Ads

Volkswagen. Das Auto. Show 2011

48hrs sponsored post :)

image

Kalau Batman ada Bat-Signal, Volkswagen juga ada VW signal 🙂

Well of cos la the VW signal is not calling for Batman, but it is actually calling you guys untuk datang ke Volkswagen Das Auto Show 2011 yang sedang berlangsung sekarang 10-11 September 2011 di perkarangan Stadium Bukit Jalil.

Bertempat di tempat letak kereta Stadium Bukit Jalil, tersergam megah The Dome untuk pameran Volkswagen Das Auto Show 2011 yang mempamerkan kesemua model-model kereta Volkswagen.

image

Saya berpeluang menghadiri preview sidang media Volkswagen Das Auto Show 2011 few nights ago. Ianya juga dihadiri oleh VIPs dan orang-orang kuat dari Volkswagen dari serata dunia untuk berkongsi visi, objektif dan juga pencapaian yang telah dikecapi oleh Volkswagen Group especially. Baru saya tau rupa-rupanya Audi, Lamborghini, Bentley, Bugatti, Skoda dan Porsche semuanya adalah di bawah Volkswagen Group. You can imagine how big this group is!

Impressive! Memang mengkagumkan showcase Volkswagen Das Auto Show 2011 ini. Mana tidaknya, dengan melihat The Dome sahaja sudah cukup teruja, inikan pula berpeluang untuk memasuki dan melihat sendiri showcase kereta-kereta hebat dari Volkswagen ini. Satu persatu kereta-kereta Volkswagen dipandu 360 darjah mengelilingi penonton di dalam The Dome itu. Memang one of a kind car show. Juga setiap model diperkenalkan satu persatu kepada semua. Ye lah, aku bukannya tau semua model-model kereta Volkswagen ni. Korang boleh saksikan sendiri bagaimana gahnya The Dome ini serta melihat kesemua model-model Volkswagen dipandu mengelilingi The Dome dalam video di bawah. Memang showcase yang terbaik dan berada dalam kelasnya tersendiri.

image

Orang-orang kuat Volkswagen Group dan VIPs yang hadir memberi sokongan.

image

Ini pula antara model-model kereta Volkswagen yang dapat korang saksikan nanti di Volkswagen Das Auto Show 2011. Antaranya Eos, Tiguan, Scirocco, Golf GTI, Touareg, Passat CC, Polo GTI, Golf R dan lain-lain lagi. Juga terdapat model-model lain termasuklah jenis SUV, MPV even pick-up truck yang turut dipamerkan.

image

While RD day dreaming about the high-performance, super fast and the elegance Golf R, me on the other hand sudah jatuh cinta with this sexy love bug, the 21st Century Volkswagen Beetle. Dengan warna merahnya yang menusuk kalbu dan design dia yang comel lote hiks, sesapa pun pasti tertawan.

image

RM: Waa all cars so naissss…. Which model you like? I like The Beetle.
Aud: Hmm I like the scooter. Its cute!
RM: Ha Volkswagen also got scooter meh?
Aud: Got la, see down there 🙂 cute right?

image

ala comelnya Volkswagen scooter ni hiks

So korang jangan lepaskan peluang untuk datang dan melihat sendiri the advance technology and the latest innovation dari Volkswagen ini and of cos la mencuci mata melihat kereta-kereta Volkswagen yang hebat-hebat design dan kuasanya serta menambat hati. The Volkswagen Das Auto Show 2011 terbuka untuk semua dan masuk adalah percuma. Berlangsung hari Sabtu & Ahad ini 10 & 11 September, bertempat di tempat letak kereta Stadium Bukit Jalil. Dari jauh dah boleh nampak dah The Dome yang putih tersergam tu.

Jom tengok video yang sempat saya rakamkan pada malam tu. Probably you all can guess the model of all the Volkswagen cars in this video. Ella pun ada nyanyi jugak 🙂

Khidmat pesanan masyarakat Volkswagen is brought by Redmummy.com

Comment: 15

Mamee & RM ke Rumah Anak-anak Yatim Nurul Qanaah

48hrs sponsored post :)

IMG_6465

Seperti yang telah saya blogkan tempohari, saya dan Mamee akan pergi melawat serta berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim di Rumah Nurul Qanaah, Batu Caves. Bukan saya sorang jer, tapi the RedFamily pun ikut sama 🙂

Walaupun agak terkilan kerana saya terlewat sampai dek kerana kesesakan lalulintas yang maha dahsyat, sampai kitorang berbuka kat dalam kereta sahaja 🙁 tetapi alhamdulillah kerana kami masih sempat tiba di Rumah Nurul Qanaah untuk bersama-sama mereka dan Mamee menjamu selera serta beramah mesra.

Dengan hanya melihat wajah mereka serta merenung ke mata setiap anak-anak kecil ini sudah terasa sebak di dada saya, belum lagi mendengar cerita dan pengalaman sedih dan sayu mereka, mau menjurai airmata saya bak hujan. Mereka yang seramai lebih kurang 30 orang ini terdiri dari yang sekecil 7 tahun hingga ke belasan tahun. Tinggal bersama-sama penjaga yang dianggap sebagai ibu mereka sendiri. Mereka juga adalah abang, kakak dan adik kepada mereka sendiri kerana tiada insan lain lagi dalam hidup mereka. Hidup tolong-menolong adalah lumrah mereka, susah senang sedih riang gelak ketawa juga sesama mereka. Apa yang saya kagumi adalah ketabahan dan kegigihan mereka mengharungi kehidupan seharian walaupun tanpa ada insan bergelar ibu dan ayah. Juga harapan dan doa saya semoga mereka berjaya dan beroleh kebahagiaan kelak… Insyallah.

Beruntungnya kita yang masih mendapat kasih sayang dari ibubapa sendiri…

imageAnak-anak ini juga dihiburkan oleh Mamee Monster mascot yang comel ini 🙂

Apapun saya mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada Mamee yang sudi bersama-sama saya untuk membuat amal kebajikan seperti ni. Disamping menyediakan juadah berbuka puasa, Mamee juga meyediakan sedikit goodies untuk anak-anak kecil ini. Semoga kedatangan kami dan buah tangan ini sedikit sebanyak dapat mengembira dan menceriakan hari-hari mereka especially di bulan yang mulia ini.

IMG_6456

1 Mamee goodie bag for each of them 🙂

Dan seperti yang telah saya perkatakan juga dalam post sebelum ini, semua produk yang dihasilkan oleh Pacific Food Product Sdn Bhd adalah dijamin HALAL ya. Produk-produk mereka termasuklah Mamee Instant Noodle, Mister Potato, Corntoz, Mamee Monster, Double Decker, Smax, Funkees, Cheers Asian Drink, Cheers Carbonated Drink, Fruit Nation, Liteyo Yogurt Drink & Nutrigen.

Korang sendiri boleh mengesahkan keHALALan produk-produk ini dengan melayari laman laman web www.halal.gov.my ini, lepas tu:

  • – Type Pacific Food Product Sdn Bhd
  • – Go to syarikat tab
  • – Click on icon beside date to see list of Halal certified products by MAMEE. You’ll see for yourselves status HALALnya, so jangan ragu-ragu ya 🙂

Kepada anak-anak di Rumah Nurul Qanaah, dan juga anak-anak yang kurang bernasib baik di luar sana,
Percayalah…. masih ada yang sayang.

Khidmat pesanan masyarakat Mamee Buka Puasa is brought by Redmummy.com

Comment: 17

BlackBerry® Bold™ 9900 serendah RM1288 dari Celcom

Kalau sebelum ni Celcom melancarkan Samsung Galaxy Tab 10.1 sampaikan dari pagi buta peminat-peminat Android sudah mula beratur untuk membelinya, kali ni pula khas untuk peminat dan pengguna serta komuniti BlackBerry – Celcom melancarkan the new all-new BlackBerry® Bold™ 9900!

BlackBerry® Bold™ 9900

Saya tau korang sure tepuk dahi punya sebab maklumlah lepas raya ni wallet pun dah nipis dan kering kontang hiks, tapi mana nak cari pakej BlackBerry® Bold™ 9900 bermula serendah RM1288 yang ditawarkan oleh Celcom ni. Ala tak pung advance la dulu duit raya anak-anak  🙂 tapi jangan ngelat bayar balik dah la.

Apa yang menariknya pasal BlackBerry® Bold™ 9900 yang baru ni ialah selain dari QWERTY keyboard, ianya juga adalah touch screen bersaiz 2.8″ ditambah pula ianya juga adalah the thinnest Blackberry! Cool huh.

Features lain yang menarik pula ialah:

o    All-new BlackBerry® 7 OS
o    1.2GHz processor    
o    5MP camera, 720p HD video recording
o    Liquid Graphics™ display
o    8GB internal memory, expandable up to 32GB

Tapi apa yang lebih menarik dan tertarik lagi of cos lah pakej-pakej yang mampu milik yang ditawarkan oleh Celcom khas untuk various lifestyles and needs korang semua kerana harga yang ditawarkan memang sangat berpatutan.

1. With Celcom Exec:

  2. With Celcom Biz:

 

Tapi kalo korang yang jenis sukakan touch screen sahaja, keep yourself updated on xpax FB, kerana tak lama lagi Celcom akan membawa BlackBerry® Torch™ 9860 yang baru pulak.

BlackBerry® Torch™ 9860

BlackBerry® Torch™ 9860 ni mempunyai screen bersaiz 3.7″ ditambah dengan features di bawah:

o    All-new BlackBerry® 7 OS
o    1.2GHz processor    
o    5MP camera, 720p HD video recording
o    Liquid Graphics™ display
o    8GB internal memory, expandable up to 32GB

 

So, tak kira la korang nak BlackBerry® Bold™ 9900 ataupun BlackBerry® Torch™ 9860, make sure dapatkan segera dari affordable pakej yang ditawarkan oleh Celcom, Malaysia’s best network with widest network coverage anywhere in Malaysia, indoors, outdoors and on-the-move.

Untuk maklumat lanjut boleh layari Celcom Smarphones page. Hmmm rasanya dah tiba le masa kot to replace my old Curve dengan Bold baru ni gak….

 

Comment: 13

Buka Puasa Mamee, RM dan Anak-Anak Yatim…

 48hrs sponsored post 🙂

image

Masih ingat lagi dulu-dulu time aku kecik-kecik still in school, asal balik sekolah jer mesti singgah kedai beli Mamee. Sampai la sekarang, on off still suka mengunyah Mamee yang rangup ni. Pejam celik rupa-rupanya Mamee ni dah bertapak di Malaysia dah lebih 40 tahun ko! Sampaikan anak-anak aku pun sama macam aku, dok suka menguyah Mamee hiks 🙂

The crunchy and tasty Mamee Monster snek mi. Ada flavour BBQ dan chicken.

 

Opss sebelum terlupa, do u know that Mamee also ada mi segera? Ke korang memang dah pernah rasa mi segera yang lazat berperisa dari Mamee? Kalau belum korang memang patut try rasa, then baru korang tau betapa sedapnya mi segera Mamee Sllrrp ni. My favourite of cos la Kari Berapi… memang berapi hiks…

FYI, Mamee Double Decker Group also offers a range of product from Snack to Beverage, such as Mamee Instant Noodle, Mister Potato, Corntoz, Mamee Monster, Double Decker, Smax, Funkees, Cheers Asian Drink, Cheers Carbonated Drink, Fruit Nation, Liteyo Yogurt Drink & Nutrigen.

mamee_halal

Yang paling aku suka dan respek ialah walaupun dah lama berjualan kat Malaysia, the company yang membuat Mamee ni which is Pacific Food Product Sdn Bhd tak pernah leka ataupun cuai tentang kehalallan produk mereka. Ya Mamee ini ditanggung HALAL oleh pihak JAKIM sendiri.

mamee_halal2

Kalo korang sendiri ragu-ragu ataupun was-was, korang sendiri boleh check status halal Mamee ini dan juga produk-produk lain dari  Pacific Food Products Sdb Bhd ini.

Pergi ke http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia/126-direktori-halal-malaysia

Type Pacific Food Product Sdn Bhd
Go to syarikat tab
Click on icon beside date to see list of Halal certified products by MAMEE

Yup masih valid lagi status halalnya 🙂

So sempena bulan Ramadhan yang mulia dan Syawal yang bakal menjelma, Mamee sangat berbesar hati ingin meraikan kegembiraan ini bersama-sama mereka yang kurang bernasib baik. Yang lagi bestnya Mamee memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk memilih badan atau pertubuhan kebajikan untuk tujuan amal ini.

Setelah ditimbalbalik, saya dan Mamee akan berkunjung ke Rumah Nurul Qanaah di Batu Caves pada hari Jumaat 26 August ini. Kami akan berbuka puasa bersama-sama dan sempena Raya yang bakal menjelang tak lama lagi, tidak dilupakan juga Raya goodies untuk mereka semua. Sekurang-kurangnya kedatangan dan pemberian ini dapat menggembirakan mereka semua 🙂 Insyaallah…

image

It’s been a while juga saya tak mengunjugi rumah-rumah kebajikan ni, the last was Rumah Nur Salam. So saya sangat berterima-kasih kepada Mamee for this opportunity kerana sudi bersama saya untuk membuat something charitable. Semoga aktiviti-aktiviti mulia seperti ini akan senantiasa diadakan 🙂 TQ Mamee.

Janji temu kami the Red Family di Rumah Nurul Qanaah, Batu Caves pada hari Jumaat 26 August ini!

Khidmat pesanan masyarakat Mamee Buka Puasa is brought by Redmummy.com

Comment: 28

The NEW Samsung Galaxy Tab 10.1

48hours sticky post

Post 1

Post 2

Sekarang jom kita usha apa yang menariknya tentang tablet yang paling NIPIS, paling RINGAN dan paling PANTAS di dunia ini.

Sebagai blogger tegar, penggunaan tablet seperti Samsung Galaxy Tab 10.1 ni sangat sesuai dan efficient. Ini kerana tablet ni membolehkan kita bekerja secara multitasking iaitu melakukan banyak kerja dalam satu masa. Biasanya kita blogger terpaksa membuat beberapa rujukan kan untuk satu-satu entry di blog kita, so banyak la applications kena open. No worry keupayaan multitasking ini ada pada Samsung Galaxy Tab 10.1 ni.

Bayangkan, dalam handbag korang kini boleh buat macam-macam kerja dengan hanya membawa Galaxy Tab 10.1 ni saja. Tak perlu susah payah nak angkut laptop yang berat tu. Macam-macam kerja boleh buat termasuk berkaitan ofis, sebab Galaxy Tab 10.1 ni juga dilengkapi dengan Polaris Office yang mana ianya lebih kurang dengan Microsoft Office yang korang selalu pakai dan ianya compatible to each other 🙂

Galaxy Tab 10.1 ni mempunyai RAM sebanyak 1GB dengan 1Ghz Dual Core NVIDIA Integra Processor. Kalau spesifikasi macam ni, biasanya kalau dekat PC pon memang dikira antara yang mantap dan laju untuk membuat macam-macam kerja pada satu-satu masa dengan visual gambar yang jelas dan nyata. Berat Galaxy Tab10.1 ni hanya 595gram sahaja dengan saiz 256.7mm x 175.3mm x 8.6mm.

Juga terdapat 2 pilihan warna mengikut kesukaan anda. Soft Black ataupun Pure White. Bergantung kepada anda untuk pilih yang mana sesuai dengan gaya anda.

Pure white Galaxy Tab 10.1

Kamera
Semestinya antara kamera terbaik di kalangan tablet yang ada di dunia. Ada 2 kamera depan dan belakang. Kamera belakang 3megapixel dan kamera depan 1.5megapixel. Tengoklah sendiri kualiti gambar yang ada. Sangat menarik dan sesuai untuk live blogging sebab gambar yang ditangkap boleh automatic upload ke picasa atau photo sharing sites yang lain.

Photo taken by this Galaxy Tab 10.1

Multimedia.
Galaxy Tab 10.1 ni sangat menarik untuk hal-hal yang berkaitan media. Boleh memainkan video berdefinisi tinggi (HD) hingga 1080p disamping mempunyai 2 speaker di kiri & kanan yang memberikan pengalaman multimedia dan stereo yang sangat unik dan mantap. Kiranya boleh rasa sendiri pengalaman bunyi surround bila layan video atau muzik menggunakan Galaxy Tab 10.1 ni.

Bateri.
Galaxy Tab 10.1 ni mempunyai ketahanan bateri yang cukup lama untuk kerja-kerja luar. Bayangkan selamba boleh layan sampai 3 cerita Hindustan back to back. 9 jam tahap ketahanan bateri dia. Kalau setakat dengar lagu kat Galaxy Tab 10.1 ni, ia boleh bertahan hingga 72 jam. Fuhh lama tu. Tapi, kalau setakat nak buat kerja-kerja web browsing atau office work jer, mungkin setakat sehari dua tu memang tiada masalah. Ketahanan bateri ni jugak bergantung kepada berapa banyak application yang dibuka, memandangkan Galaxy Tab10.1 ni ada keupayaan multitasking.

Samsung Galaxy Tab 10.1 + the docking

GPS.
Teknologi canggih sekarang menjadikan perjalanan kita lebih mudah. Agak-agak tak tahu jalan, maka kita perlukan GPS atau Global Positioning System untuk membolehkan kita mengetahui lokasi sesuatu tempat dengan mudah. Dengan Galaxy Tab10.1 ni, GPS yang ada dalam tablet ni telah dilengkapi juga dengan Google Map yang memudahkan kita untuk melihat peta dan mendapatkan direction dengan senang. Maka tiada alasan untuk sesat lagi sekarang dengan adanya Galaxy Tab 10.1 yang baru ni.

Dan bermacam-macam lagi specifications dia yang marvelous + features dia yang canggih and much much better not only the design but dari pelbagai aspek yang lain seperti better screen, better multitasking, better speed, better web browsing dan banyak lagi. Eh korang kena tengok and feel sendiri la baru korang tau 🙂

Kat mana nak beli?
Semestinya anda boleh mendapatkan dan menikmati teknologi tab yang canggih ni dari Celcom. Dengan harga plan permulaan dari hanya serendah RM1468 anda boleh dapatkan Galaxy Tab10.1 yang bakal mengubah gaya hidup anda. So boleh pergi kat mana-mana Celcom Branch atau Celcom Authorised Dealer or Blue Cube untuk sign up. Plan-plan Celcom yang affordable akan memberikan the best value untuk Galaxy Tab ini.

Sebab apa beli kat Celcom?
Tidak dinafikan Celcom mempunyai coverage yang sangat luas. Dengan Galaxy Tab 10.1 yang boleh support HSDPA+, Wifi dan juga 3G, pelan broadband Celcom memberikan anda kelajuan yang tinggi dan juga kestabilan internet di mana jua anda berada sama outdoor, indoor ataupun on-the-move. Maklumlah bukan semua tempat ade Wifi kan. So dengan adanya Galaxy Tab 10.1 + Celcom broadband, balik kampung raya nanti takde la bosan bila stuck berjam-jam dalam traffic hiks.

Dari segi kualiti streaming video dan muzik, Celcom juga yang stable setakat ni. Dengan line 3G Celcom, tiada lagi perkataan buffering. Kalau setakat web browsing, blogging, online games dan melayari laman social lagi la langsung tiada masalah. Malahan anda boleh sentiasa berhubung sesama anda bila anda bersama Celcom kerana dengan Celcom + Galaxy Tab 10.1, kuasa di tangan anda.

Dan Celcom juga adalah pemenang bermacam-macam awards antaranya the prestigious Frost & Sullivan’s Mobile Broadband Provider for 2 years in a row. Tak salah lagi pilihan anda hiks

So apa lagi, grab yours niaooooo coz aku berpeluang membelasah tab nih, 2 weeks before it was launched 🙂

 Khidmat pesanan masyarakat Celcom Samsung Galaxy Tab 10.1 is brought to you by Redmummy.com

Comment: 20