Buffet Ramadhan @ Tropicana!

 

IMG_2359

Pejam celik pejam celik tak lama lagi dah nak masuk bulan puasa. Bulan depan jer dah puasa wei. Memang rasa cepat jer masa berlalu. Ha korang hutang puasa dah bayar ke belum tu?

IMG_2388

Dah kalau dah bulan puasa memang tak sah lah kalau takde Buffet Ramadhan kan… So baru-baru ni aku sempat gak pergi menjamah dan menjamu selera dengan menu berbuka puasa Buffet Ramadhan @ Tropicana. Bukan aku sorang jer, aku ditemani gak battalion bloggers lain, Kid, Hilal, Beautifulnara, Sid dan Lyn Yusof. I extended the invite to orang lain gak tapi ada yang tak turned up. Rugi la hangpa, kitorg pasnih dapat bukak puasa with our partner memasing kat sini bulan Ramadhan nanti.

IMG_2382

Spread makanan dia cukup punya banyak tak terkira. Dari ulam-ulam kampung sampailah ke western food semuanya ada. Ikutkan hati memang nak jamah semua, tapi kena control diet gak hiks. Tapi kalo jamah secuit dua tak la rasa guilty sangat hehehe. Yang penting kena merasa, tak nanti menyesal pulak 🙂

IMG_2373

Susun atur kerusi meja makan pun quite selesa dan a bit loose, so senang nak gerak pi ambik makanan. Tak le dok bergesel-gesel celah-celah kerusi hiks. meaning kalau bawak stroller for baby (like me and Nara’s case) emangnya enteng dong!

IMG_2369

Ha sempat jugak aku snap menu yang akan disajikan untuk Buffet Ramadhan @ Tropicana ni. Sambal Udang Petai dan Gulai Kawah yang tak tahan meliur tu. Bukan lauk kampung jer ada, Hokkien mee ada, shushi pun ada, ha even BBQ pun ada. Memang terliur!

IMG_2371

Prayer rooms confirm memang ada and even Shuttle Service pun disediakan. Parking space memang cukup gak. Tapi yang paling best siap ada Easy Payment Scheme tu untuk pembelian melebihi RM500! And the price pun quite reasonable and worth it if compared what you’ll get nanti.

IMG_2358

Ke Tropicana kita nanti untuk buka puasa jom 🙂

Yang sedihnya, aku nak pergi pun bawak anak2 jer lah…laki den wont be around during the fasting month. heh, sapo nak ikut kak red, den leh bawak teman nih….

Comment: 30

Astro My Hometown

 

Korang masih ingat tempat melepak kegemaran semasa kecil? Gerai yang menjual kuih-muih kegemaran korang? Ataupun suara kuat makcik di pasar? Actually itulah antara kenang-kenangan dan tempat-tempat istimewa kampung halaman kita yang menjadikan zaman kecil kita senantiasa tersemat di dalam hati. Tul tak?

Bersempena dengan kempen Negaraku tahun ini, Astro meraikan semangat 1Malaysia melalui inisiatifnya iaitu, ‘My Hometown’. Inisiatif ini diadakan sudah semestinya untuk mengetengahkan pelbagai budaya dan warisan kita di Malaysia. Korang semua dijemput untuk menghantar video dengan memfokuskan kepada betapa menarik, pelik, kisah-kisah dongeng, lagenda-lagenda tempatan ataupun cerita lucu kampung halaman korang tu dan secara tak langsung mengapa ianya berkait secara peribadi dengan korang. Rakamkan kenangan-kenangan manis di kampung halaman korang dengan mengetengahkan kisah-kisah unik dan istimewa yang membezakan pengalaman korang dengan yang lain.

Video yang paling kreatif akan disiarkan melalui saluran ‘My Hometown’ (Saluran 318) dari 31 Ogos ke 17 September 2012 untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia. Astro menjemput semua rakyat Malaysia tidak mengira bangsa, jantina ataupun umur untuk berkongsi kenangan secara kreatif dan mengenang kembali zaman kecil kita.

Sebagai tambahan kepada kempen ‘My Hometown’, Astro turut memperkenalkan ‘My Hometown Short Films’. Inisiatif ini ialah satu projek yang memaparkan 14 filem pendek yang setiap satunya meliputi 14 negeri di in Malaysia. Projek ini diarah oleh 14 pengarah filem muda dan memberi fokus kepada kenangan kampung halaman mereka. Setiap pengarah filem yang berasal dari negeri yang berbeza ini akan merekodkan pengalaman di kampung halaman mereka yang akan menghasilkan 14 filem pendek yang berbeza dari segi persekitaran sosial tetapi menjurus kepada satu objektif yang sama iaitu rasa cinta terhadap tanahair mereka. Sebahagian daripada pengarah-pengarah filem ‘My Hometown Short Films’ ialah are Sharifah Armani (Kuala Lumpur), Rewan Ishak (Perlis), Adrian Lai (Melaka), Shanjey Kumar Perumal (Perak) dan Ramdan Che Hassan (Kelantan).

 

 

Semua rakyat Malaysia digalakkan untuk menghantar kisah-kisah ‘My Hometown’ masing-masing yang menggabungkan budaya, bahasa dan lokasi di Malaysia di dalam bentuk video (tidak melebihi 5 minit). Video perlu dihantar ke Astro Broadcast Centre at Bukit Jalil sebelum 8 Ogos 2012 atau dimuatnaik di www.astro.com.my/myhometown

Jadinya korang, jom kongsikan bersama keunikan dan keistimewaan kampung halaman kita tu. Kita tengok kampung sapa yang paling best hiks 🙂

 

Comment: 10

360!

 

photo-1

anak korang kalau tempat2 asing pada dia gini, dia galid tak?

ha gitu ler RB, asal pergi tempat yang bukan rumahtangga dia, memang muka dia suspicious jer….

di mana aku nih

napa pompuan ni baju putih semedang

apesal mak aku letak aku kat sini

apesal dia ukur2 aku nih

hujung2 nanti…aaaaaaaaaa dia cucuk aku!!

kehkehkeh…..Zeeshan Zeeshan 🙂

photo-2

beratnya tak berapa baguslah. aku pun rasa dia ni minum susu tak banyak. Wpun susu badan mak ko banyakkkkkkkkkkkkkkkk tapi dia sangatlah tak berapa rakus nak minum. Kalau masa aku ada tu memang melekat le kan tapi bila dari botol tu memang dia jarang sangat nak habiskan. Unlikely masa abang dia baby dulu, senapas jer dah habis. Kalau RB ni ya ampun, sambil minum boleh ngekeh2 lagi. Pastu kalau lambat bagi susu meraung macam kena picit2.

So tu yang paed tak happy with his berat badan, wpun consider berat tapi stilllllllll tak cukup kot. yelah doctor knows best, wpun staff nurse kata ‘eh dah ok le ni kak red berat gini’

photo-3

kenapa aku berdiri?

coz ada bapak2 yang tak geti nak bangun bagi mak2 yong yang memboyot duduk, or even ibu2 yang mendukung baby. Bini korang yang mengandung, tapi korang tu sihat kan? tak boleh bangun ke bagi mak2 yong yang tak dapat duduk tuh and mak dokong anak ni duduk. so teruk ler bapak2 nih…

siap ada yang ke main sedap bersilang kaki.

semua 1Malaysia tuh.

hangin je aku tengok. tu yang aku berdiri jer….dah jeling2 pun tak paham gak. dah aku berpusing jalan depan belakang depa pun tak paham gak. Ramai ok mak2 yong yang berdiri tak dapat duduk….betul buta hati ler bapak2 nih. Ko boleh bagi bini ko duduk, ko bagi le jugak bini2 orang lain yang memboyot tu duduk sama gak.

photo-5

bila dah sampai sini kan baru aku teringat napa le tak bawak bobawrap dia! sebenarnya dah ikat tapi salah pulak, i was so in a rushed so bukak balik and dukung je dia. pastu menyesal napa le tak terus je bawak coz penghujungnya ai spent 3 hours kat sini and 3 jam jugak mendukung RB!

RB sesekali je hokhek, specially masa kena cucuk……

lain2 he s been good. siap tidur sepanjang sejam lebih tu gak dalam 3 jam kita kat situ. cuma lenguh je le tangan aku kan…

photo-6

 Selamat dia tak demam hari tu wpun paed cakap memang cucuk 5 / 6 bulan nih akan demam. Alhamdulillah coz aku balik tu tuam2 dia and his next appointment will be end of this year, or early next year. Genap setahun RB nanti. Nak menunggu ubat hem….bercinta btul.   Habis je dah jam 2.30pm, punyalah lama kau! so aku tak sempat jemput budak2 dari tuition aku dah anto subs pi jemput anak2 yang 2 orang lagi tuh and aku tau akan lambat untuk sampai for sending them to badminton session. so maafkanlah mak ko yang tak cukup masa nak menganto.

They are ok.

So aku anto RB naik rumah, and turun balik with abang. Kali ni pun banyak tempat nak dituju. Memula ke Lunatots, pastu ke bank, cash aku dah naik kering minggu lepas, then singgah kedai sukan beli kasut sukan abang. Kasut badminton dia, budak bertuah ni tertinggal kat summer camp dia kan, so ha…merasalah kena beli baru.

photo-11

Tak cukup ngan tuh, dia tertinggal jugak pencil box harta karun dia kat sekolah, dah hilang. Pergi pulak singgah Postmart kat situ memang dia seronok ler beli maknek set isi pencil box dia, aku tak tau apa yang dia amik coz aku pun mencapai sama untuk Gegirl, total up was RM60!! itupun aku lari gak pi kedai sebelah beli pulak fuji epal RB.

Then akhirnya dah jam 5.30 petang baru selesai semuaaaaaaaaaaaaaaa kerja.

and aku terpaksa missed birthday party boss The Photolicious coz RB walaupun macam sihat tapi hanya aku je yang boleh monitor dia, not my other family members….

photo-12

dengan ke hulu ke hilir, penyudahnya Sunday memang tak keluar langsung…

aku berkepit je dengan anak-anak.  n mesti korang nak tau sapa yang mengamik gambar sepanjang aku kat spital and semua2 ni lah…i have engaged a personal assistant/ driver on that particular Saturday. Never in my life untuk terpaksa engage personal driver but that day aku memang terpaksa coz aku malas nak pikir hal parking, hal bawakkan barang bag bagai while i m attending to my kids. Jadi untuk personal driver akak for that day, terima kasih kerna menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, insyallah ada job lagi akak panggil yek. Biasa kalau aku takde nak pergi banyak tempat hulu hilir ni memang aku buat sendiri but itupun aku engaged driver pun sampai ke petang penyudahnya….

pastuh GBM bengang coz aku tak engage depa hahahaha

oi…ni very professional one. korang kang kalo drivekan akak ada gak korang bergossip, kang Mem beso lagi bising kat belakang tuh.  bukan korang je, adik beradik aku pun pelik napa tak panggil depa, but takpe lah….diorg pun ada hal diorg.

Sian anak2 gak penat kulu kilir kalau aku bawak angkut semua sekali harung, dahlah that Saturday, jerebu ya dasyatnya….

yang pastinya, insyallah aku kuat boleh lagi buat semua ni sorang2. ada jugak bantuan dari my family members. Mak mertua aku pun dah balik, but i have my niece and adik beradik and also my mak ajah yang ramai sangat kat rumah aku tuh, meriah. Hey Sirman, balik copek ler encik weih, tolong slow down sket travelling tuh…kang RB tak kenal bapaknya kang.

budak kecik tu asal aku hilang je dia dah mula pusing meniarap 360 darjah carik mak nya ok! u have missed that a lot RD!

Comment: 18

Begini Begitu MFB…

IMG_2235

heh badan aku tak yah lah korang risaukan

i have proved in less than 6 months i got my weight back

tapi tapi tapi at certain angles and shots akan nampak berisi coz the lemaks masih ada. of cos ler ada! namanya pun kuor 3.

IMG_2244

Bandar Kuala Lumpur-20120613-00412

ai nak tunjuk gambar tengah buat treatment pun kang tak selesa pulak. Yelah tersingkap sket sana sini. so tengok je le gobok lemari simpan barang2 aku tuh….

Bandar Kuala Lumpur-20120613-00414

 buncit? proud to be buncit coz baru orang tau ohhh bukan anak dara dah, dah kahwin.

tak proud to have buncit coz ler….bukan ko dulu kurus ke, awat anak 3 tak susut lagi perut tu?

leks…

gambar boleh dibuncitkan. jumpa tepi jalan jom kalau nak tengok betul buncit ke tak

IMG_2228

hah dah abih treatment 🙂

lagi sebulan je untuk aku habiskan session lepas tuh kena rajin jaga makan2 nih. agak2 tergelincir badan kena balik sambung masuk session MFB. pastuh korang pun nanti nampak mak merah pun sama2 korang

Achieve your perfect bodyline at RM68

SMS *MFB <space> RM<space> Name, Age, Preferred Centre* send to *32996*

So jadinya, am I happy with the new figure?

of cos not.

Just not yet.

But target to go down dalam 6 bulan ke setahun dah tentu ler cemerlang coz belum 6 bulan dah susut banyak. Habis all the 20kgs masa boyot+ masa dalam pantang pun dah gone. Nak compete sket jer lagi ngan Marion Counter. Dia beranak dulu than me. So saya dah gini, awak yang gitu-gitu bila nak gegini sama?

Gini gitu paham2 ler 😉

Comment: 12

Behind the scene of Zeeshan’s Aqiqah part 2

IMG_8641

La baru aku pasan, selak-selak kat dalam draft rupa-rupanya ade lagi gambar aqiqah tak publish lagi. Dah alang-alang aku penat mengupload, korang layanlah gambar ni semua hiks 🙂

Sha is betul’ing my sanggul. Itu cucuk sanggul pulak dari wedding si Yanok, ha sesuai le sangat leh cucuk jer! Purposely aku suh buat sanggul coz senang nak buat keje

IMG_8676

Pengantin muka cuak tak nampak bayang pengapit

IMG_8686

Pengantin tengah sibuk call pengapit yang tak sampai-sampai lagiiii…

pastu dia tanya aku mana pengapit dia, oi mana aku kenal kawan ko yang jadi pengapit. dah keje aku pulak nak jaga pengapit ko heh

IMG_8692

Pinjam laki ko jap lah Mak Merah, laki ko je yang pakai baju melayu

IMG_8698

So boleh tak pengapit iaitu kawan Adik aku tu boleh tak datang sebab TERTIDUR???

Tak pasal-pasal RD kena mengapit ayoooo

IMG_8710

meh renjis…

itu me 3 sisters punya kerja

IMG_8713

Syok gak merenjis-renjis ni hehehheeheee

IMG_8720

kompang skang dah tak pakai baju melayu or baju batik

asal sedondon….

IMG_8768

Mak Ajah menyambut anak menantu

IMG_8772

tiada ada tol melaka kerna kita di pihak lelaki and menerima menantu perempuan, lainlah kita belah pompuan, kompom bersidai makcik2 sepupu aku kat depan pintu tuh for mintak toll dari pengantin lelaki

IMG_8773

meh masuk masuk meh…

IMG_8780

Bagi laluan, bagi laluan….Pak Aji tuh

IMG_8899

Last-last aku tarik RD gantikan dengan si Epi jadi pengapit. Epi dahlah tak pakai baju melayu, ngah sibuk buat keje dapur, yelah laki aku ramai orang yang dia nak layan kat luar tuh

Nasib ko la Adik, dah kawan ko yang tak datang sapa suruhhhhh

IMG_8900

Menantu n Bapa Mertua

IMG_8944

Sedap2 korang makan lauk pengantin….

IMG_8952

Baca doa boleh sengih-sengih lak pengantin ni…

IMG_8966

Hah ada le jugak gambar mereka2 yang datang…

IMG_8980

Liza + battalion jugak

IMG_9046

Antara bloggers yang hadhir dan ada dalam camera kami

Nurul + battalion, Jejai + battalion, Zarul Umbrella, Sha + battalion gak

IMG_9050

Pengantin pun nak gak posing kat pelamin RB

IMG_9057

Half day dia dibawa lari balik dek mertua aku ke atas dan mandi pakaikan baju lain nih. sambung balik tidur

walau dunia dah nak terbalik ke hapa, tidur lagi afdal to him

IMG_9087

not so complete Red Family

IMG_9088

muka masing2 stress je penat coz keje banyak lagi nak uruskan tapi kena paksa pi bergambar….

IMG_9106

Guess what, itulah my breakfast, my lunch and my tea!

dari pagi ke petang tak makan tu baru nak melapik perut

IMG_9112

my photographer

my fav niece

yang banyak bantu kita

we gonna miss you Kak Ngahhhhhhhhhh ;(

IMG_9117

mementang camera dia pegang, penuh camera aku ngan gambar dia berposing jer ko!

hah single lagi budak nih

ke main ramai berkenan yek

IMG_9132

dah habis hujung2, masih lagi ada tetamu kita pinjam jap si kecil untuk posing jap….

kang mak ko membizi balik

IMG_9134

RB masa ni sukanya dia dapat lelompatttttttttt!

IMG_9139

Jump RB jump

IMG_9150

ha makan2 ko sume nak masuk dalam mulut kan…

IMG_9159

buaian berendoi tu lagi cantik le kak ngah dari ko!

IMG_9164

astaga, kat sinipun ko nak posing, tapi pi amik sebelah jer!

IMG_9172

Abih semua tempat ko posing!

IMG_9180

the beauty of buaian berendoi Baby n Me

IMG_9215

RB menyambung semula tidurnya….

IMG_9217

Dah selesai dah majlis… mengemas la apa lagi…

team Candy N Such dah packed up, team Baby N Me masih lagi membukak rangka

Kuala Lumpur-20120527-00065

Segar je muka waktu pagi tapi bila dah petang hujung, abis berminyak!

Terima kasihlah pada those yang hadir ke majlis Aqiqah RB and sambut menantu kecil adik aku. Minta maaf banyak-banyak kalo ade terkurang sana sini ya… pada yang hadhir tapi tak disebut nama and tak de gambar dalam RM, pun mohon maaf coz bukan aku yang pegang2 camera nih, aku sendiri pun numpang belas bergambar dari anak buah aku.

Next nanti ada lagi keraian kita jemput yek

Soon insyallah on July, ada special occasion for RM’s readers. Hint: Nuffnang / Hint: Tembak-menembak 🙂

Comment: 30