RB’s part time job…

Beberapa minggu yang lampau…

skima betul ayat permulaan redmummy

huh!

IMG_9127

ko nak menyelit ke mana tu nakkk

 

IMG_9156

ok jangan risau, aku pun sama risau macam korang gak bila tengok dia berdiri kat sini tetapi cermin kuat tuh, Manager Prince Hotel pun ada sama sini hah…suite room of Prince Hotel

IMG_9159

red necktie is sponsored by @bbluvsmedotcom walaupun labuh, but selamba le kan ye nak!

seluar dan suspender hadiah dari Diva Darling. she has just delivered a baby girl!!! 5 words ko nama anaknya hahahaha.

Baju RB dari Milan lah, makkan part time job menyopping hikss

IMG_9135

teret teret teretttt

IMG_9133

Hello hello

my mummy pleaseee

IMG_9162

makkk nak susu

IMG_9166

makkkk, adik nak susu pleaseee

adik thirsty makkk

IMG_9168

makkkkkkkkkkkkkkkk

nak susu laaaaa

IMG_9169

ok ok boleh, ye ye mak nak bukak nih….mana ke nursing cover mak, meh meh. haus ye, nak susu yerrr

IMG_9176

lepas kenyang…dia pun hilang

anak aku menetek lagi ler….walaupun dah going to be setahun setengah. syukur ada lagi walaupun dah hujung2 sangat susu nya ehheheee

IMG_9236

main blocks ngan anak Sharifah Sofia, Arianna. dah itu je kawannya budak yang ada, Arianna is 2 years old, ikut tahun memang sebaya but ikut bulan, makan 6,7 bulan lagi ler

IMG_9470

makkkk nak tidurr

mak ko nak bersalin baju pun ko mengekorr nak oi

IMG_9485

baiklah, let s go home

keje dah siap

IMG_9487

penat pun ye jugak si kecil nih, jadi model photoshoot. sian dia. tak tidur2 lagi siang tuh…

IMG_9488

ala cheeky cheeky mamiiii

IMG_9495

aku nak parking dalam, memang tak de ler. kalau ngan laki aku je aku parked dalam. ni ngan baby bagai, ngan barang ke main berderet, kain baju lagi, aku valetkan jerrr

IMG_9502

masuk dalam kereta, terus tidurrrrrrrrrrrr sampai ke rumah, sampai 2,3 jam afternya. sian penat anak mak. RB ni dah jadi part of the blogging job or even model dari dia dalam perut lagi. So redha je lah ye nak, dulu abang kakak ko, skang turn ko pulak. Kadang-kala pun abang kakak ngan ko sekali package, steady je lah yer…namanya pun anak redmummy.

Kang nanti aku kuorkan the entry full of the mak and anak nih for the Pa&Ma bumper issue. Hanya untuk 3 mothers and 3 kids. 2 celebrities yang ada sama dalam photoshoot nih, Sharifah Sofia + anak, dan Catriona Ross + anak.

Ngan ada anak sumer kan, bayangkanlah betapa hebatnya bersilat nak amik gambar sepanjang photoshoot tuh.

Kalaulah ada butang on off or even pause kat bebudak nih….

Comment: 13

@thepoplook ‘s Raya Syawal Aidilfitiri Collection!

 

TPL_raya_Magnolia

TPL_raya_Gladioli

TPL_raya_Pansy

TPL_raya_Petunia

TPL_raya_Viola

TPL_raya_front

POPPY Raya Collection 2013 bermula hari ini di ThePopLook!!  Bukan sahaja maxi dress, kurung sets, shawls tudung pun ada available di  thepoplook.com. It s launching today today today, so pi click cepat!

Harga tawaran dari serendah RM86 sehingga RM149 manakala raya shawls RM36.  Walaupun aku tak bertudung, tapi kain jenis dan fashion ‘Aida’ dalam TPL tuh, aku berkenan. Kain baju pula, available in sizes S, M, L and XL.

If you are buying for me, as the raya gift – get me the M size. kahkahkah! tak payah sesusah nak tau alamat ai, u cakap je kat TPL, pls post this to Redmummy. TPL tau le my house address to ship the stuff.

OR

if you nak hadiahkan orang, you bolehlah jugak terus direct order dari TPL, and get them ship to the respective frens you tuh, suami boleh surprise for bini, alah tak yah le nak tanya bini colour apa yang berkenan bagai, beli baju je pun, bukan beli kereta or rumah kan, so buat ler surprise sket untuk gf, bini, adik mak akak….

Selamat bershopping Raya Collection di ThePopLook, sekarang jugak!

ini adalah video the full teaser of the Poppy collection, aku dah macam nampak nak amik yang mana….cuba hangpa sama tengok coz dalam video tu, ada all complete the Raya Collection.  Cantiknyaaaaaaaaaa!!! I want the blue, the green the white the redddddddddddddd!!

Hey ThePopLook, my readers are buying the Poppy Raya Collection for me 🙂

eh…kata birthday is coming kan.

Comment: 11

Bapak’s day but specially for Mom …

IMG_9811

Sebabnya RB demam malam sebelum tuh and kemudian kami pulak sibuk dengan shooting for the whole family, jadi RD yang jenis tak kisah tak heran apa2 pun pilih makan di Wong Solo, outlet di Bandar Sri Permaisuri. Sedap makan sini, aku dah makan banyak kali agk, memang repeat sesaja. Malam sebelum tu RB tetiba demam naik panas, siangnya masa makan nih sihat but tengok mata dia macam kelam je kan, pastuh habis shooting, malamnya dia naik balik demam panasnya.

Esok terus bawak klinik, dah sihat, tapi lusanya pagi datang balik demam, but pastuh kebah balik. Shooting kali ni aku bayau depa sorang RM50 coz tolong mak shooting sesama, depa dah pandai demand duit ok bila ada je keje blogging, memang depa tunggu payment. Bapaknya la yg cucuk ajar nih…

Anw nothing special ler, biasa jer makan2 je pun during the Father’s day. ajak abah aku pi makan pun dia tak nak.

and on another note…

photo

Aku turun Chanel KLCC, tengok berkenan hah terus amik. Cadangnya nak jadikan hadiah birthday, boleh nak claim kat laki ler kan, laki aku pun ok jer lah kan, tapi pastu, eh eh, tak jadilah. hadiah dari laki nanti aku nak pau sebat lain. so ni hadiah dari RM to RM sendiri.

Sejak beli, bukak dari kotak tu pun belum lagi der…..ni beli sempena Hari Bapa buat suami. kahakkkkkahakkk!

Comment: 9

The yummy and healthy Nestlé Greek Yogurt!

48hours sponsored post

IMG_7218

Cak! Ni ha aku tengah nak cuba rasa the new Nestlé Greek Yogurt. Aku rasa semua orang tau apa kebaikan yogurt kan? Tapi tak semua sukakan yogurt, betul tak? Actually banyak khasiatnya kalau ianya jadi amalan kita, lagipun asas yogurt kan susu 🙂

IMG_7221

So baru-baru ni aku berkesempatan menghadirkan diri ke Midvalley sempena special launching event of Nestlé Greek Yogurt ni. Terus-terang cakap, aku pun bukanlah jugak pengamal tegar yogurt ni, tapi on the first taste, aku dapat rasakan Nestlé Greek Yogurt ada kelainan dari rasanya. Lebih begitu creamy, smooth dan thick texture terasa di dalam mulut masuk ke tekak.

IMG_7223

Sampai menjilat sudu 🙂

Nestlé Greek Yogurt ni juga adalah sumber yang baik untuk membekalkan protein (untuk varian semula jadi) dan kalsium (untuk semua varian). Bukan itu saja, ianya juga TIADA pewarna dan perisa tiruan, LOW in fat dan yang paling penting sekali NO sugar added! Disamping mengandungi organisma hidup yang baik untuk sistem penghadaman tubuh kita. Baik kata penuh dengan kebaikanlah! Sayang kalau kita tak suka yogurt kan.

photo-1

Tiga perasa Nestlé Greek Yogurt ni iaitu Strawberry Field, Peach Harvest dan Natural dan untuk Strawberry dan Peach, kedua-duanya mengandungi the real fruits pieces ya. Tu yang lagi bertambah sedap rasanya. Boleh makan as it is ataupun korang boleh tambah dengan buah-buahan, kacang dan apa sahaja ikut citarasa korang la. For me, aku lebih suka ngap macam tu jer dan favourite aku semestinya Strawberry Field. Hmm sedappp 🙂

IMG_7265

Come, jom kita try rasa Nestlé Greek Yogurt yang baru ni dan alami sendiri kepuasan baru yang lebih sihat and I’m sure you’ll love it. Finally you can give in to temptation and feel good about it with this yummy and healthy Nestlé Greek Yogurt 🙂

IMG_7233

By the way, Nestlé akan melanting-lanting secara PERCUMA sample Greek Yogurt ini di lokasi-lokasi tertentu. So make sure korang visit http://on.fb.me/Zqdupn ni untuk dapatkan lokasi-lokasi yang berkenaan dan tarikhnya ya. Then korang boleh rasai sendiri nikmatnya 🙂

Khidmat pesanan masyarakat Nestlé Greek Yogurt is brought by Redmummy.com

Comment: 10

3 Merah jambu pinky!

 

IMG_8934

3 merah jambu pinky diberi untuk 3 kiddos ni hah!

Abang dalam keterpaksaan, redha je lah. He s not big enough to disobey mom’s words. kehkehkeh! cute pe bang, pink tu tak shocking pun colournya. apa le berkira sangat nak pakai tuh. Ko tu dahlah cepat lonjong, baik cepat pakai baju nih. Just nak match up with your sister brother cecepat jugak. RB pun makin membesar so kena pakai cepat serenak sumer!

IMG_8935

Kita sampai AEON just nice waktu tidur RB, so makan kat KFC, aku pusing seround 2 dia dalam stroller, terus lena. Senang je budak ni tidur walaupun bising camne sekalipunkan. dah time dia sangat untuk tidur.

Niat bebenornya datang sini pasal nak redeem points aku yang bertahun2 menyimpan, lagipun voucher pun nak redeem jugak. Rugi seii kalau tak collect. Kita dah jarang buat monthly shopping kat sini coz RD dok pergi Tesco pulak, lama dah setaun lebih ke hala sana. ada ler sekali 2 aku ikut. Biasanya RD pergi dengan anak2 or my mak ajah. Ai sejak beranak kecik memang berkira nak kuor hahahaha.

IMG_8989

Pastuh, turn nak redeem, mak datuk, ada lebih 100 orang! tak kisahlah, amik je le number. so kita buat a bit of groceries shopping, specially untuk soap basuh botol RB, ada satu brand khas yang aku amik and only nampak jual kat sini jer. tu yang kalau dah datang sini, kena beli bebanyak 6,7 packets terus, sapo rajin nak datang repeat 18 kali pun kat sini kan….

ni gambar mak marah anak, si abang le nih…ko amik gambar apa tu bang

gitu le bunyiknya kottt

IMG_8991

Look at RB, kita dah habis makan KFC, dah habis shopping  barang dapur pun dia membongkang lagi

IMG_9002

Kenapi mami dadi tak pakai pink cam kitorg?

pehalllllllllllllll….bukan kita ada tema kahkahkah

biasa ler, mak being power lebih

 

IMG_9007

Kemudiannya RD bawak anak2 pi tempat main atas tuh and aku meneruskan kerja tunggu turn ni hah. Dah habis shopping pun, masih lagi kena tunggu sejam lebih. Memang lamaaaaaaaaaaaa!

Dok situ redha jer lah jugak, dengan tabah demi 33k points aku tuh. Semua aku convertkan ke vouchers, dapat RM260 (5 inggit simpan hahaha coz depa takde voucher 5inggit), dapat pulak voucher yang memang kena redeem, RM80 pulak. Pastu dapat lagi voucher RM5 for each RM100 yang kita spent hari tuh. Pusing sana sini shoppping over 800hinggit, so dapat bape. ha buatlah maths.

 

IMG_9028

Selesai shopping selesai amik points, pun RB masih lagi mentidur. rugi le ko dik, abang kakak ko sakan main weiii

IMG_9029

soft toys dia sume tu kan, masa kat Milan, RD pi cabut kosongkan strollernya. esoknya dia nampak soft toys dia tak terletak ikat sama kat pram, dia angkut sume, dia campak sendiri kat pram dia hahahaha. sebab dari dia little baby lagi kita dah letak soft toys macam2 kat pram dia, jadi bila dia nampak pram dia kosong, dia tau dia set kat mind dia, these soft toys patut duduk kat pram aku. hahahaha gitu.

IMG_9040

waaa dah bangun! seksi rambut ko dik hahahhaha! kalo korang nak tau beginilah rambut si Abang jugak, kerinting babas. kakak je rambut lurus, macam meant to be, kakak juga puteri tunggal.

eh benda yang RB naik tu tak bergerak ye, gaya je dia lebih, coz tengok orang naik dia sama mengkepoh

IMG_9045

kakak the good sister, she s so a good baby sitter. sepanjang cuti sekolah, dia la yang berkepit ngan adiknya, siang malam…

Seluar jeans kakak tu adalah dari datangnya dari si abang, tapi dah pendek sket coz aku lupa nak keluarkan awal2 sebelum nih. but masih lagi boleh berpakai…untung sangat ko kak

IMG_9051

main cak cak ngan Abang

IMG_9052

mengelat! pandai tunduk carik amana kaki abang pergi

IMG_9053

hahaha kantoi adik ngan abang!

wui lonjongnya ko bang, baru2 ni aku terjumpa jiran aku, sibuk dia tanya anak aku ni tingkatan berapa.

kak, baru darjah enam kak oi

budak ni dalam kelas terlonjong sekali

IMG_9056

 yeah, lari ler korang, buat macam kedai sendiri

memang mak ada share pun sini

IMG_9066

naik lagi ko sini

sedap betul good mood dia coz lama betul dia tidur dalam pram tu, nyenyak.

IMG_9077

IMG_9079

IMG_9082

package dalam kereta, all 3 in pink 🙂

Jun 9, 2013 | Ha cikvon RD!! by redmummydotcom on Keek.com

IMG_9062

IMG_9063

IMG_9064

IMG_9061

All 3, the red kids in pink shirt.

Jun 9, 2013 | Eiii pink pinkkkk anak redmummy laaaa by redmummydotcom on Keek.com

odw back, kemerapuan kami led by the mom! cam biasa le kan, mak memang hoverrrrrrr

Jun 10, 2013 | New red bike by redmummydotcom on Keek.com

adik kecik dan red bikenya.

aku habis utilisedkan the vouchers ari tu jugak buat beli toys RB, 2 ketui. ada keek atas tuh dia dengan red bike hah, kedekut betul tak bagi sapa pun usik pegang. pastu jadi mekanik, hanya bapaknya je yang boleh tolong dia, yang diberi izin pegang bike tu. Kedekutnya koooooooooo!!

Satu lagi toy pulak aku saje tak bukak, tunggu esoknya. Biar sesatu lah kan. Esoknya aku balik kerja, dia dok seret kotak toy dia dari hujung ke pangkal mintak bukakkan. Huh meligat sungguh skang bila nampak toys. Tu kalau dia berjaga masa kat toys dept tuh, mestinya dia jugak yang sibuk nak hamik jer apa yang dia berkenan, tu baru le lagi hah amik ler, mak ko memang ada share jugak lam AEON tu kann…kan kan.

Comment: 15