Fasting

Selamat Jalan Dunia Pondan by Azwan Ali…

IMG_1009

Ajami’s wife, secretariat for the event gak..Ajami jaga cd, me patutnya tolong2 gak tapi ya udah ngan jem ngan hujan lebatnya, kat kol 7 baru sampai nak nolong hapanya, dapat tolong bahagian registration sesajor..

IMG_0992

Azwan Ali tuan rumah dan Ifa Raziah

IMG_1020

The host are Didie Alias and sapa ke pelakon lelaki baju oren tu namanya…Irfan Roslan. Farahwahida baju biru yang cun!!

IMG_1034

Artis disambut dengan red carpet dan terus interview untuk acara bergambar…

IMG_1043

Diana Danielle, Chanel dia tu makan hati aku tengok!

IMG_1053

Menyelit sama..Iqram

rasanya dia jual serundinglah malam tu kat artist2 yang datang, not bad mamat nih kepala business gak

IMG_1078

Alya kombinasi hijau + pink. Si Azwan panggil dia Lady Gaga hahhaha

IMG_1085

arrival, ramai kebasahan dek hujan… Mawi and Ekin

IMG_1089

aku rasa kan, dah banyak kali aku tengok Ekin dan Mawi live, aku dapat rasakan Ekin tu dia jaga Mawi sangat2 tau, i mean masa aku interview diorg dulu untuk event Azwan Ali jugak for Project Alpha, Ekin banyak tolong Mawi cuba explainkan dia dalam bahasa yang mudah,  sebab masa aku interviewed Mawi dulu dia ngah blur gila. Waktu nak registered nih pun aku tengok Ekin tolong tengokkan laki dia, i mean she s quite pandai menjaga lakinya tanpa nak orang sedari yang dia indirectly cover laki dia. eh betullah, that s good.

IMG_1105

tutup mata tu Kak Didie…tengok make up dia mengelip!

IMG_1138

ini anak sulong Didie Alias, sangatlah tinggiiiiiiiiiii baru 17tahun. dia bawak kelima2 anaknya dan suami barunya gak. aku nampak anak2nya sume manja ngan laki nya yang sekarang, even si teruna umur 15 ke 16 tahun tuh memang kamcing je ngan bapak tirinya…

tapi Didie Alias ni kelakarlah hahahaha..dia jadi co host, mulut dia halahai spontan sungguh.

IMG_1139

buka puasa kami duduk di kalangan media. celebrities dan anak2 yatim duduk di kawasan VIP gitu…

IMG_1145

celebrities yang menunggu waktu berbuka puasa…

IMG_1156

Hafiz Hamidun pencipta lagu untuk SJDP, perkh hensem ko dia!

IMG_1186

the launching of SJDP dirasmikan oleh Datuk Yusof Haslam dan isteri

IMG_1212

Sazzy Falak yang comel kurus bersama suami…

IMG_1216

Ifa Raziah menyanyikan lagu SJD…

lirik lagu takde “pondan” yer, ada dot dot dot sahaja, tajuk buku ye ada Pondan.

IMG_1223

nyanyian bersama Azwan dan Ifa Raziah

IMG_1243

Norish Karman dan Faradhiya

IMG_1249

Jue Aziz, hitam legam lebat sungguh rambutnya

IMG_1253

Iqram + Diana Danielle, next to Iqram is DD’s mom, mak dia bawak Prada tuh

IMG_1314

macam sedondon je 2 couples nih

Ekin, Mawi, Nazril & Sazzy Falak

IMG_1320

Farhan, sporting!

IMG_1330

Farahwahida…lawa gila baju biru dia nih!

IMG_1335

IMG_1348

Armo dan Daydeck

wuii diorg nih nak je aku cubit2! ke main berpakat ngan Sirman ek pas sorang, sorang amik gambar ngan artis wanita. manjang jadi bujang yek korang… mementang aku melepak ngan Joe KK kat belakang…

IMG_1368

Penari cilik untuk Tarian Norul Ain

IMG_1291

Group Photo Artis bersama Azwan Ali

IMG_1381

Complete one happy family :)

IMG_1340

ah comei ko Nora Danish, slim!

IMG_0999

Event: Sidang Media Majlis Berbuka Puasa Azwan Ali bersama 44 orang anak yatim dari Asrama Darul Aminan Seremban, Negeri Sembilan dan Pelancaran Gemilang buku “Selamat Jalan Dunia Pondan”

Venue: Tamarind Springs Restaurant Ampang Jaya.

Penaja Utama: Tamarind Springs and Rins Suzana Wedding Planner

Penaja Bersama: Buku Prima / Adidas / Michael & Guys / Eyoi Team Maku Up Artistik

Lagu Selamat Jalan Dunia adalah ciptaan Hafiz Hamidun, lirik by Azwan Ali, dinyanyikan oleh Ifa Raziah, Azwan Ali dan Hafiz sendiri, sudah boleh didengari di merata saluran radio.

Buku Selamat Jalan Dunia Pondan akan mula berada di pasaran tidak lama lagi dengan harga RM21, menyingkap 1001 kisah hidup Azwan Ali selama ini yang penuh ngan kontroversi, dahlah dia dikaitkan dengan isu Pondan. Opss buku ni tak dijual kat mana2 kedai buku or MPH ke, nak beli kalu, kena order sendiri dari Azwan.

Overall, meriah jugak Majlis ni, as you all can see ramai artis2 yg dtg bagi sokongan. Majlis dimulakan dgn doa selamat,  dan sembahyang maghrib sendiri di Tamarind Springs. Later on the nite, majlis diselang-selikan dgn nyanyian & tarian. Siap nyanyi lagu raya lagi huhuhuhuu. Pastu sekali sekala si Azwan nangis sedih bila beliau menyingkap kisah lama dia…lgpun buku ni kisah hidup dia daaa…

The food pun quite nice, macam2 ada. tp yg paling syok some of the lauk- pauk si Azwan sendiri yg masak. yg tak syoknya menu air dia, depa bagi air asam jawa, bengang jer Sirman, tau la nama tamarind! Tamarind Springs ni ala2 tempat makan dalam hutan, suasana kiri kanan mcm dlm hutan la, makan atas pokok boleh gak kot. ntah la! quite a good place gak utk mkn2, dekat2 dengan Kelab Darul Ehsan.

Thanks Azwan Ali, cemolotttttttttttt sket!!

ok yah….!! gambar ada kat 400 keping, ini je yang aku mampu letak :) Tapi yg paling aku tak tahan gambar ni !

IMG_1322

wahh!! mementang bini sibuk kat belakang, ada je yang kepala 2 orang tuh tolong ngamikkan gambar yek, amboii  suka sakan yek Sirman, sah pasnih dia tukar profile FB dia ganti gambo nih :p

Comment: 57

Red Family di Bazar Ramadhan…

IMG01825-20100814-1711

aku update bukak puasa ke sahur kat twitter yang oi, tu pasal korang jangan pelik napa takde citer makan2 buka puasa or sahur. sahihnya gambar pun aku tweet live terus. well, last friday aku sampai ngam2 lagi 5min nak berbuka, luckilylah helper aku dah pandai masak melayu, aku dah ajar dia yang oi, satu buku resepi melayu aku dah bagi dia sejak setahun dulu so dia memang dah pandai sangat masak melayu.

so on weekend, memang aku lah yang kena buat all out, and budak2 dah bagi list nak makan apa nak minum apa untuk bukak puasa. tetiba je abang dah siap list kooooo! mak haik! melampo betul listnya, makan ke mentekedarah. beli 4 inggit pun banyak tak habis inikan pulak list berjela2 tuh.

IMG01826-20100814-1712

sebab ini pertama kali kita ada masa untuk kuor as a family, ngan aku pun ikut sama coz aku nak jumpa makcik rendang yang kusayang itu….kat sekitar rumah aku memang ada melambak gerai under DBKL for pasar ramadhan nih, ko nak makan apa jer, sume ado.

IMG01833-20100814-1729

ini tempat yang aku paling suka pergi berparam…kat sinilah jugak makcik rendang meniaga, cuma nasib kurang baik, weekend makcik nih tak meniaga lah pulak, dia meniaga hari weekdays sahaja…aisayh… sapa ke penyanyi/pelakon lawa tuh, Syella yang ada butik pengantin tuh, ha dia pun ada menjual sama. lawo betullah budak tuh. putih gebu sungguh.  dulu masa belum jadi artis takde le selawa gitu, apa kah rahsianya ek?

jong jong jong! aku tak pi pun beli kat gerai dia, tak tau pun apa dia jual…

IMG01827-20100814-1720

kenapalah masa bukan ramadhan takde orang nak menjual ke main hebat macam nih yek? napa le masa bulan puasa ajer baru berebut2 orang carik duit raya, meniaga hebat gini iskk, tau tak, bukan orang melayu muslim kita jer yang sibuk membeli tapi cina india omputih segala bangsa berebut2 membeli juadah gak masa ni.

IMG01830-20100814-1724

aku cukup tak suka betul anak2 aku nih kalau nak makan sume yang diorg nampak semua diorang nak. eii, membazir betul. macam2 pulak tuh yang diorg order nak tuh nak nih….dah 2 kali berbuka gak habis membazir je buang. baik bagi kat security guards VA tuh, beli2 baik bagi diorg, ada gak pekdahnya. bengang betul aku. pasnih aku kena lagi serius ngan depa tak bleh nak manjang sumernya nak semataaa…

fishball nih amik sampai 3 jenis, makannya sebijik jer.eii korang! makan masa sahur lagilah payah coz semua makan nasi and dah tak lalu nak makan bebanyak, ater dedua pala lentok kat meja makan.

IMG01832-20100814-1727

mee kuning + soup nih sangat fav abang, dia beli ni makan sampai habis, berkongsi sama adiknya. aku kalo apa2 beli kongsi jer tak yah nak membazir kot dia nak tuh nak nih, ha beli satu korang rasa le sesama sket…tak rugi beli nih yek sirman if in d future abang nak lagik.

IMG01828-20100814-1720

nih aku tak tau lah apa mendanya nih, Puffina, tak try pun kita beli, but memang tak tau apa ke mendenya. kalau jual masa bukan bulan Ramadhan, nanti aku makan yek bang. tak pung masa aku ngah red flag datang bulan, nanti aku borong so boleh buat makan masa siang2 hari dok bawah meja ngan member yang sama2 datang bulan hahahahha…..

lecehlah, wpun red flag ko ingat senang nak makan ke, dahlah tak leh makan openly, makan kena sorok2, yang bersorok tu pun payah kay! nak buat air lagilah tak boleh, takut orang nampak, diorg takkan cakap apa tapi seganlah, sesengih sedepa je memasing nanti. ngan anak2 aku leh lagi menyorok.

IMG00324

the next station kita pergi kat sebelah tasik pulak. aku ada masak 2 lauk tapi ada yang kita nak carik macam contoh siput sedut takde jual kat depan JPJ tadi tuh. oh aku tak leh makan  siput sedut yang ada keladi yer, gatal2 kang, lgipun Gegirl pun nak makan sama, so aku kena carik siput sedut yang tidak ada keladi langsung. ni siput sedut aku tak getilah nak siang. kalau ada pun yang makan aku ngan Gegirl jer, orang lain tak geti nak makan….

IMG00325

bapak nak air cendol…yey! budak2 dah mintak air soya, tapi bila hidang diorg berebut nakkan air cendol bapaknya….

IMG00327

bubur pulut hitam ku yang sampai sudah lupa nak makan, coz tidur awal. bulan2 puasa ni banyak dugaan lah, antaranya mata cepat nak lelap wpun sat nite. sayang betullah aku dah terliur2 nak makan bubur pulut hitam nih…

aku suka sume jenis bubur kecuali bubur tu ko taruk durian, memang aku tak makan. tu pasal penah dengo aku makan tempoyak? nehi kan?

IMG00323

eh eh ada gambar catwalk ibu dan anak…

IMG00326

waa jumpa gak siput sedut tanpa keladi! aku belasah sorang nih untuk 2 inggit. tapi rupanya dalam aku ngah beli nih, sirman pi beli lauk lain gak, tu yang bila hidang banyaknya hai lauk banyaknya hai makanan….kalo makan kat umah mak ajah sedap gak.

IMG01831-20100814-1726

penutup entry aku kasi gambar ayam goreng kukus! ya allah sedap betul, tang Abang and Gegirl lah. tang sirman punya dalam dia tak masak sangat. aku tak amik coz aku tau mesti ada yang tak makan so campak kat mak nya. ni gerai kat depan JPJ tu gak, sebelah2 ngah gerai makcik rendang.

Adalah masa beli kat sebelah tasik punya bazar ramadhan kan, aku amik asam pedas ikan pari. laki aku budget 3 inggit jer, sekali 5 hinggit ko! aku terus cakap pasnih tak yah dah beli lauk2 gini, ai pun boleh masak. 5 inggit tuh! iskk… tu yang kuor twitter laki aku ngomel napa sampai sepetang punya param sampai 40hinggit anak beranak membeli. ngehh! Not like we beli everyday, tapi kalau sekali ngadap beli 40 ringgit, wui banyaknyaa!

Ahad abang teringin nak bukak puasa kat QB …. nanti aku cite apalak yang menarik under QB kay.

Comment: 22

3rd Nuffnang Buka Puasa…

IMG_0839

Thanks Nuffnang for inviting me + Sirman again for the 3rd Nuffnang Buka Puasa with Nuffnangers and Nuffies. Pertama kali dulu saya diberi peluang sambil sharing session, buka puasa tahun ke2 aku clashed ngan event Project Alpha tapi ke3 kali ni Nuffnang jemput sekali lagi.

Event secara rasminya di The Apartment, KLCC.

oklah aku cuba kenalkan nama2 yang aku ingat yek…

IMG_0803

tudung purple, Noor Afzan, di hujung is Robb Nuffie, budak tapak tangan lembut giler baju hitam lupa namanya ngehhh…Jejai, Sirman and RM

IMG_0811

Tudung pink adik Sumi also blogger sorry nama dah lupa, Nicholas Nuffie, baju hijau biru lupa lagi namanya, baju kolar grey pun lupa namanya berspek, Sumi and her baby.

IMG_0829

Nicholas Nuffie, Robb Nuffie, si tapak tangan lembut macam tak pernah buat keje rumah, Jejai, Sirman and RM

IMG_0876

standing is Rina’s bf, Robb Nuffie and Rina Nuffie

IMG_0873

duduk is Aizad Nuffie, back plak Sumi, Robb Nuffie, Noor Afzan, Jestina Nuffie, Firdaus Nuffie, tudung pink, baju kolar hijau biru and grey collar ahhahaha amik ko akak dah lupa nama dik! at the back gives peace si tapak tangan and Jejai…

IMG_0934

Rina Nuffie yang very the ala model, sok sok jadik bini jutawan jangan lupa akak yek… Ngehhhh

IMG_0894

aaa lupa nama adik baju purple keje kat klcc, gaji cukup bulan kita shop2 kay, Nicholas Nuffie, belakang Sumi, si kolar ijau biru and grey.

IMG_0903

Jestina Nuffie, tudung pink,Noor Afzan, tudung bunga2 and tudung hitam hahahahah no names, ampun yek!

IMG_0884

IMG_0948

Sirman and RM, tak yah intro dalam RM, harus kena taji je kang…gila korang tak kenal aku dalam blog aku sendiri kan?

IMG_0846

Group Photo

IMG_0943

senang kerja bila Sirman pi snap gambar site memasing ada dalam nih yek, kot sapa takdak tuh hahahha…sib korang lah. Banyak gak gambar Sirman amik but sedang2 je lah yek kita letak lam nih…Nuffies ada dalam 6 orang, lain2 tuh bloggers Nuffnang…

Tunggu gak bila Nuffnang nak buat Raya Open House manalah tau kan, tak tahun ni tahun depan Tim will consider that. Event nih dah 3 kali Nuffnang buat, so antara sebab mereka disayangi oleh ramai bloggers pun coz sentiasa bersifat 1Malaysia, wpun ada event besar gak clash with those Nuffies yang bukan non muslim but they put it aside. Cuma kali ni tak ramai yang dapat depa allocated kan…but still, baik sket daripada takdak langsung. ye dok?

Buffet berbuka puasa hari tu adalah dari jenis masakan Negeri Sembilan…Selamat beriadah yer….

Comment: 54

So the update…

Gegirl is surviving…abang too. hari pertama jer Gegirl nangis2 tak tahan nak bukak puasa wpun lagi 10min je nak azan, tapi hari ke dua and so on, memang dia cemerlang sungguh. Petang2 dia tolong helper aku masak, abang pun masa hari ke dua dah macam2 ucapan

abang  dah nak pengsan ni mummy….tolonglah bagi air mummy

mummy, thirsty nya abang, mummy tak sian ke kat abang

wah banyak lagi dugaan ayat2 kesian dia bagi tapi aku buat pekak telinga jer. hati kena kental…dok pujuklah sakan…eloklah dia pi sek agama kalo idak lagi dia meracau kat rumah tak leh tahan…bestnya aku bagi dia 4 inggit untuk dia beli kuih pilih sendiri or apa ajelah yang dia nak beli bila singgah param with atuknya…

IMG01775-20100812-1555

tapi hari 3 ramadhan, dia tak bawak pun duit yang aku kasi coz tekak dia mau makan maggi worr! huh tekak ko tak agak2 nya menu ko mintak. yang mak ko tak suka ko makan tu lah yang korang nak. so diorg makan lah maggi, berulang2 supper pun maggi gak. but sahur memang aku wajib kan diorg makan nasi, air suam kena togok banyak2, kasi tekak tu basah. minum berbuka pun aku amalkan diorg minum milo panas dulu baru boleh minum air sejuk.

aku memang tak minum air sejuk, pantang tekak aku lah, and pantang gak badan aku yang sedang berurut. makan pun aku tak de nya nak jamah kuih ke hapa dulu, perut memang buncit but i cant take too much food at one time. aku hanya akan makan nasi n lauk semata. one thing yang aku suka makan bila bulan puasa ialah bubur pulut hitam. wui ini kalau dapat, sah masa supper lah aku makan.

Pagi ni sekali lagi berurut, aku ingat nak buat once a week nya urutan badan, best betul. i lost 1kg after 2 days of urut, or tak tau lah mbe dek kerna puasa gak kot. those yang tanya numbers makcik urut tuh, mintak maaf ye hemm..i cant simply give lah, number phone orang takkan aku nak bagi merata kat orang. lagipun privacy gak nih..so sorry yek, i wont reveal number makcik urut aku tuh.  lagipun too many things yang aku dah shared dalam nih, apa number maklumat info yang korang mintak mesti aku bagi, but ada jugak yang aku kena tapis2 lah seperti number phone makcik urut…..

Sabtu Ahad, hari budak2 nak pi beli juadah ngan bapaknya…sure sonok tu dapat pilih macam2… cuma sejak puasa nih pala aku pening2 ler mbe tak cukup air dalam badan lah ni kot. hari jemaat pas isya’ aku dah kong, menahan sakit pala, kol 2 pagi terjaga jap tengok sirman dok layan dvd, aku temankan dia pastuh terus buat sahur. so by 4am kita sume dah siap makan sahur….settled. mlm ni mbe diorg dapat pi tarawikh, coz hari bekerja budak2 kena tidur awal.

aku nak masak 2 lauk je lah hari nih…sah kat param tu macam2 yang diorg beli. oh yes, my fav makcik yang setiap tahun buatkan rendang daging ayam aku telah kembali sihat berniaga, sirman bought kari ayam from her and punyalah sayangkan aku dia siap kirim nasi lemak kay…oh best! i shall blog bout makcik rendang soon. ha makcik ni memang tetiap taun aku promote sampai ramai readers aku pun beli dari dia jugak kay!

Comment: 23

Demam puasa…

i m down with fever!!

jangankan korang, aku lagilah macam tak sangka, eh aku demam?? masa on the way pi keje pagi 1 Ramadhan aku tak rasa sedap badan, sampai2 opis tetiba badan naik panas but mbe aku ingatkan coz temperature aircond opis yang kuat. siap aku selubung ngan shawl. ask my frens yang lain diorg kata sama je temperature macam hari lain….

n tekak aku pun perit, memang badan rasa panas ya rabbi. during lunch break aku lari jap pi clinic and it was 39! memang high fever….actually masa jalan nak pi clinic pun rasa dizzy jer, so i got 2 days mc. balik je umah terus terbongkang atas katil sampai tak sedor dunia…

IMG01772-20100811-1321

tengok2 anak2 aku dok tidur bertempiaran, abang sebelah hujung kaki kiri, gegirl pulak kat atas karpet ngah nangis2 menahan lapar. alahai sian dia. budak tu puasa ko!

abang shame2 tak puasa separuh hari coz dia tak sihat lagi, dia tepon dari sekolah suh amik dia bawak balik tekak nak minum milo ais mamak yek, tapi takde lah lemah mana pun budak niiii….! Gegirl pulak memang puasa, bertawakal dia menahan sampai nangis, sib baik aku yang ngah demam ni ada bantuan fifin. So nak bagi semangat kat Gegirl, aku suh dia tengok tv pun tak jalan, aku ajak dia pi dapur isi2 lauk nasi bagai, pun dia lemah.

paling kesian bila dia dok kat meja makan, meleleh2 air mata dia siap tekan2 perut sakit…alahai.

so lagi 10min nak azan, dia bukak puasa….

ok ler tu dari abangnya yang puasa separuh hari je. ok abangnya kes nih sebab dia tak sihat, so acceptable. but Gegirl she s not even 6 years old, hujung2 terpaksa gak bukak, 10min je lagik. takpe takper….tetap dapat 2 ringgit coz dah kira penuh gak tuh.  bapaknya janji satu hari puasa 2 inggit, so dia suh bagi masa raya additional ngan duit raya. ewahh!

n me, aku memang collapsedlah….pas je bukak puasa aku teman abang buat homework dalam bilik dia. coz aku lari dari bilik aku sendiri sebab ada aircond. badan aku tak larat ngan sejuk2 aircond, sedor2 ha ko pagi ni sahur baru terjaga….! sirman cakap dia kejut aku tapi aku dah tidur mati, mau taknya penangan ubat batuk yang drowsy tuh…

at least demam kali ni taklah kejang sangat, boleh waras lagi update blog wpun sehari aku kong, ni aku buat entry nih pas sahur sementara nak tunggu kejutkan diorg for pi keje and school. mak mc lagi you…leh lah aku bedal baring kaw2….panas dah kurang tapi dizzy tu ke main lagi berpinar2. tekak ni lagilah toksah dikata peritnya.

lagipun bila ada anak2 nih, sakit makit tak kira, kena gak berjaga pretend tak sihat…

ya udah, aku nak sambung bongkang, hari ni mak ajah aku anto tukang urut nak ngurut badan anaknya ni ha yang dah kertu. terbaiklah mak! ngah2 puasa, ngan demam, datang pulak makcik urut badan…huh! siap la aku menjerit2 ni kang!

oi ni aku demam bukan pasal puasa lah…ni demam emm memang demam tekejut tak sihat lah tuu!

Comment: 20