Make Up

Moh kemas the Red House…

Let s go to kemas the Red House entry pulak….

berasap le menunggu, berbulan punya cerita. Biaq pi lah…pun.

IMG_3947

Ini di Kenanga Wholesale. Aku tau laki aku aritu free, ada slot coz dia pas hantar abang yang course kat Shah Alam for the 2nd day tu, so boleh meraban kejap. For 1st day tu dah lepak rumah mak mertua aku kan.

Jadi day 2, dari Shah Alam he went to UIA, area sana, hantar the bulks of charity items. Super lega dah clear the stuff. Insyallah sampailah ke Cambodia lagi barang2 tu…

Lepas tu, terus depa bertiga pi Kenaga, first time for them…dapat gak lah Zeeshan pau bapaknya toys tu hah…

IMG_1040

aku suh beli accessories stands. but 2 benda berlainan. But my darling hubby dengan level confident yang tinggi, beli the same item, beza tinggi rendah. Grr…napa ler tak tunjuk gambar dulu sebelum bayar. Udahlah susah nak pi Kenanga tu.

Jadi yang panjang tu, hitam tinggi tu,simpan kat attic. Buat apa le sampai bebanyak, aku ada almari accessories gak…yang aku nak satu lagi tu, benda lain.

IMG_3948

Sedapnya 3 serangkai makan, I was at work…

IMG_3954

Pun makan lagik. Ini adalah hari yang mana mak ajah tak datang, tapi aku dah siapkan segala macam jenis lauk untuk laki aku masak. Lauk simple je pun, celup2 sayur dan goreng2. Semua laki aku malas nak buat. Abang Kakak pun dah tengok bapaknya malas nak masak, depa cucuk le order pizza…

Hah, pizza yek jalan penyelamat korang. Mak suh masak pun tak nak yek. Oh sebab beras habis, last person masak was Abang beras tu but he didnt tell us, tu yang bapaknya malas nak keluar masuk beli beras bagai. Order pizza lagi afdal yek…

 

IMG_1229

jadi hari yang berikut2nya, kita buat all out kemas rumah. Bapaknya sambung buat semua kerja frames…kalau ko tengok bilik abang tu, ada tilam katil bagai  nak terbalik, hah dia kemaskan gak. Tapi dia tak tukar position.

IMG_1230

Kakak tukar position, helped by supermak dia. Coz apaknya pun banyak kerja lain, abang too, jadi meh mak tolong angkat. Agak2 berat bagai tu, kita panggil the boys le angkatkan. Better la sikit bilik kakak, bila dah tukar position, lagi 6 bulan kita tukar lagik yek…IMG_1231

Yeap, ini dia buat solo. Aku ajak tukar position katil semua dia tak nak, he said nanti dulu….

oh speaking of the house gakkan, aku nak carik wall paper lah. Nak tambah 1 side at each of their rooms. Saje gatei…. nak recommend?

IMG_3856

also kita panggil the same abang contractor untuk tambahkan laundry’s ampaian, jadi double tu hah atas bawah dah, dulu satu jer. Pun kat porch tambah lagi 2. Then tambah lagi the red stand tuh, boleh gak letak bunga ke letak kipas of cos….the bestlah bang.

 

IMG_3869

Wall of Fame for our Red Family. But ini tidak ada kalian nampak di living or hall pun, duduknya kat attic. Ada 2 sides, love it, thanks husband for this.

IMG_3847

Position katil aku pun bertukar hehehhe….pun sama, lagi 3 bulan akan bertukar lagi, aku memang tak suka statik sama jerrrr…kena bertukar2 88 kali.

Ini pun settled by suami dan anak sulongnya. aku balik kerja eh dah siap…macih boys.

 

IMG_1355

almost done. Untuk yang rongak2 punya wall tu, kita khaskan untuk Zeeshan punya frames lah. He s the last of our product so zaman dia more to digital, tak banyak hard copy, jadi kenalah kami kumpul2 gambar (aku le kan yang kena buat) untuk send for printing. Baru leh letak lam frames.

aku kekira kan…ada 15lagi frames kosong dan jugak 15 lagi frames yang berisi gambar belum ditampal. In total about 30pcs. So boleh lagi 3 rows. All red frames ni, duduknya kat sebelah tangga to attic.

Yelah, most of the photos ni aku tak bertudung bagai, jadi biarlah dok kat atas so family members anak2 aku je yang tengok. Orang luar jarang le sampai ke atas kan…unless for tour. Udah2lah tour kot, dah 7 bulan pun kami pindah, tak yah le nak tour red house lagi ye dok :)

Frames job ni, settled by husband gak. lama giler dia nak siapkan, ada 3,5 bulan gak. coz dia buat benda ni kena berjam2, tak boleh 1-2 jam, tak cukup. Walaupun macam tampal jer, tapi ada le kerenahnya, janji siap.

IMG_1455

banyak job laki aku buat, semua ni settled sebelum kita pi holiday di Langkawi.  Aku tak boleh buat kerja2 balut buku ni, bosan. Dedulu aku buat ler, masa zaman2 laki aku travel sokmo takde kat KL ni, skang ni pass batton kat laki aku lah…lagipun tangan dia buat lagi seni cantik kemas, aku ni boleh tahan senget benget gak plastik tu aku buat.

 

IMG_4132

biasa aku jahit badge kakak, dan apabila ada viral pasal yang tampal ngan uhu tu kan, pakai iron bagai (technically laki aku yang first jumpa viral tu, dia lagi perati fb tu detaily dari aku), so terus dia kata better dont jahit.

Dah ko tak bagi jahit, hah bapak ko kena amik lagi job ni hahahaa

IMG_4072

ha see…apaknya buat ada skill. Tang ni je ler dia iron, ada selonggol baldi baju nak kena iron tu, dia jeling pun tidak, that s my job (or abang). Dah sekolah ni, memang lagi ler abang tak boleh buat, aku le yang buat semua tu.

ada yang viral lagi rendam baju pakai sabun Fruitale tu kan, hah tu pun aku buat gak. Bagus bagus, bagi lagi tips, ai will follow one. Aku kan supermak. Sabun tu rendam ngan air panas ngan kain baju sekolah putih tu ler. Jadi kotoran tu boleh hilanglah, cepat dan murah.

Biasa aku rendam, dalam 2 jenis baldi, for yang peputih kakaknya baju sek (and baju parents yang putih). satu lagi baldi for wewarna, baju sek abang and baju sek agama kakak and baju kerja parents. Molek ler benda yang memudahkan kita, jimat pun ye, harga sebuku sabun Fruitale tu baru 80sen.

Baju ni hazabnya tang  kolar dan tang lengan tu. Kalau diorang makan comot, lagi lerrrrr….duh.

IMG_4384

Pangkin RM500 yang kami beli kat IKEA. Dalam tu aku letak toto or quilt in case mak aku nak pakai sambil tidur kat bawah tu. ke untuk aku gak, ada sekali aku rasa sejuk sangat, walaupun tidur siang, so kena le ada quilt nih. Eh ceh, padahal sebelum tu letak kat bilik laundry jer.

Dan of cos, aku letak 1 basket of my baking accessories. Baking ni patut dah start last weekend, baker yang ngajar ada hal, padahal dah janji. Hish. Aku dah excited nak baking tau. My family too, sonok depa bila dengau rumah nanti bau kek plak, asyik bau candles jer.

ada banyak space lagik lam pangkin tuh.

IMG_4385

Boleh bukak katup. hari tu aku balik kerja dengar suara abang, tak jumpa mana le si panjang tuh, rupanya……….dia menyorok dalam nih! eii suspens je.

Yang Zeeshan pun sama, dia penah sekali gak menyorok, tapi bukan dalam pangkin ni ler, kat celah2 sejadah yang stand sebelah pangkin nih. Mementang ko kecik.

Pangkin ni for outdoor, boleh letak kat porch. I was jokingly gak cakap kalau Aminah beranak, hah bolehlah dia dok dalam ni ngan anak2 nyer kat porch tu hahahaha….sok kita cite pasal Aminah and QuPuteh yek, Insyallah.

Anway, buat masa ni dok kat kitchen lah, sedap dok kat pangkin macam nih, pastu ada kipas yang aku dah tukar tambah dari bilik atas sana sini, sejuk jer. Pangkin tu belah kirinya memang ada 2 tayar, yang kanan takde, jadi bolehlah angkat tarik untuk pindah2 ke mana bagai. Nak letak depan tv pun boleh if nak buat meja…ikut munglah korang.

 

Comment: 7

The Brushes Drying Rack…

 

IMG_0173

My brushes collections (ada lagi 32pcs yang kekecik halus for blending eyeshadow kening bagai tu lah, tu aku simpan, tak yah pakai yet, coz yang skang pun banyak ada lagik). Tapi brushes untuk foundation ke pipi ke, muka ni ke, memang aku suka ada banyak. Tapi yang lama aku tak buang. Ada 3 brushes aku from quite good brand gak (tapi service dah tak power untuk muka) aku pakai untuk clean up meja make up, meja pc, meja keje hehehehe….habuk2 kat kibod tu, hah pakai brushes yang lama tu jer. Korang pun sama gak ler, jangan buang brush2 lama tu.

IMG_1347

This is the brush drying rack. Ada warna2 lain gak.but of cos hakak pilih in red ler.  Kan lepas kita cuci, kalau zaman aku, bentang kain, hah letak the brushes, tengah panas. Kalau tak kering kan, overnight je bawah kipas. Tapi semuanya mudah hanya dengan memetik di talian internet hahahaaa….

IMG_1348

ada sejarah tau rack ni, masa aku dapat nih, kitorang dah nak pi tengok movie Star Wars (udahlah aku kelam kabut balik kerja), so semua rushing ler. Depa dah siap awal2 dah pun, so aku grab je ni bukak dalam kereta with few other stuff yang  posmen antau. Bila dah bukak, sesambil tu aku make up.

So aku ingat for this rack aku letak lam bag plastik (dalam tu ada gak sampah2 lain, coz ada benda lain yang aku bukakan from postman hantar tuh), pastu depa ada memakan, pun rubbish masuk lam plastik tuh. Pastu sampai Setia Walk, abang buang plastik tu ke dustbin.

Aku lupa terus ngan rack ni. Dah abis movie, dah balik rumah, dah tengah malam baru aku teringat. But sebelum tu masa dalam kereta tu aku dah suh kakak double check plastik tu sblm abang buang if ada barang2 aku dalam tu yang tak sengaja nak terbuang.

Kakak cakap takde.

IMG_1351

Jadi bila takde, sah, kat rumah takde, kakak check dalam kereta pun takde. Huwaaaaaaaaaaa, mesti dalam plastic bag tu la kan. Kakak pun kena la marah. Yelah tugas dia to check dalam plastik, means dia tak check bebetul. As penalty, dia kena bayar RM30 (oh yes, kita akan bagi denda or penalty, remember the ABCD tips anak2 aritu kan?).

So she paid that nite gak.

Esok malamnya, kita keluar lagi. Aku masuk je kereta, aku perasan ler benda apa ni kat kaki aku. Masyallah. This rack, yang disangka telah dibuang!

Pun kakak kena bebel coz she kan dah checked dalam kereta a nite before tapi tak jumpa, means cari tak jumpa. Dia bagi alasan gelap, abis tu abang ko ada sama, ko pun ada hp, pakai le torchlight hp korang tu. Dan of cos, RM30 dipulangkan semula hehehehee…

Selamat, kalau tidak RM35 kena bayau coz skang dah naik lagi harga. Alhamdulillah, mak kau pun salah gak ler. bukan kakak jer.

IMG_1353

Well ok than the brushes korang tu, overnight kan semalaman, rendam ngan air and sabun ler. Dulu2 banyak le tips suh letak sunlight nya sabun tu lar, memacam jenis sabun. Pada aku, apa nama sabun pun tak kisah, asal ko jangan letak clorox sudah ler. Dah rendam2, biarkan ler.

IMG_1432

IMG_1441

lepas tu amik pulak nih Scrubber Board Brush Cleaners, ini aku beli dalam tak sampai RM5, untuk sental the brushes tu ler. Tapi ni baru sampai, blum pakai lagi.  So turutannya, rendam over night, then sental pakai brush nih, with sabun of cos and pastu amik le drying rack.

IMG_1359

Letak le tengah panas. Kering le nanti. By right the bebulu tu semua kena kebawahkan, tapi lambat heh nak kering, Aku upside down kan jer, sukatik aku le kan.  Cepat gak kering.

Drying rack ni pun ada size gak, ini untuk 26 lubang, ada yang 48 holes, 70 holes pun ada.  Kalau macam ni, semua jenis batang brush tu boleh masuk, ikut sizes.

Seperti dijangka korang nak tau soalan mana beli bagai, kemudian2 ler, ini antara dekat 200 items yang aku beli (the numbers keep on increasing hihihihi), so alsabariah please.

Comment: 5

Special day…

IMG_0206

bukak2 blog terjojol muka akak merah kahkahkah…dahlah ari pertama of the weekdays kan. Nak tunjuk the mascara. Tak pakai pun mascara better than sex tu. Tapi the volume, the technique, tu yang penting. Ni takde eyeliner or the whiteliner bawah tu pun. sekadar light eyeshadow tapi aku main volume abis. Nak tiru macam si Suraya (dalam Memory cinta suraya, bongok la cite tu, makin lama main semua tak relevant, tapi terjebak gak tengok).

IMG_0210

Seluar ni, dah beli berbulan bulan bulannnnnnnnnnnnnnnn, tak pernah berpakai. Huk aloh, dah banyak bonar kain baju pasalnya. Padahal hari2 aku usik kain suor merah ni. Tapi di pagi tu aku macam terlintas nak tarik keluar, bila tengok eh ….apasal tak penah pakai. Ini boleh buat pergi kerja.

Tapi seluar macam ni tak boleh tuck in ye, kalau ko nak tuck in gak kena pakai spentot yang tak nampak lining tu. Kalau tengah piod, lagi ler jangan kau berangan nak tuck in semata. Perut kalau leper tak per gak kahkahkah…

Suor merah ni from Variente, macam palazzo, tapi sidenya ada flare2 sikit.

IMG_0214

ini paling best buat aku nak blogkan sangat. Bila ko rasa ko nak sesuatu, tapi harganya terlalu mahallllllllll untuk satu benda yang ko rasa ko tak nak invest. Tapi bila ko dapat hadiah, adoi!! ko akan rasa bahagianyaaaaaaaaaaaaaaa sangat2 hahahaha…Terima kasih Allah.

Aku dapat hadiah year end gift or can be called a Christmas gift from someone special. Isterinya pilihkan kalau tak silap, terima kasih sangat couple budiman.

ada kerusi kecik merah lam gambar atas tu kan, hah untuk kependekan akak merah kau ni, kena le ada kerusi ni merata kat wardrobe. Supaya mudah untuk pencapaian kain baju :) Banyak ada kat rumah akak, almost setiap penjuru kerusi merah tu ada kembarnya hehehehehehe. Kira tips pendek tinggi gak ler ni.

IMG_0218

they both tau aku suka merah, kebetulan kot ada set untuk chrismast gift merah2 ni, aku tengok paperbag je aku dah melonjak sukaaaaaaaaaaaa. bila bukak dalam muahahahahha ada shimmer!! yes yes yes.

Harga ni mahal, pada aku ler. Kan kedainya baru bukak kat KLCC tu, memanglah meriah baunya tapi tu ler, sekali aku masuk kedai tu rasa macam, hem nantilah, tak de rasa penting lagi nak beli ni semua. Baik beli barang2 lain.

Tapi bila dapat ni hiks….suka suka.

Ni ai boleh share sama pakai ke?

Hoh tak boleh!!!

agaklah RD pun, ko kang bau bunga2 je pulak, pakai je set bau jantan ko tu udah.

IMG_0323

dan penutupnya hari ini, minggu lepas heboh dengan nama ZEESHAN. Ialah mana taknya nama anak aku ni kan unique, dan apabila Fouziah Ghaus announced her new baby boy is Muhammad Zeeshan, ramai betul orang msg aku, tag aku. Automatically bila depa tengok nama anak Poja, terus ingat nama anak aku hah.

Aku pun wassap gak kat akak ipar Poja (she is my bff, dah blogkan banyak kali pun bila tiap kali aku datang rumah depa or even depa datang rumah aku), kakaknya pun cakap kat Poja ni sama la ngan nama anak kawan akak…..Zeeshan!

Glamour ko dik, pasnih ramai le pakai nama Zeeshan yek :) . So untuk entry ni, dengan pakai seluar merah baru, dengan dapat hadiah merah2 wangi dan jugak dengan keglamouran nama Zeeshan. Yey.

Comment: 4

Story of makeup tools….

 

 

 

IMG_9933

aku ada beli ni dalam RM4 sekotak, reasonnya pasal dalam pairs tu memang pelbagai types of lashes. Takde le dalam sekotak sama je design dia kan. I think murahlah kot, aku kan nak menerai pakai dalam jem tuh, tapi tak buat2 lagik, will do one day. Lupa manjang nak bawak glue sedap ke dalam kereta tuh.

IMG_9975

tapi satu hari lain, aku dapat delivery 2 kotak nih. Ler, ni mana pulaknya heh. Dalam 150 items yang aku beli (dude now the numbers akak beli online dah getting increased, barang yang dah arrived about 42pcs), aku tak tau ler napa seller hantar ni, mungkin coz ada salah satu items aku tu, dia salah hantar colour kot (kan temporary tatto mata aritu), coz nama takde hapa bagai takde, compensation kot. Still donno ler dari sapa. Bertambah2 lagi ler eyelashes mak, dah macam aku pulak jadi mak andam, masuk ni mau ada stock like 5-6 kotak (yang lama punya lashes pun tak abis2 lagi).

tapi yang ni pun kan, dia punya lashes pun lelain each pairs tu, so bagus gak lah.

IMG_9936

ini pulak handy small eyeshadows. Kecik jer, senang usung kulu kilir too. I have tried all colours, sukaaaaaaaaa bangat bah!

Kalaulah aku start buat makeup dari umur memuda dulu, mau aku pun jadi macam si Cosmo By Haley (tak yah google lah)

 

IMG_9960

kiri tu aku pi satu makeup house kat KLCC nun, menerai segala beam (nak compare tengok camne dia pakai dengna aku pakai), tak berkenan sket le cara dia pakai plak, aku pakai lagi molek kot hahahhaa….dan kanan pulak is my 3hinggit bling bling earrings. Aku dok cite make up je kan, tunggu batch akan datang pulak the accessories segala, semua dok on the way dah.

IMG_9915

ini my latest edition (as of this entry lah) tapi sebenarnya ada lagi banyak editions lain but aku malas nak letak lam nih, nanti tu lain postlah. Dedulu aku ada gak palette for blushers cuma tak sebanyak ni, and dah habis, most of the colours. Begitu le pakai sampai licin. Mungkin aku bagi orang kot, coz katalah ada 10 colourspun, aku pakai banyak for 3,4 jer, lelain sure banyak lagi.

Frankly speaking, aku suka kaler light for blusher, light pink or light brown. Kalau aku pakai heavy colour, aku akan tambah kaler lembut lagi, or highlight sikit tak nak so much.

Cuma tulah bila dalam jem or dalam kereta, agak sukar nak ngagak the gelapnya, or lightnya pasal lighting tak elok dalam parking tu (udah aku kan last touch up masa parking pun).

IMG_0170

Huh nama kau! Better than Sex katanya….Kalau urgent, akak beli bayau je RM82 tuh, tapi tak urgent so i boleh tahan sabar and tunggu big sales memana ler…

Eh mascara ni akak belum beli yet, dok menerai kat Sephora. Tempting gak….ada jalan? Tapi kan korang penah tak bila menerai memacam kat Phora tu, or memana lah kan, best sedap jer, but bila dah beli balik rumah pakai 2,3 kali, tak sesedap masa kita try nun. Tak kisah ler apa2 pun, mascara ke lipstick ke, apa pun….ye dok?

 

Comment: 5

More makeup tools and perfumes!

IMG_9238

ini subject yang paling aku suka sekali. Make up. Selain shopping ler. but make up tu datangnya dari hasil shopping gak. I think gambar ni dengan apron dalam kereta was on Oct kot or early Nov, dah lama, apron pun dah takde. Skang dah ada proper cape to cover deburan dari kena kat baju (specially the loose powder).  Jadinya ni kerja dalam jem gak lah. korang tolonglah jangan ikut pangai akak yang pakai make up dalam jem, kalau tak biasa. I ve been doing this for over 15 years.

Kerja hari tu, dalam jem, ialah buat muka sebelah make up dan sebelah lagi kosong. I wish ler boleh tengok tv (lagi bahaya) or buat apa yang multi lagi sambil jem nih, iron rambut tu kalau boleh pun afdal tapi cecukup le ngan makeup jer kot.

IMG_9252

The hasilnya bila dah full makeup. Pi kerja jer mar….tapi aku ngah nak cuba belajar pakai eyelashes dengan tahap kelajuan terpantas untuk day to day use. Saja jer. it s not nak show orang ke hapa but ini benda yang kita punya passion. Aku bukan pun make up artist but I just love to explore kat muka aku  ni hah ler. I memang le geti pakai sendiri lashes tu tapi kadang2 amik masa, so aku nak try nanti dalam kereta sambil dalam jem tu, pakai lelaju, how long aku boleh buat.

IMG_8416

Last month gak, aku ada pi Kenanga. Carik benda lain, benda lain yang aku borong. Eh accessories kat Kenanga tu murah ler. daripada hangpa beli kat kedai yang start ngan S or C or L baik ler beli kat Kenanga. My accessories kat situ aku beli macam rantai tu 5 inggit jer.

Chop, apa nak malunya pakai barang murah yek? Aku bawak Chanel, but i do wear other cheap stuff too. Tak payah ler sampai atas ke bawah semunya  nak Ferragamo ler Prada ler.

So ni ler antara barang2nya, more to storage kot. But macam cape Loreal hijau tu, bukan beli. Micheal hairstylist aku bagi, sian dia tengok aku menggagau carik cape tu. So dia bagi dua, satu hijau ni half one and satu lagi purple pulak aku pakai untuk dalam kereta coz bila kita duduk dalam kereta tu, tang peha badan tu elok cover ngan cape labuh ler.

Bebenda lain ada yang aku beli dari online obesi, ada yang dari kedai 2 ringgit pun hado. Kedai DIY pun ado gak. Pandai carik, jimat le belanja.

 

IMG_8776

Kipas ni takde choice ler, aritu letak kat atas tang dinding, tapi tak berapa coverage one side. So laki aku suh pakai kipas ni letak kat situ gak, jadi mengganggu betul ler aku punya barang2 make up lagik. Hish redha je lah.  I baru jumpa yang storage merah tu, kalau tau tu aku tak beli dah yang lipstick / liners punya storage tu. Ini ada tambahan lagi, i m waiting for about 50pcs brushes set, on the way dah.

Ko nak bukak kelas makeup ke Kak Red?

hahahaa….suke hakak ko le kan, aku tak kacau orang, aku kacau muka aku je sendiri.

IMG_8765

Ini pulak bukti aku berada di tempat kejadian, at one of the hotels, ada warehouse sale untuk perfumes and selected makeup items too…

 

IMG_9211

Ini among the perfumes yang aku beli, 2 ketul for this, Brand lelain pun ada, the next few days dapat gak hadiah dari kawan gak. Hok nih aku amik coz dedulu punya kenangan, masa baru bertunang, baru kahwin laki aku suka belikan perfumes ni. Specially dia akan beli dari Spore masa dia based kat sana dulu ler. So ai pun amik ler ni 2 ketul. i m running out of perfumes kekdahnya.

 IMG_9601

ini takde kena mengena dengan make up but aku suka palazo 3 quarter ni. Dah ada 3 (2 blacks and 1 brown) kalaulah ada lagi kaler lain. Hok yang oren merah aku ada tu tak sama materialnya, itu lebih lembut dan lebih nipis. Yang ni tebal dan can be worn for office too.

Ini gambar di one of the hotels, tolong hantar amik BFF aku.

IMG_9589

Hah untuk gambar lebih besar. Bagi kawan aku pegang camera amikkan gambar, dahlah snap seketul jer, pastu takde seni betul hahahaha, baik aku selfie je lah!

IMG_9603

Kami makan pun kat situ gak, ini makeup hasil dari from the jem too. Bukan proper make up kat rumah. Boleh kata kan dik, kalau weekdays tu akak memang tak make up kat rumah ler. Biasanya dari rumah tu hanya dengan foundation (if rajin) dan loose powder. Cikgu2 Zeeshan dah biasa tengok muka hakak kau ni dengan takde make up, kadang2 kering kontang jer, coz pagi2 kan ai is keluar rumah hantar Zeeshan sekolah baru pi kerja tu.

 

IMG_9479

ok sambung lagi plak make up tools. This crystal clear swab box ni susah giler nak dapat kat KL! Sungguh, even online KL pun amik dari obersi gak, mainly China kot. But ni pun aku beli online gak lah. Yang lama punya jenis lain, but aku dah sedekah jariah kat anak dara aku.

Magic spounge, kegilaan beli banyak hahahaa….tu pasal betul ler ko cakap yang akak ko ni nak jadi makeup artist ke nak buat kelas make up kan? kihkihkih…

Tapi uniknya magic spounge ni aku add up ngan yang ada batang holdernya tu.

Yang merah tu is my cape, ini je cape aku beli. Dah cite kan kat atas – for hijau and purple, Michael sponsored.

IMG_9618

selain yang biru gitu, yang magic spounge tang pink merah tu, bulat gitu gak. Ni sampai later. Ai kan ada 97 items beli gitu kan hahahaa, so ini semua antara2nyer ler..

 IMG_9514

Betul rumahku syurgaku, but konsep opisku bahagia ku juga kena ada. Jadi kalau orang penuh meja dengan stationary set, i do have that too, in the red storage. But yang hitam ni, asalnya orang buat untuk letak stationeries le kan, tapi aku pelbagaikan untuk letak make up tools set aku. Ko ada siap dengan makeup remover lagik. Ini sambil buat kerja boleh je tanggalkan dengan pakai wet tissue too, biasanya lagi 15min sblm nak pi surau tu aku dah kosongkan muka.

Aku kan kerja multi, tak boleh nak satu2 kerja le dalam satu masa. The black container/storage ni akak beli kat kedai DIY jer dik.

Eh gel make up remover tu pun akak ada sebotol dalam kereta gak. Balik dari kerja odw tu dalam jem gakkan, akak menanggalkan ler semua make up. No persinggahan of cos. Benda2 ni semua tak makan banyak minits ler.

Told ya, being Supermak, semua nak on time dan jugak make my kerja smooth sikit ler.

IMG_9510

The stand tu akak dah blogkan aritu, yang temporary tattoo mata ni, ai ada project something nak buat. Tapi bongoknya aku ordered merah, dia pi hantar kalerful. Eiii!! dahlah kita tak cukup masa nak tukar2 lagik. Geram betul aku.

IMG_9485

eh swab n lagik, tadi pakai pad yang 4 segi, ni yang bebulat. Better pakai bebulat ler, senang nak kuor dari swabnya tu. Ini antara tools yang aku paling cinta gak, really helps.

Lots of you dok tanya online site akak beli ni, boleh tunggu sampai early next year tak dik? Nanti baru akak reveal. Insyallah. Ko kena bagi akak dapat semua items akak, happily ever after baru akak leh share ngan korang yek. Sabariah ler sikit, sket bulan je lagik pun.

So, dah bape puluh items kuor sini, maybe ada lagi 30 – 50 barang belum jaja.  coz as of today, ada 70 items lagi masih on the way, meaning 20 dah selamat akak pakai dan tayang, wpun tak semua pun akak show show, but jadik ler.

 

Comment: 5