Yang sakit yang sihat…

aku ulang alik kuor masuk x tau nak buat apa bila sirman demam…..so aku pun ajak kenit 2 tuh selongkar bilik pemenan gegirl, mana yang boleh pakai bagi kat anak2 buah aku yang lain, mana yang x boleh pakai, kasi buang, mana yang boleh simpan, 10% jer aku bg simpan 🙂

separuh jalan, tp nak ngangkut buang kat dusbtin room mak merah x kuasa, so aku biarkan. malamnya aku sambung semula buat sorang2, and siap cantik. tp ai x kuasa nak snap gambo coz sampah2 sarap lam bakul tu sume kena fifin lah tolakkan. aku suh sirman, dia dah ‘arrrr tak larat’

pastuh aku kebosanan ala2 x tau nak buat hapa, anak2 dah kena kidnapped dek adik aku, depa bawak jalan tp ujan so depa dok umah nenek, n sirman macam dah ok (macam jer tp tak ok) n aku ajak dia ke hero, coz aku dah muak makan beli. aku nak masak lah, asik beli jer naik bosan aku lauk pauk tu gak.

ada gerai kat2 ngan hajris tu kitrog bungkus n makan kat hajris though dia kata outside food not allowed, ah…aku beli air ko, jangan nak kemut x bagi aku makan kat situ plak. tapi sudahnya separuh pun x abih makan, aku masih lagi tak berapa selera makan, tekak still mual2…sirman pun sama gak.

n so after that beli barang2 basah kat hero, amik bebudak semula and sirman mintak maggi tomyam. maggi gak yang dia nak buat lapik perut, makan nasi hapa bagai x selera, ngan aku sekali tumpang makan sama.

ada aku beli manggis, 10 bijik, aku makan sorang2 kat dapur (kang kalo gegirl nampak, dia nak, batuk lagi kan….haruslah mak nye kena makan sorok2) teringin ko…tp 4 bijik jer yang cantik isinya, lelain tu masak sangat dah busuk. iskk, luar cantik je kulit ko, dalam lebur.

bila aku tak tidur siang ahad, rasa panjanggggggg jer siangku itu.

aku tak tau lah nak buat entry apa

so jadiklah entry nih

actually aku dah malas nak blog sementalah ujung2 tahun nih, aku rasa cam nak kurangkan sket entry….

Comment: 11

Back to School…

kat JJ Maluri ngah buat promotion ‘back to school’ so banyaklah bag sekolah yang mahal murah mahal melampo sumer ada lah. yang tarik yang sandang nya jenis bag pun ada. waktu aku makan2 ngan gegirl, sirman n abang melepak kat sini x plan pun nak beli bag sekolah bebudak nih coz cadang nak pi lain ari tp abang dah berkenan satu bag sekolah dia.

so gegirl pun nak jugak satu. dia suka bag tarik tuh tp badannya yang lom 5 taun nih aku tengok kalo bawak bag tarik tuh, dah lagi beso bag dari badan, so tak bley tak bleyyy…kena carik bag lagik kecik. so dia pilih, aku letak balik, x suka. dia pilih aku letak balik.

ada satu kaler merah dia pilih (gamaknya geram maknya asik x suka je choice bag dia kan) pun aku x berkenan, coz bag tu pun lagi besau dari badan.

n last2 aku amikkan dora bag (wpun terpaksa redha ngan kaler pink!) coz bag tu je yang kecik sesuai ngan badan ko yang kecik tu lah kan, bag2 lain tuh melampo beso cam nak pi sekolah abang ko plak. abang doesnt want the bag tarik anymore, tp aku cam was2 je boleh ke dia bawak bag sandang tuh. dahlah buku sekolah cina ko berkilo2, nak kendong kat bahu tuh, sian ko bang. pasni darjah 2 tingkat satu plak naik tangga no more kat bawah cam Year 1 dulu.

eh eh..anak ai nak masuk Year 2, wah…cepatnya ko besar bagai johan.

skul bags, air botol baru for both, socks for abang, udah. aku x beli baju sekolah baru pun for abang, coz baju lama dia elok lagi, 4 pasang lak tuh. biarlah pakai yang lama (actually aku nak, tp bapaknya x kasik). nxt wk kena settlekan gegirl kindy’s fees, n for her baru dapat new uniform set gak lah.

bila ke aku nak kemas selongkar bilik2 diorg tu yer, serabut aku ngan toys buku2 yang punyalahhhhhhhhhh x organize. aku susun depa sepahkan, fifin susun depa sepahkan.

so korang, kalo blom beli barang2 sekolah anak2, lehlah pi JJ maluri tu ha, sampai xmas nih depa extend till 11pm operation hours, soping la ko sampai lebam.

Tips: kat bandar tun razak, ada satu kedai kain baju sekolah (belakang lorong kedai pak aji tuh), abang dulu aku nak tambah baju sekolah agama n kebangsaan dia, aku pi carik kat situ. the quality memang bagus, tp aku lupa lah apa cop brandnya, kena telek baju abang. but kalo aku nak beli baju sekolah abang pun kat situ. so korang bolehlah terjah if tak suka ngan canggih ke apa brand yang kat jj tuh. lagi bagus quality kain tuh dr cecanggih nya nama ni lah.

Comment: 12

Kosmo!

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Blogger wanita ini menganggap merah sebuah dunia ciptaannya sendiri walaupun warna itu biasa dikaitkan sebagai warna bertuah bagi kaum Cina.

Kerana warna merah itulah, laman blog saya, http://redmummy.com mula popular dalam kalangan pembaca blog dan blogger lain.

Comment: 41

Demam plak…

the 3rd member of the house yang kena demam selepas redmummy and gegirl. ya allah janganlah abang plak demam pasni, so far dia mengelinjang lagi ok sihat. sirman dah mula rasa x sedap since sehari 2 lepas pastuh ahad bangun ha ko, badan naik suam2 sejuk panas.

sib baik ubat aku ada banyak lagi, so ahad kan, kuasalah dia nak pi klinik, telan ubat tu ngah kedaung lalok.

Comment: 29

Sepetang ke JJ

apa pandang2? 🙂

abang dok ngan makpaknya jauh sejengkal tau….sbb dia tak nak diganggu main psp, citt! ni project smlm bawak depa pi jj lah gitu, beli barang2 dapur

gegirl membongkang. sbb nya aku kan bagi dia ubat siang smlm pastu bila dah nak kuor tup2 aku jumpa dia bawah meja kopi tidur dah hahahahhahaha…dah siap lelawa cecantik tidur plak. even kitorg dah abih makan pun dia tidur x hengat

sampai kami dah beli barang2 masukkan lam trolley baru dia jaga, tp dia rasa lapau pulak. so sementara tunggu sirman n abang beratur nak bayo, aku bawak dia pi makan kat food court, dekat depan menu jer kat 5min punyalah lama dia pikir nak makan apa. nak mee lah. berjinggut aku menunggu dia makan, itupun x sampai separuh pun dia makan…

sambil makan sambil menceceh, lambat tol ler ko makan nak….agak2 dia dah muak ngan mee, aku bungkuskan tp balik umah takde sapa pun nak makan dah mee tuh. bazir jer. perut kecik cam dia mana leh makan banyak nih, tp tulah tekak nak merasa makan mee kan.

as of now gegirl dah sihat, alhamdulillah…tapi

tapi kan

ada sorang lagi ngah tergolek dok plak….

Comment: 12