Jun 11 2010 Friday, 9:00 am
3 cinta Red Family…
Slash
Slash
Mozel
Mozel
Mozel
Reddy tidur
Mozel and Slash bergusti
2 beradik Mozel and Slash with Reddy yang dok sarat memboyot…
Jun 11 2010 Friday, 9:00 am
Slash
Slash
Mozel
Mozel
Mozel
Reddy tidur
Mozel and Slash bergusti
2 beradik Mozel and Slash with Reddy yang dok sarat memboyot…
Jun 10 2010 Thursday, 5:00 pm
ok best
hadiah untuk surprise korang dah siap
be right back tau!
syok gilerrr! yes yes yes
surprise yang paling buat korang pun sama melompat!!!
tak payah teka, tunggu je saya announce. teka kang aku tak mampu nak bagi hadiah, takkan nak bagi anak2 Reddy pulak…wuii itu kasih sayang ku tiada bandingan wohoooo….
INSYALLAH, JUMAAT MALAM SAYA ANNOUNCE 🙂
Jun 10 2010 Thursday, 3:00 pm
my baby girl yang sangatttt manjaaaaaaa…bila manjanya datang masa tu lah berkendong dan nak berpeluk berdodoiii
makannnnnnnnnn timeeeeee!
colouring….
sblm depa bertukar tempat yang mana Gegirl nak makan kat sebelah mak nya jugak….biasalah ko, Gegirl kan manja, time tu lah nak carik maknya. wpun maknya garang tapi kat maknya lah jugak dia nak berpeluk… abang pun manja gak, but manja anak lelaki tak sama ngan manja anak pompuan..
baru jumpa gambar dalam draft ko, lupa nak hapdet…bolehlah yek buat jajan waktu2 ngah cuti sekolah nih. ramai btol orang makan kat Chilli’s nih. aku kureng sket berkenan coz makanannya sepinggan sorang banyak nau for sorang, ni for me lah. aku nak makan nih, sirman nak makan yang tuh so tak sama selera. tapi for kids dapat foc meal sebab makpak amik main course.
kalo aku sendiri nak pi sini makan sorang2 idak ler, ataupun nak banjer orang pun aku kureng kenan tempat nih sebab tulah again, food dia banyak sangat. aku lagi suka Chakri, got tomyam putih youuuuu!
Jun 10 2010 Thursday, 10:00 am
jangan betulkan skrin korang….they are not Reddy’s babies. ini anak2 kucing terbaru ku. aku dah adopted depa dalam sebulan lebih yang lalu….selepas sahaja Kemek pergi, saya dapat panggilan dari kawan yang mohon kalau saya nak adopt lagi kittens.
masa tu aku tak tau lagi yang Reddy pregnant…
Dedua nih adik beradik, baru 4,5 bulan usia depa….
memula memang depa tak kamcing ngan Reddy, tapi kemudian lama2, bolehlah berkawan tapi sebab lepas tuh kita dapat tau Reddy pregnant, takdelah aku nak rapatkan depa. mostly pun twins 2 ekor ni dok dalam cage, malam2 je kita kuorkan, tapi itupun 2 minggu jer. sebab lepas tu dedua ekor pun sama bebas di dalam rumah. tidur pun sekatil..iskk so ko bayangkanlah 3 ekor kucing aku memang berebut2 nak tidur ngan mak merah nih…
Tiap kali aku pergi kerja gak, depa bertigalah yang nganto sampai ke grill pintu. Reddy memang itu kerjanya, tapi skang dah bertambah. i tell you, aku masa dapat tau Reddy pregnant, pening pala gak. now i m gonna have like how many cats already.muahahahah! dulu punya susah nak dapat walau sekor pun. but Allah itu Maha Kaya, diberikannya aku rezeki kucing melimpah ruah…
this is Slash, si betina kepunyaan Abang. namanya Slash coz dia ni macam kucing bengal, tengoklah bulunya ha….tp dia pun manja. Slash ni mungkin kita akan pulangkan balik pada tuannya coz macam aku cakap,kalau rezeki Reddy beranak pinak, dah berapa ekor pulak aku ada nih kang…
wpun memula abang tak bagi, tapi ini pun masih blom kompem sampai tentu kita tau kandungan Reddy. masalahnya Reddy pun tak beranak pinak lagik.
ini pulak Mozel yang sedang tidur lena di balik tv. Mozel ni Gegirl punya…dia ni jantan, memula ingatkan betina sakan lah manjaaaaaaaaaaaaaa sesangat. dia ni lah yang paling melekat ngan aku. korang tak tau kucing2 ni namanya anak2 aku punya tapi depa dua lebih suka berkepit ngan RM. mbe sebab aku pencinta kucing and tau camne nak membelai dan menjaga kucing2 nih…
Mozel reminds me to Kemek 🙂
Slash pulak suka tidur kat sini, tapi tak kisahlah kat atas katil ke, atas meja tv bilik ker, bawah pc ke, asalkan sume dalam bilik, tak geti2 nak tidur kat luar ke hapa. time makan minum berak kencing tau depa masuk cage memasing…cage twins nih aku dapat jer diorg terus aku beli yang hok 3 tingkat. senang diorg nak berjimba dalam tuh.
yang buat sirman geram kadang2 ngah tidur, tetiba Slash ke Mozel ada sebelah dia mahahahhaha…diorg nak tidur berpeluk ko!
tu dedua ngah tidur lena…biasanya Reddy tak nak pun dekat2 ngan depa, yelah dia pun ngah menanti hari nak beranak. doctor pun cakap jangan bagi depa 2 too close ngan Reddy nanti Reddy tension, but semakin hari, depa bolehlah kawan cuma again as i said, Reddy kan ngah mandom badan tak larat nak memain…dia cuma lebih banyak memerhati akan 2 beradik yang buat havoc kat dalam rumah…
So I have Reddy yang sedang menunggu hari beranaknya, Kemek dah berjaga ngan orang lain. Mozel untuk Gegirl and Slash untuk Abang. Kalau ada rezeki panjang, anak2 Reddy pulak yang menjadi taruhan anak2 pulak, pitam pala Sirman.
Slash
Mozel
aloalo, ni pangai dia kalau duduk terkangkang kaki belakang dia tuh…dah pangai habit dia gitu lor
Reddy the mak yong…
Tapi seronok having these kitties, aku pencinta kucing sangat2, susah hati kalau diorang tak sihat ke hapa, so far depa bahagia gumbira jer. Depa pun dah aku vacci kan kat my pet doctor…
Ramai meriah rumah aku nih…time memalam aku blogging, Mozel sokmo panjat peha aku dok sama menapung dagu tengok apa yang aku buat. Time tidur pun dia akan datang sebelah aku and tup2 dah berdengkur. oh…i love sesangat moment2 indah bersama kucing2 ku….
So kenapa nama Mozel and Slash…coz anak2 nak nama yang bermula sama ngan napa depa. Slash tuh sebab ko tengok le bulu dia kan macam bengal, ala2 symbol slash / and backslash. Mozel pulak dapat idea entahlah tetiba jer, aku sebut2 nama yang suh depa pilih, and Gegirl wants the Mozel’s name.
Ha ni lah antara rahsia saya sembunyikan, sebulan lebih dah ada 2 new kitty 🙂 and soon to get more kitties from Reddy pulak.
Jun 9 2010 Wednesday, 6:00 pm
48hours sticky post, do scroll down for my new updates….
The 4 bloggers for the Blogger Challenge in conjunction for the road show of Astro B.yond PVR at Midvalley.
Kan saya dah cakap, kalau datang to the Astro B.yond PVR Event ni, kamu akan dapat goody bags seperti yang dipegang oleh subject di atas. Subject di atas tu antara penyokong kuat RM, habis tuh dah sehari suntuk kat sana ingat duduk melangut sesaja je ker 🙂
This fella bersama ramai yang lain membantu RM berkempen untuk mendapatkan votes tertinggi from the shoppers di Midvalley Megamall…tempat berlangsungnya Bloggers Challenge for 4 bloggers yang dikurung di dalam ala2 kaca tak lah kaca sangat pun (leh je lompat keluar) selama lebih kurang 8 jam.
This is how it looks like from the 2nd floor of Midvalley, berlangsungnya juga road show Astro B.yond PVR untuk those shoppers yang menyinggah dan bershopping di Midvalley…
First task – I hate it hahahahhaa, coz saya terus terang cakap, I’m not familiar with the remote control. Kalau remote for decoder Astro yang biasa tu pun aku tak berapa mahir, tau tekan 701 jer for AXN tu pun sbb nak tgk CSI tapi for this task…. dah la new remote, i have to find the AFC channel dlm jangka masa yang terpantas, end up I was the most lembab among all 4. Boleh 4 minits aku amik masa utk merekod channel AFC tu sahaja…iskiskiskkk… org lain buat in few seconds jer 😛
Next task – we need to blog and gain comments from our 1st post in the blog….last comments kena masuk by 11am, I managed to post it on time but hanya selepas pukul 11pagi, berpuluh2 komen masuk, aisay, last call pukul 11 pagi kak bang oi. But saya terima kasih sangat2 for your participation, bantu saya untuk meraih the most commentators di post yang saya tuh. Eiling menang task ni & got 50 points for this task.
Oh FYI, setiap task kalau leading dapat 50points, kalau 2nd place dpt 20points, 3rd place dpt 10 point, no point for the 4th person.
Sebelum tu di pagi hari sebelum majlis bermula pun, Jai and Lyn Yusuf sudah siap sedia menyokong dan bantu untuk saya meraih undi dari audience dan juga pembaca2 RM yang singgah di MV. Saya kan dok terkurung, tak boleh sewenangnnya kuor, hanya boleh out for toilet and prayer break sahaja. Makan pun dalam kandang kaca tu gak….They were among my supporters, ada ramaiiiiiii lagi!
My hoster pun datang untuk menyokong saya….ya dah tentu dia mahu saya menang, all the way from Klang di pagi hari Sabtu, Serverfreak turun padang membantu berikan votes untuk RM 🙂
Sepanjang pagi juga saya minum black coffee…struggling untuk mantap, lawan2 saya sumer bukan calang2 bloggers. Oh belum saya kenalkan lagik yek….They are Beautifulnara, Eyeris and Eiling! Sebelah kiri kanan aku lelaki yang sangat lasak, ada ke patut last task buat jumping rebut remote control, haisay….buatlah quiz ke hapa, barulah tercabar minda sikit.
Nuffies, PR Agency dan Aza Astro yang tak putus2 mendera kami, they are also the judges throughout the event. Dioranglah yang kena kira semua markah2 yang ada, the points tu sume kena amik kira. It s not only from the votes, but also dari comments and participation dari readers via FB, tweets and blogpost jugak. Semua tu kay! Kasihan Nuffies, seharian duduk sama bekerja di sini.
Perang kempen! Macam pilihanraya la pulak 😉
Saya bawak kertas lukisan and marker merah sendiri, kemudian kami reramai pakai sesama hahahahha! Wpun bertanding tapi adat meminjam dan bantu membantu kena ada….
Paling aku nak nangis bila dia suh buat highlight program, dahlah Huai Bin bagi gambar dari citer yang aku tak berapa follow, nak google carik pun dah terketar2, iskk, masa dah lah berjalan laju, nak gaining comments and LIKE from the reades lagik, manghaik, ngeri ngeri.
Jessica came to support me too! Thanks girl! But even she came to support me, since Eiling needs reader to replace us the bloggers duduk kat our seats, Jes helped her too. U see, we have to give & take and help the other bloggers too.
Behind the scene, GBM girls Ayu The Sun and Yanok, Lyn, Eyriqazz and Jai berhempas pulas menagih undi dari mereka yang berada di Midvalley. Ingat senang ke kerja gini heh….They are all from my PR Agency 🙂
Antara task yang paling siksa adalah bila kami terpaksa mencari pengunjung yang berada di sekitar Astro B.yond PVR booth tu untuk singgah dan mendengar taklimat tentang Astro B.yond PVR. Dont have to register but to get them to get a seat pun ko ingat senang. It s like a sale job. Sampai aku kena sound ngan Logan my sales assistant yang tak bagi aku kacau orang lain punya customers. Hahahaha, I learnt the salesman job that day. Tapi apapun, saya berjaya jugak mendapat seorang abang dan seorang ala2 akak to listen to Logan’s stories on Astro B.yond PVR.
Hampir masa ke penghujung, bermacam2 task lagi yang kena buat, u can see my 2 pervious blogposts di RM, saya juga submit 2 links di FB utk soalan dan hightlight story, juga kena mohon undi hanya dari glass kurungan.
My Chinese frens yang datang to support emm…no no, they came to support Eyerizz actually hahahaha sebab cik abang sorang tu sokmo throw party for them. Haze, Kim, KY and us the 3 bloggers, Eyeris and Eiling. Kim and KY so naughty, ada task bersama readers yang mana depa kena duduk kat our seats tuh, boleh trying to tweetjacking my lappy. Alangkan I have Yanok yang sangat kuat membela!
Neo, Moli, Lyn, Yanok, Tian Chad and Yaty! All for RM!
Kakak ipar saya dan anaknya juga datang menyokong seharian, she s the eldest sister of Sirman, pembaca senyap RM jugak…sib baik mak mertua aku tak turun padang sama tau!
For the final task, macam aku cakap tadilah rebut remote control. I was leading at this time, but belum termasuk comments dan voting lagi, so kalau either one of them dapat remote tuh, they will earn 300 points that can easily potong points saya. So nak tak nak for the PRIDE, saya terpaksa join the wrestling too. Gagal untuk percubaan rebutan pertama coz Eyeris got it, but for the 2nd round, saya akhirnya dapat jugak.
Final announcement, I won the B.yond PVR from Astro… cant say much, badan dah penat, but quite happy coz saya tau ramai supporters yang datang seharian bertangga di Midvalley dan juga di online mahukan saya menang. Kalau gagal, saya akan menghampakan mereka jugak. Syukur, ada rezeki kali ni.
No! saya tidak menang dengan mudah, Eiling, Beautifulnara dan Eyeris adalah lawan yg memberi saingan yang sengit. Eyeris tu nampak je pendiam tapi dia punya tangkas, aduhaii….task untuk carik sticker di dalam kawasan Astro B.yond PVR nih dia yg menang dgn membolot banyak stickers, me and BN dapat 6 stickers each jer. Kelakarnya aku and Eiling boleh berebutkan satu sticker yang sangat tinggi kedudukannya, knowing Eiling yg tinggi mmg la senang je nak mencapai tapi tak dapat jugak coz si Eyeris tu lagi pantas menjangkau.
Happy and tired faces….Michelle, Eiling, Huai Bin, RM, Fresh, Yuen Yee, Aza Astro, Beautifulnara, Eyeris, Van Dee and abang host from Astro.
Thanks to Astro B.yond PVR for the Blogger Contest, I must also thank to the 3 bloggers yang saya kagumi semangat lawan yang diorang tunjukkan, masalahnya saya adalah seorang fighter, it s not the prize yang saya mahukan but bila dah ada challenge macam nih, mestilah saya all out paku kaw2 punya. Saya gembira bukan kerana menang, saya gembira coz supporters, readers & kawan2 saya berkerja sama memberi sokongan dan bantuan kepada saya, mereka juga adalah pemenang. Overall we had so much fun. Terima kasih to all of them, unfortunately hadiah tak leh nak kongsi hehehhehee 😉
Maybe, tak tau lah bila sy buat makan2 kat rumah sambil ajak korang nonton Astro B.yond PVR 🙂
Or Join Astro’s FB!
anw, YEY – I WON!! thanks to korang yang datang physically to support me, ada gambar yang tak kuor RM jugak.
Khidmat pesanan masyarakat Astro B.yond PVR is brought by Redmummy.com
RM Recent Comments