Redmummy and the usual Clinique but with new Essence!

48hours sponsored post

Sinonimnya nama Clinique and Redmummy ialah, I have been using the brand, beforeeeeeeeeeeeeeeee I was engaged by them officially for my advertorials. So dah sangatlah bertahun-tahun jugaklah. Kisah dulunya yang hanya basuh muka dengan air paip jer 🙂 tapi as years go by, bila dah banyak dok zikir kat telinga aku yang I need to get some skincare, walaupun skin aku adalah sangat molek sekali (alhamdulillah), so I invested kat Clinique. Memang memborong segala ler jugak.

Till now, masih lagi menggunakan product yang sama, biarpun begitu, ada jugak brand lain yang aku pakai, but the most brand in hand semestinya Clinique. Tu pasal skincare set aku baik for di rumah mahupun untuk travel, memang set ni semata. Selain dari harganya yang lebih mesra poket *wink tetapi jugak kerna kesesuaian dengan kulit. Itu paling dikisahkan.

IMG_0907

Ada sorang my best buddy, when I first kenal dia, kulit muka dia bercopeng2, macam kering ya kesian sangat, perlu sangat digasak. So dia dok tengok aku pakai apa bagai, but I told her kita pergi skin check dulu kat Clinique. The next monthnya dia borong! Told ya, puas hati, till now masih lagi setia pakai, yang itu copeng2 celoreng kulit kering, dah tiada.

Mungkin dia antara yang ramai pengguna Clinique bertuah kerna sekejapan dah nampak perbezaan. Nak tengok beza akak dulu ngan sekarang before and after pakai Clinique, boleh saja google tengok gambar2 lama akak dari blogspot dibandingkan dengan domain nih. Lagipun, most of my regular readers tau, aku memang die hard fan Clinique.

IMG_0908

Specially formulated untuk Asian Skins, Clinique’s New Even Better Essence Lotion mengandungi NMF Complex yang membuatkan kulit lebih terjaga , instantly hydrated dengan long-term improvement dalam moisturization.

Untuk mendapatkan kulit yang lebih segar, dan lebih glowing, dihasilkan Even Better Essence Lotion, one of their best sellers right now in the Clinique world. Overtime, ia membantu kulit kita stay hydrated, lebih smoother and skin texture kita akan lebih rata, dalam masa 4 minggu. Kena pakai hari-hari yer, tak boleh culas, nanti dalam masa 4 minggu tak dapat hasilnya pulak 🙂

Dihasilkan dengan 2 distinct formula, yang membantu customizedkan lagi benefits for different skin types. Skin type 1 & 2 diformulakan untuk lebih texture yang lebih membantu skin kita dari kering dan segar. Skin type 3 & 4 pula, diformlasikan untuk normalize production sepanjang masa.

IMG_0911

How to apply? Very the senang. Kalau dulu, masa first timer ada skin care set, akak siap tampal the list to apply on skin nih hahahahah, tapi betul pengalaman sangat membantu.

IMG_0382

Apply twice daily selepas cleansing and clarifying lotion. Pour a few drops di tapak tangan agak-agak dalam 2.5cm hah siap ukuran akak bagi nih, lepas tu gently pat all over skin ngan neck. Cam biasa, avoid the eye area. Pastuh, apply pulak moisturizer dan jugak Even Better Clinical Dark Spot Corrector. Stock akak dah habis hok Corrector ni tu lah takde masa nak turun bawah KLCC menyopping, but not a biggy, anytime can just top up back. Pastu jangan lupa, apply sunblock jugak, if you keluar siang hari. Memalam tak yah ler pakai sunblock, akak pakai the mask Clinique gak sebelum tidur.

Even Better Essence Lotion telah mula berada di pasaran, quite baru lagi February 2014 di semua Clinique counters nationwide.

For priced at RM 125 for 100ml.  Check out further at Clinique website.

Khidmat pesanan masyarakat Clinique is brought by Redmummy.com

Comment: 4

Baju hijau – hijau….!

Laki aku skang tak ikut Malaysia’s public holiday, dia follow Germany sana coz he covers there. So Good Friday dia pun public holiday, campur weekend jadi 4 hari. Kami tak ke mana, aku sedang melangsungkan satu project besaran with my team dengan aku salah seorang anak kapalnya. My time and efforts semua goes to the project. My baby project, so aku kena concentrate thoroughly. So no holidays.

Lagipun I just got back from Jakarta, even without family, I got to spend my own little time, shopping di Tanah Abang dan ITC Kuningan, 2 tempat yang sering aku jejaki setiap kali datang Jakarta.

Since ASUS entry is up and insyallah tomorrow is the entry on my dietary program, the one yang korang dok tagihkan since 30 – 40 days ago, I ll share my personal experience di Jakarta. Dengan kain bajunya yang menggila! hish….on our last day, Pak Sulis our Indo driver, sangat famous di blog aku nih, due to my promotion bout him, menjadi supirku di sana. I didnt join the ASUS trip on the last final day.

IMG_1937

So by the way, one of the days yang aku dapat pulang on time, lari joined depa di park Permaisuri. Kakak pun ada sama tuh, dengan baju sekolah agamanya lagik. Jarang2 Zeeshan dapat ke park, petang2 weekend kan memanjang je hujan. Abang sampai dari sekolah, terus kita menyinggah makan (read: they are eating, I just gatah2 apa yang boleh dimakan sahaja, small quantity), tapi anak aku cakap tu bukan small quantity, serupa tak makan. Hah makan di Mee Udang galah.

My husband is leaving for his long trip, so this week jugak aku nak kena masakkan his bekalan food, yang difreezerkan macam aku punya food jugaklah. Hari2 makan kebab mana le lalu tekak dia nak makan. Ada kawan dia nak bawak rice cooker, so bolehlah korang kekongsi makan lauk melayu.

Malam tuh aku letih sangat2. Letih yang, mental physical. Balik lambat pun tak letih macam ni. That night belum 10pm mata aku dah mintak tidur. Aku tak tau le apa terjadi kat depa coz laki aku cakap aku tidur dengan hp di tangan (dok tengah online playchess), dengan Zeeshan dok melompat2 atas badan pun aku tak sedar. Sungguh benar penatnya tuh.

Wish me luck for my project, cant blog about it, terus terang cakap, it doesnt involve my blogging job pun. This week punya entry semua aku dah siapkan since weekend baru nih, I spent 2 days at home, tak keluar rumah, dok adab blogjobs and also the regular entries, sampai jam 3,4 pagi baru aku tidur. not to mention, adab si 3, 4 orang tu sama jugak. Nice. Quality time.

Comment: 5

Pelancaran ASUS ZenFone di pasaran Asia Tenggara

 

 

Intel Vice President and General Manger, Asia-Pacific and Japan Region, Gregory Bryant, joined Jonney Shih on stage.

Minggu lepas di Jakarta, Pengerusi ASUS Jonney Shih bersama CEO mereka Jerry Shen telah melancarkan ASUS ZenFone Series untuk pasaran Asia Tenggara. Sempatlah aku terbang ke sana bersama-sama kontigen media dari Malaysia untuk memeriahkan majlis hiks.

IMG_1357

Dalam majlis pelancaran tersebut, Mr Shih memperkenalkan barisan ASUS ZenFone Series yang lengkap dan juga antara muka mudah alih ASUS ZenUI yang eksklusif.

ASUS Chairman Jonney Shih brings the empowering luxury ZenFone to consumers in Southeast Asia

Antara ciri-ciri hebat ASUS ZenUI adalah PixelMaster, teknologi kamera yang membolehkan penangkapan gambar ataupun video tanpa masalah dalam apa juga keadaan pencahayaan. Ini kerana adanya features tambahan PixelMaster iaitu Low-light Mode dan Time Rewind.

IMG_1393

Low-light Mode ini dengan ketaranya meningkatkan prestasi kamera dalam suasana yang kelam ataupun kurang terang. So dengan menggabungkan piksel yang bersebelahan, kameranya dapat meningkatkan kepekaan cahaya sehingga 400% dan contrastnya sehingga 200% , menyebabkan tembakan cahaya rendah yang jelas dan terang tanpa memerlukan flash. Electronic Image Stabilizer (EIS) pula meningkatkan prestasi cahaya rendah lebih jauh sekaligus menyebabkan gambar lebih sharp dan tidak kabur. Low-light Mode juga boleh didapati apabila merakam video.

 

IMG_1399

Teknologi kamera ASUS mempunyai ciri-ciri  Selfie Mode dan Depth of Field Mode yang dapat meningkatkan prestasi kamera dan membuat ianya lebih mudah bagi kita untuk menangkap gambar dan video yang menarik. Taper nanti once it available, aku boleh buat review dan demo especially Selfie Mode yang trending sekarang ni 🙂

The ZenFone series come with ASUS ZenUI, the all-new mobile user interface

Selain daripada itu, ZenFone ini adalah salah satu daripada peranti ASUS pertama yang menonjolkan ASUS ZenUI – eksklusif antara muka serba baru dibuat khas untuk pengguna telefon pintar yang berkonsepkan freedom, expression dan connection. Ciri-ciri reka bentuk visual baru dibuat menjadi lebih cekap dan menarik, mengandungi ikon moden ‘ flat‘, tema warna yang terang, animasi, nada dering  dan notifikasi bunyi yang baru, dan layoutnya yang teratur sekaligus maklumat yang ingin disampaikan jadi lebih jelas.

Southeast Asian customers first time can experience the empowering luxury of the long-anticipated ZenFone

Dua ciri-ciri yang terdapat dalam ASUS ZenUI iaitu What’s Next dan Do It Later – direka khas untuk membebaskan pengguna daripada menguruskan pelbagai maklumat yang kita hadap setiap masa, dan seterusnya membolehkan kita untuk menjadi lebih produktif. What’s Next meletakkan maklumat sedia ada yang paling penting dan berguna kepada kita – seperti upcoming appointments, mesej baru dan missed calls dari VIP contacts, cuaca di destinasi seterusnya, dan banyak lagi – front and center on the lock screen, the home screen and in the notification drawer.

IMG_1378

Do It Later pula membebaskan pengguna untuk memberi tumpuan kepada tugas yang kita sedang lakukan, tanpa melupakan perkara penting yang kita perlu lakukan kemudian. Sebagai contoh macam kita sedang tulis email kan, tiba-tiba ada call masuk, ada simple button tap untuk automatik menbuat reminder to call orang itu semula.

IMG_1380

Kita juga boleh menyimpan item yang menarik, seperti artikel, video YouTube, atau mana-mana laman web, untuk membacanya kemudian. Setiap reminder dan item ini disimpan dan dikumpulkan dalam aplikasi Do It Later secara berasingan dan juga shortcut untuk melakukan tindakan yang berkaitan, seperti membuat panggilan ataupun surfing laman web.

Banyak lagi features menarik yang ada dalam phone ini, korang tunggulah nanti phone ni dalam tangan aku, lagi banyak aku story mory ciri-ciri menariknya 🙂

 

IMG_1442

 Steven from ASUS Malaysia, the one that manages and handles our Malaysia’s contingent. Many thanks for the great welcomed and hospitality.

IMG_1430

Dan ini pula ASUS ZenFone nya – Ada HITAM si tampuk manggis 🙂

IMG_1431

KUNING warna diraja 🙂

IMG_1436

BIRU langit di angkasa 🙂

 

IMG_1417

Dan MERAH si Redmummy 🙂

ASUS Chairman Jonney Shih, accompanied by CEO Jerry Shen - ZenFone SEA launch

Berapa harganya Kak Red oiii?

Sure korang terkejut tengok harganya yang murah kalau dibandingkan features yang ada di dalam smartphone ni.

ASUS ZenFone 4 = RM 299
ASUS ZenFone 5 = RM 599
ASUS ZenFone 6 = RM 899

Dan kesemua model ASUS ZenFone Series ini dijadualkan untuk tiba dan dijual di Malaysia paling latest by end-April. Tak lama jer lagi!

 

 

IMG_1390

So yang mana satu pilihan kalbu korang? ZenFone 4, ZenFone 5 ataupun ZenFone 6? Oit bukan ceweknya ya dong! I am planning to get one, hopefully dapat sebat the red phone. The last red phone in hand aku pernah ada was like many years ago, nak dapatkan merah kena carik casing merah, so I hope the red ZenFone, will be mine, in red. Maybe the ZenFone 5.

Kalaulah korang baca lagi review on the Zenfone, they did the study between S model phone and I model phone, oh my oh my, korang mesti regret if not getting the ZenFon’s family.

Comment: 10

Nothing to be ig kan pun….

IMG_0888

ni aku tak pasti, sapa mau lepas nih?

kalau adik aku sok dah pindah rumah baru memang dia mendapatlah. Kesian rumah dia penuh dengan toys Zeeshan, tapi memang worth it pun bagi dia, anak2 dia sama cinonit cam Zeeshan ni jugak. Ada antara korang memang ramai mintak kat akak toys Zeeshan, i didnt sell, aku bagi jer.

Ada 3,4 bags lagi toys yang dah packed up, kita rotation 2,3 bulan sekali kuorkan. Gonna give away but akak tak laratlah nak attend jumpa orang anto delivery or segala bagai. Some dok nak pepilih toys pulak, hah tu yang akak malas sikit. Time is factor sangat, hari2 tidur bangun dengan mata lebam.

IMG_0900

Pastu badan pun makin kerempeng. kahkahkah….

anw pointnya tractor ni is among the new collection, siap dengan helmet lagik. Colour oren. Sedondon plak dengan seluar dia plak tuh.  Beli online jer nih, nak membawa turun naik memang tak de kudrat heh. RM135 harganya.

Online mana. Alah, semua orang tau heh. Payahnya nak nyobut sini heh pasal takde engagement pastu kang competitor yang pernah engaged aku, terasa hati. Ai know they will coz a few ada bersuara, specially those yang in clothing line.

photo 3

 

Some little tokens for our dear Indonesian family frens. Kawan baik laki aku actually but bininya dah jadi gang aku ler, dari depa belum beranak sampai dah beranak 5. I tak banyak shoppinglah lately, nak insta pun takde point, some events tak boleh nak disclose coz dek kerna advertorials, bila dah time barulah up.

Speaking of instagram, ada kata aku lama menyepi, itu baru 3 days, there s nothing yang nak diinstakan pun, aku bukan jenis semua benda nak ditayang, cerita anak pun ni kengkadang, coz RB kan the latest product of Red Family, cerita masak2 pun ada dalam IG tu gak pun bukan harian, tak kuasa ler semuanya nak IG. Kadang2 sekali in 2 minggu baru aku IG, lagipun aku busy sangat. Anak2 pun dah tau yang maknya akan balik hanya after 9pm most of the nites. Udahlah laki aku sekarang Europian hours, so my job is to try so hard jugak to be home as early as I can, ada sekali depa punya Kumon class terpaksa missed, coz i couldnt be home on time.

Ni lagi, laki den nak away lagi. So back to to jadi Supermak merah ler lagi.  Majorly, IG tu tak berapa aku nak meriahkan, lainlah travelling, itu wajib bebanyak harung kena update coz gambar bukan jenis setokan, lagipun if travel events yang being sponsored, lagi harus tnc nya kena update as much as we can. Blog pun aku tak update hari2 🙂 , apatah lagi IG. Dah cakap aritu kan, factor usia dan masa dan situasi sekeliling, kita kena lay low a bit.

Comment: 6

Chop anak for ads!

IMG_1055

IMG_1072

IMG_1087

Welcome to the the motherhood club – Ruby

IMG_1101

 

IMG_1118

IMG_1121

IMG_7124

Just the 3 of us for one of the events. Abang Kakak buzy with their extra classes.

Sebenarnya yang dibook ialah si anak, makpak hanya sampingan 🙂

Comment: 7