Posts by :

Volkswagen. Das Auto. Show 2011

48hrs sponsored post :)

image

Kalau Batman ada Bat-Signal, Volkswagen juga ada VW signal 🙂

Well of cos la the VW signal is not calling for Batman, but it is actually calling you guys untuk datang ke Volkswagen Das Auto Show 2011 yang sedang berlangsung sekarang 10-11 September 2011 di perkarangan Stadium Bukit Jalil.

Bertempat di tempat letak kereta Stadium Bukit Jalil, tersergam megah The Dome untuk pameran Volkswagen Das Auto Show 2011 yang mempamerkan kesemua model-model kereta Volkswagen.

image

Saya berpeluang menghadiri preview sidang media Volkswagen Das Auto Show 2011 few nights ago. Ianya juga dihadiri oleh VIPs dan orang-orang kuat dari Volkswagen dari serata dunia untuk berkongsi visi, objektif dan juga pencapaian yang telah dikecapi oleh Volkswagen Group especially. Baru saya tau rupa-rupanya Audi, Lamborghini, Bentley, Bugatti, Skoda dan Porsche semuanya adalah di bawah Volkswagen Group. You can imagine how big this group is!

Impressive! Memang mengkagumkan showcase Volkswagen Das Auto Show 2011 ini. Mana tidaknya, dengan melihat The Dome sahaja sudah cukup teruja, inikan pula berpeluang untuk memasuki dan melihat sendiri showcase kereta-kereta hebat dari Volkswagen ini. Satu persatu kereta-kereta Volkswagen dipandu 360 darjah mengelilingi penonton di dalam The Dome itu. Memang one of a kind car show. Juga setiap model diperkenalkan satu persatu kepada semua. Ye lah, aku bukannya tau semua model-model kereta Volkswagen ni. Korang boleh saksikan sendiri bagaimana gahnya The Dome ini serta melihat kesemua model-model Volkswagen dipandu mengelilingi The Dome dalam video di bawah. Memang showcase yang terbaik dan berada dalam kelasnya tersendiri.

image

Orang-orang kuat Volkswagen Group dan VIPs yang hadir memberi sokongan.

image

Ini pula antara model-model kereta Volkswagen yang dapat korang saksikan nanti di Volkswagen Das Auto Show 2011. Antaranya Eos, Tiguan, Scirocco, Golf GTI, Touareg, Passat CC, Polo GTI, Golf R dan lain-lain lagi. Juga terdapat model-model lain termasuklah jenis SUV, MPV even pick-up truck yang turut dipamerkan.

image

While RD day dreaming about the high-performance, super fast and the elegance Golf R, me on the other hand sudah jatuh cinta with this sexy love bug, the 21st Century Volkswagen Beetle. Dengan warna merahnya yang menusuk kalbu dan design dia yang comel lote hiks, sesapa pun pasti tertawan.

image

RM: Waa all cars so naissss…. Which model you like? I like The Beetle.
Aud: Hmm I like the scooter. Its cute!
RM: Ha Volkswagen also got scooter meh?
Aud: Got la, see down there 🙂 cute right?

image

ala comelnya Volkswagen scooter ni hiks

So korang jangan lepaskan peluang untuk datang dan melihat sendiri the advance technology and the latest innovation dari Volkswagen ini and of cos la mencuci mata melihat kereta-kereta Volkswagen yang hebat-hebat design dan kuasanya serta menambat hati. The Volkswagen Das Auto Show 2011 terbuka untuk semua dan masuk adalah percuma. Berlangsung hari Sabtu & Ahad ini 10 & 11 September, bertempat di tempat letak kereta Stadium Bukit Jalil. Dari jauh dah boleh nampak dah The Dome yang putih tersergam tu.

Jom tengok video yang sempat saya rakamkan pada malam tu. Probably you all can guess the model of all the Volkswagen cars in this video. Ella pun ada nyanyi jugak 🙂

Khidmat pesanan masyarakat Volkswagen is brought by Redmummy.com

Comment: 15

9th Sept for Gegirl – 7 Years!

IMG_6490

ni ler gambar paling latest, caftan merah, lawa takkkkkkkkkkk?? Patut dikembangkan tangan tuh. coz of her red caftan ni ler, aku ngan dia tak pakai baju biru coz dia insists nak gak pakai red caftan nih yet the boys pakai biru. Oh ai ok jerr hahahha aku kalau boleh memang wajib jer pakai merah tetiap tahun pun.

Anw, tarikh ni today birthday Gegirl, lahir secara  normal (abangnya was c-section). She lahir siang 5.16pm, skang dok berlatih calling herself Kakak.

Kita tak buat big birthday party for them macam taun lepas but aku ada le buat kecil2lan sket utk Gegirl, tak adillah takde celebration coz dia dok counting the days jer utk birthday nya.

N hadiah birthday, dia cuma nak satu sahaja, basikal roda 2. Dedulu punya roda 4 bape tahun dah tu pun, bolehlah….dari dia mintak gelang emas berlian.

Happy Birthday Gegirl, jadilah cucu, anak, adik and kakak yang menyejukkan hati semua orang.

Comment: 49

Ceritera Maid…

image

 

image

image

image

 image

Berkongsilah apa sahaja cerita baik buruk pasal maid/pembantu rumah kita…mana yang boleh kita bandingkan jadikan panduan. Sapa yang follow twitter aku memang pahamlah kan betapa menghanginnya aku ngan maid baru skang nih. Wui! banyak drama betul ko yek.

Naik jemulah nak citer kat blog, sblm raya aritu aku janji nak cite kisah agent nak chong aku pun lom citer lagik, ni beban baru pasal drama2 maid. mana ngan air mata tersimpuh sedunya. Hoi! baru kerja dah berbayang2 mintak duit!

Ok now is your turn, i ll story mine soon.

Tragis tol aku baca komen2 korang dalam Fanpage aku nih pasal maid memasing….ya allah dijauhkanlah aku dpt maid yang perangai hamlau2 gini weiii….

Comment: 24

Mamee & RM ke Rumah Anak-anak Yatim Nurul Qanaah

48hrs sponsored post :)

IMG_6465

Seperti yang telah saya blogkan tempohari, saya dan Mamee akan pergi melawat serta berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim di Rumah Nurul Qanaah, Batu Caves. Bukan saya sorang jer, tapi the RedFamily pun ikut sama 🙂

Walaupun agak terkilan kerana saya terlewat sampai dek kerana kesesakan lalulintas yang maha dahsyat, sampai kitorang berbuka kat dalam kereta sahaja 🙁 tetapi alhamdulillah kerana kami masih sempat tiba di Rumah Nurul Qanaah untuk bersama-sama mereka dan Mamee menjamu selera serta beramah mesra.

Dengan hanya melihat wajah mereka serta merenung ke mata setiap anak-anak kecil ini sudah terasa sebak di dada saya, belum lagi mendengar cerita dan pengalaman sedih dan sayu mereka, mau menjurai airmata saya bak hujan. Mereka yang seramai lebih kurang 30 orang ini terdiri dari yang sekecil 7 tahun hingga ke belasan tahun. Tinggal bersama-sama penjaga yang dianggap sebagai ibu mereka sendiri. Mereka juga adalah abang, kakak dan adik kepada mereka sendiri kerana tiada insan lain lagi dalam hidup mereka. Hidup tolong-menolong adalah lumrah mereka, susah senang sedih riang gelak ketawa juga sesama mereka. Apa yang saya kagumi adalah ketabahan dan kegigihan mereka mengharungi kehidupan seharian walaupun tanpa ada insan bergelar ibu dan ayah. Juga harapan dan doa saya semoga mereka berjaya dan beroleh kebahagiaan kelak… Insyallah.

Beruntungnya kita yang masih mendapat kasih sayang dari ibubapa sendiri…

imageAnak-anak ini juga dihiburkan oleh Mamee Monster mascot yang comel ini 🙂

Apapun saya mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada Mamee yang sudi bersama-sama saya untuk membuat amal kebajikan seperti ni. Disamping menyediakan juadah berbuka puasa, Mamee juga meyediakan sedikit goodies untuk anak-anak kecil ini. Semoga kedatangan kami dan buah tangan ini sedikit sebanyak dapat mengembira dan menceriakan hari-hari mereka especially di bulan yang mulia ini.

IMG_6456

1 Mamee goodie bag for each of them 🙂

Dan seperti yang telah saya perkatakan juga dalam post sebelum ini, semua produk yang dihasilkan oleh Pacific Food Product Sdn Bhd adalah dijamin HALAL ya. Produk-produk mereka termasuklah Mamee Instant Noodle, Mister Potato, Corntoz, Mamee Monster, Double Decker, Smax, Funkees, Cheers Asian Drink, Cheers Carbonated Drink, Fruit Nation, Liteyo Yogurt Drink & Nutrigen.

Korang sendiri boleh mengesahkan keHALALan produk-produk ini dengan melayari laman laman web www.halal.gov.my ini, lepas tu:

  • – Type Pacific Food Product Sdn Bhd
  • – Go to syarikat tab
  • – Click on icon beside date to see list of Halal certified products by MAMEE. You’ll see for yourselves status HALALnya, so jangan ragu-ragu ya 🙂

Kepada anak-anak di Rumah Nurul Qanaah, dan juga anak-anak yang kurang bernasib baik di luar sana,
Percayalah…. masih ada yang sayang.

Khidmat pesanan masyarakat Mamee Buka Puasa is brought by Redmummy.com

Comment: 17

River Cruise Melaka…

IMG_6623

macam adik beradik?

tak….eh ye

yang tudung biru akak sulong haku, yang tudung brown tu anak daranya akak aku. my youngest sister takde, dia balik umah mertua nun di Kelantan. Kitorgkan 3 beradik perempuan jer. harap lelaki je ramaiiiiiiiiiii!

IMG_6632

Ini malam Raya ke3 di Melaka. dah nak on the way balik KL, kakak aku mokak2 nak naik river cruise nih…kitorg balik Melaka 2 keter, coz membosan dok KL.  Raya pertama dah settled kat umah sendiri, umah mertua dan umah parents sendiri, so apa lagik, Raya ke 2 pecuttttttttttt pi Melaka.

Laki aku pun sonok balik Melaka coz katanya kalo idak, dia pun melanguk kat Kapar tu tak tau nak gi mana selepas Raya ke 2 onwards.

Kitorg pi berjalan raya bukan banyak rumah pun kat Melaka nih, ada ler 4,5 rumah tapi dapat rehat, dapat get away from KL, dapat merasa panas ya rabbinya Melakaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! dok service apartment, dok tunggu dinner sampai for 1 jam lebih tak dapat2 gak. ahhahaha, setiap kali raya beginilah storynya.

Tapi tetap gak nak balik Melaka…

Anw, aku ngan Sirman tak naik pun cruise nih (berlagak coz dah naik kat London dulu). hahahaha.

eh aku malaslah, aku twit ada kat river cruise, ada yang cakap ‘kak red, jangan naik, nanti air keladak sungai terpercik, bau air sungai busuk’

cit! terus putus selera aku nak naik.

So aku ngan RD lepak tepi2 ada gerai, and minum teh tarik sambil twitting and borak laki bining.

IMG_6619

 Looks like macam semua in blue je ye dok, abang pakai green, gegirl light green, aku ngan Sirman je yang betul2 biru.

selain dari itu, adalah dengan ini nak menghabakkan….

Dark blue dress yang sampai 2,3 hari sebelum Raya adalah by ThePopLook. Bag LC merah wajib pakai di musim raya, coz duit2 raya segala maknek barang budak2 and laki aku di masa first few days raya, sumer nak aku pegangkan….

Comment: 21