Apr
9
2009
Thursday, 3:00 pm
budak kecil kalau kita berjanji
janganlah korang nak cuba bebuat lupa
depa nya ingatan, tang janji2 ni sangat power…
aku sampai umah arituh agak lambat, dia dah siap makan semayang mengaji kay! masa aku balik tu dia ngah siapkan homework some more. power tak power kerana janji. nak pemenan gitu kan. bukan tu jer, waktu kat sekolah rupanya abih makan masa rehat tu dia lari masuk kelas cecepat buat homework, asal ada masa terluang je dia siapkan homework. coz lam pala otak dia ‘malam ni leh pi JJ beli toy’
actually aku mintak dia ppone to ari rabu jer pi, coz ari selasa mlm tuh ada daniel kat umah. kami kena babysit daniel coz parents dia ada hal. tp dia gigih gak. memanglah plannya nak pi JJ kami berdua jer, tp sianlah pulak daniel dok boring takde abang. but abang nak gak pi JJ.
napa aku tak bawak daniel? oh tak nak lah….anak orang tu. aku tak tanya makpaknya yang aku nak bwk lgpun aku pi JJ ni kejap giler, total jangkamasa aku pi balik beli hanya 40min.
takut masa aku kuor nih, makpak daniel dah balik pulak…
abih dia tawaf satu pusingan toys dept tuh. dok pikir apalah yang nak diamik. lepas 2 kali pusing, dia shortlisted kan 2 jenis toys. thomas n frens yang train n ben 10. aku bagi this budget. so dia x leh beyond than the budget. dia pusing pikir 2,3 kali ulang alik. nak amik ben10 ke nak amik thomas.
tp ben10 nya set yang beso2 hapa tah tuh, kat 200 inggit harganya ko. wuii mahal btol yer.
sib baik abang tak jatuh ati kat menda tuh. ke sebab dia tengok harganya tu 200 dia tau mak dia tak kasi that budget hikss.
then dia buat final decision nak amik thomas. so masa ni pun pikir lagik nak amik yang mana. ada satu train tuh dia tunjuk harganya pun nak kat 200 aku ckp takleh. harus less than that. so dia pilih pikir, sampai aku sound lah ‘copek le bang, dah kat kol 9 ni, kol bape le nak tidur ni kang’
pas 2,3 min dia pilih gak satu train. terus aku cabut pi belah girls pulak. nak carik for budak kecik kat umah tuh. ater takkan abangnya je dapatkan. kang si sentap tuh bagi 2batu muncung. kuasalah teman.
well btw, kami nak menyelinap berdua kuor pi JJ ni pun banyak dia soal. siap nak merajuk2 lagi. laju je aku ngan abang lari kuor. sib baiklah JJ maluri tu sekangkang je ngan umah aku weii.
playhouse set for gegirl…
pandai abang amik gambo maknya ngah bayo. aku suh dia pegang hp aku while aku korek duit kat purse, so ini hasilnya. muka penat letih, udahlah baru je balik keje, dpt rehat kejap je dah kuor balik. takpelah for anak sendiri kan…lgpun nak naikkan semangat abang semula.
dedua toys for them RM140.
seronok gila mamat ni weii…abih beli bayo, orang tak ramai kat JJ, sale dah abih kot. laju je kitorg callo. dia punyalah excited nak balik umah. siap mintak permission nak tidur lambat coz nak main train dia kejap. apa2 lah…ko tidur lambat ke tidur cepat ke, kadang2 kol 4 pagi ko dah celik bang oii.
berduaan ngan abang, aku korek2 lagik lah…he memang skang ngah mood happy gila kat skul. memang dia serronok lah sesangat. cam aku cakap lam previous entry, perubahan besar yang Cikgu Max buat telah menyebabkan abang and his classmates rasa gembira je under Cikgu Max’s supervision.
so bila abang happy, takde mental blocked tortured lagik, aku pun baru lah macam lega. sempat jugak aku selit2 cakap ‘kalau u got prob, u tell mummylah, kalau abang cry kat skul pun u tell mummy kay, pls dont keep it to yourself, kita kan gf/bf, kita kan bestfrens, kita kenalah share the secret’
susah tol anak aku ni nak pecah lobang bila dia menangis2 aritu rupanya kat sekolah. ater kena perambat, kang cakap ngan mak, mak pi perambat cikgu tu yang dia simpan makan dalam wooooo.
saya tidak dibenarkan membawa adiah toy for adiknya, utk dia lagilah dia sanggup nak bawak sendiri…a special nite for him. tak penah2 waktu wkdays kuor malam kan, ater nya. ni special reason ye bang, kalaulah ko tau reasonnya, hehehehehhe. so gang, tolong ye kalau pasni terserempak ngan abang, janganlah tanya2 pasal Cikgu Max ke pasal apa2 kat dia. he tak tau langsung project aku ke skul arituh.
balik je umah, depa 3 main ngan menda2 tuh. thomas tu aku suh dia share2 ngan daniel..main sesama. gegirl punya melompat2 dpt playhouse set dia tuh. memang idmaan btul. aku ingat nak belikan dia kalering ke hapa tp kang dia boringla pulak bebalik colouring set jer. so malam tadi memang malam membeli toys for anak2.
seronok gila abang dpt pemenan, sbb dia tau dia takkan dpt toys, maknya kedekut beli pemenan. korang2 je yang rajin adiahkan dia pemenan. aku bih suka beli buku, bekas minum air, bekas makan dia hehehehe…
melekat terus bukak thomas ngan daniel…sian daniel takde apa2 plak pemenan utk dia, aku ingatkan by the time aku sampai dia dah balik, rupanya ada. takper korang share2 lah 2 orang main ketapi tuh.
cam anak 3 je kan…actually kitorg sokmo gini. kadang2 aku anto depa pi umah daniel, main sejam 2 for wkend je lah, kadang2 daniel lepak umah kitorg kalo makpaknya ada hal kat luor. kol 10 lebih baru daniel balik, itupun sbb bila makpaknya sampai aku sambung borak ngan makpak depa.
apa lagik, maknya nak korek pasal kisah Cikgu Max lah kan…anaknya tak diajar dek Cikgu Max tp sebab kan aku bilang Cikgu Max tu tahap cipannya garang giler kat sekolah, sapa tak kenal cikgu max memang agak malanglah. aku sendiri kenal Cikgu Max tu dari taun lepas wpun dia tak mengajar abang tau dulu.
kerana mulut manusia….bersampai2. dah cop kat telinga aku ‘Cikgu Max tu garang!’
ha, sampai sudah anak aku jadi mangsa. tp tu dulu..skang sudah happy2 🙂
itu ajelah sorotan cite abang skang nih. 2 arini memang penuh cite abang je lah, ater ikut musim lah jugak. so gitulah kekdahnya kan, ada masa kita merundum ada masa kita gembira. one thing kadang2 aku takleh nak tutup, aku mesti cite lam blog. tp kalo aku leh kawal aku diamkan ajer…
aku harap, Cikgu Max berubah sepanjang hayatnya, ai mean to be a good and nice teacher. supaya nanti dia tak lagik menghiris hati students yang ada skang nih, not only now, sok2 students lain yang dia ajar gak. eh hello, anak kecik aku tu pun nanti pi sekolah abangnya, sesilap Cikgu Max gak yang ajar. huhuuuu!
we love Cikgu Max…wah gitu peace katanya love terus ngan cikgu max….
pasal sms/card/note for Cikgu Max tu kan, masa korang dok pusing2 suh aku buat tuh buat nih, aku terus je shoot sms kat Cikgu Max at 1136am semalam, cc kat HM gak. he has replied my sms at 1147am. ai will check on his ‘performance’ but anw aku akan buat the yearly prog gak sempena Teacher’s Day, not only for him Cikgu Max tapi semua guru2 yang mengajar abang termasuk di sek agamanya. ok gang thanks for the note smlm. (ai cannot wait until 1 week ke sbulan lah, aku nak appreciate dia tang2 tu gak, lgpun terngiang2 komen vagg – sementara kita masih ada peluang, kang kalo aku kojol, camne nak cakap terima kasih ngan dia plakkan)
satu lagi pesanan sayalah kan…
bapak2 semua kat luar tuh, janganlah nak sorok2 apa2 rahsia anak beranak. bagitaulah kat mam tu jugak. janganlah simpan rahsia anak sbab takut bini awak marah ke murka ke. tengok apa dah jadi, bila awak anak beranak simpan rahsia dari mak/bini nih…makan dalam hati si anak tu tau.maknya bukan nak marah melulu, maknya akan buat investigation gak, wpun yelah hati mak sure marah and mula tak senang nak tidur malam, but at least, sirman bapak2 kat luor tu sila kasi tau kat wife awak lah.
ni anak beranak berpakat simpan rahsia ‘jangan bagitau mummy abang kena rotan ngan Cikgu Max, nanti mummy sad’
ha..tak moleklah. tu anak ai gak, bukan anak awak jer tau. tak pasal2 aku kena pakai sixth sense aku. jadikan sempadan dan tauladan ye korang. eh ye sirman 🙂 .
Comment:
17
Category: [
Abang, Gegirl, JJ, Neighbours, RedMummy, Sirman ]
RM Recent Comments