below tak boleh amik ubat selsema.

ikut klinik ikut doctor. klinik yang kami pergi lain nih, dia bagi. Even hospitals pun ada yang bagi. Tak kisahlah, janji semuanya yang baik2 sahaja untuk anak kita.

4 hari dia tak makan sangat, so tu aku letak ipad, nasi bagi dia suap sendiri. habis disepahkannya. dok berkepit je ngan maknya, aku nak bangun pergi toilet pun dia melolong2 tak bagi pisah ngan dia.

photoRBphoto

dan bila dia sudah sihat, tengok sahaja terbaring longlai, bukan apa tuh. buat tantrum.  Bila tak dapat barang yang dia nak, dia baring buat merajuk tu hah….pastuh dah diam, dia berangan2, dok tengok drawers maknya bila le dia dapat bukak, berangan lagi heh.

IMG_2416IMG_2415

dah baik demam ni, walaupun selsema masih lagi belum pulih, asyik nak bercium jer. Kekejap tarik hidung bapaknya tonyoh mukanya, orang suh cium kat pipi, dia tarik gak hidung nak cium hidung. Bila manja…..ke main manja yek. Dengan kakaknya pun sama, tapi ngan abangnya dia tak suka kiss kiss, dia suka main sesepak bola, kejar2, boys style ler. Automatic je nampak abang terus dia nak melompat2!

dah lega gitu aku pun angkut le balik kain baju aku, kain baju RB dari bonet kereta aku, asalnya aku takut dia admitted.

Masa dia demam tu kita makpak memang tak tidur lena. kekejap kita bangun tuam jeram pala dia, letak ice pad kat balik belakangnya. but mak aku cakap letak kat ari2 birdie tu lagi elok, lagi cepat turun panasnya. Kesiannya dia susah nak breastfeed coz hidung dia tersumbat, so after few puff jer dia kena amik nafas, sambung balik ngisap.

He s 15months, cukup bulan ni 16months.

Few nites ago aku bawak barang shopping berbags2, letak lam bilik. dia heret sesatu shopping bag tuh pusing satu rumah. hahahahaha! selamba je ngan takde rasa bersalah, tak sempat nak Keek coz it was too cute! Sambil tu dok jerit bebel tatak tatakkkk.…**tatak is kakak** dok carik kakaknya.  orang baru nak belajar cakap 🙂

Comment: 11

iKIDS at Nite!

IMG_7447

oi oi buat apa amik kasut tuh! nengok sini la mak nak amik gambar hang

this was the day yang aku jemput RB, right after kerja. tengok traffic is damn bad so tak leh jadi masuk balik parking klcc luckily i m the season parker so aku simpan semua hbags, pakai shopping bag biru tu jer hah.

dalam tu air botol suam dia, pampers, purse, car key and phones jer yang ada.

chanel ke prada, tinggalkan! masa ni Long Champ bagpack belum dapat yet

IMG_7448

pas tuh aku kena dukung dia dari parking sampai ke isetan 4th floor, cos nak breastfeed and nak spending lam iKids room. huh dia tak nak jalan. dia cuma nak jalan masa kat dalam isetan,  pasal seronoknya macam2 benda nak dipegangkan yer….oh tidaklah, haruslah aku mendukung dia. lambat kang heh

boleh tahan lenguh le tangan mendukung, nipu ler si Posh Beckham tu kalau dukung ke main style heh, nak dukung bergambar gitu boleh ler, for walking oh memang pancit ko heh.

btw Caftan kuning menyala aku ni and suor fuchsia dedua dari Fashion Valet! Yellow top tu pun ada si Neelofa pakai sama jugak lam WHI ke mana hah, aku tengok kat Instagram dia. Same one!

IMG_7456

baiklah budak ni dah start memanjat, jom jom jom callo ko dah kenyang ko dah nak mula melasak, let s go kita pi iKids Isetan pulak. oh bilik breastfeeding ni kat Isetan ler dari sejak aku beranakkan si kecik nih, habis pantang jerr sampai la nih memang sini je aku tuju. senang baitu! but tu lah ada mak mak ni yang salinkan anaknya or pakai wipers ke tissue lam bilik nih tak dibuang sumer tuh. angkut le sama bila ko keluar dari bilik nih, dustbin kat luar je pun heh!

buat geli orang jer nak pakai kerusi bilik nih.

IMG_7463

dalam iKids nih masuk RM10, but aku kena bayau duit socks aku RM6 kot coz aku mana le pakai stokin2 nih. budak kecik ni yer ler  sokmo pakai dah tentu berkasut kan. For baby + toddler tak boleh tinggalkan sini gitu je, kena ada guardian or parents dalam nih sama but kalau above 3yo boleh jer ko tinggalkan for 1 jam setengah and ko pergi ler menyopping. Depa akan jagakan anak ko. nak bawak kuor anak, walaupun ko sentiasa bersama ngan anak ko, and bukan besor mana pun iKids nih, tetap dia akan tanya the password.

Security purposes. moleklah tuh.

IMG_7479

RB masuk dalam nih oh yang oi very the rakus. suka sungguh dia. mana satu aku nak pergi nih, mana satu aku nak tuju heh!

IMG_7496

sampai aku pun pengsan sama lam nih, dok sama kena panjat ngan dia. oh mang haik. dek kerna kat luar tuh jem, terpaksa ler kita spent dalam nih ye nak, kalau tidak aku dah angkut dia balik pun. Sejam dalam ni jer pun aku dah rasa mencicit-cicit lemak aku turun kot! tu slide belakang dia tu, punya dia nak panjat, itupun turun aku kena turun sama ngan bag2 aku slide coz takkan nak biarkan dia turun sendiri. mau menjunam anak aku heh. baby tu! ko melasak macam ko dah umur 3,4 tahun!

for baby gini depa lekatkan sticker kat belakang baju tu jer. kang masuk kat jari sibuk dia nak masuk lam mulut. tau lerr baby heh.

 

IMG_7514

oh dia suker betul dok dalam nih. tu ngah pikir camne ke aku nak panjat atas tuh, aku tolong le dia naikkan. mulut bukan main lagi bising sonok, mengah yek maknya heh!

 

IMG_7541

 

tetiba dah masuk lam kereta, muka maknya berlengas habis! mana taknya habis jer main kat iKids, masuk balik lam bilik menetek pastuh aku ajak dia jalan coz nak pi ke parking tapi dia punya nak singgah kat setiap apa saja yang dia nampak heh! sumer nak singgah nak amik nak baling nak meraba, ye ler benda tak pernah nampakkan. so sudahnya aku dukung dia!

Perkhhhhhhhhhhhhhh pinggang belikat dukung dia dari Isetan ke parking muahahahhaah, dapat pulak member opis aku stop aku ajak borak dok kiss2 geram ngan RB pun dah kena bape minit pulak. dia masa tu tak nak ler pulak berjalan, dah penat gamaknya so letak le ke bawah lagi dia pegang badan peluk aku.

masuk je kereta, memang habs berkuap badan aku heh muahahahah! ni kalau hari2 gini pengsan mak nak oi. Sib baik ler that was the first day of our travelling trip. Pagi jer 50min, petang ke malam lama sket kes nak ngelaj jem!

sekejapan kemudian…..on the road, RB pun melena.

Tapi sampai rumah dia berjaga jumpa abang kakak apaknya! aku terus carik minyak urut kaki hahahaha betul2 baik punya kena seligi dek RB. but fun lah. dia pun tak ngamuk pun dok lelama dalam car seat cuma bila hujung2 tu ada le bunyik hok hek hok hek sket, but can be managed. Ni dah been trained dari dia dalam hari dok dalam car seat (not just him but all of my kids dah memang well trained dok dalam car seat) sebab anak2 most of the time urusan pergi balik amik ke dulu aku yg settlekan.

Comment: 9