Tips

Tips di dapur lagi…

IMG_9476

Ini memang family gadget ler, but coz dia pun ada sedara dok kat dapur, so kita letak lam tips di dapur gak lah. Akak kan ada memacam jenis docking (i love docking dari the cable biasa tu), so dulu masa zezaman akak pakai iP5, tak tau jual online mana yang murah, so I bought Berkin brand yang mahal nak mamp tu kat Machines. Jadi harganya masa tu lam RM200 or so, cant remember. Pastuh asyik le cap ayam cable biasa tu jahanam kan, letih dok membeli banyak kali, kita dah lah family of Apple, so jumpa online sebijik ni harganya macam murah sangat, terus aku borong 3 bijik!

Siap ada memacam kaler lagik, i chose 2 golds and 1 silver.

Satu di cabinet dapur, satu di sebelah tv, satu di living hall, satu di opis, satu di meja pc. Docking lain yang sedia ada, duduk di both kat side table katil kami berdua. Kakak too have kat her room. Each kereta of us pun ada sebijik sorang satu too. Tapi docking in total semuanya ada 5 bijik ler, yang lain tu sume pakai cables.

Oh sebijik ni RM24hinggit, free shipping some more hahahaa…makan hati kan. Tu pasal beli sekali 3 bijik!

IMG_9181

 

Lama dah aku beli griller ni. Dekat 200 hinggit. Dulu beli coz mak aku bising2 nakkan ada grill, jadi bila dah beli dia tak pakai pulak, coz masa tu rumah lama kecikkan, dapur punya byk sangat barang. Bila dah pindah randah, lupa terus ngan benda ni. So hari tu aku selongkar kemas sket storage cabinets, jumpa nih, haih, takkan nak peram jer, haruslah pakai.

Jadi nak pakai tu kalau tak letak depan Mak aku kang dia tak pakai, so sib baik le dapur pun besar, terus aku letak sesiap sini atas cabinet. In case mak nak pakai. Hari tu dia nak fryer ikan bakar, dia pakai air fryer but kalau ikan tu besau panjang, tak cantik le letak lam air fryer Philips tu, dia kan macam square bulat. So better pakai nih. Tak pun mak aku pakai yang magic grill pan yang letak atas dapur tu, usually aku pakai tu for masak lelauk diet, but hah, skang tak yah ler mak pakai semua tu, pakai je lah ni. Walaupun dah outdated ke hapa, janji benda baru, perlu dipakai walaupun dah over setaun ke 2 taun beli tapi tak pernah berusik.

IMG_9182

nengok hah, satu hapa kesan tak berusik lagik. Eh pun cite pasal dapur ni kan, aku kan selang 2 minggu, on the weekend akan mengadap minimum 30ekor ikan tak termasuk ayam daging udang sotong etcs. Tapi weekend baru ni, omeng omeng omengggg oit, aku rasa minimum was lebih 60 ekor, tak termasuk ayam 2ekor, daging udang sotong segala. Semua aku buat sorang2 menyiang.

Memang le kedai dah siang, tapi kena gak le cungkil2 isi dalamnya, sisiknya nak kena bersihkan lagi, buang2 lemak, susun organize ikut jejenis ikan tu dalam setiap bekas untuk senang mak ajah mencapai. Ini memang mak aku pergi pasar beli, dia antau je kat rumah aku on the weekend hah nangis hakak tengok banyaknya makkkkkkkkkk.

Total tu semua RM500. Bukan untuk Red Family jer yek, dah banyak kali aku cakap, aku laki bini ni supply untuk 2 rumah punya makan. Rumah mak aku tu ada anak2 cucu lainnya gak, so mak aku kan suka masak, tu yang dia datang hari2 masak kat rumah aku tapi aku le suppliernya. Nanti noon tetiap hari weekdays laki aku pergi hantar lauk pauk yang dah mak aku masak bagai ke rumah mak aku tuh.

Yang RM500 barang basah tu bukan barang kering ok, basah sahaja. Dan bukan untuk sebulan, max can go by 3 weeks but selalunya 2 minggu dah licin boliau.

Griller ni pun kira tips gak ler, tips nya ialah, senangkan untuk masakan, dan jangan lokek invest hahahaha, aku ada lagi Philips Cook yang beli taun lepas tak berpakai lagi. Halahai….beli memahal plak tuh.

Hari tu iron 60lai kain baju, ini menyiang sental lebih 60 ekor ikan dan binatang2 lain, perkh…..bau hanyir betul badan aku masa tu. Aku siap je kerja menyiang, aku campak2 sabun ke lantai bathroom, panggil abang suh sental bilik air tu, abis dah aku buat keje menyiang dalam bathroom kan. Dan aku terus mandi sabun berkilo2 hahahaa

IMG_9524

additional on dapur tips, ni hah, add lagi tutup piok belanga punya stand. Saje beli tengok macam best je hahahaa…pun aku beli online.

Akak ada beli 97 items. Yes u read me, 97 items dari one online ni, so skang baru dapat dalam tak sampai 10 items kot. So habislah aku canang kat sini apa saja yang aku belikan tuh. Kot berguna dipakai bersama.  Posmen pun hari2 datang rumah, dah naik kenal.

Tapikan ada satu posmen ni, one of the couriers, from Skynet. Tu aku redeem dari Bonuslink, dia tekan doorbell, belum sempat laki aku bukak pintu, dia dah campak kotak barang ke dalam pagar. Aku plak masa tu memang ngah kebetulan terpandang CCTV (HAH INI GUNANYA ADA CCTV DOL), tekejut tengok. Buatnya ler barang tu fragile ke hapa, main campak jer. Kang mak upload video tu, abis gak ko Skynet. Melampau betul main campak jer. Pikir gak takkan ler tak nak mintak signature kan, tak senonoh betul ler. Buat busuk nama kompeni ko jer.

Yang stand  ni namanya Kitchen Pot Pan Cover Lid Shell Stand Shelf, harga sebijik: RM5.00. Can letak for 3 pieces of items.

Kita sambung lagi tips being Supermak di entry lain bersama among the 97 items tu lagik yek :)

Comment: 7

The 8 CCTVs…

IMG_9167

Hak kita sebagai tuan rumah, untuk letak berapa puluh bijik ler kan cctv, atau hak aku ler nak tepon anak2 aku bape puluh kali sehari, or hak aku jugak nak bentukkan didik anak2 aku macamana, hak kau, jaga anak kau. But some people they use the ‘trust’ and destroy it. Sungguhlah aku tak dapat nak maafkan lagi the long list kamu buat tu.

Jadinya ni hah, aku tambah lagi beli 3 cctv, asalnya dah ada 4. so skang jadi 7. But pastuh aku beli lagikkkkkkkkkk 1, in total 8 CCTVs at our red house.  by the way yang baru ni tak yah cabling bagai, tak  yah hack. Ini lagi better dari yang kita pasang earlier.

Sebab musabab apahal kami suka benau ada cctv ni kat rumah, tak yah ler nak aku explain, pusing cakap 88 kali pun, orang kalau dah mulut jahat, interpetasinya lain jugak. I dont need to report to you kenapa aku perlu ada benda ni semua kat rumah aku ke kat keter aku ke kat harta benda aku. Coz please be minded to jaga kain sendiri like I do lah yek pompuan.

All these gadget semua helps me of being Supermak.

IMG_9178

Kenapa aku cakap lagi better, coz dia portable, wireless lah, tapi kena la ada plug. Dia boleh 360 degress pusing, dia pun boleh 2 way communications: means aku kat luar or kat opis memana boleh tengok dan sambil tu bercakap dengan orang di rumah. Depa boleh balas balik bercakap, ada microphone kat cctv ni. Hebat lah. Dan aspek2 lain, kalau nak tau pi beli sendiri.

Aku beli online USD40 per unit.  Laki aku set up maknek semua tak sampai seminit 2 kot hahahaa….laju betol benda ni.

Let me correct you ye, having CCTV bukan untuk tengok rumah je ngok! Orang yang minded bongok macam ko ni, memang patut diajar, having cctv is untuk check family jugak, aku nak tengok mak aku, anak2 aku. Laki aku nak tengok aku anak beranak (agak la pun kadang2 laki aku sokmo takde, lain le laki ko yg manjang 24jam kat rumah tu some more he is in Germany hours),  aku dah bertahun2 pakai cctv dari rumah lama sampai ke rumah baru pun, we are very gadget minded, unlike you so jangan pasang telinga sibukkan hal orang anak beranak, jaga kain rumahtangga memasing. Aku yang tepon anak2 aku, ko pulak yang susah. Stupid betrayer!

Korang pernah terpikir tak, if ada motion sensor tu kan, means kalau kita kat luar rumah, if ada movement hapa, dia akan terus capture gambar and email kita terus gambar tu waktu kita di luar rumah. Yelah mana tau ada penyangak pencuri hapa kan, kira tu yang ada motion movement.

Cuma ler kan, kalau motion tu bukan manusia. Camera detect makhluk Allah yang lain, dan gambar tu dihantar ke email ko. Habislah, apa perasaan ko masa tu?

hihihihi…….wallahualam :)

Comment: 17

Red lagik…

IMG_9168

apple cutter slicer ni kan napa le dok heboh sangat tengok kat online orang pomot tu. padahal kat kedai 2 inggit ke daiso memana market ikea pun ado. ni aku beli pun 2 inggit ke tak sampai. Idok le ingat. Yang online FB tu jual dok pomot untuk peel of the kulit pun ada, tapi aku tak amik le, macam lagi melambatkan kejenya heh. Ad abanyak kaler je apple slicer ni, of cos i go fo red.

IMG_9173

ada aku buat video instagram pakai slicer ni, potong buah lai ni.

Fasha Sandha siap bagi komen lagi, dia pun nak gak carik benda ni. Ler tu lah aku cakap, kadang2 kita ingat semua orang tau sesuatu product, ada orang pun tak tau gak. Jadi tak salah ler kalau kita berkongsi tips coz hari ni ko dah tau, hari esok orang lain pulak dapat ilmu tu. Tak semua dilahirkan terus berpengatahuan pun.

 

IMG_9285

Job potong2 buah lai ke epal ni usually abang punya keje. Kita punya rumah memang wajib ada lai ni ler, coz ketua menteri di rumah punya fav. Nasib baik satu family pun suka ikut sama, kalau tidak, kena le dia makan sorang je kan. Untuk satu hari tu, abang tolong ajarnya cara potong buah lai tu pakai pisau oren, bukan pisau biasa tu yek. Ni pisau untuk potong carrot and kulit2 buah.

Sebenarnya abang tak nak ajar pun but Zeeshan je yang sibuk mokak nak help nak help jadi kalahler si abang. Biasa kalau dia cakap nak help tu means pada dia konon dia cooking ler, by potong2 ni. Coz bila aku masak, dok dia sibuk nak masak potong sama tu kan, so aku bg potato ngan pisau oren ni, ha nanti dia main le pejal2 potong padahallllllllllllll…..pada dia dah terer le dia potong tuh. asal ko diam udah.

Jadi untuk hari tu, abang tolong ajar adiknya cara potong dan cara pegang buah, jauhkan fingers tu dari pisau oren tu.

IMG_9287

untuk slice pun abang ajar but dia tak bagi ler adiknya buat, bahaya wor. Aku pun ada sama depan depa ni, sonok betul dia tengok abangnya slice slice gini.

So korang, kalau dah tau, panjangkan informasi, sapa yang tak tau, pi ler beli. harganya as i mentioned paling mahal pun RM2.90. Sapa jual mahal than tu, ko tak yah beli ler, baik ko pakai je pisau chop chop sendiri. Hiks..

Comment: 5

Lingerie Tips…

IMG_8319

IMG_8320

IMG_8321

in marriage…kita kena fight dengan macam2 jenis dogaan dan cobaan:

1. 3rd party

2. internal party

3. sumber2 yang menambahkan lagi kes perceraian

i do have problem with my husband, not to mention ada yang coba goda bininya, yang coba goda lakinya. But i m not interestedlah to go further on that, alhamdulillah. Gaduh laki bini gedegang2 toksah cakaplah kan…dengan merajuknya dan ada jugak satu waktu dulu kita nak berpisah. oh banyak dugaan rumahtangga nih.

first 5 years memang sangat tough.

the rest of the 5 years, nak tambah lagi kemuncak kasih sayang satu yang thrill and challenging.

i love to look good, no matter di luar mahupun depan cik abang ai. antara tips pendek hari ini, pakailah baju tidur dari kemeja kerja suamimu :)

insyallah, you look hot and naughty with that kind of lingerie.

IMG_8309

…mementang hari ni 10 tahun kawin! ahahhahaah!

Comment: 43

10 Things I Love About My Mummy…

IMG01048-20100713-2046 IMG01050-20100713-2056

Kenapa saya sayang ibu saya, dari versi Abang….sudut adiknya pulak lom buat2 lagik, hari tu dia dah buat tapi banyak repeat so aku suh dia buat lagik sekali…

Dalam banyak2 points ayat Abang tuh, paling aku suka bila dia cakap sayang mummy sampai abang tua and sampai 10,00,000 tahun! hehehehe….so cute.

Btw this is the continuation from the 10 things i hate about my mummy.

Anyone yang dah buat tips gini? Merah tak muka ko kena sound baik punya dek anak ko sendiri? ok ler tuh….aku pun kono setepek gak!

Comment: 14