Supermak

The Red Mother’s Day…

how s your Mother’s day celebration?

mine as expected bebiasa jer lah macam routines sebelum2 nih. Friday lepas nampak kat cctv anak2 tengah buat cards, lagipun abang cakap mummy jangan balik cepat. of cos ler depa nak buat surprise, kang aku balik habis kantoi pulak. hahahaha so cute le bebudak nih.  Jadi for that day, macam dulu gak, breakfast on the bed. I dont have to go down to do things (kononnyalah on leave jadi supermak, but nan hadonya, keje mak ni mana penah putus).

IMG_1898

betul2 aku tengah tidur (dah bangun pagi subuhnya yek tidur balik ler), so tak yah nak bangun awal sangat, hari mak gitu kan. Abang datang kejut dengan tray nih, wallah. tq anak mak. bapaknya yang siap2 pagi belikan pi keluar, mcd kau, better la ni dari dia beli roti canai ke nasi lemak. Itupun burger tu aku tak makan pung, super kenyang.  siap2 makan pun aku tak turun pun heh, melesei atas katil. best btol.

pastu aku dengo depa keluar, and aku msg bapaknya, dapur pekabau?

Dapur berkapau hahahaha

lagi ler aku tak nak turun hikssss

IMG_1917

they went out to buy bouquets for my mak ajah.

in between also, we had made an arrangement for the bouquet to be sent to my mak mertua di Kapar nun

IMG_1935

lam jam 3pm gitu, after zuhur and nak kena siap2 bagai segala kan, so kita amik mak ajah, wanted to tag abah along but my abah tak sihat, dah almost sebulan kena gout tak dapat nak berjalan sangat. Jadi kita kidnap mak cecepat lelaju lah, we have 3 hours max untuk pulangkan mak hahahaa….lagipun aku kan tak suka nak kuor rumah lelama if anak2 esoknya sekolah, banyak hal ler nak buat.

Zeeshan tu sampai tertidur2 lena dalam dakapan neneknya…

IMG_6019

IMG_1976

we went to klcc coz the closest mall to us and also aku sangat sangat sangat familiar with this mall. Ikut hati aku lagi ler nak makan depan rumah jer hheehhehe, taun lepas kita makan kat area rumah gak pun but yelah once a while. but RD didnt book anywhere for late lunch nih, jadi kita redah Madam Kwan, tau memana buffet hi tea pun surely fully booked.

IMG_2056

makan dan makannnn dan berceloteh

IMG_2066

meja sebelah ada bunga hidup, by the restaurant ler, boleh Zeeshan amik bunga tu and bagi aku. For you mummy, happy mother’s day. So sweet lahai ko anak….

IMG_2108

kemudiannya depa pergi Toys R Us, tak laratlah mak aku nak pusing jalan sama, so aku ngan mak jalan pepelan pergi ke Parkson coz we parked our car at that area. Dok ler sini setengah jam coz rupanya laki aku takde walletnya kat dia (he tumpang letak kat my handbag), gagau le abang berlari rempit dalam KLCC dari 3rd floor to ground floor. Takde mood ler aku kan nak menyopping coz temankan mak aku dok sini hah, takut dia boring, tapi rupanya tak yah teman pun takper, mak aku bz betul dengan dunia semasanya. Tangan asyik kat hp jer mak ajah sorang ni tau.  Aku melepak jer ler tengok orang, coz biasa dok KLCC ni takde nak lepak2 sini tengok orangkan, pas makan soping segala balik opis naik atas.

IMG_6027

IMG_6028

IMG_6031

IMG_6038

Drama betullah nak tunggu Zeeshan pilih toys dia, last2 bas panjang yg dia sebat padahal ada lagi worth boleh amik. Dah itu minatnya.

IMG_2048

So happy mother’s day, we sent mak balik rumah, and lagipun semua belum asar so nak kejar asar bagai. Malam tu kita keluar lagi coz my colleague aka my neighbour nak belanja us makan, jadi kita dinner kat near by rumah jer sudah, steak house (aku kan kalau boleh semuanya nak dedekat rumah jer, malas nak pergi jejauh hahaha).

Actually I wanted to drop by at Chanel KLCC tu coz i want to get something there since the husband have to ganti my kasut kan hahahaha…kot le aku leh upgrade benda lain kat situ but since mak nak pergi tengok cucu kat Toys R Us pun tak larat, jadi agak mustahil aku nak bawak mak jalan ke KLCC. Maunya kalau aku beli situ kang mak akan cakap eh bak sini duit ko tu, mak antau ko Umrah minggu depan hahaha…mak mak. Apapun, so nice to spend time with my mak for the mother’s day, for my mak mertua, should have taken her a day/2 days before, but takpelah we did sent bouquet to mak mertua gak also calling2 bagai. The thoughts that counts too.

Comment: 2

The new reds…

IMG_1870

isnt he cute? hehehehe…tau dah malu kalau tak pakai baju. Tu lah kuor rumah ikut mak kau tak nak pakai baju, so bila nak tgk abang kakak lam dewan, menggelupur carik shawl suh maknya lipat coverkan.  Udahlah masa ni hujan too.

IMG_1863

dah lama betul aku tak jenguk depa main badminton sini. their routines, coz selalunya apaknya yang amik antau bagai, if aku amikkan pun, aku tak tunggu dalam, aku tunggu kat luar jer nanti depa keluar ni. But this one coz aku sampai awal jadi saja le lepak 5-10min sat ngan Zeeshan.

Abang walaupun dah left the school tapi masih lagi berulang datang for badminton training, yelah Coach yang ajar dia sejak dia darjah 1 tuh. Kekira, dah 8 taun abang dengan coach nih, for kakak pulak dah 6 tahun gak lah. Ni kalau akhir taun depan kakak leaves the school, kita akan sambung gak kot training badminton depa sini.  We ll see how macamana, Depa memang sangat cintakan badminton and the coach pun baik.

IMG_1883

Bunga Mother’s Day from my kids to me, dapat malam sebelumnya.

seharian tu laki aku kat luar, for months aku suh dia pi belikan my red stuff (4 items) but we ve been busy. Always time factor lah, nak pergi sesama pun payah gak, coz kids pun ada hal memasing. Jadi hari tu kita split. Laki aku keluar 8 hours hari tuh, so aku jadi supermak ler handle memacam. First thing first menyiang ikan ayam udang segala yang my mak hantar. Sebelum tu aku pi amik our helper to do the ironing. Dah kena kuor rumah. Pastu keluar rumah lagi hantar kids pi tuition, then balik rumah, keluar rumah lagi untuk amik depa dari tuition to badminton training. Pastu balik rumah rehat lepak jap, and keluar rumah lagi ngan Zeeshan angkut kali ni hantar our helper balik pulak, and singgah school amik bebudak from training and balik rumah. Omanghaik, betul pancit hakak arituh.

Jam 7 apaknya baru pulang, after pergi to 5 locations, ha kau. Itupun cecepat siap lelaju mandi maghrib bagai and depa bertiga pi layan Capt America pulak. Cadang asal nak bawak Zeeshan but aku tengok trailer macam tak sesuai ngan si kecik tu, aku memang tak minat le all superheros bagai nih. So depa layan bertiga yet, Zeeshan tidur and aku melayan keje sendiri.

IMG_1907

antara barang yang dapat RD jejaki, the red chandelier!! finally mendapat jugak.

belum pasang lagi coz misi belum berakhir. so simpan dulu.

for 1 year tempat chandelier kami tak berpasang coz i really want the red one, not gold silver maknek, mesti merah merah merah

IMG_1894

this one is bonus. He sent me this lampu merah tinggi, gila ko tak nak!!! of cos i want. The price is not that expensive, coz ada similar to this lagi bagak i found dulu lam RM1k, jadi ni about tak sampai RM300 kot.  Malam tu gak cik abang ai pasangkan hehehe….dia tau kalau tidak kang aku surely macam tak leh tidur kot hahahaha. but lampu chandelier tu memang tak boleh ler dia pasang malam tu gak, gila kau, tu kena panggil lampu man dia buatkan, tinggi tu ceiling nak panjat bagai etcs.

Another 1 item will be delivered insyallah in a week time, dan satu lagi item masih lagi dalam pemburuan, he will sambung lagi the mission weekend2 akan datang…

Building up, decorating the red house is not one a day job, very the years punya planning, so that s why kita tak pernah in a rush. Itupun i m still timbang kati periuk untuk pergi Jakarta to tempah my curtains.

Comment: 2

Mirror mirror ….

IMG_1061

so everybody knows my perangai yang make up dalam kereta ler kan, specially pepagi pi kerja tu, berbelas2 tahun. Jadi kali ni upgrade lagi isi make up dalam kereta tu, for weekdays memang jangan harap le sesapa boleh dok sebelah driver seat, itu memang penuh dengan make up aku jer. Baru ni aku amik cuti sehari, so aku le yang hantar uruskan anak2 punya sekolah siangnya, kakak dok bebel eii penuh betul ler barang make up mammi.

Jadi kali ni upgradenya ialah dengan 2 ketul cermin muka besar sikit, kalau pakai yg cermin kat kereta tu tak best lah tak besar satu hal and kena mendongak. well aku kan pendek, adjust mana pun tetap kena mendongak. I cakap I pendek doesnt mean i menghina ciptaan Allah ni pun, means I sedar diri ler. Orang yg menghina kita tu yg patut dicabaikan jer.

 IMG_1069

tak cukup satu, tambah lagi satu cermin, untuk letak kat stering plak hahaha, for posisi depannya. Orang tak pandai make up ni cermin kena bebesau sikit, orang yg pandai make up tu lain ler. I can do for my face jer not for others, tapi bak kata member aku, kak red ko tu pangai suka membeli, takde cermin pun boleh selama ni but dah ko suka shopping, so cermin pun sampai 2 ko pakai kak oi..

betul ye tang tu

sebab selama ni pun pakai mirror yg keter atas pala tu jer, hokey je gak..

 IMG_1074

dan ada jugak ini lampu. Lampu ni charging pakai cable biasa jer, but tak perlu selalu, ikut kekerapan kita pakai. Sejak 2 weeks aku pakai ni pun boleh charge lagi, masih lagi tahan lama.

 IMG_1065

sisi mengereng

IMG_1064

begini le cahayanya kalau malam hari so bila kat parking tu dalam gelap malap tu boleh ler terang sikit. Cuma as this entry is up, aku dah hilang lebih 24jam lampu ni, tak jumpa mana disorokkan si Zeeshan. Dok main dalam kereta baru ni waktu kita was on short trip, halahai….harganya aku beli bukan murah ler but masih lagi consider murah dari yang jual kat Pudu or online RM500 tuh (most of make up artists pakai, coz tu besar bagak and ada stand too), mine is about RM80 or less kot, ke RM50 macam tu ler.

Comment: 3

Tu dia….

IMG_8753

korang perasan tak kalau kat Sephora tu, dia punya security guards bosannya, dok mengekor kau macam ko nak curik semua harta dalam tuh. Dia tak kira le ko ngah make up ko ngah pegang barang, dia takde coverina, memang tengok orang macam penuh suspicious jer….tak kira le mana punya outlet, KLCC ke Ave K ke…eiii. Tu yang kalau nak memain touch up muka dalam tuh, benda yang sonok 15min jadi 5min jer…lemau!

 

IMG_8858

ayam perap lagi, Saturday noon aku dah siapkan ayam perap ni coz malamnya dah nak kena keluar.  Pagi Ahad awal aku dah goreng masak semua sesiap, anak2 ngan bapaknya hegeh2 nak tanya mak, nak ayam goreng perap ye,  korang pagi Ahad baru nak mintak, mak kau lagi advanced a day earlier dah settled.

Tips basi, ramai  kot dah tau but the pan or kuali yang paling molek, paling cekai pakailah Tefal. Tak melekat apa saja yang digoreng dah dimasak. Kalau brand lain tu aku tak tau la pulak, but tu lah paling cekai is Tefal ler. Bertahun2 le servicenya memang sedap. For kuali aku ada about 4 bijik (1 from redemption, tak pakai yet, 2 cap ayam (pakai untuk big memakan for top up lelauk yang kena panaskan) but satu lagi yang khas pakai for daily. Itu memang mahal beli (lupa le brand apa, malas bontot hakak nak bangun cek kuali tu), but the boom best, it s been with me for 15 years already. Sarung telinga hitam sebelah je dah tanggal (itupun one of my hawau maids pi cabut gatai buang, kan leh sarung balik grrr), so itu memang bagus sangatlah.

IMG_8861

ini kualinya, den buek ayam masak merah Ahad weekend baru nih.

IMG_8758

dan taraaaaa, after telling you that I really have to siang more than 30 – 50pcs of ikan ayam sotong udang ketam bagai segala setiap 2 weeks, hah ini dia. Yang dah bersiap siang, bersih2 dan untuk simpanan lam freezer. All these, hakak sorang yek buat. But actually orang kedai yang siang but aku still kena sambung apa yang orang2 kat pasar tu siangkan. Bukan dia buat bersih and bukan semua isi perut ikan sotong tu keluar.

Hah, nak buat ni semua kena at least an hour. My mom yang pergi beli ni semua with my adik pastu aku kalau dengo je dia datang hari Sabtu huwaaaa, nak kena bertangga dok dalam bilik ayo ler hah. Buat kat sinki pun boleh, tarik je lah kerusi tapi aku selesa lagi buat kat bathroom, pas 2-3 mangkuk nanti aku panggil abang amik simpan lam fridge. Baru ni laki aku tolong gak, tapi tolong tengok dari depan pintu bilik air, sambil borak ngan aku sambil dia main chess online dia. Hah gitu.

so baru ni je lah aku rasa nak amik gambau hah, aku keluarkan balik dari freezer and susun balik just nice for you to see. oh ini untuk max 2 weeks punya usage semua nih.  Weekdays my mom memang masakkan, kat rumah ai but weekend aku masak ler. But hehari yang mak tak datang tu, or pi berjalan, aku le yang masak, sapo laik nak pegang kuali tuh. So lauk pauk ni banyak, as i mentioned, I supplied lauk pauk yang mak ajah masakkan ni untuk my rumah adik gak, so not just for parents but also adik, anak2 buah. Rezeki bersama panjang-panjangkan :)

Comment: 5

More tips for your house…

 

IMG_8517

Tak sharp gambar ni, malas nak repeat amik balik coz aku pun ngah bz sangat sesambil amik gambar nih pun. Budak ni sibuk je nak mop, tapi bape saat je lah dia rajin, earlier aku baru pas vacuumed half living and kitchen area. Dan kemudian followed by mop le kan. I have blogged about this spray mop months ago, waktu tu kita ada colour hijau and blue.

But the quality was not that good. Boleh ler lagi pakai but tak bagus, so aku cari yang jenis sama tapi lagi kuat kukuh and padu. Mahal sikit, the best part is ada kaler merah.  Dia punya bagus nih, the spray pancut tu lagi kembang and cantik and banyak, so keluar duit sikit, pun tak de le banyak beza dengan yang biasa murah tu.

Untuk pelekat mop tu (yang bawah kain untuk menyerap air tu), better beli 2,3 lai kain pelekat tuh so boleh tetukar bila basuh. Rasanya dalam 2 pcs tak sampai RM20 pun, cant remember. Cuma consider harga murah lagi lah.

IMG_8519

The green mop slippers ni memang untuk slippers for mopping ler. Kalau tak pun boleh pakai letak kat kayu mop sangkutkan jer kiri kanan jadi gak. Slippers ni untuk mop lantai gak sesambil kita mop dengan spray tu supaya lantai basah kita tu pun bermop dengan slippers mop nih.  Takde le ada kesan tapak kaki ko kan, kot le ko tak ikut aturan mop depan ke belakang. Ada lagi satu jenis, ini yang masukkan, so satu lagi tu jenis sarung. Pun semuanya beli online. Yang bersarung is contoh abang pakai tuh, hah kaler kelabu asap pink lagik hah…sama je functionnya.

IMG_8527

Tengok dedua mop biru tu, the price is much cheaper than merah tapi qualitynya tak bagus tang handlenya, asyik senang tercabut, jadi abang and bapaknya tampal dengan masking tape. Habis citer. One more lagik warna hijau, mop je berjenis2, tak masuk lagi kat my own bathroom, ada 2 types gak, yang jenis macam ni (but smaller size) and satu lagi untuk sedut air banyak, mainly bila air bancau basah habis kat bathroom (bila cuci bilik air or if sarjan kecik aku main air).

I posted gambar green mop slippers ngan spray mop meah tuh kat instagram and FB Page, ramai berkenan, bolehlah korang carik kat online. You know most of the shopping onlines site memang ada jual, nak kena tengok le harganya jer, reasonable price pun after all. They dont have red mop slippers, kalau ada akak dah sebat (of cos knowing me yang pencinta merah), they sent the colours of the slippers randomly, no problem for me pun.

For me, if you are a new user for mop2 begini, baiklah amik yang merah type tuh, lagi power, kembang spraynya lagi molek pekerti :) .

Lama tak berjengah dengan entry tips rumahtangga, now it s back. I think I ada lagi barang2 yang I beli untuk tips rumahtangga, belum show show here, one at a time lah yeah. Maklum ler baru 2-3 minggu ni back on track semula. Insyallah.

Comment: 5