Hyperactive child…

di tengahari yang sejuk kat klcc, ujan kan…ada rombongan cik kiah dari kindie cina to klcc…meriah gila. sebagai seorang ibu, melihat situasi ini agak biasa pada aku, tp pada ms lemb yang masih berusaha utk mendapat cahayamata amat menakutkannya 🙂

seronok tengok budak2 ni tp paling kepoh cikgu depa lah. wpun cikgunya cakap cina tp kerana keriuhan siap kuor suara paling tinggi tu. mau nya idak, budak2 ni umur lam below 6 years, haruslah setiap cikgu pegang 6,7 students sorang.

dedulu masa zaman abang kat kindie ada gak sekolah dia buat rombongan cik kiah camni. pi kilang coklat lah, pi zoo lah, so on…tp sirman and ai x approved pun.

mengenali abang yang susah nak dok setempat x perlulah aku nak let go dia pi rombongan2 camni. alangkan ngan kami makpak nya pun dia pernah ilang, x sanggup lah aku kalau cikgu nya kang nak kena tangkap dia pegang dia saja.

kalau korang masih ingat, kat blog lama ai ada cerita, sejak umur abang 3 taun lebih till last year lah, ke shopping complex gitu kena pakai tali yang khas for mom and child. yes aku terpaksa pakaikan abang, hyperactivenya over sesangat. dia pernah hilang kat midvalley, kat jj, kat jj maluri, tempat2 gah besar shopping complex gitu.

yang buat aku terus beli tali tu bila kami were in alamanda putrajaya utk buka puasa. x senang aku nak bukak puasa ngan geng sirman bila dia asik ilang jer. so aku kejar dia, bawak dia berjalan kat lam kedai alamanda tu, and jumpa the Mother Care’s shop, jam2 tu gak aku beli tali tu.

mungkin orang akan kata kita zalim, macam anjing je kita pakai tali tu kan. look, think positivelah sikit, Adik Yin contoh terdekat..ingat lagi kan? untuk anak2 yang hyperactive, u ve got no choice, ko pegang kejap kita leka, dia boleh mengular.

so kalau aku x bawak tali, either aku bawak adik2 aku sekali arung masa kita soping or aku x bawak budak2 ni masa ngah bersesak ramai2 tu.

but alhamdulillah, skang x perlu dah….gegirl mmg takut sket kalau kita x de ngan dia, tp abang dah pandai but still x leh leka. children’s mind ni ko bukan leh caya.

mana ko nak, ko ilang anak kat soping complex lagi or ko pakai tali supaya anak ko x ilang? tapi kalau anakmu jenis yang sopan santun x perlulah…ai kenal anak2 ai, abang mmg x boleh nak behave sangat. badan dia gatal je kalau kena dok diri setempat, dia mesti nak explore je benda memacam yang ada kat pala otak dia.

anw pada yang x tau..ni gambar lama aku ngan abang masa we were in beijing last year, that tali yang kaler ijau tu…(they dont have in red) kat negara orang lagilah aku pakaikan tali…….memula pakai tali, hati kena kuat lah, tp lepas tu dah jadi immune. skang kalo pakaikan pun, dia pandai bukak balik….

apabila tali dilepaskan …lihatlah dunia

sakanlah abang n gegirl meneroka alam…

Comment: 10

Red Blur…

something is wrong wt me…

semalam aku landing kat katil abang, menemankan dia tidur, hari2 dok mintak tidur kat katil aku lah, mana lah muat, kalo sudah berempat, sirman lari tidur kat hall….fri and sat nite bolehlah dia mengempit kat ketiak mak nyer, ari sekolah biasa kena la tidur kat bilik sendiri kan.

bila abang dah lena, baru aku belek telek blog…la ni aku siapkan 10 entries terus, ada gak satu 2 entries aku tarik balik…simpan for the next day. 2 hours mengadap blog, enaf mata aku mmg dah x larat nak bukak. lom 1130 mlm ai dah membongkang ye. sbb tu lah korang tengok banyak je entries skang, tah lah napsu aku kata ‘buat entries bebanyak, so aku buat lah ikut kata rasa hati akai otak ai’. it s auto publish, ai think ada reader sorang baru tanya kan napa cepat aku siapkan entry, aku dah siap2 kan, selang 1 to 3 hours mesti ada new entry. insyallah.

ngah tidur datang sinus, ngan kata tepatnya resdung! huh…

pastu bangun2 ngan malasnya, pi anto abang to sek agama. at first aku nak beli kuih cam biasa, makcik kuih x meniaga lah pulak arini. so aku menonong je drove the car to one the left..nak hala ke tun razak. eh eh eh..anak aku ada kat sebelah. wah sib baik aku sedar diri, sebelum sampai sek teknik aku cilok masuk ke smss punya jalan kecik tu. doi…abang geleng la pala ngan mak nya, blur hapa.

dropped him kat sek agama, aku patah ke opis..half way..kelutap, satu button baju aku tercabut. sib baik ko tercabut masa lam keter. buat nya aku x sedor menonong la maintain diva naik ke opis, mampusss…lagi gila malu dibuatnya!

kat parking klcc, aku menjahit for less than 3 min..simpul jahit mati pintal. siap. janji ko x loose out lagi dah.

masuk opis, just before and after lunch, 5 orang cakap mukaku pucat…

darah muka hilang kot..kata red flag kan.

n crap…just about to leave office, sebutang lagi baju tercabut! dey..baju ni mmg lah… tapi syukur butangnya tercabut masa aku sedor. kalau x sedor gak camne..ha padanlah muka!

kat opis pun aku ada set benang, jarum so on. bukan susah, pi hotel kan melambak set2 benang jarum depa bagi kan, amik je lah.

ada ke patut masa aku simpan set benang jarum kat lam dashboard keter dulu, sirman kata buang tebiat hapa simpan lam keter. so this answers my buang tebiat ye sirman. awak x yah risau butang bagai, kot tercabut butang leh ngadu kat bini, ai nak ngadu kat sapa..

tol tak?

**entry ni patut kuor at 10pm tonite, aku mmg blurlah…terletak timingnya waktu pagi, tu pasal lilred dah commented awal2. eiii!! kompem aku ngah blur!!!

Comment: 4

Sirman and Red Diva…

wah bercerai2 gambo gitu kan…hiks.

gambo ai tu ngan bf lama ai kot, dah putus beria le dia pulangkan gambo aku balik. bf lama aku tu very well known lah, tapi saya x boleh lah blog detaily pasal itu coz nanti kang ada hati2 yang terguris kan. tapi kelakornya mamat tu bedullah, dah gaduh tu dahlah, tp siap kerat2 gambo aku tu yg aku tak tahan tau.

pastu yang aku pun biol gak, pi gaduh ngan sirman, pun koyakkan gambo putus putus hiks… ni masa baru2 bercinta lah, gaduh sket nak putus. mengado ngado.

gambo ai ngan dia yang pakai baju putih tu jer, gambo lelain tu dia ngan awek mana tah, berbulu le aku nengok wpun ngan awek lama kan. ehcehhh….

skang mana de potong2 gambo dah, cuma agak sakit tekak lah nak suruh sirman and abang mengamik gambo. org lelaki mmg gitu, remeh temeh ni kosernya dema..nak senyum pun ala2 malas jer. tu abang lah tu…

ai ngan gegirl gak suka say cheeseeeeeeeee……….. !

 

 

Comment: 7

Leher ayam…

wah leher hayam!! minat tak? ni my fav dari aku kecik sampai dah tua bana…

tp for this portion, aku makan satu pc je lehernya, lelain si gegirl yang belasah. gegirl tu cam mak nye lah, leher ayam, siput sedut semua jadi pujaan hatinya. kerang udang pun fav aku gak, jadi minat makannya.

nak lah cite satu kisah, masa tu aku masih lagi berdarah manis ngan sirman, ngan family sirman sume lah. nenek sirman pun ada gak tau. knowing me yang gila leher ayam, aku pedulik hapa ngan org ke kan, so ada lah tuan rumah yang kami pi tu dok ngidang leher ayam, dpt lak kari ayam, kalau tomyam letak leher pun sodap aku telan. so bnyk la leher2 yg aku amik, br aku nak masuk mulut, dah pegang ngan jari ye, nenek sirman cepat2 rampas leher ayam tu dari jari jemari ku..

duh…napa nek?

mana boleh ko makan leher ayam, nanti teleng2 kepala tu atas pelamin

memandangkan nenek mertua kan, so kutelan saja air liur tak dpt merasa leher ayam tu. tp belakang depa, aku bedallllll 🙂

tak tau lah napa org kata kalau anak dara lom kawin makan leher ayam, atas pelamin nnt teleng2 pala kan…sbb nya bila aku atas pelamin, tegak diva je pala aku 🙂

kerana itulah aku x kisah anak daraku makan leher ayam, sebab sejarah mak nye tak terbukti pun leher terteleng2, kan sirman kan? ai tegak maintain je atas pelamin yo!

 

Comment: 13

Edmunser…

new arrival from Eclipse, nak gelak aku tengok the top 3 punya shoes tu..kalo x perasan mmg korang ngamik. tp ai terus gelak..ada ke patut design tepi2 dia tu ala2 egypt kubah yang kotak2 tu…doiii!

nxt door of Eclipse is Edmunser…saya bukan peminat belt, Ms Lemb suka benor ngan benda ni…dia suh aku snap blog kan…

hbag merah yang kecik atas tu, dah 8 bulan on display for sales…hampir2 aku nak ngamik, team lama aku nak belikan for my farewell dulu, sib baik aku x pilih..bila dah tengok lelama, aisay..cam x cung plak

coz i m more interested wt this red hbag..RM119!!

aku x amik, dont want to invest and spending anything now..

ada sapa mau beli as birthday present? my bday is just around the corner jer 🙂

 

Comment: 10