To guess and to win something :)

 

IMG_8316

berpaut itu penting ye…tak kira le akak haku ready ke tidak…

IMG_8312

this was our mission. Carik kipas lagik. Huh banyak betul kipas kat rumah aku heh, bilik abang kakak je kena sorang 2 kipas (stand and ceiling wajib). Bilik aku pun ada 5 bijik kipas and satu aircond. Makan banyak kipas betul dok umah atas tanah ni. Dulu kat VA secipot je hahahaha…tapi sana aircond memang sorang satu pun. Untuk Red House bilik depa memang belum ada aircond lagik, bapaknya nak biarkan anak2 bersusah sikit takde sesejuk. Asal nak sejuk je depa lari bilik kami. Satu lagi aircond kat bawah tu jarang on kan.

IMG_8313

Lawa kau ni. Merah menyala but harga kau amboih! tak padan yang kecik. So tak jadi le amik kau, dahlah aku nak amik 2 bijik, so amik sebelahnya.

Kisahnya kita ada panggil contractor tetambah lagi plug suis kat rumah tu, abis dia hack 1-2 walls yang dah cecantik painted (nak kena repaint balik adoih), coz ketidakcukupan plug (masa buat rumah ingatkan dah berlambak rupanya masih lagi tak cukup. So pertambahan tu menunjukkan kena lagi tambah 2 fans.

IMG_8318

budak ni, ada sekali hilang kejap. Apaknya suruh abang kakak eyes on adik, tau la Zeeshan tengah meligat. So depa bawak dia masuk kat MPH. Aku ngan laki aku kat fans station. Tup tup, Zeeshan datang to us, huk aloh. Aku terus tepon abang, tanya  mana adiknya. He dengan kompidennya jawab ‘oh ada kat sini’

ada kat mana?

ada near by us

where?

alamak, takde la mami, jap abang carik

adiknya masa tu dah tentulah depan mata aku. Meaning adiknya keluar dari MPH and jalan to our stations kat bahagian kipas tuh, eh kira jauh gak lah kalau ikut kira umur budak nih. Hem kena sound le abang kakaknya….depa tak tentu arah keluar carik adiknya.

IMG_8320

Itupun dia keluar dari MPH tu bawak satu toy (a small truck), takde la pulak bunyik tret tret kat pintu MPH tuh, kalau tidak memang gelemer lagi le Red Family hari tuh. So dia dah bawak keluar tu, aku suh abang pi hantar balik toy tu ke MPH semula. haih anak oh anak, makpak kau nak beli barang, subcon jaga adik pun meleka. Yelah dah dapat kedai buku, mata memasing galid kat buku ler, takde le depa nak ingatkan kat adik.

Tu le pasalnya, adik beradik jaga adik beradik memang tak sama makpak jaga anak2…korang nihh

IMG_8331

kat sini memang takde le orang yang melayan, kebetulan budak2 yang jaga fans ni ngah break kot. So laki aku le yang angkut kipas yang dia berkenan bagai test try buat sendiri bagai. Itu yang water cooler biru tu, aku penah ada, but dah bagi kat rumah mak mertua aku. Pastuh last year kot, panasnya rumah mak mertua aku, lot tepi, mau tak panas berdentum, jam2 tu gak aku pi kedai ngan laki aku belikan 3 bijik kipas stand untuk mak mertua aku. Umah besau tak cukup kipas yang ada paneh anak cucu. Super lega le pastuh…

IMG_8338

Ni kakak yang jaga adiknya, habis segala ceruk dia masuk terpaksa kakak mengekor. Semua kakaknya amik gambar nak tunjuk bukti ‘nakal’ si adik kat mak nya hah

IMG_8342

member dok nak carik yang 4/5 bilah, so dia berkenan ngan dedua nih, dok pilih nak amik satu jer for the stand one

so we picked yang facing him tuh, better gak dah over 2 weeks gak kami pakai. ada le remote segala, yang kecik satu lagi tu for our bathroom, itu dah bape kali tukar ler. Setiap kali beli ingatkan better, tapi tak kuat ler, bising ler, memacam lah…so far yang baru tu memang the best for him lah.

IMG_8350

Dah datang sini mestilah main bebenda dalam nih, inipun depa bertiga jer asalnya pi main, aku pi amik barang lain. Tapi hati aku tak leh lama coz tadi tu kan adiknya dah ilang kejap, jadi aku pun joined the club. Ngekor depa dengan trolley bagai. Laki aku masih lagi carik barang lain…

IMG_8351

Zeeshan ni macam ada gaya melonjong ikut abangnya….

IMG_8357

seluar panjang aku yang dah berpassing batton to kakak

IMG_8358

betul2 tetiga beradik ni menari atas benda nih, idok le aku nak join the club

IMG_8377

asalnya kitor berempat naik motor nih tapi pastu abang ngan aku kena sound ngan riders 2 orang tuh kata berat le bagai segala, so kami pun bawak diri hehehhee….keje hakak jaga trolley balik le kan.

IMG_8379

donno le since when coz kami pun dah lama tak datang AEON Maluri ni, so kat games section ni untuk tokens tu dah pakai card. Ke dah bertaun kot ada pakai card untuk setiap games yang anak2 ni main. Sebelum ni kan token yang coins tu…aku bagi RM30 untuk depa 3 orang pakai main, aku rasa adiknya bape kerat je kot main pastu sekali main yang macam boat kita naik nih, boat kot, RM3 kau, punya le sekejap.

IMG_8389

we had our dinner kat Nandos. Outlet depat kat Maluri ni ada sorang staff dia sangatlah nak kena makan penampau sangat. Cut the story short, aku nak kena ban ler Nandos Maluri tu, satu family aku hangin btol hari tu. Malas nak citer ler. Aku biasa dengan Nandos KLCC, service situ memang tip top, staff pun sangat-sangat frenly walau macamna junior or senior pun depa, ada bahasa ada susila. Anak2 yang suka sangat Nandos nih so kena le pasrah ikut gak tapi pasnih maybe aku akan timbang kati, tak nak dah kot makan kat Nandos Maluri. Serik.

But kalau delivery, hantar ke rumah, ordered online tu, datang dari Nandos Maluri ni jugaklah…tu boleh pejam mata, tak jumpa orangnya, order pun pakai online jer.

IMG_8636

Come back on cite kipas tuh, a week later aku datang balik Maluri’s AEON (just a few days ago), coz aku nak kena beli lagi satu stand fan yang serupa dengan yang kami beli previously. Kekdahnya bapaknya buat ketuk-ketuk kat bilik anak2, so depa sudah tukar position katil meja study bagai and agak jauh dari the ceiling fan. Kakak ada stand fan but not abang, jadi kena ler belikan satu lagik.

Moralnya aku pi Jusco ni sorang2 pun coz nak kena beli tu juice blender aku. Dulu aku ada promote yang aku beli online shake mende tah brand tuh, murah memang le ye tapi cepat jahanam. 2 kali laki aku pi antau service kat apek rumah aku tu sampai sudah di akhir hayatnya naik berasap2 waktu laki aku ngah blend the juices.

2 hari gak lah aku takde juices while odw to work. itu dah rutin, biasanya dulu oranges jer, pastu upgrade tambah green apples pastu tambah lagi banana. Pasnih nak tetukar lagi tambah kurma ke prunes ke, apa saja ler, itu yang lama biasanya belum Jalan Tun Razak aku dah abis minum (sambil make up plak tuh) but yang Cornell baru nih, power wooo…so far ler. Dahlah leh dapat banyak ml laju pun ye gak, sampai dah naik opis pun masih gak tak habis2. So kita tengok berapa lama pulak nak jahanamnya tapi takper ler ada warranty.

For me ada benda bagus for online ada yang buat ko sakit hati jer. Kalau  heavy user, jangan le pakai yang brand shake shake tu, baru masuk epal dia dah kiok. Keras bonar gamaknya. Anw, aku prefer juices blender yang on the go, flip and chow. macam tu punya jenis, takde yang nak kena transfer bagai kalau macam tu aku ada lagi 2 blenders at home like that, lambat heh nak kena tetukar bekas segala.

by the way aku nak buat give away, siapa yang dapat teka berapa jumlah kipas yang kami ada di Red House (tidak perlu add up ceiling fans – ini kita ada 11 ketul), so hanya untuk stand fans / small fans etcs sahaja. Ada berapa jumlahnya?  Hadiahnya adalah sehelai baju baru 🙂

Tolong jot down your email address at this comment entry, takde email address susah le hakak nak contact the winner. Just give the numbers untuk the fans, and name / email address. Closing date till the new entry is up after this entry 🙂 .

 

Comment: 41

Derma Ramadhan dan Qurban/ Aqiqah

Assalamualaikum, meh rerapat sikit….

IMG_8422

Qurban akan datang lagi insyallah, dan untuk peringatan yang nak buat qurban, atau nak ikut sekali trip ke sana, akak sertakan the jadual2 dan itinerary trip kali ni.

So untuk qurban dan aqiqah, harga untuk 1 bahagian ialah RM350 dan akikahnya pula ialah RM650 untuk seekor kambing. Untuk yang nak ikut trip pula ialah RM1300 ini masuk transport hotel makan (tapi tix flight kena sendiri ye), jadual flight you kena amik pada 14 Sept flight MH at 405pm and return pula pada 18 Sept flight MH gak jap 11.10am. Tapi kalau nak amik flight yang berlainan pada tarikh 14 and 18 Sept pun takde masalah gak, nanti Ustaz Hafis uruskan on the pick up kat Phnom Penh tuh.

IMG_8421

jadi ini buat reference, harga flight kalau beli sekarang memang agak murah, bolehlah start beli if nak ikut trip nih. Kalau lelambat,  naik le harganya. Last year ramai je yang ikut my family pergi.

IMG_8412

form ni nanti isi and submitlah kat Ustaz or kat akak pun boleh, dah resmi pun tetiap taun akak buat job nih. Harga untuk qurban memang lebih murah di Cambodia dari di Malaysia ni.

The itinerary for Ziarah Qurban Cambodia as per below:

IMG_8418IMG_8415IMG_8417IMG_8413IMG_8414IMG_8416

Mehlah reramai bersama ziarah dan buat qurban di Cambodia, Ramai dah yang pergi sama dalam trip nih, akak sendiri pergi 2 tahun lepas with my adik bongsu and my dad. Last year pulak my mak abah pergi with my 2 kids and my suami too. Our frens pun join sama, and of course kenkawan mak pak aku ramai le, tua muda sama ada.

Memang le trip ni for qurban tapi ada jugak berjalan2, dan bershopping. Refer je kat atas tuh yeah. Sambil beramal sambil tu beriadah gak.

IMG_8411

 

IMG_8423

Dan tentunya ada jugak untuk ramadhan ni, paling meriah di Cambodia. Ramai sangat orang2 Malaysia yang menderma untuk buka puasa / derma depa. Pun kalian kalau sudi, bolehlah sesama panjangkan cerita ni untuk senyuman keluarga muslim kita di Cambodia tu ye.  Boleh refer kat borang bawah ni, ramadhan pun tak lama je lagi. Tapi kalau nak bagi barang2 derma biasa or wang ringgit pun boleh, segala mala yang korang nak derma pun takde issue lah.

IMG_8408

dan kami pun dah siap mengumpul barang2 untuk dihantar ke Cambodia. Kecuali si QuPuteh tu idok ler ikut sama, ini semua akan sampai Cambodia insyallah sebelum Ramadhan. For me aku tak isi pun borang2 derma tu hahahha, aku terus je pass kat Ustaz Hafis and he handles it. Derma ikhlas tak yah berisi borang 🙂 . Kain baju kami anak beranak, molek2 sangat lagi, ada yang tak berpakai lagik pun ada. Ada yang baru pakai sekali, so sangat cecantik and bersih serta hensem hehehehe…Toys Zeeshan pun ada sama sekotak.

So kalian ada 2 options untuk menyenangkan langkah:

1. Derma and send all stuff to Ustaz.

2. Derma and send all stuff to Kak Red (macam setiap taun akak akan panjangkan to Ustaz gak nanti)

Semua derma tu barang atau wang ringgit (online) boleh hantar by hand to our house or post pun boleh, ada yang dari jejauh tu depa post je kat rumah akak, so kira my house jadi tempat mengumpul segala dana barang2 derma.

To contact us, numbers ada dalam gambar2 yang akak letak kat atas tu if malas gak nak scroll nah: 019 320 6264 Kak Red and Ustaz Hafis +60 13-374 4366.

Untuk refer entry2 lepas pasal Cambodia, boleh click it here.  Setiap tahun Project Cambodia ni, charity kami, takde bahagian or untung untuk kami dapat in terms of wang ringgit pun, semuanya ikhlas tolong2 Cambodians and Ustaz Hafis sahaja. So panjang-panjangkanlah cerita ini. Thanks.

Comment: 2

The 15th Anniversary

IMG_4766

kerana huruhara yang agak sebulan tu, sampai dah nak ke April pun baru le hakak boleh nak upload cerita2 lama, sebulan 2 lepas. Korang ingat tak lagi citer Langkawi? ada berbaki lagi 2 entries patutnya, macam tak adil je kalau aku tak habiskan cerita tu, sian Ima kat Beijing menunggu2 menanti, tapi laki aku dok cakap, oh my pelislah, dah over 2 bulan tu yang oi, tak yah le letak cite tu…

So let s go back to 19th January 2016.

It s our 15th Anniversary. Hem..15 taun dah ye. We are so old already.

IMG_4657

On that particular day, kami berdua amik cuti. To pergi jenjalan carik barang for anniversary, saja menggetiks jalan2 berduaan. Anak2 pun sekolah on that day. So kita keluar hari tu, about to leave the house, ada bunga sampai. Ler suami. udah kubilang tak yah dah ler bagi bebunga bagai nih, somak yo. Lagipun kalau nak sangat bagi, hah make sure yang ada vase tuh, so boleh gak aku gunapakai vase tu untuk deco2 kat red house nun.

Jadi bunga tu sudah pun skang over 2 bulan pun, masih lagi berdiri dok dalam vase tapi dah mengering2 ler. Nanti cukup waktu, kena gak dok tong sampah kan…

IMG_4626

i love these accessories, ada jugak kaler merah but aku kena kurang2kan sket bebenda warna merah, too much already..

IMG_4636

by the way aritu kita pergi to few locations, first one was hemm…masalah aku nak ingat ke mana. Tapi aku ingat yang satu ni lah, kat sebelah Medan Mara yang Low Yatt kononnya, Tapi hadoih, kering betul dalamnya. Tak cool betul jalan2 dalam tuh, bape banyak je lah kedai lam tu heh.

IMG_4676

jadi kami sambung terus ke Low Yatt yang sebenarnya, situ je hasilnya akan ada nampak…one class bout this Low Yatt, toilet dia bersih piang kau! Tak pulak disangka, ingatkan kotor ke banjau ke kan…

IMG_4683

dan siap settled. Ini our anniversary gift. A new PC 🙂

Ini hadiah yang aku belikan untuk suami aku, tapi technicallynya untuk aku yang pakai hiks…

We bought a PC not a laptop coz laptop aku masih ada lagi. PC aku pun masih elok lagi, ni cuma additional. Rumah IT macam kami ni, mana le cukup dengan satu 2 gadget. 3 PCs adalah paling minima. Jadi a PC for our anniversary.

From him to me, aku dah dapat dah pun, dah selesai. pulus pulus pulus 🙂

IMG_4688

habis di Low Yatt kita menuju pulak ke Ampang Park. Dalam masa bape jam je dah few places, itu sebabnya utilise habis guna cuti bila during weekdays nih. Tapi barang yang kita nakkan tu takde kat Ampang Park, so makan le mee kari (di tengahari panas yang patutnya makan nasi for laki aku). Coz dia bukan sokmo datang Ampang Park, I nak sangat dia try itu mee kari ampang park.

Kan sedap…..

IMG_4694

ini mee karinya, kalau hari Jumaat berpeluh nak dapatkan seats, tapi makan sini pun panas gak, tang tak dapat kipas tuh, memang ler terasa.

IMG_4739

Malamnya kita dinner kat luar, bawak askar semua, tapi makan tak leh lelama le coz anak2 pun sekolah kan, nama pun weekdays. Aku suh abang kakak membelanja apak mak nya, semua buat2 blur muka tak bawak duit. hhehehe budak2 ni dah pandai jaga duit, so depa agak berkira kedekut betul kalau nak kena keluar duit sendiri

IMG_4751

dan begitulah our PC/Blogging area…dengan 2 PCs, 2 laptops, 1 tv (tablet lain tak perlu duduk kat meja nih). baru le sonok….tapi skang kan, aku makin malas je pulak nak bukak laptop kat bawah or even PC kat atas nih. Dok mengharap le laptop tu berjalan sampai ke katil and nak blogging pun dari atas katil je lah.

Ado gak den poi beli netbook kecik ni kang untuk on the bed punya pemalas blogging…

So that s all, our 15th anniversary day for me and my husband.

Tohcei…anda telah berjaya membaca entry ini yang berhutangan 2 bulan 🙂

Comment: 4

More tips for your house…

 

IMG_8517

Tak sharp gambar ni, malas nak repeat amik balik coz aku pun ngah bz sangat sesambil amik gambar nih pun. Budak ni sibuk je nak mop, tapi bape saat je lah dia rajin, earlier aku baru pas vacuumed half living and kitchen area. Dan kemudian followed by mop le kan. I have blogged about this spray mop months ago, waktu tu kita ada colour hijau and blue.

But the quality was not that good. Boleh ler lagi pakai but tak bagus, so aku cari yang jenis sama tapi lagi kuat kukuh and padu. Mahal sikit, the best part is ada kaler merah.  Dia punya bagus nih, the spray pancut tu lagi kembang and cantik and banyak, so keluar duit sikit, pun tak de le banyak beza dengan yang biasa murah tu.

Untuk pelekat mop tu (yang bawah kain untuk menyerap air tu), better beli 2,3 lai kain pelekat tuh so boleh tetukar bila basuh. Rasanya dalam 2 pcs tak sampai RM20 pun, cant remember. Cuma consider harga murah lagi lah.

IMG_8519

The green mop slippers ni memang untuk slippers for mopping ler. Kalau tak pun boleh pakai letak kat kayu mop sangkutkan jer kiri kanan jadi gak. Slippers ni untuk mop lantai gak sesambil kita mop dengan spray tu supaya lantai basah kita tu pun bermop dengan slippers mop nih.  Takde le ada kesan tapak kaki ko kan, kot le ko tak ikut aturan mop depan ke belakang. Ada lagi satu jenis, ini yang masukkan, so satu lagi tu jenis sarung. Pun semuanya beli online. Yang bersarung is contoh abang pakai tuh, hah kaler kelabu asap pink lagik hah…sama je functionnya.

IMG_8527

Tengok dedua mop biru tu, the price is much cheaper than merah tapi qualitynya tak bagus tang handlenya, asyik senang tercabut, jadi abang and bapaknya tampal dengan masking tape. Habis citer. One more lagik warna hijau, mop je berjenis2, tak masuk lagi kat my own bathroom, ada 2 types gak, yang jenis macam ni (but smaller size) and satu lagi untuk sedut air banyak, mainly bila air bancau basah habis kat bathroom (bila cuci bilik air or if sarjan kecik aku main air).

I posted gambar green mop slippers ngan spray mop meah tuh kat instagram and FB Page, ramai berkenan, bolehlah korang carik kat online. You know most of the shopping onlines site memang ada jual, nak kena tengok le harganya jer, reasonable price pun after all. They dont have red mop slippers, kalau ada akak dah sebat (of cos knowing me yang pencinta merah), they sent the colours of the slippers randomly, no problem for me pun.

For me, if you are a new user for mop2 begini, baiklah amik yang merah type tuh, lagi power, kembang spraynya lagi molek pekerti 🙂 .

Lama tak berjengah dengan entry tips rumahtangga, now it s back. I think I ada lagi barang2 yang I beli untuk tips rumahtangga, belum show show here, one at a time lah yeah. Maklum ler baru 2-3 minggu ni back on track semula. Insyallah.

Comment: 5

Anak lelaki pun mampu buat…

IMG_8228

How did your teenage boys spent their school holidays? Selain dari kita the parents bawak depa jenjalan le kan? hah this is how my boy spent his good school break (ada ler benda lain dia buat but for that one particular day, abang buat ni jer). Since his nenek dah pi berjalan Kuching baru nih, so nenek dah bagi job ni for abang/kakak to do.

But Kakak was not well kan, demam baru recovered so all goes to abang.

Aku pulak pergi kerja so aku monitor remotely from the cctv.

Paginya dia start dengan hiris semua kunyit nih. Tapi dok tak nak the fingers bertanda kekuning, sanggup pakai plastik. But tu lah terkial2, so aku demonstrated kat dia cara dengan tanpa pakai plastik, hah kau laju siap. Terus dia buang plastiknya, hiris kunyit walaupun bertanda2. Lepas tu kena blend hokey…pun dia gak yang buat sendiri.

IMG_8234

bila aku balik petang tuh, pun masih lagi tak habis2 lagi kerjanya. Banyak oi…semua kena blend and simpan lam tupperware at least for 1-2 weeks punya usage ler, senang mak aku and aku nak masak gak. Kunyit2 atas tu pun sama ler kena blend and simpan lam tupperware too, keep refrigerated.

Sebab banyak benaukan, hah tu pasal dia pakai goggles matanya tuh hehehe…tak kisahlah bang janji all kerja jalan siap.

 

IMG_8253

bukan bawang merah jer, cili boh, cili kering tu pun sama dia blend gak, Semua kena buat batch by batch coz tak boleh le setuppeware disatukan ye dok. Good job abang sangat2 nih. Mummy pun kalau buat sorang2 nih mau kedaung gak. kakak pulak tolong lipat baju sesambil nih, for budak baru baik demam, berejam betul dia nak menyiapkan kain baju lipatannya. Zeeshan hem, buat kacau ler, paling baik pun dia diam lekan ngan ipad kejap.

So seharian tuh, abang memang spent time ngan kupas2, hiris2, blending bagai ler. Mak Ajah balik surely happy tengok semua dah penuh tupperwarenya kan.

IMG_8286

Dan ini pulak done by the bapaknya, yang antara kerja dari balik IKEA aritu aku suh dia buat. So ketuk2nya siap, tersusun le sikit all the sodek and pisau bagai nih. Kalau pakai bekas hang gantungnya tu, macam semak je lantai lemari tu kan, so baik macam ni. Puas hati. Kat walk in wardrobe aku pun ada RD buatkan, for  my accessories. Cool.

Tapi ada lagi keketuk2 yang tak disiapkan, tu kena lagi tunggu next weekend le kekdahnya, ada barang tak sampai2 lagik jadi dia nak amik masa delay lagik.

For Abang, i really salute him lah. Coz dia antara anak lelaki yang sudi nak tolong nenek/mak nya untuk hiris2 blend bawang cili bagai semua nih. Bukan buat dengan bantuan at all tau, solo sorang2 buat nih, kita yang pompuan tua ni pun boleh penat nak habiskan semua at one go. Sok sok abang dah kahwin dah ada anak cucu he could tell his kids yang he s been brought up by his parents/grandparents yang kerja dapur/ironing/kemas rumah tu bukan sahaja kerja perempuan but sama rata, lelaki pun kena tau gak.

Nah, nak buat abang menantu ke? hehehhe….alhamdulillah. Thank you anakku kerna meringankan kerja mak kau.

 

Comment: 9