The Pop Look

Thistle Hotel, JB…

IMG_5155

ini adalah muka kami yang penat setelah menempuh perjalanan yang tak berapa panjang. semua tak tidur langsung dalam kereta except si kecik tu lah..of cos dia ada masa bangun, susu and tidurnya. apa dia pedulikkan. For the JB trip, kita stayed kat Thistle hotel. bila dah sampai hotel ni baru aku teringat yang i used to stay here before! i even blogged bout it, few years ago waktu urusan kerja di sini.

ahah!

kuning blouse menyala nih, dari ThePopLook yer.

IMG_5158

aku kuor rumah tak make up langsung, lagipun berenti sekali jer for depa wiwi, makan pun tidak coz we had heavy nasi lemak at home before leaving KL. tu pasal bila dah checked in terus menggelupur kelaparan tak larat dah nak kuor masuk carik tempat makan lain, terus je makan kat hotel gak.

not just that, family my sweet Kak Ann Spore pun ada sama nih kita lepak borak2 jugak coz kebetulan depa pun turun JB that day. Just nice coz depa belum pernah jumpa RB yet.

lelaju makan,lepaking with Kak Ann’s family depa gerak balik to Singapore, me and team naik atas untuk rehat mandi sket…

IMG_5164

earlier kita dapat 1 king size bed, extra bed mintak kemudian tapi pastuh tukar to 2 single beds. extra bed dah tentu wajib. Extra bed bukan for them tapi untuk aku and RB, 1 lagi katil Gegirl. Bapak and abang sharing 1 bed. but penyudahnya depa pi rapatkan katil tuh. kalau tau asal je amik 1 king bed tu. ngada2 budak2 nih.

IMG_5166

aircond hotel ni sejuk ler. dah naikkan habis to 30 pun sejuk memang standardize betullah. aku tidur malam berpeluk2 ngan RB tuh.

pastu bengongnya takde fridge. eiiiiii!! tapi hotel paling vass kat JB tapi fridge bilik pergi mana??

IMG_5168

abang kakak buat spot check bilik….

harga bilik RM270++ tak termasuk extra bed but ada breakfast and jugak internet

IMG_5172

depa kalau bilik air memang pantang betul ler ada bath tab. maklum ler rumah takde b/tab kan…

IMG-20120901-00273

at nite begini hasilnya depa…

abang bergusti sama si kecil

oh wpun dia baby, dia pun sama melawannnnnnnn! kan aku dah cakap bila abang dok ajar dia gusti2 main2 gini dia pun dah tau kalau ngan abangnya mesti apply gitu gak

Plentong-20120901-00274

eksyen je abang tuh….kakak tu ngah buat KUMON

pastuh kakak pulak jaga adik, abang pulak siapkan KUMON dia…

Plentong-20120901-00275

tapi aku ngeri jer depa main atas katil nih, so aku turunkan kat katil aku letak bantal keliling coz extra bed katilnya rendah a bit. kalau terjatuh ke apa ada bantal tampung…

entah pukul berapa 3,4 pagi kan aku dengo macam bunyik derap kaki dari luar. lamaaa je bunyik tuh.

muahahahahahha

nak takut ke nak emmm?

aku buat bodoh jer. sambung tidur peluk RB.

kalau kena kacau lelebih tu maybe aku dah zikir kat telinga RD. Dok semalam je kat sini, pagi2 pas breakfast kita dah check out for Legoland trip. Oh sebelum tu we had fun at JPO!

Comment: 18

Alcuti althebest.

 

IMG_5067

hello

ini baju bukan baju yang sama dalam itu Legoland yer. ini baju dari ThePopLook. yang ada macam2 colours tapi aku dok balun gak sumer tuh. warna depa similar tapi sebenarnya design pun lain. and TPL is way better qualitynya dari yang aku pakai kat biru Legoland tuh.

 

IMG_5076

guys ready..

mummy set timer nih!

IMG_5080

RB / Kakak pandang ler camera!!

IMG_5082

alamak doctor dah panggil

hiksss

abaikan ler self timer

IMG-20120824-00198

kemudian kita pi jalan2 kat ecurve that one cuti raya. masa tu dah habis raya melaka, raya kl pun dah half abis gak

1 of my iPADs aku retak ok screen dia. a day before adik and anak buah aku main kekasar sampai terjatuh ipad tu dibuatnya. heh tau le aku ada sampai 3 ipads tapi agak2 le apehal le ke main ganas korang pakai. habis beraya rumah orang tu jugak kitorg hantar to ecurve for service and repaired. RM790 which bill to be settled by my brother. the next day siap jugak the ipad, replaced with new screen. Back to normal.

had late lunch kat Ecurve gak, Fish manhattan.

IMG_5092

dah alang2 kat situ, Bungee trampoline for Gegirl. abang tak mau. coz abang jimat duit belanja. kedekut betul abang nih. gegirl nak main and berani terus selamba je bayau RM12. diorang pakai duit raya diorg. sebelum tuh kita dah hantar semua duit raya depa kat Tabung Haji. tapi kita bagi le sket untuk pakai merasa belanja beli apa2.

lagipun duit raya masih lagi dapat tetiap hari dari orang yang beraya kan.

Best gak bila depa dok tengok2 purse tinggal duit berapa, coz hah baru tau duit habis ke tak.

IMG_5099

kat sini ada Baskin Robbins.

Abang kakak nak aiskrim?

kalau Mummy belanja Abang, abang nak, kalau abang kena bayar pakai duit abang. abang tak nak.

ko bangggggggggggg!!

jadi bapaknya pun belanja le semua beranak makan!

IMG_5102

aku kat sini menyopping carik baby chair for RB….

best pulak floor ni yek, ada khas untuk nursing room gak belakang Mother care.

IMG_5105

Abang, tak nak naik ke motor tu macam kakak?

tak mo, tu sume budak2lah mummy. abang kan dah big boy.

yoyoooo la ko big boy sangat kan

IMG_5112

hihiiii

dia balunnya letak adiknya dalam nih. canggih dah ek menda nih, dulu aku belikan for Kakaknya masa tu ada 1 je brand jual, kat Jusco. skang dah macam2 jenis. tapi aku tak beli pun nih. aku sudahi ngan beli baby chair yang bapaknya kena usung sampai ke parking ecurve. hihihiiii….

duit belanja sendiri, depa spent kat MPH. beli buku + stationeries. yang kakak tu memula dia kepit ngan aku teman maknya kat nursing room so bila abangnya beli macam2 dari MPH dia dah nak merajuk sentap. ler ko gak yang tak nak pergi. so kenalah patah balik ke MPH bagi dia pilih pulak.

Tak habis ngan nih. Kita singgah pulak pi QBistro dinner situ.  lama betul tak makan sana. Ngan askar2 batallion adik beradik ipar duai anak buah aku pun sama join sekaki! Syok. best cuti raya ever.

Comment: 25

Raya shopping light2 for the house….

IMG-20120811-00042

tengah susun2 gula yek? leh saya menyelit tak?

takpe akak cakap akak nak gula apa?

IMG-20120811-00041

nak gula pasir halus dan gula cube, macam takde jer

takde kak, sumer habis. ada gula pasir kasar je kak

bolehlah….

IMG-20120811-00043

laki mak, jom tengok2 atas

apa lagi tuuuu, asal raya je ada je benda nak ditambah2

heh tengok jer ler

IMG-20120811-00045

huk aloh pompuan kalau shopping, kata nak beli gelass 6 ketul jer, setroli jugak dia bawak keluar!

IMG-20120811-00046

My purple top is by ThePopLook

molek untuk dipakai pada dress yang sleeveless gitu 🙂

cerita ceriti hari raya menyusul nanti aaaa

Comment: 15

ThePopLook for The Zebra Square!

DSC_2725

Dah berjanji sama teman karib RD untuk buka puasa di Zebra Square. Aku pun dah shout2 kat lam blog sama jugakkan. Tapi aritu ngan GBM, la ni ngan my family pulak. Weekend mar. Mana penah kitorg buka kat rumah, Sabtu Ahad sume buka luar, ada ler 1 rumah, itu pun umah mertua aku. Lain sumer luar, sampai anak2 ada list Top 5 mana tempat yang depa suka tak suka suka tak suka. Tunggu tahun depan kita ukur jalan lagi buka puasa di mana pulak. But dengan syarat hanya pada weekends sahaja, ada ler sekali aku kena bawak depa pi events on Friday, ya hampun siksa betul.

Dengan aku nak kena rush balik dr opis, redah jam, pastu patah balik pi event venue. Mostly kalau gini aku yang kena buat, bukan laki aku. Dia tau datang solo lenggang kangkung jer coz location opis dia yang very the hujung dunia kan…

DSC_2737

This time dapat seats depan2 buffet area, so anak2 nak repeat amik hah senang.

DSC_2741

Gegirl kepantangan dia nampak udang…berpiring-piring dia boleh habiskan. Yang aku pulak dapat menu ikan yang sedapnya tapi tak tau camna nak buat sendiri. Dapat repeat 2 kali, kali ke3 habis licin dah!

DSC_2746

Gaya dah ada….insyallah tak lama yek lagi korang

DSC_2744

Aku bukak puasa kali ni macam feeling anak 2 jer, coz jap2 budak kecik ni kena kidnap dek couple nih…

Tapi tu ler mak being mak, pala asyik mencarik jugaklah hahahahah

DSC_2748

Our buka puasa at Zebra Square bukan Red Family je, tapi member baik RD and anak2 dia pun ada sama. Aku rasa korang pun dah kenal depa nih coz once a year kitorg memang bukak puasa sesama heh

DSC_2757

Dan tetiap tahun jugaklah si bapak tunggal ni ngan anak 3 orang jer…. Calun baru tak jumpa lagi hehehe

DSC_2760

Budak2 ni bukan main lagi gadget freak betul!

DSC_2762

gagaaaaa! makan diaaaaa!

DSC_2775

Kakak muka tak ikhlas nak senyum wpun dapat sepasang kurung. Dia takut guard kat situ marah dia coz berdiri kat situ amik gambar. Hai kakak janganlah risau, mak ko kan pelindung terhebat ko, sapa marah ko, mak tau ler nak silambamkan!

Selepas buka puasa di Zebra Square kita lari pulak ke Ampang Park, itu je paling dekat. Dapatlah sehelai kurung kakak wpun kedai sumer dah nak tutup and dapat bargain habis gaklah biasa ler penutup customer katanya kannnnn. Diorg sumer 2 keter tunggu kat luar. Aku ngan Gegirl jer shopping terpaling pantas.

But i still need 1 more pc for her lar.

DSC_2779

Kemudiannya makan di McD Ampang Park jugak. Borak over setengah jam kat tepi jalan, sampai aku naik lemau so apa kata bawak battalion ni sumer yang dah lapar balik ke McD! gitu yer….borak berborak borak berborak sampai RB tidur melena jugaklah kat situ. Abang kakak and lain2 dok meleka main borak, sibuk dengo orang tua bercakap pun ado gak.

Kalau nak, sempat lagi kot 1,2 hari lagi for Zebra Square coz Thursday will be their last business days for Ramadhan buffet.

Lastly, the purple Gold Liyana Blouse similar to my blue and the fuschia tak lain tak bukan mestilah dari ThePopLook

*****************************************************************************************************************

So korang dah habih shopping raya ke? Aku dah setel dah semua kecuali nak cari selai lagi baju Kakak. La ni sibuk nak beli kuih raya pulak. Dah beli dah hari tu tapi rasa macam tak cukup la pulak….

Tapi yang best beli kuih raya ni ialah ramaiiiiiiiiii sangat yang menjualnya. Sampai tak tau nak pilih pun ya gak. Pastu semua pulak jual online. Senang kerja aku nak membelinya. Bila nak bayarnya lagi senang, aku just buat online fund transfers pakai Internet banking via Citibank Online. Remember aku kan ada Citibank Ready Credit, so it comes with Citibank Online account 🙂

Even buat mobile fund transfers pun boleh. So, on the move pun boleh beli kuih raya hiks 🙂

Comment: 7

Astro Buka Puasa….

**sorry gambar tak banyak coz we were rushing nak balik**

DSC_2273

Marsha + Reza

 serba serbi  merah…

DSC_2272

Tasha Shila

kereta Audi putih tu memang betullah dia punya, she drove it that nite.

DSC_2275

gambar dah meraban selit2 badan orang heh

DSC_2271

love the red, kalo tengok live memang cantik sangat merah Rez

well, i pencinta merah nak wat camne kan

DSC_2281

Shila Amzah in pink….

DSC_2286

Rozita Che Wan

tinggi badannya. huh perfecto je aku tengok

cincin 2 bijik ko nampak?

DSC_2289

ye those baru nak jadi retis, ha begini caranya ye berdiri posing depan camera

DSC_2313

Zizan…

he balik awal gak sama ngan aku, kete kitorg depan belakang je kat depan lobby that time

 

DSC_2340

DSC_2343

DSC_2345

DSC_2349

DSC_2355

DSC_2361

DSC_2362

DSC_2373

DSC_2384

Me wearing the Radzuan Radzwill via ThePopLook with the sweetie Aza Astro yang berharap dapat jadi 2nd wife Aaron muahahaha

DSC_2321

em Erra…

emm….

DSC_2315

DSC_2317

DSC_2318

Aaron Aziz

his wife is carrying the off white Jumbo

Astro dan hari raya mana mungkin dipisahkan sama ngan korang dan raya gaklah, those yang malas2 nak pergi berjalan raya bolehlah ngadap Astro sampai lebam and jugak kalau yang beraya pulak takper not to worry, silalah record PVR. kan momantai saja. Macam-macam cerita sempena hari raya ni nanti. Antara rancangan menarik sewaktu Aidilftiri 2012 di Astro adalah Mega Raya 2012, Aaron & Zizan Beraya Sampai Pengsan!, Romantika Raya, Karoot Komedia X Raya, Lawak Ke Der dan movies pula antaranya KL Gangster, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Hikayat Merong Mahawangsa so on. Memang lebammm 🙂

****************************************************************************************************

Alamak! Bajet dah lari la pulak. Maklumlah baru balik German ni,  duit pun dah langsai 🙁 Raya pulak dah dekat ni, nak tak nak kena gak ada cash nak buat belanja raya ni. Fikir punya fikir aku rasa aku nak apply Citibank Ready Credit PayLite la. RC PayLite ni boleh dikatakan sama seperti unsecured personal loan (an installment loan without collaterals/guarantor), so sangat sesuai untuk sesapa yang memerlukan wang tunai dengan kadar segera macam aku ni nak pakai buat raya  :[

Yang bagusnya RC PayLite kadar faedahnya yang terendah kalau dibandingkan dengan apa yang ada dalam market sekarang. Pembayaran balik pula terpulang samada nak 12, 24, 36 ataupun 48 bulan. Tapi lepas raya nanti kalau ada duit lebih boleh buat full settlement terus, bestnya pulak No Early Settlement Fee! Yey beraya sakan la aku nanti hiks 🙂

 

Comment: 20