Posts by :

Tetamu kucing lagi….

20121023_092848

hello, saya pula kucing brown, campur2 warna badan saya. saya sesat. saya datang rumah mak merah. mintak minum sket boleh. saya sedang berusaha untuk mencari rumah tuan saya.

Boleh, tapi ko jangan dekat ngan RB yek, coz RB tu menggigil je dia nak mencokak ko, jadi jauh-jauh sket. ado gak RB bebaling ko kang

20121023_093329

makanya dari jauh je lah bapaknya bagi RB tengok si kucing kecil tuh….kejap2 pa dia minum kucing tu pun pergi, tak taulah hala ke mana.

Oh my, rindunya nak bela kucing balik! tapi alhamdulillah, insyallah kucing2 kami yang 4,5 entah bape ekor di tangan orang tu sume semoga sihat walafiat hendaknya, tiada deraan tetapi penuh dengan love dan cinta.

20121023_093344

speaking of this budak kecik! rumah kitorg skang dah berpagar kat dapur. haritu sket lagi nak beli dah pagar baru tapi mak aku bilang pagar lama masa zaman Abangnya dulu ada lagi kat rumah mak aku, coz pas Abang and Kakak pakai, memang aku passing batton bagi adik beradik lain pakai, dah rupanya tersadai kat rumah mak, wallah!

11 tahun wor usia pagar tu, sama ngan Abang and masih lagi boleh pakai, jimat RM200 lebih! cuma dibasuh2 sikit and sepatutnya perlu dicat semula but tu lah, you know, nak suruh menda apa2 pun kat bapak budak2 nih agak bersuruh 100 kalipun tak tentu berjalan. But baguslah, barang2 baby anak2 aku banyak yang bertahan lama, walau abang kakaknya dah pakai, kemudian sepupu2 nya pulak pakai, masih lagi boleh digunakan semula. so worth it! tak sia2 jugak beli yang mahal, inilah hasilnya.

But aku tak rasa aku beli mahal sangat kottttttttttt pagar baby tu dulu, namanya pun 11 tahun dah kan. Jadi dia skang, agak berbulu ler bila kita dok dapur, dia tak dapat nak masuk, muka bongang jer. But masa Abang dulu umur dia bape tah, dia pandai jugak bukak pagar tuh, ok abang ko tu jangan cakap, dia bijak, explored habis! Dari luar pagar tu RB jenguk je bilik Abangnya. At least kakak tu rajin gak amik adiknya bawak masuk bilik main2, tapi Abang memang pantang kalau RB masuk bilik dia, harus dia rasa nak terbalik barang-barang dia yang mudah dicapai dek si adik, tension je dia bila nak kena kemaskan.

Comment: 12

A trip to Pavillion

Comment: 5

Ms Kebaya – Ziana Zain, Erra and Lisdawati

 

DSC04215

DSC04218DSC04223DSC04228DSC04230DSC04233DSC04239DSC04243

Lelapan wanita atas nih adalah semua peserta Ms Kebaya Slim World 2012

DSC04246

Ini bukan calon kebaya seperti di atas wpun berkebaya jugak

Oh macam sedondon ngan si wanita kurung hitam, kebaya ai pun ada hitam jugak

DSC04252

8 peserta yang berhias cantik, baju ngengelip, rambut berglitters and make up lelawa

DSC04254

Grandballroom of Nirwana Ballroom, Crowne Plaza Hotel

DSC04277

Should have told Lawa to snap jugak apa handbags yang jelitawan-jelitawan bertiga tu pakai….

DSC04320

aku kan suka tengok perempuan cantik, tak kiralah dia ada sejarah masalah silamnya ker, dia artist yang dok huha ker, kalau muka dia cantik memang aku stare jer, so yang penari ngah dijulang tu kan, dari awal dia kuor menari sampai ke habis aku dok galid tengok muka dia. Sungguh jelita, to me lar.

DSC04349

Oppa Gangnam Style lagik

korang ingat tak Siti kan perform masa Anugerah apa yang dia pi pakai seluar Gangnam tu, she should sing this songlah, dari lagu yang tak berapa nak IN tu, so takde le kot orang nak condemn sangat ngan seluar dia pakai that time tuh. Takper lah, benda dah lepas berlaku

DSC04372

Make up aku tuh, turun bawah Sephora and tenyeh-tenyeh 🙂

Make up si kurung hitam, sesuci tudung bawal. iyahhh gitu

DSC04520

rasanya antara 8 peserta on stage tuh, sorang je yang belum kahwin and beranak-pinak, diorang ni ada yang turun dari 6kg up to 22kg. Aku lagi salute yang turun berpuluh kilog tu lah, yang turun sesikit tu tak berapa challenging kot

DSC04516

ZZ, Lisda and Erra dok judging untuk yang layak diiktiraf sebagai Ms Kebaya Slim World 2012

DSC04544

Sesambil tu kita dinner, ada lucky draw and Maya dapat ler envelope bertuah, pi slimming session. ahaks! jangan tak pergi Maya. akak ko nih dah used to be engaged dulu ngan ‘lawan’ Sim World.

DSC04778

the funny part kat sini ZZ tersalah pasang selimpang kat the winner, patutnya belah kanan shoulder but di pasang belah kiri hiks…

DSC04794

But that was just for a while, Erra came up and tolong pasangkan semula selimpang tuh, hahaha nak jugak bekas Ratu betulkan tuh but best tengok depa bertiga artists nih, pretty + mothers + slim dah tentu.

DSC04830

Tahniah pemenang2 Ms Kebaya Slim World

Dress pemenang yang merah tu, cantik…depa ni semua pakai dress tajaan. Kelas!

DSC04605

ZZ ni kelakar betullah, pandai sangat dia buat lawak bila on stage kan…

She s already 44years old, body meletop!

DSC04654

Erra – dalam video yang aku upload tu, ada Erra cakap dia nak sangat beranak lagi

Hangpa dah tengok video depa menyanyi dok? kat sini tekan tekan

DSC04582

Baik Erra, ZZ dan Lisda, heel memasing makan hati punya 6 inchi la aku rasa

dress sapu lantai pun dah tentu, but that s good lah depa pun kerjaya memang kena ngan dress depa tuh.

DSC04570

Lisdawati

that nite for me, Lisda won my heart. Baik jelitanya dia, mahupun kerampingan dia. She s so superhot!

DSC04668

Thanks Lisa, ZZ’s manager for inviting me, sapo nak voucher Slim World, den ado ni hah leh lelanting gak 🙂 . Tengok depa punya badan ni rasa jam2 tu jugak lah ko nak menggelupur potong cantas lemak ko, tapi apakan daya. Dapat pakai kebaya pun dah kira cukup hebat makanya kalian kalau tak tau nak buat apa dah ngan badan tu, asyik tak nak jer jugak mengurus, 2 benda je korang leh buat, stop nasi, stop air bergula manis tuh. Kompemmmmmm!!

Ko ingat aku ke yang amik lawa gegambar lam entry nih, big claps to Lawa Photography! Engage them for your official and private event hey! Photos hak credit LAWA Photography.  Bolehlah contact Zai – 012 2874090 / zai@lawa.biz

Comment: 16

PruBSN SmartLink – Manfaat untuk Ibu hamil & Bayi

48hours sponsored post

Kuala Lumpur-20111230-00180

Ingat lagi gambar ni? The very first gambar RB dalam RM ni. Baru jer few hours dia melihat dunia. Alhamdulillah, he is now 10months old ++, healthy and active little boy 🙂 alhamdulillah.

IMG_5869

Kakak was so excited tunggu adik dia lahir 🙂

Abang pun seronok tapi dia lelaki so dia tak show over macam kakak sangat.

Tapi orang kata hari ni kita or anak kita kuat dan sihat, esok lusa belum tahu. Itulah sebabnya juga, sejak RB dalam perut lagi aku dah ambil perlindungan untuk dia. Tapi syukur sangat takde perkara yang tak diingini terjadi. Sekarang ni dia dah selamat lahir, aku just terus continue jer pelan tu untuk perlindungan kesihatan dan juga pendidikan dia.

Pelan perlindungan RB juga dari family Prudential, tapi that’s another story la. Yang aku nak tekankan hari ni ialah pasal pelan PruBSN SmartLink dari Prudential BSN Takaful Berhad.

Di samping menyediakan perlindungan serta membina dana pendidikan yang kukuh untuk anak-anak kita, PruBSN SmartLink juga mempunyai perlindungan tambahan iaitu melindungi anak kita seawal 20 minggu kehamilan. Yup still in your tummy. Semasa tempoh ini, the little tiny dalam perut kita tu diberikan perlindungan yang diperlukan sehingga dia dilahirkan.

Kelebihannya ialah sekiranya berlaku sebarang komplikasi semasa dalam kandungan juga semasa kelahiran, si kecil tu dilindungi sepenuhnya. Antara manfaatnya ialah jika berlakunya kelahiran pramatang dan dimasukkan ke ICU dalam tempoh 30 hari selepas lahir, sebanyak RM300 sehari akan diberikan.  Boleh rujuk kat link ini untuk manfaat-manfaat lain yang diberikan untuk pelan ni.

IMG_4371

So kalau korang tengah pregnant sekarang ni ataupun planning to have a baby, please take a look on this benefits untuk kebaikan baby tu nanti. Perkara paling indah dalam kehidupan kita ialah kelahiran zuriat kita sendiri. Jadi, berikan yang terbaik untuk dia sedari dalam kandungan lagi!

Dan dengan serendah RM50 sebulan, PruBSN SmartLink juga menganugerahkan kecemerlangan akademik anak kita melalui manfaat uniknya, Bonus EduSmart. Untuk UPSR, sebanyak 50% daripada sumbangan perlindungan tahunan anda akan diberikan kalau dapat 5A, PMR pula 100% daripada sumbangan perlindungan tahunan anda kalau 7A. Boleh tengok carta di sini untuk bonus imbuhan peperiksaan lain jika anak kita mencapai keputusan yang baik dalam setiap peperiksaan tersebut..

Pelan PruBSN SmartLink adalah salah satu pelan dalam PruBSN LINK SERIES. So korang juga boleh pilih pelan-pelan perlindungan yang bersesuaian untuk korang dari PruBSN LINK SERIES ni.

Untuk korang yang muda belia, ada pelan PruBSN FirstLink dapat membantu dalam dana pelaburan di samping memberi perlindungan. Manakala untuk korang yang mula berkeluarga, juga keluarga yang sedang berkembang dan juga para pesara, PruBSN TakafulLink dapat memberi perlindungan perubatan dan kesihatan di samping membantu membuat pelaburan dan juga memberi manfaat kepada keluarga jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

 IMG_6317

Jangan tunggu sebelum terlambat, sediakan yang terbaik untuk yang tersayang, tak kira samada untuk simpanan, perlindungan ataupun perubatan. Yang pentingnya kita terutama ahli keluarga kita bersedia untuk masa akan datang! Untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan even untuk buat appointment  bolehlah klik di sini.

Jom tengok video PruBSN in English and Malayversion.

Khidmat pesanan masyarakat PruBSN is brought by Redmummy.com

Comment: 10

Ziana Zain, Erra, Lisdawati Menyanyi di Slim World 2012

Ziana Zain menyanyi lagu Adele – Someone Like You

 

Ziana Zain, Lisdawati and Erra Fazira lagu berjoget

Photos of event will be uploaded, very soon from Lawa Photography

Comment: 7