Blogger Ambassador for Marie France Bodyline…

IMG_4761

Ini masa KLFW2015 few months ago, so akak pi the last day, under Churp Churp and for Zalora. So our outfits laki bini pun by Zalora of course. My top tu akak ada 4 helai, 4 warna kau! Jadi ko tengok, gemukkan akak dalam nih? Hah dah tentulah. Sebulan Syawal plus 2-3 weeks of Ramadhan membelasah makan, agak tidak terkawal hingga badan pun naik balik.

Tak mengapa. Memang sengaja pun naik badan, coz nak enjoy the food. Ramadhan tu aku ok ler lagi, boleh lagi berbatas tapi masuk Syawal, dalam tepis tepis, heh last2 aku set, takpelah, makan je. Sebulan raya sebulan kita hadap segala. Jadi habis je Syawal arituh, akak dah mulakan diet balik ler. Tengok Instagram akak, bertonggang air suam aku bantai. Detox habis, turun sekilo ko buat tu 2 hari hahahhaa…tapi tak cukup. Melambak lagi kilog2 ni yang nak dinyahkan.

Dan tetiba, Marie France Bodyline– hello Kak Red, come join us on board?

Gila tak nak!!

Fyi, Marie France Bodyline ngan Kak Red ini dah 3rd year. We started on 2010. Then I got pregnant on 2011. Then Marie France Bodyline panggil lagi on 2012. We stop when I have to be in Germany for about a month. Lepas tu terus akak gemuk kurus kurussssssssss till now naik balik badan ler.  Dan sekarang 2015 kami kembali bersatu semula.

I m so looking forward for the treatments by Marie France Bodyline. Peluang masa depa treat kita tu kan, memang kita automatically akan tertidur waktu depa buat massage and wrapping etcs.. Dah elok sangatlah kan, akak memang sejak maidless ni memang need the nap sangat. Dan of cos, motif utamanya alang2 akak pun tengah diet kan, baiklah sekali jalan dengan the treatments yang of cos lah, will speed up the slimming process.

Tu pun baik sebab hasil pelangsingan Marie France Bodyline memang terbukti sebab dalam research Nielsen yang telah dijalankan, 93% of the respondents realised yang baju mereka menjadi lebih longgar selepas 6 minggu treatments. So dengan back up statistic macam ni, lagilah akak percaya dengan Marie France Bodyline.

*Research conducted by Nielsen Nov-Dec 2014, n=105 Singaporean Females aged 22-40

I just had my first treatment, it calls FEST Treatment (Fat Energizing System Lipo Therapy).  Dalam coveragenya ialah (best akak copy paste je folks, lagi paham korang nak bacakan)

  • Aids the irrigation of fatty acids
  • Reduces orange peel appearance
  • Immediate lightness and inch loss due to water reduction and skin tightening
  • Enhances total lymph system cleansing
  • Improves vascular flow, which in turn, enhances oxygen, nutrient, and lymph exchange at the cellular level
  • Increases cell metabolism
  • Relieves muscular aches & pains and reduces muscle spasm
  • Decreases rigidity in joints
  • Improves skin & body tone
  • Hydrates dry skin
  • Relieves stress, leaving the body feeling relaxed, refreshed, and rejuvenated.
  • Very effective when combines with other MF treatments with no intense tissue heating

So masa buat treatment ni, areas of application pulak di:

  1. Tummy, Arms and front thighs
  2. Hips, Back thighs and calves.
  3. Tummy, front thighs and calves.

Lelebih lagi details, nanti akak citer dalam next post akak. Cuma nak cakap, tu lah, routine akak berubah sebab ni  ler, at least lam a week, 2, 3 kali akak memang dok kat MFB, besttttttttttttttt!!! Hiks.

Oh akak tak nak turun banyak pun, asalkan boleh reshape balik badan. Lebih pun tak kisah, bonus mar.

So I would like to announce that I am one of their Blogger Ambassadors, let s slim down with Marie France Bodyline Let s go Marie France Bodyline. Marie France Bodyline is having promotion right now, do drop by at their outlets – 1st trial Body Contouring Treatment @ RM78 only. Sign up now if you are interested di sini: http://bit.ly/1P8kCQF

Comment: 4

New baby dah!

 

IMG_7016

basuh baju2 ngan tangan, itu pun keje aku gak. Ramai tanya camne Kak Red boleh lagi buat semua kerja, ler…motipnya nak ngan tak nak jer lah. Macam ni, alahai sikit punya aku jaga le baju putih laki aku ni, tapi tercalit jugak dengan kain baju merah aku. Basuh asing2 pun, but masa dia bersidaian sebelah dengan baju merah aku (yang also baru lepas aku basuh tangan), terpalit stainnya.

Aku pakai vanish yang serbuk, tak nak hilang. Pakai clorox tak hilang. nak suh baling buang baru hilang kau gamaknya!

Lepas tu Mak Ajah datang hantar berbag2 barang dapur huwaaaaaaaaaaaaa….My Mom memang masak kat rumah aku, RD and I supplied everything. Apa yang mak aku masak tu, not just for my house, but for my other family members yang kat rumah mak aku tu, so ramai le kan adik badik anak2 buah lagi. Sampaikan penuh dedua freezer dengan banyaknya bahannya lahai.  Nasib baiklah gomen bagi cuti 2 hari kat bebudak sekolah, so anak2 apa lagi, sila tolong nenek korang!

Anyway selama kat 15 tahun kawin nih bukannya selama 15 taun pun aku ada maid, the first 7-8 years kita takde gak maid. ada yang datang kejap2 je pun ke rumah so memang semua dari urat kudrat aku gak lah.

IMG_6847

lipat baju? sinonim dah ngan aku and kakak. weekdays kadang2 kami bergilir dua buat, tengoklah sapa yang paling senang dulu hahahah. Iron baju, hah tu aku buat.  Tapi ada gak anak2 buat. Aritu depa sehari kuor, aku le yang iron, dari 430pm kot sampai 930malam, but in between ada ler berenti banyak kali,siapkan dinner ler solat le layan buku story Zeeshan ler. Memacam ler. Kalau straight 5 jam, patah le pinggang hoh. Itupun dah sakit2 gak badan belakang haku.

we are talking bout 50pcs of iron baju tau, yang depa balik dari Kemboja Vietnam tu, kan bertenggek kain baju nak kena iron. Hakak le kena buat.

Masa tu belum beli magic iron.

IMG_7282

IMG_7286

Sekarang, 2 hari lepas, magic iron aku dah sampai muahahhaaa. Philips GC8616/30 PerfectCare Aqua Pressurised Steam Generator Iron.

Aku beli direct dri London terus, kat sini 1k++ kan? hah…demi nak menyenangkan hidup, invest mahal ler kat iron. Kalau ada maid, janganle beli iron memahal hoi, jahanam jadinya. So in total ada sampai 4 ketul iron dah rumah aku tuh, but satu tu free adiah. Jadi dengan ini, sorang satu bilik boleh letak iron hiks….

tapi kita tak iron hehari, aku buat weekend je pung. Aku dah tried pakai, memang best. So beliler yek, kat Amway nya dealer or sesapa pun ramai jual, kedai pun ado. tapi aku beli murah sket le bayau direct dr London nun.

IMG_7273

Lepas tu kan tambah sepasang lagi baju sek depa. so nak kena menjahit pulak lencana kakak nih. Cek set menjahit, satu benang putih pun takde, pergi le beli. Eh benang set nih kan, last aku beli bertahun2 dulu tau, aku rasa dia punya each rolls of benang tu tebal jer, tapi skang adoimai, nipisnya lahai rollingnya.  Gigil2 menjahit, janji lekat. kalau setakat iron lencana tu kang kalau basuh, tanggal gak, jadi jahit adalah wajar.

Philips Avent audio baby monitor ni , dari zaman Zeeshan baby lagi. 1 set. Skang sejak dok Red House ni, the base unitnya tu aku letak kat bawah, in between tv area and kitchen. Yang parent setnya (untuk bercakap tu) aku letak kat bilik aku ler. Agak2 ko tak nak keluarkan suara 7 petala kau, ko cakap le pakai ‘parent walkie talkie tu’ hah kang askar2 kat bawah dengar ler. Agak2 aku tengok depa culas dari atas (via cctv), aku roger ler dari situ gak, hah bertempiaran le semua kang.. so kalau hangpa ada ni, jangan le buang bagi orang pulak, simpan, nanti sok sok leh utilise like i did hah.

Dinosaurs tu Zeeshan punya. Skang dia addicted ngan dinasours kan, so tidur pun kena ada si hijau tu. Kalau dia dah start bukak buku dinasours dia, ko kena tinggalkan semua benda and ngadap ler buku tu sama ngan dia, borak sesama, TRex dan semua sedaramaranya yek.

New baby tajuk entry ni coz my latest edition of baby is the Philips Iron tu hahahahaa…. takde maid, kita invest memahal le kat barang2 rumah kan, kalau ada maid, pakai cap ayam pun cukup, depa menjahanamkan barang ko je kejenya.

 

 

Comment: 11

The beautiful wedding…

 

 

IMG_7214

Orchard Villa, Gombak. First time datang sini. Dan dalam perjalanan, tempat tu macam bestnya lahai macam2 tempat makan ada. Tenang je area2, lepas UIA tu lah. Itu pasu ngan bunga merah tu, memang jadi idaman aku. Secekak tu mahal, kalau besau gitu lagilah, mahal mahal mahal!

But I know, i ll definitely buy, insyallah, time will come.

IMG_7218

This is the pengantin. Abis tu sian aku main candid jer, laki bini tak sempat nak pose pose…

Pengantin lelaki tu AK, baik budak ni, Ya Allah tak percaya betul aku leh puji dia dalam nih. Tapi sebenarnya mulut dia memang puaka, Kalau dia ngan Yanok bergabung, memang nak mengenakan aku saja. Tapi ingat aku nak diam jer, lawan lah balik!

Good luck Ira untuk suami kau hiks…

IMG_7232

rasa macam baru semalam je dia abis belajar, very the budak tecik, tup tup arini dah jadi laki orang. Aku tanya soalan panas atas pelamin tu gigil nak jawab kehkehkeh.

Photographer untuk wedding AK is Bojeng, laki si Yanok gak.

IMG_7252

By the way, i didnt tag my family along – depa ad a tuition ler pastu pi tengok wayang bagai lah. Tapi di sini bukan sendirian pun. ada Rose and the girls, ada Yanok mak yong bunting whale penguin with Amad dan Liza with her little boy too, and of course lakinya pun ada sama ler.

Cantik wedding ni. Indah. Pelamin cantik, the food. I tell you dia punya foodddddddddddddd, sangatlah mewah!! Makan wedding kat hotel pun tak sehebat makan kat wedding AK ni. The main course, the desserts dia, aku bagi 80 bintang. Tahniah AK, Ira dan family.

IMG_7260

By the way, aku tak drive pun hari tu, since aku sorang je pun, so aku tumpang Cik Puan Seri Berseri Wangi Rose Hazeline dan anak2nya. Kami kan sehaluan, so terima kasih Rose dapat lagi akak naik kereta baru mung.

Menjelang pulang, few min dari Orchard Villa, ada orang jual laksa ni, harus tapau untuk my family and family Rose gak. Satu bungkus RM4 dan sedap…memang sedap. Ni nak tunggu aku datang lagi sini, memang tak tau le taun bilanya kan, but dengan kuor kat blog ni, harap2 kalau sesapa lalu sini, kot nak ke KLCC or Cheras tu, mehlah bungkuskan akak 4 bungkus boleh? sekali jalan kan…

IMG_7270

Baju untuk wedding AK, kain dari Zalora (pernah pakai pun sebelum nih), Top dari Jakarta (i have few colours of this design), fuschia of Cipela, make up and hairdo + bun by Kak Red sendiri. red lipstick – Chanel, clutch of Anya Hindmarch

IMG_7197

Earlier of the day, I Instagramed this. Coz dah tau lagi nak keluar kan, haruslah akak masak awal2 pagi. Biasa Ahad memang akak masak awal, before 10.30am memang dah siap masak coz anak2 ada tuition pagi jadi they have options untuk makan lunch terus before pi class or breakfast so balik class boleh je terus bersantap ler.  That day, I masak udang masak lemak, sup kobis, tenggiri goreng. Siang malam tu depa kerjakan udang tu hoh.

Petangnya depa dapat pulak laksa sedap yang akak beli tu kan, malam menggatah lagi memasing ngan udang, sampai licin! Tapi malamnya lam 5,6 pagi, aku kena sinus yakni resdung. Jarang2 kena nih, lamo dah tak mendapaek but dek makan laksa kau kan….

Hey back to Ahmad Kamal and Ira – Tahniah adik2 dengan perkahwinan kalian. moga dalam lindungan Allah pertalian itu.

Comment: 3

Rahsia Mak dan yang bongsu…

 

This is not so  heavy entry, very light je pun. Tak yah post pun takper, but aku dah transfered to my draft sume gambar ni so macam, what the heck, type je lah sikit.

Ini dating ngan little boy, waktu semua di Kemboja hari tu.

We woke up lepas tidur petang wedding di Kajang tuh and siap ke Tesco. Dia le yang tidur, aku tak de hajat nak tidur but while waiting for Asar tu, aku boleh terlelap, nampak benau la satu package ngantuk ngan Zeeshan too.

IMG_6946

Dia ni kadang2 pemalas sikit nak jalan, nak suruh kita dukung but nasib baiklah dia pun mintak jugak duduk dalam trolley ni, dapat le aku nak menyopping barang rumah dengan aman tenteramnya kan. Sebelum tu, kita excitedkan dia dengan toys, at his request, apa saja. Pusing 2 sections of tempat toys tu, dia dok hemmm hemmm, no no no. Sampai kat section vehicles, terus dia i want this ammi.

Kau! bapak truck lagi. but aku rasa the quality is not that good, even i can get much more cheaper than this price kat AEON. Ini about RM40. to me it is expensive la for the low quality of this truck and motor2 dalamnya. Aku dok pujuk dia amik benda lain, gagal. Hatinya dah love at the first sight ngan menda nih.

Your rezeki la dik.

IMG_6951

pusing satu Tesco, bawak bembarang. sampai nak bayar, hadoi panjangnya q!! memang melingkar2 panjangnya. Aku datang hari Sabtu coz no plastic day ingatkan takde le orang nak nyopping sangat kan. Baik ler order beli online.

Punya panjang q sampai dia mintak bukak chipsmore, lapau ye…

IMG_6959

Wajah2 kegembiraan bila dapat bukak the truck, kita dok tunggu the food tapau. Hari tu ada kenduri wedding, so takat aku nga dia je, baiklah tak yah masak utk aritu, beli bihun sup jer buat lapik kita makan kan dik.

IMG_6967

Hujung pulang, baru dia nak turun trolley. No plastic bags day, tapi aku sentiasa bawak my own paperbag/plastic bags. Mak mak standard le, semua dalam bonet keter tu macam bag Doraemon gak.  Best is we did this together, just both of us.

Esoknya I was thinking to take him to the Viva Mall for his Viva car, tapi dia punya tidur petang lamanyaaaaaaaaaaaaaaaa, sampai aku dok kejut banyak kali tak nak gak bangun. Dah boleh bangun dah boleh menjawab2 dok cakap ‘tak nak, tak nak. dont want wake up, nak sleep lagi’. Last2 aku off kipas, aku naik atas. Tak lama lepas tu baru dia naik (at that time dia tidur bawah but sebelah aku jelah, aku angkat iron board buat ironing depan tv ahaks). Tau ko paneh takde kipas kan, haahahahaa.

Jadi pembatalan untuk car viva but we still went out that nite after Isya, but to…………….ada ler 🙂

Rahsia kami berdua.

Rahsia ibu dan anak. Rahsia dalam bag Doraemon 😛 .

Comment: 6

Qurban Aqiqah Cambodia 2015

 

Alhamdulillah, the team dah selamat pulang a few days ago.

Lama korang tunggu kot gambar2 qurban and aqiqah kan, apa nak buat, kali ni akak merah korang tak pergi, so kena lah tunggu gambar2 dari Ustaz, dia baru sehari 2 ni free selepas battalion Malaysian pulang ke KL. Akak tak pergi coz tahun lepas dah pi, and some more tak nak le bawak Zeeshan, merenyah je nanti.

My family yang pergi – suami, abang kakak (my kids ler), both of my parents, my kawan and 15 orang lagi kawan2 mak abah. Ramai kali nih.  Tak macam tahun lepas, only abah aku ngan adik bongsu jer.

Lagi best pulak, habis Cambodia, depa bersambung ke Vietnam. Untunglah anak2, rezeki la korang.

So anyway, before kita langsung lanjut ke citer depa punya trip more detaily (macam le aku pergi, donno why should I do the post hahahaha), so kita dahulukan yang afdal ler, the gambar2 qurban dan aqiqah yang dibuat oleh para peserta (mostly comes from this blog).

Dan jugak yang telah menderma, terima kasih banyak2, my family went there with 2 big boxes and 4 big luggages, semua penuh dengan barang derma dari kalian (toys Zeeshan je ada 2 bags tak sempat nak jalan bawak, dah tak muat), so terima kasih ye semua.

Gambar ni aku dapat some dari my family, mostly dari Ustaz Hafislah.

IMG_7064

IMG_7066IMG_7067IMG_7068IMG_7069IMG_7070

IMG_7071IMG_7072IMG_7073IMG_7074IMG_7075IMG_7076IMG_7077IMG_7078

IMG_7079IMG_7080IMG_7081IMG_7082IMG_7083IMG_7084IMG_7085IMG_7086

IMG_7087IMG_7088IMG_7089IMG_7090

IMG_7065

hah tu yang kiri, macam taliban tu, laki aku 😛

IMG_7091

By now, semua peserta aku dah bagi gambar qurban/aqiqah personally via whatsapp tapi kalau ada korang yang tak dapat dari akak, korang tengoklah sini gambar2 pun sama gak.

Di sana, kena ada manila kad and tulis macam ni, kena ada gambar begini gak coz untuk lebih telus lah. Yelah beribu2 duit yang masuk, so nak jugak tunjuk bukti kat orang Malaysia yang buat derma/qurban/aqiqah tu.

IMG_7092IMG_7093IMG_7094IMG_7095IMG_7096IMG_7097IMG_7098IMG_7099IMG_7100IMG_7101

ini pula waktu penyelembihan, pengagihan korban pada penduduk kampung. Untuk hari tu, depa pergi 4 buah kampung dalam Kampung Cham. Tapi sebab Ustaz Hafis sampai awal, so dari hari pertama lagi dah mula qurbannya.

IMG_7102

IMG_7103IMG_7104IMG_7105IMG_7106IMG_7107IMG_7108IMG_7109IMG_7110

IMG_7111IMG_7112IMG_7113IMG_7114IMG_7115IMG_7116

ini pula aqiqah, ramai readers akak buat through sini jugak.

by the way kalau hangpa pandai, baju pink tu pak aji ai ler, abahku tercinta. Mak Ajah yang baju jubah purple

IMG_7118

IMG_7119IMG_7120IMG_7121IMG_7122IMG_7123IMG_7124

IMG_7019 (2)IMG_7020 (2)IMG_7021

dan ini pulak, barang2 yang didermakan. Macam aku cakap, dari Red Family’s collection sahaja, about 6 bijik kotak dan luggage. I really thank you sangat ngan readers, kakak2 yang datang rumah deliver the barang derma, ada yang courier dari jauh merata, dari Terengganu, Laila. Kak Ainon too, Azlin. Terima kasih sesangat. Ada sorang lagi, sapa yek, ini bukan jenis hantar sekotak 2 tau, ini berkotak2 depa hantar to our Red House. Syukur.

Tak sesia aku promote dalam blog, sejak aku balik dari Kemboja last year, till aritu lah sblm raya haji. Bersahut jugak panggilan.

Tahun depan, sapa2 nak ikut, mehlah. Takde le mahal sangat pun. Tix flight (fix tarikhnya, sehari selapas Raya Haji Di Malaysia), may fly via AA or MH, majority amik MH lah, kalau beli tix awal, bayar 3,4 ratus je return sorang per pax. Pastu untuk tour makan minum hotel, is RM1,000.

yang flight tu kamu beli sendirilah, pergi selepas sehari raya haji dan balik pada hari kelima. Yang 1k tu bayar a few days sebelum nak sampai Cambodia ler.  Abang kakak cakap vvip bus yang depa naik dari Cambodia to Vietnam, best gilak, siap ada wifi lagi.  SO tak yah cite sangatlah pasal hebatnya trip nih, korang kalau nak, cite ngan akak tahun depan.

IMG_7125

Group photo from KL ke Cambodia dan Vietnam, kalau gegelap belakang tu hah cariklah anak2 aku, laki aku

FYI, i tak dapat apa2 commission apa pun, this qurban aqiqah trip ni, totally my charity jer ler..takde paksaan dari sesiapa, sekadar tolong2 Ustaz Hafis.

In total, alhamdulillah dari Malaysia, from my contact (korang2 ler) and my parents contacts, about 28 ekor lembu dan 27 ekor kambing telah selamat dikurbankan dan diaqiqahkan.  Sumbangan wang ringgit pula, telah digunakan untuk pembaikan masjid dan surau Cambodia too.

Thanks kalian.

Apapun akak nak mintak maaf gak to those yang tunggu lama akak antau gambar, about almost a week hahahaha, sorry la dik, akak pun tunggu dari ‘supplier’ pastuh if akak tak berapa mesra dalam watsapp tu tak berapa nak berborak sakan, jangan le kau marah, ramai sangat manusia yang buat derma qurban aqiqah ni, So adakalanya ngan bz idup semasa lagi (bukan nak bagi alasan bz jadi supermak) but tu lah, mohon maaflah yeah.  Mana dengan yang datang rumah, akak ngah mengadap berpuluh ekor ikan nak menyiangnya, mana ngan ngah tidurkan Zeeshan lagi, maaflah tak dapat nak attend, Allah membalas budi jasa baik kalian.

If skang, or esok lusa or bebila, tak yah tunggu raya haji raya fitri, if you feel like to do the donation, kalau nak derma barang2, post je, hantar je ke rumah akak merah nih. Tau lah akak panjangkan pada Ustaz Hafis. He almost setiap bulan balik Kemboja, or even adik beradik and suku sakat dia akan balik jadi kita akan kirim jugak.

Just whatsapp me or sms je akak 019 320 6264 ….kalau nak bagi duit pun boleh, but i dont accept cash, nanti akak bagi account number Ustaz Hafis terus, but you may still communicate ngan akak for update, tak larat le akak nak pegang cash reribu korang nih, kang aku gak kena transfer balik kat Ustaz. So ikut, mana yang mudah dan senang je lah. Islam tu mudah, kalau tak dapat pergi ke sana, boleh langsungkan derma kalian. Insyallah.

Wassalam.

Comment: 7