Supermak

The accessories and the make up…

 

IMG_0150

Ni sampai few months ago kot. Paling aku suka itu eyeshadow palettes. Ohmy rasa nak memakan je. Sangat cantik kalernya. Try pakai masa period, dari pagi sampai ke malam dia punya lasting!

Yang macam teko tu pulak, bukan sembarangan teko, aku kan ngah dok mengumpul baking tools, namanya dalam omputih ialah Mesh Flour Bolt Sifter Manual Sugar Icing Shaker Stainless Steel Cup hah kau!

Pastu ada satu lagi pun baru sampai aritu, tak de le aku amik gambarnya, dah terus panjat simpan lam storage,  dalam omputihnya: Baking tools swivel plate cake turntable. Boleh pepusing lagi. Barang dah ada ni, kek nya bila le nak siap kannnnnnnnnnnnn….

yang lelain tu, accessories bagai lah. Cecantik. Merah tu aku punya brushes set to be used kat opis eh. Untuk dalam kereta, guna jari pun boleh!

Baking class ni biler ler nak mulanya. Korang sapa nak ajar akak bake, but buat kat rumah akak, can??

 

IMG_0525

Ini nail corrector, seller salah hantar. So aku simpan, sapa mau? Bolehlah akak jual murah. Ai asked for make up corrector pen, dah dapat dah pun. lebih kurang je ghupanya, nama je lain. function pun lain ler.

IMG_0522

roll up eye shadows, glitters. aku dah pakai semuanya, but for my makeup tutorial sendiri, bukan pakai kat luar. Takde kesempatan lagik. roll up je kat mata kalau nak cepat. Taklah kuat sangat pun kalernya bila dah kat mata tu, ini aku letat kat tangan, nampak le obvious macam terang benderang, it s not. Bolehlah..just to tetambah my make up collection.

IMG_1215

ini my make up bags. dedua ni dok dalam kereta. Aku kan ada 3 jenis tempat kena ada make up sets, rumah, kereta dan opis. Opis pulak ada 2 (di surau dan sikit di tempat sendiri for touch up). Jadi semua ni dah kena upgrade, tak boleh dah pakai bag2 nih, dah tak muat.

IMG_1218

aku upgrade pakai make up bag hitam nih, yang memang meant for traveller. Lantak situ aku buat guna untuk letak barang make up aku for dalam kereta lah.

IMG_1221

ini semua dari dalam make up bag asal, semua dah disatukan. Accessories ler, call cards, brooches, macam2. Aku jenis, kena ada stand by merata. banyak events kan. Dulu banyak events ler, tapi skang dah kurang but still kena ada gak, coz if terlupa kuor rumah takde accessories bagai, dah siap2 ada dalam kereta.

IMG_1223

hah, semua my make up set siap dalam nih…

IMG_1238

bila tak driving senang ler, semua atas peha. But bila jadik driver, biasa sambil make up tu barang2 make up celah kelangkang aku jer, ni bag dah besar tak boleh ler, kena dok kat tepi or seat sebelah. Aku kena memorize semua barang2 ni coz bila driving tu, bila capai tu, tau dah apa menatangnya. Kalau brushes kat mana, lipstick mana, mascara mana, sikat mana hahahaha, semua kena hafal ler.

Dah over 1 month nih, so alhamdulillah dah hafal ler. tau dah mana bagai.

IMG_1233

hah the stand yang aku cakap aritu depa beli kat Kenanga. cukup le nih….lelain tu some ada kat opis pun, ada yang dok kat my my cabinet accessories gak.  Technically ni meja make up laki aku hahahaha, tapi 1 drawer je barang dia ngan atas tu sikit, lagi 3 drawers barang aku / bersama. Banyak betul le barang aku nih, merata2.

IMG_0995

my accessroeis yang ai letak kat tempat kerja.. ada satu lagi box pulak khas untuk subang/earingsnya jer.  Memudahkan untuk aku pakai or tukar2 if feeling nak tukar ler. Kadang nak pi kerja pun lupa pakai, so kita sauk ler yang kat opis pulak.

IMG_3485

baru ni sampai lagik, the one yang ai ordered online. Memurah je nih but the quality is kalah Lovisa yek. Lovisa tu dahlah mahal! Tapi aku pun ada gak beli dari Lovisa, dulu2 ler, now no more!!

IMG_4136

Ini the latest one. Tetiga belum sarung lagik, in fact yang kat atas gambar ni pun, ada satu ke 2 sets baru aku pakai. Lain2 tunggu masa ler coz sebelum tu pun ada yang aku beli pun tak berpakai. Kena tengok baju dan occasions gak.

ai like the left one, ada colour merah dan blue, ai bought already hehehehe….

IMG_4467

more lagik…yg blue tu lawa gila! memang dah aimed for other colours as well.

IMG_4396

ini pulak selfie Flash. Kan kalau kita pakai camera depan for selfie wefie tu, kalau malam gambar kelam kan. Tak kira le apa handphones pun. Sakit le hati…so dah ada nih, additional flash, bila selfie tu ada le keterangan sikit gambar muka kau.

ini with flash tu lah.

IMG_4397

hok nih takde flash…bagus sangat ni. Saya is suka, aku kan gadget maniac gak.

dekat online G tu depa jual at RM25 – RM35, mahei. I bought only at RM10.80 jer hahahhaa…Reason aku cakap mahal coz aku jumpa yang harga murah ler. If aku tak jumpa yang harga murah tu, aku surely beli yang harga mahal tu, masa tu aku tak cakap le mahal, aku cakap murah gak. Paham tak maths akak nih?

So ini bolehlah refer2, mana yang rasa nak carik barang lebih kurang akak merah ni kan….sesila.

Comment: 5

Moh kemas the Red House…

Let s go to kemas the Red House entry pulak….

berasap le menunggu, berbulan punya cerita. Biaq pi lah…pun.

IMG_3947

Ini di Kenanga Wholesale. Aku tau laki aku aritu free, ada slot coz dia pas hantar abang yang course kat Shah Alam for the 2nd day tu, so boleh meraban kejap. For 1st day tu dah lepak rumah mak mertua aku kan.

Jadi day 2, dari Shah Alam he went to UIA, area sana, hantar the bulks of charity items. Super lega dah clear the stuff. Insyallah sampailah ke Cambodia lagi barang2 tu…

Lepas tu, terus depa bertiga pi Kenaga, first time for them…dapat gak lah Zeeshan pau bapaknya toys tu hah…

IMG_1040

aku suh beli accessories stands. but 2 benda berlainan. But my darling hubby dengan level confident yang tinggi, beli the same item, beza tinggi rendah. Grr…napa ler tak tunjuk gambar dulu sebelum bayar. Udahlah susah nak pi Kenanga tu.

Jadi yang panjang tu, hitam tinggi tu,simpan kat attic. Buat apa le sampai bebanyak, aku ada almari accessories gak…yang aku nak satu lagi tu, benda lain.

IMG_3948

Sedapnya 3 serangkai makan, I was at work…

IMG_3954

Pun makan lagik. Ini adalah hari yang mana mak ajah tak datang, tapi aku dah siapkan segala macam jenis lauk untuk laki aku masak. Lauk simple je pun, celup2 sayur dan goreng2. Semua laki aku malas nak buat. Abang Kakak pun dah tengok bapaknya malas nak masak, depa cucuk le order pizza…

Hah, pizza yek jalan penyelamat korang. Mak suh masak pun tak nak yek. Oh sebab beras habis, last person masak was Abang beras tu but he didnt tell us, tu yang bapaknya malas nak keluar masuk beli beras bagai. Order pizza lagi afdal yek…

 

IMG_1229

jadi hari yang berikut2nya, kita buat all out kemas rumah. Bapaknya sambung buat semua kerja frames…kalau ko tengok bilik abang tu, ada tilam katil bagai  nak terbalik, hah dia kemaskan gak. Tapi dia tak tukar position.

IMG_1230

Kakak tukar position, helped by supermak dia. Coz apaknya pun banyak kerja lain, abang too, jadi meh mak tolong angkat. Agak2 berat bagai tu, kita panggil the boys le angkatkan. Better la sikit bilik kakak, bila dah tukar position, lagi 6 bulan kita tukar lagik yek…IMG_1231

Yeap, ini dia buat solo. Aku ajak tukar position katil semua dia tak nak, he said nanti dulu….

oh speaking of the house gakkan, aku nak carik wall paper lah. Nak tambah 1 side at each of their rooms. Saje gatei…. nak recommend?

IMG_3856

also kita panggil the same abang contractor untuk tambahkan laundry’s ampaian, jadi double tu hah atas bawah dah, dulu satu jer. Pun kat porch tambah lagi 2. Then tambah lagi the red stand tuh, boleh gak letak bunga ke letak kipas of cos….the bestlah bang.

 

IMG_3869

Wall of Fame for our Red Family. But ini tidak ada kalian nampak di living or hall pun, duduknya kat attic. Ada 2 sides, love it, thanks husband for this.

IMG_3847

Position katil aku pun bertukar hehehhe….pun sama, lagi 3 bulan akan bertukar lagi, aku memang tak suka statik sama jerrrr…kena bertukar2 88 kali.

Ini pun settled by suami dan anak sulongnya. aku balik kerja eh dah siap…macih boys.

 

IMG_1355

almost done. Untuk yang rongak2 punya wall tu, kita khaskan untuk Zeeshan punya frames lah. He s the last of our product so zaman dia more to digital, tak banyak hard copy, jadi kenalah kami kumpul2 gambar (aku le kan yang kena buat) untuk send for printing. Baru leh letak lam frames.

aku kekira kan…ada 15lagi frames kosong dan jugak 15 lagi frames yang berisi gambar belum ditampal. In total about 30pcs. So boleh lagi 3 rows. All red frames ni, duduknya kat sebelah tangga to attic.

Yelah, most of the photos ni aku tak bertudung bagai, jadi biarlah dok kat atas so family members anak2 aku je yang tengok. Orang luar jarang le sampai ke atas kan…unless for tour. Udah2lah tour kot, dah 7 bulan pun kami pindah, tak yah le nak tour red house lagi ye dok :)

Frames job ni, settled by husband gak. lama giler dia nak siapkan, ada 3,5 bulan gak. coz dia buat benda ni kena berjam2, tak boleh 1-2 jam, tak cukup. Walaupun macam tampal jer, tapi ada le kerenahnya, janji siap.

IMG_1455

banyak job laki aku buat, semua ni settled sebelum kita pi holiday di Langkawi.  Aku tak boleh buat kerja2 balut buku ni, bosan. Dedulu aku buat ler, masa zaman2 laki aku travel sokmo takde kat KL ni, skang ni pass batton kat laki aku lah…lagipun tangan dia buat lagi seni cantik kemas, aku ni boleh tahan senget benget gak plastik tu aku buat.

 

IMG_4132

biasa aku jahit badge kakak, dan apabila ada viral pasal yang tampal ngan uhu tu kan, pakai iron bagai (technically laki aku yang first jumpa viral tu, dia lagi perati fb tu detaily dari aku), so terus dia kata better dont jahit.

Dah ko tak bagi jahit, hah bapak ko kena amik lagi job ni hahahaa

IMG_4072

ha see…apaknya buat ada skill. Tang ni je ler dia iron, ada selonggol baldi baju nak kena iron tu, dia jeling pun tidak, that s my job (or abang). Dah sekolah ni, memang lagi ler abang tak boleh buat, aku le yang buat semua tu.

ada yang viral lagi rendam baju pakai sabun Fruitale tu kan, hah tu pun aku buat gak. Bagus bagus, bagi lagi tips, ai will follow one. Aku kan supermak. Sabun tu rendam ngan air panas ngan kain baju sekolah putih tu ler. Jadi kotoran tu boleh hilanglah, cepat dan murah.

Biasa aku rendam, dalam 2 jenis baldi, for yang peputih kakaknya baju sek (and baju parents yang putih). satu lagi baldi for wewarna, baju sek abang and baju sek agama kakak and baju kerja parents. Molek ler benda yang memudahkan kita, jimat pun ye, harga sebuku sabun Fruitale tu baru 80sen.

Baju ni hazabnya tang  kolar dan tang lengan tu. Kalau diorang makan comot, lagi lerrrrr….duh.

IMG_4384

Pangkin RM500 yang kami beli kat IKEA. Dalam tu aku letak toto or quilt in case mak aku nak pakai sambil tidur kat bawah tu. ke untuk aku gak, ada sekali aku rasa sejuk sangat, walaupun tidur siang, so kena le ada quilt nih. Eh ceh, padahal sebelum tu letak kat bilik laundry jer.

Dan of cos, aku letak 1 basket of my baking accessories. Baking ni patut dah start last weekend, baker yang ngajar ada hal, padahal dah janji. Hish. Aku dah excited nak baking tau. My family too, sonok depa bila dengau rumah nanti bau kek plak, asyik bau candles jer.

ada banyak space lagik lam pangkin tuh.

IMG_4385

Boleh bukak katup. hari tu aku balik kerja dengar suara abang, tak jumpa mana le si panjang tuh, rupanya……….dia menyorok dalam nih! eii suspens je.

Yang Zeeshan pun sama, dia penah sekali gak menyorok, tapi bukan dalam pangkin ni ler, kat celah2 sejadah yang stand sebelah pangkin nih. Mementang ko kecik.

Pangkin ni for outdoor, boleh letak kat porch. I was jokingly gak cakap kalau Aminah beranak, hah bolehlah dia dok dalam ni ngan anak2 nyer kat porch tu hahahaha….sok kita cite pasal Aminah and QuPuteh yek, Insyallah.

Anway, buat masa ni dok kat kitchen lah, sedap dok kat pangkin macam nih, pastu ada kipas yang aku dah tukar tambah dari bilik atas sana sini, sejuk jer. Pangkin tu belah kirinya memang ada 2 tayar, yang kanan takde, jadi bolehlah angkat tarik untuk pindah2 ke mana bagai. Nak letak depan tv pun boleh if nak buat meja…ikut munglah korang.

 

Comment: 7

TAR IKEA…

IMG_3503

sedapnya orang belakang tu makan jambu cicah asam!!! Lighting yang cantik akan buat muka make up ko tak seseram sangat ler.

IMG_3520

beza gambar berdua ngan kakak ni ngan gambar atas hanyalah 10min, tapi lain kan coz of lighting

IMG_3534

tak adil kalau kita tak bend down, coz the little king nak tidur…jadi kena hangkut stroller too. cam biasa ler, penat le kalau abang and apaknya nak mendukung.

IMG_3539

the mission aritu, pi jalan tar. patutnya balik dari langkawi, konon nak pergi. tapi laki aku cakap that was a new year eve, jangan buat giler la pergi jalan tar. so takper, ok, kita pi the next day nya. selepas solat jumaat.

Di sini, satu je nak carik tudung sarung kakak. Biasanya aku kirim2 gang2 yang rajin pi Jalan Tar tiap kali friday lunch tu, but since i was still on 1 week break, bolehlah bawak badan sendiri pergi.

 

IMG_3545

kita masuk 2,3 kedai jer. dalam kedai ni pala aku rimasnya lahai, berlonggok2 tudung melambak2, tak tau camne nak pilih. Kakak nak yang cam dia pakai kat pala dia tu. sarung je. bukanlah untuk jenjalan, tapi untuk daily, kuor rumah kejap, pi tuition. kalau yg beria punya jenjalan tu, dia pakai instant shawl, yang cantik dan anggun gitu.

Manis plak ko senyum cam ni kakak…

IMG_3553

budak mentidoq…ha ni contohnya, aku cakap gak tak yah bawak stroller, rasa macam sesak je Jalan TAR (tak sesak punnn actually), laki aku tetap nak bawak, tak larat le dia nak mendokong. Memang molek le sangat. jadi tak yah pikir cakap orang kalau bising anak dah besar pun nak berstroller.  Again, komen tu bukan tuju kat aku, but kat anak celebrity, ai cuma nak highlight gak lam nih, in case ada yang prokprek…

IMG_3564

di sini tak sampai 5min, tak sanggup, poning pala acik

IMG_3571

tapi kat sini, kita spent lama sikit.  Tudung yang dia nak tu, ada di sini, selai RM10. Amik 5 helai terus. Bukan plain, ada kekaler. Coz kat kedai yang dalam Jalan TAR awal tadi dah amik 5 helai gak, plain colour.  The brooches pun amik kat sini gak.  banyak gak lah, yang cucuk2 pin kiri kanan tu pun, asal ada urup M pun kita amik gak, for her.

IMG_3582

lepas tu lepak Insaf, nak bagi adiknya makan nasi putih ngan sup tapi sup pun takde jual kat Insaf n i. Kita minum air je, aku suap le nasi kosong kat anak aku tu. Kesal tak bawak bekal nasi + kuah pindang dia. Well….aku pun manusia biasa yang pelupa barang2 anak gak.  Nak suh laki aku ingat, hem mmg tak lah, air botol suam pun dia tak ingat nak bawak. Dia tau jalan kuor berlenggang jer hahahaa…suami oh suami.

IMG_3595

kacau je 2 orang tu…mak kau baru nak berangan

IMG_4756

lepas tu dah nak balik, dah  nak masuk area parking, nampak kedai jubah ni, hah masuk gak. I took this one, RM100 sekali ngan selendang niqab tu pun dapat. Besar size ni, tapi coz i nak gak yang design ni, amik gak, nak pi antau kat Aunty Yelly lah buat kecikkan sikit.

IMG_4765

this kimono pun, aku amik rasanya. ni boleh share aku ngan kakak.

IMG_4768

kimono jubah gak, tak amik, but if korang nak buy buy

IMG_4770

kimobo jubah lagik

IMG_4774

sesuai ko pakai kakak. For her ada satu untuk dia, takde pulak dalam gambar. Untuk pakai for the class mengaji. Takde le dok pakai jubah yang lama tu, dah naik singkat, suh pakai aku punya dia kata terlampau labuh plak. Ada yang lagi 2,3 lai jubah, si maid lama dah tereban!

IMG_3612

membosan dah 4 beranak. Tapi abang kakak dok buat boomerang apps kat sini, abis depa bahankan aku. Macam2 gaya boomerang

IMG_3614

alrighto so kalau nak carik jubah, murah lah kot RM100. Kawan aku beli sblm tu at RM140. The next few shops tu, ada lagi lawa, quality lagi cantikkkkkkkkkkkkkkkkk sedap material pun memang tau ler mahal, RM200 paling murah. Alangkan aku dah beli 3 pcs kat kedai ni, if not aku pun sauk gak kat situ.

IMG_3618

eh kita dah sampai IKEA. hiskk…the one yang kat Cochrane Cheras tu. First time aku sampai. Dah nak sampai hujung cuti, baru dapat poi tempat nih. Dari awal2 lagi nak poi tapi laki aku dah warning, if you nak ai ada sama, you kena tunggu cuti2 panjang tu. Macam le jauh benau kan IKEA ni, ye tapi dalam tu nak berjalan pusing ke main lama.

IMG_3620

kita beria je wefie ni kan dik, the other 3 tengah buat Maghrib. Actually datang sini pun unplanned. Cadang nak pi carik tempat makan, pastu laki aku dah termasuk jalan area Pudu, so aku cakap kita pi jelah Masjid kat Pudu nun, but masjid tu pulak ngah reno kan, sekali eh eh tu IKEA!!! ler apa lagik, hah pi solat kat dalam tu teruslah, dah alang2 jommmmmmmm IKEA!!!

The husband has no choice hahahaa…

IMG_3625

sesungguh dia main memasak untuk ammi.

Ammi nak apa? Ammi nak teh tarik? Ammi nak soup? Ammi nak mee goreng?

yee, ammi nak spageti please, ok ammi. ammi wait tau. wait tau. Eeshan cook ni.

 

IMG_3632

semua sections dia menerai. ai is ikut belakang jer, dengan trolley. sesambil tu aku tengok ler gak apa barang yang aku amik, sambil mata kat dia. Tapi ada gak one time dia hilang, terjerit2 memanggil. Dulik ler orang dok pepandang. Zeeshan is very active boy, but dia tau, he kena berada di tempat yang mami can see him.

Tapi terlajak gak, dok galid2, meleka dalam tu yang dia tak sedar dia dah hilang dari mata maknya.

IMG_3637

Mak datuk…IKEA Cheras kau….aku peratikan sini memang lack of staff lah.

IMG_3644

kat sini dok lama sikit….

yang lagi 3 tu memang lama kat surau IKEA coz orang ramai, aku tak masuk tak tau camne the surau gomannya (ai ngah ‘cuti’) tapi RD was not happy with the design, yang dah pi situ tau la napa ye dok…

IMG_3661

akhirnya, depa dah back! apa lagik, laju le aku menonong coz dah ada batallions

IMG_4778

mana nak carik stand plates ni ek? kat IKEA tak de jual ler menda ni…where to get please?

IMG_3672

numpang rehat

IMG_3682

kakak bertukar tudung 2 kali kau, mementang baru beli tudung a while ago. Memula tukar to grey, dia main tereban je amik. Pastu aku tukarkan to yellow ni nak bagi dia sedondon sket le ngan seluarnya tu.

IMG_3694

i like this kind of katil/sofa. Contractor aku boleh customizedkan, bukan bed size lah, ikut apa yang aku nak, around RM1200, in red of corse.

IMG_3699

i love this skirt. Korang kalau suka (coz dalam IG/FB ramai suka skirt nih kan). Pi ler beli kat Subang Airport, depan food court punya booth besar/macam kedai ler. RM100, dapat RM90. Ada memacam colour tapi merah ni paling lawa coz batiknya menyenget. Aku lipat 2 tu, hakak is pendek.

IMG_3704

ha cantik ler the long skirt nih…sungguh ai is suka

IMG_3705

mak kau mulut tak hehabih citer pasal perabot kat apak kau

IMG_3736

happynya kanak2 sorang nih…

IMG_3766

abang kakak tengok adik korang jap yek, mak nak cilok apak ko jap diskas on barang

IMG_3775

we stopped for dinner, aku jaga tempat and trolley, tetiba tengok depa amik punya ler memacam mak datuk hai!! but the ayam tu tak boleh beat Nandos lah.

IMG_3778

Meriah makan, tapi aku yang makan paling laju, pastu aku tinggalkan depa coz IKEA dah nak tutup so aku kena abiskan 1 last round yang bahagian bawah…

IMG_3800

we bought this one, but bukan ler hari malam yang sama…coz bonet mana muat hoh..banyak barang dah memboli nih.

dalam IG orang dok ingat ini baby cot coz gambar laki aku bertukang kan, no lah, ini macam pangkin gitu, leh letak barang dalamnya. Boleh letak kat porch, as kerusi rehat, or for the time being kami letak kat kitchen, ada section kosong, so leh jadi tambah lagi tempat melepak mak aku dan kami sekeluarga, cewah…

IMG_3803

amboi anak-anak….

do you know the baju yang kakak pakai tu, was mine before. Dah tak berpakai, cuma she said lengannya agak pendek for her yang bertudung, so pasnih dia kena pakai dengan inner

IMG_4019

the next few days nya pulak, aku pergi lagi IKEA, during lunch break, lari waktu kerja tu. Nak pi beli few other things termasuk pangkin tu ler. RD and Zeeshan pergi dulu, amik2 barang so we met up kat sana jer. Takde le aku buang masa sangat kan…

laki aku cuti that day.

IMG_4031

wpun dah ada candles bath & bodyworks tu tetap gak kena amik candles merah IKEA coz aku pasang candles atas bawah, merata tempat nak kena ada. Sedap ler the smell of candles.

IMG_4033

jom dik kita tumpang trolley apak kau…

IMG_4053

aku mintak sikit je aiskrimnya, menjerit punya kuat kedekut ko kan…tapi lepas tu dia jilat2 sikit jer, dia tak nak, mak pak nya le gak kena abiskan

IMG_4063

Zeeshan, hari ni baru mula kelasnya. Bukan on Monday. Uniquenya coz dia ni bukan full time student, means for his school ada untuk half day or petang or till 7pm, so for Zeeshan coz bukan full day, satu batch ni start on Thursday. Tapi nanti hujung tahun, sama ler gak, lambat 4 hari gak cuti kira gantian untuk hari yang masuk lambat.

Tu pasal dia boleh le gi IKEA nih.

Jadi, what a long entry, from Jalan TAR, to IKEA then sambung lagi IKEA untuk hari berikutnya.
For me, selain kurang staff kot di IKEA Cheras, malas nak komen kondem pepanjang, bukan ada paid review pun kan. hahahah…but ai will still visit IKEA lah, coz ada barang yang kat situ, takde kat online, takde kat tempat lain. Nama pun IKEA kan, at least yang kat Cochrane tu near by with my house/office dari satu lagik.

Semalam akak tanya kipas kan, thanks yang cakap kat DIY shop ada, semalam gak laki akak pi beli, dapat harga lagi cheaper, RM33 kau!! so, back tu gambar-gambar atas nun kan, sapa tau mana nak carik yang stand plates tu?

 

Comment: 11

The Compartments…

oh my

cuti lama, nak update blog pun rasa macam *^^%@*()$.  Back to pada niat asal, untuk diary keluarga blog ni dan juga jalinan ringgit (masyukkkk). hehehehe….

i havent posted anything on the Imbasan 2015 yet, will do so soon, advertorials aku pun ada yang tak sesiap lagi nih. Semua main last min je (perangai standard).

Jadi, kita mulakan entry 2016 dengan tips for the Red House also untuk sesama kongsi ilmu gak.

IMG_1437

ini socks drawer / spender for the husband. Socks aku pun dalam ni jugak (tak sampai 10 je aku punya, lagi 50 tu laki aku punya). So sengsara aku tengok socks dia nih, sama je package bapak and anak2…. main cecampak jerrr.

jadi perlu cari penyelesaian dari aku asyik membebel.

IMG_1440

ha lawa sikit kan. ada 32 slots untuk each boxes. Boleh letak ni sebijik2 socks dan jugak spentot hangpa tu (gegulungkan ler). Spender pun nak kena iron, melampau ler!  Socks yang masih elok dan cun, automatically akan jatuh pada anak2. jadi ini pun dah banyak selamat yang aku bagi abang kakak too.

Hari tu beli bunch of new socks kerja for RD, bukan dia bukak pun, dia letak gitu je ngan packet2 socks tu dalam nih. Bila aku siasat, hish…suami oh suami. Kita le yg bukakkan, susun cecantik.

By the way, compartments ni tak cukup, aku beli 2 sets ada sizes lain too, aku letak kat drawers kakak, for her anak2 baju, spentot ler, anak2 tudung etcs. So dah ordered online lagi 2 sets for the above sets too.

 IMG_3823

then I went to IKEA Cheras (tu details comes later), aku pun beli gak ler compartment nih, dia tak de small2 one part untuk spender socks bagai tuh, so bolehler gak, buat letak barang2 dalam storage. Mainly for kain perca, kain lap tangan, apron etcs. Dan satu lagik untuk letak barang2 kering masak.  Storage ni ada 5 tingkat, for small areas nih, atasnya sekali for lapik meja makan, pastu the kain2 perca tu ler, then the barang2 kering masak, pastu plastics (semua jenis size plastics lam nih) dan yang bawahnya sekali is for the kain buruk. Tersusun.

Tapi kalau aku suruh laki aku capaikan kain lap meja ke kan, dia confuse nak amik yang kat 2nd floor ke or kat 5th floor. grrrr!

IMG_3837

dan kan aku takde meja make up, purposely pun. Concept meja make up aku ialah di bathroom nih. Jadi, abang contractor aritu ada datang baru ni buat baru punya tempat botol (sos minyak) so ada ler balance ni kan, aku suh laki aku pasang kat sini. Boleh ler buat letak my make up rambut sets bagai lam nih too.

Botol susu Zeeshan memang ada kat sini coz memalam between midnite to pagi tu kalau dia nak susu, tak payah ler nak gagau turun naik bawah, dah siap ada atas hah, air panas pun setiap malam kami akan bawak naik. Alah tak lama je lagi, nanti dia besar lagi, takde dah lah air2 bekas botol tu. Lagipun, as of this photo was taken, botol tu untuk sehari 2 jer, dia dah turned 4 years old, dah tak pakai botol susu camni dah. Dah pakai botol biasa, cups pun boleh, asal ada susunya.

A fan is a must for this bathroom, paneh ler kalau takde fan.

IMG_3842

then my stock for hairdryer and iron 2 holders ni sampai, just nice untuk penutup cecuti panjang (laki aku kalau keje2 drill tak boleh buat weekdays waktu kerja tu, so tengah cuti ni pulun sekapal).

Aritu tak sempit sangat atas meja make up ni coz kipas dok kat wall, tapi bila tak kena muka/ badan jadi kipas kena turun sikit and so amik banyak space.  Makanya best to park here. selesa gak ehhehehe….kekemasan is my issue, kalau tak kemas aku rimas.  My bunch of brushes pun, ada yang tak pakai pun aku dah siap simpan lam storage bawah, banyak ler yang boleh minimize the space.

Untuk kotak2 compartment ni, pakai kotak kasut, kotak2 dapat dari hampers tu, hah boleh jugak. Cantik jer. Kotak Chanel kasut aku, aku buat letak my CCTV lagik hahahaha…kotak kasut Prada Ferragamo pun. Kotak BATA pun boleh gak, asal pandai2 ler utilise, kemas le tersusun bila ada bebenda yang senang sesepah ni, dok dalam compartments. Dapat pulak yang tangan, jenis tak rajin, so elok ler ada boxes2 macam ni yek.

Orang yang tak berapa pengemas tak molek ada banyak barang, kang sepah je banyak, anak2 aku contoh terdekat. Kalau sesekali aku kemaskan bilik depa tu, ini le yang ayat yang akan keluar. Spender2 depa yang dah lama usang pun aku yang kena pilih buangkan, tudung2 yang dah lama sangat tak pakai, aku gak yang tarik kuorkan, baik derma. Kain baju yang dah sendat pendek pun, aku gak yang bebel suh take it out. Biar pakai benda yang ada, kalau ada benda banyak, tapi tak berpakai, no point. Mak kau lain ler, semuanya sauk.

Welcome 2016, moga lebih indah sejahtera kita dalam lindungan Allah.

 

Comment: 5

The Brushes Drying Rack…

 

IMG_0173

My brushes collections (ada lagi 32pcs yang kekecik halus for blending eyeshadow kening bagai tu lah, tu aku simpan, tak yah pakai yet, coz yang skang pun banyak ada lagik). Tapi brushes untuk foundation ke pipi ke, muka ni ke, memang aku suka ada banyak. Tapi yang lama aku tak buang. Ada 3 brushes aku from quite good brand gak (tapi service dah tak power untuk muka) aku pakai untuk clean up meja make up, meja pc, meja keje hehehehe….habuk2 kat kibod tu, hah pakai brushes yang lama tu jer. Korang pun sama gak ler, jangan buang brush2 lama tu.

IMG_1347

This is the brush drying rack. Ada warna2 lain gak.but of cos hakak pilih in red ler.  Kan lepas kita cuci, kalau zaman aku, bentang kain, hah letak the brushes, tengah panas. Kalau tak kering kan, overnight je bawah kipas. Tapi semuanya mudah hanya dengan memetik di talian internet hahahaaa….

IMG_1348

ada sejarah tau rack ni, masa aku dapat nih, kitorang dah nak pi tengok movie Star Wars (udahlah aku kelam kabut balik kerja), so semua rushing ler. Depa dah siap awal2 dah pun, so aku grab je ni bukak dalam kereta with few other stuff yang  posmen antau. Bila dah bukak, sesambil tu aku make up.

So aku ingat for this rack aku letak lam bag plastik (dalam tu ada gak sampah2 lain, coz ada benda lain yang aku bukakan from postman hantar tuh), pastu depa ada memakan, pun rubbish masuk lam plastik tuh. Pastu sampai Setia Walk, abang buang plastik tu ke dustbin.

Aku lupa terus ngan rack ni. Dah abis movie, dah balik rumah, dah tengah malam baru aku teringat. But sebelum tu masa dalam kereta tu aku dah suh kakak double check plastik tu sblm abang buang if ada barang2 aku dalam tu yang tak sengaja nak terbuang.

Kakak cakap takde.

IMG_1351

Jadi bila takde, sah, kat rumah takde, kakak check dalam kereta pun takde. Huwaaaaaaaaaaa, mesti dalam plastic bag tu la kan. Kakak pun kena la marah. Yelah tugas dia to check dalam plastik, means dia tak check bebetul. As penalty, dia kena bayar RM30 (oh yes, kita akan bagi denda or penalty, remember the ABCD tips anak2 aritu kan?).

So she paid that nite gak.

Esok malamnya, kita keluar lagi. Aku masuk je kereta, aku perasan ler benda apa ni kat kaki aku. Masyallah. This rack, yang disangka telah dibuang!

Pun kakak kena bebel coz she kan dah checked dalam kereta a nite before tapi tak jumpa, means cari tak jumpa. Dia bagi alasan gelap, abis tu abang ko ada sama, ko pun ada hp, pakai le torchlight hp korang tu. Dan of cos, RM30 dipulangkan semula hehehehee…

Selamat, kalau tidak RM35 kena bayau coz skang dah naik lagi harga. Alhamdulillah, mak kau pun salah gak ler. bukan kakak jer.

IMG_1353

Well ok than the brushes korang tu, overnight kan semalaman, rendam ngan air and sabun ler. Dulu2 banyak le tips suh letak sunlight nya sabun tu lar, memacam jenis sabun. Pada aku, apa nama sabun pun tak kisah, asal ko jangan letak clorox sudah ler. Dah rendam2, biarkan ler.

IMG_1432

IMG_1441

lepas tu amik pulak nih Scrubber Board Brush Cleaners, ini aku beli dalam tak sampai RM5, untuk sental the brushes tu ler. Tapi ni baru sampai, blum pakai lagi.  So turutannya, rendam over night, then sental pakai brush nih, with sabun of cos and pastu amik le drying rack.

IMG_1359

Letak le tengah panas. Kering le nanti. By right the bebulu tu semua kena kebawahkan, tapi lambat heh nak kering, Aku upside down kan jer, sukatik aku le kan.  Cepat gak kering.

Drying rack ni pun ada size gak, ini untuk 26 lubang, ada yang 48 holes, 70 holes pun ada.  Kalau macam ni, semua jenis batang brush tu boleh masuk, ikut sizes.

Seperti dijangka korang nak tau soalan mana beli bagai, kemudian2 ler, ini antara dekat 200 items yang aku beli (the numbers keep on increasing hihihihi), so alsabariah please.

Comment: 5