Apr 2 2009 Thursday, 1:00 pm
2nd Teaser :)
sambungan teaser 1 semalam…
Project apakah ini?!
Apr 2 2009 Thursday, 11:00 am
pagi yang hening, itu idung kena sinaran mentari aaa….light make up gak
dan thari nya aku jadik gini, emm nak kena gunting rambuttttttttt!
so now back to business,
aku nak buat citer serious sket lah…
gambar ni saja aku gelapkan!
ada VVVIP, ha bape banyak V aku letak tuh, makan kat food court, with those 3 maids. depa the VVVVIP laki bini ke adik badik ke makan, so the kids maid jaga. kids tu dok bantai2 je maid aku tengok takde lah yang adult parents ni nak tegur. pastu depa dah abih makan, barulah maid tu pi amik food depa.
itupun sorang yang ngamik for them the 3 maids ni lah. pastuh kan depa makan light2, tetiba tuan besar tu blah, kau, lauk nasi sepinggan tak usik lagik. ai know that VVVIP, tp aku cam was2 dari mana, sekali bila tuan2 beso tu dah blah, maid yang sorang tu tu ngah tercungap2 nak masukkan makanan lam mulut dia, sian sangat tau coz tuan2 dia dah blah kan, sempat aku tanya dari mana. dia ckp lah dari mana. kompem! perkhhhhhhhhhh!
laju dia tinggalkan food dia, terus dia lari2 pi ikut tuan2 beso dia. tak silap aku yang lg 2 orang makan pun dpt 2,3 sudu jer…eii siannya. ko tu dahlah VVVVIP, ko makan kat food court, orang ramai leh buat judgment bila ko layan maid2 kamu begini. gamaknya nak jimat banjer ke or malas nak makan kat tpt mahal ke aku tak sure lah but sian sangat maid2 tuh,dibagi makan tp x ditunggu untuk depa abihkan makan.
ikan goreng ngan nasi tu pun tak sempat dia nak cuit.Ni nama2 VVVIP ke apa aku tak bley cakap yer…tu gambar tu pun sengaja aku tak sharp kan, let s just take this as a reminder to kita diri sendiri gak lah yo.
The maids ni aku rasa depa dah immune dahlah kot, but bagi pandangan aku, kesian lah diorg ni.
Fifin, red family sayang ko, will never treat you like them.
aaaa fifin nak cuti sebulan setengahhhhhhhhhhhhhhhhhh!
Apr 2 2009 Thursday, 9:00 am
kalo korang perasan at 12ish pmĀ semalam this redmummy.com domain has been suspended. bukan sebab tak bayar hosting daa, lgpun hosting ni kan sponsor from serverfreak.com. actually this is due to bandwidth over usage. bandwidth yg allocated for redmummy.com is 300GB per month only but usage dia berlebih2 pulak. this means visitors redmummy.com bertambah2 la sbb last few months ok jer or probably redmummy upload byk sgt pics! š
actually thanks to allĀ of you guys & girls yg keep on visiting here & keep the bandwidth increasingĀ š
tapi sekrg allocated bandwidth dah increase dah & hopefully leh menampung visitors yg keep on coming. thanks again! redmummy.com readers rock! š
sirman
Apr 2 2009 Thursday, 12:01 am
Please allow this entry as a sticky mode, as usual new entries at the bottom of this entry.
Huhaiii! Entry kali ni sangat mencabar ye gang bas merah sumer. Alangkan lah aku ni dah beranak 2 so bolehlah aku memahami and express this out in my own style of writings. Kalo hidak, kompemlah jangan aku yang nak paham, gamaknya apa aku tulis pun korang takkan paham gak seiii.
Ramai ibu2 mengandung ngah membaca nih? Ramai jugak ibu yang bakal mengandung and sudah beranak pinak membaca entry nih, pastu kamu akan bilang ‘oooooo, now ai know about Melasma’.
Melasma atau nama scientific nya Chloasma faciei atau lagik senang nak dipaham ‘mask of pregnancy’. Melasma mostly dihadapi oleh pregnant woman, ada macam tan or dark skin discoloration. Walaupun Melasma boleh affect anyone, melasma is particularly common in women lah kan, especially to mak yong2 cam kita nih. Ia juga boleh dihadapi pada lelaki atau wanita specially kat orang Asian yang kulitnya agak gelap, atau tidak terlalu cerah. Exactly like us.
Melasma ialah spot itam/gelap yang melekap di kulit, yang disebabkan oleh production of melanin yang over berlebihan. Melanin nih korang kena google search baru boleh kasi banyak paham, so perlebihan melanin adalah kerana perubahan hormone. (ni kalo ada banyak scientific words yang korang tak paham, pls refer to Wikipedia, kang jadik panjang lebar lagik lah entry aku coz each of the scientific words akuĀ nak kena explain plak.)
Jadi, bila melanin kulit asal kita terkena dengan matahari, makanya ia akan menggelapkan lagi kulit kita. Wanita yang berkulit warna light brown (aku kah??) yang tinggal di daerah yang intense sun exposure are particularly susceptible to developing this condition (aku lagikkah??) oh nooooo!
Melasma ni biasanya kan kena kat pregnant women, ada perubahaan hormone during the second or third trimester.Ā Kebanyakan wanita pulak menghandap melasma dalam tahap yang tinggi dan buruk pada waktu-waktu genting begini. Sebab itulah golongan wanita yang sedang mengambil ubat cegah hamil atau tengah ongoing terapi penggantian hormone perlu dok berbincang dengan pakar ginekologi to choose on the therapy yang boleh menghindar melasma.
Other rare causes of Melasma include allergic reaction to medications and cosmetics. Ha so korang hati2 ye pakai kosmetik tuh, check dulu sesuai idak ngan muka, kang bertepek lak Melasma!
The simtom of melasma ada tanda perang, irregular patches commonly ditemui kat upper cheek, hidung, bibir, atas bibir dan juga forehead. Ha cepat belek muka memasing. Ado idak Melasma korang?
So sekarang kamu sudah tahu apa itu melasma bukan, sebenarnya bila aku buat entry nih, aku baru teringat yang aku ada melihat sorang suspect yang sama seperti dalam entry melasma nih. Heās a male, a father and he works in KLCC. Sorry lah, ai wont be interviewing him for my entry purposes, tapi skin dia tu memang nampak like Melasma!
Malaysian kebanyakannya terdedah kepada 18 jam of UV radiationĀ di sepanjang hari. Ramai antara kita tidak perasan akan kepentingan protection against sunlight tak kiralah dalam indoors ataupun outdoors. Kerana itulah kita perlu memakai sun block setiap hari. Tu pentingnya tau gang bas merah. Aku pakai gak sunblock, tp aku pakai kat muka jer. Kat badan kaki peha tangan tu aku pakai lotion jor š
Justeru, melasma hanya boleh dikawal tapi untuk membuang dan menghilangnya seratus peratus, hanya boleh dilakukan dengan long-term maintenance treatment dan juga protection against sunlight, coz kemungkinan untuk the melasma to reappear several months later selepas kamu kena semula sun exposure.
So camne korang, dari gambar2 yang aku dah letak lam entry nih, u got the idea on the melasma kan? Now pi lah check kot korang ada Melasma ke tak, n nanti aku buat lagik entry on the treatment of Melasma.
Khidmat masyarakat pesanan Melasma Part One is brought by redmummy.com
Apr 1 2009 Wednesday, 7:30 pm
rehat2 memalam, aku tengok dia leka main ipod bapaknya…main game apa nih ek, yang keter lelumba tulah…berpusing2 tangan dia main menda tuh. aku nak pinjam seminit pun dia tak kasik…
aku sendiri tak pandai pakai ipod sirman tuh, even saya pernah promotekan the Iphone Maxis arituh, tp sebab bendanya bukan hak aku, lagilah aku malas nak belajar nak pakai. unless it s mine, so aku happy to use and learn the new gadget.
sama dengan IE and Mozilla, kat umah nih sirman dok pasak telinga aku suh pakai mozilla, sampailah satu ari aku cuba gak, and gila seii, sonok gak lah laju je pakai mozilla, applicationnya mmg lah sama ngan IE tp dia lebih frenly alam than the ie tuh sendiri.
mencuba menda baru memang aku agak payah, tp once dah cuba, aku pulak yang lelebih dari orang yang promote to me.
RM Recent Comments