Posts by :

Golden Shoes

IMG11568

kasut anak buah aku nih..

amboii cantik nya! kasut emas gitu…

cam main bolasepak, penjaring terbanyak dpt kasut emas kan…

dulu masa aku takdak anak lg, lom kawin, dia lah yang aku usung ke sana sini. skang dia dah cantik, dah jadi anak dara manis, tinggi melonjong2…kasut pun ke main remaja belia….

aku pakai kasut camtu boleh…

tunggu aku sepak bola lah

eh aku nak jual gak kasut futsal aku! mau??? gold gak kalernya, size 5. nak nak sapa nak? aku jual emm cincai jer, nanti aku tepek yer…

Comment: 5

RM’s new Lenovo Ideapad S10-2 mini Lappy

IMG12241

kita jumpa kat MV petang nih…we buy Lenovo

ha? tak penah dengo pun brand tuh

tu lah asik ngan brand lain, Lenovo tak nak amik tau

worth to buy?

yes, either lenovo or toshiba, then only kita amik HP

IMG12245

aku smpai pun sangat lambat, sirman dah buat tawaf kat most of the shop in MV nih, 2nd floor ye kowng kot hangpa nak carik sama gak. he dah buat study pasal the mini dell since korang bagi idea komen lam my mini lappy’s entry arituh. thanks kat korang coz pasal korng sirman buat research gegila. nak suh aku buat research, haghammmmmmmmmm tak kuasa nak amik tau.

aku tak arif lah, lgpun ada laki yang datang from IT line, kenalah guna kuasa veto dia.

IMG12249

itam? merah mana?

merah takdak lah kak

iskk, bag dia merah ada tak?

pun tak de kak, the casing comes in pink and grey

IMG12250 IMG12251

pink pun pink lah…akan kutukar ganti casing tu lepas dah koyak rabak atau agak2 aku jemu nak pakai. abih satu floor tu satu2 kedai aku masuk carik casing merah, langsung tak dak! yg ado for 14″ nya size ajor. iskk, redha kan sajer.

IMG12248

part2 processor aku tak riuh, itu sirman punya hal. aku tu kibod ni sedap utk aku type. for 100wpm nya typing speed, kibod is so so important to me, aku tak bolehlah kalau dapat kibod yang macam mini dell dulu tuh. naik terlajak2 jari aku pi urup lain…

IMG12261

sambil sirman bincang wt Nick, aku jalan2 pusing dalam kedai, luor kedai pun aku jengah, tengok apo yang leh kugodam…itu external hard disc, dah lama nak amik, tp tak jugak amik2. kali nih sekali package sirman kaup sekali.

IMG12256

all these pun mini lappy gak, tp model lama…of cos sirman wants the new model. eh kalo model lam tuh dia jual 500hinggit, aku amikkk! tp harga beza ngan latest model hanya 100. we go for the best lah of cos.

IMG12254

wei Nick, ni ada merah!

itu model lama kak

ko nih, aku yang melayu pun pakai merah sana sini, kedai ko satu merah takdak, casing merah takdak, mouse merah tak dak

IMG12243

halohalooooo! makan ati ok tengok ini pc. bapak punya pc ni kau besor. idaman aku betullah nih. takpe kita target to buy that mbe di rumah CV pulak yer, and project2 akan datang. for the purpose of my blogging job, ini semua investments…

harganya jer RM4k. tak mahal kan tuh?

aku rasa lah tak mahal ngan capacity ke main bosar and macam-macam ado. nak buat tengk tv pun muleh sesajor.

IMG12258

letih tau kitorg masa nih…

udahlah kami nak cepat segera, baru dpt tu ada kematian…

gegas2 beli nih main tap tap tap campak, pilih..eh tu sirman yang bikin..

aku mengular sekitar tingkat 2 je.

IMG12259

the nice keyboard.

entry nih pun aku bikin dari mini Lenovo…

serious lah best than mini dell dulu…

mini dell tu agreement asal nak bg aku n the other bloggers, tp tak tau half way depa tarik balik. kalo bg percuma, aku amik je mini dell tuh, but udah katanya kena beli tp dpt discounted price kan, still aku enggak mau.

IMG12260

sirman ada buat upgrade on the RAM, asal was 1g, dia tambah jadi 2g. kasi kencang sket kan…standard lah kan apa barang pakai 1g kan…

IMG12262

segala mak nenek yang dibeli…

kat bawah kaki ko letak mini lenovo aku sirman wuiii…

panas hati je gue

IMG12274

balik umah dia buat le apa2 yang patut, kecik gilo kan, compared the laptop sblh tu…

tu ha kepala gegirl, dia sabar nunggu nak pakai harta mak nya. aku tak kuasalah nak belek lg, coz dia kena dload dulu apa2 yang patut wajib ada lam mini Lenovo tuh, kasik lagi kentang and kecang.

apa2 yang wajib kena ada tuh, harus didahulukan…

penting woo…

ni mini Lenovo, aku nya carik makan punya project mar…

untitled

sampai ckp bulan nih, ada promotion utk Lenovo S10-2 nih yer…jemput2 pi kat link nih tengok apa ada…

link tu aku bukak pun masa nak buat entry ni ha

korang kalo nak beli apa2 pc ke laptop ke netbook, dapatkan pandangan dari yang mahir. aku kaco budak ICT aku 2 hari, mintak dia nya pendapat, n of cos lah sirman yang decide mana satu aku harus amik.

ikut aku asal merah jer tak kisah

ha kan

ai m so not interested to know lah

benak aku dah penuh ngan blogging project

IMG12281

the original price of the mini Lenovo is RM1599

termasuk casing, n mouse. warranty 2 years.

tp kami upgrdekan RAM for 2g dah RM120

pastu ada barang2 tambahan lagik

IMG12278

2 things yang ditambah, external hard disc nih size 320gb, dapat kurang jadik RM270 – good bargain kan?

pastuh wireless card for pc bilik abang yang rosak, is RM65

diskaun 4 hinggit. total jadiklah RM2050

aku rasa berbaloilah…lgpun mmg dah agak2 nak beli mende2 cenggitu sumer

so just nice…

the external hard disc is for my home pc, dell, gambar je dah beribu2, so kena ada back upppp!

IMG12286

next week aku ada chess tournament

jadik aku segera mahu Java didload, nak main yahoo chess kau. dah setaun aku tak ngadap chess nih. nak menang ke nak kalah..bolehlah main chess lelaju cipan dr bilik dr balkoni dr toilet wuii….

alhamdulillah, dari blogging dapat merasa beli nih lagik. dulu ingat cukup dengan pc dell tu jer, tp aku perlukan lagik the mini for my movement.

Alo alo MAS, ticket Paris and Bali ai mana? aku ada blogging event nak cover nih…

oh yek, aku bwk mini Lenovo, sumbat lam hbag jer…hiks. sonang baituh. the battery dia sume aku letak lam bag merah make up aku, so the kak merah.

Comment: 25

Branded Accessories!

IMG11863

ni bukan habib ke pohkong tomei yer

perkhhhh!

suka nya aku tengok, bling bling!

IMG11865

Ferragamo handbag, after discount is RM4800 jer.

jerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr?

IMG11866

Tod’s donno what s the price

but still………………

IMG11868

LV from France, kat msia harganya RM4ks plus, kat France dapat less 1k, so 3 ribu lebih jer…

eiiiii!

Abang Fesyennnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!

IMG11878

bling sana sini, silau ko!

semua subject2 di atas adalah dari gugel.com. tidak ada kena mengena dengan pembaca RM mahupun suku sakatnya..

sungguh cantik gambar2 dar gugel.com nih kan.. 🙂

insyallah, saya pun nak jadikan gambar2 itu sebagai motivation diri sendiri…. n fyi, dalam bulan ni jugak, aku akan buat sale for all branded handbags, direct from US, cheaper than KL’s boutique.

siap2 kumpul duit korang yer…ramai kekaya kat sini kan. meh shopping till drop!

Comment: 12

Shopping for new Reddy!

IMG12296 IMG12297

Mummy mummy, come here cepat! ada baju for Reddy!!

wuii, nanti kita tak boleh beli, dah dapat Reddy baru kita carikkan baju nya yer…

oh anak2 aku sudah mula menyeru Reddy yer…

kami adalah sangat teruja and excited for the new little kitty, her/his name is Reddy. confirmed! takmo lah tukar, penat aku nak carik nama yang ada unsur Red jugak tau.

IMG12293IMG12294

zaman skang punya bag binatang, mak datukkk! bag punyalah cemerlang gemilang mewah! bawak anjing kucing dok lam tuh, cat walk ala Paris Hilton, hemm, very the classic kan..

idok lah aku nak beli

tunggu lah pet shop memana buat ads kat RM, mesti depa bagi aku sebijik ni nanti. meh le doa sesama yer…

IMG12298

Ying, ni umah katil ke anjing ke kucing?

dedua boleh kak red

wuiii, mewahnya…how much nih?

tetiba aku tak dengo bape harganya, busuk2 200 lah, tak pun 400. harganya manghaik, aku leh support 5 bulan IAMS tuh!

IMG12299

kucing aku tak sampai lagik, tp aku dah siap2kan barang orang baru, eh kucing baru…siap aku signed up jadik member kat kedai nih. it s not that far from my house, ni kat Jalan Peel, yang dalam Queenspark tu yer…makpak Kitty yang recommend aku tpt nih. tq double S!

sebab aku spent more than 100, aku aku tak yah bayo membership for 2 years. foc lah kira nya.

apa yang bagus jadik member, leh dpt points and leh gak dpt discount dah tentu…

dulu aku beli barang2 kucing aku kat kedai pet brickfields, parking dah tentu sakit hati, yang dalam Queenspark nih, tenang jer. nak soping kain baju pun best.

IMG12300

3 orang angkut barang2 yang aku beli…the 2 staff and sirman…

wpun dulu aku dah ada kucing, tp sebab udah 8 taun kan, harta benda kucing aku pun orang dah sebat lain, dah bg orang pun lain, dah kena buang pun yer jugak, so all out aku invested gak for new kitty.

RM420 aku lenjan, itupun dah lepas 10% discounts. eh macam2 lah aku beli oi….

tak kuasa aku nak bukak sesatu amik gambo jaja lam nih, bila Reddy dah sampai baru kita layannnnnnnnnnnnnnnnnnn…..

IMG_0846

ah lupa, ye aku cuti ari kamis, spent time ngan anak2 aku…blogging2 gak, tp anak2 tu harta paling bernilai. lgpun ngah cuti sekolah, kami bergerak merata2 semalam. lgpun a nite before aku bongkang tidur at 4ish, perkhh berpinar pala otak…

ha ada lagi satu issue kucing nak cakap, aku ada pi satu umah kakak ni yang penuh ngan persians, umur dari 8 bulan ke atas. kakak tu mintak aku promote blogkan, n i will surely post that entry next week. sebab kakak tu tak jual mahal, bagi ikut sukatik ko, 50 ke 100 pun takper. ada lebih 10 ekor lah persians dia, sapa mau, tunggu next week yer…

kenapa plak aku tak amik, pasal aku dah ada Reddy, a baby, ai dont want kucing yang dah beso2 tuh, 8 bulan tu kira dah besau dah boleh bunting lg oii…

IMG_0841

anak2 aku ngah mengira hari nih…Double S!! akak jumpa korang on Saturday, mms gambar kay!

janji Sabtu dapat Reddy, mintak2 lah betul janjinya kali nih. mau aku kena makan pasir kucing ni kang kalo asik broke the promised je kan…

Comment: 11

Kenangan Terakhir…

IMG12270IMG12271 IMG12272

alfatihah untuk arwah makcik Sirman, yang pulang ke rahmatullah pada hari Rabu yang lalu, pulang dari kerja, ke MV, kami terus ke Cheras Baru, bersama2 dengan seluruh keluarga mertua saya di sana…

itu untuk permergian yang pasti…

tetapi satu lagi berita sedih, 2,3 hari ni kembali menyerang sahabat kesayangan ku….Rose.

06062009015

bayi itu suci

bayi yang bukan lahir dari rahim ibu angkatnya juga suci

tetapi apabila janji sudah putus

yang memberi janji menagih menuntut semula

mampukah kita menghalang, walau bayi itu sudah di dalam kendongan kasih sayang berpanjangan

Untuk Rian  Shamuel Haidar

semoga islamlah kamu ke akhir hayat

img10801

sudah tersurat jodoh Rose dan Rian bernoktah akhirnya….

Rian dipulangkan kepada yang berhak, dalam hiba tangis ibu angkatnya 🙁

Berdoalah semoga Rian tetap kembali kepada Islam

walau lingkungan hidup barunya nanti jauh terpesong dari perjalanan yang sepatutnya…

Untuk Rose, suami nya Affa dan anak kecil mereka Mia – tabah dan bersabar untuk melepaskan Rian….walau sebulan lebih sahaja Rian dapat bersama Rose and keluarga. Secara rasminya, Rian pulang ke pangkuan keluarga asalnya semenjak malam tadi.

To my readers – Rian is no longer with Rose. (please bookmark rose’s new blog address)

**kenapa ye saya tetapkan tegaskan on the words agama di sini, too complicated to explain, drop me or Rose an email if u need to know the details.


Comment: 31