Make Up

The power of Mascara…

IMG_8719

The other day, last month to be exact, Carol Diva Darling kan balik Malaysia so she got me this. Make up set! something yang palinglah akak suka dapat tapi tak tau lah napa orang lelaki payahnya nak bagi pompuan make up yek?

Bukan susah, pi Sephora, pi MAC pi ler memana skinmake up counters tuh, tunjuk gambo bini / gf ko tuh, hah pandailah SA tu kuorkan make up set gegini for them yang sesuai ngan tone colour depa.

Aku pernah dapat hadiah dari someone, a guy (only my husband and frens tau sapa sipolan) tapi dibaginya yang alahai….nak gelak sangat. So damn expensive but kalau ko bagi aku make up set pun slightly cheaper lagi hah, ada yang 100 tak sampai 100 or even 100 lebih, 2,3 ratus pun ada jugak. Benda aku dapat tu, mah mahalnyaaaaaaaaaaaa,pakai nya setaun sekali 2 pun payah. Anw, thanks for the thot, itu pastinya lebih penting.

IMG_8716

So tipsnya untuk teman2 laki perempuanku, nak get me something better, a make up set. Memang brilliant punya idea. Habis tu suh bagi handbags ke korang lari lintang pukang, kan? Laki aku pun boleh botak pala kalau asyik mintak handbags jer.  Carol sokmo bagi aku make up set and aku memang utilise habis.

The Dior set boleh pakai for travel or of cos daily usage gak. Aku buat letak kat meja kerja, touch up touch up :)

IMG_8555

IMG_8557

earlier, like many weeks sebelum tuh, aku pi hunting cari mascara. I m also a mascara lover. Aku ni ada satu penyakit, ada satu time aku gila pakai eyeliner, ada satu waktu nanti hanya nakkan mascara sahaja. So macam tu lah penyakit bertukar2 addiction. Jadi stock mascara aku dah habis, aku tak boleh ada sebatang, kena ada berbatang. kat dalam travel bag lain, umah lain, opis lain, lam kereta lain.

Tu tak citer lagi ada 2 batang mascara aku dah bertonyoh2 dibalingnya dek Zeeshan, phewwww…..sapa ada anak kecik paham ler. Abang dulupun masa bebaya dia, baru pandai bukak meja make up, dia togelkan compact powder aku, habis dia kuis. Anw, that s the beauty of anak2 kecil, semua dia orang boleh bedal.

IMG_8563

The Dior Addict is currently on best sellers kat market, katanyalah SA tuh. harganya bolehlah buat beli sebatang, seratus lebih tuh. Beli berbatang2 memang tidak ler kan.  After buying semua nih baru aku dapat the Dior make up set from Carol, dalam itupun ada mascara jugak. The other 2 brands pulak memang saja aku beli for extra sama le pakai kat merata tempat. Tapi kan mascara yang aku beli kat SASA Hong Kong tu sedaplah, sayangnya kat KLCC dah takde SASA, nak suruh aku berjalan tempat lain mencari memang takde le kan.

I can wear the mascara without the eyeliner now. Tak yah curlkan the setepek lashes nih, use your magic fingers/hands jer main2 naikkan lashes ko. Zaman akak nak bereyelashes palsu tu belumlah berlalu but pi event pun malas jugak nak apply, larat pakai mascara jer, Once in a blueeeeeeeeee moon sahaja pakai.

ha macam n macam ni…lunch break bosan2 tak boleh makan bulan puasa nih, pergi ler beli sebatang mascara.  Sapa pernah buat extension tuh…ok siap kang ada yang berceramah macam dalam IG :)

speaking of lipstick pulak, akak pakai 1 colour je for events or daily, COSMO code from MAC, tukar2 dengan red menyala but tu only for events, tu je sampai 3 brands akak pakai. or dalam Dior set atas2 tu pun ada gak lipstick, buat geganti. back up dalam bag pun ada but not Cosmo, from Clinique, dapat percuma, more to pinkish.

Pasal kasut pulak,yang aritu tanya. cerita kasut2 Cipela dah keluar, so tu kira part of kasutlah yeah. Cerita untuk collection lain tu kemudian2 ler. bulan2 puasa ni kang showing off bebanyak payah pun ye gak. Kalau tak, apa cerita nak kuor kat blog. Korang ni nak kena feed bagai.  Nak cerita bazar ramadhan? hahahahaha…..akak jumpa Bazar tu pun tak tentu siang malamnya dik, kalau dapat sampai on time pun dah banyak syukur, most of ramadhan memang tak pernah dapat jejak sangat. I think last year akak pi bazar sekali 2 je kot….sibuk kat dapur heh.

 

Comment: 2

Oh Puspel Air Air air…

photo

memula tataplah mataku yang berwarna tetapi dalamnya sedih makkkkkk. rumah mak takde air. as of this entry is up, sudah 5 hali!! Dan dijangka akan mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu. huh Huh!

photo

Hari ketiga air takde, jatuh masa new year, jadi semua batallion dibawa bungkus ke rumah Mak Ajah, kain baju 5 trips tumpang basuh, siang ikan ayam sume pun kat rumah mak. Sib baik le BTR tu ada air, kalau sama dengan kawasan terlibat takde air, mana lagik aku nak pergi. Ada Syabas @Puspel hantar bekalan air, tapi bila datangnya jer, menderu orang beratur ke main panjangggggggggggggggggg.

Ko dah stress kena beratur, nak angkat2 air lagi. Kesian.

Ramai orang tua kiri kanan kendong baldi lah, tapi takde sapa nak dapat bantu coz memasing pun ngan penuh bertong-tong air kena angkut sendiri.

Aku syukur sangat rumah mak aku dekat, so kain baju 2,3 hari sekali angkut bawak umah mak, basuh sana. Air pun aku angkut gak kat sana. Tak sangguplah nak beratur.

But bila hari sekolah mula, kami suami isteri kerja, air pulak makin susut kat rumah, so abang and my superpower MissEyes pun turun nak amik air kat tangki Syabas tuh. tapi sian abang. dia penyegan kan. semua yang beratur orang tetua jer dari dia. Dia pi nyorok kat balik kereta. Kebetulan aku balik, hah terpaksalah dia join beratur sama. Terkejut dia tengok jam2 tu pulak maknya balik.

First trip depa tak bawak trolley biru, pi bawak trolley merah jer. Hukaloh, heret beret badan mengangkut tong-tong air. 2nd trip aku suh bawak trolley biru and trolley merah. so depa turun. sejam tak naik2. aku pulak turun. Omanghaik, stressnya beratur sejam nak tunggu turn dapat air. Dahlah tu kalau dpt orang belakang ko yang tak sesabau jenis panas hati je tengok ko angkut bawak banyak tongs, tu pun satu hal jugak. Udahlah tanks tu kalau habis, nak tunggu lorry Syabas datang lagi hantar, tak tau jam berapa.

Aku suruh abang naik dulu dengan trolley merah, 3 tongs air, sian abang, sampai jatuh2 dia ngan tongs air coz jalan tar situ kan tak rata. Pastu aku suh Misseyes naik dulu ngan 1 tong. aku bersidai ler kat tepi jalan ngan 5 tongs air! ahahhaha tak bergerak ko trolley tu bila aku pushed. Berat gilaaaaaaaaaaaa!! Makanya marilah menunggu si gagah perkasa makan Nu-Prep, RD!

Dia sampai je dari opis, apa lagik, menghayun, siap 2nd trip. Memalam, while waiting for kids siap Kumon, dia lari mandi angkat kain baju kat rumah Mak Ajah, angkut lagi bertong2 air bawak balik VA.

photo

Dan juga setiap pagi pas hantar anak2 sekolah, RD juga akan pergi mandi rumah mak den and angkut air lagi dalam tong2 yang kosong. Semua dia buat sendiri. Stress takde kalau amik air kat umah mak tapi dok komplen  ler … oooo hai patahlah pinggang kalau sebulan gini. Bulan ni nya air umah mak ajah, memang aku cover habis hahahahaha! 5 hari punya stock amik air kat rumah mak, boleh tahan gaklah.

Aku mandi basuh rambut panjang aku nih, habis sebaldi besau, laki aku bising ooiii catuan air! ahhahaha bis tu takkan tak basuh rambut, kang kalo mandi wajib lagi ler kena basuh rambut. hikss. Budak2 ler sian sejuk, mandi ngan air sejuk. Nak campur air panas pepagi buta ya ampun tak larat tol mak ko nak buat, untuk RB je mampu ahhahaha sebab dia bila mandi air sejuk semata tu, melekat2 dia peluk kita.

Kain baju nak hantar laundry hahahaha laundry pun dah full house, sekitar rumah aku BSP tu pun sama takde airnya jugak.

Punca takde air, oooo takde baca news yek?  Pam utama kat Wangsa Maju and Pudu Hulu gagal berfungsi. katanya kat news dan juga @puspel twitter. Korang kalau baca kat twitter Puspel tuh, orang ramai rakyat jelata dah naik hantu meletup2.

Neighbours aku siap call bila tiap kali datang lori tangki Syabas, ada jam 4.30 pagi datangnya, ada jam 1.30 pagi. Ikut dan dia ler bila nak datang anto kan…Purata sepanjang 5 hari, laki aku akan turun naik amik air kat rumah mak ajah, 3 kali trips. Untuk hari bekerja pulak, pun 3 kali trips. takde beza. sekali yang 2 trips tu jer ler kita amik kat bawah tank Syabas, pastuh macam daripada stress beratur panjang, baiklah terus amik kat rumah mak. Kawan2 mak abah aku pun ada jugak datang rumah mak mintak air sket. Kesian. Akunya tong2 semua provided by mak abah aku, syukur. kami sediakan trolley jer hehehhehe…tapi angkut apa bagai the boys lah buatkan, curah2 air lam tempat flush simpanan air, tu je aku buat ahhahaha, lain sume berat!

Kesiankan kami…..laki aku hari-hari mintak aku urut. Letak je RB buat pijak2 belakang bapaknya.

Oh Puspel. Oh Janji Ditepati…mana janjimu? Oh gomen…percepatkanlah betulkan pumps ituu..

Comment: 14

Tadah muka …

Bandar Kuala Lumpur-20120724-00781

gila lamanyaaaaaaaaaa

lama sangat

kita tak buat entry2 macam nih kan

amik make up ke

sungguh lama halahai

takper…jom main2 make up.

July was my birthday month so i collect macam2 ler jugak via my memberships cards. kalau yg designer tu if u are a member leh dapat additional discounts. kalau yang brand2 lain pulak leh dapat up to 25% off or even can double up the points. So aku pi melabur pokaikan lagi poket kat barang2 make up yang pastuh aku rasa…ler apa ke main aku amik mahal bebenau nih. For 9 items over RM550!

Bandar Kuala Lumpur-20120724-00780

aku shopped kat Sephora, Bodyshop and also MAC. a day before redeemed voucher kat Loccitaine. top up a bit amik body shower. Duit lagi…mengalir je ko kan.

aku tak penah dengau brand tu tapi kawan aku sibuk membeli menerai nerai….masa aku kat Jerman ler depa dok pakai brand nih so aku pun menebeng sama tapi aku tak berkenan pulak. Mascaranya tu dia kata kena pakai fiber bagai lah ada collagen segala boleh panjangkan bulu mata..hahahhahaha ok ler ok ler, pakaikan je lah. I tengok my gf beli jer, lipstiknya dikata bolehlah hai tahan lama.

i didnt buy, tunggu depa engage aku jer lah.

Bandar Kuala Lumpur-20120724-00783

Make up cam biasa le dalam kereta while driving to work, cuma bezanya dia pakaikan aku mascara yang kononnya panjang merata

sama je heh aku tengok!

Raya handbags, stock clearance selling drop down price, over here here here! Harga bertukar2 hampir setiap hari mengikut mood mak merah yer, nego insyallah boleh.

Comment: 15

Eh eh Sephora lagik…

IMG00920-20110728-1230

Red you kat mana? I dah ada kat Chakri nih.

Coming coming, i pi Sephora jap

Sampai 4 batang ko beli?

yelah, satu lam bag make up lam keter, satu lam bag make up untuk lam handbag, satu lagi letak atas meja kerja, satu lagi kat meja make up kat umah!

How much?

RM49 each, aritu I beli seketul, best gila. tak kering and better than S brand, ada moisturizer. aritu I pakai S brand, asik dry je my lipstick, bukan sumer, tapi ada 1-2 batang dia kureng molek ler. Ni memang best, tu yg stock up. kalernya pun lembuttttttttttttt jer.

ko kalau buat iklan no satu

eh,aku tak promote pun nak jual tau…aku promote free je dalam RM. Sephora never engages me.

IMG00919-20110728-1229

From my first entry on Sephora…terus kudengar ramai pi carik Sephora gak yek. bagus korang. asal aku promote je sume berduyun pergi, see see, not just bcoz aku buat ads jer aku promote, kalau benda tu bagus, memang aku canangkan.

Takper, banyak dah sejarah terbukti, biasanya aku canang2 dalam RM, nanti kang depa engage aku officially. kan kan….saya suka jer. Rezeki mar :0

eh bulan puasa agak2 kita kurangkan 1 entry per day, ok gak kot kan?

Comment: 24

Try on the Sephora..

IMG00904-20110722-1342

hari tu kan aku pergi Ning’s launching, so aku berkenan je tengok eyeshadow dia yang ke main glitters. Pakai pi kerja memanglah buang tebiat, tapi aku kan sokmo ada events. pastuh pi tengok Dreamgirls musical show pulak, the 3 girls pun pakai glitters ya waduh. berkenannya acik.

aku ada glitters tapi kena apply after eyeshadow….

well nama pun saja gatai kan nak menconteng mata.

IMG00911-20110722-1408

i jalan2 masuk Sephora kat KLCC, brand lain aku tak heran, tapi aku nak tengok brand Sephora ni sendiri…molek ke idak…glittersnya tak molek, tak lekat pun. ada brand 2 faced kot ha yang tu macam melekat but aku tak pulak amik yg tuh. biasalah datang nak beli glitters but bila tengok benda lain, lain yg kita tuju.

IMG00906-20110722-1351

aku pi gatai beli yang nih. ada 5 kalers, 2 kalers tu ada glitters jugaklah but not too heavy, meaning you can still apply for office work, but jgn buat tetebal ler kang boss ko ingat ko sakit mata kena penumbuk dek laki plak.

IMG00907-20110722-1352

it comes in few colours gak…

kalau seketul eyeshadow glitters harganya RM45, if amik 5pcs dalam 1 set nih baru RM79. baikler amik yang 5 pcskan?

IMG00908-20110722-1353

kalau ada dak gegirl tu mau dia ingat ni kaler warna, she loves drawing kan…

sambil aku belek2 nih ada 2 boys baya anak2 aku gaklah, si abang and si adiknya leka calit2 guna jari tempek blusher kat muka. maknya tak perasan…

eii boys tak boleh pakai blusher lah sayang

hahahahha, terus budak2 boys tu lari nyorok kat maknya and maknya pun… ha tu lah korang, kan mama dah cakap ni untuk mama jer, malu kan dah kena tegur ngan aunty

IMG00909-20110722-1402

ko rasa nak amik jer semua colours nih but iskk….perlu sedar diri!

Dulu masa aku pregnantkan Abang kan, siang malam aku make up. waktu pregnantkan Gegirl pun, this time too, takde beza jer. tang make up tang shopping waktu pregnant memang no change at all. Tang mood swing jer yang ada perubahan mendadak. I sedar diri kalau tidak takkanlah I ‘diasingkan’ hampir 2 bulan lamanya :( .

Waktu pregnantkan abang paling teruk, nak tidur pun aku make up, bangun pun bukan mandi dulu tapi pi bantai make up muka dulu baru pi mandi hahahaha gila betul. N tahap tidur waktu ngandungkan abang memang hebat….selain dari make up lah.

Tapi tidak le pulak si abang tu suka tidur, cuma skang kalau dia tak pi sekolah agama, dia akan tidur petang, ada one time tu, aku sampai kejut dia bangun coz dah nak maghrib, dari balik sekolah tidur tak bebangun…

IMG00910-20110722-1407

penyudahnya aku beli 3 items. tau pagi tu lipstick stage aku patah, hukaloh, mata ke mana perginya dok bukak ke main panjang, pap patah. hiks… bukan takde lipstick baru tapi nak jugak menerai kaler dari Sephora and seketul eyeliner mata, tu ada datang macam2 kaler, biru gold hijau ha bantai. tapi aku amik basic colour, hitamlah. just to try on benda baru.

Aku dah pakai pun tetiga, so far tetiga barang aku beli tu besttttttttttt!!! paling mantap khol eyeliner and lipstick tuh. iskk, kalernya lipstick tu aku tak penah ada tu yang macam wallah! sesuai ngan kulit bibir coz ada brand yang aku pakai boleh mengelupas dibuatnya kulit bibir.

pasal pregnancy make up tu kan, memang ada orang yang tak leh berhias langsung, tu kira pembawakanlah. muka 9 bulan secalit lipstick pun takde, nak berbedak pun idak. tak leh disalahkan coz kita kena paham, not that diorg ni diminta jadi gini, but hormon tu datang mendadak, mbe dalam masa mengandung dan dalam berpantang, walau dah beranak, masa lam pantang pun kena jaga coz nanti boleh angin meroyan.

oh masa aku dalam pantang Gegirl pun aku kena meroyan gak tau….life of being preggy lady.

Comment: 22