Fasting

Duit dok mengalir je weih……..!

IMG02095-20100825-0025

wiwittttt! orang sokmo cakap kalau aku tua, ha macam muka mak aku tuh. kira satu chop lah gitu! so anw, by this time mak ajah dah terbang jauh ke bumi Mekah. Epi and I tak leh nak hantar siangnya ke KLIA, adik badik lain yang hantar, so we came at nite. tapi nak menunggu mak aku balik dr tadarus halahai, sampai terpaksa aku ngan Sirman jemput mak dari surau lah….ni kitorg muka2 dah past midnite worr….

si Epi tu perasan dia pun ada makwe lam RM yang minat dia gak, so sakan lah nak suh aku kuorkan muka dia gak…well, insyallah mak ajah balik sehari 2 sebelum Syawal. semoga selamatlah hendaknya mak ku di sana. Sayang makkkkk!

IMG02092-20100824-1510

rial and sin dollars…

IMG02097-20100825-1025

dan duit di musim raya ni dah macam air menjerlus….duit rial tu top up untuk mak ajah aku pakai kat sana. i oso had to change to S$1,500. Hello Singaporean, i m not going there. kalo aku pergi, aku pi sesenyap ahhahaha takde maknanya bulan2 puasa ni nak berjalan weih.. duit malaysia tu aku pulak keje aku jadi Ah Long untuk penukaran ke duit raya. aku kutip dari budak2 opis untuk ditukarkan ngan lagi bapak Ah Long gitu heheheheh. dah dapat pun duit rayanya tapi sebab aku dah bagi2 kan no photos lah. so settled tang tuh.

ni blom lagi duit lain, aku teringin nak beli curtain pasang siap, selain dari IKEA kat mana ada jual yek? aku dah ada ukuran langsir, tak standard ngan biasa tp tu lah nak mencariknya manghaik, sumpah tak tau. so saya yang hena ini mohon bantuan dari korang, adakah tuan puan tahu di mana ada jual selain IKEA?

ikut laki aku pakai je sampai 10tahun, isk, orang laki sume bantai amik mudah jer. curtain aku yang cantik merah menyala jahitan lawa tu aku buat kat jakarta, pagi tempah petang diorg siapkan. memang cung! tapi awatnya sampai nak buat jauh ke jakarta, yang kat kl pun ado tp again, alasan basi aku, dah nak rayaaaaaaaaaa baruuuuuu heboh nak mencarik. huh very the systematic and tak organise langsung!

so tolong tolong……. sian aku, mak jauh kat mekah nun.

Comment: 21

100 things to do…

IMG02036-20100821-1253

ko! bz betullah aku hari sabtu arituh. pagi2 lagi kol 7 dah buat massage, makcik urut datang.  lepas 2 jam aku panjat katil balik, badan dah kena urut, bulan puasa lak tu, apa lagi, tidur balik ler. pastuh bangun dah tak tau nak buat gapo, mula2 rasa macam tak busy, tapi dah lepas zuhur tuh rasa macam eh eh, takkan nak tidur jerrr lagi. nak ngadap pc lagilah tak kuasa, tiada napsu sungguh! so aku carik barang2 yang nak disiap buat kuih raya. tq ayuthesun yang tolong belikan barang2 buat kuih raya aku, tapi belek punya telek, ada 2,3 barang lg tak cukup so itu harus kena pi carik. makanya project weekend nak buat kuih raya tak boleh buat lagik.

aku cakap ngan akak aku, abihlah korang, sapa datang raya rumah aku, ha satu kuih raya ni je aku bagi muahhahaha!

IMG02039-20100821-1421

dan kemudiannya aku laki bini pergi bawak Reddy and Mozel untuk vacci. kitorg terawal 15min so dok melanguk lam keter jer and we play around our twitter baru pasan Uber Twitter dah boleh upgrade to the latest version. petang tu jugak Mozel demam, aloloo, sian ko. demam kena cucuk vacci kan. diorg amik ubat cacing gak.

kat sini aku kena RM74. patutnya tak sampai 50 pun but sebab aku amik roller gak so jadi mahal sket lah. tau tak aku mistake tak asingkan Reddy ngan anak2nya. Doctor marah betul. coz anak2nya dah over 2 months, patutnya dah pisah putus susu menetek ngan maknya, kitten tak boleh lebih 5 minggu menetek.

aku ingatkan macam orang, sepanjang ada susu tu kasi menetek je lah kan, rupanya no no nookk. kalo more than 5 weeks, maknya kucing boleh dapat breast cancer or apa tah nama scientific for sakit teteknya lah coz anak2 nya dah besar dah ada gigi, so kemungkinan untuk diorg menggigit nipple mak nya masa menyusu tu sangat tinggi. jadi harus dipisahkan. ya halahai! mana aku tauuuuuuuuuuu…..

IMG00372

so the latest version of uber twitter in BB, boleh pilih colour background and i choose for red. perlukah nak bilang lagik kaler apa nak amikkan? of cos lah merahhhhhhhhhhhhhhhh!

IMG02054-20100821-1547

abih kat vacci, kita lari ke petshop pulak, borong pasir 2 kampit, makanan 4 bungkus, pastuh aku beli 5 tin makanan basah untuk triplets, doctor mintak campurkan ngan soft food coz diorg kan baby lagik. itu makanan tin kan, bukak2 jer jangankan triplets, Reddy and Mozel pun beratur nak makan sama, so aku tuang kat bekas and bagi diorg share2… All the barang2 kucing abih RM129.

itu pasir yang the best in the world, wangi. those pencinta kucing, boleh amik pasir cenggini, aku dah pakai dalam 7 kampits lah gitu. ada flavour oren apple etcs.  cukup ko simpan 10plastik kosong pasir nih, bagi kat petshop nanti dia bagi satu percuma pasir nih gak. hehehehe, kumpul babe kumpul ler senang nak redeem.

btw pasal Reddy kena putus susu netek ngan anak2nya kan, sian pulak diorg tak dapat anak bergurau-senda, sebab bila time anak2 kuor, Reddy and Mozel kena dok lam cage, macam tu lah amik turn memasing. So sirman cadangkan aku carik bengkung yang boleh tutup tetek si Reddy dari anak2nya menyusu.

aku rasa nak bengkungkan jer idea Sirman tuh. tak ke kurenggggggg asam betul!

IMG02057-20100821-1551

dan kemudian kita lari pulak pi stationery shop kat sebelah pet shop. Borong buku komik cina abang. dia memang suka kau beli buku2 komik cina nih. He doesnt speak mandarin with us, coz makpaknya buta mandarin, tapi harituh ada aku pi sekolah dia, cikgu dia borak ngan dia selamba kodok je dia jawab in mandarin, ke main laju fluent gak. aku yang terpinga2 between them coz sepatah aku tak paham.

he s not really good in mandarin writing tapi dia punya cakap quite not bad.  Bapaknya pun memang bagi setiap jumaat RM3 untuk dia beli komik book kat sekolah, apa saja untukmu anak2. takpelah komik pun takper, asalkan mandarin boleh brush up lagi dia punya bacaan mandarin and of cos semangat membaca tu yang paling penting.

IMG02059-20100821-1552

dan set pencil and ink brush art chinese for them too. kalau ada untuk abang, mestilah ada untuk adiknya gak…rasanya for all these sirman paid for RM55. Buku komik tu untunglah, korang nampak macam satu buku jer tapi sebenornya ada 2 buku berplastik di set yang sama. kira abang dapat 12bijik. sakan betul dia punya suka kay! tapi dia hanya boleh baca sebelum nak tidur and waktu lepas sahur kejap. kalo idakkkk tak jadi buat keje lerrr budak tu kang.

IMG02073-20100821-2247

at night, i received Raya Hamper from my client. oh suka, tak bukak lagi nih, biar gitu jer, mbe nak2 dekat raya ke baru bukak…mesti ada orang nak anto lagi kan. no hal, saya terima jer. aku pun ada jugak order hamper raya, or apa2 sahaja yang aku leh beli untuk hantar to clients gak. tahun nih ngah pikir mana nya site aku nak pakai to deliver my list.

Ramai yang nak suh aku amik depa punya site, pastu nak suh aku selit2 kat sini, pastu aku kena caj pulak tuh untuk hamper yang aku nak, apa barang? ko suh aku promote ko dalam nih, aku kena bayar untuk hampers yang aku nak hantar, pastu ko dapat untung kaw2. untung dari raya hampers aku nak order, and untung promo free gila2, wah wah, diorg nih kadang2 tak agak2.

namanya pun Promo Puasa Raya kan….kalau nak business kalau nak win win situation pun, janganlah pikir untung sorang jer, kenalah ingat parking kat RM pun bukan semuanya free, free kalu masaklah aku kena taji gak nanti. So Contact Red lah kalau nak Promo Puasa Raya lagik.

Comment: 8

Buffet Ramadan INTEKMA…

IMG_1733

bukan berdua, tapi berempat :)

IMG_1814

2 tahun ko, 2 tahun INTEKMA cuba nak ajak aku buka puasa tapi memang tak boleh sesajar. tahun ke dua ni pun hampir tak jadi coz slot memang tak ngam. sampai bolehlah akhirnya itupun oh sedih, kami reached INTEKMA 5 min selepas orang dah berbuka.

so sib baik aku dah beli siap2 kat param karipap 3 inggit and ayam 2 ketul untuk kami just in case tak dapat sampai Shah Alam on time. memang patut pun, aku memanglah on time, tapi laki aku tu nun dari jauh, nunggu dia jer ke main lambat, 645pm dari Cheras nak kejar ke Shah Alam.

Jumaat plak tuh..ha paham2 je lah jem camne. Thanks to Amy from INTEKMA for the great hospitality.

IMG_1687

kita berbuka puasa di tepi pool youuu….

sekali pelapik meja makan sama merah darrrrrrr!

IMG_1694

gegirl cukuplah suka ngan kueytiaw, tapi boleh pulak masa first round memang banyak tapi bila dia nak tambah, dah abih ko. so aku ingat ok takde rezekii lah kan but bila chef tu cakap eh eh kita masak skang gak kak. wahh! kira dia bukan masak kol 3 petang, dia masak jam2 tu gak untuk korang. i love it lah!

IMG_1684

INTEKMA punya specialty are murtabak nih, sodap fav sirman sesangat, mee jawa INTEKMA, nasi lemak ayam berempah, sup ekor asam pedas and kambing panggang.

IMG_1698

tak yah risau hujan, makan kat pool nih dah siap bercanopy, tepi pool lagik. agak2 ko panas, ha sambil makan tu pi berendamlah lam pool tuh. tapi jangan marahlah kalau orang sume pandang ko kan, apakah ko dah gila, orang ngah bukak puasa ko nak berendam pulak yek. ko dah kenapa? cantik sangat nak berbikini plak?

IMG_1727

jemu makan di tepi pool boleh makan di atas ada dewan besar….banquet yang tetiba aku leh jumpa kaum kerabat…

IMG_1728

my biras and her family (husband dia is Sirman’s brother)…ada company dia engage bukak puasa kat sini, so dalam tuh pun ada keliling banyak buffet untuk buka puasa…

untuk solat ada kapasiti 100 orang di surau, ada kaunter zakat, dan tazkirah di setiap Jumaat & Sabtu

IMG_1748

tak pun dah rasa bosan makan kat dalam banquet boleh je turun ke pool and tarik meja yang orang lain dah balik tuh and sambung makan buffet di pool gak…macam family BIL aku nih lah. sakan kitorg borak citer segala….

untuk family abang ipar aku kat Amsterdam tuh, takpe takpe, nanti kalau ada rezeki baliklah Malaysia yek.

IMG_1754

sambil2 tuh boleh dengar celoteh MC or host, namanya Fuad untuk di pool nih, yang di banquet akan dapat live telecast gak, beliau akan menyanyikan lagu2 mengikut permintaan korang. dari lagu biasa, rock kapak, jiwang terhangat, dangdut mahupun lagu raya. lagu raya ni bila dah nak dekat raya, lagi happening lah weih! Semua chef di INTEKMA akan berada di buffet area jugak untuk serving kita, dan diorg pun nanti akan menyanyi sama. kira tempat nih memang takde lah protokol sangat.

macam orang kawin kalo kita pi makan kat hotel tuh, protokol gila kan? ha not for this, ko nak nyanyi sama pun boleh…

IMG_1771

atau ko boleh dedicate lagu untuk sapa2 kat INTEKMA buffet ramadan nih lah…yang kelakarnya aku dengo ada ucapan tuh..

Boss, saya tujukan lagu ni untuk boss semoga boss bagi kami cuti panjang dan kami  dapat bonus ye, raya dah nak dekat Boss!

muahahhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

satu INTEKMA dengo bang oi!

image

rambang tak mata ko! hai kalau baca entry nih sebelum waktu berbuka jangan ko coba2 nak culas puasa yek!

image

staff diorang peramah bangat, diorg akan sentiasa tersenyum dah cuba help kita bila kita macam teraba2 eh nak makan apa ek…ha lajulah depa suggest kat ko. diorg tak kenal aku RM lah, takde maknanya nak bagi special attention pung!

IMG_1671

INTEKMA Resort & Convention Centre is located in Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, 4000 Shah Alam.

IMG_1667

Sempat lagi nih kalau korang nak bawak kawan2 opis, or company nak buat buka puasa dan juga untuk family makan di sini, harga berpatutan tak mencekik2 sampai RM100++ kat sesetengah hotel. Setiap seringgit pula akan didermakan pada badan kebajikan dan rumah anak yatim. RM43 nett for Adult and RM22 nett for kids above 6 years old.

Buffet Ramadan ini hanya sehingga 9 September, 10hb orang raya oiiiii!  So kalau nak reserve ke hapa, boleh contact +603 5522 5001 / 5009 / 5066. Kalau korang tak de kawan nak makan kat buffet nih, boleh bawak RM, dengan syarat ko belanja. dah katanya ko nak dating ngan aku kan, so pendater (matiklah main suka2 jer buat english vocab kan, pastuh ada yang tazkirah ai hahahahahah) kenalah bayar for me. Murah rezeki korang :)

Tak pun kan, ko pi je makan sorang2 kalau ko takde gang, coz aku tengok ramai gak selamba je abang2 bujang dok sorang2 buka puasa sorang2, yang pompuan tak ramailah sorang2, pomp penyegan sket kot. dr makan sorang2 depa lagi rela tapau bawak balik.

FYI, INTEKMA nih suku sakat UITM kan?

so ai pun product ITM youuuu….. (still aku tak rasa sedap tekak guna UiTM). Menyokong INTEKMA tanggungjawab kita…cewahhhh!!! apa lagi korang yang product ITM? tak geti2?

Comment: 23

Ramadhan buka puasa for my big family…

IMG_4492

langsung aku tak leh nak tepek gambar family members aku coz sorang dok sini sorang dok sana sumenya tak bertudung baik menantu baik anak. so takleh nak kuor RM lah. ada 3 brothers aku yang tak dapat nak join due to work commitment. ini yang korang nampak kat meja makan nih, tapi kat meja makan dapur lagi banyak makanan but kebanyakannya habis, cuma murtabak terbeli lebih. Rumah mak aku ni kecik so kalau sekali rap berkumpul, ngan anak menantu cucu, wpun tak complete anak 8 yang balik, memang happening.

Masing2 cakap ke main kuat orang dengo macam nak bergaduh, but i think ini ikut family generation gak kot, my parents orang Melaka, so kebanyakan orang Melaka memang cakap ke main kuat macam orang sebelah tu pokak. Eh aku punya pitching pun not bad tinggi gak, mau dengo suara nyaring aku, ha muleh muleh :)

IMG_4486

cuma mak aku waktu nak berbuka dia cam biasa lari jap pi surau belakang rumah. memang dari dulu lagi, dia suh anak2 balik tp dia tak berbuka ngan kami. dah abih maghrib buka puasa sket kat surau baru dia balik rumah. waktu tu kitorg dah settled kemas kan dapur sesiap, so sambil lepaking dok tengok akak aku dok suh adik2 beli barang yang dia jual. hah dia ler si ibu kutu hahahah! hampeh tol akak aku tuh.

tapi not bad aku tak beli apa2 pun, berjaya menepis. Tapi terpaksa gak order kuih raya coz abang dah ngendeng2 nak merasa kuih raya yang mak ngah nya jual.

Malam tu gak, abang aku bawak abah aku ke klinik, my both parents are not that well. specially my dad. Uzur dah sangat abah aku tapi anak menantu balik dah boleh ceria lah sket.

IMG_4527

Petang tu aku, Sirman and Abang pi bazar ramadhan kat param umah mak jer. first time aku ke sana. carik pari bakarlah, segala mak nek…bulan puasa ni suara abang ke main garau dah coz hari2 bedal air cendol. Wpun minum air milo panas and minum banyak air suam, tp power cendol sejuk tu lagi bikin tekak dia sakit. Sambil melepak ngan adik badik ipar duai, mamat nih mintak aku cabutkan uban dia…pantang betul dia nampak uban kat palanya, tak kira orang nak mengompat dia nak suh buat kerojer.

Mata aku dahlah nak meleka tengok Galaksi, ater si Azwan suh tengok SJDPondan kan…yang aku pi cover event dia harituh.

IMG_4488

first time kami laki bini pakai tshirts yang Kak Ann belikan from Thailand. woi kak….aku pakai pi param, orang terteleng2 menengok kak oiii. sampai abang pun lari ke tepi sebab tak nak dapat tempias He Is My Love. biasalah, budak dah nak membesor, lelaki pulak tu, feeling lah tu kalau orang tau mak nya love love dia. siap dia tolak2 aku suh berjalan sebelah kanan bapaknya, to make sure orang nampak bonar ayat tu tuju kek bapaknya.

IMG_4510

Penutupnya depa main bunga api, mana dapat pun aku tak tau lar… Minggu ni mak aku nak pi buat Umrah lagi, insyallah kalau takde aral, sehari 2 sebelum Raya dia balik. i think readers lama aku pun dah get used kan, mak aku memang akan sentiasa berada di Mekah pada setiap bulan Ramadhan. Pernah sekali tuh, dah 7 ke 10 Syawal baru pulangnya.

Cuma aku perati, laki aku, laki akak aku, kira menantu lelaki ler, bukan main mengada betul bila kat umah mak aku. tak geti le nak bangun angkat air sendiri, nak amik kuih kat meja makan ker, sume nak suruh bini2 sendiri pi ngamik. Tapi kat umah mak diorang goti plak angkat pungkok tak yah suruh bini pung. huii…. sampai dah nak masuk 10 tahun kawin Sirman weihhhhhhhh….!

tu mengada2 ke malas ke apa ke tuh….buffet bang, sendiri self service ler. Jadi boss betul sang suami ni kan, eh eh, for credit, sahur 10 Ramadhan Sirman masakkan sahur kay, wpun sardin semata, siap hidang2 atas meja and kejut the 3 of us. Kekdahnya aku dah memang ketiduran penat betul, tak sedor hapa, dia memang berjaga sebab layan movie, pastu buat housekeeping semua emails (woi oi sirman dah jawab ek sumer email from Contact Red) and tengok bininya tak bangun2 gak, dia sendiri masak sardin itupun aku dengo dia whispered ‘i masak sardin ek?‘ aku laju je ye kan and tarik selimut. hahahahha, sib baik nasi dah awal2 masak cuma nak kena panaskan jer.

kitorg bertiga pun pakat puji kaw2 bapaknya masak lauk sardin + milo panas tu sedap gila for our sahur! dengan harapan, kalau sudi, bolehlah masak lagi yek, kalau sudi gak, tambah ler telur mata kerbau simbah kicap sket. ngehhh :) .  Wah boleh buat permintaan gitu…

Comment: 32

Baju kurung raya yang meletup2!

IMG01979-20100819-1309

cantik dok merah nih? memanglah cantik! budak kecik punya…murah pun ye gak RM50 jer. tak yah nak gaduh beli kain nak anto kat tailor or etcs, memang pakai pun budak2 jer. tapi nangisnya size takdok! ado tu ha size 8 yrs and above. anak aku tu kena amik size 7 yrs, silap2 kalo kain tu besau pun kena amik 6 yrs jer…

alahai, mesti awal2 ramadhan arituh ramai orang dah sebat nih.

IMG01981-20100819-1311

apa ke dengki nau tailor ni tak nak buat red colour. motip le kan nak pakai kaler2 gini, aku pun tak tau nak dipakaikan kaler apa kat Gegirl, coz pala aku set merahhhh jer! at least first day raya memang merah, hari lain tuh aku leh pakai kaler lain. tapi ada merah lagi cun…

harga kain baju budak2 nih RM115, under bonuslink and parkson m/ship boleh dapat 10%.  sebenornya aku nak avoid pi beli kat PKNS lah, Alamanda lah, or anywhere yang nak jauh2 berjalan merata coz budak2 puasa…lainlah pergi waktu malam. lgpun kalau travel ke Shah Alam, Chow Kit pun nak gak kira masa yang terbuang, duit minyak parking pun ye gak. so kalau boleh aku nak carik yang senang ado kat klcc nun ha…

yang aku punya pun tak lepas lagi…

so meh tengok apa aku jumpa…

IMG01982-20100819-1328

arghh merah boliau. pinkkkkkkkkk! terpaksa try pink nih coz size S tinggal ni ngan brown jer. takkan aku nak sebat brown pulak. RM499. tertawan pulak aku ngan brown nih, cuma sebab ai tinggi, kain kena lipat 5! ngehh :)

IMG01985-20100819-1330

RM250 tapi ni size M, besau tu weih bila aku nerai….merah hitam dah cantikkkkk! size S yilek pocik! Kalau aku beli gak nih, orang mesti cakap aku pakai baju Nana, sebab Nana ngah ngandung…. argh sayang, sapa le yang dah tibai size S weih, bukan aku paling comel dan cute sama Sheila Majid ke, awat ada orang lagi cute cinonit gak yek…

IMG01988-20100819-1333

ini pun aku suka, tapi 2 sebab napa aku tak jadi beli. harganya RM499 and jugak ada tanda sket kat bahagian badan. patutnya boleh mintak discount tapi busuk2 pun can go berapa, 450? still expensive.  dahlah tu kain hitam dia tak sedondon ngan yang kelabu, macam jahitan pusing2 gitu jer, selisih tipu dia buat.

ada satu lg in green, dah lawa gak but for RM499, arghhhh….!

kain kaftan takde jual, itu nanti ngah tunggu dari somewhere. Farah Khan punya aku pi tengok RM2k lebih, dahlah aku kemetot pakai yang gayak gitu, ahahhahaha kena pakai heel sesajor. macam Sazzy Falak, kaftan biru dia arituh pakai labuh gila, so wpun dia pakai heels tapi still jap2 dia angkat kainnya, buat rosak cepat kotor  je sapu lantai, sah2 dia nya brand lagi meletup.

Semua gambar nih aku tunjuk kat Sirman, dia manjang jer cun, tapi bila aku cakap harga, terus dia wuii mahalnya. alo encik cer kira 4 meters kain X upah tailor + beads + maknek segala…. tapi wpun begitu, aku tetap rasa mahallllll for above 400 untuk sehelai kain baju raya. Kalau RM300 and penuh beading mbe aku leh consider gak…

Sokay, masa masih banyak…

Nanti aku pi Ampang Park pulaklah…situ affordable, tapi kena pi masa bulan sabit merah, kalo pi sekarang mau pitam plak….tak pun nanti aku pi kat PKNS, balik dari rumah mertua boleh kot tengok.

Ini pertama kali dalam sejarah betullah aku takde baju raya hantar ke Aunty Yelli, sume bantai kena beli siap je nih. Camne ler leh terlepas pandang, tu lah bz sesajor.

Comment: 32