Tips

NOOOOOOOOOOO….

Eii bz bz ler. Untung ler kita 3 weekends ni panjang sikit. Super lega, memang akak hadap sangat nak cuti sket nih. Bukan nak berjalan, tapi nak santai dok rumah.

Ini cerita2 last weekend…

IMG_4511

Akak suka set nih, dapat je terus pakai. Tapi lepas tu, bila tengok balik, ada over 10 sets hoi yang tak berpakai and more to come.  Biak pi ler….posmen sampai cakap kat family aku, Kak Red ni meniaga ke? Hari-hari banyak betul barang saya hantar. Tapi posmen dok pikiaq, gaya gimana le rupa Kak Red ni. Coz kan, aku tak pernah ada bila posmen datang rumah. Hiks…semua my family yang jumpa postmen.

IMG_4525

Budak Sheila yang kat Bath & Body Works tu dah berenti kau! So korang carik le sesapa. Skang Sheila dah passed akak kat Faliq. Lelaki, melayu tinggi hitam manis orangnya. Hah pi ler carik dia, kata korang kawan Kak Red. Dapat ler service layanannya, nak dapat free items memang takdok ler, akak pun dapat air liuq jer.

Ingatkan dah last last beli arituh, tapi B&BW buat lagi sales, goes to 60%. So aku amik le last kopek mist, 2 handwashes and 1 shower gel. Depa ada 2 designs for handwash tu tapi akak nak pakai design nih, lagi tinggi banyak sikit ler isinya. Harga sama.

IMG_4496

back home, aku skang parking jer…tak masuk rumah lu. Terus sidai kain baju kat ampaian. Budak2 dah siap pusing mesin. Tapi yang basuh tangan tu idok ler, tu twice a week skang nih. Sesambil sidai baju tu, the boys dok jadi cenggini. Aku dah tau depa dok manjat buat exercise ni dah lama. Insyallah holder tu kuat, drill kasi mati by my contractor.

Abang le mengajor adiknya….memula tengok eii seriau but dah hehari, naik tak heran. Tapi tang Zeeshan tu aku perati sangatlah…takut wor..

IMG_4497

budak ni memang toksah cakap ler. Somersault sume dia leh bantai buat…

IMG_4491

Yang ni pun sama. Kadang2 dia amik skooter dia tetepi tu susun, if dia nak capai palang tu tak dapat…by the way sesambil ni pun si Aminah and Quputeh dok perati tengok jer. Depa jaki sikit ngan Zeeshan, coz budak kecik ni suka jadi pengacau kekucing tuh.  Lepas je Zeeshan buat ni terus aku sambut dia. Boleh je dia turun sendiri luruskan badan dia balik, tapi being mak, benda tak bahaya pun jadi bahaya apatah lagi benda bahayaaaaaaaaaaaaaaaaa, lagi le aku tak senang tengok dia buat nih.

Tang sidai baju ni dulu aku sidai aroud 9 ke 10 malam, abang le yang buat, but dah sekolah pagi ni, tukar. Aku yang buat tapi lam 745pm macam tu ler, coz by 8pm, semua dah naik atas. Depa dah naik awal, tapi skang jadi penat, banyak hal, coz kompem 2-3 jam nak bergolek gaduh ngan Zeeshan atas katil untuk dia tidur je, so aku tukar plan, sampai je umah terus sidai baju.

Hari tu lagi lotih, berpeluh2 betul, sidai baju, lipat baju, kemas dapur maknek bagai, a day before tambahan basuh baju tangan sekolah anak2, tak banyak cecelup jer coz dah rendam ngan sabun Fruitale tu kan, tapi ada one day dalam weekdays kena gak iron baju sekolah, dedulu aku beli 5 pasang sorang kan, skang takde dah, beli 2 pasang je, lelain pakai baju lama. So tetap gak aku akan iron yang 2 hari baru depa pakai awal minggunya coz yelah depa nak gak pakai balik, nama pun baju baru kan. So hakak merah ler yang buat. Penat oi. But tu memang aku buat lelaju, by 8pm pun siap abis iron baju sekolah 3 beradik tu jer…dah pastu baru settled maghrib mandi isya tengok buku sekolah tu lah.

Semalam pun ada orang tanya, ko tepon anak ko suh letak baju nak sidai ek? Tak nak amik maid lagi ke

NOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!! tak hingin aku maid2 nih, seronok gini, biar penat lelah ke hapa. Penat pun, aku dapat gak shopping online dan offline.

Comment: 4

Cik Aminah Encik Qu…

IMG_1043

suatu pagi, aku nak pi kerja, but Zeeshan masa ni masih skul break, dia ler yang bagi makan si cats 2 ekoq tu. Dah over 2 months, depa masih bermastautin di Red House, takde gaya nak pindah kuor rumah nampakk….

IMG_1035

bakul ni untuk ko tidur sesantai yek…memang pun dia buat tidur, kengkadang si Qu tidur lam tuh. Depa 2 ekoq tak masuk dalam rumah, dok luar jer, ada ler masuk gak, but hantar je Zeeshan, laju dia menghalau suh kuor.

IMG_1552

Sedap tidoq nampak…..Qu pun sama tidur atas kosi, berlapik kain dah skang nih…

IMG_4140

so one day yang kita nak pi 5 hari to Langkawi tu, walaupun depa ni macam menumpang (yang tak geti2 nak cari jalan pulang), so kita pi carik tempat makan yang leh letak lama banyak sikit food air tu…

jumpa ni jer, jadiklah. Insyallah boleh cukup ler…

IMG_1593

Masalahnya, bukan 2 ekor ni je yang makan minum. Ada sekor lagi hitam putih kucing bulu badannya, ha yang tu memang street cat coz dia sangat tak nak dekat ngan manusia. Dia penyinggah makan di rumah. Asal orang takde je, dia pun datang makan sama. Ada gak yang hitam pun datang, dah memang macam 2,3 ekor gak kucing luar yang datang makan menumpang makan minum si Qu dan Aminah.

IMG_4085

masa ni Qu macam sakit, few days dia melepek jer…makan tak lalu minum tak lalu, tapi skang dah ok ler.  Dah time to kena mandi lagi bebudak 2 ekoq nih…

IMG_4083

ini menggedik manja bonar…asal kita lalu jer dia pun bersidaian badan mintak diusap…

IMG_4090

aku ngah suspect si Aminah ni pregnant. Ada few symtoms dah ada, perut belum besar lagi, lam bulan ni mesti nampak besarnya ler kalau betul dia pregnant. Tak macam Reddy dulu, lagi le tak tau dia pregnant sampai tetiba hari beranak!

Itu ngah carik port, sampai attic dia mencarik. Kucing kalau dah mula mencari port tu dia nak buat tempat beranaknya ler nanti tu. Aku ngah pikir alahai, mana le aku nak letak anak2 dia ni kang…ada sesapa nak amik?

Aku tak nak bela dah kekdahnya…

IMG_4095

ni betul2 dia dok teman aku kat pc tau….memang kalau betul2 bela dari kecik ni kompem jadi sahabat setia kami anak beranak gamaknya. Dah tetua pun ke main manja. Paling sayang concern kekucing ni semua abang ler…aku ngan RD pun sama ler jaga. Kakak pun sama ler bila balik sekolah tu, kena belai dulu, depa 2 ekor kan guards rumah kami nih.

One thing for sure, memula awal dulu ada le depa berak kencing kat porch, aku suh abang basuh ngan clorox lepas depa dah menetas tuh, skang alhamdulillah, no more. Asal berak kencing, depa pi seberang jalan, kat tepi2 longkang, kira jauh le dari rumah. Bagus jimat dah pasir hakak.

 IMG_4390

hok nih aku tengah sidai baju memalam, standard le working mom kan. Dedua datang teman kat kaki…

tapi hari tu yang 5 hari kitaorg takde tu, balik2 tengok budak 2 ekoq ni takde kay. food air semua abis. Tah mana ler, abang dah tak senang duduk. Malam tu jugak abang ronda basikal carik 2 ekor ni, rupanya depa pi menumpang kat satu jiran kami ni, abang amik bawak balik.

Memang ni bukan kucing2 kami but under our supervision skang ni, sekali tu lah lepas tu depa tak hilang dah, manjang je ada kat rumah. Sesekali depa hilang, tau dah pergi buang air ke berak bagai. Kalau kita bukak pintu, dia masuklah rumah.

Cuma ada sekali si Aminah hampir nak mencakar kat sofa aku muahahhaha mencicit aku angkat dia. Ko jangan weii…sofa mak merah ko tu baru lagi…

Jadi skang nih, aku ngah mengira hari, kalau betul Aminah is pregnant, dalam less than 30 days patutnya dia dah boleh deliver (ini kalau betul kiraan aku coz kucing bunting between 60 – 65 days). Nasib baik ler skill kucing ni memang dah sebati dalam pala otak aku lagi nih.

Puting dia pun dah macam memerah sikit, some more dia dok carik port dok mengriki2 tempat nak beranak, satu rumah dia siasat. Aku dah sediakan kekotak, bakul2 if betul dia beranak ni. Nak letak kat porch, kang ada kucing jantan yang makan, Quputih pun jantan, takut dia pulak yang ngap. Btw if betul pregnant, Qu is the father lah.

Tapi Qu and Aminah ni kan, sehari 2 yang lepas Aminah datang tu, Qu pun sama menetap sama kat rumah kami. Ada kemungkinan, kedua2nya telah keluar dari rumah kelamin mereka (atau dihalau), sampai tak jumpa jalan rumah. Dan atau dedua lari dari rumah, dan cari port mahligai baru membina keluarga semula. kahkahkah…

tapi apapun, kucing ni pun bawak rezeki, selagi berdaya bela kita tolonglah bela sama. Cuma tang anak2 nyer tu…aku memang kena bagi orang, ni ada yang nak bersilat ngan anak2 aku ni kang specially abang, depa surely nak membela dan abang adalah manusia yang palingggggggggggggggggggggggggggggggggggggg penyayang ngan binatang.

Comment: 9

The accessories and the make up…

 

IMG_0150

Ni sampai few months ago kot. Paling aku suka itu eyeshadow palettes. Ohmy rasa nak memakan je. Sangat cantik kalernya. Try pakai masa period, dari pagi sampai ke malam dia punya lasting!

Yang macam teko tu pulak, bukan sembarangan teko, aku kan ngah dok mengumpul baking tools, namanya dalam omputih ialah Mesh Flour Bolt Sifter Manual Sugar Icing Shaker Stainless Steel Cup hah kau!

Pastu ada satu lagi pun baru sampai aritu, tak de le aku amik gambarnya, dah terus panjat simpan lam storage,  dalam omputihnya: Baking tools swivel plate cake turntable. Boleh pepusing lagi. Barang dah ada ni, kek nya bila le nak siap kannnnnnnnnnnnn….

yang lelain tu, accessories bagai lah. Cecantik. Merah tu aku punya brushes set to be used kat opis eh. Untuk dalam kereta, guna jari pun boleh!

Baking class ni biler ler nak mulanya. Korang sapa nak ajar akak bake, but buat kat rumah akak, can??

 

IMG_0525

Ini nail corrector, seller salah hantar. So aku simpan, sapa mau? Bolehlah akak jual murah. Ai asked for make up corrector pen, dah dapat dah pun. lebih kurang je ghupanya, nama je lain. function pun lain ler.

IMG_0522

roll up eye shadows, glitters. aku dah pakai semuanya, but for my makeup tutorial sendiri, bukan pakai kat luar. Takde kesempatan lagik. roll up je kat mata kalau nak cepat. Taklah kuat sangat pun kalernya bila dah kat mata tu, ini aku letat kat tangan, nampak le obvious macam terang benderang, it s not. Bolehlah..just to tetambah my make up collection.

IMG_1215

ini my make up bags. dedua ni dok dalam kereta. Aku kan ada 3 jenis tempat kena ada make up sets, rumah, kereta dan opis. Opis pulak ada 2 (di surau dan sikit di tempat sendiri for touch up). Jadi semua ni dah kena upgrade, tak boleh dah pakai bag2 nih, dah tak muat.

IMG_1218

aku upgrade pakai make up bag hitam nih, yang memang meant for traveller. Lantak situ aku buat guna untuk letak barang make up aku for dalam kereta lah.

IMG_1221

ini semua dari dalam make up bag asal, semua dah disatukan. Accessories ler, call cards, brooches, macam2. Aku jenis, kena ada stand by merata. banyak events kan. Dulu banyak events ler, tapi skang dah kurang but still kena ada gak, coz if terlupa kuor rumah takde accessories bagai, dah siap2 ada dalam kereta.

IMG_1223

hah, semua my make up set siap dalam nih…

IMG_1238

bila tak driving senang ler, semua atas peha. But bila jadik driver, biasa sambil make up tu barang2 make up celah kelangkang aku jer, ni bag dah besar tak boleh ler, kena dok kat tepi or seat sebelah. Aku kena memorize semua barang2 ni coz bila driving tu, bila capai tu, tau dah apa menatangnya. Kalau brushes kat mana, lipstick mana, mascara mana, sikat mana hahahaha, semua kena hafal ler.

Dah over 1 month nih, so alhamdulillah dah hafal ler. tau dah mana bagai.

IMG_1233

hah the stand yang aku cakap aritu depa beli kat Kenanga. cukup le nih….lelain tu some ada kat opis pun, ada yang dok kat my my cabinet accessories gak.  Technically ni meja make up laki aku hahahaha, tapi 1 drawer je barang dia ngan atas tu sikit, lagi 3 drawers barang aku / bersama. Banyak betul le barang aku nih, merata2.

IMG_0995

my accessroeis yang ai letak kat tempat kerja.. ada satu lagi box pulak khas untuk subang/earingsnya jer.  Memudahkan untuk aku pakai or tukar2 if feeling nak tukar ler. Kadang nak pi kerja pun lupa pakai, so kita sauk ler yang kat opis pulak.

IMG_3485

baru ni sampai lagik, the one yang ai ordered online. Memurah je nih but the quality is kalah Lovisa yek. Lovisa tu dahlah mahal! Tapi aku pun ada gak beli dari Lovisa, dulu2 ler, now no more!!

IMG_4136

Ini the latest one. Tetiga belum sarung lagik, in fact yang kat atas gambar ni pun, ada satu ke 2 sets baru aku pakai. Lain2 tunggu masa ler coz sebelum tu pun ada yang aku beli pun tak berpakai. Kena tengok baju dan occasions gak.

ai like the left one, ada colour merah dan blue, ai bought already hehehehe….

IMG_4467

more lagik…yg blue tu lawa gila! memang dah aimed for other colours as well.

IMG_4396

ini pulak selfie Flash. Kan kalau kita pakai camera depan for selfie wefie tu, kalau malam gambar kelam kan. Tak kira le apa handphones pun. Sakit le hati…so dah ada nih, additional flash, bila selfie tu ada le keterangan sikit gambar muka kau.

ini with flash tu lah.

IMG_4397

hok nih takde flash…bagus sangat ni. Saya is suka, aku kan gadget maniac gak.

dekat online G tu depa jual at RM25 – RM35, mahei. I bought only at RM10.80 jer hahahhaa…Reason aku cakap mahal coz aku jumpa yang harga murah ler. If aku tak jumpa yang harga murah tu, aku surely beli yang harga mahal tu, masa tu aku tak cakap le mahal, aku cakap murah gak. Paham tak maths akak nih?

So ini bolehlah refer2, mana yang rasa nak carik barang lebih kurang akak merah ni kan….sesila.

Comment: 5

Moh kemas the Red House…

Let s go to kemas the Red House entry pulak….

berasap le menunggu, berbulan punya cerita. Biaq pi lah…pun.

IMG_3947

Ini di Kenanga Wholesale. Aku tau laki aku aritu free, ada slot coz dia pas hantar abang yang course kat Shah Alam for the 2nd day tu, so boleh meraban kejap. For 1st day tu dah lepak rumah mak mertua aku kan.

Jadi day 2, dari Shah Alam he went to UIA, area sana, hantar the bulks of charity items. Super lega dah clear the stuff. Insyallah sampailah ke Cambodia lagi barang2 tu…

Lepas tu, terus depa bertiga pi Kenaga, first time for them…dapat gak lah Zeeshan pau bapaknya toys tu hah…

IMG_1040

aku suh beli accessories stands. but 2 benda berlainan. But my darling hubby dengan level confident yang tinggi, beli the same item, beza tinggi rendah. Grr…napa ler tak tunjuk gambar dulu sebelum bayar. Udahlah susah nak pi Kenanga tu.

Jadi yang panjang tu, hitam tinggi tu,simpan kat attic. Buat apa le sampai bebanyak, aku ada almari accessories gak…yang aku nak satu lagi tu, benda lain.

IMG_3948

Sedapnya 3 serangkai makan, I was at work…

IMG_3954

Pun makan lagik. Ini adalah hari yang mana mak ajah tak datang, tapi aku dah siapkan segala macam jenis lauk untuk laki aku masak. Lauk simple je pun, celup2 sayur dan goreng2. Semua laki aku malas nak buat. Abang Kakak pun dah tengok bapaknya malas nak masak, depa cucuk le order pizza…

Hah, pizza yek jalan penyelamat korang. Mak suh masak pun tak nak yek. Oh sebab beras habis, last person masak was Abang beras tu but he didnt tell us, tu yang bapaknya malas nak keluar masuk beli beras bagai. Order pizza lagi afdal yek…

 

IMG_1229

jadi hari yang berikut2nya, kita buat all out kemas rumah. Bapaknya sambung buat semua kerja frames…kalau ko tengok bilik abang tu, ada tilam katil bagai  nak terbalik, hah dia kemaskan gak. Tapi dia tak tukar position.

IMG_1230

Kakak tukar position, helped by supermak dia. Coz apaknya pun banyak kerja lain, abang too, jadi meh mak tolong angkat. Agak2 berat bagai tu, kita panggil the boys le angkatkan. Better la sikit bilik kakak, bila dah tukar position, lagi 6 bulan kita tukar lagik yek…IMG_1231

Yeap, ini dia buat solo. Aku ajak tukar position katil semua dia tak nak, he said nanti dulu….

oh speaking of the house gakkan, aku nak carik wall paper lah. Nak tambah 1 side at each of their rooms. Saje gatei…. nak recommend?

IMG_3856

also kita panggil the same abang contractor untuk tambahkan laundry’s ampaian, jadi double tu hah atas bawah dah, dulu satu jer. Pun kat porch tambah lagi 2. Then tambah lagi the red stand tuh, boleh gak letak bunga ke letak kipas of cos….the bestlah bang.

 

IMG_3869

Wall of Fame for our Red Family. But ini tidak ada kalian nampak di living or hall pun, duduknya kat attic. Ada 2 sides, love it, thanks husband for this.

IMG_3847

Position katil aku pun bertukar hehehhe….pun sama, lagi 3 bulan akan bertukar lagi, aku memang tak suka statik sama jerrrr…kena bertukar2 88 kali.

Ini pun settled by suami dan anak sulongnya. aku balik kerja eh dah siap…macih boys.

 

IMG_1355

almost done. Untuk yang rongak2 punya wall tu, kita khaskan untuk Zeeshan punya frames lah. He s the last of our product so zaman dia more to digital, tak banyak hard copy, jadi kenalah kami kumpul2 gambar (aku le kan yang kena buat) untuk send for printing. Baru leh letak lam frames.

aku kekira kan…ada 15lagi frames kosong dan jugak 15 lagi frames yang berisi gambar belum ditampal. In total about 30pcs. So boleh lagi 3 rows. All red frames ni, duduknya kat sebelah tangga to attic.

Yelah, most of the photos ni aku tak bertudung bagai, jadi biarlah dok kat atas so family members anak2 aku je yang tengok. Orang luar jarang le sampai ke atas kan…unless for tour. Udah2lah tour kot, dah 7 bulan pun kami pindah, tak yah le nak tour red house lagi ye dok :)

Frames job ni, settled by husband gak. lama giler dia nak siapkan, ada 3,5 bulan gak. coz dia buat benda ni kena berjam2, tak boleh 1-2 jam, tak cukup. Walaupun macam tampal jer, tapi ada le kerenahnya, janji siap.

IMG_1455

banyak job laki aku buat, semua ni settled sebelum kita pi holiday di Langkawi.  Aku tak boleh buat kerja2 balut buku ni, bosan. Dedulu aku buat ler, masa zaman2 laki aku travel sokmo takde kat KL ni, skang ni pass batton kat laki aku lah…lagipun tangan dia buat lagi seni cantik kemas, aku ni boleh tahan senget benget gak plastik tu aku buat.

 

IMG_4132

biasa aku jahit badge kakak, dan apabila ada viral pasal yang tampal ngan uhu tu kan, pakai iron bagai (technically laki aku yang first jumpa viral tu, dia lagi perati fb tu detaily dari aku), so terus dia kata better dont jahit.

Dah ko tak bagi jahit, hah bapak ko kena amik lagi job ni hahahaa

IMG_4072

ha see…apaknya buat ada skill. Tang ni je ler dia iron, ada selonggol baldi baju nak kena iron tu, dia jeling pun tidak, that s my job (or abang). Dah sekolah ni, memang lagi ler abang tak boleh buat, aku le yang buat semua tu.

ada yang viral lagi rendam baju pakai sabun Fruitale tu kan, hah tu pun aku buat gak. Bagus bagus, bagi lagi tips, ai will follow one. Aku kan supermak. Sabun tu rendam ngan air panas ngan kain baju sekolah putih tu ler. Jadi kotoran tu boleh hilanglah, cepat dan murah.

Biasa aku rendam, dalam 2 jenis baldi, for yang peputih kakaknya baju sek (and baju parents yang putih). satu lagi baldi for wewarna, baju sek abang and baju sek agama kakak and baju kerja parents. Molek ler benda yang memudahkan kita, jimat pun ye, harga sebuku sabun Fruitale tu baru 80sen.

Baju ni hazabnya tang  kolar dan tang lengan tu. Kalau diorang makan comot, lagi lerrrrr….duh.

IMG_4384

Pangkin RM500 yang kami beli kat IKEA. Dalam tu aku letak toto or quilt in case mak aku nak pakai sambil tidur kat bawah tu. ke untuk aku gak, ada sekali aku rasa sejuk sangat, walaupun tidur siang, so kena le ada quilt nih. Eh ceh, padahal sebelum tu letak kat bilik laundry jer.

Dan of cos, aku letak 1 basket of my baking accessories. Baking ni patut dah start last weekend, baker yang ngajar ada hal, padahal dah janji. Hish. Aku dah excited nak baking tau. My family too, sonok depa bila dengau rumah nanti bau kek plak, asyik bau candles jer.

ada banyak space lagik lam pangkin tuh.

IMG_4385

Boleh bukak katup. hari tu aku balik kerja dengar suara abang, tak jumpa mana le si panjang tuh, rupanya……….dia menyorok dalam nih! eii suspens je.

Yang Zeeshan pun sama, dia penah sekali gak menyorok, tapi bukan dalam pangkin ni ler, kat celah2 sejadah yang stand sebelah pangkin nih. Mementang ko kecik.

Pangkin ni for outdoor, boleh letak kat porch. I was jokingly gak cakap kalau Aminah beranak, hah bolehlah dia dok dalam ni ngan anak2 nyer kat porch tu hahahaha….sok kita cite pasal Aminah and QuPuteh yek, Insyallah.

Anway, buat masa ni dok kat kitchen lah, sedap dok kat pangkin macam nih, pastu ada kipas yang aku dah tukar tambah dari bilik atas sana sini, sejuk jer. Pangkin tu belah kirinya memang ada 2 tayar, yang kanan takde, jadi bolehlah angkat tarik untuk pindah2 ke mana bagai. Nak letak depan tv pun boleh if nak buat meja…ikut munglah korang.

 

Comment: 7

TAR IKEA…

IMG_3503

sedapnya orang belakang tu makan jambu cicah asam!!! Lighting yang cantik akan buat muka make up ko tak seseram sangat ler.

IMG_3520

beza gambar berdua ngan kakak ni ngan gambar atas hanyalah 10min, tapi lain kan coz of lighting

IMG_3534

tak adil kalau kita tak bend down, coz the little king nak tidur…jadi kena hangkut stroller too. cam biasa ler, penat le kalau abang and apaknya nak mendukung.

IMG_3539

the mission aritu, pi jalan tar. patutnya balik dari langkawi, konon nak pergi. tapi laki aku cakap that was a new year eve, jangan buat giler la pergi jalan tar. so takper, ok, kita pi the next day nya. selepas solat jumaat.

Di sini, satu je nak carik tudung sarung kakak. Biasanya aku kirim2 gang2 yang rajin pi Jalan Tar tiap kali friday lunch tu, but since i was still on 1 week break, bolehlah bawak badan sendiri pergi.

 

IMG_3545

kita masuk 2,3 kedai jer. dalam kedai ni pala aku rimasnya lahai, berlonggok2 tudung melambak2, tak tau camne nak pilih. Kakak nak yang cam dia pakai kat pala dia tu. sarung je. bukanlah untuk jenjalan, tapi untuk daily, kuor rumah kejap, pi tuition. kalau yg beria punya jenjalan tu, dia pakai instant shawl, yang cantik dan anggun gitu.

Manis plak ko senyum cam ni kakak…

IMG_3553

budak mentidoq…ha ni contohnya, aku cakap gak tak yah bawak stroller, rasa macam sesak je Jalan TAR (tak sesak punnn actually), laki aku tetap nak bawak, tak larat le dia nak mendokong. Memang molek le sangat. jadi tak yah pikir cakap orang kalau bising anak dah besar pun nak berstroller.  Again, komen tu bukan tuju kat aku, but kat anak celebrity, ai cuma nak highlight gak lam nih, in case ada yang prokprek…

IMG_3564

di sini tak sampai 5min, tak sanggup, poning pala acik

IMG_3571

tapi kat sini, kita spent lama sikit.  Tudung yang dia nak tu, ada di sini, selai RM10. Amik 5 helai terus. Bukan plain, ada kekaler. Coz kat kedai yang dalam Jalan TAR awal tadi dah amik 5 helai gak, plain colour.  The brooches pun amik kat sini gak.  banyak gak lah, yang cucuk2 pin kiri kanan tu pun, asal ada urup M pun kita amik gak, for her.

IMG_3582

lepas tu lepak Insaf, nak bagi adiknya makan nasi putih ngan sup tapi sup pun takde jual kat Insaf n i. Kita minum air je, aku suap le nasi kosong kat anak aku tu. Kesal tak bawak bekal nasi + kuah pindang dia. Well….aku pun manusia biasa yang pelupa barang2 anak gak.  Nak suh laki aku ingat, hem mmg tak lah, air botol suam pun dia tak ingat nak bawak. Dia tau jalan kuor berlenggang jer hahahaa…suami oh suami.

IMG_3595

kacau je 2 orang tu…mak kau baru nak berangan

IMG_4756

lepas tu dah nak balik, dah  nak masuk area parking, nampak kedai jubah ni, hah masuk gak. I took this one, RM100 sekali ngan selendang niqab tu pun dapat. Besar size ni, tapi coz i nak gak yang design ni, amik gak, nak pi antau kat Aunty Yelly lah buat kecikkan sikit.

IMG_4765

this kimono pun, aku amik rasanya. ni boleh share aku ngan kakak.

IMG_4768

kimono jubah gak, tak amik, but if korang nak buy buy

IMG_4770

kimobo jubah lagik

IMG_4774

sesuai ko pakai kakak. For her ada satu untuk dia, takde pulak dalam gambar. Untuk pakai for the class mengaji. Takde le dok pakai jubah yang lama tu, dah naik singkat, suh pakai aku punya dia kata terlampau labuh plak. Ada yang lagi 2,3 lai jubah, si maid lama dah tereban!

IMG_3612

membosan dah 4 beranak. Tapi abang kakak dok buat boomerang apps kat sini, abis depa bahankan aku. Macam2 gaya boomerang

IMG_3614

alrighto so kalau nak carik jubah, murah lah kot RM100. Kawan aku beli sblm tu at RM140. The next few shops tu, ada lagi lawa, quality lagi cantikkkkkkkkkkkkkkkkk sedap material pun memang tau ler mahal, RM200 paling murah. Alangkan aku dah beli 3 pcs kat kedai ni, if not aku pun sauk gak kat situ.

IMG_3618

eh kita dah sampai IKEA. hiskk…the one yang kat Cochrane Cheras tu. First time aku sampai. Dah nak sampai hujung cuti, baru dapat poi tempat nih. Dari awal2 lagi nak poi tapi laki aku dah warning, if you nak ai ada sama, you kena tunggu cuti2 panjang tu. Macam le jauh benau kan IKEA ni, ye tapi dalam tu nak berjalan pusing ke main lama.

IMG_3620

kita beria je wefie ni kan dik, the other 3 tengah buat Maghrib. Actually datang sini pun unplanned. Cadang nak pi carik tempat makan, pastu laki aku dah termasuk jalan area Pudu, so aku cakap kita pi jelah Masjid kat Pudu nun, but masjid tu pulak ngah reno kan, sekali eh eh tu IKEA!!! ler apa lagik, hah pi solat kat dalam tu teruslah, dah alang2 jommmmmmmm IKEA!!!

The husband has no choice hahahaa…

IMG_3625

sesungguh dia main memasak untuk ammi.

Ammi nak apa? Ammi nak teh tarik? Ammi nak soup? Ammi nak mee goreng?

yee, ammi nak spageti please, ok ammi. ammi wait tau. wait tau. Eeshan cook ni.

 

IMG_3632

semua sections dia menerai. ai is ikut belakang jer, dengan trolley. sesambil tu aku tengok ler gak apa barang yang aku amik, sambil mata kat dia. Tapi ada gak one time dia hilang, terjerit2 memanggil. Dulik ler orang dok pepandang. Zeeshan is very active boy, but dia tau, he kena berada di tempat yang mami can see him.

Tapi terlajak gak, dok galid2, meleka dalam tu yang dia tak sedar dia dah hilang dari mata maknya.

IMG_3637

Mak datuk…IKEA Cheras kau….aku peratikan sini memang lack of staff lah.

IMG_3644

kat sini dok lama sikit….

yang lagi 3 tu memang lama kat surau IKEA coz orang ramai, aku tak masuk tak tau camne the surau gomannya (ai ngah ‘cuti’) tapi RD was not happy with the design, yang dah pi situ tau la napa ye dok…

IMG_3661

akhirnya, depa dah back! apa lagik, laju le aku menonong coz dah ada batallions

IMG_4778

mana nak carik stand plates ni ek? kat IKEA tak de jual ler menda ni…where to get please?

IMG_3672

numpang rehat

IMG_3682

kakak bertukar tudung 2 kali kau, mementang baru beli tudung a while ago. Memula tukar to grey, dia main tereban je amik. Pastu aku tukarkan to yellow ni nak bagi dia sedondon sket le ngan seluarnya tu.

IMG_3694

i like this kind of katil/sofa. Contractor aku boleh customizedkan, bukan bed size lah, ikut apa yang aku nak, around RM1200, in red of corse.

IMG_3699

i love this skirt. Korang kalau suka (coz dalam IG/FB ramai suka skirt nih kan). Pi ler beli kat Subang Airport, depan food court punya booth besar/macam kedai ler. RM100, dapat RM90. Ada memacam colour tapi merah ni paling lawa coz batiknya menyenget. Aku lipat 2 tu, hakak is pendek.

IMG_3704

ha cantik ler the long skirt nih…sungguh ai is suka

IMG_3705

mak kau mulut tak hehabih citer pasal perabot kat apak kau

IMG_3736

happynya kanak2 sorang nih…

IMG_3766

abang kakak tengok adik korang jap yek, mak nak cilok apak ko jap diskas on barang

IMG_3775

we stopped for dinner, aku jaga tempat and trolley, tetiba tengok depa amik punya ler memacam mak datuk hai!! but the ayam tu tak boleh beat Nandos lah.

IMG_3778

Meriah makan, tapi aku yang makan paling laju, pastu aku tinggalkan depa coz IKEA dah nak tutup so aku kena abiskan 1 last round yang bahagian bawah…

IMG_3800

we bought this one, but bukan ler hari malam yang sama…coz bonet mana muat hoh..banyak barang dah memboli nih.

dalam IG orang dok ingat ini baby cot coz gambar laki aku bertukang kan, no lah, ini macam pangkin gitu, leh letak barang dalamnya. Boleh letak kat porch, as kerusi rehat, or for the time being kami letak kat kitchen, ada section kosong, so leh jadi tambah lagi tempat melepak mak aku dan kami sekeluarga, cewah…

IMG_3803

amboi anak-anak….

do you know the baju yang kakak pakai tu, was mine before. Dah tak berpakai, cuma she said lengannya agak pendek for her yang bertudung, so pasnih dia kena pakai dengan inner

IMG_4019

the next few days nya pulak, aku pergi lagi IKEA, during lunch break, lari waktu kerja tu. Nak pi beli few other things termasuk pangkin tu ler. RD and Zeeshan pergi dulu, amik2 barang so we met up kat sana jer. Takde le aku buang masa sangat kan…

laki aku cuti that day.

IMG_4031

wpun dah ada candles bath & bodyworks tu tetap gak kena amik candles merah IKEA coz aku pasang candles atas bawah, merata tempat nak kena ada. Sedap ler the smell of candles.

IMG_4033

jom dik kita tumpang trolley apak kau…

IMG_4053

aku mintak sikit je aiskrimnya, menjerit punya kuat kedekut ko kan…tapi lepas tu dia jilat2 sikit jer, dia tak nak, mak pak nya le gak kena abiskan

IMG_4063

Zeeshan, hari ni baru mula kelasnya. Bukan on Monday. Uniquenya coz dia ni bukan full time student, means for his school ada untuk half day or petang or till 7pm, so for Zeeshan coz bukan full day, satu batch ni start on Thursday. Tapi nanti hujung tahun, sama ler gak, lambat 4 hari gak cuti kira gantian untuk hari yang masuk lambat.

Tu pasal dia boleh le gi IKEA nih.

Jadi, what a long entry, from Jalan TAR, to IKEA then sambung lagi IKEA untuk hari berikutnya.
For me, selain kurang staff kot di IKEA Cheras, malas nak komen kondem pepanjang, bukan ada paid review pun kan. hahahah…but ai will still visit IKEA lah, coz ada barang yang kat situ, takde kat online, takde kat tempat lain. Nama pun IKEA kan, at least yang kat Cochrane tu near by with my house/office dari satu lagik.

Semalam akak tanya kipas kan, thanks yang cakap kat DIY shop ada, semalam gak laki akak pi beli, dapat harga lagi cheaper, RM33 kau!! so, back tu gambar-gambar atas nun kan, sapa tau mana nak carik yang stand plates tu?

 

Comment: 11