Hectic Saturday(s)!

 

IMG_2595

ko ingat lam gambar macam zalim jer ler bini kan suh laki jaga anak jer heh. yet bininya sedap makan. takde maknanya. aku akan make sure laki and anak2 aku sumer makan dulu, yet aku menyuapkan si RB. lagipun steak aku sampai ke main lambat, depa dah habis makan pun tak sesampai lagi. RB’s food kan aku sentiasa bawak merata.  Asal jangan lupalah, kalau lupa mau aku gagau patah balik rumah amik. oh tidak tidak!

so bila diorg dah habis makan, RB pun dah kenyang, mana boleh dia nak dok dendiam dalam baby chair, haruslah dia nak menyepahkan kedai makan ni pulak. apa barang dok diam jer, anak aku dah memang ada gaya macam abangnya jenis active. ye sila sila

turunlah ko berjalan exploring.

ada bapak ko, ada abang kakak ko sama leh jaga.

but abang kakak malas nak jaga adiknya masa ni coz depa dok tengok video Big Bang Korean. Gila kay, aku tak kenal pun group nih, anak2 aku ke main mengadap!

IMG_2590

itupun sambil aku makan tak senang hati. coz anak member aku ada 5 boys ok! lelima ligat. siap yang number 4 hok umur 2 tahun selamba katuk2 aku, kelepuk2 RD, and ada jugak dia nak pelangkung RB yang cinonit tuh. Hoi super ganas betul anak member aku tuh. Puting kat mulut ke main tapi gaya main angkat2 kaki lagi!

RD dok ler asingkan depa semua dari RB yang kang kalau tolak mau tumbang! agak2 lah anak aku baru je setaun 2 weeks masa nih.  tunggu sket dia terer membagi gak yek.

but member aku memang hebat. umur 38 tahun nih, anak 5, lelima lelaki. paling tua anaknya 9 tahun yang bongsu baru jer baper bulan.

Murah rezeki, berderet anak lelaki yek. Camne le tak bergegar rumah ko!

IMG_2614

tak dibaginya orang dukung dia, dok berjalan je action skang ko yek!

IMG_2618

Lagi ko ngekor dia lagi dia laju berjalan

Pegang tangan pun dia tak bagi yek, menarik2 tangan suh lepaskan. Berlagak ko dak kecik!

IMG_2620

ni memang mata merah coz aku kan mak merah! camne ler nak hilangkan red eye ni bila malam ada flash hah, geram tol aku, ada ler editing photos tuh but aku malas nak edit, nak terus jer dia hilang merah bila snappy2.

IMG_2622

remember aku ada cakap kot ada anak2 size gini sampai toddler ko nak senang kena heret sling bag. ada kalanya aku pedulikkan, nak vass jugak so aku pakai jer selamba but at one stage, oh tidak tidak, tak boleh jadik! mari meng’sling’. kejar RB!

IMG_2665

bukan penutup but since i have to split the family stories into 2 entries, kita wrap up di sini sahaja. Brought abang to the mamak, gunting rambutnya. Dia sejak aku hantar ke saloon, dia demand ke saloon sesaja, but oh tidak. laki aku dok cakap anak jantan tolong pi mamak jer, bapak ko pun made in mamak gak rambutnya.

Jimat RM7!

RB mengular buat spot check pulak kat barber nih, hahahaha letih RD and kakak mengejar, sudahnya depa angkut RB dok luar, lagi tak pening pala.

Sabtu penat sei. Sabtu anak2 aku tuition, pastuh badminton class. Sambung pulak ustaz datang mengajar mengaji dan fadhu ain. Dulu mengaji kita buat Ahad, tapi skang laki aku cakap semua kena habiskan on Sabtu so Ahad is our family free and easy time. So tu ler Sabtu, kitorg apa2 hal nak kuor kena pas maghrib, melainkan aku ada blog events barulah aku lari kuor. Ni pun dedengo laki aku nak terbang lagi, aduh…masak eden!

Comment: 8

Our 12th Anniversary Getaway!

18th Jan:
10am – Breakfast at Chinoz, KLCC
10:30am – Shopping anniversary gifts
11:00am – Movie
1:00pm – Friday prayers
2.30-5pm –  Event coverage for RM
2:30 – 3:45 – RD to fetch Kakak, meet RM at the Binjai
6pm – Check in Cititel, MV : Rest, TV, blogging, nap & make love in between 🙂
9pm – Dinner, TBD
10pm – Fetch RB, tidurkan Abang Kakak first
11pm – Back to hotel
12am – Happy 12th Anniversary Darling! Anniversary sex 🙂 & sleep

19th Jan
8am – Fetch Abang & Kakak to tuition
10am – Back to hotel
12noon – Check out

photo

Laki aku buat itinerary atas nih, anto proper invite like a week before the 18th and 19th. sungguh bininya terkejut coz biasa for the past 11 years aku je yang buat benda nih. Sweet of you RD! So we took leave, and keluar rumah macam biasa, macam nak pergi kerja, padahal pi mengular makpaknyer hikss. Anak2 tak tau pung, rahsia wor.

Kang askar semua nak ikut. Tapi untuk malam2 kena ler amik RB, dia kan mana boleh takde maknya, maknya pun mana boleh takde babynya.

photo

We are celebrating our 12th Years Anniversary today on the 19th Jan, alhamdulillah walau ada jatuh bangun dalam hubungan suami isteri, masih lagi bertahan. Love you husband for the 3 beautiful children too – Abang Kakak and little baby boy.

Itinerary dia penuh ngan berjimak sesajor!

 

Comment: 23

So Popular….

 

IMG_2343

Puas hati giler shopping buku kerja sekolah kat Popular books nih, segala maknek segala ada….anak2 sekolah cina kan, so choices untuk dapatkan buku kat luar tak banyak, Popular jugak yang famous

IMG_2348

pancit betul aku bila budak ni dah cukup time tak nak duduk dalam stroller…haiyohhhhhhh!

 

IMG_2355

beginilah baby kan, setiap hari dia belajar memacam dan bila dia dapat tempat baru, lagilah pantas langkaunya…

dia amik buku tu, aku letak, amik letak amik letak. ko kang koyak kangg

 

IMG_2362

kitorg pesen amik apaaaaaaaaaaaa jer yang korang nak, pastu kita akan sort out kan balik mana yang penting lagi tidak. style aku…ha amik amik. pastu nanti bapaknya susun tengok mana yang perlu ngan tidak perlu…gamaknya ni kalau bapak ko takde, memang senget benget bahu kita nak membawak dah habis semua aku pulun amik  je kan

maknya malas pikir, tapi pastu pikir balik bila dah bayar camne nak membawa ngan kudrat yang bukan besau benar.

IMG_2366

aduh pat ler paknya weih, budak ni dok melenjan nak pusing satu Popular nih!

IMG_2375

habis bayau, sampai buat membership card kat Popular tuh. rabak 500. buku anak2 punya pasal. Aku dedulu zaman sekolah rendah menengah memang beli buku pun kat Popular gak, tapi nun kat Pudu or kat Petaling Street…yang kita pergi ni kat Leisure Mall. Makan lama bertahun2 tak pernah pergi Leisure Mall nih. Dulu pun pernah datang sekali 2 jer kot…

hah ni ada budak pompuan amoi comel dok usha sibuk ngan toys RB. budak kecik tu bengang jer amoi tu main toys dia. budak tu amik, RB tarik. ahakss!

IMG_2378

i was standing between entrance Popular ngan luar tuh, sekali security Popular tu cakap tak boleh amik gambar kat sini, so aku anjakkan badan aku ke depan, luar dari Popular. hahahaha golak besau security tuh. tang tu dia tak leh nak kacau. hikss

IMG_2391

baiklah mari memikir camne nak bawak segala buku2 nih yang berat boleh tahan. Apa  kata ko RB turun, bapak ko lagi rela dukung ko and biarkan ko berjalan daripada dia dan abang kena ngangkut berat2 buku nih. So kita boleh pindahkan buku2 ni ke stroller ko jer. Dah biasa pun jadikan stroller ko tu sebagai trolley gak.

IMG_2399

Memandangkan kita tak biasa dengan Leisure Mall nih, marilah mencari tempat nak memakan….actually Siti zaman2 dia baru naik dulu, kan dia dok Cheras, so Leisure Mall ni ler tempat dia bersidai gak. Alah Tok Ti, tempah shopping lama takkan dah lupa kot kan….

IMG_2411

sebab tak biasa ngan mall nih….makan jer ler apa yang ada kat situ

budak kecik tu kedek2, sabar jer ler kita menunggu dia heh

IMG_2415

nak berdukung tak dibaginya

abangnya kenalah jadi bodyguard dia, jalan dok huyung-hayang lagi tuh

IMG_2418

ahcakkkkkkkkk!

IMG_2427

well…sekali lagi seperti biasa aku kan tak pernah tinggal bawak oats purees or porridge RB

kadang2 aku tanya RD gak, ni kalau ai tak bawak food RB ni, kalau awak kuor berdua je ngan dia ni mana awak nak cekau food dia?

ah, apa ai makan, dia makan jer ler…kasi sumbat

bapak kooooooooooo kan!

IMG_2429

tak senang aku nak tengok menu tu heh!

IMG_2431

tengok depan RB pun kosong jer…tangan dia nak mencapai segala harta ler.

we had our early dinner kat Kenny Roger’s, dah tu jer yang tekak budak2 ni mintak makan…

IMG_2442

dan malam tu baliknya tengok jiran tetangga sabar tabah menanti kedatangan air yang masih tak kunjung tiba. ni untuk malam yang ke entahlah, kalau dah tank ni kat situ masih less than 10 days of no water ler nih, depa beratur ramai, tunggu, panjang dah…kami takde ler beratur sama pung, amik air dari umah mak jer lah.

Ok selepas 17 hari, rumahku dah ado air. Harap2 berkekalan kali ni takde lagi peputus, tapi rumah masih lagi penuh dengan air stock up habis, memang pesta kilang air ler rumah aku tu. Bersiap sedia andai terjadi lagi kembali putus bekalan air.

Anw untuk anak2 korang yang bersekolah cina, bolehlah dapatkan buku kerja harian depa kat Popular bookstore. RB tu aku teringin nak masukkan sekolah biasa jer, tapi still early stage lagilah  nak pikirkan sekolah dia, bapaknya agak reluctant untuk si kecil tu diasingkan sekolahnya coz abang kakaknya memang sekolah cina kan. Hah tak penting lagi tuh, skang pikir kejarkan ko berjalan, sok sok berlari pulak.

Baik pikirkan tang tu lagi afdal.

Comment: 16

Menjejak BBLuvsMe!

IMG_2944

you beli barang dari Ekin tu ke? elok ke product dia? Pantang orang jual, asyik menyopping je mak ko nih!

ai polo instagram diaorg laki bini ler, beli jer ler seketul menda tuh, bukan skincare pun.

Yelah Ekin layan awak, you beli ler, kalau dia tak layan awak beli dok?

hahahaha….jom jalan tempat lainlah, bising bapak ko nih!

IMG_2926

Hello hello!

Tahukah anda kami 5 beranak sebenarnya sangat penat capek pancit untuk hari entry nih. Coz mama gotta to 2 events back to back, and mama had to bring all of them! tag along sama anak beranak2. aku dok kira, kalau anak2 ada slot, aku angkut merata kerja anak aku. Cuma kalau jatuh hari Sabtu agak payah sangatlah coz depa sendiri pun tight up gak.

Berlima kami salin kain baju dalam kereta. Sok-sok anak2 aku pun kena tambah lagi dah ikut makpak pi events, takkan ulang alik baju yang sama jer.

Aku tak berapa suka pakai baju yang sama untuk events berlainan dan berlawanan.

 

IMG_2936

RB muka toya, moody giler masa ni coz tengah sedap tidur dalam kereta dialihkan ke dalam stroller! Mencuka betul dia. pandang orang pun macam nak telan jer. Jeling-jeling ko kat mak ko yek! Kang tinggalkan kang sibuk plak ko carik kasut, orang berjalan ko pun sama kepoh!

Asal orang nak kuor jer, dia mula gagau dok tunjuk kasutnya yang tinggi atas lemari, nak ngamik tak sampai hahahaha! sibukkkkkkkkkkkkk jer kan!

IMG_2929

Biarkan budak muka toya tu, posing dulu with the owner and founders of BBLuvsme! They are officially RB’s main sponsor for clothes and shoes and maknek apa sahaja yang RB nakkan dalam site tu lah. Technically jual nama RB ler padahal aku le yang kena pilihkan. Anak kecil aku tu murah rezeki, sejak dari dalam perut lagi bersusun orang nak engage and booked him for sponsorship and business relationship ngan maknya.

But i still remember ada satu orang ni sudah tipu chong aku masa aku ngah pregnant, sampai aku dah cukup bulan, dia tipu aku tau. Frustrated sangat, coz I anggap dia kawan, pasal duit dia sanggup backstab and tipu kak merah. Dasar mata duitan itu pompuan! Anw, move on for 2013 nih, kita simpan cerita lelama dalam rubbish yer.

Rezeki RB rezeki maknya bapaknya dan Red Family insyallah, tak ke mana.

IMG_2941

Selain kain baju, sebab sekarang RB ngah sibuk berjalan jadi dan dan masa tu jugak BBLuvsMe tukarkan to a new prewalker shoes!

IMG_2961

ada lagi menyelit si Ekin tuh heh!

She has stopped the breastfeeding after 5months, pastuh top aku pun dah lebih kurang le sama colour ngan tema product dia kan…

IMG_2969

kita pusing2 je dok kat sini, coz dah waktu pun RB makan, tapi dia makan bape sudu je then meligat main dengan abang kakaknya!

IMG_2974

sakan betul ler heh budak kecik nih dapat main balloon. tu tak kira lagi dia nampak tangga stage, asyik nak memanjat sesajor! kadang2 dia suka tempat baru tu dia boleh pusing2 gelak hahahaha, pastu pening! syoknyaaaaaaa ada budak kecik gini.

IMG_2985

cukup time kita kena balik, banyak lagi hal kat rumah tu nak diuruskan, bapak ko nak pi ngangkut air ler, nak pi pasar ngan nenek ko ler, nak pi macam2 le, mak nak kemaskan rumah ler, abang kakak ko nak siapkan bag sekolah lagi heh…

tapi waktu nak kendong balik nih, bukan main lagi tekak melapau dahaga sampai jam2 ni gak dia nak suh aku bukak baju! sabau ko yek! buat lam kereta heh…

kita ni menjejak BBLuvsMe di Publika. Bukan sembarangan dekat tau, tapi kerna janji dan kerna relationship, mestilah show show and do the support.

IMG_2993

Thanks BBLuvsMe for the trust.

Murah rezeki ko nak, sesapa lagi nak engage si kecik nih, contact mak merah ler. Kita tak kisah dealing with sesiapa asal kena telus dan yang penting a good relationship. Business is business but jangan tipu tau, tak molek hidup awak nanti. Kaya ler camne pun, tetap orang kenang awak pernah menipu in your line.

Kalau jual fake, cakap fake. Jangan kata original or authentic.

Kalau jual fake tapi cakap pakai authentic, tu menipu gak yek.

Kalau nak makan 5ribu, cakap terus terang, jangan patut bayar 5ribu, ko cantas 2,3 ribu orang. dan sebagainya…..

Comment: 9

One year stock up!

 

photo

Skang ngah kemaruk beli belian barang baby. baik toys, apa sajalah yang untuk anak2 terutamanya our latest edition si RB tu kan. Seronoklah ada baby la ni. hehehehe. kadang2 aku tengok kat cctv, kakak sampai tertidur2 atas katil ngan adik bongsunya, dia dok tepuk2 menidurkan adiknya, ngan dia sekali ke mimpi. abang pulak dok terlompat2 main belon bola ngan adiknya gak.

Oh budak tu dah sejak hebat berjalan nih, main bola sesaja dalam rumah ngan abangnya! biarlah rumah kecil berlaga bontot, we are happy there.

photo

all of these baby stuff dalam entry ni, i mintak Diva Darling uruskan, she s back for good, but just  for a while. Since she s pregnant, so dia tak boleh balik after this anymore. Oh yeah, my hotty dolly Diva Darling is on her 2nd trimester already, balik sini sekejap jer for CNY and pastuh balik semula UK. Baby akan dilahirkan di UK, dah hidup kerjanya di sana kan.

So thanks to DD and her husband for helping me bringing the stuff back home. Bayangkanlah botol susu Avents ni jer 16 ketul aka 4 kotak aku borong! yelah dah DD tak balik for at least a year, kot ler kan, so kenalah aku tapau untuk setahun punya stock up.

Botol memang setiap 6 bulan aku akan get rid all of it. Then berganti baru. sebijik botol Avent tu kat Kolumpo omanghai mahal kau! beli sekali rap gini kat UK sedap sket membayonya, sedap tak sedap pun kena ler bayau jugak, but much more cheaper a bit than KL.

photo

melampau gila sudu mak ko kan! nak dapatkan the right sudu for Rb susahlah. walaupun dia kata for 12months, for 18months but bila nak masuk mulutnya aku rasa macam alahai cinonitnya sudu ni. budak tu dok sabar je ler apesal ler sket benau quantity makanannya kat sudu nih! but ni bukanlah aku bukak sekali rap, batch by batch ikut months lah. katanya for 1 year kan.

mengada shampoo cap pun ada. nanti mandi pakai shampoo cuci rambut tu takde le kena matanya. heh over kau RB, mewah ngan bembukan, skang macam2 ada….zaman abang kakak ko tak berapa ada sume nih.

photo (8)

ni pun setahun gak! mangkuk2 makanan dia, kasi colourful bagi dia happy je makan dan makan. kalau tak pun pakai tupperware pun ok, pun colourful gak, but ni ada yang berpusing2 ler, leh toing2 pun ada, yang macam casing snakcs tak bagi tumpah bila dia masukkan lam bekas tu pun ado.

aku kadang2 nak berlawan ngan RB nih, aku letakkan jer jugak dalam pinggan orang tua, sebab dia sibuk sangat nak makan apa yang kita makan, so aku transferkan food dia dalam bekas pinggan makan aku, ha sodok suap. Jadi dia macam eh ni macam rasa makanan aku tapi napa lain, eh bukan eh sama eh makan je lah!

photo

baiklah itu jer untuk the shopping spree of Dec 2012 yang dimulakan untuk 2013.  so for baby stuff buat masa ni dahlah kot ye, namanya pun untuk setahun.  Sok sok kita pergi shopping kain baju kasut ko pulak yek! Dia mana ada baju pass over, semua kena beli baru for him nih, but apa yang dia tak pakai dah kita lelantingkan.

For breastfeeding takde changes, masih lagi pump pump pump! ada gak my fren tanya kenapa tak berenti lagi pumping, napa nak kena exclusively breastfeeding till 2 years. haigh…kalaulah kalian tau the zat khasiat dan nikmat susu itu untuk anak2 kalian, u surely nakkan susu tu berpanjangan. I am ok jer, i m happy to fully breastfeed. Busy camne pun, aku akan carik slot untuk pump, at least twice a day. Direct feeding is of cos lah wajib gak bila RB bersama2 ibunya. So dunia aku sejak ada RB i kalau tak pasal baby, baby baby. dan 2 anak yang sedang meningkat naik.

maknya skang bukan kemaruk beli handbags dah

maknya menggila ngan barang2 baby semata. sejak setahun nih, sejak ada RB lah, aku bag macam dah kuranglah. kalau dulu setiap bulan, ada kalanya sampai 2,3 bijik. Paling melampau 2 Chanel Jumbo sekali rap beli masa pregnant, during my birthday month, ko kira ler dah bape puluh ribu hinggit tuh.

but now……as we grow older. ehceh blah lah.

rasa macam oh bags tu dah macam tak kisah, kalau dapat ok, kalau tak dapat pun belum ler meroyan lagi, cam dulu melampau2.  2013 takde sebijik bag lagi yet.

But something is coming…..on the 19th 🙂

Comment: 27