Special day…

IMG_0206

bukak2 blog terjojol muka akak merah kahkahkah…dahlah ari pertama of the weekdays kan. Nak tunjuk the mascara. Tak pakai pun mascara better than sex tu. Tapi the volume, the technique, tu yang penting. Ni takde eyeliner or the whiteliner bawah tu pun. sekadar light eyeshadow tapi aku main volume abis. Nak tiru macam si Suraya (dalam Memory cinta suraya, bongok la cite tu, makin lama main semua tak relevant, tapi terjebak gak tengok).

IMG_0210

Seluar ni, dah beli berbulan bulan bulannnnnnnnnnnnnnnn, tak pernah berpakai. Huk aloh, dah banyak bonar kain baju pasalnya. Padahal hari2 aku usik kain suor merah ni. Tapi di pagi tu aku macam terlintas nak tarik keluar, bila tengok eh ….apasal tak penah pakai. Ini boleh buat pergi kerja.

Tapi seluar macam ni tak boleh tuck in ye, kalau ko nak tuck in gak kena pakai spentot yang tak nampak lining tu. Kalau tengah piod, lagi ler jangan kau berangan nak tuck in semata. Perut kalau leper tak per gak kahkahkah…

Suor merah ni from Variente, macam palazzo, tapi sidenya ada flare2 sikit.

IMG_0214

ini paling best buat aku nak blogkan sangat. Bila ko rasa ko nak sesuatu, tapi harganya terlalu mahallllllllll untuk satu benda yang ko rasa ko tak nak invest. Tapi bila ko dapat hadiah, adoi!! ko akan rasa bahagianyaaaaaaaaaaaaaaa sangat2 hahahaha…Terima kasih Allah.

Aku dapat hadiah year end gift or can be called a Christmas gift from someone special. Isterinya pilihkan kalau tak silap, terima kasih sangat couple budiman.

ada kerusi kecik merah lam gambar atas tu kan, hah untuk kependekan akak merah kau ni, kena le ada kerusi ni merata kat wardrobe. Supaya mudah untuk pencapaian kain baju 🙂 Banyak ada kat rumah akak, almost setiap penjuru kerusi merah tu ada kembarnya hehehehehehe. Kira tips pendek tinggi gak ler ni.

IMG_0218

they both tau aku suka merah, kebetulan kot ada set untuk chrismast gift merah2 ni, aku tengok paperbag je aku dah melonjak sukaaaaaaaaaaaa. bila bukak dalam muahahahahha ada shimmer!! yes yes yes.

Harga ni mahal, pada aku ler. Kan kedainya baru bukak kat KLCC tu, memanglah meriah baunya tapi tu ler, sekali aku masuk kedai tu rasa macam, hem nantilah, tak de rasa penting lagi nak beli ni semua. Baik beli barang2 lain.

Tapi bila dapat ni hiks….suka suka.

Ni ai boleh share sama pakai ke?

Hoh tak boleh!!!

agaklah RD pun, ko kang bau bunga2 je pulak, pakai je set bau jantan ko tu udah.

IMG_0323

dan penutupnya hari ini, minggu lepas heboh dengan nama ZEESHAN. Ialah mana taknya nama anak aku ni kan unique, dan apabila Fouziah Ghaus announced her new baby boy is Muhammad Zeeshan, ramai betul orang msg aku, tag aku. Automatically bila depa tengok nama anak Poja, terus ingat nama anak aku hah.

Aku pun wassap gak kat akak ipar Poja (she is my bff, dah blogkan banyak kali pun bila tiap kali aku datang rumah depa or even depa datang rumah aku), kakaknya pun cakap kat Poja ni sama la ngan nama anak kawan akak…..Zeeshan!

Glamour ko dik, pasnih ramai le pakai nama Zeeshan yek 🙂 . So untuk entry ni, dengan pakai seluar merah baru, dengan dapat hadiah merah2 wangi dan jugak dengan keglamouran nama Zeeshan. Yey.

Comment: 4

Story of makeup tools….

 

 

 

IMG_9933

aku ada beli ni dalam RM4 sekotak, reasonnya pasal dalam pairs tu memang pelbagai types of lashes. Takde le dalam sekotak sama je design dia kan. I think murahlah kot, aku kan nak menerai pakai dalam jem tuh, tapi tak buat2 lagik, will do one day. Lupa manjang nak bawak glue sedap ke dalam kereta tuh.

IMG_9975

tapi satu hari lain, aku dapat delivery 2 kotak nih. Ler, ni mana pulaknya heh. Dalam 150 items yang aku beli (dude now the numbers akak beli online dah getting increased, barang yang dah arrived about 42pcs), aku tak tau ler napa seller hantar ni, mungkin coz ada salah satu items aku tu, dia salah hantar colour kot (kan temporary tatto mata aritu), coz nama takde hapa bagai takde, compensation kot. Still donno ler dari sapa. Bertambah2 lagi ler eyelashes mak, dah macam aku pulak jadi mak andam, masuk ni mau ada stock like 5-6 kotak (yang lama punya lashes pun tak abis2 lagi).

tapi yang ni pun kan, dia punya lashes pun lelain each pairs tu, so bagus gak lah.

IMG_9936

ini pulak handy small eyeshadows. Kecik jer, senang usung kulu kilir too. I have tried all colours, sukaaaaaaaaa bangat bah!

Kalaulah aku start buat makeup dari umur memuda dulu, mau aku pun jadi macam si Cosmo By Haley (tak yah google lah)

 

IMG_9960

kiri tu aku pi satu makeup house kat KLCC nun, menerai segala beam (nak compare tengok camne dia pakai dengna aku pakai), tak berkenan sket le cara dia pakai plak, aku pakai lagi molek kot hahahhaa….dan kanan pulak is my 3hinggit bling bling earrings. Aku dok cite make up je kan, tunggu batch akan datang pulak the accessories segala, semua dok on the way dah.

IMG_9915

ini my latest edition (as of this entry lah) tapi sebenarnya ada lagi banyak editions lain but aku malas nak letak lam nih, nanti tu lain postlah. Dedulu aku ada gak palette for blushers cuma tak sebanyak ni, and dah habis, most of the colours. Begitu le pakai sampai licin. Mungkin aku bagi orang kot, coz katalah ada 10 colourspun, aku pakai banyak for 3,4 jer, lelain sure banyak lagi.

Frankly speaking, aku suka kaler light for blusher, light pink or light brown. Kalau aku pakai heavy colour, aku akan tambah kaler lembut lagi, or highlight sikit tak nak so much.

Cuma tulah bila dalam jem or dalam kereta, agak sukar nak ngagak the gelapnya, or lightnya pasal lighting tak elok dalam parking tu (udah aku kan last touch up masa parking pun).

IMG_0170

Huh nama kau! Better than Sex katanya….Kalau urgent, akak beli bayau je RM82 tuh, tapi tak urgent so i boleh tahan sabar and tunggu big sales memana ler…

Eh mascara ni akak belum beli yet, dok menerai kat Sephora. Tempting gak….ada jalan? Tapi kan korang penah tak bila menerai memacam kat Phora tu, or memana lah kan, best sedap jer, but bila dah beli balik rumah pakai 2,3 kali, tak sesedap masa kita try nun. Tak kisah ler apa2 pun, mascara ke lipstick ke, apa pun….ye dok?

 

Comment: 5

Sg Buloh – Kapar…family time!

 

IMG_9993

mak kena duduk belakang, jadi ko kena lah bang pegangkan mak punya cermin make up yek. Kalau ada kakak kau, memang kakak le kena buat. Aku ni yang teringin nak beli cermin besar dalam kereta ni kang, cermin muka le, tapi tak jadi coz ada satu make up aku beli tu kan, ada cermin belakangnya. Penjimatan itu wajib.

Jadi abang please help mak kau di sini…

IMG_0001

Sudah siap, kami bertiga jer di belakang. Depan ada abah aku, lakiku and Zeeshan. Kakak tiada, she was at school. Sekolahnya buat tuition untuk next year’s syllabus for this cuti sekolah 2 minggu ni. Tu pun kena bagi surat coz tak datang 2 hari pasal depa pi kem dah kan.

IMG_0008

si kecil dok merayu nakkan air sejuk sirap tu. He knows he cannot drink air sejuk, kang batuk kang asma. Tu pasal keluar rumah, air suam kena sentiasa bawak. Tapi dia dok pegang je cawan tu dok tunggu aku cakap boleh pls pls pls dok merayu kan, so ialah bagi lah. Tapi lepas tu dia batuk2 alang kan, aku terus tembak, hah tu lah caughing, nak lagi air sejuk?

Dont want ammi.

ammi ammi le ko.

Tapi bagus gak, terus dia serik tak nak minum air sejuk. But tu kang bukan boleh caya, sok sok kalau kenen lagi.

 

IMG_0153

aku tak makan sama ngan depa, depa je semua makan. Aku menyuapkan Zeeshan. But aku gatah2 ler lauk macam daging bagai tu. Buat lepas tekak jalan datang dari jauh kan….Actually ramai adik badik aku datang gak wedding ni, tapi depa lain trip. aku dah janji ngan mak abah nak bawak depa so gerak about 12pm kan dari Cheras, for Sg Buloh ni. Ada ample time sikitlah nak borak lelama, coz by 2.30pm we need to leave nak fetch Kakak at school.

IMG_0014

Simple weddingnya tapi lauk pauk mewah. My cousin’s wedding, My abah punya adik (anak lelakinya).

IMG_0021

Zeeshan that day was my bff sangat2….entah napa ler but dia macam jaki je ngan apaknya masa kat wedding ni heheheh…pastu dia suka betul dengan nasi tomato kot kat wedding ni. Suka betul aku tengok dia makan, siap bersuap2 sendiri

IMG_0026

One week before, hari tu birthday mak, aku ada bawak depa gi makan2, tapi tu lah, mak ni asal ajak  makan jer, dia mesti pilih kat Udang Galah BSP tu, asal bahagia lah mak….

IMG_0047

Pengantin bersama adik beradik abah sedara mara….ada yang datang dari Melaka of cos

IMG_0154

lepas tu aku potong kek, buat harta kek sendiri hahahaa….tak ler, kami dok kat2 situ, pengantin dah siap2 potong kek pengantin, pastuh kena layan diri, tuan rumah bz kulu kilir kan. So aku cakap kat makcik aku tu, meh lah saya potongkan kek sikit untuk sanak saudara makan dedekat hah….

tapi lately ni aku suka pulak makan kek, sejak merasa kek birthday Zeeshan arituh. But cannot la so much yer…badan aku ni kalau makan bembukan mula ler dia menaik.

 

IMG_0055

abah dan adik bongsunya…kita panggil Busu Ketar

setiap pagi raya, Busu anak beranak akan sampai rumah kami dulu 🙂

IMG_0063

haih, nak bergambar pun tak senang, ini je gambar aku yang senonoh with pengantin….

IMG_0157

with sedara mara….

 

IMG_0159

Zeeshan ni aku tarik hp aku tu, pun dia boleh bukak gak password nya yek. Sekali je aku ajar password, terus dia dah terer hafal! Kalau thumb pulakkan, hari tu dia try pakai thumb dia tak bukak pulak passwordnya coz dia tengok makpaknya bukak password with thumb napa jadik hahahaha…hah tu ler ko!

So ini sedara mara abah aku…mak tak udah2 dengan tanda good good nya….kalau bergambar ngan gang2 UMNO dia camtu le gayanya gak mak ohhh mak…

 IMG_0078

Berkejaran kita balik, singgah dulu kedai buah kat tepi jalan. Mak abah aku tinggalkan coz depa nak berjimba lagik, balik dengan adik badik aku yang lain yang masa tu kita ada bertembung. Kita nak cepat balik coz Kakak kan habis kelasnya anytime.

Lepas tu laki aku drop aku kat kedai kat BSP, pastu beli roti canai ke bagai, settled terus balik. Bebudak terus packing, coz pas Maghrib kita nak jalan balik Kapar pulak.

Depa pepagi esoknya dah nak pi camping.

IMG_0106

ada satu je lah gambar kami di Kapar hah. By right kita nak pi dinner for Mak  mertua aku nya birthday, tapi mak tak sihat. Mak mertua aku ada sebelah kepala aku tuh, berbaring, tak boleh nak amik gambar le tak bertudung. Kita lepak makan kat rumah kakak ipar le sampai midnite kau. Untuk birthday mak mertua, kita bagi 2 helai pasang kain dari Cambodia.

Hari Sabtu yang panjang…………..balik malam tu, laki aku walaupun dah past midnite, dia amik job sidai baju kikikiki…..yang lelain cecepat buat errands and sleep.

So gitu ler, hari2 keluarga sendiri dan keluarga mertua. Asyik citer make up  ler shopping barang rumah bagai, hah…up sket cite family kan. Kakak ipar aku ada jual tudung, masa ni melambak2 tudung dia bukak, kakak amik 2 helai jer. I took one for my mak too, kalau suka, boleh tambah2 lagik. Korang nak beli? Followlah instagram Dee_Sakurahijab . Harga dari RM35. Aku beli somewhere sebijik harga RM45, so kat akak ipar aku RM35 but of cos material lain dan jugak kecik besar pun lain sikit le for kakak.

Hah Kak Ayu – aku dah promote ni. Korang bagitau le korang ni kawan Kak Red bila beli, kem salam kat akak ipar aku tu yek 🙂

Adik ipar yang baik, up business kakak iparnya. Hah…contohnya Kak Red kau nih. kahkahkah…..

 

Comment: 4

The Investments…

IMG_9832

remember about the ABCD tips aritu kan, so nah, ini antara contohnya beyond expectations, means tak disuruh, dibuat. dahlah tu, buat sorang2 plak tuh. Tak panggil apaknya pun. Yelah, dia angkat all the sofa carpets semua sendiri kay. Carpets tu siap bawak keluar and tepuk2 kuat lagik. Pastu dia mop vacuum all complete set lah kerjanya.

But bila hujung2 tu, aku suh le bapaknya tolong sama kan, jangan le sampai anak ko down pulak kot ler dia buat semuanya kan. Kita selain kena buat acknowledgement kita kena gak turun padang sama. Well done abang. Dalam seminggu tu ada ler sekali 2 dia akan buat above expectation. For kakak pulak, masih lagi budak lagi, but still tanggungjawab dia, pun dia tau.

Apapun as long as depa buat kerja rumah, depa tetap main2 jugak, dah namanya pun bebudak, tv main tv main tu kan idup diorang.

IMG_9826

tips dah basi, the toilet bar biru tu (toilet blue namanya), kalau hangpa tak beli yang brand memahal tu, beli brand cecekai pun ok, in fact brand TESCO pun ok, cantik je birunya. Kalau yang mahal tu sket ada bubble2. Rumah aku dah bertahun2 tak pernah dibiarkan plain kosong putih, mesti ada biru2 nih. WC (water closet) ni masa kita beli untuk all 3 bathrooms kita pilih brand yang sama – Johnson Suise tapi berlainan style. Hah tak sama each of them 3 tu. Tapi yang samanya ialah, the cover top of the seat tu boleh cecabut. dan boleh jugak pasang balik. Kat KLCC the cover lagi ler langsung takde hahaha, ye lah manusia ke main ramai so tak yah pakai cover gamaknya.

Ini antara kerja aku ler, kadang2 anak2 aku pun akan buat sendiri kat bathroom depa, but kalau bawah and atas memang kalau tak aku/ RD yang akan bersihkan. Ini aku cabut aku bersihkan, the blue colour tu dah berkurangan so nanti tambah2 ler seketul lagi, jadi le biru menyala balik.

Tapi pas dah bersih, aku blah tinggakan jer hahahaa, laki aku le pasangkan semula. Dulu masa beli design semua tops ni boleh bukak kan, kita ajar si bik keparat tu, belum ajar lagi ni dengan berlagaknya dia cakap, aku tau lah ibu (mulut cara menjawab memang patut dicilikan), tapi bila aku suruh tunjuk camne nak bukak, hah menggagap tak tau. Tu lah perangai keji dia, semuanya tau tau tapi nan hado!

Jadi beli ler yek the blue toilet bar tu. Remember me dah 3 bulan maidless and tak teringin langsung nak amik maid or even cleaner or orang yang datang part time buat kerja rumah tu, memang aku taknak ada langsung. So semua kerja rumah, semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa adalah Red Family yang buat.

IMG_9810

one good thing is takde maid, semua anak2 dah tau job memasing dan specially abanglah. You name apa saja kerja rumah, memang dah dalam tangan dia. He paling fav lipat kain dan jugak basuh pinggan mangkuk. Aku tak ingat if aku pernah promote benda letak bawang bertingkat2 tu. Aku beli kat Kenanga wholesale, sebelum pindah rumah dulu, ada roda bawahnya. bagus sangat. Worth of buying. Pastuh yang hijau tu penyapu, after pakai sebulan 2, abang sebagai pengguna kerap penyapu tu dia tak suka ngan service penyapu tu. Jadi aku dah beli lain, bila barang baru tu sampai nanti ai show show here and wait apa pulak komen abang nanti yek.

Yang biru tu robot cleaner gak, itu biasanya RD yang pakai di pagi hari lepas mak aku masak. Aku jarang pakai binatang tu. yang hijau abang pegang tu mop, itu dah blogkan pun, itu memang top of the list the best he suka ler sangat pakai. Robot cleaner tu pun bagus cuma duration dia charging, lama, 4 jam for 1 hour usage. Kalau aku bagi task kat RD suh sapu lantai dapur, dia akan pakai robot tu lah, takde nya dia nak pakai vacuum panjang ke or penyapu biasa pun, no way, robot is his bestfriend.

IMG_9827

Ini bukan mop biasa, ini ada jual kat merata2 kedai but aku beli online je. Ini untuk air yang melimpah ruah di lantai tapi kita nak lap kita pakai je ni, nanti dia sedut le air, pastu kita flush out air yang dah dia sedut tu, kat dalam WC or kat lubang air bilik air. or even sinki, sukati kau lah. jarang pakai nih, ni pun duduk kat wc kami. Kalau basuh wc, aku tak suka ada air2 bagai kat lantai, the toilets semua kena dry, tu yang nanti pakai le mop nih sedut air. Sokmonya si Zeeshan ler, suka benau main air pancut dalam WC tu, jadi mengemaslah semula.

If korang ada barang2 rumah yang perlu aku tambah beli menyenangkan lagi hidup kami anak beranak, meh meh share bagitau, kalau aku tengok review cantik, ai will surely get too.

Especially untuk menyenangkan anak2 gak, bila depa cakap depa tak suka this robot this product this that, aku lagi carik yang better. Well said memang duit akan mengalir a bit but ai think they deserve something yang make them happy and make their jobs easier, diorang jugak yang kena buat kerja rumah2 ni kan.

Machine lipat kain baju ada jual tak? 🙂

Comment: 8

ABCD Parenting Tips…

ini bukan tulisan aku but tulisan laki haku. Kalau tulisan aku, ngan aku sendiri pun tak paham nak baca balik. Iyeeee, sungguh sangat. My handwritings sangatlah ugly and hard to read. Tapi font merah ni, warna rasmi kami ler, jadi pen merah adalah sangat merata2 di rumahku jua kihkihkih….

the other day, kita ada dengar talk by Zaid Mohamad. Aku suka dengar talk2 or ceramah parenting, cuma peluang nak attend tu, time factor a bitlah. Tapi kalau dah ada depan mata, takkan nak biarkan begitu je kan. Kena grab.

Being parents bukan kita beranak kuor je terus expert but benda ni hehari punya benda, kita belajar dari anak2 kita gak, pengalaman ni semua kan. also jadikan pengalaman lepas kita sebagai anak nakal (aku mengaku aku nakal gak dulu) ikhtibar.

You dont judge a person from her 20 years ago punya past lah, skang punya cite lain dari dulu punya cite kan.

IMG_9800

 

IMG_9801

 

IMG_9802

Point number satu kurang hasam je kan, jangan bagi mak kau membebel. Itu memang semua orang agreed, even aku pun sama sangat setuju coz kalau depa tak suka dengo mak kau menceceh, aku lagi tak suka nak menceceh sama gak. Penat ler weih.  Ada tu kan, aku dok je atas, malas nak bunyik. Tapi lambat sejam le depa buat benda or naikkan adik depa tu. So kalau bunyik,  nak tengok semuanya on time, hah kena jadi pahat.

Ada sekali tu aku sinus yang heavily malam tu,so memang tak larat le nak bersuara ke nak memarah. Diorang ada kesedaran gak lah, do the right things, naikkan adik depa, buat susu semua, but not on time, cuma lambat, janji buat.

So back to parenting tips by Zaid Mohamad tu, laki aku ada tanya pasal what s the best punishment for the kids kan, yelah depa ni ada stage toddlers, kekanak pastu teenagers dan belia. Jadi i have these 3 stages right now. Paling ketara bila kita dah ada top 2 anak yang teenager nih, abang and kakak. Kakak walaupun belum teenager tapi dah ke arah itulah, coz her brother dah teenager mestilah dia pun lagi cepat jadi anak dara gak.

Pendekkan cerita, lepas je dengar talk tu, malam tu aku laki bini discussed on the ABCD tips by Zaid and esoknya pulak, kami discuss this methods dengan anak2. Kitorang walaupun strict tapi kami akan berbincang ler dengan anak2 to help their communication gak. Tak bolehler semunya kuasa veto kan.

kekejian betul ler pinggang laki aku ramping betul dari bininya. LOL

That s Zaid Mohamad

So what s the ABCD tips nih, aku cuba ringkaskan as simple ler, the best man to explain is still En Zaid Mohamad (please search him over his FB, he is from the Smart Parenting Coach):

A: Above Average – anak2 buat lebih kerja rumah/or hal sekolah lebih dari expectation, lebih dari disuruh.

B: Break The Rules – sesuatu salah yang depa buat, but tak heavy tapi masih lagi perlu dipandang berat jugak

C: Cut The Privilege – ambil semula/take back the rewards yang telah diberi untuk B rules.

D: Damage Done – Salah sesuatu yang sangat berat contoh menipu bohon mencuri sebagainya.

Lepas tu aku malas nak go further explain on the ABCD tips nih coz aku dah terer hahaaha…jadi korang kalau nak tau lebih lanjut bolehlah tanya En Zaid, kang dia kata aku kacau kerja dia pulak hehehe but anyway tips ni bagus gak, so far alhamdulillah berjalan lancar walaupun ada tergelincir tapi still on track.

Jadi tiap kali depa buat the B or even D kami akan remind them on B. If they do the A, always acknowledge and give rewardslah. Types of rewards tu depends lah, tak perlu dalam bentuk materials (but most of the time, depa nakkan benda2 yang material jugak).

Anyway this week pun anak aku takde, depa sekarang ada kat Kem Ebit Liew – Program Kembara Iman dan Solat. Telah menjadi routine untuk kita hantar anak2 at least setahun sekali for this kind of camping trips. Ada satu tahun tu, 2 ke 3 kali trips kita hantar. Once a year ok just nice ler kan.

Untuk anak2 UPSR tahun depan or nama barunya: KSSR, ada HOTS / Writing Workshop for English this Sunday kat UKM Bangi, jemputlah2 pergi, bayaran RM100. Insyallah we will be sending Kakak there, workshop ni sehari jer from 9am to 6pm, by Adibah Khalid or Mommy Deeba. RM100 termasuk modul, breakfast dan jugak lunch.  Aku dengo the KSSR is application for KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) susah sangat. Abang cakap, kakak even dah belajar Maths of form 2 some more. Oh my. sian anak2 sekarang.

Comment: 3