Petronas

6x Mata Ganjaran di PETRONAS!

.

.

IMG_2370

Zeeshan memang pantang kalau daddy dia pergi isi minyak, sure dia nak ikut sama. Sebabnya kat kedai Mesra ni bukan sahaja bermacam-macam benda ada, even kids’ favorites and toys pun ada sama, itu yang dia suka sangat ikut daddy dia 🙂

IMG_2365

 

So the other day we went to nearby PETRONAS station dan seperti biasa singgah masuk kedai Mesra la of cos. Bila time nak bayar tu, the cashier tanya ada Kad Mesra tak? Kebetulan Akak hari tu lenggang kangkung purse pun tak bawak hahahaha. Akak memang ada 1 Kad Mesra tapi purse tertinggal nak buat macamana kan.

Taper la bos, Kad Mesra Akak tertinggal la. Kira jer la

Tapi cashier tu cakap “Rugilah kak, sebab sekarang ni tengah ada promosi, 6x Mesra points untuk semua pembelian

Alamak, rugi-rugi! Akak memang pantang dengan reward points ni. Memang suka kumpul banyak-banyak points sebab boleh redeem macam-macam benda.

And by the way, 6x Mesra point ni limited time only iaitu dari 6 hingga 12 Januari 2018 dan sempena tamatnya “The Only Game Where Everybody Wins Campaign” di mana a lot of vouchers have been giveaway! Dan juga untuk meraikan kita sebagai loyal customer mereka 🙂

Habis dah tertinggal bos, nak wat camna?

Taper, abang dah ada Kad Mesra? Kalau takde boleh apply dan activate sekarang dan terus boleh pakai kak”

IMG_2366

Ha apa lagi RD pun cargas la activatekan kad baru tu. Senang jer nak activate, just hantar sms dengan details yang dia mintak, within 1 minute terus dah activated dan boleh guna. Yeyyy 🙂

So untuk pengetahuan semua, kalau kita takde Kad Mesra, kita boleh dapatkan secara PERCUMA di mana-nama stesen PETRONAS dan boleh pakai immediately.

Cuma nanti jangan lupa register Kad Mesra tu supaya nanti boleh redeem mata ganjarannya. Hanya hantar SMS ke 36732 cam ni: KADMESRA (space) 17 digit no Kad Mesra (space) No IC (space) Nama

Ataupun boleh juga register secara online di PETRONAS website.

IMG_2378

So apa lagi swipe la pakai Kad Mesra dia. Dapat jugak 6x Mesra points hehehehe. Kebetulan dia pakai baju PETRONAS, nasib memang baik. Thanks to the cashier sebab inform us pasal ni.

IMG_2382

Ni Akak bagi contoh kiraan la, isi Petrol/diesel 1 litre = 6 Mesra points, beli anything di kedai Mesra juga RM1 = 6 Mesra points.

So kalau kita tuang minyak 40 litres meaning kita akan dapat 240 Mesra points, dan kalau kita belanja RM10 di kedai Mesra maknanya kita akan dapat 60 points.

So hari tu Akak belanja, kalau tgk resit atas tu ialah RM33.55 dan Akak dapat 200 Mesra points yeyyyyy

 

 

IMG_2362

 

 

So korang jangan lupa bawak Kad Mesra kalau ke stesen PETRONAS, nanti rugi 6x Mesra point. Dah banyak-banyak point bolehlah redeem fuel ataupun items dari kedai Mesra, memang banyak jimat untuk kita as customer as we spend 🙂

So korang better cepat-cepat la rebut peluang. Jangan jadi macam Akak terlupa bawak Kad Mesra pulak, tapi nasib baik boleh apply on the spot hiks

 

Comment: 7

Petronas Mornings @Mesra Breakfast!!

IMG_8772

IMG_8790

Kesinambungan dari entry Kak Red on http://redmummy.com/2017/07/19/nasi-lemak-pun-ada-dijual-di-petronas-station/

Ada lagi kisah terbaru Mornings @Mesra Breakfast Combo!!

gapo diaaaaaaaaaaaa?? hah baca sini.

Masih lagi dengan harga sarapan yang sangat affordable – RM5, ditambahkan lagi dalam menu sarapan ini ialah Milo bersama dengan local delicacies seperti nasi kerabu, mee goreng dan mihun goreng. Nescafe drink dan jugak nasi lemak, ni wajib ada jugak. So options of sarapan lebih banyak kali ni, improve coz customers yang ramai request. Petronas always listen to you.

IMG_8806

Kali ni jugak, sebanyak 450 Petronas stations nationwide terlibat dalam pengedaran dan penjualan Mornings @Mesra Breakfast Combo! Project yang bermula pada awal tahun ini nampaknya semakin berkembang, memberi peluang pada vendors untuk contribute their delicious kuih muih dan pelbagai jenis nasi for the brekfast.

Senangnya, all dah siap packed and good to go, just grab and chow. Sesambil dalam jem tu pun boleh makan dah sarapan gini, some more if kat KL, pagi memang jem merata sana sini kan, so stop kejap kat Petronas stations, pay RM5 and you dah boleh teruskan perjalanan sambil makan minum  .

IMG_8818

IMG_8776

By the way Petronas akan membuat complimentary breakfast giveaways untuk kalian pula – maklumat lanjut boleh check kat https://www.mymesra.com.my/Promotions-@-Get_Breakfast_Combo_for_only_RM5!.aspx

Tahniah Petronas, actually kalaulah rumah akak selaluan dengan Petronas memang akak dah hehari heh lalu and beli but haluan kami berbeda, so korang, jangan buang masa atas jalanraya or tersesak2 nak dapatkan sarapan di office, terus je grab on the go from the Petronas stations yang terpilih.

 

Comment: 8

Nasi Lemak pun ada dijual di PETRONAS Station?

.

.

IMG_6702

Baru-baru ni, Akak berada kat KLCC LRT station distributing sarapan percuma dari PETRONAS.  Sapa yang follow my IG sure tau pasal ni kan.

So ada sapa-sapa sini dapat sarapan percuma tu? Camna sedap tak nasi lemak dia?

IMG_6713

 

Jangan tak percaya, sekarang ni selected Mesra outlets di PETRONAS Station tu bukan sahaja as your convenient store, BUT now you can grab your breakfast too. Dan yang bestnya ialah, their breakfast is our Malaysian favourite food iaitu nasi lemak 🙂

IMG_6695

 

Lebih kurang 487 stesen Petronas terlibat dalam kempen Morning @ Mesra ini untuk memudahkan kita rakyat Malaysia bersarapan pagi. So sekarang ni kalau pagi-pagi nak cepat, ataupun dah terlambat, tak sempat nak singgah beli nasi lemak kat warung tepi jalan, lagipun leceh nak parking bagaikan, boleh dah singgah di Mesra PETRONAS to grab their breakfast combo pack.

Really convenient, good food with good value of money and on the go sekali harung korang boleh isi minyak, or beli anything else kat Mesra outlets tu.

Komno_Petronas

Hanya RM5 sahaja kombo sarapan ini. Apa yang korang dapat dengan RM5 ini:

–          1 heavy food iaitu Nasi lemak di sekitar Lembah Klang (Nasi dagang di Pantai Timur)

–          Kuih-muih tempatan

–          1 tin Nescafe.

Personally Akak rasa this is good value with decent food. Dengan hanya RM5, boleh dapat set sarapan yang lengkap dan semestinya mengenyangkan macam ni. Seriously jimat, lebih-lebih lagi sekarang ekonomi tak menentu, harga barang-barang pun naik mencanak, ini kira salah satu alternative baik untuk kita berjimat.

IMG_6698

So no more excuse to skip your breakfast, the most important meal of the day ye akak-akak yang on diet tu hiks. Sambil-sambil pagi tu korang isi minyak, bolehlah beli kombo sarapan ni sekali 🙂

IMG_6741

Ingat, mulakan pagi kita dengan sarapan! Do checkout this Mornings @ Mesra breakfast combo pack di selected PETRONAS Kedai Mesra yang dijual dengan hanya RM5 sahaja!

Untuk info lebih lanjut, boleh layari www.mymesra.com.my atau muat turun aplikasi PETRONAS Pitstop.

Comment: 11

Petronas Coffee Break!

.

Pardon me for being so late in publishing this entry. As everyone knows, akak kan baru baik from the ‘small dugaan’, a dengue attacks to my Red Family, mainly to me, RD and Zeeshan – Abang berjaya recovery sebelum 48jam, so memang agak kelam kabut untuk publish this special entry, dahlah kita baru je habis the CNY kan.

Takper, better late than never.

Petronas Coffee Break

Jadi jadi, untuk ke tahun 17 kali ni, wow, 17 years kau! Petronas sekali lagi meneruskan project Petronas Coffee Break, kempen yang sangat dilooking forward oleh Petronas fans, of course, yang tak fans pun tetiba terus jadik Petronas regular customers kan gitu. Mau taknya, the only petrol company yang provides this service for so many years untuk public.

Apa servicenya, specially during the festive seasons (Raya Aidilfitri dan CNY) macam CNY yang lepas bebaru ni, 142 stations telah dipilih (number had been increased every years) to participate for this Petronas Coffee Break campaigns. Ini juga adalah collaboration antara Petronas bersama St John Ambulans, Proton, Nestle, Munchworld Marketing, and Oriental Food. Kempen ini specifically diadakan pada 2 weekends CNY yang lepas (yang akak sakit admitted masa tu).

Tujuan kempen ini, for 3Rs ler. Untuk motorists yang balik kampung or berjalan holiday waktu cuti2 panjang tu, for REFUEL, RECHARGE AND RELAX – DISAMPING minum dan makan snacks PERCUMA dari selected petrol stations.

Hah dengar percuma memang maunya tak best. Ada 7 beranak dalam kereta memang jimat le sangat kan, tak yah beli keluar ringgits, terus percuma je dapat. Ado ko nak dapat dari ABC kedai? Takdok boh.

Bukan tu jer, the other partners yang collaborate sama dalam kempen ni macam contoh Proton bagi safety checks di selected Petronas LubeXperts stations, jadi perjalanan anda lebih tenang bila ada yang dah check kereta tu kan. Cool liau.

Petronas Coffee Break2

So ai attended the launching of the event, sebab CNY, of cos ler ada lion dance. Ini pertama lion dance yang akak tengok untuk tahun nih, best. Should have brought Zeeshan along tengok lion dance ni.

Petronas Coffee Break3

Calligraphy by the VVIPs – MD/CEO PETRONAS Dagangan Berhad, En Ibrahimnuddin M Yunus, Head of Retail Business Division, En Shaharuddin M Sidek, & Senior General Manager, Group Strategic Comms, Pn Zaharah Abdul Rahman.
Kalau nak follow Encik Ibrahimnuddin, twitter handle dia @ibrahimnuddin 🙂

The 2 small kids hujung tu adalah watak2 utama untuk TVC CNY by Petronas tahun nih. Ada tengokkan? Elok anak2 kita ni semua tengok TVC tu, biar sedar sikit, tau mintak duit jer, tau nak mewah jer, makpak kau kerja cam tak cukup nyawa napas nak bagi korang hidup tau.

Petronas Coffee Break4

Yee Sang is a must too!

Overall, the campaign – Petronas Coffee Break, is something yang semua rakyat Malaysia sangat ler looking forward, dah 17 taun pun. TVC Petronas pun, setiap kali festive seasons, adalah wajib kita tonton, itu antara benda wajib dari Petronas yang rakyat Malaysia dah hafal sangat. Jadi, coffee break, akan datang, yakni masa Syawal, lagi ler ramai yang bersusun beratur kat Petronas stations, mau taknya, the kopi the snacks all free lor. Check kereta pun free, St John Ambulance pun ada stand by.

I know that I m already late but once again, I m sure kita dah celebrate the CNY happily sangatkan (except me yang kena dok dalam hospital ler), so Gong Xi Fa Chai and jumpa lagi di the next Petronas Coffee Break 🙂

Comment: 9

The rest and relax…

 

IMG_4336

Minggu ni till Ahad ni, hari terakhir makan heavily for Syawal. Tengok muka akak pun dah penuh semangkuk.

that s ok, ai memang berniat pun naikkan berat badan masa Syawal ni coz tak nak limit makan. Semua bedal. Almost hehari ada reraya open house, baik personal invite mahupun corporate.

ko jangan risau dik, akak memang YOYO, arini kurus esok gemuk. So ko tak yah nak maki akak sangat. sok akak kurus, makan dalam ko balik kang. Tu orang yang tak pernah kekurus tapi dok kata nak kurus, ko pi sound depa. Ngan akak ni ko drop from your list ek. Mulut puaka ko dah tak laku kat sini.

IMG_4327

Green for Petronas Dagangan’s raya open house.  Petronas ni tiap kali depa buat event aku mesti sarung hijau.

ai pakai baju lama gak, eh green caftan tu baru la, by FV. kain tu Rizalman, dah pakai gak pun last year.

IMG_4347

 Fadzrul Nuffnang, very young and talented boy – solo and single

IMG_4345

Tianchad, my blogger buddy, Faizol ni orang kuat PDB. Thanks Faizol for having us, the Nuffnang bloggers. Tahun depan ai buat lagi pakai baju kaler hijau kay….

IMG_4380

Esoknya, aku pakai kurta. Lebih kuranglah namanya begini, indian outfit. Ada another raya open house, tapi malas nak berbaju melayu, sukati le kan, kata muhibbah.

Sesampai opis parking tu, baru 5,6 steps dari kereta, aku terpeleot. Sakit gila kaki kiri. But jalankan jer. Dengkat dengkut tu boleh tahan lagi ler. Tapi lepas sejam lebih, memang sakit boliau, tak boleh jalan laju, memang kalau lumba ngan kekura ke lelabi ke, depa menang ler. Aku kalah habis.

Siap naik biru dah kaki kiri nih. Terus amik creme, ada gang bagi. Sapu cecepat. takut masuk angin. Aku keje half day jer, lunch hour lepas beriadah raya, terus pi klinik. Gelak2 Doctor tengok, last dia jumpa aku was dekat 3 months ago yang aku asma teruk sangat tu.

Memang dapat MC for 2 hari (tecnically 1 1/2 hari le coz aku dah keje half day kan), dapat ubat tahan sakit and ubat spray.

IMG_4421

Balik rumahnya, terus tidurrrrrrrrrr. Sedap betul tidur petang.  Tapi nak move around, aku pakai tongkat, Mak and abah aku dah tinggalkan satu tongkat untuk aku pakai. Boleh tahan perit le kaki kiri nun. Tapi tak boleh pakai lama tongkat ni, si kecik tu asyik mengacau jer.

So hari tu, and esoknya MC tu aku buat keje rumah, habis kuih2 raya tu sume kasi simpan bekasnya. Ada 6 balang kuih raya tak bukak lagi, aku bagi Mak Ajah, sana lagi ramai orang datang rumah Mak.  Movement tak banyak sangatlah untuk hari pertama kena peleot.

IMG_4455

Pagi esoknya, aku buat lagi keje, korek2 kamera lama. Yang dah tentu tak berpakai. Pagi tu aku breakfast on the bed youuuuuuu! eh petang sebelum tu pun makan dari atas katil jer. Hiks…Bermanjaan dengan anak2.  I dont want to use these 2 cameras anymore, kita tinggalkan 2 camera je lagik. in total aku ada 6 camera, semua tak berpakai. 1 dah jahanam donno why, masuk air kot, satu lagi aku dah bagi orang, bagi niece aku.

Aku tengah ada camera baru pasalnya hahahahaa…wait up for my review.

IMG_4460

My MC day, spent with Zeeshan main2 camera baru kita. Jadi cameraman si kecik. Sonok gak cuti tetengah weekdays ni kan. Lepas he habis sekolah, aku tidurkan dia. Pepetang tu aku agak kaki dah ok sikit, walaupun slow movement,tapi boleh le jalan, aku pi cash converters. Hah aku pi tolak camera 2 bijik aku tu. Nak tunggu laki aku pergi, memang tak ler, dia nya slot weekends je ada.

Pastu tak habis lagik…

IMG_4487

Malamnya aku berkemas lagi, kali ni gobok buku. Cabinets buku tu baru, yelah baru pindah kan, tapi bibik aku pemalas betul nak kemas yang part buku2 Zeeshan. Asyik dia main cecampak sesumbat. Lagi nak balik ni lagi ler dia punya badan je kat sini, otak dah kat Indon sana tuh. Sampai dah kena ingatkan pun, sejam 2 je rajinnya. So aku kemaskan, ada satu bag buku Zeeshan, yang masa dia toddler tak pakai dah kot, pun nak let go. Tu aku malas pikir, aku nak tolak gak kat Cash Converters.

But not this special book. Dekat 15 tahun aku simpan buku ni.  Buku masa dapat anak pertama, sampai anak ketiga pun aku simpan. Even hadiah abang masa he was just born kat hospital tu pun, ada aku simpan, turun temurun. Nak simpan till cucu2 pulak muahahahhaa….

Dah tak simpan lampin kain baju, simpan buku pun molek. I love this book so much. Anak2 pun tau aku sayang buku ni, maklum le masa tu baru anak pertama.

IMG_4493

Oh hari kedua tu jugak, dalam malamnya lepas ankle aku twisted semalamnya, dah boleh jalan laju, tapi ada le dengkut2. But kalau kali ni race ngan lelabi kekura, aku boleh menang ler, depa kalah. Thanks doctor for the Volini spray! Hangpa kalau kena macam aku gak, hah cubalah mintak spray ni kat doctor, ko mintak kat bomoh takkan dia bagi ler. Bagus spray ni. Hari ketiga aku dah boleh jalan laju, tapi aku tak pakai lagi heels yang more than 3 inch lah, kena tunggu lagi. Doctor suh bagi muscles kaki tu relax sikit, bagi bebetul baik. Kang terpelecok lagik! Sakit worrrr.

So there u go, my sick day. Sakit di kaki, tapi mulut berjalan. Malam pertama MC kita buat jamming kat rumah anak beranak, technically aku kakak and adik. Abangnya dok tengah in between study. Kita facetime ngan apaknya yang ngah kerja, bagi live performance.

One day, nak amik cuti hari weekdays, so can do macam ni jugak. Amik cuti tau bukan MC, tak larat le aku sakit kaki terpelecok ni, nasib baik le tak jatuh je kat parking tuh, kalau takde orang nampak, takpe ler, kalau ada orang nampak and orang tu bebuat tak nampak, eii malu gak hakak.

Comment: 6