Nuffnang

Nuffnang is Racist???

Jabatan Perhubungan Blogger(new comment) says:
28/07/2010 at 10:44 AM

Setelah membaca blog dan tweet saudara, pihak kami berasa saudara mungkin tersalah faham tentang prosedur pemilihan pemenang-pemenang peraduan yang dianjurkan di komuniti Nuffnang.

Seperti mana yang telah dikemukakan di bahagian Terma & Syarat (Terms & Conditions), semua peraduan akan dihakimi berdasarkan kreativiti artikel blog yang dihantar. Butir-butir lain seperti bangsa, agama, umur, lokasi tidak pernah diambil kira dalam mana-mana prosedur penghakiman peraduan bersama komuniti Nuffnang. Pemenang-pemenang bagi setiap peraduan dipilih kerana para hakim yang terdiri daripada wakil pengiklan dan wakil Nuffnang berasa artikel blog yang mereka hantar merupakan artikel-artikel blog yang paling kreatif bagi peraduan tersebut. Bahasa yang digunakan peserta juga tidak diambil kira (Bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Tamil) selagi artikel tersebut boleh dibaca para hakim (tanpa singkatan yang mengelirukan).

Pihak kami amat memahami perasaan syak wasangka saudara bahawa sistem penghakiman peraduan mungkin tidak adil kerana kebetulan ketiga-tiga pemenang peraduan tersebut adalah dari bangsa Cina. Kami ingin menegaskan sekali lagi bahawa sistem penghakiman yang digunakan adalah saksama tanpa mengira butiran peserta dan hanya berdasarkan kreativiti blog post yang diterima.

Dakwaan saudara bahawa peraduan di komuniti Nuffnang tidak pernah dimenangi blogger berbangsa Melayu adalah tidak benar sama sekali. Pelbagai blogger berbangsa Melayu telah memenangi peraduan yang dianjurkan di komuniti Nuffnang. Berikut merupakan sebilangan kecil pemenang-pemenang peraduan yang telah dianjurkan di komuniti Nuffnang;

Nurul Aina binti Zakaria (http://silampuneon.blogspot.com/2010/05/big-fish-moment-with-pizza-hut.html) – Big Fish Moment with Pizza Hut, RM2,000 cash prize
Azham Ariff bin Abd. Aziz (http://azham.smskb.edu.my/?p=1839) – Big Fish Moment with Pizza Hut, RM2,000 cash prize
Fairuz binti Mohd Tajalli (http://www.rozeboomerang.com/2010/01/one-funny-video.html) – flymas.mobi video contest, Tiket Penerbangan ke Tokyo/Seoul
Sharizal (http://tehtarikmemoirs.blogspot.com/2010/02/blackberry-storm-9520-by-celcom-enter.html) – Celcom Blackberry Storm Blogging Contest, Blackberry Storm sebagai hadiah
Nor Iman Mazuki (http://eyriqazz.blogspot.com/2010/01/astro-byond-bloggers-night.html) – Astro B.yond Blogging Contest, 32″ HD LCD TV

Pihak kami berharap saudara bersama pembaca blog anda memahami prosedur sebenar di sebalik pemilihan pemenang-pemenang peraduan. Kami juga berharap bahawa komen ini sedikit sebanyak mengembalikan keyakinan anda terhadap kesaksamaan pemilihan pemenang-pemenang peraduan di komuniti kami.

Sekian,
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd

************************************

Merujuk kepada satu isu yang sedang diperkatakan di kalangan bloggers kini…

Dari pendapat saya yang hina ini, mungkin benar kita akan terasa hati bila adakalanya golongan mereka yang sentiasa menang, tapi bila aku buat analisa sendiri, tidak semua pemenang adalah dari bangsa cina. Majority kemenangan juga diberikan kepada bangsa lain seperti Melayu dan juga India.

Kalau adapun mungkin kebetulan untuk contest ini, ketiga2 tempat dimiliki oleh bangsa cina. tapi bukanlah Nuffnang yang perlu dipersalahkan. As an organizer, mereka hanya bertindak sebagai stage platform untuk pembaca dan pengiklan, dan pemilihan pemenang juga ditentukan oleh pengiklan. Pengiklan yang menjadi sponsor utama dan juri untuk setiap pertandingan yang dijalankan.

Saya juga antara mangsa apabila diumumkan sebagai pemenang Nuffnang Friso Gold, untuk LCD Sony TV. Ramai golongani cina yang datang menghentam saya mengatakan Nuffnang juga racist/bias coz memilih saya untuk menang.  Siap diorang hentam aku dalam blog Nuffnang lagik, cino tau, bukan melayu. yang melayu melopong tengok jer aku kena hentam. So kalau saya yang melayu ni dihentam, tapi saya diam jer sebab tak nak jadikan isu perkauman dan bangsa ini dibesarkan. Kalau kalah kita boleh cuba lagi, rezeki tersurat & jalan mendapatkan hadiah yang lebat ada banyak peluangnya. It s quite peliklah jugak coz shareholders Nuffnang setahu saya bukan sahaja cina tetapi juga ada orang melayu.

Nuffnang bukan melambangkan Cina Melayu seseorang. Nuffnang juga bukan melambangkan bangsa seseorang. Tetapi saya melihat Nuffnang sebagai 1 Malaysia cos mereka bertindak untuk merapatkan ketiga2 bangsa utama di Malaysia. Bukan warna kulit yang menetapkan kebagusan dan pemilihan seseorang. DD yang menang di LG Cookie Monster pakai selubung ke main tak nampak warna kulit, tetapi kerna costume yang dia pakai is perfect and mengikut TnC yang ditetapkan, so he won. They didn’t judge base on your bangsa at all kan? Itu antara contoh terkini pertandingan yang dimenangi oleh orang melayu.

Saya pernah berkata, di dalam RM saya tidak akan berbicara mengenai perkauman, tetapi saya sedih tengok orang2 kita dan orang2 cina yang  masih ada bersikap sebegini. Percayalah pada takdir, rezeki kita bukan rezeki mereka, aku sendiri banyak contest yang masuk kalah menjunam2, tapi janganlah sampai menggunakan faktor bangsa untuk menarik orang ramai membenci bangsa lain. Kita tidak tahu, mungkin jodoh anak2 kita, keluarga kita ada yang dari darah cina dan india, so kalau kita kutuk, satu hari kita dimakan kutuk jugak nanti. Sahabat baik kita juga mungkin dari bangsa cina, sekolah tempat anak2 kita belajar juga dari bangsa cina, guru yang membimbing mengajar kita juga adalah dari bangsa cina.

Saya bukan menyokong dan tidak  juga mahu berada di mana2 belah pihak, cuma saya sangat concern dengan cara kehidupan kita yang menggunakan bangsa untuk mencetuskan perbalahan. Cuba avoid diri kita dari termasuk dalam golongan yang menghentam golongan lain, baik cina melayu india, coz ada banyak mata yang sedang memerhatikan kita dengan setiap tulisan kita sekiranya kita didapati cuba untuk mempengaruhi orang ramai dalam fakta perkauman ini.

Ratusan ribu bloggers mempercayai Nuffnang bukan memilih pemenang dari dasar warna kulit, tetapi hasil creativity yang korang buat, pemilihan apa saja, tu setiap minggu Nuffnang Premier Screening, aku tengok penuh je orang Melayu yang masuk and dapat, kalau main prizes pun, penuh orang Melayu jugak yang ada, satu perangai orang melayu kita, terlampau mendengki sangat & suka sgt generalise, I ve seen  X entry, yes of cos the entry is good, tapi tidak pada orang lain. but that s not end of the world, ada berpuluh lagi peluang contest yang kita semua boleh masuk, janganlah sampai menjadikan isu ini besar dan seolah2 menyuruh anak bangsa kita yang lain, anak2 kecil kita membaca dan membenci bangsa lain sesama sendiri hanya kerna tulisan kamu yang marah dengan Nuffnang.

Dan aku tak hadap dengan korang punya statement kalau kata aku jilat cikpon Nuffnang, aku sendiri pernah kena marah dengan Nuffnang for my blog, aku sendiri pernah merajuk with Nuffnang bila kita ada perselisihan pendapat dan salah faham, yes of cos ada, but janganlah sampai nak menghasut untuk racun fikiran orang mengatakan Nuffnang is racist.

Nuffnang sudah pun bagi fakta stand diorg, harap korang ambil yang jernih buang yang keruh. Maaf kalau entry ini datang pada waktu yang tidak sepatutnya tetapi sama2 ambil iktibar. Cina ke Melayu ke India ke, kita kan sama darahnya….darah MERAH gak.

Come on la, takkan pemenang semua Cina, terus kena cop RACIST! habis tu kalau yang menang sume Melayu pun racist gak?

Comment: 75

In Blue for LG Cookie Monster Party!

IMG_0335

Saturday 24th July at Neutral Club

IMG_0280

Michelle is the one looking after RM

IMG_0285

2 Nuffies

IMG_0298

David and Fresh the Nuffies too

IMG_0300

Nicholas Nuffie and Tziaa and fren

IMG_0305

Simon the Monster

IMG_0314

wahahaha ramai! amik le letak nama memasing!

IMG_0317

dah pakai gini, sapa ke nama aku dah kedaung

IMG_0325

Tian Chad the best!

IMG_0327

pastu ada drama, lama tak jumpa Aud!!!

IMG_0331

Aud and Tim

IMG_0345

Lepaking with the frens…

IMG_0356

Kenny as an MC and LG’s

IMG_0350

Nicholas giving speech on behalf of Nuffnang

IMG_0358

Eyriqazz menang lucky draw!

IMG_0366

Dinner + Gossiping with Aud, Kim, Niki and Shaolin

IMG_0387

group ni memang havoc lah!! diorang sangat happeningggg!!  hope to see the group again and againnnnn 🙂

IMG_0389

Qiefly was one of the finalist for Best Male Dress

IMG_0396

Guess who? he s the winner for Best Male Dress

IMG_0398

Sumy and Lily Putih

IMG_0404

paling hot bila the girls from Nuffnang buat performance, Nobody But Youuuuuuuu! sampai kena repeat 2 kali coz banyak nau permintaaan! memang hangattt!

IMG_0421

comei2 putih2…cantik2. tinggi2…complete package!

ada video depa upload, so korang leh tengok search je mesti jumpa, diorg punya gelekkkkkkkkkkk, mata2 lelakis bukan main terbuntang!

IMG_0476

ada game untuk auction for the cookies, so i grouped with a few, tak kenal pun each other tapi kita main taburrrrrrrr je janji combined the  cookies coin!

IMG_0482

the group participation, they split the gift, i got the Gold Class voucher tix

IMG_0483

Kak Blue suka gambar nih, but Abang Pink kat belakang itu adalah menggangguuuu! nak crop pun tak cantikkk!

ko ngaco la Jai!

IMG_0500

the 10 finalist for Male and Female Best Dress

IMG_0511

ni antara group2 yang happening! dah pakai mask hahahahah lantaklah korang teka sendiri

IMG_0527

DD, Aud and Qiefly

IMG_0529

DD @ Kareldanish…the winner for Male Best Dress!

He won the LG Mobile phone, wpun panas2 pakai menatang costume tu, hasilnyaaa….

napa kali ni ko tak pakai costume kak red?

sebab aku dah menang taun lepas dik, tak yah ler muka yang sama jer yang menang, korang gak menyampah nanti….

IMG_0535

Niki and Fresh

IMG_0556

David and Jestina the Nuffies

IMG_0559

Jestina and 2 the mask men…siapa siapa? heheheheh…….hensem tu kalo bukak mask memasing!

IMG_0561

We sent Rina Nuffie back home later after the party…

IMG_0574

Lovely Michelle, thank you for looking after RM so well 🙂

IMG_0445

the red boot and the husband’s shoes, boot aku tu memang specially beli berbulan lama dulu hanya untuk event, coz when i wanna wear something not red so blehlah pakai ngan boot merah. tak perlulah manjang je pakai merah semedang. as long as ada merah, i m Redmummy 🙂

IMG_0442

Sirman the man…kalau aku pun tak pakai costume, jangan haraplah dia pakai, amik gambar ngan dia pun ke main payah, aku kena tarik DSLR dia bagi kat orang baru leh dpt gambar berdua…

IMG_0563

Nicholas the Dracula, got red element!

IMG_0276

LG Cookie Monster Party! in blue dress with red boot, red watch and red clutch. Blue dress tuh aku beli kat somewhere in KLCC gak 🙂

Thanks to LG and Nuffnang for the invite, thanks to those saya jumpa di party nih gak, maaf lah kali ni tak larat nak letak link sume orang, lagipun everybody is like well known already in our blogging world. Pasnih kurang sket event kot coz nak Ramadhan and Raya, if ada pun taram je aku pergi, letih belakang kira. dah biasa pung.

Tahniah yang menang apa2 hadiah waktu LG Cookie Monster Party, kalau ada gambar korang lam nih, amik jer…wa no hal.

Salam sayang from Kak Blue 🙂

Comment: 24

Street Dance & The Sorcerer’s Apprentice!

IMG01204-20100720-2035

sirman had a meeting with our contractor and he pun tak berapa sihat sangat, balik from penang hidung asyik tersumbat jer, so i went to watch the Sorcerer’s Apprentice with Rose…balik dari kerja lepak rehat tengok spelling and homework anak2, n tumpang Rose jer pi sana…

coz umah dia ngan aku sehaluan and satunya aku kalau pi memana impromptu plan memang roger Rose jer.

IMG01214-20100720-2047

Karen, Fresh and Nicholas of Nuffnang

aku masuk panggung lambat lor, itupun sket lagi ada drama antara Rose and Zaid ahahhaha..zaid zaid, luckilylah jugak zaid.com and RM adalah sinonim dan cemolot. Salam to Alice yek Zaid 🙂 . so the movie, emm ni macam citer Harry Porterlah, bf lama Rose berlakon, Nicholas Cage. ala2 citer ahli sihir nak carik apprentice gitu, pusing2 dapat kat sorang budak yang giler fizik nih.

malangnya bf dia tak hensem hahahahahha and suaranya sangat kelakar. but lain sume oklah, ada letup2 ada terbang2, maklum le kan ahli sihir.  ada awek yang masa darjah 3 dia berkenan tapi tak dapat2, sudahnya pas 10taun baru dia dapat, wahh very the…..

yah ah….mehlah sapa tak tengok lagik the Sorcerer’s Apprentice. demi mu Nicholas Cage!

IMG01206-20100720-2040

tempat ni macam best pulak kalau bawak anak-anak yek….buat birthday party pun boleh tapi menyempit le ko mak pak. but kalau takat nak main Starship ngan Abang and Gegirl, bolehlah kot, cuma aku hassle sungguhlah kalau pergi jauh2 dari Cheras nih. nak ke 1U tu bukan dekat alang plak tuh….

IMG01196-20100720-1435

n tonite i m watching Street Dance pulak. eh ni beli sendiri yek, amboi sumer nya Nuffnang nak bagi, manyaklah koo punya hensem!

Comment: 14

Milo dengan PROTOMALT!

48hrs sticky post, pls scroll down for new entry 🙂

IMG_7020

Mummy, nak milo please…
Nak air milo ke milo tabur ke milo jer?
Hmmm milo tabur la…TQ mummy

Tu gegirl bila dia nak milo, kena tanya dulu nak milo camna. Ikut selera dia kadang2 nak air milo, kadang nak milo tabur, kadang2 nak makan milo tu jer semata. Then kalo makan luar pun dia biasa order milo ais tabur 😉

Abang pulak, tak suka milo tabur, dia suka milo ais or just makan milo tu jer. Tu yang kadang2 kalo makan luar, biasa mmg depa ni kongsi air. Sorang nak milo ais, sorang lagi nak milo ais tabur. Nak tak nak kena gak la order 2 air. Padahal aku rasa sama jer rasa dua2 tu hehehehehe

IMG_7038

Biasa utk breakfast pun, sy buatkan depa air milo suam jer. Abang pun before pergi sekolah pun teguk milo jer semata, tak mkn lain, maybe too early in the morning dia tak bape selera nak mkn apa2. Aku pun risau gak tak lapar ke nanti nak tunggu sampai waktu rehat, dia cakap tak lapar, minum milo pun dah cukup. I think milo provides enough energy for us to start the new day 🙂

I guess korang pun semua membesar dengan minum milo ni ek… dah berzaman2 milo ni dan bermacam2 cara org gunakan milo dlm kehidupan seharian, dari buat air milo, buat biskut or kek guna milo. Tapi baru2 ni aku tgk member aku makan telur ½ masak campur air milo & then ade satu warung ni jual air milo laichi hahahaha. Milo mmg semua boleh 🙂

Recently, bila sy pergi buat our routine monthly grocery shopping, terperasan lak packaging milo ni ade something different dari yg biasa. Waa MILO dengan PROTOMALT yg diperkayakan dgn Malt Barli.

IMG_7044

Despite the fact that barley is one of the oldest cultivated grains, ia sering diabaikan sebagai salah satu sumber kebaikan. Menariknya, barli dianggap sebagai gandum serbaguna dengan lebih nilai nutritional dari karbohidrat. Sebagai contoh, barli mengandungi kebaikan barli dan vitamin B.

Walaupun diperkayakan dgn barli, don’t worry ia masih mengekalkan rasa MILO yg sama 🙂 On top of that kita juga menikmati kebaikan khasiat barli dalam setiap minum MILO ini.

Serba sedikit tentang MILO® dengan PROTOMALT, ia dibuat bersesuaian dengan proses yg khusus oleh Nestlé. Bahan ini adalah proprietary yg dimiliki oleh MILO. Seperti yg sy ckp tadi, ianya diperbuat dari malted barley, PROTOMALT mengandungi karbohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga yang baik. Campuran karbohidrat kompleks yang seimbang dan mudah dicerna, kemudiannya akan di tukar oleh tubuh badan supaya menjadi tenaga yang diperlukan untuk sesetengah fungsi tubuh kita. Makin bertenaga la kita dengan MILO® dengan PROTOMALT ni 🙂

101CANON1

Not only Gegirl’s  favourite drink but Everyone’s favourite drink!

Apa yg lebih menarik, ProtoMalt ini juga dicampur dengan bahan-bahan berkhasiat lain, seperti susu skim dan koko. Dengan gabungan dari semua bahan nutritional value ini, membuatkan MILO minuman yang berkhasiat bagi semua orang.

Take a look at the ENERGY TIP of the day.

Comment: 35

Andai RM terbang bersama AirAsia ke Australia…


Dahulu saya dijanjikan untuk terbang ke Australia. Tetapi hingga kini project Australia belum nampak bayangnya. Itu biasa sahaja dalam project blogging saya, terkadang impian kita tinggal tak kecapaian. Hari ini kita cerita virtually kenapa saya teringin untuk ke Australia.

Saya tidak kenal siapa Dr Ling, tetapi bila beliau menjadi johan untuk Extraordinary Taxi ride contest award by Western Australia’s Tourism Minister Elizabeth Constable  kemudian travelling bersama his brother Sahun dengan merantau ke Western Australia .  Oh bertuahnya badan kamu hai Dr Ling. Uniknya, they were driven around by taxi driver Dough Slater yang mendapat votes tertinggi di dalam online campaign untuk driver yang Most ExtraordinaryTaxi Ride.Tahniah Dr Ling! Find out bout his journey via these 2 links:

http://www.bethepassenger.com/blog.php

http://www.extraordinarytaxiride.com.au/journey-blog.php

So kalau Dr Ling pergi mencapai impiannya, aku pun naklah jugak pergi, but orang kata, sebelum kita dapat melangkah ke sana, mehlah berangan dulu apa yang bestnya di Australia hingga bikin saya melonjak mahu ke sana.

image

Shoppinggggggggggggggggggggggggggg!!!! Ini memang always be in my list lah. Aku kalo pi memana tengok tempat tu kalo shopping dia best gilak, memang laju je meloncat. Tak kiralah kalau takdak duit pun dapat pergi tengok amik bau pun and feeling bergambar kat tempat yang heaven for shopping ni yek. Dengan lebih 900 specialty shops yang dibuka selama 7 hari seminggu, fashion lovers macam aku memang akan laju maju ke King Street, rumah yang penuh dengan Gucci and LV. Perth juga adalah dunia jeweleries, dari pure gold, silver  and platinum.

image

Pun gitu aku pun suka dengan melawat keindahan negara orang. Tak indah pun, aku pergi jugak wpun budaya hujan batu di negeri kita lebih cool, but there s nothing wrong to study bout other ppl’s life and culture. I love to travel. Hai sedihlah, bila buat entry ni rasa macam nak terbang je ke Australia. Andailah rezeki dipanggil ke Australia ada, maka adalah ia. Kings Park & Botanic Gardens di Perth Western Australia adalah the largest innercity parks in the world, dengan showcasing some of the world’s unique flora dan fauna. Perth juga satu2nya city di Australia yang aku boleh pilih untuk explore by picnic di tepi ocean sambil menikmati sunset. Romantiknya 🙂 . Kalau dah berangan nak ke Perth macam ni, harus gayak bawak RedDaddy nih. Kemudian visit ke Rottnest Islands boasts dengan beaches dan bays nya yang bersepah untuk kita lihat binatang2 dan kehidupan laut, sambil naik ferry. Oh feelingnya……to the world famous quokka, satu lagi unique marsupial yang hanya boleh didapati di Western Australia.

Terbang berangan dengan RM, kenalah berangan dulu baru dapat pergi, join me the experience to Perth versi berangan 🙂

Lepas dah feeling pi Perth, terbang pula ke Western Australia terutama dari June hingga August cos waktu itu kita boleh beli fresh truffles atau terus enjoy dari WA’s fine restaurants, sedapnya.The South West region of Western Australia juga telah dinampakan sebagai the world’s top 10 regions in Lonely Planet’s Best in Travel 2010 and famous dengan beaches dan forestsnya. Berjalan pula ke The Valley of the Giants Tree Top Walk, dengan 600 mtrs jauhnya untuk minimise the impact on the forest, terbayang sya berjalan di forest yang tinggi pohon2nya with breathtaking experience.

image

Mungkin kemudian pergi ke The Coral Coast untuk berenang melihat ikan2 terbesar di dalam lautan (oh saya tidak pernah mendapat advertorial untuk aksi lautan lagi kan?) kemudia melihat whale shark yang panjang. Ini kita saksikan di Ningaloo Reef. Bukan tu jer, boleh selami lautan yang dalam melihat coral reef yang easily accessible from the shore. I dont have sinus problem now so i can be a diver 🙂

Pun begitu, boleh juga kita ke Monkey Mia yang amazingnyadengan 40tahun wildliferitual, ke Shark Bay World Heritage Area untuk melihat 16 sites worldwide yang penuh dengan 4 natural criteria dari natural beauty, biological diversity, ecological process and link untuk ke sejarah bumi.  All in all, Western Australia adalah tempat yang wajib aku lawati bila diterbangkan ke Australia nanti, dengan lebih 12ribu species of wildflowers, dan merupakan antara state yang terbesar di dunia, landscape yang memberi inspirasi pada saya yang hanyalah seorang blogger, tetapi dari perjalanan mata ku akan membuat tulisan saya di RM lebih cantik. Itu semua ilham yang boleh saya olah di Australia.

Juga saya membayangkan untuk berada di dalam unique rock formations yang ada di sana, bersama rakaman lensa di waterfalls terindah, dengan climate yang sangat varied, memegang ikan paus dan dicium dia wahhhh….yang hanya bisa saya rasai setiap bulan June hingga December, dan akhir sekali beriadah di tepi pantai indah Western Australia sambil memakai bikini merah. Wah bikini ko, jangankan ko pitam, aku pun macam terpengsan pun sama pakai bikini 😛 .

image

Mungkinkah perjalanan saya ke Australia nanti bisa diterbangkan oleh AirAsia yang mempunyai tambang berpatutan dan very reasonable. Saya perlu menambah lagi pengalaman terbang ke negara orang, dan saya juga perlu memenuhkan koleksi pengalaman terbang dengan AirAsia kerna selama ini, pengalaman ke Hong Kong pergi dan pulang melalui AirAsia masih tidak mencukupi.

Saya harap kemungkinan itu akan jadi nyata. Saya mungkin pasti dan tidak ke Australia untuk singgah ke Perth dan Western Australia, hanya melalui penerbangan yang dianggap berpatutan only via AirAsia.

Khidmat pesanan masyarakat AirAsia is brought by Redmummy.com

Comment: 25