Ferragamo – sebulan hadiah pemergian

Kuala Lumpur-20120608-00322

Sebulan pemergian ke Thailand, hadiah dari RD.

hari ni suamiku pulang dari Thailand

**fliphair**

tapi sedihnya, he ll be off again to Germany

🙁

Comment: 21

I really need a break!

48hours sponsored post

Seperti yang korang dah maklumlah kan, hidup aku sekarang ni memanglah tersangat hectic dan busy. Sibuk dengan my fulltime work during the day, malam pulak dengan mom’s duty, lepas tu jenguk blog buat entry pulak. In between sikecil RB tu need attention pulak plus the other 2 kids, Abang and Kakak. Itu belum kira events nak kena attend. Tambahan pula RD is outstation belum balik-balik lagi. Huish memanglah tersangat capek sekali kalo nak dibayangkan. Tapi apa boleh buat, that’s my life and so far so good, I still can manage.

 

Even to catch up with my girlfriends pun tak kesempatan sekarang ni. So aku rasa aku really deserve a nice and relaxing break from all of this, and spend some quality time gossiping and chitchatting with my girlfriends while my body is being pampered.

For that, I’m so excited and tak sabar nak tunggu for our day out soon. My BFF says she heard about insider news that there will be a really great deal will come out soon for an exclusive ‘Body Re-energized Program’ worth RM 500 for just ONLY RM8.89!!! Sebagai carreer woman plus a blogger, memang sangat sesuailah dengan aku yang sangat-sangat memerlukan this sort of program, to re-energized my body ni. She said she will definitely secure us this program yey!

Dan kalau korang pun nak jugak grab this great deal, be ready started from this Wednesday 27th June log on to Capital FM di mana sebanyak 1000 deals sahaja akan dijual bermula dengan harga serendah RM8.89! Each deal will be entitled for a ‘Body Re-energized Program’ worth RM500. All thanks to Diva’s Official Pampering Partner: Beauté Library.

 

Dan dari 1000 orang buyers tu nanti, 10 orang akan dipilih untuk bersama-sama to join Capital FM’s Viva La Diva Day-Out di mana each winner is entitled to bring a friend for an exclusive day out with Capital FM Announcers. Dan kalau korang terpilih sebagai 10 orang bertuah tu nanti, you all will get more exciting because not only boleh join Capital FM’s Viva La Diva Day-Out tetapi juga dapat menikmati…

1.    RM500 Shopping vouchers (Parkson Malaysia)
2.    Gourmet Treat (The Food Studio)
3.    Brunch (twenty.one tables + terrace, BSC)
4.    Pampering season (Beauté Library)

 

So keep yourselves updated by listening to Capital FM and if you all bukan dari area Klang Valley boleh tune in secara online di link CAPITALFMAAC. Dan kalau korang an iPhone ataupun Android users, lagi bagus boleh terus download their mobile app dari App Store dan Google Play.

vivaladiva-groupon-04

vivaladiva-groupon-01

vivaladiva-groupon-02

vivaladiva-groupon-03

vivaladiva-groupon-05

vivaladiva-groupon-06

vivaladiva-groupon-07vivaladiva-groupon-08

Capital FM, radio station that stands for fun, roles of womanhood, independent, woman’s take on the fast moving and upbeat pace of the multicultural city of Malaysia! They knows all that, and giving us woman the chance to have that all-paid-for pampering day out!

So, don’t miss your chance girls!

Khidmat pesanan masyarakat Capital FM is brought by Redmummy.com

 

Comment: 12

Buffet Ramadhan @ Tropicana!

 

IMG_2359

Pejam celik pejam celik tak lama lagi dah nak masuk bulan puasa. Bulan depan jer dah puasa wei. Memang rasa cepat jer masa berlalu. Ha korang hutang puasa dah bayar ke belum tu?

IMG_2388

Dah kalau dah bulan puasa memang tak sah lah kalau takde Buffet Ramadhan kan… So baru-baru ni aku sempat gak pergi menjamah dan menjamu selera dengan menu berbuka puasa Buffet Ramadhan @ Tropicana. Bukan aku sorang jer, aku ditemani gak battalion bloggers lain, Kid, Hilal, Beautifulnara, Sid dan Lyn Yusof. I extended the invite to orang lain gak tapi ada yang tak turned up. Rugi la hangpa, kitorg pasnih dapat bukak puasa with our partner memasing kat sini bulan Ramadhan nanti.

IMG_2382

Spread makanan dia cukup punya banyak tak terkira. Dari ulam-ulam kampung sampailah ke western food semuanya ada. Ikutkan hati memang nak jamah semua, tapi kena control diet gak hiks. Tapi kalo jamah secuit dua tak la rasa guilty sangat hehehe. Yang penting kena merasa, tak nanti menyesal pulak 🙂

IMG_2373

Susun atur kerusi meja makan pun quite selesa dan a bit loose, so senang nak gerak pi ambik makanan. Tak le dok bergesel-gesel celah-celah kerusi hiks. meaning kalau bawak stroller for baby (like me and Nara’s case) emangnya enteng dong!

IMG_2369

Ha sempat jugak aku snap menu yang akan disajikan untuk Buffet Ramadhan @ Tropicana ni. Sambal Udang Petai dan Gulai Kawah yang tak tahan meliur tu. Bukan lauk kampung jer ada, Hokkien mee ada, shushi pun ada, ha even BBQ pun ada. Memang terliur!

IMG_2371

Prayer rooms confirm memang ada and even Shuttle Service pun disediakan. Parking space memang cukup gak. Tapi yang paling best siap ada Easy Payment Scheme tu untuk pembelian melebihi RM500! And the price pun quite reasonable and worth it if compared what you’ll get nanti.

IMG_2358

Ke Tropicana kita nanti untuk buka puasa jom 🙂

Yang sedihnya, aku nak pergi pun bawak anak2 jer lah…laki den wont be around during the fasting month. heh, sapo nak ikut kak red, den leh bawak teman nih….

Comment: 30

Astro My Hometown

 

Korang masih ingat tempat melepak kegemaran semasa kecil? Gerai yang menjual kuih-muih kegemaran korang? Ataupun suara kuat makcik di pasar? Actually itulah antara kenang-kenangan dan tempat-tempat istimewa kampung halaman kita yang menjadikan zaman kecil kita senantiasa tersemat di dalam hati. Tul tak?

Bersempena dengan kempen Negaraku tahun ini, Astro meraikan semangat 1Malaysia melalui inisiatifnya iaitu, ‘My Hometown’. Inisiatif ini diadakan sudah semestinya untuk mengetengahkan pelbagai budaya dan warisan kita di Malaysia. Korang semua dijemput untuk menghantar video dengan memfokuskan kepada betapa menarik, pelik, kisah-kisah dongeng, lagenda-lagenda tempatan ataupun cerita lucu kampung halaman korang tu dan secara tak langsung mengapa ianya berkait secara peribadi dengan korang. Rakamkan kenangan-kenangan manis di kampung halaman korang dengan mengetengahkan kisah-kisah unik dan istimewa yang membezakan pengalaman korang dengan yang lain.

Video yang paling kreatif akan disiarkan melalui saluran ‘My Hometown’ (Saluran 318) dari 31 Ogos ke 17 September 2012 untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia. Astro menjemput semua rakyat Malaysia tidak mengira bangsa, jantina ataupun umur untuk berkongsi kenangan secara kreatif dan mengenang kembali zaman kecil kita.

Sebagai tambahan kepada kempen ‘My Hometown’, Astro turut memperkenalkan ‘My Hometown Short Films’. Inisiatif ini ialah satu projek yang memaparkan 14 filem pendek yang setiap satunya meliputi 14 negeri di in Malaysia. Projek ini diarah oleh 14 pengarah filem muda dan memberi fokus kepada kenangan kampung halaman mereka. Setiap pengarah filem yang berasal dari negeri yang berbeza ini akan merekodkan pengalaman di kampung halaman mereka yang akan menghasilkan 14 filem pendek yang berbeza dari segi persekitaran sosial tetapi menjurus kepada satu objektif yang sama iaitu rasa cinta terhadap tanahair mereka. Sebahagian daripada pengarah-pengarah filem ‘My Hometown Short Films’ ialah are Sharifah Armani (Kuala Lumpur), Rewan Ishak (Perlis), Adrian Lai (Melaka), Shanjey Kumar Perumal (Perak) dan Ramdan Che Hassan (Kelantan).

 

 

Semua rakyat Malaysia digalakkan untuk menghantar kisah-kisah ‘My Hometown’ masing-masing yang menggabungkan budaya, bahasa dan lokasi di Malaysia di dalam bentuk video (tidak melebihi 5 minit). Video perlu dihantar ke Astro Broadcast Centre at Bukit Jalil sebelum 8 Ogos 2012 atau dimuatnaik di www.astro.com.my/myhometown

Jadinya korang, jom kongsikan bersama keunikan dan keistimewaan kampung halaman kita tu. Kita tengok kampung sapa yang paling best hiks 🙂

 

Comment: 10

360!

 

photo-1

anak korang kalau tempat2 asing pada dia gini, dia galid tak?

ha gitu ler RB, asal pergi tempat yang bukan rumahtangga dia, memang muka dia suspicious jer….

di mana aku nih

napa pompuan ni baju putih semedang

apesal mak aku letak aku kat sini

apesal dia ukur2 aku nih

hujung2 nanti…aaaaaaaaaa dia cucuk aku!!

kehkehkeh…..Zeeshan Zeeshan 🙂

photo-2

beratnya tak berapa baguslah. aku pun rasa dia ni minum susu tak banyak. Wpun susu badan mak ko banyakkkkkkkkkkkkkkkk tapi dia sangatlah tak berapa rakus nak minum. Kalau masa aku ada tu memang melekat le kan tapi bila dari botol tu memang dia jarang sangat nak habiskan. Unlikely masa abang dia baby dulu, senapas jer dah habis. Kalau RB ni ya ampun, sambil minum boleh ngekeh2 lagi. Pastu kalau lambat bagi susu meraung macam kena picit2.

So tu yang paed tak happy with his berat badan, wpun consider berat tapi stilllllllll tak cukup kot. yelah doctor knows best, wpun staff nurse kata ‘eh dah ok le ni kak red berat gini’

photo-3

kenapa aku berdiri?

coz ada bapak2 yang tak geti nak bangun bagi mak2 yong yang memboyot duduk, or even ibu2 yang mendukung baby. Bini korang yang mengandung, tapi korang tu sihat kan? tak boleh bangun ke bagi mak2 yong yang tak dapat duduk tuh and mak dokong anak ni duduk. so teruk ler bapak2 nih…

siap ada yang ke main sedap bersilang kaki.

semua 1Malaysia tuh.

hangin je aku tengok. tu yang aku berdiri jer….dah jeling2 pun tak paham gak. dah aku berpusing jalan depan belakang depa pun tak paham gak. Ramai ok mak2 yong yang berdiri tak dapat duduk….betul buta hati ler bapak2 nih. Ko boleh bagi bini ko duduk, ko bagi le jugak bini2 orang lain yang memboyot tu duduk sama gak.

photo-5

bila dah sampai sini kan baru aku teringat napa le tak bawak bobawrap dia! sebenarnya dah ikat tapi salah pulak, i was so in a rushed so bukak balik and dukung je dia. pastu menyesal napa le tak terus je bawak coz penghujungnya ai spent 3 hours kat sini and 3 jam jugak mendukung RB!

RB sesekali je hokhek, specially masa kena cucuk……

lain2 he s been good. siap tidur sepanjang sejam lebih tu gak dalam 3 jam kita kat situ. cuma lenguh je le tangan aku kan…

photo-6

 Selamat dia tak demam hari tu wpun paed cakap memang cucuk 5 / 6 bulan nih akan demam. Alhamdulillah coz aku balik tu tuam2 dia and his next appointment will be end of this year, or early next year. Genap setahun RB nanti. Nak menunggu ubat hem….bercinta btul.   Habis je dah jam 2.30pm, punyalah lama kau! so aku tak sempat jemput budak2 dari tuition aku dah anto subs pi jemput anak2 yang 2 orang lagi tuh and aku tau akan lambat untuk sampai for sending them to badminton session. so maafkanlah mak ko yang tak cukup masa nak menganto.

They are ok.

So aku anto RB naik rumah, and turun balik with abang. Kali ni pun banyak tempat nak dituju. Memula ke Lunatots, pastu ke bank, cash aku dah naik kering minggu lepas, then singgah kedai sukan beli kasut sukan abang. Kasut badminton dia, budak bertuah ni tertinggal kat summer camp dia kan, so ha…merasalah kena beli baru.

photo-11

Tak cukup ngan tuh, dia tertinggal jugak pencil box harta karun dia kat sekolah, dah hilang. Pergi pulak singgah Postmart kat situ memang dia seronok ler beli maknek set isi pencil box dia, aku tak tau apa yang dia amik coz aku pun mencapai sama untuk Gegirl, total up was RM60!! itupun aku lari gak pi kedai sebelah beli pulak fuji epal RB.

Then akhirnya dah jam 5.30 petang baru selesai semuaaaaaaaaaaaaaaa kerja.

and aku terpaksa missed birthday party boss The Photolicious coz RB walaupun macam sihat tapi hanya aku je yang boleh monitor dia, not my other family members….

photo-12

dengan ke hulu ke hilir, penyudahnya Sunday memang tak keluar langsung…

aku berkepit je dengan anak-anak.  n mesti korang nak tau sapa yang mengamik gambar sepanjang aku kat spital and semua2 ni lah…i have engaged a personal assistant/ driver on that particular Saturday. Never in my life untuk terpaksa engage personal driver but that day aku memang terpaksa coz aku malas nak pikir hal parking, hal bawakkan barang bag bagai while i m attending to my kids. Jadi untuk personal driver akak for that day, terima kasih kerna menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, insyallah ada job lagi akak panggil yek. Biasa kalau aku takde nak pergi banyak tempat hulu hilir ni memang aku buat sendiri but itupun aku engaged driver pun sampai ke petang penyudahnya….

pastuh GBM bengang coz aku tak engage depa hahahaha

oi…ni very professional one. korang kang kalo drivekan akak ada gak korang bergossip, kang Mem beso lagi bising kat belakang tuh.  bukan korang je, adik beradik aku pun pelik napa tak panggil depa, but takpe lah….diorg pun ada hal diorg.

Sian anak2 gak penat kulu kilir kalau aku bawak angkut semua sekali harung, dahlah that Saturday, jerebu ya dasyatnya….

yang pastinya, insyallah aku kuat boleh lagi buat semua ni sorang2. ada jugak bantuan dari my family members. Mak mertua aku pun dah balik, but i have my niece and adik beradik and also my mak ajah yang ramai sangat kat rumah aku tuh, meriah. Hey Sirman, balik copek ler encik weih, tolong slow down sket travelling tuh…kang RB tak kenal bapaknya kang.

budak kecik tu asal aku hilang je dia dah mula pusing meniarap 360 darjah carik mak nya ok! u have missed that a lot RD!

Comment: 18