Search Results for: tetiba

Short or Long trip?

IMG02679-20100913-1332

gah tak ke main ramai celebrities amik gambo kat kedai gambo passport nih. location di Pusat Bandar Damansara. Kalau dak aku buat kat tempat lain jer…but coz kita ada issue lain mai sini lah…masyallah manusiaaaaaaaaa ke main ramainyaaaa! ingatkan datang masa cuti raya orang tak heran, but penuh kooo.

dalam ramai2 tuh kan, semua artist dan mereka yang dikenali termasuk si roslin hashim tu lah wpun dia bukan pelakon penyanyi tapi sebab gf tua dia adalah pengarah filem yang bercontroversi, so muka dia pun terpalit sama, lagipun dia kan pemain badminton kita. Muka Kak Pah eii lainnya koooooooooo…. Muka Nabila anak Amy Search very the sweet macam budak2 jer, Datin Nina Juren bertudung…Rina Khan too.

IMG02678-20100913-1327

serasa aku KIPPAS nih ada kat Damansara je kot…lain branch dont think ada lah. but i m not sure yek. kita naik atas lah jugak kat 1st Floor, ingat malas nak pakai KIPPAS but nengok kat q beratur atas lagi hebat manusianya sampai nak duduk tak de tempat, rasa panas jer ado, ater orang dah ramai sangat, tak ke berkuap ko duduk dalam tuh. lari balik turun bawah, buat sendiri kat kiosk KIPPAS nih lagi senang…

IMG02681-20100913-1336

tapi dengan syarat ko ada semua particulars ni yek, btw KIPPAS ni untuk renew passport sahaja ya:

ko ada siap2 sudah passport photos, sekeping je cukup. ok ni melampo kalo pi renew passport, gambo passport tak ngamik.

1 photocopy of Mycard ko…original pun nak jugak yek. kalo ko pakai yang temporary Mycard, ye mintak mahap, sila pergi beratur kat tingkat 1.

Passport lama wajib ada yek. passport yg berchip sahaja ya.

Duit cash, 2 tahun = RM100 / 5 tahun for RM300. baru or renew sama jer harga.

knowing me yang pemalas nak berulang buat benda gini, alangkan driving license aku pun 5 tahun aku buat, inikan pulak passport, harus aku amik the maximum 5 years terus. I m renewing ek, dan ini adalah kali ke 3, or ke 4 aku mengrenew semenjak aku berterbangan ke luar negara.

IMG00422

sambil beratur tu ya rabbi panas betul bahang, lari masuk dalam dapat duduk, tepi kiri aku tu ada kipas, lega sket. baik punya akak Imegrisen nih bagi duduk situ…sedap betul, berangin2 badan…. and pastuh Sirman dok bising suh berdiri ukur tinggi…

wah…tinggi ai boleh naik ke?

muahahahahhaha

IMG00424 (2)

oklah aku ni cute jer taklah setinggi engko, but tinggi tak semestinya ko bagus **sentap nih orang mesti nak balik modal kutuk kerendahanku** janji secomel2 ai, ai ada ni, ai ada tu yang pentingggggggg, janji oi oi ni kuasa Allah ok.

yang penting gak aku lagi tinggi dari Audrey and Sheila Majid. hehhehehehe

i cannot tell u lah, sapa follow my twitter u know my height lah kan…

IMG02685-20100913-1406

Few hours later, my passport pun sudah siap….

can go fly fly

shop shop

sightseeing amik2 gambar

ehehhehehehe……

tak yah kecoh2 lah kita nak pi memana, aku pi mana2 tak heboh nak cakap kat orang. unless yang HK taun lepas kena shoutkan coz arahan penaja and nuffnang. wa nya pangai, dah sampai sana, happy2 baru wa shoutkan. busuk2 tetiba aku dah pergi, pastuh tetiba jugak aku dah balik baru tetiba kuor blog….like my Europe trip, Jakarta lagi hebat, langsung aku senyap in blog entry macam biasa jer gitu…rerupanya 🙂

kalau aku cakap aku pi mana kang, korang kata show off, tapi yang pi seberang tambak ke singapore pun heboh sekapal, siap bercanang2 buat 8 entries…oi aku ada passport, aku leh pi spore. ok upgrade lagi, aku boleh pi hatyai…. aku dah leh pi Batam!

Rehat jap yek from the raya stories, i shall continue it very soon….

Comment: 11

Selepas 3 Syawal…

IMG_2436

hehehehehe…

lama soi blog tak update, ada le update tp macam tak update jugakkan. raya pertama aku kat kl lah, tapi raya ke2 dan ke3 kami di Melaka so tu pasalnya takde cerita hot hot spicy. nak update gambar raya pun ngah macam tercungap, raya pertama je dah kat seribu photos, raya ke2 and ke3 pun korang agak2lah bape keping in total sumer. so sudahh…amik gambo yang ada siap lam draft, malam raya kita sambut birthday Gegirl just 4 of us…

IMG_2437

IMG_2448

IMG_2458

IMG_2459

IMG_2469

Sayang Gegirl Mummy!

She got a card from her brother, a kitchen set from dad and aku nya adiah dah kuor entry dah pun kan…on the same nite too their job too isikan duit raya…

IMG02511-20100909-2109

aku dah memang tak amik task ni dah. sume nih budak2 ni yang settledkan. Tahun lepas kita ada balance angpau RM2 sebanyak 60keping koooo! bersiap dalam sampul jugak. so tak yah kuorkan, aku tambah2 jer untuk yang RM2. pastuh diorang letak note untuk RM5 dan RM10. Note lain Sirman kasi sumbat.

Pagi raya bersalaman, selain dari anak2, aku pun dapat jugak duit raya dari Sirman heheheheh…even makpak aku pun bagi duit raya gak for anak menantu dan cucu. syokk! itu duit raya dari aku kecik sampai dah tua nih memang mak abah aku tak pernah culas beri….

wpun hanya RM10 dari mak abah aku bagi duit raya to me and Sirman tapi still duit raya dari mak pak gak tuh. berkat. sedap jeee baunya hahahahahha.

Duit collection raya budak2, abang dah awal2 mintak untuk beli toys ke apa yang dia nak, tapi aku tak allocated sumer pun, aku bagi dia 50inggit jer, selebihnya aku letak lam tabung haji dia. Adik nya plak tak pandai lagi nak main2 ngan duit, nak beli toys pun mintak2 duit lagi kat makpak nya.

IMG02510-20100909-2106

Tapi Abang best, waktu di Melaka dia nak beli senapang panjang, 10hinggit, bapaknya bayarkan. balik KL dia kuorkan duit raya 10inggit dia and bayar balik to bapaknya. Bapaknya sengih jer….Waktu di Melaka jugak ada abang icecream lalu, Gegirl ada 2 ringgit dalam handbagnya, dia beli 2 and belanja seringgit icecream utk abangnya jugak. Pastu abang dia bayar balik duit icecream seringgit to adik.

ehhehehehe…..

Diorg skang kalau terasa pakai duit sket jer, mulalah bayar membayar semula. Tau dok white gold earing Gegirl, sebelahnya tercabut. so harganya earing tu aku beli RM200. dah tercabut sebelah tak jumpa mana perginya aku cakaplah, kena tolak duit raya Gegirl RM100 coz hilangkan sebelah earing. Ok jer Mummy.

hahahahahaha…tapi pastu jumpa balik earing dia dalam kereta, tak jadilah nak tolak balik.

Tapi yang pasal senapang RM10 abang tuh, bapaknya tak heran pun kalau dia tak bayar, tapi dah tetiba dia teringat kan…molek ler jugak. Wui ko jangan, tahun nih punya duit raya collection, dia kira kaw2 koo…setiap kali dia dapat, he passed it to me, tapi dia akan kira dulu berapa yang dia dapat, in fact aku pun lupa sebab dah bercampur2, but sebab budak tu dok calculative, totalnya sumer dia ingat. Aku tak tunggu lama nak hantar duit diorg ke account tabung haji depa, coz anytime terus transfer via online jer….

Comment: 8

Buffet Ramadan INTEKMA…

IMG_1733

bukan berdua, tapi berempat 🙂

IMG_1814

2 tahun ko, 2 tahun INTEKMA cuba nak ajak aku buka puasa tapi memang tak boleh sesajar. tahun ke dua ni pun hampir tak jadi coz slot memang tak ngam. sampai bolehlah akhirnya itupun oh sedih, kami reached INTEKMA 5 min selepas orang dah berbuka.

so sib baik aku dah beli siap2 kat param karipap 3 inggit and ayam 2 ketul untuk kami just in case tak dapat sampai Shah Alam on time. memang patut pun, aku memanglah on time, tapi laki aku tu nun dari jauh, nunggu dia jer ke main lambat, 645pm dari Cheras nak kejar ke Shah Alam.

Jumaat plak tuh..ha paham2 je lah jem camne. Thanks to Amy from INTEKMA for the great hospitality.

IMG_1687

kita berbuka puasa di tepi pool youuu….

sekali pelapik meja makan sama merah darrrrrrr!

IMG_1694

gegirl cukuplah suka ngan kueytiaw, tapi boleh pulak masa first round memang banyak tapi bila dia nak tambah, dah abih ko. so aku ingat ok takde rezekii lah kan but bila chef tu cakap eh eh kita masak skang gak kak. wahh! kira dia bukan masak kol 3 petang, dia masak jam2 tu gak untuk korang. i love it lah!

IMG_1684

INTEKMA punya specialty are murtabak nih, sodap fav sirman sesangat, mee jawa INTEKMA, nasi lemak ayam berempah, sup ekor asam pedas and kambing panggang.

IMG_1698

tak yah risau hujan, makan kat pool nih dah siap bercanopy, tepi pool lagik. agak2 ko panas, ha sambil makan tu pi berendamlah lam pool tuh. tapi jangan marahlah kalau orang sume pandang ko kan, apakah ko dah gila, orang ngah bukak puasa ko nak berendam pulak yek. ko dah kenapa? cantik sangat nak berbikini plak?

IMG_1727

jemu makan di tepi pool boleh makan di atas ada dewan besar….banquet yang tetiba aku leh jumpa kaum kerabat…

IMG_1728

my biras and her family (husband dia is Sirman’s brother)…ada company dia engage bukak puasa kat sini, so dalam tuh pun ada keliling banyak buffet untuk buka puasa…

untuk solat ada kapasiti 100 orang di surau, ada kaunter zakat, dan tazkirah di setiap Jumaat & Sabtu

IMG_1748

tak pun dah rasa bosan makan kat dalam banquet boleh je turun ke pool and tarik meja yang orang lain dah balik tuh and sambung makan buffet di pool gak…macam family BIL aku nih lah. sakan kitorg borak citer segala….

untuk family abang ipar aku kat Amsterdam tuh, takpe takpe, nanti kalau ada rezeki baliklah Malaysia yek.

IMG_1754

sambil2 tuh boleh dengar celoteh MC or host, namanya Fuad untuk di pool nih, yang di banquet akan dapat live telecast gak, beliau akan menyanyikan lagu2 mengikut permintaan korang. dari lagu biasa, rock kapak, jiwang terhangat, dangdut mahupun lagu raya. lagu raya ni bila dah nak dekat raya, lagi happening lah weih! Semua chef di INTEKMA akan berada di buffet area jugak untuk serving kita, dan diorg pun nanti akan menyanyi sama. kira tempat nih memang takde lah protokol sangat.

macam orang kawin kalo kita pi makan kat hotel tuh, protokol gila kan? ha not for this, ko nak nyanyi sama pun boleh…

IMG_1771

atau ko boleh dedicate lagu untuk sapa2 kat INTEKMA buffet ramadan nih lah…yang kelakarnya aku dengo ada ucapan tuh..

Boss, saya tujukan lagu ni untuk boss semoga boss bagi kami cuti panjang dan kami  dapat bonus ye, raya dah nak dekat Boss!

muahahhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

satu INTEKMA dengo bang oi!

image

rambang tak mata ko! hai kalau baca entry nih sebelum waktu berbuka jangan ko coba2 nak culas puasa yek!

image

staff diorang peramah bangat, diorg akan sentiasa tersenyum dah cuba help kita bila kita macam teraba2 eh nak makan apa ek…ha lajulah depa suggest kat ko. diorg tak kenal aku RM lah, takde maknanya nak bagi special attention pung!

IMG_1671

INTEKMA Resort & Convention Centre is located in Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, 4000 Shah Alam.

IMG_1667

Sempat lagi nih kalau korang nak bawak kawan2 opis, or company nak buat buka puasa dan juga untuk family makan di sini, harga berpatutan tak mencekik2 sampai RM100++ kat sesetengah hotel. Setiap seringgit pula akan didermakan pada badan kebajikan dan rumah anak yatim. RM43 nett for Adult and RM22 nett for kids above 6 years old.

Buffet Ramadan ini hanya sehingga 9 September, 10hb orang raya oiiiii!  So kalau nak reserve ke hapa, boleh contact +603 5522 5001 / 5009 / 5066. Kalau korang tak de kawan nak makan kat buffet nih, boleh bawak RM, dengan syarat ko belanja. dah katanya ko nak dating ngan aku kan, so pendater (matiklah main suka2 jer buat english vocab kan, pastuh ada yang tazkirah ai hahahahahah) kenalah bayar for me. Murah rezeki korang 🙂

Tak pun kan, ko pi je makan sorang2 kalau ko takde gang, coz aku tengok ramai gak selamba je abang2 bujang dok sorang2 buka puasa sorang2, yang pompuan tak ramailah sorang2, pomp penyegan sket kot. dr makan sorang2 depa lagi rela tapau bawak balik.

FYI, INTEKMA nih suku sakat UITM kan?

so ai pun product ITM youuuu….. (still aku tak rasa sedap tekak guna UiTM). Menyokong INTEKMA tanggungjawab kita…cewahhhh!!! apa lagi korang yang product ITM? tak geti2?

Comment: 23

Dongak ke atas…

IMG01822-20100814-1106

mula2 kita dongak tengok mamat nih jadi technician, set lampu ni ada 3, setahun lepas pindah, yang tengah pecah sebab angin kuat giler sampai teroleng2 ha ko berderai. pastuh dah bape tahun dok VA, Sirman tengok lampu biru tuh macam dah retak antara lampunya. wah bahaya kooo! buatnya ngah sidai2 baju jatuh berderai. wah nangis. nangis je takpe, andainya kena kepala hah, letih insurance aku nak uruskan kes family aku nih kang.

so diamik cabut buang. terang benderang balkoni umah aku dah takde penghias deco lampu tu udah, semata2 ada lampu mentol kuning jer….

IMG01854-20100814-2027

pastuh diorang ni kan, si triplet, kalau orang ramai2 sibuk dok bilik abang, diorg pun sibuklah masuk sama. eh tak abang yang kurung diorg dalam bilik dia sebab dia nak belajar berteman. aku pun ado sama temankan abang tetiba tengok si kecik London tuh siap ke main keletah memanjat. wahh koo! dahlah tinggi tuh…

Sirman datang rescue amik turunkan dia…

IMG01821-20100814-0946

dia datang naik panjat lagi, kali ni panjat kat lampu pulak, and dok bertenggek gak kat atas net tu lagi, datang lagi Sirman rescue die, eii budak kecik nih. masalahnya kalo dia buat, kang yang lagi 2 kenit tu pun buat sama….

IMG01855-20100814-2027

ha kan, baik je dia dok atas tuh,dahlah mak meghah ni kemetot tak sampai nak capai dia, so datang ler lagi si Sirman amik dia dari atas tuh. diorg pandai naik, turun tak pandai, buatnya jatuh hah patah riuklah ko pulak.

IMG01857-20100814-2033

maknya tengok anaknya memanjat, maknya pun sama tak nak kalah, tapi sampai kat atas tv je lah, gamaknya sedor diri badan dah godang mana boleh nak panjat sampai atas tuh…

IMG01887-20100816-0452

oh they are happy family hehehehe….memang si triplets tu dah mula makan tapi susu maknya pun jadi pojaan gak. tapi sebab memasing dah besau, and cage tak muat so depa tak leh minum susu maknya dalam sekandang. bila kuor je dari cage, ha bertemu anak2 ngan mak terus rakus menetek….

but diorg kecik 3 nih kelakarlah, asal lepas je ke main lompat melompat2, bergusti sesajar…eii bestlah tengok moment2 ngan depa skang nih…syok tau! sorry lah yek those yang tak minat kucing, tapi saya sangat pencinta kucing and telling a story bout cats in RM is a must.

si Mozel masih lagi macam tu lah, aku pisahkan dia ngan triplets….

Comment: 19

Celebrities handbags di Astro Macam Macam Ada!

IMG_1439

LV

IMG_1453

Coach

IMG_1454

IMG_1455

these 2 nih yang artis meletup janda tuh, lawa betullah kurus je orangnya, anak sorang…aku dah lupa namanya, LV

IMG_1456

LV gak…

IMG_1666

artis blog di RM sendiri, carrying Chanel PST

**soon soon im buying the jumbo caviar**

IMG_1458

Gucci

IMG_1459

Coach

IMG_1460

sorry tak tau brand apa

IMG_1478

Zila AF with Gucci

IMG_1494

ni pun aku tak tau brand apa, empunya nih artis pelakon yang anak sorang laki nya baju melayu hijau tuh

IMG_1496

oo sorry tetiba lupa brand..tolong sapa tau?

IMG_1498

one of the big shot in Astro with Chanel medium size, caviar flap. heheheeh ni aku terer sket.

IMG_1501

the 2 big shots handbags

IMG_1521

dok tau…blue black

IMG_1655

Coach

IMG_1525

huh Gucci tunang si Jimmy Shanley

insyallah next week ada lagi satu invite yang involve the celebrities masa tuh, bolehlah aku share2 lagi yek, amboi suka korang yek tengok slot nih. sungguh aku suka betul slot amik gambar artists dan handbag, akhirnya impian tu tercapai gak wpun patut dari dulu mula sebab berpuluh attend invite yang cenggini but tu lah, skang Sirman pun tengok permintaan banyak so dia pun rajin je snap gambo.

I think moving forward aku takkan tulislah fake or ori yek, sebab sebenornya aku memang dah dapat sumber sahih on ketidakaslian sesuatu bag itu bagi setiap artists or orang yang bawak tapi takkan nak cakap terang2 pulak yang depa pakai fake kan, so biar je lah kita letak so that kita tau apa bags yang depa bawak.

hah ok? puas hati? macam biasa diorg nih artist bila berjalan ke mana tak geti nak pegang handbag sume main letak suh PA Manager depa jaga, so sapa2 yang berdiri baru sampai nak balik tu lah Sirman dapat snapkan. Erra Fazira bawak clutch, Ziela Jalil bawak YSL kot gold colour, Ekin bawak Gucci, tak sempat snap coz Sirman dah merata berjalan carik Rozita Che Wan..

Comment: 31