Search Results for: tetiba

Young Living Essential Oils yang sangatlah wangi!

IMG_9453

Korang sure dah tau kan, Akak memang peminat dan pengumpul perfumes. Cos I believe dengan harum wangian semerbak begitu akan menaikkan aroma positif dan juga menjadikan mood yang lebih ceria and tenang. Rasa kompiden pun level tinggi punya and orang keliling pun mesti rasa nak melekat je dengan wangian bau badan kita tu hahahaa. Tu perfume untuk pewangian tubuh badan, untuk pewangian dalaman rumah pun sudah semestinya Akak pun peminat setia jugak. I did blogged gak pasal the scented candles, or even diffuser aromatherapy tu kan, ha semua tu memang ai punya giler ler.

Aku kalau bebenda wangi ni, oh jangan ko cakap, segala mala macam jenis ado. Yang bapak candles mahal tu pun ado hah, penyudahnya buat hiasan, tak pakai pun hehehee…abis tu mahal sangat kan.

 

IMG_0067

Quite a few gak Akak dah tried diffuser berserta their essential oils untuk menyemarakkan suasana rumah, tapi kebanyakkannya biasa-biasa jer. Wangi memang wangi tapi sekejapan jer. Takkan nak on 24jam kan, bankrap la nak bayar bil letrik (laki hakak bising le kalau bills api tinggi hikss)

So baru-baru ni Akak diperkenalkan dengan this Young Living Essential Oils. First time user, Akak try these 3 oils dulu – Stress Away, Joy dan Lavender and I love it very much. Boleh rasa beza harumannya berbanding yang lelain tu kerana ianya dihasilkan dari natural materials. Contohnya, 10kg rose petals digunakan hanya untu membuat 5ml EO Rose, so you can imagine semerbak harum wangiannya 🙂

banyak tuuuuuuuuuuu, 10kg, padanla baru dia kuat and pure.

Essential Oils Stress Away:

IMG_5602

 

Essential Oils Joy:

IMG_5606

Essential Oils Lavender:

IMG_5603

Memang sedap bau dia dan dapat rasakan ketenangan dan sekaligus menaikkan aroma persekitaran rumah juga bilik tidur terutama bila nak beradu. I tried pakai Joy dulu, saje nak test le kan satu malam. Jam 10mlm akak on kan, 2 drops, homangkau….pasang plak ekon, bau dia semerbaknya dalam bilikkkkkkkkkkkkkkkk…..

Tetiba blom 11malam hakak dah tertidur. Laki balik pun tak sedar.

IMG_0084

…Zeeshan pun berlawan2 peluk kepit maknya, dengan aircond sejuk dengan bau yang melenakan. Sebab ianya sesuai for the room, abang kakak akan kekejap masuk untuk menebeng (despite nak menumpang aircond, depa nak bau harum wangi the room). It lasts for 4 hours. Jadi usually akak pasang waktu malam ler, waktu siang2 kita bukan dok sampai 4 jam dalam bilik, on the move je satu rumah kan.

So best time akak pasang usually from 9pm or at 10pm. Lepas tu after 4 hours nanti automatic off la.

IMG_9440

Tu dia, 2.30 pagi kau baru nak membutaaaaa….

 

Dan antara kebaikan jika memilih Young Living Essential Oils:

yleo1

 

Hanya guna  2-3 drops ke dalam diffuser dia sahaja dan on kan untuk 4jam sahaja sudah memadai, abis satu baru semerbak baunya. Imagine ye hanya dengan titisan kecil itu sahaja boleh menyeramarakkan sebilik apatah lagi seiisi rumah if letak kat living hall?

IMG_5604

Banyak lagi flavor yang lain seperti EO Cedarwood – mampu memberi oksigen pada otak dan sangat sesuai untuk digunakan bila migrain. EO Lemon pula sangat bagus untuk detox. Dihasilkan dari Pure lemon, boleh untuk turunkan asid uric penyebab gout. Tapi most importantly kalau tak nak letak dalam diffuser, you letak terus kat skin you pun akan dapat application yang sama.

Bersempena dengan April ialah bulan Autism, if ada anak2 kalian korang yang ada anak-anak autism, boleh dapat special price, it helps anak2 autism punya developement.

Lena dan tenang Akak beradu bertemankan wangian yang harum semerbak dari Young Living Essential Oils 🙂 . Kalau hok tanya laki aku, dia cakap iskk makin nak ‘merapat-rapatkan betul hubungan’ hahahaha…

Please get yours too, do contact the one and only Zurianee, she will help and assist you on the Young Living Essential Oils, if tak nak beli diffuser, nak beli oils nya je ke, pun all can be done. Or nak borong semua, hah lagi boleh diatur.

Whatsapp/Calls:  019-6547982
Comment: 8

One more kitty please…

IMG_8222

 

Bercerita kita pasal the kekucing kita pulak lah yeah. Hai QuPuteh ni berapa kali mandi pun tetap gak badan dia comot capuk. Pasalnya main luar, main pasir ke hapa, ada sekali dia balik rumah dengan basah kuyup pas main hujan ke kau…mencekik ke main tak pandang kiri kanan. Tau lapau ko yek.

Ini malam yang dia merendek dok menyibuk nak tengok sama tv, sesambil aku blogging gak….

Tapak kaki kau omanghaik, tapi kaler je buruk, bersih actually.

IMG_8224

yang ni memang tak nak kalah ler kan, dia pun menebeng sama. Tu dia ngah tidur, pastu aku tetepuk badan dia (macam tepuk badan baby tidur) terjaga le kejap, then sambung balik membongkang. Aminah ni ada rasa tak malu sangat, satu rumah dia boleh lepak membuta….tak macam QuPuteh, tu batasnya kat bawah  je, dia takut sangat nak naik atas.

IMG_8242

ha macam ni, memang tidur tak hengat….aku rasa dia pun dah pasrah yang anaknya mati keguguran so dah takde kantung baby dalam perutnya…

Aminah ni suka tidur kat sofa or even atas katil, hari tu aku demam, dia le yang tidur sama teman aku demam. hehehe…siap kongsi2 blanket lagi

IMG_8243

hok sekor lagik nih, tidur matik gak kalau dapat masuk dalam, tapi dia tak suka tidur sangat kat sofa, so carik lantai sejuk jer…

once a while dalam sehari memang kita akan bukak pintu bagi depa masuk, bosan le jugak dok kat porch tu kan. Kadang2 sampai berejam2 dok dalam rumah, kalau tetiba depa dah kat pintu mengiau2 means depa dah time nak makan or nak pi menunaikan hajat kencing berak ler (itu memang kat luar rumah, kat tepi jalan longkang macam tu ler, jauh dari our house).

IMG_8679

adakalanya depa berdua tu akan dok kat bilik abang, teman abang belajar. Abang angkut depa 2, tutup pintu biliknya so depa 2 ekoq tu tak merayau sangat, depa akan mengadap je muka abang tu kalau boleh pada abang ler. Tak lama, max pun sejam. Cukup time nanti abang bawak letak depa kat luar balik. Ataupun nanti depa sendiri mengiau untuk keluar for their ‘hajat kecil besar’ 🙂

IMG_8296

This is the  new bed for them. Aku beli online jugak, Hah antara barang baru kat rumah ler. Yang hari tu barang2 mop korang tanya bagai tu, akak beli kat Lelong.com.my , yang bed ni kat Groupon. Kalau kat Lazada pun ada gak barang akak beli, banyakkkkkkkkkkkkk sangat from them but depa ada screwed up buat hal ngan barang aku, terus aku ban dah Lazada tu. No more dah le nak menyopping kat depa. They took over 2 weeks to refund, dengan bebudak helpdesk depa yang jawab macam pakai machine je tuh. Hish…So annoying.

By the way aku ni ngah ada darah2 dah jiwa nak membela baby2 kittens sekarang nih. Kalau dah pencinta kucing, lama mana pun tetap akan kembali ke asal. Untung kami coz tetiba ada Aminah and QuPuteh datang rumah ni terus kami bela, so alhamdulillah. tak perlu mencarik. Tapi depa dah besau. Datang2 depa masa tu terus berjimak.

So kalau dapat yang pussy kekecik comel tu kan…syok nih. Laki aku tak tau lagi  ni (if he reads this mau dia jawab oo no no no), but alah, leh pujuk kawtim, 3 VS 1 tu hahaha…so kalau korang ada little pussy nak sedekah jariah akak jagakan, meh lah. I just want 1 jer, 2 alhamdulillah, 1 pun dah syukur.

 

Comment: 8

Alhamdulillah…

 

IMG_6950

The day untuk kami hosting the kenduri doa selamat. Bagusnya buat malam tapi ialah malam tu akan meletihkan lagi kami2 ni semua, specially aku lah, kang anak2 pun penat sama coz kena basuh pinggan selambak bagai so on…job basuh pinggan usually abang yang take charge. Sapu and mop lantai usually kakak. Itupun malam sebelum kenduri sampai midnite tu kami dok baking lagi, pastuh aku dok angkat2 mangkuk2 pinggan segala hantar ke depan. Sikit2 mesti le ada anak2 tolong but yg mencarik memanjat tu aku sorang gak. Laki aku bukan ada, after 1.30am baru balik keje.

Untuk tidak menyusahkan sangat, Allah pun Maha Pengampun, kita buat ler kenduri di siang hari, selepas Zuhur. Tapi biasa le adik beradik aku, lom kol 1pm pun dah sampai :). ada yang dah abis majlis pun baru sampai gak, kenduri ni pun jemputannya for my adik beradik je gak.  Meriah ler, adik badik akupun ramai.

IMG_6942

Abah sedang enak makan, pastu solat tazkirah baring tidur and sambung lagi makan, baru abah balik. Mak pun ada sama, mak aku biasa ler, kalau kat Red house nih, dapat je wifi dia terus dia wassap2 dulu hahahaa..baru dia makan. First yang datang adik aku ngan familynya tapi terpaksa balik awal coz depa ada errands lain.

yang terakhir pulang, abang aku yang kerja tapi sempat ler hantar anak2 bininya. Anak2 nya lah yang tolong aku basuh pinggan bagai, bekas2 makan segala, mop gak. Dedua dapat upah cikmi nya bagi, terima kasih ye anak2 dara.

IMG_7011

Hidangan hari tu simple jer, takde le heavy sangat. dan tak perlu banyak2 sangat. Aku cater je semua, except air2, cakes and fruits je dari kami. Lelain, heh dari aku penat, bayau je ah suh my usual makcik caterer tu buat. 15 tahun pun dia tolong aku masak for all my kenduri kendara. Orang tak tau, dengan cara aku cater dia ler gak dia punya seronoknya coz dapat gak dia duit bagai belanja untuk meniaganya. Cuba ler pikir kalau aku masak semuanya, sian dia coz for 15 years aku yang jadi anak angkat dia, dia tolong masakkan aku tetiba aku tak nak dah pakai service dia. She suami isteri bukannya orang senang, betul2 jual nasi lemak je pepagi tu, kalau bulan puasa lagi kesian, susah sangat nak laku coz meniaga depan rumah flat tu jer, memang bungkus gak ler.

Jadi aku suh makcik buatkan nasi ayam, bihun goreng. Udah. Dan sorang lagi ni yang meniaga kuih ni pulak untuk buatkan kuih seri muka, kaswi and cekodok pisang.  Teh tarik pun pakcik supplied buat terus dari rumah kami, yg heavy masak dari rumah 2 ketul je soup and nasi. Ayam dah siap goreng dari rumahnya. But kemudian dia bawak semua ke rumah aku and pap pap buat dari rumah aku ler. Lagi mudah.

IMG_7019

so kita buat 3 sections, lagipun jap lagi nak jemaah so kena le tolak kerusi2 bagai tuh ke tepi. Kuih2 bagai letak kat 2 meja kopi, but lelain makan heavy kena dok kat meja panjang ler. Terjuluq kaki abah aku ngah tidur tuh…

dalam petang camtu sebelum asar, helper yang baru sekali aritu datang iron masa aku baru discharged aritu, aku jemput gak to do the ironing. Lepas tu tolong2 vacuum malamnya but sikit je lah dia buat coz spent time hours gak untuk mengiron tuh. Tak perler bukan banyak sepah pun coz yang pecah2 berderai tumpah segala (hehehehe kedek anak ko kan, siap ko Zhafa!), sudah dikemas sewaktu majlis berlangsung gak. IMG_7032

Lepas dah memakan thari bagai tuh, kita mulakan dengan zuhur. Ada yang uzur tu tak join le, ada yang datang selepas solat gak… Imam besar tu aku import jauh….adik bongsu aku. Alhamdulillah ada adik yang ustaz2 sikit nih, so bolehlah dia take charge. (abah aku solat duduk, jadi pahamlah napa aku cakap abah aku tak sihat sangatkan, mak aku pun kadang2 solat duduk kat kerusi gak).

IMG_7037

Kenduri doa selamat untuk kami Red Family nih, mainly, but also untuk mak mertua yang dah sihat alhamdulillah. Tudung aku tu, aku pinjam dari mak mertua aku (the one we just recently bought for her the5 pcs tuh), sama je design dengan yang mak pakai  kaler kelabu tuh.

IMG_7048

After solat bagai kita dengar tazkirah pula…

IMG_7066

IMG_7068

IMG_7075

these 3 photos (out of 10 photos kot), nak capture for all red family with my both mak ajah and mertua, tapi as you can see, Zeeshan was so not redha and rela hahahaa…dia tak suka amik gambar ler, some more dia ngah melompat2 ngan little cousins lain. Apa barang nak amik gambar, kadang2 belum aku pegang hp nak amik gambar pun dia dah mukadimah ‘dont take picture please’ kihkihkih

IMG_7081

Lepas tu lelepak sesambilnya lah…memakan.

Lam petang2 tu sebelum asar macam tu aku suh mak mertua aku naik atas tidur dalam bilik aku, yelah dah penuh ngan adik beradik aku kat rumah aku, nak baring sofa mana semua dah penuh ngan orangnya, so bilik aku je yang penyelamat untuk mak mertua aku rehat pejam mata sikit. Bilik anak2 aku pun penuh ngan budak2 kecik ni dok keluar masuk keluar masuk heh….

p/s: panas je mata mak kau tengok the boys tuh bergusti….

IMG_7096

pastu dengo tazkirah kak red kau pulak hiks…

IMG_7103

Basically our kenduri doa selamat ialah untuk setelah apa terjadi to the red family. Hampir sebulan kami ‘down’ dengan denggi dan aku dah berniat nak buat kenduri dari sejak dalam  hospital lagik. Bila tengok2 tarikh tak lama lagi dah cuti sekolah (knowing ramai yang nak berjalan balik kampung segala) and alhamdulillah gak ler blogjob event aku pun called off on Sabtu tu, so kita confirmed kan terus untuk buat Sabtu lepas.  The sooner the better, if Sabtu pun ada hal jugak aku akan buat Ahad pulak, nak cepat2 settle benda baik gini.

IMG_6997

Iye, anak dara aku dah nak sama tinggi ngan maknya, tak hairanlah she has the potential to beat me. For Abang, hem, tak yah nak kabau la pun, sejak umur dia 10 taun dia dah beat kerendahan aku pun. Bukan jer aku ni pendek, tapi dah memang anak2 aku lonjong, tinggi.

Jubah kimono ni yang aku beli dari kedai Jubah Jalan Tar nun, ada satu lagi reropol, labuh, dah berbulan beli tak gak hantar potong, tak jadilah aku nak potong coz leh buat solat senang, lelabuh nih. Bukan aku nak pakai usung jalan pun kan, so kalau majlis gini lelabuh pun dok ngaper ler…

IMG_7127

sedapnya kuih2 tu tapi satu je yang aku dapat merasa, takde selera ler nak makan. Bila kita jadi host lagi ler kita tak nak makan sangat. Tapi banyak lebihan, semua adik beradik aku dapat bawak balik lebihan bihun, kuihmuih, nasi ayam. Untuk adik dan abang RD pun dapat gak, coz adik RD ada datang malam tu jemput mak mertua, so rezeki dia and abang RD gak ler…

My neighbours, our guards pun dapat kita panjangkan rezeki yang ada…

dah habis kemas rumah, malamnya tu about kol 11pm baru aku makan hehehee..lambat btol. Masa tu baru rasa lapar.  Tapi brownies choc cakes, habis liau!! Laku, haaa….see see, leh lah reramai order from my kids.

IMG_7147

budak 2 ekoq ni pun berkenduri sama, sedap je memanja bergusti pepeluk di waktu kenduri nih. Yelah kalau kita bukak pintu baru depa dapat masuk, diorang pun tau the rules, cukup time kena dok kat porch.

IMG_7151

Aminah yang super manja, dia tak kisah ler orang ramai kat rumah tuh, dia tetap gak carik aku carik abang nak melanding nak memanja nak bermesra. Kalau QuPuteh pun manja gak tapi dia tau malu sikit hehehe…takde le nak memesra depan orang, gitu kan. But one thing lah kalau kita bagi makan, kalau macam dah lapar sangat (wpun belum waktu makannya), dia punya mengiyau, so paham sangatlah dia nak makan. Goncang je bekas food dia, laju je dedua ekor tunggu kat bekas makan memasing.

IMG_7024

Untuk teman2 di office pun, aku uruskan untuk mine and my husband’s office. Sedikit juadah bawak pi opis memasing…pun makcik nasi ayam ni yang settledkan.  Itu part of our niat untuk bersedekah bagi makan2 sikit ler. Cos ialah depa pun ramai datang visit us, mendoakan kami yang terjelepuk aritu kan…

La ni, we want to take a short break. Those in Jengka, Bandar Pusat Jengka, UiTM Jengka (formerly known as ITM), akak nak datang nih…jumpa di Jengka yek 🙂

Dah selesai semuanya, alhamdulillah.

Comment: 7

BEAUTY, INSIDE & OUT – BELLESSA PREMIUM COLLAGEN

You know akak sangat fussy kalau nak letak promo product kecantikan/kesihatan di blog nih. Sangat payah. Yang akak benarkan of cos hanya di instagram dan my fb page. Hari ini ada pengecualian, untuk Bellessa Premium Collagen, I m sharing you the beautiful of this product 🙂 .

Memang ler kat market tu ada banyak product kesihatan or kecantikan tapi yang istimewanya untuk Bellessa Premium Collagen adalah kerana bukan ajer boleh terus diminum tapi boleh dijadikan MASKER.  So it works as 2 in 1, and this is the first time in Malaysia!

clip_image001

Flawlessnya!!

So same as other collagens, untuk Bellessa Premium Collagen ni comes dalam bentuk serbuk, boleh jer dimakan terus or campurkan dengan air pun boleh. So pastuh, bila nak jadikan masker, campurkan sikit jer Bellessa Premium Collagen dalam air, ratakan kat your face and let it be for 20minutes. Dah bersihkan, hah tengok ler kesan ketara on your face tuh.

Dalam Bellessa Premium Collagen ada gabungan bahan-bahan semulajadi dan technology terkini macam: Collagen Peptide, Bearberry, Mulberry, Aloe Vera, Pine Bark dan juga Abscorbic Acid, BELLESSA PREMIUM COLLAGEN adalah jawapan yang terbaik antara yang terbaik kepada kesihatan dalaman dan luaran anda.

clip_image001[4]

“BEAUTY, INSIDE & OUT”, tagline Bellessa Premium Collagen yang semestinya mengutamakan kecantikan dan kesihatan dari seluruh aspek.

Antara kelebihan dan kebaikan BELLESA PREMIUM COLLAGEN adalah:

1)      Sesuai untuk lelaki dan perempuan

2)      Menegangkan kulit seawall 1 hari penggunaan

3)      Kesan dirasai seawal 3 hari

4)      Menggunakan gabungan antioksidan terhebat di dunia

5)      Kandungan terbaik untuk awet muda

6)      Memutihkan seluruh badan

7)      Mencegah dan merawat jerawat

8)      Kulit wajah cerah berseri tanpa perlu SUNTIK atau RAWATAN LASER

9)      Menyekatakan TONA kulit

10)  Parut muka pudar dan hilang dalam masa seminggu

11)  Mengecilkan dan mengetatkan liang roma

12)  Mampu merawat Eczema

13)  Agen untuk kedutan dan kekenduran pada kulit

14)  Alternative kepada suntikan Vitamin C dan Glutathione

15)  Menghilangkan tompok Hitam dan parut

16)  Meningkatkan fungsi setiap sel dan melambatkan proses penuaan

17)  Mencegah kerosakan KOLAGEN

18)  Meningkatkan sistem imunisasi

19)  Rambut dan kuku menjadi lebih sihat

20)  Melindungi kulit daripada sinaran UV

21)  Menyembuhkan luka dan mencegah parut

22)  Badan menjadi lebih sihat dan bertenaga

23)  Membantu menyahtoksik pencemaran di dalam tubuh, melancarkan pelawasan dan menghasilkan kulit yang lebih cerah

24)  Sesuai diambil oleh ibu berpantang dan menyusu

clip_image001[6]

Last but not least, Bellessa Premium Collage tidak mengandungi bahan yang merbahaya dan ianya HALAL serta 100% semulajadi. Jadi adik abang kakak ibu the ladies and the gentlemen, kalau dok riuh carik the makanan kesihatan dan menambahkan lagi kecantikan kulit gebu serta the best for our health, inside outside, you may need to go to Bellessa Premium Collagen.

Latest announcement too:  BELESSA PREMIUM COLLAGEN! STOKIS DAN AGENT DIPERLUKAN!!

Harga : RM150 utk 30 sachet Whatsapp Team Bellessa : +6012 615 8664  #BellessaPremiumCollagen #BeautyInsideOut

Aku pernah jumpa owner Bellessa Premium Collagen nih setelah berbulan2 tak ketemu mata. dahlah masa datang tu aku ngah serabut pala macam tingtong jer, tetiba akak macam tekejut terpegun betul tengok muka ownernya, omeng, few months ago takde le secantik flawless gebu macam ni. You know she tak pakai apa2 pun, bedak pun takde. dia cuma pakai lipstick nude colour jer. but her face is like unsangkarable betul akak tengok. The product really works on her!!  So super cantik and bersih and gebu!!

clip_image001[11]

Padan ler ramai yang orang beli hoh…ngan akak merah ko terjebak sama hiks..Whatsapp Team Bellessa : +6012 615 8664

 

 

Comment: 3

Brownies choc cake made by kiddos…

I m so proud with my 3 kiddos. They baked!!

Aku dah memang nak bake sendiri2 ngan anak2 sehari 2 selepas baker datang mengajar us arituh, tapi malangnya aku pulak yang knocked out. Jadi dekat sebulan gak lah huru hara but a day before buat kenduri, aku pi carik barang baking (masa baking class aritu banyak yg baker sediakan).

So bagitau batallian, malam ni kita bake hehehehe….Dalam rebah hujan aku pi beli barang2 baking, sikit2 je yang takde pun but alang2 dah nak buat kenduri kan so aku beli terus paper plates bagai. Kali ni aku tak nak ler pakai plates merah2 rumah aku tu, aku takde manpower nak cuci bagai, sian penat anak2 asyik nak kena membasuh mengelap ulang balik process.

IMG_6862

jadi malam tu lepas member aku balik jer (melawat kami) terus kita start the baking. Dalam 3 resepi yang baker ajar arituh, hanya satu je yang anak2 fav kan sangat, depa nak buat tu, sepakat. So kita akan bake Brownies choc cakes. Kepalanya Abang, helped by kakak, Zeeshan and Pak sedara depa, Pak Wan. Mom tolong sesikit jer hiks..

Aku mana geti buat brownies ni oi, masa kelas nih aku tumbang dek demam. Walaupun ada resepi yang baker tinggalkan, tapi at the same time gak baker teacher and aku buat ‘live update’.

IMG_6869

Comot betul Zeeshan, dia tu kita belom start apa2 dia dah calit2 nutella tu ke mulutnya…

Nak gaul2 choc ngan bahan2 lain tu kan, pun boleh bergaduh depa2 nih. abang nak buat, berebut ngan kakak, berebut lagi ngan Zeeshan. Mana lagi Pak Wannya pun sama, so 4 orang merasa le buat semua benda. Aku pun buat sesikit jer, but agak2 aku tak kompiden ngan cara depa buat aku tanya baker teacher kita hehehehe…

IMG_6880

hah buku resepi depan mata, tapi actually buat ni senangnya lahai. Aku nak buat lagik cuti sekolah nanti, so bila dah sokmo buat, kita boleh lagi pelbagaikan style. Aku dah janji pasnih kita buat bolehlah memasing bawak pi sekolah…

IMG_6888

So satu tray dah siap, kita nak buat 2nd tray pulak. Coz nak buat kenduri kan, satu tray mana cukup (1 1/2 tray akhirnya habis sebelum majlis selesai, sedap oii). Nak mengayak bagai ni hah, kakak abang risau je adiknya kot tercampakkan mangkuk biru tuh ahhahaha…aku keje amik2 gambar jer.

Sebelum depa start kan, aku ngah sibuk kat sinki, tetiba mak mertua aku jerit, oi buat acuan dulu, jangan terus masuk dalam mangkuk biru tu!

hiks…apa lagik, baru aku take charge, betul ler kau, depa selamba je nak masukkan tanpa buat acuan dulu hahaha…sib baik mak mertua aku nampak (she tengah lepak tengok tv sesambil).

IMG_6892

hah sampai bukak baju ko dik, siap jugak the 2nd tray…time to place both kat dalam oven.

IMG_6900

mementang le buat untuk makan sendiri, diorang banjirkan betul the choc chip and choc rice tu kay! Cikgu ajar letak chips jer tapi aku suh depa taruk sama gak the choc rice, baru le mewah!

IMG_6904

35min untuk bakar…so semua pi mandi walaupun dah nak midnite hahaha, abis tu bergasak macam berperang je padahal buat kek je pun…Neneknya pun dah tidur masa ni, esoknya neneknya makan ni as part of the breakfast. Sedapp! Boleh buat jual hahahaa

IMG_6905

belen2 choc tuh, ko makan le bang, suka benau dia, sama le pangai ngan adiknya

IMG_6912

siap semua mandi, 2 brownies choc cakes dah siap hehehe, meh sejukkan dulu baru kita transfer to the other tray, boleh start buat ukuran dengan ruler and jugak the deco2 bagai.

IMG_6921

Deco2 ni tulis atas tu jer,  kakak took the job, Nanti dah terer lagi baru kita letak fruits pulak atasnya hemm…for ruler part, abang amik job tuh.  So for one tray dah jadi suku kot so kita tinggalkan lam bekas tuh (untuk rumah punya makan, dah letak asing, tak banyak pun, sikit bebenor jer pun. Pastuh lain siap dalam cakes stands 2 nih and ready to serve the next day.

Abang Kakak memang so proud betul baking these cakes. Siap dah berangan nak amik order, suh family both sides to order from them.  At least ada le kita improvement on cakes sikit. Dulu aku tak geti bake langsung, but now dah boleh ler satu 2 jenis pun. Rupanya senang gila bake nih, tapi kalau suh aku bake yang beria mengarut tu jangan harap le kan.

Aku rasa pas 2,3 kali buat anak2 dah boleh handle without my supervision lah, tak yah ler dah mak kau nak kena berperang sama kat dapur tuh. Birthday mak korang is coming, bolehlah bake kan, hahahah jimat duit apak kau.

Hangpa nak merasa tak anak2 merah ni bake, bolehlah place order. Abang Kakak dah ada price, but kami belum dapat approval from our baker boleh tak letak harga tuh hiks….Anyway, thanks again to our baker fren, baker teacher yang ajar kami all the baking classes even masa ngah bake 2 ketui kek tuh, dia yang ngah course pun terpaksa melayan live update. Pinkydotz Apron via instagram: https://www.instagram.com/pinkydotz_apron/ :  0132914065 .

Tapi kalau nak order dari anak2 Kak Red, you know where to get me 🙂

Comment: 7