This is so my thing…

kauuuu

hakak rombak lagi bilik laundry tu (asalnya maid’s room). Macam kesal je beli katil baru bila pindah sini, yet untuk maid bongok tu pakai sekejap jer kan. Aku suh cabut je katilnya, tapi memang takkan ler laki aku  nak buatkan. Kang ada yang nak tidur situ, satu hal nak memasang balik.

So selepas berhari2 aku bunyik, katil yang menyempitkan keluasan bontot aku, jadi laki aku pun godam le jugak katil bilik ni. With my help. Dia dok jerit panggil abang, but budak bujang tu ngah buzy buat benda lain, so baiklah aku je yang tolong, nak terbalikkan the other side tu je pun, bukan qudrat hakak tak boleh pung. kann…kata beranak 3.

so tukar gini pulak position, pueh hati aku nak mengiron dalam nih. Board pun besau panjang bonar.

IMG_8444

Memula RD dok kata macam ni la macam tu la, position yg dia propose tapi aku cakap ai yang dok dalam ni iron baju tau bukan you, so biar ikut ai punya selesa la. kan kan betul tak? orang yang tak buat keje sini pulak yang dok galid nak caner bagai.

baru la syok sket buat ironing, ada iron super power, ada board lebar besau, bilik pun selesa, kipas hala 2 penjuru. Sedaplah. Skang dah ada radio lagi dalam bilik ni, sket lagi aku nak beli radio baru bila teringat yang the docking iphone si Zeeshan rosakkan dulu tu boleh pakai radionya lagi hish..harus tak jadi beli. Penjimatan.

IMG_8686

la ni dah cuti sekolah, maksud aku ngan SPM so awal ler cuti sekolah abang, 2,3 hari je sekolahnya dalam sebulan ni.  So weekend aku ler buat ironing but hehari biasa, if tak de keja sangat agak2 dah lebih 4,5 pairs abang yang ganti aku buat ironing nih. Dia suka je buat nih, memula dulu dia memang menyampah. But we have to keep on training bebudak ni.

Lain le laki aku kan, dah rebung,  memang takkan menjalan ler dia nak buat gini.

IMG_8690

tudung kakak paling lah dia annoyed mengiron. sabar bang sabar, abang yang baik ialah yang mengiron tudung adiknya. hahahaha….

sok sok ko dah kawin, kacang je nak iron tudung anak bini kau…

 

IMG_8754

the rest of the days, pun abang jugak iron, ini baju jalan2 adiknya, momantai jer lah. guna pulak Philips iron canggih tu kan.

tapi abang pun, bukanlah terus pandai ironing, aku ajar dia setiap langkah untuk semua kain baju ni. Seluar macamana, baju kemeja, baju yang berkembang besar camne, specially on the side lines and jugak the tajam2 part tu, kena ajar dulu camner.

Dah lama kelamaan, his cup of tea lah sangat.

IMG_8748

He dok  cakap lenkali mami amik ler video yek, biar abang buat tutorial ironing kat fans mami. hahahah kau bang, mak kau dah buat ler. Eh aku dah buat kat instagram, very the laju cut tutorial. untuk kemeja lelaki ler

untuk seluar lelaki pun aku ada buat video, the steps.  but aku tak post lagik. sok sok lar…

IMG_8463

Tapi hari tuh, omang kau. dekat sehari ok aku buat ironing, tapi bukan sekali jalan ler, kalau sekali jalan aku rasa 2jam kot yelah baju banyak tapi ni baru duduk dah kena bangun buat tu buat ni. Kira memang banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat berhenti ler. Haih. Habis siap only at 830pm macam. Terus aku naik mandi pakai baju nak kuor rumah.

Eh ini aku iron sedas ni, 60 helai yer. Enam puluh!!!

Depa pun pelik, nak gi mana mak kau?

ai dah penat iron baju. Esok mammi tak nak masak, now jom, mammi nak pi shopping.

Kedai dah tutup laaa

Not yet, itu kedai DIY kedai 2 ringgit BSP bukak lagi, jommmmmm!!

Jadi pergi ler kita ke sana, dapat le gak aku merabak 50 hinggit kot. Memborong apa tah, janji dapat hilang stress menyopping dok ngadap ironing kan. Tu yang dok terlanding makan kat Hajris as per this entry.

Apapun kan, ironing is now my fav things to do gak at home.  Buat dengan kasih sayang, syok jer. Penuh dengan ikhlas hati, a tanggungjawab, you gonna love it. Now that Abang is expert on ironing, kakak agak ketinggalan, she lambat sedikit belajar ironing coz of her age factor and also dia belum lagi cuti sekolah. But one thing, she of cos ler lagi terer memasak dari abangnya. Ada untung rugi pro cons setiap anak2, takpe kakak, cuti sekolah nanti ko catch up le balik belajar ironing dengan jayanya 🙂 .

Comment: 5

Red Diwali…

yey naik lrt lagi!

IMG_8842

 abang ni kan mata eii, sorang2 kalau amik gambar mesti ada je nak kena tiau tau!

IMG_8825

lepas tu sorang2 dok carik goreng pisang la kopok la, masa aku beli tu semua menonong ke depan, bila dah sua, semuanya mengkorek sampai berebut. sampai habis le makan kat situ jugak. Kecuali Zeeshan lah, dia dok trainnnn, where are youuuuuuuuuuuuuu?

asyik ler ulang2 panggil train.

Yelah dalam 5 serangkai ni, dia ler yang paling sonok nak naik train.

IMG_8849

see see, Zeeshan paling excited. Masuk je LRT ni kita dok berdiri je anak beranak, pastuh entah station mana (aku bukan nak heran pun bape stops, kes ada laki yg take charge benda tu), baru le kita dapat duduk. lagipun Sunday mar…orang tak ramai.

IMG_8854

make up aku kali ni, buat experiment baru, the high beam tu or even moon beam tu aku letak kali ni selepas foundation / loose powder. biasanya orang buat (MUA) selepas habis make up bagai, kira finishing end tu lah, but aku dah tried tang tu, cuma nak cuba kali ni pakai sebelum, dia outstanding gak lah. keluar gak kalau ko tengok dedepan mmg ada. video pendek tu ada aku posted kat instagram / fb page.

IMG_8862

hah dah sampai kau, kat Stadium Bukit Jalil. Ada Deepavali carnival. Memang saja aku datang sini nak carik something for 2 upcoming events. Tak semestinya for Diwali ler but adalah something yang maybe boleh carik kat carnival cenggini.

IMG_3484

Ramai jugak orang, besau gak carnival ni, but dalam aircond so agak ler sedap sikit walaupun adakalanya boleh berpeluh gak kalau dah padat sangat. But overall, kita tak ler lama sangat dalam ni, about an hour++ jer.

Settled kat lot ni, asal aku masuk jer, askar pun sama ikut masuk, tengok je apa le yang mak aku beli ni, pepelik betul. Zeeshan tangan menggentel barang orang tu

IMG_3505

 

hah ni lawa. rupanya aku ada 3 kau! dalam satu set aku beli tuh ada benda ni gak, pastu aku beli another set then aku beli seketul lagik coz lawa betul. idok le sume kaler merah. Padahal nak pakainya 1 je pung

Adik baju turqoise sebelah tu pun ajar aku gak, yang ni pakai untuk mana, yang ni pakai mana…very helpful

yelah dah tentu aku bukan Indian kan..so agak tak berapa tau ler gakkan

IMG_3489

memana pun pergi banyak ler kedai baju kedai accessories nih, pueh hati datang sini. Nak pi Little India Brickfields tu entah bilanya, parking pun susah, baik mai sini, naik lrt jer pung. Some more Red House ngan lrt skang jalan kaki jer hehehehe…tu yang kita lagi enjoy naik lrt!

IMG_8866

hok nih, aku tak amik. saje teterai jer

IMG_8867

dia comes in set, yang set tu aku beli, tu yang aku tak perasan rupanya ada yang untuk tengah rambut gak hiksss

IMG_8877

hah ni cantikkannnn? merah kau! punjabi suits namanya. Siap dengan macam dress kembang nih, ngan kain selendangnya and jugak the seluar. Seluar dia macam hakak muskil ler nak pakai hahahahah…ada gak aku ganti ngan legging jer.

IMG_8880

aku rasa macam besau tapi askar2 kata ok ler tu mami, dah just nice jer. Laju je abang dok ok kan, dia kan sama package ngan bapaknya, kalau tetempat gini yang nak kena shopping bagai, depa melaju je cakap lawa ler, dah ngam ler. Padahal..semua nak cepat cabut.

so aku amik yang nih. This pair aku pakai hari ni. Tu pasal aku berani keluarkan entry ni hari ni hahahaha….

at least boleh pakai di event lain jugak ler, gi raya rumah kenkawan Indian pun leh repeat balik gak kot.

IMG_8882

gelang kaki Indian tu pun pun hakak beli…laki aku ngah sarungkan. Yang aku carik thick one macam penari India pakai tu, tak  jumpa ler, maybe ada le kat gegerai lot lain but you know ler, orang ramai and askar aku pun bukan nak dok lelama sini.

 

IMG_8885

mengelip2 kau!

IMG_8886

diorang 2 orang ni dok amik accessories pastu, bang mami kalau pakai ni kan….dad, mami kalau pakai yang ni kan… ha tu le keje 2 orang nih! ngumpat aku je dari belakang depannya…

IMG_8893

ada pulak booth ni, depa pi melepak kejap kat sini, but aku sebenarnya dah habis shopping pun, pepusing lagi keliling coz tengok Zeeshan galid dok sini. Kita tak amik pun benda yang orang ni jual coz aku rasa no point, bebenda macam ni, kena aku yang buat sorang, bukan laki aku. Dia tak cam hours cam orang lain, kalau ada pun masa weekend je pun, susah ler. Bedtime stories book tu pun nak kena aku remind suh bapaknya buatkan to Zeeshan, jadi adalah tak wajar ler beli benda ni. Tak silap aku about 2k plus gak nih.

IMG_8902

i bought one unique bag here, boleh pakai kat my next event. 10hinggit je pung…

IMG_8900

Lenga ni aku suka ler. Walaupun ada tang2 sexynya, tapi boleh digantikan ngan baju yang tak sexy. Cuma too pricey ler sket untuk kita yang tak berapa nak pakai baju ni setiap bulan, hanya event tertentu je kan. But insyallah one day aku beli gak kot, kain dia tu lawa bebenar.

IMG_8909

everywhere, banyak gila booths kain baju untuk raya Diwali

IMG_8910

Depa punya festival ni sampai hari ni Monday 9th, sempat le lagi sapa2 yang nak menyopping kat sini yek.

IMG_8915

habis jer shopping, melaju je the boys keluar dulu…

IMG_8924

nak makan takde port dah, dulu ada satu restaurant sedap, tapi tengok dah tutup pulak. Aku ajak balik jer, hari tu aku ngan kakak masak 4 jenis lauk (ayam berempah sodap kau, aku dah siap perap dari malam sebelumnya, pastu sambal sardin, ada jugak sup kobis fishball carrot, last one udang masak lemak cili ap)i, pun laki aku cakap tak cukup lagi cili apinya, habis tu kang letak 30bijik, tak boleh le anak2 lain tu nak makan.

Dulu aku penah buat gitu, letak 30 bijik, sodap le dia makan, tapi orang lain. menangis2 peluh makan.

IMG_8929

Instant shawl macam kakak pakai tu, skang dia dah berkenan pakai. Aku beli dari my opismate, 4 helai. Korang ada jual? meh ler jual kat akak but jangan le yang bebesau punya size, sian kakak nak menyarungnya nanti. Ini just nice, adult punya gak but dia boleh pakai lah. Cuma tang iron, aku le yang buat, memula iron omang aik, berpintal2 kain ni aku rasa. Skang dah tau ler, iron dalam dulu baru iron luar.

 

IMG_8937

Seluar yang Misha Omar pakai malam tadi dalam Gegar Vaganza, hah macam ai pakai ni ler, aku ado 3 pcs, 2 hitam satu lagi lom pakai. Bertahun dah aku ada, skang ni dah trend balik orang pakai. Palazo 3 quarter.

 

IMG_8949

aku beria le nak bergambar ngan Zeeshan, susah ler nak amik gambar dia nih, mak kau cakap kang kalau ada job nakkan gambar ko, senang sikit dah ada gambar stand by, ini nak bergambar je dia lari. Banyak gambar yang reramai tu, kitorg kelentong dia konon ada benda kat depan. Ada satu gambar tu dia main pakat jeling mata dia jer kay.

IMG_8953

bergaduh2 nak daddy nak money nak money. Dia pun sama nak duit masukkan dalam token tu, amik tix punya pasal. Halahai…. Oh kebetulan depa 2 pakai biru (abang adik and RD kakak pulak pakai in black).

IMG_8971

gambar dalam lrt waktu balik ni burst habis…jadi aku edit  ler sket to look natural

IMG_8974

yang ni paling natural. Mak kau mengantuk. sian yek. Ngan kerja rumah sebeban. Ngan hari tu je 2 mangkuk corelle mak kau pecah lagi dek anak2 huwaaaaaaaa…diorang ni ingat mak kau beli mangkuk tu ngan airliur ke. Dengan macam2 hal negara ler. Mengantuk tu benda biasa ler.

Balik tu depa bodek nak makan sana sini bagai ler tapi aku tak bagi, dah nak maghrib lagipun nak kuor bagai tu kena amik kereta, dah tentu kita jalan kaki dari lrt ke rumah kan, so kena le balik gak, lauk punya banyak mak n kakak masak.

Tapi nak bagi fair jam 9.30pm depa keluar gak ler beli roti canai beli beras beli bembarang rumah sikit. Aku dok layan gegar vaganza. Best aaaaaa….tu zaman2 kita le artist2 yang nyanyi tu kan.

Btw, selamat hari Deepavali to all my Indian friends.  Dan selamat bercuti to kita 1Malaysia.  Nanti aku up gambar full set aku ngan baju diwali merah ni yek. Mau tekejut polis KLCC tengok hakak kelecing kelecing ngan outfit gini.

Comment: 4

Parenting issue!!

IMG_8478

The other day kita dah bertahun2 tak pergi Hajris, so pergi le sana jap, ni port lama aku kan, kita makan lat kat sini, tapi adoi, panas hati betullah ngan waitress yang takde manners nih. Tak kira la, kepantangan aku kalau ko bawak air panas, pastu ko pi serve kat sebelah budak kecik.

Aku nak cakap, kalau ko teraccident merecikkan air panas tu kat anak kecik aku, camne?

Kalau kena kat aku makpak lagi kita boleh lagi terima.

Kalau anak aku yang kecik ni tertepis gelas2 air panas ko, apa ko rasa???

eii!! so aku sound kat sorang ane dia. Kira supervisornya lah. Make sure jangan buat lagi camni yek, nak serve bebenda panas ke apa tolonglah kat bahagian adult, kat orang2 tua bagak ni bukan di sebelah budak2 kecik, baby ke.

Pastu datang pulak food, kali ni aku tak perasan, mata dok galid kat laki aku. Tapi kakak terus – mummyyyyyyyyyyy dia served sebelah adik!

baru aku teleng, mamat waiter tu dah jalan laju blah.

Arghh!! dia buat lagi (waiter lain pulak). Kali ni dia hantar maggi panas 2 mangkuk meruap2 sebelah anak kecik aku. Itu order dari abang kakak, diorang dapat makan maggi ni once a month je kan. Hish, aku sokmo pikir yang negative, yelah memacam hal anak2 ni aku risaukan. Andailah terlepas maggi panas mangkuk tu ke anak aku.

Ini tak boleh ditahan. Langsung aku terus panggil manager 3 paku Hajris tu.

Kali pertama boleh terima lagi, kali kedua ko buat hantar kat sebelah bahagian anak kecik aku, unacceptable. Actually aku tak kira ler kalau bukan anak2 aku pun, aku akan tegur gak if they serve kat anak2 buah aku yg kekecik tu. Masa kat KK aritu pun aku sound gak, I just cannot help if bebenda gini jadi kat anak2 kecik kita. Sianlah sangat. Bahaya ler.

I have one attitude yang keselamatan anak2 ni kita kena 24jam alert.

IMG_8649

Macam kat sini jugak bila Zeeshan dok nak pergi ke kedai toys/buku sebelah Hajris ni. Dalam ni dahlah sesak, mana ngan orang mana ngan pekerja lalu lalang ngan air dan  plate panas kan. So Zeeshan dok nak pi kuor masuk kedai tu, nakkan toy, Bapaknya dok subcon kat Abang. Yang abang di kulu adik dikilir tapi hish tak boleh ler aku. Suh bapak, bapak suh anak. Memang aku about to bangun dah, biar aku je lah yang pi kejar anak. Terus laki aku bangun, dia pi sendiri tengok Zeeshan.

Memang aku tak percaya kalau abang kakak jaga adiknya di public, kalau kat rumah boleh ler ini kat luar, adik beradik punya jaga adik2 tak sama ngan mak bapak jaga anak2, specially mak mak ler.

I would like to share you a story about satu lagi issue, mak bapak yang tinggalkan anak dalam kereta without any adult supervision. Ini korang kenapa?? Tak serik2 lagi anak2  mati dalam kereta tak bernapas. Anak2 diculit, kereta dibawak lari pencuri. Tak  nak belajar dari pengalaman dan kejadian yang dah melambak dalam social medias, berita, news allout lagi ke? Anak2 terkunci dalam kereta. Eh korang ni camne nak bagi kesedaran?

Dah 2 kali kejadian aku tengok anak2 kecil ditinggalkan dalam kereta kat depan sekolah anak kecik aku, to be exact di BSP tu. Kali pertama, mak nya tinggalkan anak dan pergi beli nasi lemak kat depan tu, kena gak melintas jalan sikit gak. Anak ko yang kecik dalam umur 4,5 taun or below that age kot dok sorang dalam tu. Aku mula masa tu tengok, aku baru pas hantar Zeeshan kan, aku nak bukak pintu kereta, terhenti kejap langkah aku tengok takde sapa dalam kereta tapi ada budak kecik. Kejap tu maknya datang, baru pas membeli and suruh si anak kecik tu bukak pintu (she probably dah ajar lock dari dalam, and bila mak datang bukak kan lock tu).

IMG_8626

Tepuk dahi aku tengok. Aku terpaksa tegur, di situ jugak, dengan cara yang molek ler. Jangan lagi tinggalkan anak dalam kereta ye, tak kira le anak ko lock, budak lagi tu. Bawak angkut sekali tak boleh ke pergi beli nasi lemak tu??? or panggil one of the aunties to jagakan anak ko jap but tu macam tak logik ler, dah depa pulak yang kena jadi macai ko kan.

Kali kedua ni pulak, pun sama tinggalkan, hari tu belakang kereta aku, kali ni depan kereta aku. Aku dah masuk kereta, about to blah ler pas hantar Zeeshan. Tu lagi, dia tinggalkan anak, n pintu kereta dia tutup macam tu jer.

Ini kalau aku jahat ler kan, kalau aku dah tau pattern2 mak mak hantar anak macam ni, memang ada le 2,3 bijik motor yang akan tunggu. Once mak buat camni, sorang jahat ni masuk je kereta, bawak lari kereta, dengan anak2 ko sekali dia angkut!!

Pintu tak berkunci, bukan kunci maksud aku, tutupnya tak kuat. kira anak boleh keluar, dan orang boleh masuk of cos. Haih….if lah tak boleh sangat nak bawak sama anak tu, suruh je lah aunty tu datang amik, depa pun boleh timbangrasa.

IMG_8680

Kalau ada lagi buat gini, aku amik gambar aku letak dalam ni. Korang nak menyesal sampai anak korang kena kidnap? Sampai orang bawak lari kereta dengan anak ko tu?

Sentiasa le peka dengan persekitaran. Hari tu dari simpang sebelum QBistro, aku ada nampak satu motor ni, 2 orang dok berlegar2 dari simpang tu, sama jalan ngan aku. Sampai aku benti kat sekolah Zeeshan, depa dok meround. Pagi2 tu, pala otak aku, ni nak cari mangsa ragut ke hapa. Coz macam aku cakap, sentiasa alert dengan environment, kalau rasa suspicious tu lagi ler kena berjaga2.

Please ye mak bapak sekalian, kalau sayang anak, tolonglah jangan buat camni lagi.  Mak Pak di sekolah anak kecik aku tu, kalau ada lagi akak nampak (dah cam cikgu besar jer), yang korang tinggalkan anak korang dalam kereta while hantar anak or even beli nasi lemak gerai makcik tu (tu mak angkat aku btw yek), kalau ai tegur, jangan nak sentap kay. Tu nasib baik aku tegur. for the sake of your kids tau. Bersedia jer ler. Tak larat baca berita anak2 ni jadi kecuaian orang tua sendiri.

Dunia anak2 kita sekarang tak sama dengan dunia kita dulu. Dari sek agama kakak ke rumah mak aku dulu kat Sek Alam Shah, aku berjalan sorang2 je balik sekolah. Jauh sangat tu, main road ye kiri kanan. Tapi sekarang, dalam rumah, luar rumah pun banyak penyangak super lahanad merata. Aku paling benci bila baca news anak2 jadi mangsa macam ni, nak tengok video pun sedih, boleh berlegar2 dalam pala otak.

Kerna tu lah aku sentiasa bgtau anak2 aku, kenapa mak buat camni, kenapa mak jaga korang tak boleh tu tak boleh ni, kenapa bahaya banyak sangat dari bahagia kat luar tu, sebabkan tengoklah, dunia zaman sekarang sangat jauh banyak bencananya dari zaman mak dulu. Ya Allah, jagalah anak2 kita.

Comment: 8

Jom Join Akak ke Pelancaran KA$H Card!

kash-card

There will be a new prepaid card in town soon dan good thing is kad prepaid baru ni boleh digunakan untuk  pembelian dan juga pembayaran untuk pelbagai variety of goods, contoh seperti fast food, bil utility dan bermacam-macam lagi. Those yang suka cashless transaction for sure suka dengan pelancaran kad ni. No need nak bawak cash bebanyak dalam wallet 🙂

Tambahan pula, KA$H Card ni is secured with their reliable and trustable system. Protected with personal PIN, korang tak payah nak takut kalau tercicir KA$H Card ni. Takkan ada orang akan dapat access personal information korang, dan kalau memang hilang kadnya, korang cuma perlu call their hotline, report your case and buy a new card. Balance yang ada dalam kad lama tu will be transferred to your new card. Easy right?

kash-card

Dan yang menariknya, on top of that KA$H Card ini juga sebagai kad loyalty, bermakna boleh kumpul point dan boleh redeem point-point itu nanti. So kita tunggu pelancaran kad ini dulu then boleh cerita apa yang kita boleh redeem dengan point loyalty kita tu nanti.

Kalau korang memang berminat nak ambil tahu lebih lanjut tentang KA$H Card ni, stay tuned okay sebab akak akan update tentang launching of KA$H Card ni. Till then!

Comment: 4

Demi senyuman anak anak – #DemiRMHC – I’m For The Kids”

🙂

This icon gives thousands of meanings to those who receive it.

 Kalau kita dalam keadaan susah or merundum, if one person gives you a smile, apa rasa kita? Mestilah kurang sikit gusar hati kita kan, instead of jumpa orang yang muka masam jer. I was once pernah ditegur by my colleague that I jarang sangat senyum, and always look fierce. Benda satu tu lah, yang kadang2 kita terlupa nak beri, though kita tahu, dalam agama Islam kita, senyuman itu adalah satu sedekah. Kedekutnya kita nak memberi sedekah yang senang ni kan?

Zeeshan 1

Hang rasa tengok Zeeshan senyum dalam gambar ni macam tak ikhlas je kan, eh ni dah habis senyum ikhlas tuh, he’s not even 4 years old yet, tak pandai lagi nak senyum sangat. Kadang2 kalau he rasa nak senyum meleret lagi, sampai senget2 mulutnya. Tapi apapun gaya senyuman Zeeshan, adalah sangat meaningful to me.

Alhamdulillah, Zeeshan dilahirkan sihat, tiada sebarang ketidaksempurnaan. Senyuman dan tangisnya is my penawar. Sayang sangat aku ngan budak ni, same goes to anak-anak aku yang lain, abang and kakak. Nama pun anakkan.

Bagaimana pula dengan anak-anak cleft lip? Mereka yang sejak dilahirkan sebagai seorang sumbing? They wanted to smile, but the smile tak sama dengan mereka yang dilahirkan normal without any cleft lip issues.

Tengok adik ni, he was once dulu ada cleft lip tapi dengan bantuan dari RMHC, menaja operation untuk pembentulan bibir sumbing adik ni, see, he gives thousands of smiles to us.

Zeeshan 2

Takde kanak2 pun yang tak terasa rendah diri apabila mereka menghadapi cleft lip, majority akan rasa down and malu sesangat, apatah lagi ada kekawan lain yang buat lawak pulak ngan depa punya kekurangan. Inilah sebab kenapa kanak-kanak cleft lip yang dikesan sejak dari dalam kandungan ibu mereka lagi menghadapi cleft lip, apabila telah lahir, dewasa sikit, dibantu untuk diubati kekurangan mereka itu.

 Akak pernah borak ngan sorang adik yang pernah ada bibir sumbing ni (now dah takde lah coz dah operate kan), dia cakap bila nak cakap pun kadang2 dia malu coz bila sumbing, adakalanya suara mereka pun sengau, sian sangat. But now, thanks to RMHC for their keprihatinan kepada adik-adik cleft lip or palate.

My point is under the Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC), penajaan untuk memulihkan bibir sumbing ini adalah mampu dilakukan. Sejak tahun 2004, telah lebih RM2 juta dibelanjakan untuk membantu lebih 350 kanak-kanak yang dilahirkan sumbing to undergo corrective operations.

Semenjak RMHC dilancarkan,  project  “Gift of Smile”, telah membiayai pembedahan pembetulan lebih 350 orang kanak2 yang lahirnya with cleft lip and palate (sumbing bibir/lelangit) dan datang dari keluarga yang kurang berkemampuan,. At no charge! Thanks RMHC. Walaupun penyakit ini bukanlah life threatening tetapi sekiranya tidak diubati, kanak-kanak cleft lip akan merasa sangat lack of confidence, malu untuk bersama public, ditertawakan oleh rakan sebaya etc. To help the kids, untuk senyum kembali, ibubapa yang mempunyai anak2 cleft lip bolehlah sign up at the http://www.rmhc.org.my/ . At no cost, cleft lip anak-anak kalian dapat diubati. It’s all ditanggung by RMHC.

Tapi tak ramai orang tau, lepas buat operation tu, tidak berhenti di situ, itu hanyalah satu langkah pertama, selepas itu throughout their journey in their life, they need to do proper dental care, orthodontics services, alveolar bone graft or even speech therapy untuk manage or correct their conditions. Some of them adakalanya being supported till depa umur 18 tahun gak.

Free transportation is given to those outside KL, accommodation pulak boleh menetap di bungalow Ronald McDonald House (RMH) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), at RM5 per nite, murah sangat tu. This program is made possible dengan kerjasama with Pantai Hospital KL serta PPUKM.  Tak mengapalah kalau Gift of Smile ni, mungkin perjalanannya panjang bagi anak-anak cleft lip ini tapi tapi hujung jalan itu nanti, ada the perfect smile from all of them.

Jadi, I nak galakkan sangat, viralkan cerita ini, bilang pada mereka yang mempunyai anak cleft lip / sumbing, yang tidak berkemampuan at all, untuk enroll dan register anak2 mereka di RMHC untuk melayakkan mereka mendapat treatment for cleft lip. Log on to http://www.rmhc.org.my/ .

  Zeeshan 3

RMHC was established pada tahun 1990, lama dah kan, a non-profit organization. Misi RMHC adalah untuk create, identify dan support programs yang akan memperbaiki lagi the well-being of children yang memerlukan bantuan dalam 3 main areas – Health, Education dan Welfare.

Di RMH objektif utamanya adalah untuk memberi penginapan sementara kepada families yang datang dari jauh, utk dapatkan rawatan perubatan  anak mereka di hospital PPUKM, especially yang terminally ill macam leukemia, kanser dan sebagainya. Ianya adalah untuk meringkankan beban families yang sedia ada ni. dah la medical treatment can be costly for some families kan.

Not just that, under RMHC, there is a Ronald McDonald Sensory Room. Ada sebanyak lebih 20 Sensory Rooms di serata Malaysia under RMHC. Ujudnya mereka ini untuk memberi bantuan pada kanak-kanak yang mempunyai delayed mental-development, yang mana special attention and equipment are needed to stimulate their 5 senses. Kanak-kanak malang ini, tidak dipinggirkan, under the Sensory Room of RMHC, ibubapa dan penjaga perlu mendaftar dan send the kids there.

The last one under RMHC is called – the Ronald McDonald Scholarship.  Untuk anak-anak dari sekolah menengah (secondary school) yang datang dari keluarga berpendapatan rendah, tetapi mempunyai kecermelangan akademik adalah digalakkan memohon. Bantuan dari RMHC sangat diperlukan, boleh jugak tampung their education kan. To date, sudah lebih 500 orang pelajar telah benefited from the program. Panjang-panjangkanlah cerita akak ni to those yang berkelayakkan.

 Zeeshan 4

 Anyway, bermula pada 7 November 2015 untuk seluruh McDonald’s restaurants akan bermulanya kempen Show Your Stripes yang bertemakan #DemiRMHC-I’m For the Kids! – penjualan red and white striped socks yang mana hasilnya akan didermakan ke RMHC, totally.

 Zeeshan 5

Korang kan bila beratur kat kaunter McDonald’s tu akan nampak satu tabung. Yes please do some donations there, hari tu punya banjir bah besar, they managed to collect close to half millions untuk didermakan kepada flood relief.  Selain daripada itu, derma2 kalian pun akan goes to the Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC).  http://rmhc.org.my/donate/

Remember, the donation box does say – Seikhlas sumbangan pasti mengukir senyuman. Yes, yang memberi akan tak banyak sikit, meringankan beban yang susah, lantas depa mendapat sedikit sinar harapan, dan of cos create little bit of smile on their faces from your donations.

 

RMHC Campaign-kv-07-OL-01

 Mark your calendar korang, on Nov 7 akan bermulanya misi knock the socks off you! Stokin ini memang terhad, siapa cepat dia dapatlah! Rakyat Malaysia kita kan pemurah hati, harganya RM10 sepasang (termasuk GST).

IMG_7980

Kalau kita boleh beri mereka sedikit sokongan, sedikit ringgit dan tenaga yang kita salurkan via RMHC akan memberi lebih banyak senyuman buat mereka 🙂 .

Senyuman anak-anak adalah penawar segala-galanya to all parents. That is the beauty of Gift of Smile and let’s give them their smile back 🙂

Comment: 3