Nov 12 2008 Wednesday, 7:00 pm
Bersama Mak Merah & WAU…
Salam Kak Red , saya nak mintak tolong akak siarkan nota di bawah ini sama ada di dalam BMM/WAU.
****
Suara hati seorang penulis yang ditindas.
Salam, saya bukanlah penulis yang terkenal dan saya baru ada satu novel di pasaran bersama dengan deretan enovel di blog saya.
Lama saya fikir dan ambik keputusan. Mulanya malas nak heboh-heboh tapi makin diperam makin sakit hati ini. Siapa yang tak sakit hati kalau ditindas oleh Manusia yg dalamannya hitam berkarat.
saya bertungkus lumus untuk menyiapkan satu novel yang diterbitkan oleh syarikat Nylea Publishing.
Ownernya berbangsa melayu dengan nama konon2 glemer ‘LIANA AFIRA MALIK’ telah menipu semua penulis di bawah syarikatnya. Dia juga seorang penulis di syarikat terkenal, pernah melahirkan novel tertebal bertajuk Puteri Lindungan Bulan.
Saya dan semua penulis lain tidak dibayar royalti. Bayangkanlah betapa sakitnya hati saya ni. bila usaha kita memerah otak, ya mungkin orang akan ingat tulis novel tu macam berangan atau bersifat khayalan semata-mata. Tapi orang tak tau betapa susahnya kami ini mengadaptasikan fakta dan khayalan untuk menjadi satu cerita.
Syarikat penerbitan ni dah ditutup dan saya dah guna semua media untuk mencari dia melalui email/ sms/ telefon/ surat semuanya tidak berbalas. Geramnyer… saya dah tak tahu nak buat apa lagi. Nak repot polis, bukti tak cukup.. Tuhan aja yang tahu betapa geram dan sakitnya hati saya bila kontrak yg sepatutnya dihantar kepada saya tidak dihantarkan.
Saya merayu kalau ada sesiapa yang kenal dengan manusia penulis Liana Afira malik atau nama penuhnya Juliana Sukma Wati Binti Abdul Malik. Kad Pengenalan 731228****** atau A26****8. Alamat terakhir di Bandar Baru Selayang.
Tolong hubungi saya di syg2da@gmail.com kalau anda kenal dengan manusia seperti nama di atas ini.
Buat pembaca BMM/ WAU ini…
Buka mata luas-luas. Besarkan telinga dan dengar diam-diam. Tarik nafas dalam-dalam dan tak payah cerita panjang lebar…
marilah kita memboikot semua novel keluaran Nylea Publishing yang berada di pasaran. Semua!!! walau pun ceritanya sedap. Kalau teringin juga hubungi terus penulisnya dan beli novel dari mereka, kalau masih ada stok ya.
Buat Kak Red and manager, terima kasih kerana dapat menyiarkan slot ini. Sekurang-kurangnya saya dapat mencari dimana dia bersembunyi bersama dengan duit royalti yang berkepuk-kepuk itu. Saya cuma mahukan hak saya hasil titik peluh saya.
Buat pembaca blog redmummy, maaf saya dah mencuri banyak masa awak semua.
Shana
RM Recent Comments