Day in abang’s school…

ai got a time off petang fri. aku kena ngamik report card abang kat sekolah. pagi2 sirman bagi aku duit utk bayo buku abang, tp aku muncung gak lah. dulu masa dia kat Texas aku gak uruskan hal abang, ni dia ada kat kl pun dia x dpt nak dtg. coz sibuk keje. makan ati ok laki gila keje ni.

dah nak2 petang, aku cabut dr opis pun around 5pm, so dingdong2 half n hour before that sirman called ckp he will be joining me to abang’s school. tau rasa bersalah lah tu kan. lgpun lam blog kat 30 org puji melangit dia tolong ai basuh pinggan kan.

so aku jumpa sirman kat near hajris, coz dia anto keter dia cuci and aku amik dia tepi jalan jer zasss pi sekolah abang. for my new readers, just fyi, abang is in Chinese School. jadi bila aku sampai ni, anak2 yang makpak x datang lagi dok kat dalam dewan, cikgu pasang C70, bagi depa leka tengok wayang. kelas sekolah ko bang kan.

lepas amik number, manghaik, sirman n ai antara makpak yang the last wooii amik report card ni. hiks! and masa sampai ni ada lagi 20 lebih lagi turns. since aku x makan apa2 lunch tadi, aku bawak abang makan kat near by gerai. lapau u, 2 ketul kari ayam tu aku bedal. oh Bariah anak Kak Mas VA my neighbour pun ada sebelah ai tuh. Kak Mas VA is also my blog reader, napa le sirman x snap gambo dia..hish!

pas makan patah balik ke sekolah….makpak yang kat luar kelas dok menunggu turn masuk jumpa cikgu. termasuk la aku, tp aku x nak dok luar, aku kan ngah sakit mata, panas weii..aku nak dok dalam, nak rehat tidur kat meja sekolah.

ha ko ni no 43 yang kami dapat out of 49 students. kira kami ni makpak yang ke 43 dalam kelas abang lah yang datang amik report card. very the lambat…mostly mak2 classmates abang ni housewives n dah namanya sekolah cina, 99% makpak cina gak, depa laju je lah datang awal. tak cam kitorg kena lari dr opis. tiap kali aku datang sekolah abang kan, makpak depa ni kalo pandang aku whuiii dr atas ke bawah….ahahahhaha perasan tol aku.

tu cikgunya ngah melayan one of the mothers gitu…masa ni baru turn number 30 lebih, aku n sirman sambil2 tu layan la Atuk Daniel (kawan baik abang). aku sian tau ngan Atuk Daniel ni, makpak Daniel tu pelakon, penari, artis lah gitu, tp x berapa gelemer kalo aku letak gambo depa mesti korang kenal. makpak dema sangat2 busy, Daniel ni tinggal ngan atuknya, he s the only child je x de adik beradik lain. ari2 pegi balik tuition register sekolah beli buku everything atuk Daniel ni yang buat. Adalah 3,4 kali je aku jumpa makpak Daniel..depa carik duit tak tentu masa cam opis hour kan, so sian gaklah tak dapat nak spend so much time wt Daniel.

itulah atuk daniel merangkap atuk angkat abang gak. Atuk daniel ni jaga abang macam dia jaga Daniel coz adakalanya kalo aku n sirman terlajak lambat, dia tunggukan abang sampai kami datang. adakalanya gak dia bawak 2 beg sekolah berat2 abang n daniel dr sekolah ke gerai makan near by sek sementara tunggu aku or sirman or abah aku jemput abang…

n pastu mata aku x tahan, bukannya nak tidur tp nak melelap je coz pedihlah sakit mata kanan aku ni… mata kanan aku masa ni dah mmg tahap2 kritikal sangat2 la..sirman ajak pi clinic aku malas degil gitu kan, ai nak landing atas katil je mls dah nak pi memana

when comes to our turn, sirman tolak suh aku ngadap cikgu. biasalah kan, sume bininya disuruh, dia dok tepi2 nyampuk sket2. ha gitu lama siotttttttt aku ngan cikgu ni. mainly 3 things lah that we discuss, pasal pelajaran of cos lah, aside cikgu ckp pasal abang yang tak geti dok diam. asik nak berjalan je pi tpt kawan2 dia. aku nak je ckp kat cikgu tu, abang tu dr dalam perut x leh dok diam, tumit kaki dia dulu masa usia kandungan 9 bulan boleh terkuor gerak kat perut aku tau. sirman siap geletek tapak kaki dia kat perut aku dulu coz dia sangat2 over hyper active.

pastu cikgu ckp abang selalu tinggal buku, x bawak buku. wah masa ni kan sirman sudah sentap! sbb kan keje2 susun buku sirman yang buat bukan aku…terus la sirman tegakkan benang yang kering. ko x pelik le kan, sirman dok susun buku tp tetap gak x de buku yg dia bawak. aku suspect ni mesti abang x kuorkan buku dr beg gitu bagai. pasni sirman nak belek lagi 200% buku2 abang.

kes rotan satu hal gak. kadang2 abang kena rotan, masa mula2 kena dulu, almost 1 wk kena aku jadi sentap tau, aku pi jumpa cikgu aku tanya nicely napa rotan abang. dia ckp sbb abg main2 x buat hwork gitu. tp aku x ckp details., aku angguk2 jelah. cuma bila jumpa kali ni, cikgu tanya boleh tak dia rotan abang, and tanya gak aku ni rotan anak tak. aku ckplah tak tidak aku x rotan anak2 aku. aku yell, aku shout aku scream but ai dont rotan anak2. sbb dia ingat family melayu selalu rotan anak…no cikgu, skang dah x kira bangsa, skang ikut memasing nye cara ngajar anak but sirman n ai dont use physical punishment to kids.

then she said, she wont do lah rotan2 lagi, unless aku bagi permission. ai told the teacher, dia dah mengajar berpuluh tahun, kalau rotan students boleh buat students jadi orang, aku terima. so kalau nak rotan gak abang kat tapak tangan, aku izinkan dengan syarat pakai ruler plastic not the rotan gajah yang halus tu. itupun kalau abang dah melampau2 tahap nak kena tangan lah, kalo biasa2 ko nak rotan gak…me of cos not happy.

as a closing conversation, ai gave a very miny tiny present for Loushi abang, for Teacher’s Day. sebenarnya aku dok lupa arini ari cikgu, aku dok ingat bday adik bongsu aku jer. coz dia dilahirkan sama ngan hari guru. masa kat sini aku nengok byk adiah cikgu ni dpt baru aku teringat. ciss..! so aku bukak hbag aku, apa yang aku leh bagi. since i m perfumes collector, sib baik ada 1 extra miniature aku yang tak pernah pakai tp dok lam hbag..x dan nak wrap ke nak apa aku terus bg cikgu tu. kira adiah aku mmg unexpected tol la cikgu tu dpt. suka tol dia. ha gambar ni dia ngah pegang miniature tu sambil senyum2 malu. alah cikgu, ai bagi ikhlas tau.

oh berapa numbers abang dpt, sangat ‘cemerlang’. he s in chinese school..for sirman and ai, it s a good number. sirman jangan lupa sign itu report card.

This is what ai gave to the loushi, from Estee Lauder – Bali Dream Miniature. the one that ai bought from KLIA, back from JB end of last month. bertuah la sapa jumpa aku pasni kalo x de adiah aku selongkar je hbag bagi miniature kat korang kan…wah! katanya.

Reminder to get some presents too for Ustazah and Ustaz di Sekolah Agama abang plak, definitely not perfumes lah, apa nak bagi ek? aku ingat nak belikan kain ela kamdar boleh depa buat baju melayu/kurung, nak pi kamdar je lah satu hal malas (ai hv membership card there)…..any idea apa nak bg?

Yes selamat Hari Guru to few bloggers, Heartless Devilsh, Bani Hashim, Su…. alah sapa lagi cikgucikgi ek?

Comment: 10

Bodyshop on sales!

dalam sakit2 mata, aku redah gak body shop sales…semua shower gel ada lagi for another a month, so x yah la kaup. aku carik mende yang murah2 gila ni. yang seksi nampak belakang baju putih tu, pelakon ke pengacara, tp ai x tau la nama dia hikss…

3 menda ni je aku beli. 2 body mists utk gegirl so dia x yah pau lagi perfumes aku. satu lg is my lip balm. body mists tu 70% sales, add up 10% lagi coz aku member BShop jadi 80% discounts!! gila x murah..

actually niat mmg la bagi gegirl tp more to buat spray rumah. mmg ada perfume umah tp suka lak aku spray ngan BShop ni….

oh satu botol lagi aku letak lam kereta, spray lam keter…gila wangi tol aku ni.

Comment: 12

Red in Green

….oh sapa lgi suka pink, myasefia, whoelse ek…ha tunggu bila aku baju tu la ye. this one bought kat spore, together wt kak ann shopper mama, sirman dok luor kedai masa the girls shopping. kasut tu antara kasut terawal eclipse aku beli, 4 yrs ago. tahan lama kena pandai jaga.

anw, mlm tadi mata kanan aku makin gatal dek ketumbit tu and bangun pagi ni masyallah dah naik sepet gatal jap2 berair and kuor sket2 taik mata. i refused to go to clinic wpun kompem leh dpt mc. aku ni kalo dah sakit teruk sgt baru la mc..setakat kaki jalan leh buat keje, aku poi la keje.

specially bila kena panas, terus menjadi sakit mata aku ni. so ai cancelled my lunch appointment which was supposed to be outside of klcc, suh kawan2 aku datang klcc je. aku x sanggup nak drive ngah panas2 tu, cant wear sunglasses gak coz ai didnt wear my lens, aku pakai spek dah katanya sakit mata. nak bukak mata beso2 pun sakit.

balik umah aku terus landing, member aku suh taruk garlic lah, onion bagai..tp ler bawang bagai dah abih. so sirman nya petua taruk minyak gamat. sapu la sket kat kelopak mata, sbb dah makin bengkak seiiiiii….

takleh tengok pc ni lelama lah, sakit mata ai. dinner plan malam ni pun cancel, aku nak merehat. renyah orang kata, rasa nak menggaruk je tp pedih lagi. hopefully by trow tak bengkak or at least takde gatal2 lg dah. this is not conjunctivitis.

eh kasut beijing lom close deal yet..nanti2 aku blog pasal tu. takut korang x online lak kalo aku update entry kasut beijing over the weekend ni..

Comment: 15

Yellow cardigan…

cardigan kuning ni aku beli masa kat beijing, cheap2 one jer..tp sangat nampak mahal. fifin tunjuklah, dia dah cuba hilangkan tampuk2 itam tu tp tak boleh jugak. sodih ai. baju2 keje aku mmglah fifin basuh tangan sume, tp masa dia sidai, rupanya ada seluar ke skirt aku yang kaler gelap telah terkena sipi2 kat cardigan ni sampai jatuh warnanya….

oh kat spore aku ada beli 2 cardigans ijau and pink..

baju jer…dan setaun pun usianya, kalo smlm beli arini turun warna mau ai pendam ati gak. aku x marah fifin pun, aku sayang sgt fifin ni, dah macam adik aku. she s now working 5 days a week wt me, aku happy, dia pun happy ngan ongkos yang berlebih.

fifin so far is the best helper ever that ai have. helper aku yang nick kakak dulu pun best jugak, tapi sebab mulut kakak agak murai, so fifin on top lah dari kakak….hiks.

how to get this kind of helper, mungkin rezeki nasib kita. aku sangat2 lah berharap yang fifin will be wt us, forever, tapi mana lah tau dia kena pindah jauh jugak. buat masa ni, dialah pengarang jantung hati ku…

Comment: 2

Cik Black datang lagi…

gila x handal kucing itam ni. dia leh datang umah aku, bau kuat woo..camne dia naik aku tak tau lah, ikut tangga kot. lauk pauk pun dah habis, so ada belen keropok lekor n nasi putih, ha tu je lah makanan yg aku leh serve. abang dah tidur masa ni, kalo idak sanggup dia meneman. dah kenyang…balik menonong la si blackie kan, bukan geti dia nak blah tq bagi salam pun.

gegirl tak berapa heran la ngan kucing. abang je yg mekak2 nak bela kucing…sian la cik itam ni, lapar tol dia. aku koyakkan2 keropok tu kekecik bg dia senang makan, ni kali ketiga tau dia datang. kali pertama aku layan angkut bawak naik atas. kali kedua masa fifin sorang2 kat umah dia datang, mati2 fifin takut ingatkan kucing jadian..hiks. bila aku explained baru lah pucat fifin ilang.

untuk peminat gegirl…sweet smile from her to you 🙂

nampak tak anak dara aku tu? aku tau lah sumenya merah, baju dia pun merah..gigi dia yg putih rambut itam tu melampo la x nampak kannnnnnnn……

Comment: 8