Hey Happy Monday!!

During my lunch hour, but tak makan kan, so no point pi makan, jadi kita keluar untuk mencuci mata. Just feel like to jalan around, tengok2 barang, masuk kuor kedai, nothing yang dibelipun. Sesambil jadi listener mahupun jadi potpeter.

Aku suka beli product Swarovski, dulu ada satu set aku dapat from my ads sponsor, but aku tak gemarkan colournya, dia tak plain. hijau ke yellow colour tuh. Berbelit2 nak pakai. Tapi masa aku masuk kedai ni, takde pun beli, not in the mood to shop. aku usually beli a set, earing ngan rantai, satu set. cuma tu lah, belum bernafsu nak beli, seperti mana belum ada nafsu nak makan macam dedulu.

 photo 1

  photo 1

They don have much choices seperti terakhir sekali aku datang. Tu pun antara yang buat aku takde beli apapun. Lagipun kita masuk kuor banyak kedai.

 

 photo 1

Fuschia or shocking pink vs yellow. belasah jer. Asal kemas kot. Memang ada yang suka earth colour, but aku suka colour yang outstanding, tengok dari aku suka warna merah pun tau yang aku suka warna2 terang. Lagi satu aku dah boleh pakai putih, tak banyak but bolehlah, dulu kalau warna putih memang kepantangan sangat. Aku kira aku seorang clumsy, mesti comot.

lagi satu aku suka satin but nak memakainya kena berhati2 sangat. kalau perfumes melekat tu dah biasa.

photo 2

Dah macam baju mengandung je heh dress nih

tak amik pun so jangan le risau

photo 5

malas nak try dress ni dan dibukak skirt hitam aku tuh. so aku sekali arung je pakai dalamnya.

photo 3

 shaking betul gambar aku mengamik heh. Nak kejar masa. dok menerai banyak bonar. This dress comes in black too. I m avoiding black.

photo 5

Tadi lahai atas2 tu bukan main le posing le ke main dengan dress, end up pakai caftan pastuh. Ini kes kena lari pi amik anak2 dari tuition malam, malaslah aku nak bersungguh pakai segala. I love this kind of caftan, long sleeve. Tapi ni kalau dok umah yang jenis panas berdenting, nangislah, meruap. Pala aku tu coz bila masak tak nak wap asap kena kat rambut, pasal pakai tuh. Sahlah sangat baru pas masak tuh.

Those dress are from Mango and the caftan boli dari Melaka.

photo 1

One nite, balik kerja, anak2 dok keluarkan the toys set Kakak. Oh hai, ini zaman kakak very the muda belia. Terpaksa kita simpankan coz nyomak jer. Memang niat nak bagi female cousin kakak. but depa bagi a few jer. Korang ingat Mamat? alah 2 bears Abang dari zaman he was so little boy, baby till tua kebana, tidur dengan mamatnya. the 2 brown bears tuh. Hah dia amik, and terus bawak tidur.He rindu gila ngan 2 mamatnya. Till now ok bawak tidur, yelah macam bantal busuk, ada orang sampai ke tua kan, so macam tu lah, 2 mamats tu as his bantal busuk.

Bang, sorry mak blog bout it, but dont worry, orang paham, your 2 mamats are like your bantal busuk.

Zeeshan hanya amik hippo purple tu jer. Itu adalah hadiah dari bapaknya pada Abang when he was born, almost 13 years ago. Aku sedar, bukak mata kat hospital, dah ada hippo tu untuk anaknya.

Dan coincidentally, Zeeshan just wants that. See?

Comment: 7

Malaysia Breakfast Day 2014

48hours sponsored post

MILO_MBD_2014-1

Semua sedia maklum yang sarapan tu memanglah tersangat penting! Tapi disebabkan kesibukan kerja ataupun kesuntukkan masa terutamanya, tak semua antara kita ada masa unrtuk bersenang lenang menikmati sarapan. Betul tak? Especially kita as parents bila bangun pagi dah berlambak-lambak tugas nak kena uruskan untuk hari tu. Nak pergi kerja, nak uruskan anak-anak, nak hantar anak pergi sekolah lagi, urusan itu dan ini, segala macam bendalah sampaikan sarapan pun tak sempat nak jamah!

MILO_MBD_2014-2

Tapi bagi saya yang mempunyai 3 peranan utama iaitu seorang wanita berkerja, mak kepada 3 orang anak yang sedang membesar dan boleh tahan banyak ragamnya dan juga seorang isteri, bermakna fokus utama saya untuk memastikan dapat memikul kesemua tugas-tugas dalam ketiga-tiga characters itu tadi setiap masa dan ketika. Oleh sebab itu saya sentiasa make sure saya memulakan hari dengan pemakanan yang sesuai dan sudah semestinya sarapan yang sihat berkhasiat dan juga segelas MILO so that I will have the energy to start my day long. Begitu juga suami dan anak-anak. Abang dan Kakak terutamanya, at least segelas MILO panas sebelum pergi ke sekolah untuk memastikan diorang bertenaga dan mendapat tenaga positif untuk memulakan kelas persekolahan.

So korang-korang semua, walau sibuk atau suntuk macamana pun, carilah ruang dan masa untuk bersarapan kerana ianya sangat penting untuk kita supaya mendapat tenaga for the rest of the day. Tapi make sure eating right ya, makan sarapan yang berkhasiat then barulah tenaga positif menular dalam diri kita 🙂

Bukan itu sahaja, bila tubuh kita bertenaga positif sudah semestinya menjana minda yang positif. Ini secara tak langsung menjadikan kita sentiasa cergas, cerdas dan motivasi diri meningkat untuk melakukan sesuatu kerja, menjadikan kita lebih fokus untuk mencapai target ataupun goal kita. Lagipun bersifat positif akan lebih disenangi oleh kawan-kawan dan tak de ruginya pun 🙂

MILO_MBD_2014-3

Oleh sebab itu, MILO mengajak kita semua bersama-sama to celebrate the most important meal of the day dalam kempen Malaysia Breakfast Day 2014 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 20th April 2014 bermula dari jam 7 pagi. Pelbagai aktiviti sihat dan menarik bakal berlangsung. Dimulakan dengan Malaysia Breakfast Day Run, diikuti dengan games-games yang menarik, persembahan menghiburkan dan bertenaga dan of cos a MILO for our healthy breakfast 🙂

Semua yang berminat dialu-alukan untuk join bersama, terbuka kepada semua lapisan masyarakat, terutamanya Malaysia Breakfast Day Run yang sejauh 7km dan juga 3km jaraknya, boleh mendaftar online di sini. Cepat-cepat register sebab pendaftaran akan tamat pada 13th April ni!

MILO_MBD_2014-4

Kita jumpa di sana ya! Dan jangan lupa bersarapan dengan sarapan yang sihat dan berkhasiat dan tentunya lebih enak dan bertenaga dengan MILO 🙂

Khidmat pesanan masyarakat MILO is brought by Redmummy.com

Comment: 12

A pull up bar and the apples!

okok hari ni kena citer pasal anak.

ada anak kecik yang hidup dari dalam perutnya sejak maknya jadi blogger, so tak banyak sket dia jadi tumpuan sangat. Abang kakak dah memang dikenali. Lagipun Zeeshan ni kan toddler so hari2 ada jer cerdik akal panjang dia. Kekecik macam ni oh mai, anak ketuk pala mak pun mak gelak. Sok sok besar bagak, siap  ko kena jegil ada ler!

photo 1

ini aku laki bini ngah buat kerja atas meja. Pastu dia kan kadang2 susah hati, tak senang  je kalau tak melayan. Makanya dia pun panjat dining table and mula kira apples. He can count 1 to 10 walaupun ler ada pelat2 sound dia tuh. But dengung dia cakap Apple tu, wah, sedap homanghai!

Actually dia yg amik apple tu and sesorang dia susun 1, 2, 3, 4 so on. Aku tolong2 kan jer bila tengok alright gotta stop my work and layan si kecil.

photo 2

Happily jer dia kira. Berulang2. Sampai kat 11 and 13th tu sume dia dah tak tau nak kira hahahaha. biasa ler, umur dia yang 2 tahun 4 bulan ni dah kira hebat le jugak pandai 1 – 10. Kan? Ye dok?  ABC masih lagi dalam learning process. Alif ba ta too. Tak leh le bebanyak, satu hari baca buku tu sume lam 5 min or max pun 10min dah cukup hebatlah.

Kalau  lama2 dia bosan.

Tapi cuba letak Hi 5 ke kat TV tu. dia adap, concentrate. Berjoget2 depan tv. hah aku pun sama le berjoget.

Kalau kita dok bilik, dia masuk tarik tangan ajak jom jom jom. Nak dance sama. Aku je yang rajin joget ngan dia, and kakak. Abang and Bapaknya agak kayu bonar tang joget2 ni heh. Boys mostly bergendang dengan gusti jer. Panjat2, tendang terajang. Huh hai….

 

photo 4

Speaking of all apples banana korang tengok ni semua, ini makanan harian rasmi aku ngan RD. Percayakah kadang2 satu hari, aku hanya makan sebiji apple sahaja. No other food intake in one day. Camne le tak turun 9kgs skang ni, but tak lah hari2, mau jelak muak. Kitorg buat bekal pi kerja memasing epal nih, keruk kerak mengunyah. Anak2 makan apples gak but nak kena bukak sesiap ler kulitnya. Satu pantangnya epal nih, jangan amik hok F type, tak leh sebut hahahahah kot kang kena engagement. so kita guna urup2 jer lah 🙂 . Pepaham ler my position, salah sebut kang, potential client merajuk. Other than F type, apples lain akan cepat menurunkan lagi berat badan.

photo 4

Seronok dapat kira apples!  Benda2 remeh gini nampak enteng pada kita tapi percayalah, itulah satu Zeeshan and other small kids punya milestone, habis achievement suka gila. Kids mana tau apa2, tau suka senyum marah merajuk pastu tetiba senyum gelak balik. Dia yang merajuk ngan kita tetiba datang cium cium maknya hahahaha drama lah ko dik. Aku paling suka kalau tidurkan petang dia, weekendslah. Cukup je time, dia akan mintak susu and pull tangan aku ajak masuk bilik. Terus on the bed and aku dodoi nyanyi2 sket bagai, dah tidur. Lama pulak tidur petangnya, memang takde le nak playground ke jalan2 petang, ada kala sampai Maghrib kejutkan baru bangun. Kalau sempat before 630pm, laju2 mandi siap bawak dia jalan bawah, just walking around. Itu pun dah cukup bahagia to him.

photo 1

Selain dari itu, if tengok abang and bapaknya buat nih, dia pun sama mintak dukung buat.  Pull up bar ni aku belikan untuk Abang mainly, bapaknya jarang pakai. Coz ko ingat abang tu tak nak jaga badan dia, dia dok pull up pakai grill bilik air hahahah, kantoi dek unclenya lalu dari luar nampak. Huh sapa buat pull up tu, ko bang?  Being Mak yang alert on anak2 punya needy, aku pun beli ler, lama dah beli pun. So pagi siang malam ada masa dia akan buat le pull up nih.

One day dulu dia cabar aku, if mummy boleh pull up sampai leher mummy, abang bagi RM100!

Hauk ko lah. Dah tentulah tak boleh.  ko ingat badan mak ko macam ko boleh naik gitu sekali.

photo 2

So Zeeshan pun sama lah, dia takde le nak pull up kan badan dia yet, mana dia tau teknik but dia hanya akan hanging there jer, dia akan holding the bar tu sampai bapaknya cakap ok down! terus dia lepaskan tangannya, tau bapaknya akan sambut. Selagi bapaknya tak bagi q, selagi tu lah dia akan bertahan but kalau dah tak tahan, dia bunyik ler kahkahkah…..

Takde le buat hari2 pull up nih, bila masa dia mintak jer, bila masa dia nampak abang buat, dia pun menyibuk ler sama.

Ok ni kang nak tau harga pull up bar, RM45 je dik. Jer katanya. Ok ler tu, aku cakap jer, dari Yanok. alah beli GST jer. hahahha, korang tau ler Chanel GST berapa harganya, sib baik Boy dia tu dia x cakap alah beli Chanel Boy jer! kalau tidak, GST jer pun dah kena pangkares.

photo 4

bertahan lagi bertahan lagi

alah tahan lama mana pun, in seconds jer, takde le sampai berminit2. Anak2 yang dah besar adalah dilarang untuk buat begini kat adik2 kecil korang yer, let the dad do the job. Kekuatan dan kepantasan menyambut budak size gini, biar bapak jer yang handle. kornag boleh jugak buat kat playground, kan ada banyak sections bebudak untuk bergantung2 tangan badan nih, selalu gak aku buat jugak. Tapi tu lah, ko dah tidur petang, apa ke nya nak pi playground kan. Buat lam rumah sudah.

Rumah aku  ni biar kecik, takper, semua cukup insyallah. dah jadi cam mini gym sajor.

photo 5

ini muka dah tak tahan nak turun. hahahahaa, turun je dik, apak ko sedia menyambut

photo 2

 

Mission accomplished!

That s all, about Zeeshan si cheeky boy.

Not just that, pasal apples dan pull up bar pun kita belajar gak sket hari ni kan. A little red message for selit2 my lifestyle story.  Cuma tang makan, fussy betullah anak aku nih. Dulu for setaun lebih suka betul dengan carrots.  Tapi skang hemm, tak nak. But kalau macaroni memang dia favvy sangat. buat tambah dalam sup. Any soups dia suka, lemak kobis dia tak suka.  Sanggup makan nasi putih semata dari makan kuah lemak kobis tuh. Mee goreng dia ikut mood, kadang2 dia makan kadang2 hemm luekkannya. Ayam goreng memang pojaan, he s just like copy paste abangnya jugak. Cam tu le dulu abang masa kekecik dia nih.

But Zeeshan ni more to nasi ler. pagi bangun nasi, lunch nasi, petang kalau takde sosej ke hapa dia rice lagi. Malam dua kali gak nasi, habis semangkuk. Tu pasla kalau travel. senang je dia, bagi je nasi putih plain tuh, but kena suaplah, aku masih lagi pitam tengok dia makan sendiri, bersepah-sepah!

Selingan update for Abang Kakak, abang tu masuk Pengakap, so last weekend bapaknya bawak pi belikan Pengakap set. Settled, seronok le ko. Jangan masa memula je ye Bang.

Comment: 12

New tops!

IMG_0667

 

apa mau cerita da.

life is busy back to back, day and nite. But one day, adalah satu2 Jumaat yang aku ada lunch slot. Aku dibawak dek teman ke another mall yang just next to KLCC. malu betullah, keje lama tapi tak pernah jejak Avenue K tu. pernah lalu2 gitu je lah, nak pi tengok dalamnya, memang nan ado.

Rupanya banyaknyaaaaaaaaaaaaaaaaaa kedai baju hoih!

Jangan ditanya kedai makan, pun ada but i m not an eater person skang pun. Gambar2 nih pun dah few weeks jugak, as of now, aku dah makin shrinking. Itu nantilah2 citer. aku janji aritu April kan, but aku kena extend lagi till end April or early May lah.

Masih lagi kisah dengan kain baju. Dah tentu ler carik baju baru bila dah alang2 ke sana kan. Bukan top yang aku pakai atas nih, itu pakaian raya but dijadikan baju poi kerja, sopan sket.

IMG_0671

i bought a few jugaklah kat situ, kita masuk 2,3 kedai baju. Hok nih aku tak amik. Banyak betul yang aku try gak, aku jenis yang amik amik amik, try on baru kemudian rasa best ke tak. Kalau ok ngam borong. Kalau baju2 tu macam aku suka sangat, if they come in many colours, pun semua colours gak aku borong.

That day, i shopped for 7pcs jugak, some for casual, for events and for office wear.

IMG_0670

Hok hijau ni sedap betul pakaianya. Takde colour lain, if ada dah memang aku sebat. Ada aku pakai baju ni dalam one of my entries jugak, with long pant. Perasan most of my baju maknek sumer plain colour. Ada jugak le bebunga or abstract colour but tak banyak. Tak de yang berkenan tu pasalnya, kalau ada memang surely sebat. Anw plain colour kalau satin memang aku mostly ngelak ler, i m clumsy type, sure perfume bertanda2 kat satin top. Kalau chiffon ke cotton baju adalah paling selamat.

Hari tu lepas je entry kain baju yang aku lanting tu keluar, bertubi hoi emails mintak kain baju. Dik oh dik, kain baju akak tu dah let go dah dik. Dah bagi adik akak, dah bagi orang, dah bagi maid dah bagi merata. Yang masuk dustbin tu memang tak yah citer lah kan, so akan datanglah yer, kalau ada lagi akak nak balingkan.

Ramai mintak baju kurung, masalahnya akak merah pun baju kurung alahai kahkahkah. Dedulu ye lah rajin, kalau beli pun dah siap, zaman2 skang orang pakai ready made or moden style, caftan tu jer yang paling senang.  But i m gonna be at somewhere so maybe akak nanti borong kain ela, if organizer bagi shopping lelama ler.  Hari tuh aku beli 7 lai kaftan, but bukan untuk pakai for jenjalan, pakai dalam rumah, but not all for me, aku punya 2 lai jer, pun tak pakai dalam rumah, untuk pakai bila orang datang rumah so sopan sket hahahahaha. Tips tuh.

Comment: 20

Mother and Kids…

photo 2

this green top is so damn nice, comfy betul. Kalaulah ada 7 warna lagik!

My old black pants, before  having Zeeshan, about 7,8 tahun kot usia. dah muat kehkehkeh 🙂

photo 1

standard ler mak merah muka pucat pepagi, tak pakai lipstick semua tuh, itu kita tenyeh bila dalam jem, bila dah tarik handbrake kat parking. Lagipun kang kuor rumah nak kiss anak2 bagai segala, kiss laki gak sama. bertepek ler pulak tanda lipstick, so dah memang amalan aku takkan pakai lipstick dari rumah tuh. Ada sebatang je kot lipstick dalam rumah hahaha, lebih sume kat lam kereta, handbags.

well. mak  ajah has been staying over at my house, tak berapa sihat. but la ni dah ok alhamdulillah. So seronok le pagi2 pi kerja balik dapat cium peluk mak aku hah. It was quite a breakdown for me few weeks ago coz kekangan masa yang terlampau mampau busy, tak dapat jumpa Mak. Bila mak stayed over with me this week, it s a pleasure. though mak aku memang selalupun at my house, cuma sebab kita clash sokmo tak jumpa bertembung dek time factor. Hence, this entry is out.

Speaking about mak, semua orang ada makkan?

kan? Kalau tak camne ko kuor.

aku pun makkan?

So moralnya sini nak cerita, boleh tak kita letak diri kita kat orang lain yang ada mak. Ok ko tak sayang mak ko, so mungkin kerna itu yang membimbing ko untuk mengutuk mak orang. Mengutuk mengata mak orang bukan jenis2 kecik alang ler pulak tuh. Ibu ni kan tinggi darjat pangkatnya, jadi bila seorang ibu muda tua dikotakkatikkan dek orang, ohoooooo, you are so so wrong! Ko dapat anak2 yang jenis back up mak dia (most anak2 will do that), dia bantai balik orang yang mengata mak dia.

Biar apa keadaan maknya sekalipun, tetap anak-anak ni akan back up jugak mak nya.

Jadi, no. aku bagi contoh je mak aku kalau orang buat gitu. Lama dah my brothers or sapa2 bagi2 kan mulut sipolan, pernah jugak jadi rasanya, i wasn’t at the location.

My motif is, you nak mengata2 mak ni….kalau you perempuan, if maybe you mak, ingat jer, akan nanti berpatah balik kat wanita2 terdekat dengan you, mungkin bergelar ibu. Tak mak ko, anak2 perempuan ko.

So  kalau nak melepaskan marah sakit hati dengan mak merah, obviously ler aku pun Mak kan, tolonglah ingat anak2 aku pun pelindung aku, dulu hangpa tengok Abang tu kecik alang jer, sekarang dah melonjong panjang. Lusa tulat bertahun2 akan datang, dia akan lebih protective to his mom, to his dad and to his adik2. Same goes to kakak and Zeeshan.

Setiap anak2 tu akan berbalik melindungi parentsnya.

Jadi, janganlah usik mak orang nih. You never know and you pun tak boleh nak baca apa yang nanti tulis kat belah kiri kanan ko tu kan.

photo 4

Macam aku nih, i m immune already. Nak mengata ler camne aku memang dah kalis habis. Tapi bila ko mengata anak2 aku, memang kalau depan mata dah makan penampar. Hok kat kibod warrior tu, aku biarkan jer, coz itu semua sampahs. Nak mengata pandai plak pakai nickname, eii at least kalau datang dedepan cakap depan muka ni, boleh gak aku clap clap.  Same goes to my kids, depa pun nanti one day dah bebesau, kot korang nak mengata, hah paham je lah kan. Bukan kita ajar depa berbalas balik, but sifat anak dan ibu tu mostly memang akan sentiasa protect each  other.

But for me kalau orang buat maknya ni pun, aku biarkan jerlah. Let it go. I always tell my kids, biar orang tak suka kita biar kita takde kawan ke biar kita susah camne pun biar apa segala yang jadi ngan kita, remember you have your family, yang always back u up, be with you, stand up for you and love you unconditionally. Anak beranak kena bersatu.

Takziah untuk ustaz mengajar anak2 kami mengaji, dan isteri atas pemergian bayi perempuan yang baru dilahirkan.

Alfatihah untuk ibu-ibu yang telah pergi meninggalkan anak-anaknya.

Berdoa dan berharap terus berharap untuk ibu-ibu yang masih belum bisa berpeluang untuk melahirkan, langsung tidak bisa mendapat gelaran Ibu.

Comment: 9