Salam Kaup…

IMG_9203

Nampak gayanya aku main letak gambar hujung2 je lah dulu baru yang grand2 tu muncul. Part of the weddings + aqiqah dalam resmi adat melayu/islam kita ada salam kaup. Sebenarnya dalam jemputan perkahwinan, hadiah dan salam kaup berisi wang ringgit memang wajib ada, kalau tak silap aku dalam perkahwinan cina dan india pun turut sama jugak.

so anw, macam biasa selesai sahaja majlis kami akan mengira duit2 salam kaup yang diketuai oleh mak eden ler…

Memandangkan ada 2 pengantin, sorang adik bongsu aku dan sorang lagi si RedBaby tu kan…

IMG_9219

Pak aji dah terdampar kepenatan…yang mengira kerjanya adik beradik aku ler…dari sikit kemudian makin lama makin ramai melepak dalam bilik di dewan kecil nih…Pembahagian dimulakan dengan mengasingkan note2 dari seringgit, 5 ringgit, 10 ringgit dan 50ringgit. Oh masa ni ramai dah yang bertukar uniform kepada pakaian biasa sahaja. Aku sendiri pun balik rumah kejap untuk sessi petang pergi pumping coz walaupun aku bawak pump ke sini tapi tak selesa betul bila orang keluar masuk bilik nih.

Paling mudah balik rumah and pump lagipun my mak mertua pun ada kat rumah aku gak.

IMG_9224

Ya Rabbi abang aku ngan perut buncitnya, panas koooooooooo! sungguh le panas dengan penat capeknya. Kemudian duit dari salam kaup tu kalau selesai semua sudah dibayar barulah diserahkan semuanya padak Mak Ajah. Yang lain2 tu aku pun ada cover macam marhaban tu memang under aku le kan. Kambing aqiqah memang laki aku ler tapi kita buat sekor jer coz sekor aritu dah kirim through abah aku buat kat Mekah. Doorgifts ada separuh aku separuh mak aku tapi sampai sudahnya doorgifts aku lagi laju jalan coz orang berkenankan merah bagnya itu. Ya jangan ditanya, aku sendiri tak dapat nak simpan 1 pun doorgift tuh…

Anak2 cucu masa ni semua dok main dalam dewan, and sama jugaklah ngan RB, steady je dia membongkang dalam car seat sama gak. Alhamdulillah semua lunas dan yang penting tiada hutang.

Ada sorang lagi adik lelaki bujang aku tu yang blom kawin, Epi @ Ginga. He is no 7 out of 8, the second last tapi dia jugak yang memilih bebenor. aku jamin ex gfs dia sume baca blog aku gak ahhahaa.

So sekian, terima kasih atas salam kaup kalian.

Comment: 22

Big brother speaks mandarin to a baby brother..

Comment: 22

Umrah for the family….

Sebelum kita melompat cerita penuh dari aqiqah RB and wedding, yang gambar2nya dari our own cameras jer over 1k. bukan dari official photographers yet. memang banyaknya hai….

so harap bersabar.

terus sahaja pada di KLIA, sehari selepas aqiqah + wedding. Selesai juga di Kidzania dan sesudah RD naik flight ke Bangkok. Aku dan anak2 bertangga di KLIA coz the next  few hours, my family pulak nak fly.

Labu-20120528-00111

Keluarga besar yang tak semua pun ada dalam nih….Musim cuti sekolah kali ni, my both parents, my adik perempuan Nana and suaminya serta anak lelakinya pergi beramai2 sama teman2 lain. Hampir sahaja sebulan 2 sebelum tuh aku dah nak uruskan pemergian Abang turut sama buat Umrah nih bila RD tak izinkan coz dia risaukan anak bujangnya tu if pergi without us his own parents. Bila giliran kami….hehehehe 🙂

Tu mak ajah ngah usap air zam2 baca2 sket kat Gegirl yang terdampar kedemaman. Memang teruk sangat masa tuh, menggigil sejuk nasib baiklah aku ada stand by shawl dalam kereta dan dia pun bersarung cardigan.

Labu-20120528-00094

Alhamdulillah, mak abah aku memang tetiap tahun, sekali 2 kali memang pergi Mekah

Labu-20120528-00093

Something I didnt tell, Abah Aji ni 2 weeks sebelum kenduri and nak pergi umrah, terlibat dengan kemalangan. After 4 hari discharged from the hospital. Syukurlah takde apa2, but tetap gak nak pergi menunaikan Umrahnya.

Labu-20120528-00095

On the left is Nana my little sister yang ikut serta sama, berutudung biru kakak kami dan yang di belakang tu adik bongsu aku yang telah selamat pun berkahwin….

Labu-20120528-00087

Tapi kemudiannya setelah sehari suntuk keluar dan berjam2 di sini, aku terpaksa gak angkut kendong Gegirl balik together with Abang, pecut terus aku bawak depa ke klinik kat area rumah. My baby si mungil putih melepak tuh tak dibawak, MIL aku jagakan, she stays with me for a while, mak mertua aku datang masa kenduri and terus lepak my house.  Eloklah tak bawak mau lagi meresah coz mak nya memang seharian bz bangat.

Gegirl pun aku asingkan dari adiknya cuma agak capek giler lah pasal nak kena berjaga 2 anak. RB yang malam bangun nak bfeed 2,3 kali and Gegirl pulak kena aku jenguk tuam2 pala dia ngan air asam jawa wpun dah makan ubat. Her temperature masa jumpa doctor malam tu was 38.3, syukur skang dah kebah, hari ke 2 siang dah ok dah lenjan main ngan adik abangnya…

Dengan the same day jugak aku bekerja. Pastuh terus applied cuti 2 hari!

Bukan ajer sebab kena spend ngan anak2 tapi aku sendiri kena rehat banyak2 takut aku pulak yang collapse heh, udahlah bapak depa kan sibuk kerja jauh nun kat Bangkok. Alright, in the same time i have 3-4 events to cover too. Ha kan…but sokay. Macam korang tak tau yang ai tak biasa gini 🙂

Comment: 15

New Ferragamo…

Bandar Kuala Lumpur-20120529-00129

kerna merajuk berjauh hati, bukan pada sang suami yang kat Bangkok tuh

tapi pada yang …..

emm 🙁

Bandar Kuala Lumpur-20120529-00126

dan ini hasilnya…

Comment: 15

Aku Sudirman

48hours sponsored post.

IMG00661-20120518-1354

Aku memang membesar dengan lagu-lagu merdu nyanyian Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad. Maybe korang yang sewaktu ataupun segenerasi dengan aku pun sama la kot ek, bertemankan lagu-lagu beliau sedari kecil.

IMG00662-20120518-1521

Well actually bukan dari masa kecil jer, tapi sekarang ni pun aku masih melunakkan rongga telinga aku dengan irama-irama lagu beliau yang memang sedap didengar. Ai tak rajin le nak download lagu2 dari internet, aku lagi rajin beli and terus dengo begini. I am still old school listener.

IMG00663-20120518-1522

Ni dia kompilasi lagu-lagu beliau yang aku dok pusing layan sokmo…

Tapi aku tak sure pulak dengan generasi sekarang ni, entah kenal ataupun tidak penghibur berbakat besar yang tiada tolok banding dan taranya ini. Dah kalau tak kenal maka tak cinta la kan, maka tak berkumandang la lagu-lagu beliau oleh generasi sekarang.

Oleh sebab itu, bagi memperingati zaman gemilang beliau juga untuk memperkenalkan tokoh istimewa ini kepada generasi muda sekarang ini khususnya, ditambah pula ulang tahun kelahiran beliau pada 25 Mei ini, Astro dengan bangganya telah melancarkan Kempen Penghormatan buat Allahyarhan Dato’ Sudirman Haji Arshad iaitu Aku Sudirman.

Macam-macam aktiviti yang bakal berlangsung bersempena dengan kempen khas ini seperti program-program TV yang bakal mengembalikan memori kita terhadap beliau, tayangan filem HOORE! HOORE! , album yang berjudul Aku Sudirman – Suatu Interpretasi (dinyanyikan oleh AwanBand, The Kebayas, XPDC Junior, Hujan, Altimet & DJ Fuzz dan Taxi), Facebook application contest dan kemuncaknya pula ialah Konsert Kenangan Sudirman.

Tapi yang paling syoknya nanti for sure kemuncak kempen ini! Korang semua dijemput datang beramai-ramai ke Konsert Kenangan Sudirman pada 9.00 malam 3 Jun, di Stadium Bola Sepak Cheras Kuala Lumpur. Waa syoknya sekangkang jer dari rumah aku. Dan double syok pulak ialah masuk adalah PERCUMA!!! Dan antara artis yang akan menyerikan konsert ini termasuklah Adira, Hujan, Hazama, Alyah, Rahim Maarof, Osbon dan yang paling penting ada Datuk Siti Nurhaliza. Yabedabeduuuuu kompom aku maiiiiiiiiiiiiiii!!!

IMG_1650

Aku Sudirman kecil

Tak kira la camna gaya pun asal ada seiras, serupa dan sama gaya dengan beliau. Sama macam anak aku kat atas nun pun boleh gak hiks. Snap gambar korang dress ala-ala Sudirman kendian upload gambar tu kat Facebook contest dia. Ada chance untuk menang hadiah…

10 orang ala-ala “Sudirman” itu nanti akan memenangi

–    1 headphone Beats

–    A pair of tiket wayang “Hoore! Hoore!”

Aku dapat rasa sure happening punya konsert ni. Korang semua are invited tau! Macam aku cakap atas nun, masuk adalah PERCUMA. Lagi ramai datang lagi meriah dok. Dan apa kata kita as Redmummy’s team at least pakai the same HAT macam si Abang pakai atas tu, barulah gempak sket! Lagi ramai lagi bagus sebab ada chance aku menang camera – Nikon 1V1 with 10 -30 mm lense kit hiks 🙂

Nanti before concert start bolehlah kita together gether masuk stadium sambil berhoore-hoore “Kita menari sambil langkah kanan kiri, goyang badan goyang kaki, hoore hoore, hip hip hoore, bergembira, ha ha ha ha”

So jangan lupa join contest Aku Sudirman tu ya…

Khidmat pesanan masyarakat Astro is brought by Redmummy.com

Comment: 16