Jul
14
2008
Monday, 6:30 pm
Ustazah dicekup berkhalwat
Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my
CHERAS: Mengaibkan apabila seorang ustazah yang bakal dilantik sebagai pengetua sekolah, dicekup sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana berkhalwat di sebuah kondominium mewah, Sabtu lalu.
Ustazah terbabit yang dipercayai berusia lingkungan 40-an, ditahan bersama pasangannya yang juga warga pendidik, hasil maklumat orang ramai.
Difahamkan sebelum diserbu, pasangan terbabit dikatakan berkurung dalam unit kediaman di Kondo Vista, Bandar Sri Permaisuri, Bandar Tun Razak, pada jam 3 pagi, sekali gus menimbulkan syak.
Malah mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen untuk mengesahkan hubungan suami isteri atau pasangan mahram ketika diminta berbuat demikian oleh pegawai penguat kuasa yang melakukan serbuan.
Lebih mengejutkan, lelaki terbabit yang berusia lingkungan 50-an, seorang ketua jabatan di sebuah institusi latihan terkenal.
Ustazah terbabit dikatakan bertugas di sebuah sekolah di Semenyih dan baru selesai mengikuti kursus sebelum memulakan tugas baru sebagai pengetua sekolah.
Sumber yang enggan dikenali turut mendakwa, pasangan terbabit dikatakan kerap dilihat bersama dan beberapa kali hampir dicekup pihak berkuasa, tetapi nasib sering menyebelahi mereka menyebabkan sentiasa terlepas daripada ditangkap basah.
Sementara itu, jurucakap Jawi ketika dihubungi semalam, mengesahkan penahanan pasangan terbabit tetapi enggan mengulas lanjut dengan alasan siasatan sedang dijalankan.
āPasangan yang ditahan adalah warga pendidik, namun butiran peribadi serta sekolah tempat mereka mengajar terpaksa dirahsiakan,ā katanya
my corridor light dah black out sejak few days ago. someone promised me that he will make a report to the management but as usual that someone forgot everything š
since im on leave today, ai took the opportunity to settle up things yang been pending…yes sirman, ai ve done part of your job. like u are in the overseas lah pulakkan.
korang ada baca paper tak on thursday, paper HMetro gitu. aku pun dpt forwarded email from Sirman and Kak Mas. ada ustazah yang bakal menjadi pengetua telah ditangkap khalwat bersama seorang ketua jab di sebuah institusi latihan terkenal ke gitu… n itu khalwat berlaku di VA, my own condo apartment š .
nasihat saya, yang masih lagi dok bersama tu, hari ni hari orang lain, mana tau esok lusa hari awak pulak ditangkap khalwat. sudah terang lagi bersuluh u have shown everything in that blog. everyone knows already. kalau susah sangat, nikah je lah, kang silap2 kalo x kena tangkap khalwat, perut tu membusung. lainlah ada permainan dalam itu hubungan…. š . tapi kalo ada permainan, anggap saja awak dah buat ‘sedekah jariah’ dan berharap saja nanti di satu hari ada juga orang yang ‘mengambil bekas’ kerana seperti yang dikhabarkan, teman serpemainan sekarang pun mendapat bekasan, bukan asli š
oh ni saya cakap general ye, teringat satu kisah di masa2 lampau. tp macam biasa, yang makan cabai akan terasa pedas hot hot chilly pepper! lagipun kerana mulut banyak bercakap di sana makanya tanpa segan silu rahsia maruah sendiri berjaja.
my loyal readers, pls dont ask further kalau x paham, baca je entry yang memahamkan saja. kan ada banyak entries per day, yang lama nye entries pun korang x khatam2 lagi kan.
btw, saya x tau lah sapa jiran saya yang kena tangkap basah lam keratan paper tu, mungkin saya penah jumpa kakak tu, i x investigate pun sapa yg kena tangkap. alangkan lam blog aku pun Ms Google yang got it for me.
Comment:
12
Category: [
Lalat, VA ]
RM Recent Comments