Ramadhan

Di akhir2 Ramadhan…

IMG_0626

Kesian abang, muka mandom jer. Penat tu balik sekolah petang kan. Sian dia. Semua hidangan aku masak sendiri ler, ada 1-2 tu dari bazar but bukan lauk, tu aku ngelakkan beli coz takut le nak beli lauk pauk ni, entah kol bape depa masak pastu entah2 semalam punya.

Most of the gambar buka ni kami hantar to bapaknya, yang berbuka kat opis.

IMG_0656

tu dia, satu bag plastik RM10, tak kira ler bape banyak korang nak sumbat dalam plastik tu, asal penuh je 10hinggit jer. Ramai betul orang kerumun. 5 hari bekerja, 5 hari aku lalu tengok lori ni penuh orang kerumun ngan doyan hah. Kena pilih sendiri ler. Aku pun beli sama gak, 2 bijik bagi abah aku

IMG_0679

My routine usually balik je singgah bazar dulu, beli juadah (laksa or mee or kuih for lepas depa moreh), pastu terus masuk dapur, tak tukar baju ke hapa, masak kelungkang and settled siap baru aku naik atas and turun balik bila dah nak berbuka. Time line biasanya sebelum 630pm tu dah siap masak. Bukan perlu masak 40jenis lauk pun, max pun 3 lauk jer. 2 paling wajib ada.

IMG_0685

Menu masak sayur berkuah wajib ada coz Kakak and Zeeshan la, specially si kecik. Tak pun masak pindang, itu alwajib sangat! Lauk fav Zeeshan tu. Pastuh satu lauk heavy yang pedas, kari ke asam pedas ke sambal ke (mostly pakai ayam or sotong or udang) rumah aku ni ikan tak berapa laku, kecuali masak steam. Depa nak ayam je kalau boleh hehari. Depa tu abang ngan kakak lah.

IMG_0739

ada one of the days tu aku pi Pavi, kena amik barang from client. Singgah jap Parkson, ini vase aku beli kat WH Floral, omeng, sini mahal lebih RM80. Yelah tengok le tempatnya kan.

IMG_0740

Ya Allah memerah ni! alangkan hakak dah ada dustbin merah ye dik

IMG_0741

yang merah set ni, 30% of the stuff aku dah ada. Product ni dari Italy kot tak silap, tapi skang macam2 lagi tambahannya. Ini yang buat lagi rakus nak menambah. My pinggan makan set ada comes from this brand ada jugak yang dari satu set tu from AEON tu lagi merah segalaaaaaaaa.

But ni memang sangat mahallah, ada mangkuk nasi tu aku dah berkenan, about 200 gak kot. Yang kek punya tu alah aku dah beli pulak, but tak merah lah, Takkan  nak beli sampai 2,3 sets kan.

So maybe nanti kena datang balik, tak cukup kaki tangan le nak membawak barang, dah aku datang pun sorang2.

IMG_0742

eii geram hakak!

IMG_0745

they do have in orange/yellow, green, putih.

IMG_0755

Shan nak helpppp

Tiap kali masak, itulah yang dia nak sibukkan. So aku bagi dia carrot’s pisau and suh dia potong banana. Habis hancur hahahaa. masuk2 dalam periuk tu aku bagi dia cecampak. Ini ler gaya tiap kali balik kerja, memang tak dan le nak tukar baju ke hapa, terus dok dapur jer

 

IMG_0814

Berbaju kurung tapi sampai rumah kain terus tanggal. pun tu dia mintak rayu nak help gak.

Kisahnya aku geram ngan maid aku aritu, aku dah cakap nak buat sup ayam (terliur2 nak membayangkan hah, pastu fav anak2 and Zeeshan sangat). Pagi sebelum gi kerja aku dah turunkan ayam keras tu ke bawah. So aku assumed by 1pm ke dia akan defrost kan la kat sinki bagi lembut.

Bila aku balik, omeng, keras membatu lagi ayam tu. Bila aku nak balik baru dia kuorkan, mana dan nya!! Udahlah aku target nak buat sup ayam ngan sambal sotong je. Kentang pulak dah banyak potong nih. So dah tak boleh nak buat sup ayam, aku buat kari sotong, tapi dah macam kari kentang berlawan sotong pasal banyak benau kerangnya. Pastu dah takde sayur, patut bersup ayam kan, kena la pulak buat bayam air. Dan tambah lagi buncis goreng (ni makanan wajib laki aku) he memang tak berbuka tapi lauk berbuka yang dimasak ni lah untuk dimakan for sahur gak nanti. Abang suka gak buncis.

Halahai. esoknya, laju je dia turunkan ayam make sure lembut sebelum Mam balik nak masak! Sapa nak rasa sup ayam hakak, sedap liau! Anak2 cakap leh buat meniaga, padahal main cecampak jer.

IMG_0761

Closure kita dengan Zeeshan, amik shades mak, katanya silau. But bila sampai skul terus dia bukak, dont want pakai. Not good. bagus ko dik. Tu tangannya cuba nak buat sign Peace, fail liau hahaha.

Nanti raya kita cuti entry blog lah yer, as usual, dah cuti raya bape hari nanti baru sambung balik cerita di blog. Ramai jugak dah menuju kampung halaman, den orang sini yo, takde kampung nak dikejar pun. Mertua pun dekat, cam biasa le sehari leh berada di 3 rumah utama.

IMG_1175

ini pun antara juadah semalam. Aku masak 3 jer, asam pedas, telur dadar, bayam air. lelain sume dari bazar, nampak macam bnyk je juadah bazar but dalam 2,3 bungkus mesti aku hantar ke guard yang dok jaga2 area rumah kami nih. Kadang2 sebelum buka, kengkadang waktu abang pergi tarawikh tu. Aku akan pastikan tiada pembaziran, kalau

IMG_1161

Carpets aku ada yang tak cukup, betullah rumah lagi besar lagi banyak periuknya hahahahaa….ada yang aku pindah sana pastu yang atas bawak turun main tetukar. Ada plak tu aku pi beli baru lagi, 2 sets, tak cukup lagi, pergi lagi tambah beli 2 sets. Hah mung. Niatnya satu, biar kaki mak abah aku jalan tak rasa sejuk sangat (walau ada sediakan selipar merah kadang2 mak ajah tak pakai).

but rerasanya habis raya 2,3 bulan pasnih simpan kot, bukak balik raya akan datang ahakss…

depends lah, maklum ler bibik dah nak balik.

photographer hok ni, si kakak, dia tetiap ari tolong aku masak so bila dah abis masak tu dia terus terjelepok penat. Tak tau pun dia amik gambar nih, ada 2 je gambar aku pung, lagi 10 gambar dia selfie.

IMG_1117

Alhamdulillah selesai juga suami buat zakat fitrah, untuk 6 pax (red family and maid). Bercakap pasal Ramadhan, entah kenapa berkat ketuaan 40 taun nih hahahaa, sebulan puasa aku takde rasa penat ke hapa, rasa thirsty atau lapar pun hanya ada sekali sehari tu jer. Lelain hari, rasa macam bukan bulan puasa, actively ke mana ke sini. Ada pernah satu hari aku berada di 4 locations lagik.

Pagi kerja, lunch hour pergi Batu Caves, pas kerja pi kedai kat Tenaga, menapak for beli bazar Ramadhan, balik rumah masak. macam longlai tapi dahaga ke penat memang takde. Itulah berkat Ramadhan. Sebenarnya, aku takde ler nak looking forward sangat raya ni, mungkin kerna ada hati yang sedang merajuk. hem….(bukan kat laki aku ler, haih!).

Yang balik kampung, sonok2 sangat tu bebaik, bawak keter memolek. Kalau mengantuk, berenti je rehatkan mata tu, tetukar ngan family members lain bawak keter gak, kadang2 ada suami ni tak nak bininya bawak coz konon laki je kena pegang stering, but no you kena gak trust your wife. Yang berkawan2 tu pun boleh kekongsi bawak, kalau tumpang keter orang, ulur2 ler sikit, kalau dia kata tak nak tu, biasa ler orang melayu ni manjang je tak nak tak nak dalam hati, nak, ko letak je dalam dashboard duit tu kalau dia dok cakap tak nak. Tak pun selit je lah memana kat dalam kereta dia, or celah poket dia.

Aku penah selit kat orang duit dalam poket someone, takde hal pun dia nak tolak2, dok alah kak red ni, hah gitu. Ikhlas hati kita, dia perlukan duit, lepas gak duit minyak orang yang kita car pool tu kan. Apapun, insyallah, semoga Syawal ini kalian beroleh kegembiraan bersama keluarga dan yang tersayang. Insyallah.

Comment: 6

Royal blue for the family…

IMG_1492

back home aritu, Ah Seng ada datang buat touch up rumah. Sambil tu dia bawak bapak punya besau  ler hamper. Ini paling besarlah sejarah hamper dia bagi. For raya ler. Kalau Raya Cina lagi berkotak2 punya limau dia hantar. Yang tahun ni paling hebat ler coz mau taknya, bukan main puluh ribu dia buat rumah aku, ratus ribu oi nangiss….But thanks Ah Seng, kerja ko sangat bagus!

IMG_1495

Adik dah siap pakai baju tradisional Indonesia, nak naik lrt. Rumah sekarang ni, jalan kaki je ke LRT hiks.. satu kapal red family nak ke KLCC berbuka puasa dengan mak nya..

IMG_1498

Bapaknya habis conference awal so dapat amik abang dari sekolah, and terus bawak anak2 keluar naik LRT. Takkanlah nak bawak kereta, dah tentu kita nak balik sesama lepas tu kan. Pastuh nya kalau drive gak, siap le kol 8 malam pun tak tentu korang sampai KLCC tu dengan jem yang mencekik.

IMG_1503

Zeeshan sangatlahhhhhhhhhhhhhhh pencinta vehicles (dah banyak kali bilang), jadi dia sangat beria betul bila dapat naik lrt. Dia panggil train train train.

IMG_1505

Galid betul. jakun le ko ni dik.

IMG_1508

Kopiah tu, satu set dengan baju nih, seluar pun tapi sampai KLCC dia dah malas nak pakai kopiah tu

IMG_0190

Dan kami pun bertemu, tema biru. Laki aku malas nak tukar baju biru, dia dah sarung baju putih tapi exceptional case seluarnya biru. Bolehlah tu…

ye aku tau, abang dah lama beat height mak nya, maknya pun bukannya jenis tinggi, dah tentu pendek. Dan he s about the same height of his dad gak.

IMG_0206

Mak merah pakai baju repeat jer, baru pakai sekali waktu wedding adik aku. Yang skirt biru hitam tu dari #kree. Fuschia shoes dari Cipela, of cos.

IMG_0233

 The complete of us, berbuka bersama teman2 yang lain. Tak boleh nak expose :)

IMG_0237

Tengah aku rancak berborak (bapak, abang kakak ngah Maghrib, kita kena take turn le solat coz ada budak kecik nih). Dia boleh jerit, Mummyyyyyyyyyyyyyy nak beyak.

huwaaa ko ni dik.

Jadi tu nampak ada belah kanan sket kat pintu tepi tu dia tengah memberak hahahaha. Mak ko vouge2 tapi kalau dah anak nak berak, pedulik hapa anak kau ngan vogue mak kau. Hiks..

IMG_0269

Tudung macam kakak pakai ni kan (mana nak carik yek, janganlah suh pi festival2 tu, aku dah takde masa ler nak pergi), aku nak cari untuk kaler lain. She loves this kind of tudung, selain yang jenis sarung2 tu pun dia suka gak. Online pun kang tak sempat, ada seminggu lebih je lagi nak Syawal hah.

By the way, this entry is also dedicated untuk Kakak. she just won the Pidato / Syarahan peringkat sekolahnya. Number satu. Tak sesia ler sebulan lebih aku coached dia. Siang malam, asal ada waktu  memang kami bersama2 mak anak buat practise.

Sebelum Ramadhan pun sempat Hilal Azmi datang tolong gak, yelah dia dah jadi orang Astro Awani, ada le tips2 yang dia nak tolong kakak gak.

Tahniah Kakak, she kalahkan 14 other students. Aku dulu juara syarahan pidato ni kat Sek Agama Al Mustaqimah, jugak juara di Cap Kunci too. Pernah jugak aku wakil sekolah untuk Pidato Piala Diraja peringkat Wilayah Persekutuan.  Sejarah mak nya berulang turun ke anak daranya. Well done Kakak!

Comment: 11

Berbuka puasa di Istana Budaya – our 14th year!

IMG_9973

2nd weekend of Ramadhan, kami pi bukak puasa di Istana Budaya. Our yearly buka puasa. Tak pernah miss berbuka di sini. Anak2 pun dah memang looking forward to buka puasa kat sini.

 

IMG_9976

Nak mendiamkan Zeeshan, kena bawak ipad. Pastu ada anak orang ni, ramah bertamah betul dok nak berkawan ngan Zeeshan. She gave her smart phone to Zeeshan, sebab dia nak kekongsi sesama tengok Ipad Zeeshan. Anak aku buat dek lagi ada ler hahahaha. Bila ayahnya datang, aku suh ayah dia amik la hp anak  nya, takut hilang. Biar je lah anak dia kat situ, lagipun meja depa ngan meja kami tak jauh pun.

Tapi lepas berbuka, Zeeshan dah tak nak dok diam, dia pusing dalam IB tu ngan kawan pompuan dia nih, together ngan anak2 orang lain gak, depa bukan kenal each other, but kids being kids, hidup diorang tau happy and gembira jer, itu yang paling afdal for them.

IMG_1452

Nak makan kat IB sama macam tempat lain, kena buat booking, Kalau nasib baik, if walk in, ada lah tempatnya.

IMG_9979

Alhamdulillah, IB tidak pernah mengecewakan. In between kami break for Maghrib and Isya too. Tapi tu lah, anak2 aku suka buffet, so depa dok situ sampai 930malam, aku dah jom lah balik jom lah balik, esok nak sekolah oi. Adik korang dah passed bed time dia.

Perut abang kakak, banyak betul ruang.

IMG_0511

The next weekend pulak (yesterday to be exact), kami repeat lagi berbuka di IB. Macam tahun2 dulu jugak, at least twice during Ramadhan mesti berbuka di sini. Gambaran ni sebenarnya, kami dari KLCC/Avenue K, sebelum2 tu, aku ngan RD dah menjelajah WH Floral (thanks korang bagi tips for us to go there, ai love u all lah, nanti cite tu kuor later kay).

IMG_0524

Aku lambat booking untuk 2nd visit, so dibilangnya takde slot langsung. But coz depa kenal Kak Red, the supervisor cakap, boleh bagi meja but kat luar, near by the bakar2 area. Tak kisahlah, janji ada table. Tapi bila sampai, depa bagi meja dalam, maybe ada back off.

IMG_0530

Ayam bakar ni, sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! First visit aritu, ini yang kita kejarkan, 2nd visit pun sama jugak. Eh sedapnya lahai. 4 ketul ni kita kongsi 4 orang.

IMG_0532

Depa berempat memang makan nasi. Aku jenis makan cecuit, as usual. Ratah segala benda.

 

IMG_0543

By the way, aircond was not working well dalam cafe masa hari kedua datang nih, so aku mintak tukar dok luar, paneh le kat dalam, kang orang ramai takut lagi bahang. Jadi kat luar, dapat angin alam dan jugak angin dari kipas besar. Selesa. Zeeshan was so hungry, habis 3 mangkuk nasi + soup dia bedal.

 

IMG_0548

Insyallah tahun depan kita berbuka lagi di sini. Tapi kadang2 aku datang gak lunch kat sini, depends on tahap kerajinan gak lah. IB never asked me pun buat promotion, ini genuine entry. Ikut kekira, kami dah mula makan buffet ramadhan sini sejak Abang was a baby, almost 14 years old. Tapi dari caterer yang sama nih, about 8 years old. So tolak kira, sudah hampir 15 tahun lah kita berbuka puasa di sini.

When we bid farewell to the staff of this cafe, depa dok eh kak red datanglah lagi next weekend.

Oi, 2 kali cukuplah. Cuba kira berapa tahun dah akak berbuka tempat korang nih, bape dah akak berabis? hehehee

ahaks…!!

IMG_0551

Malam itu, berbuka puasa kami bertemankan ‘Tiger’ nih, entahlah aku tak tau napa namanya Tiger, abang yang pepandai bagi nama nih. He dok bodek, cantik dia ni mami kalau kita bawak balik. Yelah bang, taktik lah kau. Kucing tu dah besar bagak. Lepas kenyang dia makan, terus dia blah macam tu jer. Sebelum berbuka, about setengah jam dia dok menunggu, lepas perut kau berisi, kau blah je yek Tiger.

Zeeshan dok mencari2 ko tau.

Masih berpeluang kalau hangpa nak pergi, ai donno why IB’s buka puasa ramadhan nih, tak pernah orang nak letak place to wajib visit for berbuka. The harga memang sangat reasonable, location wise cantik, parking pun senang. Solat pun mudah. Ada abang2 meniaga dalam IB, aku beli gak baju2 yang dia jual.

Sehabis berbuka, kita kejar sambung semula ke KLCC (at first aku ajak anak2 berbuka kat KLCC jer, but kakak abang dok insist, no no, kena pi IB, situ buffet wajib.

Istana Budaya’s buka puasa: Adult RM42nett Children 3 years to 12 pula RM27nett.

Comment: 10

Astro Kosong-Kosong…

IMG_9997

Dok sini tunggu member pi amik kereta. Rasanya over 10 years aku keje kat KLCC nun, ini  kali kedua gamaknya aku dok sini. Hiks…Boleh tahan sakit gak ler bontot dok sini menunggu ketenya sampai.

So anyway, this week banyak buka puasa di luar, sampai aku kena decline few invites gak dek kerna kesian anak2 yang dah lama tak berbuka ngan mak andeh nih. Tapi anak2 lagi suka gak kalau maknya takde, boleh bebas sket, yelah peti suara takde kan. Lagipun this week laki aku sama straight seminggu leh berbuka ngan family, jadi menyenangkan ler lagi kerja hakak merah.

IMG_9999

ai pernah pakai pun dress hijau nih, raya tahun lepas. Sekali pakainya, so ini 2nd round. Dekat setahun gap. Maklumlah semua beratus2 kain baju yang duduk dalam kotak, dah bersusun di gobok merah. Jadi easy akak mencapai. Saje ler pakai semula, specially si Rizalman hijau yang RM400 ke RM500 tuh, hah tu pun baru sekali je pakai. Tunggu next buka puasa ke event ler.

Tapi dia ada keluarkan kaler merah seii! adoi, tak sampai hati le nak beli. Mahal benau. Tapi merah tapi lawa. Tapi napa ada belt, tak nak aku pakai belt kat dress merah meletup kau tu

IMG_0094

The next day, attended the Astro Buka Puasa, at the Majestic Hotel.

IMG_0034

Eh eh, gambar ni kot ada fan kata rendang. Ai memang rendang dik, memang pendek :)

IMG_0033

For Astro, after so many years (due to his overseas trip ler, kerja ler) this year RD boleh temankan bininya. TQ TQ TQ

Kami datang berasingan, seperti biasa. Aku sampai dulu, about 10min later he sampai. Lega, kot tidak kena tunggu dia.  Tapi tu ler, boleh mengantuk redah traffic kat KL nun di petang hari.

Aku balik rumah memang jumpa jem gak, but campur jem bagai, less than 30min dah sampai rumah. Memang tak lama pun. Moving laju.

IMG_0049

I tak make up heavy, just the mascara and red lipstick

IMG_0054

mementang ko pakai high heels and hakak tak pakai heels ye Aza, action kau! I love this dolly, she looks after me so well, despite masa kat reception kena dingdong sket by their people.

IMG_0059

The food galore, jarang gila kan aku letak gambar food nih, but for today, special case. Rendang ayam! Finally dapat makan rendang ayam, ketiga2nya. ngan lomang plak tuh. Baguslah berat kalau naik.

IMG_0060

dan jarang jugak jumpa hotel buffet ada siput sedut!! ini yang RD cedokkan, wish kakak ada sama, memang kompem mak ngan anak dara berlawan sedut. You know dalam seminggu, 2,3 kali aku akan belikan kakak siput sedut. Sedapnyaaaaaaa lahai siput sedut masak lomak cili api

IMG_0063

Ayda Jebat

IMG_1460

Kia Fairy. She pakai sopan habis tapi pun still nampak sexy.

IMG_1462

Fasha, sekejapan dah kurus?

IMG_1466

Amyra Rosli, napa le artist2 Malaysia ni bila bergambar or even being interviewed tak nak carry handbags ke clutch ke, leh gak masuk lam RM. She s pretty btw.

IMG_1470

#kosongkosong Astro

IMG_0064

sepam lagi muka kak red kau, yang tak pakai in red at all

IMG_0070

Amelina, ni pun sekejapan je dah kurus. Masa dia baru keluar balik dulu, boleh tahan gak gems, anak bape Amelina? 5 kot kan? power ler

IMG_0091

My top is from #Zalia . Remember cam biasa use this code at Zalora for shopping there, baju kasut maknek sume can pakai one.  Entitle 15%. The code: ZBAPZDSU .

Kain pastel cantik by Chantek, butik di Isetan KLCC. Ini kali pertama aku gamble amik kaler light gini, biasanya all darks kan.

Clutch is by Anya Hindmarch and shoes is by Cipela.

Bila tengok Astro, ada satu iklan bersempena ngan raya nih, alahai sedihnya tengok iklan tu, menitik gak air mata aku. Kali ni depa tak pakai the pelakon but depa pakai the real people. Seorang anak bernama Herman, bekas penagih dadah yang dah lama sangt tak jumpa bapaknya, dan momohon kemaafan. Itu memang part memang kena amik tisu.

So sepanjang Syawal nanti, ada 168 program menarik from 16 channels of Astro. Dengan tema Kosong-Kosong, Tiada Noktah Untuk Kemaafan. Herman dan ayahnya akan jadi bualan di Ramadhan dan Syawal ini.

Thanks Astro kali ni dalam doorgift bag ada Surah Yasin dan Amalan Pilihan. Content pertama yang tak disangka will be given out to public during this Ramadhan Syawal.

Comment: 11

The Red House’s buka puasa…

IMG_9902

aku start masuk dapur at 5pm, kelentung kelentang sesorang. Kakak ada ler menolong kejap, pastu dia ikut apaknya ke bazar Ramadhan. Bibik aku rimas kalau dia ada sama kat dapur ngan aku, so tiap kali aku masak, memang Bibik tak pernah ada, ko dok le jaga Zeeshan or buat ironing, pun tak per.

Around 630pm, my parents and adik beradik lain pun sampai.

It has been blocked that on 27th June, buka puasa at the Red House. Selain dari besar dan gamat leh sumbat ramai manusia (alah rumah VA kecik dulu pun sumbat gak semua manusia). So a potluck buka puasa. Anyway aku masak simple jer, asam pedas tenggiri + kembung (kena gak taruk kembung in case tenggiri tak cukup), bayam air, ikan goreng. itu jer.  Lelain sume bazar and potluck.

Tengok air depa bawak, memacam colour! biru oren merah hijau, complete!

IMG_9911

Air dalam flask tu, special Mak Ajah punya tuh…sesambil tunggu nak bukak puasa, ada yang lepak sini, ada yang lepak sana, tengok tv ler, surfing ler. Udahlah laki aku bukak pulak free wifii (yet aku tak agree, pasnih jangan bukak lagi dah) biarkan orang tak boleh nak main hp, biar bercakap ngan manusia!

Dulu ye ler aku bagi, but pastuh, eh ukhwah lagi afdal.

IMG_9913

Badan mak aku sesipi jer ler, (tudung tak pakai). Secara amnya, ini pertama kali kita makan kat meja makan panjang besau kat depan tuh, ye ler kat belakang tu kecik untuk 6 orang jer, takkan nak makan kat dapur pun kan. Aku sebelum tu memasak ngan baju tidur jer, orang dah ramai datang baru ler nak bersalin baju, kalau tidak dah macam assistant bibik pun ye gak aku kot arituh.

IMG_9918

The juadah, some beli, some masak. Ohai.

Cerita bazar ramadhan, setiap hari aku pergi (coz laki aku kan tak buka kat rumah, dia kerja odd hours), so mak ajah memang masakkan (but pasnih mak pi umrah, siap le aku kena kelentung kelentang masak plak weekdays), jadi aku memang tak de hal ler weekdays memang mak aku masakkan (she cook at my house, bahan dari rumah aku but pastuh she bawak balik to her house, ada le anak2 menantu cucu lain makan sama gak). So aku cuma beli kat bazar macam kekuih or laksa bagai untuk 3 orang tuh (abang kakak and maid), buat makan after tarawikh.

Lelauk campur aku tak beli, coz dah siap masak by Mak.

Jadi tiap kali belanja, biasanya lam RM15 jer, Paling max pun ada sekali RM19.

Hari buka puasa reramai for my side nih, laki aku pi ngan abang kakak bazar Ramadhan Tasik Permaisuri (his first time there). Bila depa balik, tangan penuh nih. aku punya tepuk dahi, sampai almost RM100 depa spent! OMG, pasnih korang tak yah pergi ler, biar mak korang je pi bazar tu. Apa le apak ko beli sampai 3 bungkus kueytiau, kalau nak beli 3 bungkus baik le aku buat, lagi sodap. Bazar tu buat beli sebungkus2 jer, buat rasa makan reratah reramai.

Ni tak masuk mana yang family aku bawak gak.Tapi alhamdulillah takde pembaziran. Reramai bungkus bawak balik for sahur, ada yang aku bungkus bagi guard rumah too.

IMG_9924

Pastuh kita wrap up ngan Isya and Tarawikh, adik bongsu aku imamkan.

IMG_9947

si kecik tu, few seconds je kat situ, pastu dia lari pusing jemaah. Mana ngan video ipar aku amik dia terlanggar sejadah, tapi siap betulkan balik tu yang molek perangainya. Mana yang dia langgar air suam, kena sejadah. hahahahah Zeeshan nih!

IMG_9939

dah menjelang midnite, kita berlawan chess. Dari abang aku ni dululah aku belajar main chess, tapi dia tak ajar, dia main ngan jejiran tetangga, aku dok perati je cara steps dulu, pahamkan bagai baru aku main sama kemudiannya. Dulu dia buli aku, masa aku 11-12 taun on chess ni ler, sekarang, kita main 2 games, dedua aku checkmatekan dia hiks..

Alhamdulillah, selesai buka puasa at our red house for my family’s side.

Insyallah, untuk family in laws pulak. Yang membaca hah, potluck le jugak yek. Mak Tam masak sesimple 2-3 dishes jer, pastuh penuhkan ler meja ngan juadah kalian. But perlu diingat, apa yang left kena bawak balik untuk memasing sahur. I dont like pembaziran. Takde sapa pun suka, luluh hati kalau ada yang kena buang. Nak makan perut bukan boleh santak semua.

Tapi tu ler, mak nak pi buat umrah lagi end week nih, sampai raya. hehehehe, jadi lipas kudung le aku pasnih kena masak segala. Kalau tidak balik goyang kaki je lauk dah siap bagai. Dah rutin, mak ajah memang akan sentiasa buat Umrah di bulan puasa. Hangpa pun dah hapal gak cerita ni kan. Insyallah mak, kita jumpa di bulan Syawal.

Comment: 8