Weekend’s drama….

i had a very rough weekend.

i woke up early morning, starts with buat mee goreng.

in between i buat keje memacam, pastuh i baked 3 trays of brownies  oh sebelum tu ai menyiang daging cam nak rak and rebus.  I tak cook for lunch coz I thot mee goreng dah cukup for them since kita nak kuor petang tuh. Debak debuk, baking memang amik masa lama sikit coz i buat solo.  Eh pagi to noon tu coz kakak ada arabic class. Abang pulak ada PIBG di skul, on duty as prefect.

Habis baking, baru nak naik mandi, turun balik coz ada orang melapau nak nasi. Bila dah masak bagai, tak nak makan. So ai naik susun buat keje bagai lain, donno what, banyak je keje umahnya. Ai habis mandi, dah kira petang gak, turun  untuk buat keje umah lain gak, this day pun helper ada datang, but rasanya 4,5 jam gak dia spent untuk ironing (she came twice a month).  Kuor masuk angkat kain baju dari porch, banyak laundry 2 hari tuh. Petangnya masih lagi ngan sidai last one the kain2 buruk.

Then sent my helper balik. Phew….

Late petang all 5 of us keluar kejap till 10pm. Sambung malamnya kemas lagi memacam and lipat baju segedebak.

Tetiba midnite terus pengsan, letih.

Esoknya, pagi menurun dapur, aku sorang2 kelentang keletung, masak 4 lauk.  Kids kalau ko tak jerit turun memang lambatlah turunnya. Yang sorang lagi tuh, king of tidur, so tak guna kejut.  Dan buat itu ini, routine as supermak. About 2.30pm, keluar pi hantar abang tuition, hantar kakak to her old skul, kat asrama coz dia rindu ngan kenkawan lama dia and I teruss pi antau Prada to the petshop back (citer  Prada menyusul, anw dia memang kompem male).  Menunggu kakak kat hostel lamanya tu about 45min or more and terus amik abang, carik shuttlecock takde kedai sukan yang bukak kat bsp tu, rushed balik.

kelam kabut aku kat dapur reheat semua lauk pauk, and yang kena masak baru gak coz ayam tak cukup dalam masak lemak. Then sorang2 ni gak buat spaghetti olio, mana ngan nak packingnya. Luckily malam tu aku dah siap2kan pack kain baju kakak nak balik hostelnya. Pap pup pap, ngam2 lah untuk dia bawak balik semua tu. 4 lauk pauk + nasi putih, dengan spageti, and karipap sardin tak pedas dan 2 tupperwares brownies. Untuk dimakan malam tadinya bersama bebudak dorm.

Yelah meriah sikit makan reramai, so takyah makan lauk dewan makan if on Sunday tu kan.

IMG_7966

dan ini panorama di balik sofa depan tv. Mungkin bukan sebulan punya collection, must be more than 2 months nih. haih. Aku tergerak nak tolak coz ada benda terjatuh bawah tu, and bila abang pushed it, huk aloh….mengucap hakak. Abang kasi clear terus coz maknya dah bebel, ai even jumpa memacam toys the kitties, toys Zeeshan dah tentulah mostlynya kan. Buku abang kakak pun ado!

ada orang kaup terus kan, masuk dustbin. jangan pandang belakang dah hahahah…but idok le haku. 90% tu berguna pakai lagik.

The closure of Sunday is a very bad news to everyone, to chat later.

 

Comment: 3

Prada the cat…

IMG_5901

akak tak pernah officially introduce you to my latest cat, her name is Prada. Masa kita adopted dia, she was 3months (28th Jan 2017). As of this entry nih, dia dah 4 bulan lah.  Kira baru sebulan lebih sikitlah dia dok ngan kami. She s a female, ai memang request nakkan female jer, tak nak jantan. Dah pergi vacci sekali, this weekend kena bawak vacci lagi seround. Cukup 6 bulan, nak pi neuter kan dia.  I nak cite lagi panjang lebar pasal sejarah si Prada ni, but nantilah, kemudian2.

IMG_7537

akak nak tanya hangpa, ini jantan ke betina? coz ada few perangai dia macam ke arah ke jantan, bukan macam female. Akak memang specifically cakap nakkan jantan, beli tau dia nih, bukan dapat percuma. So pastuh aku macam was2, ko ni female ke male. Ada sesapa leh tilik bawah dia tuh?

akak letak kat IG pun ramai bagi jawapan yang dedua, ada kata male ada kata female, melampau la khunsa plak.  Masa bawak vacci last month, vet tu tak cakap pun dia male ke female, so next round nak kena suh vet tu kabaulah. Ni vet baru kita tried, yang close by our house. kalau vet biasa yang jauh tu, memang bagus, semua dia buat dia tulis lam vacci card. Haih….

So what say you? Male or female?

Comment: 5

Tolong sorok sikit the bodohness tu…

IMG_7147

Since when pulak jadi dosa tulis cecampo rojak, in bm ke in english? Bapak lah kau punya takde keje nak carik busuk salah orang jer. Aku bukan famous dari semalam, dah 13 years aku dalam industry nih, segala mala rojak bahasa and dialects aku tulis dalam nih. Bukan aku tulis surat to gomen, or kepada Menteri, some people if dah hati busuk, kalau benda tu wangi pun tetap dia akan busukkan. Akannnnnnnnnnnn carik point untuk tunjukkan the irihati,the dengki, not to mention the bodohness! No such word bodohness? Do ai look like someone yang keje ngan DBP? or even Oxford Dictionary?

aku tulis dalam bm and english cecampo, pun jadi dosa besar to u, Norma Yuna???

Haih..pleaselah sesapa yang nak mencarik pasal tuh, tolong move on boleh? ai kan dah lama, almost retire to bash orang dalam blog akak nih but since well….i dont want to blog about something else, this triggers me lah.

Orang dok citer pasal hal anak aku sendiri, not even about orang lain, tapi ko boleh hebohkan ngan bahasa secampo tulisan aku yang in bm + english, akak nak kena amik periksa SPM ke pompuan?

For the rest, i m ignoring her, tu pasal komen dia akak tak melayan but ai just want to send a reminder  kat sini lah. For 13 years, akak memang tulis rojak, semuaaaaaaaaaaaaaaaa orang tahu, wtf yang ko nak bash pasal tulisan aku.

apapun, nak bodoh ke nak tunjuk sangap, tolong sesorok sikit, jangan show off sangat, tak baik takbur the bodohnesss tu.

Eh lipstick matte yang best giler akak cakap dalam IG Stories akak tu kan, no need to mention the brand here (awat hang tak follow IGstories haku), tengah promo kat Guardian with buy 2 free 1!! Gambar lipstick is as per the above.

 

Comment: 13

The 10th Year of Chess Champs!

 

IMG_7359

Ini cerita setiap tahun yang tak pernah miss sejak 10-11 tahun lampau. Cuma tahun lepas cerita ini tidak ada coz last year’s punya tournament brought forward to this year. So entry ini adalah untuk game tahun 2016 yang terpaksa diadakan pada tahun ni. So tahun nih, if sempat end this year lah, else sambung ke tahun depan. Ngeh….

Tournament ni kat the place I work, sesatunya game je pun yang akak masuk sejak umur2 dah melanjut nih (bowling, futsal, netball, squash, mostly dah retired).  Some more chess ni is my fav games everrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr…..Out of 3 games, satu je I won by checkmate, in few minutes sangat. 2 lagi games, 2 lagi rumah, langsung tak hantar wakil. So saya menang sangat mudah, tak challenging at all. I tried to play at the 2nd board on the first game (to continue ngan the rest of the games lah), but organizer tak bagi. Either play at the 3rd board under ladies category or gender free. If gender free, aku kena let go my ladies title. Heh macam2 lah…so no choice, terpaksa lah my red team berpuas hati dengan 2nd place sahaja.

IMG_7410

So my 10th year of being the Best Chess Player under Women category. 10 tahun kau, in a row. Ada la satu tahun tak main pun coz I was in Germany.  Depa cakap selagi ada games chess ni, tak kuasa ler depa nak hantar wakil selagi tak jumpa the bebetul punya chess player dalam team depa. Else aku kena retire gak for chess, which I belum nak lagi lah kan. Adat menang kalah…

Insyallah jumpa lagi on the next round of tournament. Thanks too for the congrats wishes at fb ig bagai.

 

 

Comment: 6

New journey for our daughter…

IMG_4970

This was taken dalam midst January. Di sekolah Naam Kheung, kakak and abang’s former school (now that they have left the school, I can peacefully mention ler nama sekolah).  Kakak di belakang, tudung hitam tuh.

IMG_4971

sibuk je ko dik! kakak was invited by the school untuk kecemerlangan dalam UPSR taun lepas. Alhamdulillah, beliau sesatunya anak Melayu di sekolah cina ni yang mendapat penganugerahan.

IMG_4972

memasing datang dengan baju sekolah, kakak datang dengan baju koko sekolah barunya kot hehehe….

waktu ni, Kakak was actually dah bersekolah di somewhere Cheras untuk aliran agama for almost 3 weeks jugak. Tapi pada minggu ketiganya, kami dapat offer dari Jabatan untuk the same aliran but untuk sekolah yang lebih bagus (cluster control school).  This means, ini adalah seolah keempat. Earlier dah registered di 3 sekolah, 1 lagi sekolah pulak kami declined the offer (speaking of the skul yang kami declined nih, ianya tak menjmin kemuslimahan anakku, walaupun it s an international school with full scholarship, Kakak was offered coz she s the best Malay students from the chinese school so the international school wants her to in their skul).

IMG_5302

baru dia seronok di sekolah baru 3 minggu, dah kena tukar sekolah lagi. The new school, is the same aliran agama but wajib untuk stay at the hostel. jadi, berpergianlah  anak dara kami. Your mom is a red lover but I sanggup carik all stuff in purpel coz I m not a kiasu mother. Segala benda yang ada purple, aku carikkan untuk Kakak pakai / bawak at her new school. Kakak suka purple lor….

IMG_5446

anak aliran agama, haruslah maknya bertudung litup ikut hantar ke sekolah hiks…

IMG_5461

So dah sebulan lepas gak lah, kami laki bini hantar kakak register di sekolah barunya.

IMG_5468

Mak pak ni jugaklah yang menyusun atur barang2 kakak di cabinet barunya. But ai think lepas 2,3 hari, kakak tukar gobok and katil coz ada sorang student dalam dormnya berpindah sekolah. Memang sehingga at least bulan June setiap tahun, students akan bertukar sekolah, banyak kali bergantung pada offer sekolah. Ni MRSM baru kuor first offer, belum lagi untuk sampai 3rd intake. selagi tulah pelajar akan terus bertukar sekolah. We did appealed for MRSM for Ulul Albab (our submission masa first round dulu ada masalah technical, thanks to the husband).

IMG_5530

half of the day, kami uruskan sekolah kakak nih and tinggallah kakak di new school, hostel without her parents guardians. 🙁

Sedih le gak, but aku tried not to show my sadness depan dia coz i dont want our last moment separated tu dia nampak aku sedih coz kang terkenang2 dalam tidurnya….

dengan satu syarat, she has to call me every ay. till now walau dah lebih sebulan, she never miss calling me. Dah 2 kali balik rumah and hehari yang dia tak balik tu, kami pegi visit dia at the hostel Ada gak satu hari tu, aku selamba jer pergi takde appointment ngan dia, coz nak hantar barang dia urgently, sib baik ler waktu hantar tu dia ngah riadah and perasan kereta maknya.  Else, aku kena pi jumpa warden lah.

 

IMG_6134

kerja aku skang memang kutip je duit coins kat rumah tu, antau kat dia. baru ni dah supplied pun cepat gak abis. So aritu aku tukar ngan kawan aku, he has like banyak giler coins, dapatlah dalam RM70 coins, campur ngan collection aku sendiri, 100 lebih gak lah. Sampai bila lah bertahan tuh, rasanya tak sampai sebulan gak kot hhahahaha

IMG_6315

everybody was like asking me, adakah kakak memilih aliran agama coz by choice or dipaksa something like that. It s all from her heart. She wants this, and of cos alhamdulillah anak2 aku memang aku terapkan nilai Islam kuat sangat dalam diri depa. Sebab tu lah aku tak galad pun bila kita tolak offer dari private international school tu coz that school reratanya more to modernism sedangkan ai want my kids to get into Islamic line.   Abang was once kena tegur dengan cikgu sekolahnya coz enggan bersalaman dengan one of the female teachers waktu atas stage amik adiah something like that. Hem…

I have placed few pcs of my Aidijuma’s tudung yang dapat melambak2 tu dalam kereta, just in case I need to go to her school anytime anydays. I know orang dok tak hehabis mengata, anak dah macam ni pun mak masih lagi tak nak bertudung litup. Thank you once again, doa jer lah memolek, tak yah condemn maknya sangat.

Though she s in aliran agama, tapi she is still taking extra class di sekolahnya ni untuk her Mandarin. Itupun aku tak habis lagi discuss ngan 2 teachers dia, coz the clashes of the subjetcs. Asalnya dah molek, cantik jer, boleh attend one session pastuh sekolah pi tukar pulak new timetable, haru biru hidup aku petang Ahad baru nih. Mana ngan tak sihat, mana ngan discuss dengan dedua teachers tuh.  Ini bukan keje si laki aku, he couldnt be bothered, aku je yang handle hal2 ni bagai. So kena ler antau appeal letter to the school to allow her untuk keluar at one 2 sessions so she can be in the mandarin class. Arabic ko ada, mandarin ko ada kakak, she wants that too, dia tak nak tinggalkan her knowledge in mandarin begitu jer, so sebab tu lah dia suh aku usaha gak untuk she gets into the class. yelah, mak kau cuba ler nih.

Heharap ada good news untuk abangnya gak, insyallah. Itu keje laki aku dok panjat jabatan tak sesudah.

Update: I did this entry about few days ago, but as of today, Kakak just got an offer to a boarding school, this week will be her final week in the current school. The new school pun masih fully aliran agama islam and much more nearer to us 🙂 . Alhamdulillah.  In less than 2 months, kakak dah bertukar 3 sekolah and with 5 offers. Mungkin ini sekolah terakhir, tak larat dah nak pindah randah, banyak kawan ko kakak….insyallah.  I ll share the names of the 4 schools selepas kakak dah masuk this new school.

 

Comment: 13