Royal blue for the family…

IMG_1492

back home aritu, Ah Seng ada datang buat touch up rumah. Sambil tu dia bawak bapak punya besau  ler hamper. Ini paling besarlah sejarah hamper dia bagi. For raya ler. Kalau Raya Cina lagi berkotak2 punya limau dia hantar. Yang tahun ni paling hebat ler coz mau taknya, bukan main puluh ribu dia buat rumah aku, ratus ribu oi nangiss….But thanks Ah Seng, kerja ko sangat bagus!

IMG_1495

Adik dah siap pakai baju tradisional Indonesia, nak naik lrt. Rumah sekarang ni, jalan kaki je ke LRT hiks.. satu kapal red family nak ke KLCC berbuka puasa dengan mak nya..

IMG_1498

Bapaknya habis conference awal so dapat amik abang dari sekolah, and terus bawak anak2 keluar naik LRT. Takkanlah nak bawak kereta, dah tentu kita nak balik sesama lepas tu kan. Pastuh nya kalau drive gak, siap le kol 8 malam pun tak tentu korang sampai KLCC tu dengan jem yang mencekik.

IMG_1503

Zeeshan sangatlahhhhhhhhhhhhhhh pencinta vehicles (dah banyak kali bilang), jadi dia sangat beria betul bila dapat naik lrt. Dia panggil train train train.

IMG_1505

Galid betul. jakun le ko ni dik.

IMG_1508

Kopiah tu, satu set dengan baju nih, seluar pun tapi sampai KLCC dia dah malas nak pakai kopiah tu

IMG_0190

Dan kami pun bertemu, tema biru. Laki aku malas nak tukar baju biru, dia dah sarung baju putih tapi exceptional case seluarnya biru. Bolehlah tu…

ye aku tau, abang dah lama beat height mak nya, maknya pun bukannya jenis tinggi, dah tentu pendek. Dan he s about the same height of his dad gak.

IMG_0206

Mak merah pakai baju repeat jer, baru pakai sekali waktu wedding adik aku. Yang skirt biru hitam tu dari #kree. Fuschia shoes dari Cipela, of cos.

IMG_0233

 The complete of us, berbuka bersama teman2 yang lain. Tak boleh nak expose 🙂

IMG_0237

Tengah aku rancak berborak (bapak, abang kakak ngah Maghrib, kita kena take turn le solat coz ada budak kecik nih). Dia boleh jerit, Mummyyyyyyyyyyyyyy nak beyak.

huwaaa ko ni dik.

Jadi tu nampak ada belah kanan sket kat pintu tepi tu dia tengah memberak hahahaha. Mak ko vouge2 tapi kalau dah anak nak berak, pedulik hapa anak kau ngan vogue mak kau. Hiks..

IMG_0269

Tudung macam kakak pakai ni kan (mana nak carik yek, janganlah suh pi festival2 tu, aku dah takde masa ler nak pergi), aku nak cari untuk kaler lain. She loves this kind of tudung, selain yang jenis sarung2 tu pun dia suka gak. Online pun kang tak sempat, ada seminggu lebih je lagi nak Syawal hah.

By the way, this entry is also dedicated untuk Kakak. she just won the Pidato / Syarahan peringkat sekolahnya. Number satu. Tak sesia ler sebulan lebih aku coached dia. Siang malam, asal ada waktu  memang kami bersama2 mak anak buat practise.

Sebelum Ramadhan pun sempat Hilal Azmi datang tolong gak, yelah dia dah jadi orang Astro Awani, ada le tips2 yang dia nak tolong kakak gak.

Tahniah Kakak, she kalahkan 14 other students. Aku dulu juara syarahan pidato ni kat Sek Agama Al Mustaqimah, jugak juara di Cap Kunci too. Pernah jugak aku wakil sekolah untuk Pidato Piala Diraja peringkat Wilayah Persekutuan.  Sejarah mak nya berulang turun ke anak daranya. Well done Kakak!

Comment: 11

Misi Bunga berjaya! WH FLoral!!

IMG_0370

Hari Ahad, memang penuh lah jadual. Nak mengejar Syawal. Selepas jer Zuhur, terus aku laki bini keluar, memula kedai kat rumah ni. Beli 2 barang, kena pasang kat Red House by this week too. Alhamdulillah dah pasang pun bendanya. Kan ada belakang tu ada Samsung’s robot vacuum cleaner. Hah tu pun aku berajat nak beli gak, one day, not now ler. Skang ada maid, tak yah ler nak beli.

IMG_0375

Destinasi seterusnya di WH Floral Trading yang korang dok promote suh akak pergi tuh. Yeah aku dah sampai. Thanks korang bagi idea and tips untuk bukan mak bunga nih. Seriously I am not a bunga person, tu yang tak tau langsung tetempat macam nih.

IMG_0378

Terpegun masuk dalam nih, rasa masam nak beli 10 benda, but perlu diingat, duit bukan dicetak dengan air liur.

IMG_0390

bowl ni nak bowl tu nak, eh lawa2 ler semuanya!

IMG_0385

sini pun rakus mata, tengok je lah. paling kecik cinonit letak candle tu pun dah kat RM50, tu paling kecik.

IMG_0392

yang on the right side tu ada aku amik, dapat harga diskaun 30% coz display unit, takde stock. Yang aku nak tu ler takde stock pulakkan

IMG_0400

kalau korang kaki bunga, memang patut ler repeat datang sini banyak kali

IMG_0402

apahal takde merah hah. merah yang ada pun macam pinkish ke purple.

IMG_0407

suka aku tengok benda bulat glitters ni, yang kecik dah takde stock pulak

IMG_0409

hah tengoklah sepuas hati, mesti ada yang tak tau gak WH Floral kan, so ni akak kongsi sama

IMG_0413

merahhhhhhhhh!

IMG_0417

betullah kata korang, bunga plastik tipu dia memang nampak macam real jugak bila tengok dari jauh. Kena rasa pegang baru tau ooo tipu rupanya

IMG_0418

kami berkenan yang ni hah

IMG_0424

bersungguh gaya mak encik bercerita kat lakinya yang macam cepatlah cerita bunga bini oiiii

IMG_0426

buat hiasan, mau tak mau

IMG_0434

ini bapak besar punya bunga. Harga RM800 tapi ada 50% off

pasu tu jer dah 200 kalau beli asing. gubah2 beli bunga lagik. aku memang tak geti gegubah ni hahahaaa

IMG_0443

ini laki aku gubah kat situ gak, pakai vase yang kononnya aku berkenan. tapi tak kena. kena pakai yang putih vase tu jugak baru IN

IMG_0445

Kami sudahi dengan 3 jenis barang sahaja. Yang berplastik bakul nih bukan kami punya, ada orang lain punya, dengaunya mak andam, dia nak buat andaman ler kan. Baguslah kalau tangan jenis pandai ngubah2 nih, takat deco rumah ke hapa aku geti ler, takat olah2 ayat aku terer gak, buat pantun pun aku terer gak tapi tang deco2 bunga memang bukan jalinan aku lah.

So all, thanks for the idea yang bantu akak dalam entry misi bunga nih. Korang boleh refer kat situ jugak coz ramai readers bagi tips on tetempat dalam Klang Valley untuk cari bunga. Aku pun refer kat situ.

Mission accomplished. Alhamdulillah. Mai lah rumah kiter…dah ada bunga. wakakakakkaa.

Comment: 9

Mak Coke…

IMG_0104

hari tu aku balik lambat sangat. Tapi dalam lelambat, nampak durian kat simpang Permaisuri nun, halahai, 5 saat je pikir, terus parked tepi jalan and singgah beli. Takyah ler musang king ke musang queen, ini pun dah sedap. Abang tu bukakkan, bagi tengok kuning ke muda ke bagai. 3 biji baru RM20.

IMG_0118

That week laki aku boleh berbuka di rumah, so dia dok bising tetanya apasal tak sampai rumah lagik. Ye le cik, mak encik pi singgah beli doyan.

IMG_0124

sedapnyaaaaaaaaa durian ni! memang tak kesal beli. Berbuka memang aku tak cari hapa, tapi durian ni yang aku sogok dulu. Memang sedap, tapi tak habis ler malam tu, esoknya mak abah bawak balik sikit. Alhamdulillah, merasa durian, hari2 biasa tak makan tapi masa bulan puasa ni teringin pulak.

IMG_0134

Thank you Coke for sending me this. Korang boleh gak dapatkan set nih but it doesnt come with the ketupat box ni yek. Korang boleh gak buat personalized name on the can too. This is a special edition Coca-Cola Ramadan-Raya collectors set  to celebrate this year’s festivities.

Lapan reka bentuk edisi terhad dengan cetakan ucapan “Selamat Berbuka Puasa”, “Maaf Zahir dan Batin”, “Salam Ramadhan”, “Syukuri Nikmat”, “Selamat Hari Raya Aidilfitri”, “Eid Mubarak”, Terima Kasih” dan “Kekalkan Persaudaraan” disediakan.

Dengan pembelian Coca-Cola 1.5L PET, anda dapat memilih daripada 24 nama panggilan orang tersayang seperti “Mak”, “Ayah”, “Atuk”, “Nenek”, “Kakak”, “Abang”, “Adik”, “Pakcik”, “Makcik”, “”Pak Long”, “Mak Long”, “Pak Su”, “Mak Su”, “Member”, “Jiran” dan “Bro”.

Untuk mengeratkan lagi jalinan silaturahim, anda boleh membuat nukilan tersendiri pada tin Coca-Cola apabila mengunjungi roadshow atau jerayawara Coca-Cola di seluruh Malaysia dan membeli 4 botol 1.5L PET Coca-Cola, Fanta, Sprite, A&W, Heaven and Earth atau Minute Maid Pulpy (bersama-sama sekurangnya sebotol Coca-Cola).

Jerayawara Coca-Cola akan diadakan selama sembilan minggu bermula 6 Jun di 44 pasar raya besar yang terpilih termasuk Giant, Tesco, Mydin, AEON dan AEON BiG di sekitar Lembah Klang dan juga di bahagian Utara, Selatan dan Pantai Timur Malaysia Barat, dan juga Malaysia Timur.

 #shareacokemy

IMG_0141

 ‘Kak Red’

 IMG_0235

Lastly, this photogrid is made by Kakak. Tetiba dah ada dalam handphone aku. Dia membosan ler tu yang buat nih, or maybe she dah mulai merindui neneknya. My mom (once again, like previous Ramadhan), telah berangkat menunaikan Umrah. So dapatlah 2 minggu aku makan lauk berbuka puasa hasil tangan mak. Aku cuma masak for weekend yang aku tak berbuka di luar jer.

Tapi now dah mak pi menunaikan ibadah Umrah, makanya balik kerja aku kena masak ler. Sebelum tu kena jugak singgah bazar Ramadhan untuk juadah anak2 (for them to makan lepas tarawikh or sambil berbuka jugak). Lepas tu baru dapat balik rumah and menyiapkan juadah berbuka. Biasanya 2-3 lauk jer lah, tak perlu heavy coz laki aku pun tak berbuka sama (dia dah back to his regular hours). Cuma aku anak beranak je ngan maid.

Terus balik masak tu takpe lagi tapi nak menyinggah bazar halahai…but tu wajib. Anak2 aku yang 2 orang tu pemakan orangnya. Insyallah, mak akan pulang di hari pertama Syawal.

Comment: 7

Berbuka puasa di Istana Budaya – our 14th year!

IMG_9973

2nd weekend of Ramadhan, kami pi bukak puasa di Istana Budaya. Our yearly buka puasa. Tak pernah miss berbuka di sini. Anak2 pun dah memang looking forward to buka puasa kat sini.

 

IMG_9976

Nak mendiamkan Zeeshan, kena bawak ipad. Pastu ada anak orang ni, ramah bertamah betul dok nak berkawan ngan Zeeshan. She gave her smart phone to Zeeshan, sebab dia nak kekongsi sesama tengok Ipad Zeeshan. Anak aku buat dek lagi ada ler hahahaha. Bila ayahnya datang, aku suh ayah dia amik la hp anak  nya, takut hilang. Biar je lah anak dia kat situ, lagipun meja depa ngan meja kami tak jauh pun.

Tapi lepas berbuka, Zeeshan dah tak nak dok diam, dia pusing dalam IB tu ngan kawan pompuan dia nih, together ngan anak2 orang lain gak, depa bukan kenal each other, but kids being kids, hidup diorang tau happy and gembira jer, itu yang paling afdal for them.

IMG_1452

Nak makan kat IB sama macam tempat lain, kena buat booking, Kalau nasib baik, if walk in, ada lah tempatnya.

IMG_9979

Alhamdulillah, IB tidak pernah mengecewakan. In between kami break for Maghrib and Isya too. Tapi tu lah, anak2 aku suka buffet, so depa dok situ sampai 930malam, aku dah jom lah balik jom lah balik, esok nak sekolah oi. Adik korang dah passed bed time dia.

Perut abang kakak, banyak betul ruang.

IMG_0511

The next weekend pulak (yesterday to be exact), kami repeat lagi berbuka di IB. Macam tahun2 dulu jugak, at least twice during Ramadhan mesti berbuka di sini. Gambaran ni sebenarnya, kami dari KLCC/Avenue K, sebelum2 tu, aku ngan RD dah menjelajah WH Floral (thanks korang bagi tips for us to go there, ai love u all lah, nanti cite tu kuor later kay).

IMG_0524

Aku lambat booking untuk 2nd visit, so dibilangnya takde slot langsung. But coz depa kenal Kak Red, the supervisor cakap, boleh bagi meja but kat luar, near by the bakar2 area. Tak kisahlah, janji ada table. Tapi bila sampai, depa bagi meja dalam, maybe ada back off.

IMG_0530

Ayam bakar ni, sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! First visit aritu, ini yang kita kejarkan, 2nd visit pun sama jugak. Eh sedapnya lahai. 4 ketul ni kita kongsi 4 orang.

IMG_0532

Depa berempat memang makan nasi. Aku jenis makan cecuit, as usual. Ratah segala benda.

 

IMG_0543

By the way, aircond was not working well dalam cafe masa hari kedua datang nih, so aku mintak tukar dok luar, paneh le kat dalam, kang orang ramai takut lagi bahang. Jadi kat luar, dapat angin alam dan jugak angin dari kipas besar. Selesa. Zeeshan was so hungry, habis 3 mangkuk nasi + soup dia bedal.

 

IMG_0548

Insyallah tahun depan kita berbuka lagi di sini. Tapi kadang2 aku datang gak lunch kat sini, depends on tahap kerajinan gak lah. IB never asked me pun buat promotion, ini genuine entry. Ikut kekira, kami dah mula makan buffet ramadhan sini sejak Abang was a baby, almost 14 years old. Tapi dari caterer yang sama nih, about 8 years old. So tolak kira, sudah hampir 15 tahun lah kita berbuka puasa di sini.

When we bid farewell to the staff of this cafe, depa dok eh kak red datanglah lagi next weekend.

Oi, 2 kali cukuplah. Cuba kira berapa tahun dah akak berbuka tempat korang nih, bape dah akak berabis? hehehee

ahaks…!!

IMG_0551

Malam itu, berbuka puasa kami bertemankan ‘Tiger’ nih, entahlah aku tak tau napa namanya Tiger, abang yang pepandai bagi nama nih. He dok bodek, cantik dia ni mami kalau kita bawak balik. Yelah bang, taktik lah kau. Kucing tu dah besar bagak. Lepas kenyang dia makan, terus dia blah macam tu jer. Sebelum berbuka, about setengah jam dia dok menunggu, lepas perut kau berisi, kau blah je yek Tiger.

Zeeshan dok mencari2 ko tau.

Masih berpeluang kalau hangpa nak pergi, ai donno why IB’s buka puasa ramadhan nih, tak pernah orang nak letak place to wajib visit for berbuka. The harga memang sangat reasonable, location wise cantik, parking pun senang. Solat pun mudah. Ada abang2 meniaga dalam IB, aku beli gak baju2 yang dia jual.

Sehabis berbuka, kita kejar sambung semula ke KLCC (at first aku ajak anak2 berbuka kat KLCC jer, but kakak abang dok insist, no no, kena pi IB, situ buffet wajib.

Istana Budaya’s buka puasa: Adult RM42nett Children 3 years to 12 pula RM27nett.

Comment: 10

Misi bunga…

IMG_9952

hoi aku carik bunga!

dalam sejarahlah sangat ni cari bunga kay. So pergi le ke SSF Cheras area rumah aku.

apa ke gila memahal bunga kat sini, or memang bunga plastik ko mahal merata dunia gak? Aku nak sejambak. sejambak tu for eg dalam 300 – 400 gak tuh, tak masuk vase plak tuh.

IMG_9955

jadi macam tak worth it le beli bunga kat sini, sesungguhnya aku rasa mahal sangat. Macam kat belakang aku tu kan, bebunga tuh, ridiculously too expensive,  for me ler. Baik pi ulang alik beli kat petaling street nun, hari2 beli bunga fresh, Sejambak dapat 20 pcs tu RM18 je. Kot pandai jaga boleh tahan gak seminggu kan. Tapi tu ler nak ke PS tu hahahaha, pagi2 buta pulak tuh. Oh meng.

so anw, aku beli lapik meja and container air je. Takde langsung beli bunga. Orang selalu kata, ko bukan tak mampu, but i dont want to pay lah benda2 merepek ni. Bags tu tak merepek. Jadi makanya, kena usaha carik beli tempat lain ler. Ada le aku google, kat Bangsar ada kot. Tak pergi tengok lagi.

Korang ada idea nak cari bunga plastik ni kat mana? Kot aku tak tau, orang lain pun sama tak tau gak, nak gak tau mengepoh. Masa nak bayar, laki aku pi jadikan aku member. kahkahkah. Katanya birthday month dapat special discounts, dia suh aku pi shopping masa birthday month (yakni bulan ni ler). Panjang le akal ko RD.

Jadi gang, mana kedai bunga yang around KL yang harga tak membunuh sangat ler, tak yah le nak grand sangat pun, sedang2 pun boleh. Share2 ler, Friday mar…murah rezeki. Thankies.

 

 

Comment: 20