Recap!

IMG_7415

So macam yang ai shoutkan dalam s/post Astro, i pergilah event nih, Pastu just 2 days before the event, aku rasa macam emm..nak all out sket. Coz probably itu event terakhir wajib hadhir sebelum delivery. Rasanyalah, tak sure lagi coz ada lagi 2 more months kan.

N since semua accessories aku dah packed and simpan kat mana pun aku tak tau, malas ler nak suh RD panjat amikkan, i went to Eclipse to buy all these. Silver je sume ko…

Lepas pakai, pack balik n kalau nak menyarung balik memang kompem gagau gak nak mencapai.

IMG_5248

This pair of flat boots, takde heels tau, memang saja beli coz not just kalernya merah but kerna selamat dipakai waktu mengandung. Purposely bought for my event, merasa gak pakai waktu mengandung nih, aku sebat nih waktu di Bondi Beach, Sydney

tapi nak menyarungkannya, Gegirl and si bapaknya kena sarungkan ahhahha. ai dah tak boleh nak bend down ler yang oi. Boleh gak pakai for travelling….pendek kata jangan dipakai waktu pergi kerja jer ler. Buang tebiat le namanya kan!

IMG_7419

Nah the goodies from Astro IPTV!

Korang nih dok bising nak ikut pergi event tapi tak nak join the contest or arahan dari s/posts yang aku bagikan tuh. Pastu bila aku twit, dok bising camne nak dptkan slot, tu lah, ko baca RM hari2 tapi tak nak jugak participate, kat Nuffnang’s blog pun ada je macam2 events yang korang leh join, nak rajin ngan tidak jer….

Coming soon is Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011, nak hadhir?

Kalau nak…. participate kat sini, read it and ikut arahan, insyallah mana tau ada rezeki korang. Tak usaha tak mendapatlah, janganlah harapkan benda datang gitu je kat pintu blog ko, rerajin sket join.

If not, mananya dari RM90 melonjak ke RM30ribu!

Comment: 25

Tiada Aedes Tiada Denggi!!!

48hours sponsored post.

 

Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan kenyataan akhbar tentang statistik kes denggi di negara kita Malaysia. Tahukah korang pada tahun 2011 sahaja iaitu sehingga 1 Oktober sudah lebih 14 ribu kes demam denggi dilaporkan termasuklah 23 kematian. Empat belas ribu tu!!! Malahan pada minggu ke 39 tahun 2011 iaitu bagi tempoh 25 September sehingga 1 Oktober sahaja melibatkan 324 kes termasuk 1 kematian akibat denggi.

And even my brother in law sendiri menjadi sebahagian dari statistic di atas kerana pernah dimasukkan ke hospital akibat demam denggi, tapi Alhamdulillah dia pulih selepas beberapa hari dirawat secara rapi di wad.

Nampaknya tahap kesedaran tentang bahayanya denggi masih rendah dikalangan masyarakat kita walaupun pelbagai usaha kerajaan khususnya dari Kementerian Kesihatan Malaysia lakukan untuk mengingatkan kita.

So apa itu denggi?

Demam Denggi ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat.

Tanda-tanda ataupun symptom  demam denggi pula ialah

  1. Bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk.
  2. Sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah – break-bone fever).
  3. Gatal-gatal.
  4. Bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah.
  5. Sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit.

So jika korang ataupun sesapa sahaja yang mempunyai gejala-gejala seperti di atas, dinasihatkan segera ke klinik berjumpa doctor ya. Jangan dok ingat demam-demam biasa pulak!

 

Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengingatkan kita semua tentang bahayanya denggi, namun ada yang aku rasa endah tak endah jer, masuk telinga kanan keluar telinga kiri macam tak ambil kisah pun. Betul tak?

Secara umumnya cara untuk mencegah denggi adalah menghapuskan nyamuk Aedes pembawa kuman Denggi itu. Nyamuk aedes ini membiak di kawasan takungan air seperti contoh di pasu-pasu bunga korang tu. Amalkan sikap untuk membersihkan takungan air tersebut , kalau boleh setiap hari dok check takungan air tu, bukan sahaja pasu bunga tapi apa sahaja jenis takungan air kat rumah korang tu, even kolah kat dalam bilik air tu pun sekali patut dibersihkan selalu kerana tabiat ini berkesan bagi mengawal pembiakan nyamuk Aedes yang dikenali sebagai larva nyamuk aka jentik-jentik.

Juga disyorkan menggunakan ubat jentik-jentik (Abate) in order untuk menghapuskan jentik-jentik dan juga semburan (fogging) juga dapat membantu menghapuskan pembiakan nyamuk ini.

Last but not least penggunaan kelambu juga dapat membantu mengelakkan dari kena gigitan nakal nyamuk betina Aedes ni 🙂 Mula-mula kahwin jer tidur bisik-bisik dalam kelambu ni kot hiks 🙂 lagipun dalam kelambu kena gigitan nakal yang lain hahahaha…

So ingat Hapuskan Aedes adalah tanggungjawab kita semua! Amalkan hidup sihat Tanpa Denggi!

Khidmat pesanan masyarakat Denggi is brought by Redmummy.com

Comment: 25

Hokey Wokey!

bukan tak update

tapi dok leka kat twitter

ada update but publishing on the weekdays

ai kan mengandung uuuuu, pemalas pulak nak letak cerita over the weekend.

Tapi sebab asyik kena sound je korang nih suh update ba, hokey wokey pun jadikler 🙂

Comment: 17

Mimpi semata…?

 

image

 

Ramai bagi pendapat cerita mereka untuk status tuh, boleh hangpa baca kat sini yek. Panjang lebarlah pulak kalau aku print screen letak semua kat sini.

Actually banyak cerita dalam komen memasing letak tu menyeramkan bila dibaca, but tulah kenyataannya. Tak nak lah aku sebut, korang leh baca sendiri but korang gak leh berkongsi cerita if ada similar to my story nih. Inipun saya hanya bermimpi, semoga segalanya selamat dan dipermudahkan.

Just to share it with korang jer, and tup tup ramai jugak yang berkongsi cerita kisah mereka apabila ada benar ‘baby dalam perut dilarikan orang bunian’ wallahualam.

I tak pikir so much pun, but sementelah benda ni benar2 terjadi, wpun gynae aku insist ngaku tak pernah dengar the story at all, mbe saje tak nak bagi aku runsing kot…aaa takut takut.

Semalam jumpa red baby, masa scan tuh leh nampak mata dia pejam celik pejam celik, eyelid dia pun nampak ahakss!

Comment: 30

Oh my London!

48hours sponsored post.

image

Aku dari dulu, sejak zaman-zaman sekolah sampai sekarang ni memang hantu novel. Tu antara koleksi novel aku yang masih ada, aku rasa koleksi tu aku beli semenjak duduk VA ni. Novel-novel lain sebelum ni rasanya dah lanting-lanting kat orang. Ada juga antara novel-novel tu yang belum sempat aku khatamkan. Maklumlah masa belum mengizinkan 🙁

image

Tapi baru-baru ni aku berkesempatan beli lagi 2 buah buku. Judul buku tu ialah Oh London untuk aku dan Jihan Yang Solehah untuk gegirl. Baca buku Oh London ni menyebabkan aku terkenang-kenang pulak kembali masa kitorang pergi makan angin kat sana tahun lepas. Seronok jer baca pengalaman penulis buku ini jalan-jalan makan angin melawat ke serata tempat-tempat menarik di sekitar kota London tu. Sampai ke Leicester City depa pergi. Selamba pulak tu pergi berdua jer dengan anak perempuan dia yang still sekolah rendah. Agak-agak kalo aku pergi London dengan Gegril dua orang jer RD bagi tak? Barulah best shoppinggggg 🙂

Sambil-sambil baca tu aku cerita la sikit-sikit kat Abang pasal buku tu dan pasal London gak. Macam-mcam la dia tanya

“Best ke London tu?” “Ada apa kat sana”

Nanti Abang baca sendiri la buku ni.

image

Tup-tup elok aku berenti baca, terus dia sambar baca.

Buku Gegirl tu pulak cerita-cerita tauladan putera-puteri raja. Seronok la dia baca sampaikan Abang dia nak pinjam langung tak dibaginya hiks. Rupa-rupanya buku PTS yang Gegirl baca tu ade Peraduan Bongkar Kod Rahsia!

image

Antara hadiah-hadiah untuk Peraduan Bongkar Kod Rahsia ni ialah iPad 2, Samsung Galaxy Ace, iPod Touch, MP3 Player disamping merchandise dari PTS dan of cos buku-buku dari PTS. Waa baca buku pun boleh menang iPad 🙂

Peraduan Bongkar Kod Rahsia bermula dari 1 October sehingga 23 December 2011.

Nak tau macamana nak masuk peraduan ni?

Mana boleh bagitau… rahsia la hiks 😛

 

Ha aku mana la ade rahsia-rahsia dengan korang kan.

OK senang jer cara dia. Pertamanya kena la dapatkan buku dari PTS ni. Pergi kat sini then klik kat no 1 tu nanti dia akan listkan buku-buku yang mempunyai Kod Rahsia. Kemudian Login dan Bongkar la Kod Rahsia tu. Nak Bongkar Kod Rahsia tu tak boleh la aku bagitau, tak rahsia la jadinya kalo aku bagitau. Tak gitu 🙂

So kalo korang kaki baca buku-buku cerita plus nak adventure sket membongkar rahsia dan teringin pulak nak iPad, boleh la cuba-cuba nasib Bongkar Kod Rahsia PTS ni. Tak dapat iPad, dapat iPod pun jadiklah 🙂

Good luck korang!

Khidmat pesanan masyarakat PTS  Peraduan Bongkar Kod Rahsia is brought by Redmummy.com

 

Comment: 13