Ramadhan

Belum Ramadhan…tapi dah pakai baju Raya

IMG_8687

Salam Ramadhan semua…

Belum raya lagi kan, dah tentu le baru 1 Ramadhan, so kot mengantuk masa lunch tu or bebila ler pas Tarawikh nanti rasa nak shopping  raya, alah sambil berak pun boleh shopping gak, skang semua gadget di tangan je kan.

Ini baju raya Zalia from Zalora, tapi dah banyak yang aku borong selamba kodok jer sejak sebulan lepas, right after depa launching untuk Pre Order Aidilfitri. Hiks…

Dan sebab tak nak kang ramai le pulak pakai sama masa raya, ai pun terus pakai for a wedding of my dear fren.

Coz this is black and white, I pakai ler ngan Cipela silver and my Anya Hindmarch silver’s clutch, lama tak menyerikan muka nih, 2 minggu cuti pindah, muka serabai betul, ini pun coz of wedding, kelambatan hadhir.

So if you wanted to have a 15% discount shopping at Zalora, kindly use this code bila do your shopping: ZBAPZDSU .

Bulan ramadhan nih, tak yah pepanjang ler entry…

Comment: 7

Chakri to Ampang Park…

IMG_0565

aku ngah gila speed up entry nih. coz aku kalau boleh tak nak ler cite awal ramadhan or midst ramadhan masih lagi dalam cerita hari raya nya pulakkan. so agak2 yang aku rasa malas nak type hahahaha kita lupakan terus.

IMG_0584

That weekend, kita berbuka di Chakri Pavillion pulak. Abang bila dengo je Chakri muka mentoya jer, dia kan western sikit kalau boleh buffet tu kena ada western, or laksa ke wajib ada. Ngada heh ko bang, pi dok Palestine sikit, mak bekhen ko kang

IMG_4079

Hari tu kalau buka di luar tak bawak iPAD laki aku kena give up bagi iphone dia or mine, so kali ni laki aku tak nak dah main kejar2 satu hotel, restaurant so dia bawak ipad. biar senang le kejenya kan. Macam Zeeshan ni stage cam dia mana boleh nak dok diam tengok kira orang jer, dia akan berlarian punya lah. Nak mendiamkan tu lah gunanya ada ipad.

but dia bukanlah main game. bukak youtube, and pasang any of the vehicles vid. Either trians ke bus ke, asal sume kenderaan tu hah memang dia adap ler sangat.

IMG_4083

Food aku tuh, nampak je penuh sepinggan tapi berkongsi ngan depa semua.

IMG_4094

tak bawak shooter lerrr

IMG_0590

selesai makan terus lelaju callo

nak berjalan ke apa tuh, hah Ampang Park

IMG_0595

berjalan dengan Abang, konsep pegang tangan mak dengan tak ikhlasnya masih lagi ada tuh. Aku selalu cakap abang kalau tak nak jalan dengan mami, kalau tak nak pegang tangan mami, nanti mami dah takde, abang nanti meroyan2 menyesal tau.

yelah mami, abang tak cakap pun abang tak nak pegang tangan mami

memangla ko tak cakapppppppp tapi ko pegang macam tak nak pegang jerrrrrrrrrrrrr!!

bapak ko dah lah sibuk kejar adik ko tuh. hah mak ko sentap kang

IMG_0601

menganiaya mak nampaknya ko  bang

walaupun mak ko berada di tangga tertinggi di belakang ko, tapi masih….

IMG_0602

tau ler lonjong, agak2 le mak ko kat belakang sikit

IMG_0613

sebelum kita redah ampang park ni mari kita umpan Zeeshan yek…

IMG_0616

ini kali kedua aku datang Ampang Park dalam bulan ramadhan nih….

caftan yang aku pegang tu memang cantiknyaaaaaaaaaaaaa but kena pakai long dress inner dalamnya. aku kalau pakai tu nak buat sesantai kat rumah ke, rumah mertua je ker

IMG_0628

we bought tudung kakak lagi kat kedai nih

IMG_0646

kak ko nak biru ke merah?

IMG_0651

escort kulu kilir ikut adik

IMG_0673

ni maknya rasa nak terobang jer coz payah betul nak mencari warna yang sesuai dengan size kakak ni lah…stress aku. pastu aku selamba jer agreed to purchase satu baju kurung kakak ni kan, suh bapaknya bayar.

aku dengo RM29

rupanya RM290 kakakakakaka

geleng pala bapaknya. baju kakak sorang je 3 helai, sib baik satu helai tu yang RM290 buatnya each 3 helai harga gitu, memang lar….

IMG_0728

situ jugak kita beli songkok abang and adik. laki aku tak yah, pakai lama punya…

IMG_0733

jubah abang too. baju melayu tak yah beli, dah tempah tapi tu lah, takde khabar lagi nih, betul ke dah siap heh baju melayu anak beranak nih…

aku dah cakap kalau takde gak siap baju melayu the boys, kita akan buat colourful theme tahun nih. No one tone theme dah…

IMG_0735

try je lah songkok tu dik, itupun ko nak meraung napaaaaaaaaaaaa

sekejap je kita nak try size tuh, hish ko nih

IMG_0737

this jubah, take size 54

IMG_0746

ini ada, aku beli selai kat sini, esok2nya aku belikan pulak kat Matrade yang carnival besaran of Venderu Festival tuh…cheaper sket, leh dapat 2 helai lagik, quality sama jugak

IMG_0751

balik malam tu apaknya heret kitorg pi QB, depa le makan beria, adiknya pun hah minum air sejuk, panas jiwa raga aku tengok memang malamnya kong2 dia batuk. aku allergic betul tengok bebudak kecik baya Zeeshan ni minum air sejuk lah, sama le masa zaman abang kakak dulu.

So yang shopping kat Ampang Park tuh, totally for them, laki aku punya pun selai jer kain pelekat. Lain sumer for abang kakak adik. Maknya zero zero. Untuk aku hah takde kan tapi lepastu kat Venderu Festival tuh, sampai 12 helai aku borong! Camne ler rumah tak penuh ngan kain baju, baju taun lepas pun ada lagi ngan tag tak berpakai.

Citer lain, kisah kawan aku yang punyalah looking forward nak buka puasa ngan kawan dia, dia buat la booking segala bagai, udahlah dia yang bayar but boleh kawan sorang lagi tu screwed things up, takde le rasa bersalah kawan pada kawan aku tuh, Dia punya bengang, terus balik tinggalkan buffet area walaupun belum waktu berbuka lagi coz kecewa dengan manusia kawan tu lah. At least dia balik secara sopan walaupun dia ada hak untuk baling sodek senduk ke periuk macam si Peugeot putih tu kan. On the way kawan dia message i ll pay for my portion. omg terus kawan aku rasa macam nak langgar jer mamat tu tapi idok le kan, what a mata duitan je dia rasa kawan dia tuh, pentingkan duit bukan pentingkan yang buka puasa kawan dia dah screwed up tuh. Wpun dia yang bayarkan tapi dia tak riuh on the kerugian, but kawan tu boleh sibukkan hal duit. yet the friendship tu dah berkucar-kacir.

ada sambungan, nanti aku panaskan dalam nih. hahahahahha, citer ni best.

Comment: 6

Kapar and Cheras…

IMG_3139

one of the weekends, ai balik umah mak mertua tapi takde gambar mak mertua lah dalam ni coz mak tak pakai tudung, mak tak berapa sihat actually. Sian mak, semoga mak cepat sembuh, alhamdulillah dah fully recovered. Terlepas kali ni nak bawak mak buka puasa di luar coz mak tak sihat. Tak ramai jugak yang ada masa ni di rumah mertua, coz kami pun patutnya bukak puasa kat rumah adik aku, but we splitlah coz dah dengo mak tak sihat kan.

So abang kakak and bibik aku hantar ke rumah adik aku, mewakili makpaknya yang tak dapat nak join the buka puasa. While me, RD and our small package si Zeeshan ikut balik rumah mertua.

IMG_3163

Caftan ni aku repeat le ulang kali pakai, pernah pakai sekali tahun lepas. kalau tak dipakai lagi bila masanya…

IMG_3167

Hero sorang nih, dah memang tak geti lapar, aku kejar nak suapkan dia makan pun tak dapat. Asyik mainnnnnnnnnn jer dia

IMG_3174

Hero lagi sorang, ngadap doyan pontian, Abang ipar bawak balik dari sana, siap kita bawak balik jugak ke Cheras

IMG_3202

Kemudian selesai di rumah mertua, balik pulak ke rumah adik aku yang bongsu coz my big family berbuka di situ, my parents pun ada sama. Tu adik bongsu aku tolong urutkan lengan kanan aku, dah terseliuh dari semalamnya, kes dokong Zeeshan salah urat. Sampai gitu sekali ko.

Malam sebelum tu aku tidur berlinangan airmata menahan sakit tangan tuh, Kakak yang pandai ngurut, dan bapaknya pun dah tolong urut pun tak jalan gak baiknya, so serah pada Adik aku, sambil buat ucapan ko cik dah umur 39 taun baru nak pi gym, hah padan muka ko

hoi aku dokong anak le dol, pehal ler gym plak.

Gym tu aku dah lama tak jejak tau.

IMG_3249

berpadatan kami dalam lift waktu pulangnya…

IMG_3247

walaupun shakingn ak gak letak coz tengok Abah yang senyum jer…abah dah sihat sikitlah. Oh aku tak citer pun lam blog but sebulan lebih lepas Abah aku tak sihat sangat, skang pun dalam keadaan berjaga2 le jugak.

Masa ni mak ajah ada sama, gambar tah mana ler, gambar dalam rumah tak boleh le nak letak mak aku bukak tudung. by this time entry ni keluar dah seminggu pun mak aku takde, pi menunaikan Umrah. Abah tak ikut, so kami adik beradik bergilir ler tengokkan abah.

IMG_3111

IMG_3118

IMG_3126IMG_3120

IMG_3130

Macam cun pulak lighting matahari ni kena kat muka mak ko sampai Zeeshan pun wondering bila le mak aku nak habis senyum sorang2 nih. Dia dok makan keropok tuh, his fav sangat. Coz kadang2 kalau tak sempat nak makan nasi petang lepas dia bangun tidur, kena ada keropok, itulah satunya his fav.

Balik tu pulak bapaknya bererup derap makan keropok yelah masa anak makan keropok tu belum lagi waktu bukak puasa dah bapaknya terliur nak sama keruk kerak. So tu lah, 2 locations at one day of buka puasa. Berbuka di rumah mertua, dan lari joined kejap rumah adik for my family get together.

Rumah mak mertua aku, nun kat Kapar, need 45min to an hour gak perjalanannya. Raya nanti halahai….. Laki aku kena kerja weih :(

Comment: 5

Satu hari di Ramadhan Pertama…

IMG_2242

 

yohai mengantuknya bulan2 puasa ni, baik siang baik malam, memang manjang je mengantuk. Tapi dari perempuan, aku jumpa lelaki mengantuk lagi ramai mengeluh. Muka memasing carik port nak mentidor jer, specially dari tenghari onwards tuh.  Kalau jenis yang tidur atas kerusi tu memang sedaplah tidur, tapi kalau jenis yang nak kena baring, hah cuba carik depa bawah meja kot ada situ.

Aku pun sama macam korang jugak, so super sleepy.

Hari ni dah berapa ramadhan baru le nak berciter pasal 1 Ramadhan.

itupun banyak citer dah tak tercerita dalam blog. so kesian, daily entries dah lari jauh sangat heh.

IMG_2369

Mak ko mesti the last one, coz mak nak ikut adik. adik sombong tak nak dipegang. nak jalan sorang2 naik tangga sorang2, ko jatuh ke tepi tu kang, ko gak  yang riuh ‘sick sick’

kalau sick tu hah kita kena kelecop2 cium lah tempat sick tu, itu je ubatnya.

IMG_2262

nah berbuka dalam nih. Felda.

 

IMG_2274

package Zeeshan dok diam masa ni. sebelum tu dia punya pusing satu dewan aku boleh tengok je lah laki aku kejar ahhahahah…coz aku menemankan Kakak amik food. Abang pun bz ngamik food.

IMG_2276

ko tengok first2 gambar atas tu kan, dia tarik kakaknya closer to her, ha sama camni gak, dia tarik aku gak closer to him coz bila dia bergambar dia nak rerapat. gitu kan dik. sapa yang ajar. High 5 ek?

IMG_2285

kesianlah mata aku terkecik2 nak tengok camera camne rupanya. Ni lah padahnya tak pakai spek tak pakai lens. ada spek atas meja tuh but aku tak nak le ada spek masa bergambar, so RD tolong pegang je hp tu, yet aku picit dari controller kat tangan aku. Ha magic, dulu pakai shooter yang tali2 tu kan skang pakai yang boleh bluetooh jer.

Tapi tak nampak adik. sabar.

IMG_2306

ok ngam satu family, pun abang pegangkan jer, aku shoot dari jari tangan yang tersembunyi.

pakai self timer tak lawa la, cuba ko amik gambar, bila dah tfer to blog, memang pecah2 gambar tu, pixel tak cantik.

IMG_2313

ler bila nak abih amik gambarnya, hah dah waktu berbuka dah pun….

IMG_2317

seri muka, lemang, laksa, cendol tolong bagi jamu abang please. itu semua dia punya fav.

dia lah pendukung kanan ku, mak nak makan apa mak petik je, abang amikkan. mak pun tak tau la nak makan apa bang, mak nak satay ayam tak dedapat masa nih, asal letak je abis asal letak je abis. dari abang ke bapaknya berganti beratur tak gak dapat….

dia ngan kakak berulang amik teh tarik. pun dia bedal gak. dah macam orang tua suka benau minum teh tarik.

IMG_2348

ini budak kecik tolong la duduk diam kejap kita nak amik gambar ni dik….

oh aku makan kat sini tapi aku tak buat food review sini kan, biasalah, ini bayo sendiri bukan engaged by them so i cannot la reveal my free promotion hahahahaha

IMG_2353

ini pun dapat le bape saat je amik gambar….

IMG_2358

memasing mata aliens betul!

apak ko memang tak rajin la nak posing, apak ko lagi rajin amikkan gambar. aku rasa bapak2 mostly macam tu kot. but adik bongsu aku tak gitu, adik aku jenis bebalik dia bebalik dia je yg photobomb!

IMG_2333

aku pakai kuning menyala pasal baju ni saya dengan rasa seronoknya dah boleh pakai, beli sebelum pregnantkan Zeeshan, masa seselim dulu  pastu badan naik tak leh nak sendatkan, but la ni dah boleh sarung. ada lagi satu kaler oren, Zara nih but aku tak tau mana perginya mungkin dah bagi orang. Rezeki la sapa yang dapat….

RD pun sama sibuk tengok aku pakai kuning dia pun carik tshirt kuning so boleh otak kuning sesama LOL

photo

aisay akak tak rotate gambar nih but ini ler bluetooth shooter yang akak pakai selama ni bila kita malas nak keluarkan monopod. Actually dah tak bawaklah monopod unless for travel jer, laki aku tak gemor, pepanjang gitu. Camera remote for smart phone gitu namanya bolehlah hangpa carik online merata je orang jual. Kat kedai pun banyaklah kot.

macam akak cakap  lah akak tak suka pakai self timer apps tu, dia punya pixel jadi tak cantik so pakai ni lagi better sama ngan selfie welfie gakk…

so that was our first ramadhan story.

How about you?

Comment: 3

Bazar Ramadhan pertama 2013

Bazar ramadhan ke

Param ke pasar ramadhan

Begitulah ungkapan telinga

Yang pentingnya tiap kali bazar, jem sepanjang hayat! ha gitu.

Tahun ni aku nak jugak merasa melawat bazar, sekali pun jadilah. RD memang pergi everyday. So aku dapat balik cepat satu hari tu, main pecut ke main laju kat Jalan Tun Razak tuh ok.

Jem dia dari tunnel parking KLCC yer, bukan dari kuor tunnel tuh. so hari tu rezeki baik, dapat sampai awal tak awal dah lewat petang gak lah.

IMG_1893

Bawak kakak yang juga pertama kalinya ke bazar, oh mak ajah pun ikut sama, ngan RB pun sama heh sume kitorang ni memang package first time le tahun nih pi bazar ramadhan tau. Sebab depan je ngan rumah kat bazar Permaisuri tu and some more aku pandai bijak sket cari parking, oklah tak jauh gak menapak.

IMG_1895

Mak aku ni memulanya ke main lambat dia kat belakang, sekilas aku ngah bayar mee kari kakak, terus dah ilang, dah kedepan menonong, kitorg hilang mak ajah sudahnya.

IMG_1897

Masa ni ok le mak aku ada lagi, pastuh memang tak dpt le nak mencari. laki aku pi cari kat hujung aku carik kat jalan temu masuk pun tak jumpa dahlah mak tak bawak hp.

IMG_1900

RB dok meronta nak turun but tak dibaginya si bapak. biarkan dia situ kena dokong coz orang ramai, sesat barat kang. Ko dahlah kecik, orang ramai ada yang melanggar ko kang. pucat muka kakak, oh abang tak ikut. malas dia. Private tutor dia kan datang pas buka puasa so dia nak siapkan keje sebeban.

So far abang memang langsung takde pergi langsung bazar, dia pun tak keen. penat nak jalan. hahahahaa.

So pas dah abis beli2 tuh, beli sket jer lah, kitorg pun bukan jenis membazir. aku ngan kakak tunggu kat kedai makan satu tu, kot neneknya lalu. yelah mak aku kan ilang.

Last2 dah lama sket bout 10min baru le laki aku jumpa mak ajah. hohaiii..mak.

IMG_1905

Wah Zeeshan sempat ko pau bapak ko yek. Dia pegang baloon tu sampai ke rumah tak bagi sapa pun ngamik, genggam erat betul!

Itu kasut Thomas tau, ada lampu kekelip, aku baru je beli hari tu terus dia sarung, pastu kasut satu lagi, yang satu lagi kasut baru for being ‘mat smart’ dia campak tak nak pakai. mementang kasut tu takde lampu kan. hari ketiga baru aku dapat sarung kasut tu untuk dia try pakai.

Pastu balik bukak le kasut Thomas tu but malam after 1-2 hours sket dia mintak sarungkan lagi kasut Thomas tuh.

Sepanjang malam tu dia berkasut dalam rumah yer! begitulah orang ngah kemaruk kasut baru.

IMG_1910

Sambil berkasut baru, dia buat keje nih. hahahaha ya ko nih.

bapak dia punya jerit masa tengok kuor bilik air bilik dah jadi hapaaa

IMG_1914

Buat muka tak bersalah ko kan….

IMG_1923

Jangan kacau

Ngah sibuk on the phone tu, siap pandang dinding tak tahan tuuuu

IMG_1920

On the phone ngan remote kipas je pung, bukan handphone, member ingat sume remote handphones hahahahaha. except remote Astro ngan remote TV memang dia kenal sangat. Nak mintak tukar Baby TV pun siap disuakannya remote astro untuk kita tukarkan.

Anw, untuk Mak Ajah

Semoga selamat pergi dan pulang, selamat menunaikan Umrah di bulan puasa ini. Alhamdulillah setahun memang dua kali mak ajah akan Mekah jadi panggilan kali ni sudah ditetapkan.

Dan untuk kenangan terpaling pilu bazar Ramadhan pulak, 2 tahun lepaslah kan waktu laki aku kat Afrika keje sana, aku ngah boyot, abang kakak melepek ikut sama pi bazar ngan maid aku si pipin pipit tu lari, ngan aksi terkangkang dia dalam FB dia. huk aloh.

Pastu selipar merah aku putus kat bazar ramadhan tu, so aku menapak le kaki ayam jalan ngan anak2 ke kereta. ngan anak2 melepek pancit coz baru lagi first day puasa kot.

Ok memang sedih

Pi lah carik entry tu kat 2 years ago punya entry, 2011, waktu aku ngah ngandungkan RB lah.  Tahun lepas pulak, takde yang sedih cuma first day Ramadhan kami di Germany, puasa extra lagi, sampai KL, sekali lagi puasa 1st Ramadhan.

Memory sesaja, ada manis pahit :)

Comment: 11