RM’s Pregnancy – WEEK 24

The measurement is now at around 30cm (11.81 inches) and your baby is now weighing approximately 600g (1.32 pounds). Your uterus should be about 5.1cm above your belly button by now, which is almost 24cm above your pubic symphysis.

Your baby is starting to fill out and it’s face and body are starting to look more like that of an infant at birth with each passing day, even if it only weighs a little over a pound and is still tiny.

It is believed that this may be due to the hormonal changes that your body is going through as your body is changing and adapting with your pregnancy, which in turn causes the blood vessels in your nasal passageways to swell and bleed more.

***************************

hoh ni minggu lepas punya pregnancy update ler, jap 23weeks, satu lagi site cakap 24weeks, aku ikut je memana. Doctor punya measurement kat baby pun sama bih kurang jer. Haku membesar bagai dipam2….nak2 lagi raya kan. nah korang pun dah tengok gambar latest Volkswagen gitu wpun gambar raya blom up up yet but this is more latest.

IMG_4618

Bulan lepas nak pakai maternity dress ni macam loose lagi pinggangnya, tapi ni first time pakai dah rasa mengetat. ni memang maternity dress, tapi tak stretchable which was also ditolongbelikan oleh Diva Darling gak.

Yang paling rajin pegang perut aku nak merasa tendangan baby is Gegirl, suka betul dia bila adiknya menyepak. Abang pulak among the last yang merasa tendangan tuh selepas Gegirl and bapaknya, so muka dia teruja excited sungguh bila dia pun merasa pegang gerakan baby.

Apa lagi ke aku nak bagitau, the baby insyallah is a boy, kami masih lagi belum buat apa2 preparation pun to sambut. biarlah tunggu dah 7,8 months gitu. Cuma skang haiyahhh

aku stress betullah ngan perangai maid kat umah nih sampai kalau boleh aku satu hari memang tak nak bercakap ngan dia coz kalau tidak ada je yang buat aku leh naik angin. So apa sahaja yang dia buat aku angin, selagi boleh diam, aku diamkan jer. RD ler kena amik take over bebelkan dia but dia pun dah naik bosan,  ke main menjawab dah skang, blum sebulan lg nih!

Comment: 30

Volkswagen. Das Auto. Show 2011

48hrs sponsored post :)

image

Kalau Batman ada Bat-Signal, Volkswagen juga ada VW signal 🙂

Well of cos la the VW signal is not calling for Batman, but it is actually calling you guys untuk datang ke Volkswagen Das Auto Show 2011 yang sedang berlangsung sekarang 10-11 September 2011 di perkarangan Stadium Bukit Jalil.

Bertempat di tempat letak kereta Stadium Bukit Jalil, tersergam megah The Dome untuk pameran Volkswagen Das Auto Show 2011 yang mempamerkan kesemua model-model kereta Volkswagen.

image

Saya berpeluang menghadiri preview sidang media Volkswagen Das Auto Show 2011 few nights ago. Ianya juga dihadiri oleh VIPs dan orang-orang kuat dari Volkswagen dari serata dunia untuk berkongsi visi, objektif dan juga pencapaian yang telah dikecapi oleh Volkswagen Group especially. Baru saya tau rupa-rupanya Audi, Lamborghini, Bentley, Bugatti, Skoda dan Porsche semuanya adalah di bawah Volkswagen Group. You can imagine how big this group is!

Impressive! Memang mengkagumkan showcase Volkswagen Das Auto Show 2011 ini. Mana tidaknya, dengan melihat The Dome sahaja sudah cukup teruja, inikan pula berpeluang untuk memasuki dan melihat sendiri showcase kereta-kereta hebat dari Volkswagen ini. Satu persatu kereta-kereta Volkswagen dipandu 360 darjah mengelilingi penonton di dalam The Dome itu. Memang one of a kind car show. Juga setiap model diperkenalkan satu persatu kepada semua. Ye lah, aku bukannya tau semua model-model kereta Volkswagen ni. Korang boleh saksikan sendiri bagaimana gahnya The Dome ini serta melihat kesemua model-model Volkswagen dipandu mengelilingi The Dome dalam video di bawah. Memang showcase yang terbaik dan berada dalam kelasnya tersendiri.

image

Orang-orang kuat Volkswagen Group dan VIPs yang hadir memberi sokongan.

image

Ini pula antara model-model kereta Volkswagen yang dapat korang saksikan nanti di Volkswagen Das Auto Show 2011. Antaranya Eos, Tiguan, Scirocco, Golf GTI, Touareg, Passat CC, Polo GTI, Golf R dan lain-lain lagi. Juga terdapat model-model lain termasuklah jenis SUV, MPV even pick-up truck yang turut dipamerkan.

image

While RD day dreaming about the high-performance, super fast and the elegance Golf R, me on the other hand sudah jatuh cinta with this sexy love bug, the 21st Century Volkswagen Beetle. Dengan warna merahnya yang menusuk kalbu dan design dia yang comel lote hiks, sesapa pun pasti tertawan.

image

RM: Waa all cars so naissss…. Which model you like? I like The Beetle.
Aud: Hmm I like the scooter. Its cute!
RM: Ha Volkswagen also got scooter meh?
Aud: Got la, see down there 🙂 cute right?

image

ala comelnya Volkswagen scooter ni hiks

So korang jangan lepaskan peluang untuk datang dan melihat sendiri the advance technology and the latest innovation dari Volkswagen ini and of cos la mencuci mata melihat kereta-kereta Volkswagen yang hebat-hebat design dan kuasanya serta menambat hati. The Volkswagen Das Auto Show 2011 terbuka untuk semua dan masuk adalah percuma. Berlangsung hari Sabtu & Ahad ini 10 & 11 September, bertempat di tempat letak kereta Stadium Bukit Jalil. Dari jauh dah boleh nampak dah The Dome yang putih tersergam tu.

Jom tengok video yang sempat saya rakamkan pada malam tu. Probably you all can guess the model of all the Volkswagen cars in this video. Ella pun ada nyanyi jugak 🙂

Khidmat pesanan masyarakat Volkswagen is brought by Redmummy.com

Comment: 15

9th Sept for Gegirl – 7 Years!

IMG_6490

ni ler gambar paling latest, caftan merah, lawa takkkkkkkkkkk?? Patut dikembangkan tangan tuh. coz of her red caftan ni ler, aku ngan dia tak pakai baju biru coz dia insists nak gak pakai red caftan nih yet the boys pakai biru. Oh ai ok jerr hahahha aku kalau boleh memang wajib jer pakai merah tetiap tahun pun.

Anw, tarikh ni today birthday Gegirl, lahir secara  normal (abangnya was c-section). She lahir siang 5.16pm, skang dok berlatih calling herself Kakak.

Kita tak buat big birthday party for them macam taun lepas but aku ada le buat kecil2lan sket utk Gegirl, tak adillah takde celebration coz dia dok counting the days jer utk birthday nya.

N hadiah birthday, dia cuma nak satu sahaja, basikal roda 2. Dedulu punya roda 4 bape tahun dah tu pun, bolehlah….dari dia mintak gelang emas berlian.

Happy Birthday Gegirl, jadilah cucu, anak, adik and kakak yang menyejukkan hati semua orang.

Comment: 49

Ceritera Maid…

image

 

image

image

image

 image

Berkongsilah apa sahaja cerita baik buruk pasal maid/pembantu rumah kita…mana yang boleh kita bandingkan jadikan panduan. Sapa yang follow twitter aku memang pahamlah kan betapa menghanginnya aku ngan maid baru skang nih. Wui! banyak drama betul ko yek.

Naik jemulah nak citer kat blog, sblm raya aritu aku janji nak cite kisah agent nak chong aku pun lom citer lagik, ni beban baru pasal drama2 maid. mana ngan air mata tersimpuh sedunya. Hoi! baru kerja dah berbayang2 mintak duit!

Ok now is your turn, i ll story mine soon.

Tragis tol aku baca komen2 korang dalam Fanpage aku nih pasal maid memasing….ya allah dijauhkanlah aku dpt maid yang perangai hamlau2 gini weiii….

Comment: 24

Mamee & RM ke Rumah Anak-anak Yatim Nurul Qanaah

48hrs sponsored post :)

IMG_6465

Seperti yang telah saya blogkan tempohari, saya dan Mamee akan pergi melawat serta berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim di Rumah Nurul Qanaah, Batu Caves. Bukan saya sorang jer, tapi the RedFamily pun ikut sama 🙂

Walaupun agak terkilan kerana saya terlewat sampai dek kerana kesesakan lalulintas yang maha dahsyat, sampai kitorang berbuka kat dalam kereta sahaja 🙁 tetapi alhamdulillah kerana kami masih sempat tiba di Rumah Nurul Qanaah untuk bersama-sama mereka dan Mamee menjamu selera serta beramah mesra.

Dengan hanya melihat wajah mereka serta merenung ke mata setiap anak-anak kecil ini sudah terasa sebak di dada saya, belum lagi mendengar cerita dan pengalaman sedih dan sayu mereka, mau menjurai airmata saya bak hujan. Mereka yang seramai lebih kurang 30 orang ini terdiri dari yang sekecil 7 tahun hingga ke belasan tahun. Tinggal bersama-sama penjaga yang dianggap sebagai ibu mereka sendiri. Mereka juga adalah abang, kakak dan adik kepada mereka sendiri kerana tiada insan lain lagi dalam hidup mereka. Hidup tolong-menolong adalah lumrah mereka, susah senang sedih riang gelak ketawa juga sesama mereka. Apa yang saya kagumi adalah ketabahan dan kegigihan mereka mengharungi kehidupan seharian walaupun tanpa ada insan bergelar ibu dan ayah. Juga harapan dan doa saya semoga mereka berjaya dan beroleh kebahagiaan kelak… Insyallah.

Beruntungnya kita yang masih mendapat kasih sayang dari ibubapa sendiri…

imageAnak-anak ini juga dihiburkan oleh Mamee Monster mascot yang comel ini 🙂

Apapun saya mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada Mamee yang sudi bersama-sama saya untuk membuat amal kebajikan seperti ni. Disamping menyediakan juadah berbuka puasa, Mamee juga meyediakan sedikit goodies untuk anak-anak kecil ini. Semoga kedatangan kami dan buah tangan ini sedikit sebanyak dapat mengembira dan menceriakan hari-hari mereka especially di bulan yang mulia ini.

IMG_6456

1 Mamee goodie bag for each of them 🙂

Dan seperti yang telah saya perkatakan juga dalam post sebelum ini, semua produk yang dihasilkan oleh Pacific Food Product Sdn Bhd adalah dijamin HALAL ya. Produk-produk mereka termasuklah Mamee Instant Noodle, Mister Potato, Corntoz, Mamee Monster, Double Decker, Smax, Funkees, Cheers Asian Drink, Cheers Carbonated Drink, Fruit Nation, Liteyo Yogurt Drink & Nutrigen.

Korang sendiri boleh mengesahkan keHALALan produk-produk ini dengan melayari laman laman web www.halal.gov.my ini, lepas tu:

  • – Type Pacific Food Product Sdn Bhd
  • – Go to syarikat tab
  • – Click on icon beside date to see list of Halal certified products by MAMEE. You’ll see for yourselves status HALALnya, so jangan ragu-ragu ya 🙂

Kepada anak-anak di Rumah Nurul Qanaah, dan juga anak-anak yang kurang bernasib baik di luar sana,
Percayalah…. masih ada yang sayang.

Khidmat pesanan masyarakat Mamee Buka Puasa is brought by Redmummy.com

Comment: 17