Visit the Money Changer…

img06448

img06452

suka lak aku ngan gambo2 dua atas tu macam gaya paparazzi gitu padahal hiks….aku smlm pi tukar duit utk soping bayo tport, makan etcs….actually best tuko kat MValley, kiranya situ lg kita untung tp nak ke sana yang tak kuasa. so aku pakai lah yg kat KLCC ni jer. jangan sesekali tuko kat bank yah, lugi! money changer ni pun sokmo aku visit, asal nak pi memana tuko kat sini jelah, ok kot, compare ngan bank.

sebab ada sekali aku tuko kat bank, so sirman sudah angin, ater mak merah malas lah nak turun pi jejauh. bebalik akuuuuuuuuu jerr yang kena pi uruskan nih.

aternye tpt keje dia ada satu je mall yang dia pun setaun sekali nak singgah pun idak kuasa, ciss kalo aku le kan, setaun sekali kueratkan ke setiap ari, busuk2 pun once a week lah.

sirman cakap patut aku keje je kat tpt keje dia, baru jimat sket duit. ewah…kalo aku keje kat area dia, kompemmmmmmmmmmm!

ha kompem apa? heheheheheehe

img06441

sedikit buah tangan untuk anak-anak teman di tempat percutian kami sekeluarga…si suami/bapa adalah kawan baik sirman since depa belajar dulu, keje sesama kat spore gitu…dulu lah. dr dulu aku kenal dia sorang anak, pastu anak keduanya sebaya abang, bertambah2 la ni dah 4 anaknya.

memandangkan it was a last minute shopping, aku mmg target nak soping barang depa on friday, sib baiklah manusia kurang sket kalo big sales cam last wk mau aku lari campak barang x sanggup nak beratur panjang hazab.

nak kupanjangkan entry ni kang lagi korang ligat tak tau nak letak komen yang mana…

so aku pendekkan je lah yer. lgpun arini sebenarnya ari kami berterbangan jugak. huhuuuuu

jadi aku shortkan saja entry ni supaya entry lain akan menyusul pendek dan ringkas.

sabtu mar, bukan ramai pun orang baca blog aku kan

half of the usual readers je yang ada bertepek lam blog aku nih

**aku nak wish big congratulations to Chotz for his graduation day today, amik scroll gitu ye dik. tahniah.akak amik scroll on emm…..1996 dik. belum amik scroll lagik akak dah keje tetap berbulan2.

**aku nak wish tahniah gak kat tq to AK coz tak berjaya mendapat Guest Writer! hohohooooooooooooooooooooo!!! bluwekkkkkkkk 😛

**aku salahkan lilred farah kerana menggangu aku membuat entry ni, tu pasal aku x leh panjangkan coz asal aku nak update entry ni dia asikkkkkkkkkkk potpetpotpet kat YM grrrrrrrrrrrrrrr! blame her.

Comment: 21

Gongxi Party!

img00682

kalo ko kata dok blog aku lagik pening ngan merah2 kan, ni ha lagi majority pun pakai merah. ini adalah kindy makcik kecik itu. depa ada party pagi tadi. smlm dia bilang:

mommy, esok ada party, kena pakai baju cantik

ok pergi pilih nak pakai baju apa

dia pilih baju tshirt kuning adidas (yang ada font merah) ngan suor panjang hape2

eii x cantiklah, x red karer pun baju gegirl nih

alah mommy, ni merah ni red (dia tunjuk red font tshirt tuh)

aisay x lawa lah

so dia kedek2 pi bilik dia carik lagi baju, sendiri pilih hokay!

tp ko yang pilih, nak gak tanya kat mak ko ok idak baju tu…ehehhehehehe

img00683

dia pilih cheongsam merah ahahahhahahaha

bagus la ko budak kecik

pandai pilih baju ikut tema!

img00685

aku adalah menyampah dengan gambar2 yang tak puas nampak muka badan anak aku sendiri. yang ngamik anto dia ialah bapaknya so makanya korang paham2 lah….

img00684

malam tadi aku ngah borak2 ngan sirman, biasalah anak 2 ni suka interrupt makpaknya bercakap. dah sound bape kali pun degil gak diaorg nak dahulukan tekak citer depa…

so gegirl interrupt tuh pasal nak suh aku dengo lagu gongxifachai dia…

punyalah panjanggggggggggg

siap joget2 lagik

nak aku videokan, iskk, panjang lah pulak

tak koser lah kan

aku nak tunggu dia abih nyanyi pun, menahan2 gak gelak.

abih grammar mandarin ko berterabur…

bapak eh, len kali amik gambo solo anak nya eh, pesan kat mulut manjang lupa, pesan kat blog moga2 ingat lah jugok

Comment: 16

Kami mahu berholiday!

img06437

pembulian gegirl to makcik fifin. ngekeh2 dia gelak…ni dah abih ngaji, budak kecik tu kan manja, pertama kalinya dia mintak aunty fifin cang kat bahu, suka betul dia. kadang2 aku buat gak lah, biasanya sirman yang buat. cukup suka tol dia bila dikendong gitu. dedulu masa baby, sedaplah buat sbb nak dengo dianya gelak, la ni, haa kau, nak tampung berat badan tu yang mak nya selalu ngelat

img06440

seperti yang kubilang, aku akan berpergian cuti x lama x sekejap lah. aku mahu berehat, ye ke berehat? tengok dari itineary yang sirman and 2 ‘penyambut’ kami, macam hazabbbbbbbbb jer. full day sehari suntuk tuh.

entries waktu di sana insyallah ada, bergantung pada wifi jugak. no internet connection kat tpt aku tinggal. lagi jugak since kita cuti raya cina, aku tak nak lah pengsan letak entry bebanyak, cam aku cakap awal2 kang korang yang balik cuti jenuh baca lompat2 pulak. udahlah tulisanku suh ko baca, ada gak yang tak paham nanti kang dok melompat je kejenya.

either 1-2 entries per day aku tempek, itupun aku x nak janji2 bangat. wifi ni kang ada yang slow ada yang laju. dpt yang slow, bila nak sudahnya kan.

ni sapa yang tau tpt aku pi tuh dendiam ye…biar aku sendiri yang bukak molot kasi tau olang.

actually aku berajat je nak tempek entries Guest Writer (GW) and BMM, masa cuti nih, ada banyak jugak masih lagi on q, tp aku paham ada yang masih tidak berapa suka entry ‘orang lain’  – korang nak baca entry aku je kan. tp korang kena gak terima, wpun ko tak berapa minat ngan entry cam tuh, the contribution from other readers, tp ada jugak yang suka membaca. so aku kenalah sama rata. lgpun 2 entries je per day aku letak for GW and BMM, ini pun sbb sambutan sangat menggalakkan.

redmummy.com is a platform for them to post their writings, kita tolong-tolonglah sikit yer. mana tahu satu hari kamu juga ada cerita dan masalah nak dikongsi kat GW and BMM, kamu semestinya mahu pembaca lain membatu kamu kan.So kita cuma anggap satu, hari ini kita tolong orang, satu hari bila kita mintak tolong orang, orang akan bantu kita.

Hidup kita kan ibarat roda, kita kenang budi orang. satu hari kita dengar orang tu perlukan bantuan, apalah salahnya kan kita help each other? Soalnya nakkah kamu membantu aku selepas aku membantu kamu?

hikss..

love u guys, happy holiday, happy chinese new year and happy always …

Comment: 38

Bersama Mak Merah

salam kak..

sy nak minta sikit pertolongan dan pandangan akak & readers akak. sy merancang nak buat bisnes secara on-line utk tambahkan pendapatan. skrg pun sy tgk dah banyak blog2 yg menjual dgn cara ni. memandangkan sy hari2 duduk dpn laptop, online. sbb tu sy nak cuba, mana tau ada rezeki.

sebenarnya sy sejak dulu lg teringin nak buat bisnes kecil2 dgn cara gini. tapi banyak halangan. tak ada sumber pembekal lah, dah jumpa tapi tak sesuai la, masalah penghantaran lah, market, masa, mcm2 lagi. lepas bincang dgn kwn2, pertimbangkan buruk baik, sy tangguhkan dulu hasrat berniaga. sebelum tu fyi, sy keje kerajaan, kerja secara sistem shift dan possibility utk transfer kemana2 adalah besar. jadi semua tu harus dipertimbangkan.

baru-baru ni sy dpt jalan & sumber2 yg sesuai. dh bincang minta pendapat dgn kwn2 lain, nampaknya bisnes ni paling sesuai. lagipun modal utk membeli stok jualan tak mahal RM500 pun dh cukup. apa yg sy fikirkan adakah sesuai sy mula bisnes tu sekarang? memandang sekarang sy ada sikit masalah kewangan. modal tu ada sbb sy plan nak amik sikit dari duit simpanan. cuma sy takut kalo ianya tak berjaya. sy akan rugi sbb modal sy akan terikat dlm bentuk aset.

dgn masalah skrg, takut nnt sy mungkin perlu cash. walaupun sikit, kalo terdesak, berguna jugak.

sy harap sgt akak & readers akak dpt bg pandangan. sesuaikah sy mulakan bisnes itu sekarang? atau, sy tangguhkan sehingga semua masalah selesai?

Update!

sori ye kak. email BMM sy tu lupa plak nak cite bisnes apa. sori.. leh tak akak add kt situ.

sy nak jual aksesori wanita. keronsang, earing, rantai, handbag & mungkin ada t-shirt/jersi ladies jenama mcm nike, adidas. tak ori, tp made ni singapore la.

thanks kak..

REEN

Comment: 8

Waksogan!

img06418

untuk pertama kalinya aku duk belakang and kena pasang tali pinggang keledar eheheheh…sangat menyampah lah. tapi kerana gomen suh, eii pakai lah jugak. tp ni gambo pergi nya jer, gambo balik aku dah x pakai, aku lalok ngantuk terpejam mata langsung lupa nak berikat. malasss!

img06421

anw smlm kami berempat pi melawat orang sakit. orang yang terdekat dengan kami di tpt keje kami lah. sepatutnya keje beli buah si Alang yang buat, so memandangkan dia ‘tak boleh diharap’ hahahahahahaha, kenalah kami beli kat kedai bunga buah spital tu jugak.

img06424

dan orang yang kami lawati tu pulak tengah buat therapy or is it MRI, so ada lagi sejam lebih pulak baru dia nak abih. even visitors pun x boleh jenguk, dok je le melangu jap langsung aku tulih note utk pesakit istiemewa kami. korang, kawan kami ni akan kena operation for 3 hours pagi jumaat ari ni jugak, so aku doakan sesama kita doakan kawan aku nih kembali pulih sedia kala, wpun it takes like 1 month or more for him to recover. insyallah…

img06425

aku sebenornya mmg x bagi depa posing, aku nak letak gambo aku je hehehehehe coz aku x nak orang tau sapa2 yang pi sama aku nih. ada 3 orang di belakang tabir, dan aku lak berdiri kat sini nak dptkan gambaran spital tp nan ado, sib baik ado gak lah katil spital leh tunjuk. spital ni canggih tp dari umah aku ke sini wohaiiiiiiiiiii…..jauh. aku masih lagi pencinta HUKM.

img06435

dan kami terus ke Istana Budaya, makan berlima pulak. pun aku tak nak letak gambo yang orang ke 5 tuh. hiehehhehehe….tiket PGL yilek pocik sudah abih licin. ada konsert amal for Palestin, korang teponlah IB, tak silap aku lam tarikh terdekat ni jugak…ada gak Tok TI performs for konsert amal, aku pun x ingatlah pesanan orang2 IB nih..sendiri lu google kay.

no diet till CNY, coz nak pi bercuti kena makan banyak hahahahahaha, aku hantam ayam masak lemak. slurpppppppp!

img06431

img06434

ayoooooamaaaaaaaa, cantik nya si merah nih. mahal kan keter gini. cantikkkkkkkkkkkkk1 suka aku. kalau aku kaya sok sok, nak gak ada keter ni buat keter pi jalan sorang2 wah gitu kan, ater pintunya dua, siksa nak kuor masuk anak beranak berempat. dah kaya lagik sok beli lagi satu keter buat pi pasar. kaya lagik sok jual sume keter beli jet pulak hehehehhe…..berangan lah kau redmummy.

boleh tak korang2 yang bawak keter kan, kalo boleh lah kan, tp bukan kalau boleh, memang tolonglah kena buat, kalo nak masuk kanan ke kiri ke, geti tak ko pakai signal. tau lah korang dah bertaun2 bawak keter, driving licence pun dah kecut kan, but bagi lah signal sket. berat nau jari tuh kan.

setiap pagi dan petang pulang keje aku mesti jumpa orang camni. kalau x bagi signal, nak main cucuk2 kang kalo aku x bagi ko masuk, ko marah2, ko terus cucuk2 belakang aku. tp salah ko sendiri x bagi signal nak main redah je. agak2 lah kan. kalo ko angkat tangan ke elok2 bagi signal aku pun senang hati bagi ko masuk.

lam minggu ni gak lah, minah waja nih main masuk je depan aku, x nak bg signal, tp aku bagi gak, coz kang sesama degil ada gak keter bercium. pastuh ada lak keter dari kiri lelaki vios nih, nak masuk x bagi signal (ha elok lah korang 2 orang temu buku sama ruas) nak masuk kanan depan si amoi waja nih, amoi waja tak nak kasi. aku tengok si lelaki vios tu cam baran, marah tol dia bila dia x dpt cilok si waja.

so aku bagi dia laluan depan aku, kira dia mencucuk lah si amoi waja tuh. sket nya dendam woo mamat  vios tu ngan amoi waja. pastu bila amoi tu ke kiri, si lelaki ni boleh ikut sekali pi kiri coz nak attack lagi amoi waja tuh. dahlah ko lelaki tadi susah payah nak masuk kanan, dek dendam kesumat marah ko pi ngekor amoi waja ke kiri balik.

isk isk iskk….

pastuh aku tak tau apa jadi ngan vios waja tuh. lantak korang lah, aku nak masuk parking KLCC 🙂

Comment: 29