Make Up

Mengawan makeup lagik…

2,3 minggu ni aku ngah musim mengawan make up.

Asyik nak make up je pepagi buta pergi kerja tu. Pastu dok beli memacam gak barang makeup. Kat rumah aku tu ada kedai kecantikan, kat BSP. Sebelah ngan Gadget World.

Dik akak dah bagi specific location ni, pergilah carik yek kat situ.  Tapi harganya memurahlah, kalau kulit korang banyak mengada, tak bolehlah kot pakai. Kulig akak ni memang semua pun boleh. Alhamdulillah.

IMG_8206

Banyak pulak aku memborong, ada yang untuk my girlfriend

 

IMG_8209

Budak tu cakap mascara ni memang the best. Aku tried, berkenan. Terus beli 3 kotak. Dalamnya ada 2 eyeliners gak dapat. Untunglah…

IMG_8168

 

ini antaranya yang terhasil, simple. Some dari chippo some dari beratus2 ringgit punya product. Cecampor ler. Ai is honest tak yah nak nenipu orang pakai cap ayam tapi kata cap itik. Gitu kau kan. Eyeshadow akak tak pakai ler, pergi kerja je pun, ai pakai eyeshadow ke mascara terlebih masa monthly flag jer.

 

IMG_8238

ini untuk sahabat. Magic spounge, lipstick, foundation, loose powder and mascara eyeliners set. hadiah.

IMG_8229

Tapi setiap hari aku akan cuba makeup tools lain, Macam2. ada hari2 lain aku try tu try ni, aku dah ordered online gak, more to come yeyyyy. Tapi tak boleh setiap pagi le buat make up coz banyak amik masa, ai usually makeup in the car while dalam jem tuh. Bila dah siap makeup dari rumah, dalam jem dah menganga tak tau nak buat apa (orang dah biasa kan).

Tutorial lelaju ada aku buat kat dalam instagram, and fb page. Combine je benda 10min jadi 14 saat. Gila laju kahkahkah….nak upload kat sini, heh banyak tak rajin ler. WordPress ni entah biler ler nak buat auto upload video je terus dari sini, nak kena transfer dari  merata, tu yang aku tak berapa. At least editing videos dalam instag tu aku leh buat sambil masak, sambil multi kerja lain using my mobile jer. Nak aku adab utube edit2 bagai upload download transfer copy paste ehhh, tok sei ler.

nanti ai tayang lagi product2 baru pulak, baru ni aku pi lagi Kenanga Wholesale tu, borong makeup tools.

 

Comment: 4

Tips barang rumah lagi dan make up cantik…

IMG_7831

yang kanan sekali tu dah mandi

yang tengah tu belum mandi

muka pun sembab lagik yek….

he sibuk nak tolong basuh pinggan

IMG_7836

earlier dia tolong potong garlic. pakai pisau makan dia alah yang plastik tu. jahanam gak lah bawang putih tu takper ler dah dia nak masak sama. Aku hari ni masa gambar ni buat sup bayam + fishball, ayam goreng berempah (aku dah perap semalamannya – sedap gila kay, nak resepi? hikss), goreng kacang buncis. so dah siap masak, depa tak makan, depa pi tuition, dah breakfast.

eh nampak kat sinki aku tu ada macam holder kaler pink tu, letak brush dawai silver tu, hah untung wor beli benda tu. Ada jual in 1 pc by pc or ni aku beli 3 pcs per set. So satu buat letak benda tu lah coz kita bukan sokmo pakai, mostly pakai sponge je lahkan. Takde ler bersepah2 dalam sinki tu. Satu lagi aku gantung buat letak cover sinki yang kecik, untuk tak nak bagi air lalu kan, jadi asingkan simpan dalam tu. Satu lagi tak pakai yet. Korang kalau nak letak sabun mandi ke kat bathroom or apa sajalah, bagus sangat tuh.

hah see dah dapat tips lagik. Poi beli. ai beli online gak uuuu

IMG_7843

lepas hantar depa pi tuition, aku naik mandi bagai padahal masak tak siap lagi ni satu lagi lauk.  Kita pi 2 kedai perabot, aku carik satu chest drawer untuk letak dalam laundry room (or previously as our maid lahanad’s room). Dah takde dia, baru sedap nak cantikkan bilik tu ngan chest drawer 4 tingkat. Setingkat untuk barang2 biasa, for menjahit bagai segala lah. Setingkat kain baju mak aku. Setingkat kain baju Zeeshan. Setingkat kain baju aku hahhahaa…

yelah senang, dah memang sejak takde maid, aku menyalin kat bawah je, banyak baju dok umah / jalan pun aku letak bawah gak.

Habis je beli barang pilih, terus balik. sambung masak satu lagi lauk, sambal sotong.

IMG_7868

dah siap solat segala bagai, 2.30pm kot aku start masuk bathroom, bersiap make up sendiri. Macam heavy tapi ni untuk photoshoot so kena agak garang sikit. Make up by yours truly sendiri y ek. Macam aku cakap, ni lah hasilnya dari make up2 barang memurah (which i saje nerai, ok ke idak qualitynya). Lipstick matte ni, merah menyala omanghaik 7hinggit je kau. Memang sama quality ngan Sephora.

IMG_7875

dah siap berdandan….cik kak belakang tu baru sampai, janji 3pm, kat kol 4pm baru dia sampai kau

coco crunch dispensers tu? pun acik boli online, ni lama dah, sejak dari rumah lama lagi pung

IMG_7890

nah dah siap…tudung disiapkan dan ditatarias oleh Kak Ngah, my niece nih. Yang duduk bawah tu kakak, tunggu turn sama gak.

No, i belum lagi berhijab. jangan salah faham. Thanks for the doa. Insyallah.

Nanti kita berdiri so korang puas hati tengok dress jubah cantik ni. None of our outfit was sponsored pun, cuma tudung 2 helai kami tak sempat sampai on time (yang aku beli online), jadi pasrah la apa yang merah/itam ado hah. Nak melilit tu aku tak pandai, tu pasal beli online yang instant tu, sayangnya lambek sampai yo.

Insyallah kita letak gambar photoshoot the red family ni kat sini gak yek…

 

Comment: 8

All about make up…

 

phew phew setelah habis siksa cerita Penang

kita siksakan ngan gambar lipstick pulak yer..

cerita make up pun makin lama makin merundum je dari blog ni walaupun ads make up masih melambak. just that aku kan pemalas benda2 harian punya cerita. Aku macam focus untuk travel punya cerita yang boleh amik months of postings.

 

 

IMG_6400

dont care lah walaupun gambar ni dah keluar kat Instagram/FB, but i still want to post this here. Blog dah macam berita seminggu 2 lewat kehkehkeh…sian.

Colour aku pakai nih, red pinkish. Dia lipstain, tu yang the best sangattttttttttttt!!! minum kat gelas takde stain langsung.

 

 

IMG_6408

aku beli sebijik kaler nih

IMG_6450

eh meh sini tengok plan

haaa? jangankan tengok, aku duduk sebelah dia pun tak bernafsu tengok plan tuh, acik tak pahamlah.

sambil berdiri jer aku snap LOL

IMG_6460

Perfumes ni dari London, Made in England!  EDT, mak sedapnya bau diaaaaaaaaaaaa, tahan lama le jugak tuh. Baru RM78 sebotol. Market kat Malaysia dah masuk, brought by one of my readers yang dah kenal aku hemm, 7,8 tahun cant remember. He s based in Middle East pun sekang but once in few months dia mesti balik bawak stock or tumpang gang2 airlines.

Yang gold tu untuk lelaki yang black and pink untuk wanita dan anak dara. Wangi!! sesweet jer bau dia.

Harga RM78 for 100ml dah masuk postal, boleh whatsapp kat number nih, jangan risau, number memang le number oversea but takde charges pun ko pakai whatsapp tuh: +966563870188

Wechat: AffyR87

Email: keffyonthenetshop@yahoo.com

Nak senang beli satu dua pastu suruh @keffyonthenetshop ‘s Instagram tolong postkan ke rumah tunang, makwe, mak, mertua, scandal eh.

IMG_6474

perempuan sakit, last2 kena diagnosed Vertigo. Kesian dia. Lately asal tengok gadget ke, stress ke, naik darah ke, naik hantu pun, lagi ler vertigo tu datang. Berpinar pala

IMG_6549

at one of my blogjobs, aku pakai gak colour nih.

gambar yang sekeping nih kalaulah aku tak cakap yang sebenarnya senyum dan make up leh cover everything. padahal aku memang tengah sakit pala pening dek vertigo tu. but coz of the blogjob. pasrah. cuma tu lah, korang pun kalau tengah sakit, senyum dan calit lipstick surely tak nampak sakit

IMG_6661

hah ni pun lipstain gak, but dari colour pink. so much pinky but aku selamba je pakai for work.

puas hati pakai nih, wipe off bila nak solat je lah, masa makan memang tak hilang kecuali ko makan yang berminyak 100% lalu lipstick, hah tu tak pat nolong

 

IMG_6866

make up ni cantiknyaaaaaaaaaaaa for my brother’s wedding

ini lipstick sama lipstain but the red one, yang hok atas sekali tu more to red pinkish kan. I just love the lipstick, the eyes, the flawless, the elegant look semualah satu  package. Dengan sanggul yang cantiknya. Lawaaaaaaaaaa sangat.

It s done by my usual make up artist gak, Sya Saleh yang dah sekian lama akak engaged for my muka and rambut. She is just amazing.

Kindly contact Sya Saleh at +60 12 336 2885, her Facebook too

Comment: 7

The power of Mascara…

IMG_8719

The other day, last month to be exact, Carol Diva Darling kan balik Malaysia so she got me this. Make up set! something yang palinglah akak suka dapat tapi tak tau lah napa orang lelaki payahnya nak bagi pompuan make up yek?

Bukan susah, pi Sephora, pi MAC pi ler memana skinmake up counters tuh, tunjuk gambo bini / gf ko tuh, hah pandailah SA tu kuorkan make up set gegini for them yang sesuai ngan tone colour depa.

Aku pernah dapat hadiah dari someone, a guy (only my husband and frens tau sapa sipolan) tapi dibaginya yang alahai….nak gelak sangat. So damn expensive but kalau ko bagi aku make up set pun slightly cheaper lagi hah, ada yang 100 tak sampai 100 or even 100 lebih, 2,3 ratus pun ada jugak. Benda aku dapat tu, mah mahalnyaaaaaaaaaaaa,pakai nya setaun sekali 2 pun payah. Anw, thanks for the thot, itu pastinya lebih penting.

IMG_8716

So tipsnya untuk teman2 laki perempuanku, nak get me something better, a make up set. Memang brilliant punya idea. Habis tu suh bagi handbags ke korang lari lintang pukang, kan? Laki aku pun boleh botak pala kalau asyik mintak handbags jer.  Carol sokmo bagi aku make up set and aku memang utilise habis.

The Dior set boleh pakai for travel or of cos daily usage gak. Aku buat letak kat meja kerja, touch up touch up :)

IMG_8555

IMG_8557

earlier, like many weeks sebelum tuh, aku pi hunting cari mascara. I m also a mascara lover. Aku ni ada satu penyakit, ada satu time aku gila pakai eyeliner, ada satu waktu nanti hanya nakkan mascara sahaja. So macam tu lah penyakit bertukar2 addiction. Jadi stock mascara aku dah habis, aku tak boleh ada sebatang, kena ada berbatang. kat dalam travel bag lain, umah lain, opis lain, lam kereta lain.

Tu tak citer lagi ada 2 batang mascara aku dah bertonyoh2 dibalingnya dek Zeeshan, phewwww…..sapa ada anak kecik paham ler. Abang dulupun masa bebaya dia, baru pandai bukak meja make up, dia togelkan compact powder aku, habis dia kuis. Anw, that s the beauty of anak2 kecil, semua dia orang boleh bedal.

IMG_8563

The Dior Addict is currently on best sellers kat market, katanyalah SA tuh. harganya bolehlah buat beli sebatang, seratus lebih tuh. Beli berbatang2 memang tidak ler kan.  After buying semua nih baru aku dapat the Dior make up set from Carol, dalam itupun ada mascara jugak. The other 2 brands pulak memang saja aku beli for extra sama le pakai kat merata tempat. Tapi kan mascara yang aku beli kat SASA Hong Kong tu sedaplah, sayangnya kat KLCC dah takde SASA, nak suruh aku berjalan tempat lain mencari memang takde le kan.

I can wear the mascara without the eyeliner now. Tak yah curlkan the setepek lashes nih, use your magic fingers/hands jer main2 naikkan lashes ko. Zaman akak nak bereyelashes palsu tu belumlah berlalu but pi event pun malas jugak nak apply, larat pakai mascara jer, Once in a blueeeeeeeeee moon sahaja pakai.

ha macam n macam ni…lunch break bosan2 tak boleh makan bulan puasa nih, pergi ler beli sebatang mascara.  Sapa pernah buat extension tuh…ok siap kang ada yang berceramah macam dalam IG :)

speaking of lipstick pulak, akak pakai 1 colour je for events or daily, COSMO code from MAC, tukar2 dengan red menyala but tu only for events, tu je sampai 3 brands akak pakai. or dalam Dior set atas2 tu pun ada gak lipstick, buat geganti. back up dalam bag pun ada but not Cosmo, from Clinique, dapat percuma, more to pinkish.

Pasal kasut pulak,yang aritu tanya. cerita kasut2 Cipela dah keluar, so tu kira part of kasutlah yeah. Cerita untuk collection lain tu kemudian2 ler. bulan2 puasa ni kang showing off bebanyak payah pun ye gak. Kalau tak, apa cerita nak kuor kat blog. Korang ni nak kena feed bagai.  Nak cerita bazar ramadhan? hahahahaha…..akak jumpa Bazar tu pun tak tentu siang malamnya dik, kalau dapat sampai on time pun dah banyak syukur, most of ramadhan memang tak pernah dapat jejak sangat. I think last year akak pi bazar sekali 2 je kot….sibuk kat dapur heh.

 

Comment: 2

Oh Puspel Air Air air…

photo

memula tataplah mataku yang berwarna tetapi dalamnya sedih makkkkkk. rumah mak takde air. as of this entry is up, sudah 5 hali!! Dan dijangka akan mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu. huh Huh!

photo

Hari ketiga air takde, jatuh masa new year, jadi semua batallion dibawa bungkus ke rumah Mak Ajah, kain baju 5 trips tumpang basuh, siang ikan ayam sume pun kat rumah mak. Sib baik le BTR tu ada air, kalau sama dengan kawasan terlibat takde air, mana lagik aku nak pergi. Ada Syabas @Puspel hantar bekalan air, tapi bila datangnya jer, menderu orang beratur ke main panjangggggggggggggggggg.

Ko dah stress kena beratur, nak angkat2 air lagi. Kesian.

Ramai orang tua kiri kanan kendong baldi lah, tapi takde sapa nak dapat bantu coz memasing pun ngan penuh bertong-tong air kena angkut sendiri.

Aku syukur sangat rumah mak aku dekat, so kain baju 2,3 hari sekali angkut bawak umah mak, basuh sana. Air pun aku angkut gak kat sana. Tak sangguplah nak beratur.

But bila hari sekolah mula, kami suami isteri kerja, air pulak makin susut kat rumah, so abang and my superpower MissEyes pun turun nak amik air kat tangki Syabas tuh. tapi sian abang. dia penyegan kan. semua yang beratur orang tetua jer dari dia. Dia pi nyorok kat balik kereta. Kebetulan aku balik, hah terpaksalah dia join beratur sama. Terkejut dia tengok jam2 tu pulak maknya balik.

First trip depa tak bawak trolley biru, pi bawak trolley merah jer. Hukaloh, heret beret badan mengangkut tong-tong air. 2nd trip aku suh bawak trolley biru and trolley merah. so depa turun. sejam tak naik2. aku pulak turun. Omanghaik, stressnya beratur sejam nak tunggu turn dapat air. Dahlah tu kalau dpt orang belakang ko yang tak sesabau jenis panas hati je tengok ko angkut bawak banyak tongs, tu pun satu hal jugak. Udahlah tanks tu kalau habis, nak tunggu lorry Syabas datang lagi hantar, tak tau jam berapa.

Aku suruh abang naik dulu dengan trolley merah, 3 tongs air, sian abang, sampai jatuh2 dia ngan tongs air coz jalan tar situ kan tak rata. Pastu aku suh Misseyes naik dulu ngan 1 tong. aku bersidai ler kat tepi jalan ngan 5 tongs air! ahahhaha tak bergerak ko trolley tu bila aku pushed. Berat gilaaaaaaaaaaaa!! Makanya marilah menunggu si gagah perkasa makan Nu-Prep, RD!

Dia sampai je dari opis, apa lagik, menghayun, siap 2nd trip. Memalam, while waiting for kids siap Kumon, dia lari mandi angkat kain baju kat rumah Mak Ajah, angkut lagi bertong2 air bawak balik VA.

photo

Dan juga setiap pagi pas hantar anak2 sekolah, RD juga akan pergi mandi rumah mak den and angkut air lagi dalam tong2 yang kosong. Semua dia buat sendiri. Stress takde kalau amik air kat umah mak tapi dok komplen  ler … oooo hai patahlah pinggang kalau sebulan gini. Bulan ni nya air umah mak ajah, memang aku cover habis hahahahaha! 5 hari punya stock amik air kat rumah mak, boleh tahan gaklah.

Aku mandi basuh rambut panjang aku nih, habis sebaldi besau, laki aku bising ooiii catuan air! ahhahaha bis tu takkan tak basuh rambut, kang kalo mandi wajib lagi ler kena basuh rambut. hikss. Budak2 ler sian sejuk, mandi ngan air sejuk. Nak campur air panas pepagi buta ya ampun tak larat tol mak ko nak buat, untuk RB je mampu ahhahaha sebab dia bila mandi air sejuk semata tu, melekat2 dia peluk kita.

Kain baju nak hantar laundry hahahaha laundry pun dah full house, sekitar rumah aku BSP tu pun sama takde airnya jugak.

Punca takde air, oooo takde baca news yek?  Pam utama kat Wangsa Maju and Pudu Hulu gagal berfungsi. katanya kat news dan juga @puspel twitter. Korang kalau baca kat twitter Puspel tuh, orang ramai rakyat jelata dah naik hantu meletup2.

Neighbours aku siap call bila tiap kali datang lori tangki Syabas, ada jam 4.30 pagi datangnya, ada jam 1.30 pagi. Ikut dan dia ler bila nak datang anto kan…Purata sepanjang 5 hari, laki aku akan turun naik amik air kat rumah mak ajah, 3 kali trips. Untuk hari bekerja pulak, pun 3 kali trips. takde beza. sekali yang 2 trips tu jer ler kita amik kat bawah tank Syabas, pastuh macam daripada stress beratur panjang, baiklah terus amik kat rumah mak. Kawan2 mak abah aku pun ada jugak datang rumah mak mintak air sket. Kesian. Akunya tong2 semua provided by mak abah aku, syukur. kami sediakan trolley jer hehehhehe…tapi angkut apa bagai the boys lah buatkan, curah2 air lam tempat flush simpanan air, tu je aku buat ahhahaha, lain sume berat!

Kesiankan kami…..laki aku hari-hari mintak aku urut. Letak je RB buat pijak2 belakang bapaknya.

Oh Puspel. Oh Janji Ditepati…mana janjimu? Oh gomen…percepatkanlah betulkan pumps ituu..

Comment: 14