Jul
28
2010
Wednesday, 4:00 pm
28/07/2010 at 10:44 AM
Setelah membaca blog dan tweet saudara, pihak kami berasa saudara mungkin tersalah faham tentang prosedur pemilihan pemenang-pemenang peraduan yang dianjurkan di komuniti Nuffnang.
Seperti mana yang telah dikemukakan di bahagian Terma & Syarat (Terms & Conditions), semua peraduan akan dihakimi berdasarkan kreativiti artikel blog yang dihantar. Butir-butir lain seperti bangsa, agama, umur, lokasi tidak pernah diambil kira dalam mana-mana prosedur penghakiman peraduan bersama komuniti Nuffnang. Pemenang-pemenang bagi setiap peraduan dipilih kerana para hakim yang terdiri daripada wakil pengiklan dan wakil Nuffnang berasa artikel blog yang mereka hantar merupakan artikel-artikel blog yang paling kreatif bagi peraduan tersebut. Bahasa yang digunakan peserta juga tidak diambil kira (Bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Tamil) selagi artikel tersebut boleh dibaca para hakim (tanpa singkatan yang mengelirukan).
Pihak kami amat memahami perasaan syak wasangka saudara bahawa sistem penghakiman peraduan mungkin tidak adil kerana kebetulan ketiga-tiga pemenang peraduan tersebut adalah dari bangsa Cina. Kami ingin menegaskan sekali lagi bahawa sistem penghakiman yang digunakan adalah saksama tanpa mengira butiran peserta dan hanya berdasarkan kreativiti blog post yang diterima.
Dakwaan saudara bahawa peraduan di komuniti Nuffnang tidak pernah dimenangi blogger berbangsa Melayu adalah tidak benar sama sekali. Pelbagai blogger berbangsa Melayu telah memenangi peraduan yang dianjurkan di komuniti Nuffnang. Berikut merupakan sebilangan kecil pemenang-pemenang peraduan yang telah dianjurkan di komuniti Nuffnang;
Nurul Aina binti Zakaria (http://silampuneon.blogspot.com/2010/05/big-fish-moment-with-pizza-hut.html) – Big Fish Moment with Pizza Hut, RM2,000 cash prize
Azham Ariff bin Abd. Aziz (http://azham.smskb.edu.my/?p=1839) – Big Fish Moment with Pizza Hut, RM2,000 cash prize
Fairuz binti Mohd Tajalli (http://www.rozeboomerang.com/2010/01/one-funny-video.html) – flymas.mobi video contest, Tiket Penerbangan ke Tokyo/Seoul
Sharizal (http://tehtarikmemoirs.blogspot.com/2010/02/blackberry-storm-9520-by-celcom-enter.html) – Celcom Blackberry Storm Blogging Contest, Blackberry Storm sebagai hadiah
Nor Iman Mazuki (http://eyriqazz.blogspot.com/2010/01/astro-byond-bloggers-night.html) – Astro B.yond Blogging Contest, 32″ HD LCD TV
Pihak kami berharap saudara bersama pembaca blog anda memahami prosedur sebenar di sebalik pemilihan pemenang-pemenang peraduan. Kami juga berharap bahawa komen ini sedikit sebanyak mengembalikan keyakinan anda terhadap kesaksamaan pemilihan pemenang-pemenang peraduan di komuniti kami.
Sekian,
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd
************************************
Merujuk kepada satu isu yang sedang diperkatakan di kalangan bloggers kini…
Dari pendapat saya yang hina ini, mungkin benar kita akan terasa hati bila adakalanya golongan mereka yang sentiasa menang, tapi bila aku buat analisa sendiri, tidak semua pemenang adalah dari bangsa cina. Majority kemenangan juga diberikan kepada bangsa lain seperti Melayu dan juga India.
Kalau adapun mungkin kebetulan untuk contest ini, ketiga2 tempat dimiliki oleh bangsa cina. tapi bukanlah Nuffnang yang perlu dipersalahkan. As an organizer, mereka hanya bertindak sebagai stage platform untuk pembaca dan pengiklan, dan pemilihan pemenang juga ditentukan oleh pengiklan. Pengiklan yang menjadi sponsor utama dan juri untuk setiap pertandingan yang dijalankan.
Saya juga antara mangsa apabila diumumkan sebagai pemenang Nuffnang Friso Gold, untuk LCD Sony TV. Ramai golongani cina yang datang menghentam saya mengatakan Nuffnang juga racist/bias coz memilih saya untuk menang. Siap diorang hentam aku dalam blog Nuffnang lagik, cino tau, bukan melayu. yang melayu melopong tengok jer aku kena hentam. So kalau saya yang melayu ni dihentam, tapi saya diam jer sebab tak nak jadikan isu perkauman dan bangsa ini dibesarkan. Kalau kalah kita boleh cuba lagi, rezeki tersurat & jalan mendapatkan hadiah yang lebat ada banyak peluangnya. It s quite peliklah jugak coz shareholders Nuffnang setahu saya bukan sahaja cina tetapi juga ada orang melayu.
Nuffnang bukan melambangkan Cina Melayu seseorang. Nuffnang juga bukan melambangkan bangsa seseorang. Tetapi saya melihat Nuffnang sebagai 1 Malaysia cos mereka bertindak untuk merapatkan ketiga2 bangsa utama di Malaysia. Bukan warna kulit yang menetapkan kebagusan dan pemilihan seseorang. DD yang menang di LG Cookie Monster pakai selubung ke main tak nampak warna kulit, tetapi kerna costume yang dia pakai is perfect and mengikut TnC yang ditetapkan, so he won. They didn’t judge base on your bangsa at all kan? Itu antara contoh terkini pertandingan yang dimenangi oleh orang melayu.
Saya pernah berkata, di dalam RM saya tidak akan berbicara mengenai perkauman, tetapi saya sedih tengok orang2 kita dan orang2 cina yang masih ada bersikap sebegini. Percayalah pada takdir, rezeki kita bukan rezeki mereka, aku sendiri banyak contest yang masuk kalah menjunam2, tapi janganlah sampai menggunakan faktor bangsa untuk menarik orang ramai membenci bangsa lain. Kita tidak tahu, mungkin jodoh anak2 kita, keluarga kita ada yang dari darah cina dan india, so kalau kita kutuk, satu hari kita dimakan kutuk jugak nanti. Sahabat baik kita juga mungkin dari bangsa cina, sekolah tempat anak2 kita belajar juga dari bangsa cina, guru yang membimbing mengajar kita juga adalah dari bangsa cina.
Saya bukan menyokong dan tidak juga mahu berada di mana2 belah pihak, cuma saya sangat concern dengan cara kehidupan kita yang menggunakan bangsa untuk mencetuskan perbalahan. Cuba avoid diri kita dari termasuk dalam golongan yang menghentam golongan lain, baik cina melayu india, coz ada banyak mata yang sedang memerhatikan kita dengan setiap tulisan kita sekiranya kita didapati cuba untuk mempengaruhi orang ramai dalam fakta perkauman ini.
Ratusan ribu bloggers mempercayai Nuffnang bukan memilih pemenang dari dasar warna kulit, tetapi hasil creativity yang korang buat, pemilihan apa saja, tu setiap minggu Nuffnang Premier Screening, aku tengok penuh je orang Melayu yang masuk and dapat, kalau main prizes pun, penuh orang Melayu jugak yang ada, satu perangai orang melayu kita, terlampau mendengki sangat & suka sgt generalise, I ve seen X entry, yes of cos the entry is good, tapi tidak pada orang lain. but that s not end of the world, ada berpuluh lagi peluang contest yang kita semua boleh masuk, janganlah sampai menjadikan isu ini besar dan seolah2 menyuruh anak bangsa kita yang lain, anak2 kecil kita membaca dan membenci bangsa lain sesama sendiri hanya kerna tulisan kamu yang marah dengan Nuffnang.
Dan aku tak hadap dengan korang punya statement kalau kata aku jilat cikpon Nuffnang, aku sendiri pernah kena marah dengan Nuffnang for my blog, aku sendiri pernah merajuk with Nuffnang bila kita ada perselisihan pendapat dan salah faham, yes of cos ada, but janganlah sampai nak menghasut untuk racun fikiran orang mengatakan Nuffnang is racist.
Nuffnang sudah pun bagi fakta stand diorg, harap korang ambil yang jernih buang yang keruh. Maaf kalau entry ini datang pada waktu yang tidak sepatutnya tetapi sama2 ambil iktibar. Cina ke Melayu ke India ke, kita kan sama darahnya….darah MERAH gak.
Come on la, takkan pemenang semua Cina, terus kena cop RACIST! habis tu kalau yang menang sume Melayu pun racist gak?
Comment:
75
Category: [
Nuffnang ]
RM Recent Comments