Posts by :

A Family’s Entry…

IMG22246

One nite, we went and lepak Santai Cafe (agreed by 3 of them) aku kalah….x berapa suka sket ngan Santai nih lah. diorg je yg suka bonar. so make abang seat still kat kosi dia tuh, u know lar bila dia berjalan pusing satu cafe, adiknya pun ikut sekali. budak kecik tu mata ke kanan, kaki ke kiri terus jatuh lalak2, tu yang aku lotih ngan drama airmata dia kang. ok nak bagi abang dok dendiam, bapaknya start main teka teki teka tekuk wt abang. so depa belawan2 teka teki, dia tanya dia jawab. diorg tanya aku, aku bolayan.

orang cam mak ko yang dah banyak guna pakai otak utk update blog setiap hari, bila diajak lagi guna otak untuk pikir jawapan teka teki heh, kem salam lah. ko ajak aku main chess takperr. tak tau lah dah puluh taun aku ni asal main chess mmg tak penah give up and best giler rela sajer.

but aku tengok diorg nya teka teki dah  makin meraban, so aku google from d berry carik site teka teki…ahahhhha1 bijak bijak, internet hanya di tangan. dapat selambak jenis soalan, ngan berlagaknya aku bagi soalan pastu diorg cam pelik apehal soalan si merah maknya ni ke main hebat.

rupanya ada dak google…….

abang terus membuat rampasan kuasa, dia tembak soalan2 dr site teka teki tuh and tanya bapaknya.  berlagak ko bang. itulah rahsia internet di tangan hahahahha. elok gak lah, senang abang dok dendiam gak. senang sket ati aku.

IMG22237

when we got the bill, ok ni waiter tu tuliskan…sirman suh aku snap..passed kat gegirl, mintak dia carik apa yang salah dalam gambo atas nih. ha korang leh nampak tak? salah eja tu no hal weih, ni ada urupnya yang lain sket, cubaaaaaaaaaa korang buntang2 tengok apa silapnya. alangkan Gegirl yang blom 6 taun pun handal. so korang?

dapat tak?

IMG22277

aku nak lenjan entry ni pepanjanglah coz aku nak utilisekan gambar budak2 ni hah….i was on MC last Monday, doctor bagi mc 5 hari kooooooooooooooooooo! honeybossy aku cakap ‘bila dia nak bagi 2 weeks tu u should take, bila i datang opis, u datanglah, bila i x masuk opis, u dok lah umah pakai mc tuh’ hahahahahha aku x sampai hati nak amik 2 weeks mc tu lah. yelah katanya operation idung kan, wpun surgery kecik tapi sbb benda dalaman tu yang doctor mmg nak bagi 2 weeks mc gak. but no lah aku amik hok 5 hari udah.

so sebab aku MC, abang balik from NK, aku macam nak spend ngan budak2 ni. so boleh aku x bagi dia pi sek agama hahahaha….sorry ye ustaz, saya jarang dpt spend2 ngan anak saya during weekdays.

IMG22285

spend dengan suh abang buat revision mandarin english and malay. it s exam week lah cik kak. satu hari je aku pontengkan dia from Sek Agama, so alangkan aku ada kat umah, bolehlah nak tengok dia study, ngulit2 dia, and adiknya…aku budget nak tidur petang senin tuh. dahlah malam tu aku tidur at 4ish am, bangun pagi giler coz budak2 ni sekolah pagi, pastu sampai tengah malamnya baru dpt tidur balik. hishh…banyak betul benda yang buat aku melekat kat depan pc ni lah…

oh jangan ko pelik tengok Reddy meneman abang tu belajar yek. abang tak sedap hati kalau belajar kucing2nya tak dok sama ngan dia lam bilik. lagi kalau boleh dia nak si Reddy ke Kemek tu dok sama belajar kekira ngan dia gak gamaknya. huihaii….abang oh abang…

IMG22284

Terang2 aku tulih kat title of this entry is bout a family’s entry. Red Family ada Sirman @ RedDaddy, Abang, Gegirl and RM. so kalau sapa yang malas nak baca citer hal family, ok boleh skip and pi carik entry lain. biasanya yang malas nak baca kisah2 family ni orang lelaki ye dok, sbb yang bagi komen pasal arituh on entry make up aku and entry family pun orang lelaki gak. eh bukan kat RM dia bagi komen, kat blog mana tah, aku nya sesungut pala ni panjang gak, leh bau kay ko seru2 nama RM….

Selepas entry ni sepatutnya ada satu entry yang quite fun and best utk korang, mesti ramai nak rebut2…but aku tarik balik hahahahha. banyak pulak offer utk korang hari nih heh. MFB tu dah 15 seats korang dapat, pastu kang offer lain pulak, wahhahha lomaknya badan korang.

Anw, yes it s true, im rejecting the big offer already 🙂 .you know why? details of it will out soon 🙂

Comment: 45

Free Workshop for RM’s readers by Marie France Bodyline…

Hey girls….guys aku tau ada yang perati gak entry MFB nih, sure lam hati ‘isk, napa le orang pompuan jer ada slimming session’ ehehehhe sorry yek bang, orang pompupan memang suka bonar ngan part2 slimming nih.

So i m back to my session again……..but aku rasa cukuplah aku citer kan pasal all the 12th treatments of Marie France Bodyline yang aku dah attended. korang pun dah hapal, u dah tau i nya fav is always the chilly creme. So far aku dah buat 13th treatments already + today’s entry gak and memang saya sangat puas hati betul dengan package yang depa bagik. Not only that, aku pun belajar cara makan minum yang betul. u see…eat heavy during breakfast and lunch but minimalkan during dinner. last meal must be taken before 730pm if possible.

Anw korang ingat dok last 2 wks aku ada shout2 pasal kita nak buat workshop for 15 readers of RM. hanya 15 orang sahaja. tapi kita nak buat for the first round nih, only for Mothers ye dulu. Why Mom not anak2 dara, sebabnya in conjunction of Mother’s Day lah……

so free workshop for 15 mothers from RM.

I m going to collect 20 names from the first yang submit their name to Contact Red. The first 15 confirmed terpilih to participate the workshop, but the 5 will be on stand by if ada yang dalam list 15 orang tuh tidak dapat hadhir. So sapa cepat dia dapat the first 15 seats ni yek.

IMG_0711

Details of the workshop, Mother’s Day with Marie France Bodyline:

Date: 8th May 2010, Saturday

Time: 3pm – 5pm

Venue: Marie France Bodyline, Mid Valley City

Agenda:

3pm – Arrival of Guests (refreshments served)

3:15pm – Welcoming introduction

3.20pm – Nutritionist present on Detoxing the Body (Questions allowed)

3.45pm – Liposonic Thereapy Demo

4pm to 5pm  – various activities divided in groups on rotation:

–          Participants to do partial Liposonic trial (20 minutes)

–          Participants to do Beautiful Hands Treatment (10 minutes)

–          Body Composition Analysis and consultation (30 minutes)

On top of all the pampering participants will receive for this workshop, MBF will also be giving u the goodie bag. So apa lagik, the first 15 +5 MOTHERS yang email me will get to go to this free workshop.

Shoot your details via Contact Red and wait for my reply 🙂 .

CHOP CHOP!! 15 + 5 SUDAH TAKEN! TQTQTQTQ….kita mungkin akan ada satu lagi workshop yer, so sabarr….tunggu announcement saya, itu meant utk anak2 dara pulak lah 🙂

Comment: 21

One of my “gurly’s” entry…

IMG_0705

sapa ke kata …aku tak suka baca RM tuh coz asik2 citer make up ngan family jer. isk isk…bidaah lah ko bang. ko propah tipu lebih tau. ko kalo dok seminggu lam RM, ko  mesti tau punya macam2 jenisssssssssss entries lelaki pompuan kanak2 orang tua, and macam2 cerita aku buat. ni kes yang datang tetiba on top entry make up terus buat simpulan. pastuh datang lg kuor pulak citer anak2 aku, ha dok claim gitu.

aku ada 5 yrs old readers lam nih sama kertu ngan RM gak, diorang very expert tau yang lam RM sumer citer ada. Ko pernah baca advertorial Astro aku tak? Macam2 adooooooooo!!!

lagipun aku kan pompuan, readers aku pun ramai pompuan gak, lelaki pun ramai yes true but saya sendiri seorang wanita, mestilah ada citer make up. ICT Bersama Sirman pun ada lar, tu Sirman yang jawab, dia bukan lelaki ker?  takkan nak aku buat entry:

1. cara2 membuang jambang di muka, shaver apa yang paling best.

2. sedapnya minum tongkat ali untuk lelaki tuh…

3. spender lelaki yang paling hangat di pasaran gelap

ko cakap logik tak kalau aku buat entries gini? no 1 and 2 kalau masuk advertorial ok lah, aku leh pakai Sirman as model or sisipan aku. but for the no 3 macam tak logiklah kan…sapa plak aku  nak modelkan. abang?

ok gambo first atas tuh adalah cara nak buat thong or curly2 di bawah rambut menggunakan iron rambut. bukan iron baju kay. tapi aku pernah dengo budak asrama guna iron baju utk iron rambut. lapik ngan kain baju. isk isk korang nih bijak bijak.

IMG_0704

3 gadgets pompuan yang sukakan penampilan dari top to toe wahh gitu katanya. hair dryer, thong and oso flat iron. tapi h/dryer tu sumpah aku pakai setaun 2,3 kali jer kot. coz aku bih suka biarkan rambut aku kering sendiri instead of blowing. thong lagi teruk, setakat nih pakai sekali 2 jer, sapa mau???????????

leceh lah, sedap lagi suh saloon buatkan. lambat lah buat sendiri. aku rasa dek terpintal2 buat tuh, pakai flat iron pun boleh gak….kesnya rambut aku kan dah lurus balik dek Hana AQ Collections nya saloon so malam tuh aku teringinlah bonar nak gaya2 pintal. pi saloon maleh yoep.

tapi sekejap jer aku kuorkan menatang 3 tuh and simpan balik the 2…iron lagi laju lar…

IMG22295

udah siapppppppp…pi meeting memalam x yah over aa, last2 aku ikat half rambut aku, senang sket. aku suker ikat rambut actually. anw, saya pi meeting tuh for one of my biggest project. aku sebenarnya happy ngan project tuh tapi DAHULU aku dah decline politely ngan depa coz schedule tak match. but they really nak aku ada lam project tuh so what i did was, aku recommend bloggers lain, mintak gantikan aku. pun x jalan gak.

hey jangan kutuk spec aku tu yek…kalo kuor kejap aku mmg sarung spec buruk tu jer, wpun buruk tapi merah. ko ado? murah lak tuh aku beli lam 20 hinggit ke 30 gitu kat Bangkok frame nya jer. sampai kl aku suh kedai spec aku letakkan power lens, frame je yang murah. sekali 5 bijik aku beli kooo! hantar kat optical pun sekali 5 gak but best, sampai la nih semua spec2 tu berjaya. satu kat bilik, satu kat hall, satu utk kat lur umah. benda murah kooo…

oo lasik yang korang recommend tu wa tak google search lagik, not right now lar, bzbzzzzzz lar. so morale of this entry, kalau pi Bangkok belilah frame spec yang lawa2 giler tu at a very lower price and anto kat kl buat sepasang for kacanya utk yang ada power lam 100 lebih jer..multi coated hapa sumer aku tak letak. kalau boleh nak mintak student price tapi terbawak anak2 pulak pi kedai spec hahahaha macam diorg tak tau aku dah mak mak.

Comment: 28

The stories of FB and your + my statement!

image

I started my Monday status with this…n ujung2 bawahnya berderet2 giler orang comments on their blog site. aku x leh lah nak print screen sumer, jadi memanjang giler entry nih kang. banyak bonar. so if you wanna check how the bloggers do the hard sell on their blog, read my FB Fanpage

image

since first status ramai buat hard sell promo on their blog, aku bukak lagi satu status, ini memang kaw kaw nak tengok orang henyak RM lah kiranya coz aku  nak tengok apa yang korang nya blog best sangat sampai orang tak patut dok RM tp kena dok kat blog ko. true, soalan ni memang panas, kita leh tengok orang berani idak nak menjawab. Check out their replies over here.

GBM girls contacted me privately saying ada lagi yg propah tak puas hati nih pasal isu satu lagi ayat lam HM yang saya dah betulkan. hai x sudah2 betullah kamu2 nih…haloo bro, mai sini meh baca sini jap. sebelum tuh cuba carik apakah makna ‘ANTARA’ bukan ker lebih dari sorang? saya antara pelopor yang mula memakai kain batik. paham tak perkataan antara tu apa?

i m not being kerek, but rasanya yang nak tease2 saya tu kena paham, statement tuh saya dah corrected kan but if you nak lagi panas, aku patutnya terang2 suh HM tulih ‘saya ANTARA pelopor menjana duit dan income hanya dari personal blog’ ha sentap tak yang? come on lah, citer aku kat HM patut dah abih basi, let s move on. aku tengok korang yang tulih entry pasal kesilapan yang kecil tu tapi sajer dibesarkan hanya sebab: ko pioneer otai blog kira toknek pada blogging world lah gitu, tapi ko tak dapat masuk front page of news papers. tol tak? ha saya dah bagi official statement tapi tak paham2 gak and korang tak nak pulak betulkan statement lam blog korang tuh, so mai aku being so sarcastic a bit. look dude, kalo ko mula blogging taun 2000 pun, ke 1996 pun, what s the matter? the concept of the story in HM is telling people that we can earn some ringgits only via blog. sibuk je benda satu ayat yang salah tu siap buat bermukadimah.

look

lam RM nih aku jarang nak bidas orang, if i need to do it, i will protected kan entry tuh, penah aku buat tapi Sirman pi protectedkan, dia kurang suker and tak berkenan ngan entry2 macam tuh, nama saya bawak nih bermakna membawa nama dia and anak2 and my family.

So all in all, peace lah bang, apehal ko nak sentap tak sudah2, bang ke kak ker (kata nya otai kan), you just need to open up your mind. again, i ve corrected lots of statements in my 3 entires, apa lagik korang nak aku buat? pi buat Press Conference plak? ingat aku artissssssssss? eii takde kerojer heh. baik aku mengulit anak2 aku… tak pun ngulit laki aku tu 😛

Comment: 43

Budak kecik pun tau, kerja kena bergaji…

IMG_0679

you know when u dont have someone to rely one, like your lovely good helper, Fifin, hahaha itu helper aku, she s gone back to Indon for renewing her permit so patah riuk gak lah aku dibuatnya. i got help from my SIL, she lives with me during the day to help on managing the kids and the kerja rumah. but that s only on the wkdays. weekend 2 hari adoi adoi rasa macam 2 minggu.

when i got back from Prince Court, huh aku dapat jadi the Queen of the house adalah lam 2-3 jam. being mom always hv to act like a mom. nak tidur petang kejap pun adoi susah hati aku. Sirman tu kalau aku takde kat umah baru dia macam hebat sket tolong2 buat keje umah ngan anak2, tp bila aku ada kat umah pun…specially bila aku dah discharged..

alah idung awak tu jauh dari perut

balik2 tu je lah modal dia, so bersilat2lah cik merah di rumah sendiri. asal kemas ha kapau balik, asal aku dok bilik sini, bilik sana bersepah. oi korang 3 orang nih…tapi sebab aku ada trained anak2 to gain something, they have to work. so gegirl tolong kemaskan katil and yang berkapau kat hall, mintak upah. oh ok boleh.

abang pulak amik job basuh pinggan mangkuk, even gegirl nak buat job nih aku x bagi coz dia x sampai lagi, nak kena pakai kerusi lah pulak. so biar abang yang buat. for the first nite abang buat (not his first time pun buat keje nih yek) so he s so excited. but again aku kan mak yang very the QS…sambil dia basuh aku diri gak sebelah dia to check run through the pinggan mangkuk cawan sudu bagai yang dia basuh. at first round memang teruklah budak ni basuh. ngan belen2 sabut ada lagi, aku sumbat balik masuk lam sinki.

dengan ada minyak2 lagi tak tenyeh ngan sabun bersih2, pun aku sumbat balik lam sinki. and ngajor dia buat lagi satu round. on his 2nd nite, he has passed! yuhuuuuuuu! so 2 hari siang malam memang dia amik job basuh pinggan jer. dulu Sirman rajin lah jugak nak basuh pinggan, dulu pun Sirman rajin nak packkan sampah from dustbin (oh kena dipaku tau, kalo x keje tak jalan kak oiii) but la ni Sirman is getting lazy and lazy. aku yang kena packkan sampah and mintak rayu dia pi tolong anto buang to dustbin room. huii itupun kalo boleh Sirman suh abang gak pi hantarkan.

IMG_0686

sebagai gaji tolong mak nya buat kerja rumah, anak2 boleh mintak apa jer, EXCEPT toys. hehehhehe, itu aku nya rules dari budak2 ni masuk sekolah. so Abang mintak kasut sekolah sepasang lagik. ok ni aku pahamlah. ujung taun lepas aku belikan dia 3 pasang jer, satu pasang kasut utk satu hari which is for NK and Sek Agama. but kalau dia melinjan main sawah bendang di pagi hari di NK, dia kena pakai satu lagi kasut for Sek Agama. so dah jadi 2 pasang. the next day pakai the last 1 pair. end up to  3 pairs. by that day jugak kena basuh the first 2 pairs of shoes, and kapur. hukhaii…! for 4 months plus gini, lotih gak yang oi.

ye aku tau kita dulu zaman sekolah pakai sepasang je kan. tapi kita dulu susah sangattttttttt. i m not saying aku dah senang skang, but i have the allocation, and diorg pun dah tolong buat kerja umah. so momantai. yang x menahan tuh dia mintak kasut sekolah versi magnet. macam2 lah pesen kasut sekolah zaman skang nih. btw aku beli ni kasut sek dia pun dekat2 umah mak ajah aku jer nun kat BTR.

IMG22221

he oso gets 1 pair of baju sek agama. aritu just got 2 new pairs jer. ingat yang lama2 taun lepas dulu tu bolehlah pakai lagik, but aisay, kependekkan lah pulak. so yang lama tu aku dermakan kat BIL aku mintak dia anto ke rumah orang susah di Kelantan. so utk upah 3 hari siang malam basuh pinggan, satu set baju sek agama, 1 pair of shoes and socks.

For Gegirl, cik adik manis mintak tudung baru untuk senang ngaji dalam rumah and a pair of jogging/badminton shoes. ok itu aku kena pi meredah KLCC lah carik. hok tudung momantai, jam2 tu gak dia pakai. but hok kasut jogging tu lah yang ke main 3 hari dia reminded me…

next week pun kena bagi upah lagi nih..waa masak2, tetiap minggu korang mintak upah. but ok lah. asalkan no toys udah. oh yes btw, i didnt turn up to the Gatsby event coz kena grounded dek Sirman dok umahlah kan pasal baru je pas discharged. i ve seen the photos sent by Nuffies in the twitter, very the banjir merah yek…dasat korang. just RM je takdak kat situ huhuuuuu 🙂

Comment: 22