Red chandelier for Syawal…

well since most of us pun dah memang balik kampung, dah mood raya dah memang apahal ler nak pikir kerja blog bagai kan. So i post something light je lah, to cover up till cuti Raya.

This is the red chandelier, dah kalau buat open house pun bukan semuanya leh jemput datang rumah so tengok je lah dari dalam gambar, blog ni hah.

IMG_5403

It s very yellow gold colour le bulb nya but for lighting cam ni nampak cenggini jer ler…

IMG_5255

lampu ni aku nak yang bebetul killer one, so tu pasal took a year to get this, it has to be totally in red, jadinya dapat ler yang ini, harganya pun hemm…..hehehehe

untuk chandlier satu lagi, tak settle lagi sampai dah nak raya hah…coz ceiling is too tinggi, the lampu man tak leh nak pikir camne nak solve the issue. So bertunda le ke after raya gamaknya heh…

Apapun, untuk korang, yang pulang ke kampung halaman, selamat di perjalanan, hati2 di perantauan. Drive safe and enjoy all the delicious rendang, ketupat, serunding, kari ayam, masak lodeh segalanya lah yeah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin.

Comment: 0

The pox…

IMG_5901

Eh aritu Zeeshan kena chicken pox ler. Aku rushed le balik amik dia terus bawak pi clinic. Doctor pun cakap it s a chicken pox. So yelah kalau dah macam tu kena quarantine ler kan.

IMG_5920

at home aku start bagi the calamine lotion. Tapi tak banyak le pox nya. So he tak pergi sekolah ler, tapi kan. tidak le pulak poxnya macam yang kita ni kena. All 4 of us dah kena so tak heran le kalau kena jangkit bagai.  Lepas 2 hari aku macam pelik betul ke ni pox or amende pulak, sket benau poxnya.

Tak demam pun satu hal, kita dulu kena pox ke main demam panas gak awal2 peringkat. So biarlah….tengok camne.

IMG_5935

ni sampai ke rambut aku letak coz ada balik belakang rambutnya seketul 2 gak. Sedapnya ko makan dik, he tak puasa pun. Hehari suh aku masakkan dia yellow soup (it s an ikan masak pindang actually). His fav. Aku tak ler buat hehari pun, ikut kadar apa yang di dapur le, jemu ler heh kalau hehari yellow soup jer..So Zeeshan tak sekolah 1 setengah hari je lah, on Mondaynya aku hantar dia gak pi school (alah in fact esok and weekendnya pun aku bawak dia keluar gak coz like I said, dia tak macam kena chicken pox pulak).

IMG_6287

Since we are approaching Syawal, anak2 syurga ni pun dah melaram for Raya photoshoot gak. Zeeshan pakai baju melayu coklat tuh, sampin takde coz aku dah sedekah jariahkan. Salam raya syawal to aunties and uncles yang akan balik beraya bermula dari this weekend, kan? Gitu yek dah memusim nak raya sangat nih, semua dah tak ingat keje dah nih, dok pikir kampung je.

Btw back to Zeeshan, la ni alhamdulillah dah complete sangatlah baik sihat walafiat, macam aku cakap pox dia tak ketara sangat. Maybe mini chicken pox kot hahahha, belum habis2 keluar, kot le ada 2nd round sok sok makan tahun bila le pulaknya. Laki aku pun masa umur kat 30 taun baru kena. Oh dia kena sepackage ngan abang masa tuh (he was a baby/toddler kot masa tuh), huh, 2 orang sekali aku kena jaga, merengek2 pulak tu. Kakak kena masa umur 7 taun, i was on my early stage pregnantkan Zeeshan hiks..all those moments.

Comment: 0

The dokoh…

IMG_5618

Ini kurung suraya dokoh, ada 2 bijik dokoh besau kat badannya, tapi selepas few hours pakai, aku cabut. Hiks..I dont like it. Masa beli awal2 dulu takde le trending sangat. but kemudian macam kes yang top fishtale aku beli mahal aritu gak lah, dah beli baru perasan oh my merata2 ada jual. So ini pun sama gak ler, udah ler aku rasa masa beli bayau mahal a bit, some more aku amik 2 colours lak tuh. Hish…

 IMG_5524

I sarung dari awal pagi terus pi kerja, biasanya aku akan menyalin dalam kereta but dah nak mood mood raya nih and biarlah ramai orang tengok yang aku dah pakai dulu kain baju dokoh nih hahahaha, walaupun orang nak pakai masa raya, so aku dah pakai awal2 dulu. After work I terus pi event, unlike last year, cantik je aku awal sampai tapi taun nih aku sesat. Bila heavy traffic, aku baca waze pun lintang pukang dah salah masuk simpang. Husband sampai dulu than me. Haiyahhhh…Kitorangkan split asing2 locationnya, kebetulan dia ada conference that week so dapat ler join sekaki aku masa nih

IMG_5542

The same cronies for Astro buka puasa, wajibul untuk yearly event. Sesatunya event yang insyallah i never miss kot, lelain mungkin akak pass batton but this one wajib. Tapi sayang kepayang as years goes by, ai dah tak rajin nak snap gambar2 artists and specially with the handbags yet itulah trademark. Let the job goes to Beautifulnara 🙂

This is Beautifulnara and Redmummy’s teams

IMG_5553

Pun gambar yang ada full outift untuk hari tu selain yang di rumahlah…with the journalist from Metro, Syanty Octavia. Unik giler nama ko dik oi….

IMG_5633

The  next day nya ada lagi buka puasa di luar, kali ni boleh bawak the Red Family.

I rushed back home nak amik kids, patut RD datang terus ke Convec but he dapat habis conference awal and kita bertogether2 ler satu keter je lagi senang.

IMG_5681

We parked at KLCC but we jalan ke KL Convec, so banyak pitstops ler coz aku menyinggah habib ler (again) singgah memacam tempat gak lah..

IMG_5692

The red boys…

IMG_5705

Sebab banyak persinggahan, banyak le jugak gambarnya gak hahahaa

IMG_5770

hantu choc cake betullah budak ni

IMG_5823

habis buka puasa kita jalan kaki dok kejap kat depan park

IMG_5827

tetiba tourist sebelah tu tanya abang camne nak gi Pudu Raya, menggelupur le anak aku nak menjawab, mana le dia tau Pudu Raya tu mana apa bagai. Mamat tu nak pi Genting esoknya so esoknya la gak dia nak ke Pudu Raya. Den ajar ler sesikit on how to get to Pudu Raya from KL nun..

IMG_5643

Kok ada yang ingatkan akak merah beli bag baru coz ada paperbag Chanel tu tak de ler dik oi, dalam tu ada our telekung, banyak paperbags dalam keter tuh so kakak tak nak bawak bag besau yang biasanya kita usung dalam bulan puasa ni for berbuka bagai, so pakai le paperbag tuh.

So ini kain purple yang berdokoh yang akak tak cabut, sama sebijik dengan yang pink atas tu gak, cuma yang pink tu asalnya ada 2 dokoh gak tu yang akak cabut. Hok nih aku saja tak nak cabut. So dedua dah pakai sebelum raya, and dah boleh let go hahahaha. Tak tau ler bila masanya nak pakai lagik. Biasanya bebaju macam ni aku pakai sekali je kot.

Kakak punya dress jubah taun lepas pun semua aku dah let go since dia dah makin tinggi, itupun sama max dia pakai pun 2 kali je dalam setahun, so sangat molek cantik pekerti lagi. It will end up to my nieces gak nanti, barang baik lagi kan.

There, the stories of my kurung suraya, namanya kurung 2 dokoh nih.

Nanti aku pakai Minaz pulak, itu lagi ler kawan aku pi tolong belikan, siap tak tidur lagi tu beratur pagi buta depan butik depa, wohai…..nasib baik le dapat. Kalau aku nak pergi beratur bagai tu memang hidok le dik oi, akak tak koser….Berebut2 betul orang nak pakai Minaz….ai dapat 2 helai, one is online one lagi pulak tu yang kawan akak tolong belikan.

Comment: 1

Marie France Bodyline’s ART :)

So now you know dah yang akak memang under treatment of Marie France Bodyline, dah few months gak lah actually, though the post of this is out a bit late. So I have dropped few kgs and reshaping of the body pun dah memang nampak hasil. But of cos ler, kita memanja sikit, kadang-kadang saje nak test power naikkan balik coz nak tengok dengan treatment Marie France, dia turun tak hahahaha, mengada la sangat kan. Alhamdulillah, so far memang ada hasil ler.

Jadi to introduce you satu lagi treatment yang akak buat. Oh by the way, ada orang dok ingat dok manjang ler ada wrapping wrapping ni kan, oh itu bukan di MFB yek, memang ler ada tapi dalam 20 treatments, wrappingnya 2-3 kali je pun. So setiap kali buat treatment, bertukar-tukar dan pelbagai jenis lah treatmentnya yek. It s 2016 dude, mesti ler treatmentnya dah advanced.

The treatment yang akak nak cerita ni is called Acoustic Radial Therapy (ART). Berdengung idgham nak menyebutnya! Tapi akak ada terms untuk setiap treatment yang akak amik ni, macam ni akak namakan, the ‘pistol bang bang’. Hahahahaa….  mau tak nya, dia punya machine tu macam pistol je bila dia tembak kat peha/perut kita.

So untuk jangkamasa dalam 10-12minutes, pistol tu, eh sebenarnya it s called Vacuum ler. So dia akan macam sedut sesaat dua kat skin kita tu. Kalau banyak lemak, macam kat perut tu so tak de le terasa sangat but kalau kat yang kurang lemak, hah akan terasa dia punya sedut tu. Kalau aku tulis sini dalam bahasa Marie France, berpinau nak memaham hahahahha, jadi aku pakai bahasa aku je lah, senang korang nak get the clear picture.

Vacuum tu tugasnya nanti untuk smoothkan semula skin kita, yang berlemak krim sangat nih, reduce cellulite yang degil bonar tuh, increasekan lagi firmness kulit kita dan so on. Yang pentingnya, remember, Marie France is not about to lose your weights but to reshape back your body, jadi treatment ART ni memang wajib korang kena apply.

Lepas dah habis vacuum nanti depa akan massage on area dengan minyak silhouette.

Hangpa pun janganlah pergi treatment Marie France but pastuh balik makan nasi 2 pinggan, ayam golek sedulang, air manis bergelen-gelen. Kena ler jaga makan minum. Aku memang tokan air suam, so itu ler my day to day air. Ada kalanya je ai minum kopi o, itupun jarang-jarang. Teh tarik, nak dapat segelas lam seminggu pun, tidak jugak. So berjaga ler. Ko nak badan melecun ke tak, kalau tak nak, hah makan le ko berkoyan pun. Tapi pastu sibuk melolong, nak kurus nak kurus. Der…. look who’s talking.

marie-france

Not just that, ai pun masuk gym, but bukanlah main exercise semua tu, akak main squash jer. Dulu years ago akak suka le main gym tu but dicampakkan dengan squash, ai prefer lagi mengadap squash. Seronok! I make time for all these. Twice a week ai pergi Marie France, twice a week lagi masuk court for squash. 4 times a week, full house! Satu hari bekerja jer hari ai pergi jalan-jalan ronda KLCC or makan. Ye, 4 hari treatments with Marie France and squash tu, ai tak makan yek, coz kena jaga maaaaa.

Let s do the same thing, have a healthy life, not coz of your husband, or people around you, but untuk diri sendiri. Self motivation sesama. Marie France Bodyline is having promotion right now, do drop by at their outlets – ada promotion yang sesuai untuk lapisan umur daripada 20an ke 40an. Visit Marie France Bodyline’s website for more information.

Comment: 0

Vendeur Festival, wajibul visit.

IMG_5293

Siapa ada pergi the Vendeur Festival kat Matrade arituh? sorry ler dah abis, 2 hari jer, itu pun sampai kol 2 pagi depa bukak. Akak pergi yang on Saturday, asal cadang nak pergi right after Zuhur but banyak hal ler pulak kat rumah. Some more nak tunggu abang balik dari visit Sejarah dia (he chose the Muzium Negara, anak korang pilih mana?), tu yang lagi lambat keluar rumah.

IMG_5276

abang bawak the camera for his project but adiknya terus sebat tak nak bagi tinggalkan, jadi kulu kilir ler dia membawak camera tu hah, banyak giler dia amik gambar yang bembukan. Lambat abangnya tidur malam tu dok delete gambar yang adiknya amik, abis tu takkan  nak transfer semuanya ke PC pulak….

IMG_5278

Basically shopping raya kali ni untuk abang, dan sikit untuk aku. Itu perancangan asal ler. Yang benornya, aku punya lagi banyakkkkkkkkkkkkkkkkk dapat hahahahaa. Abang nakkan jubah, his baju melayu ada jerr but he tak nak pakai baju melayu, first day nakkan jubah. Of cos have to go for red colour. First booth ni je dia dah tertawan but RD and I tak setuju. Selain harganya yang terlampau mahal (for the quality we can get better price), warnanya dan design macam biasa sangat merata ada.

So kita KIV dulu booth nih, if dah bertawaf pun tak jumpa baru kita amik ni lah.

IMG_5282

dont think aku amik something from this booth, Seleksi Akma brand rasanya but aku ada banyak tops baju dari depa, bought from Zalora. jadi tak dapat ni pun tak kisah jer…

IMG_5284

Terpegun Zeeshan tengok tv tu punya iklan hahahahaa….

IMG_5289

I kan tak pergi Jakarta tahun nih, by right dah nak siap terbang pun hari tuh, sekali tengok passport aku kojol dah rupanya hikss…aku lagi rela pergi Jakarta dari pergi beratur renew passport so batal trip Jakarta. jadi tak dapat le menyopping kain baju raya di sana.

IMG_5319

Got to meet Nisa Kay at one of the booth

IMG_5337

Sebelum kita jumpa PenMerah’s booth, abang dah nampak replika patung Chazynash tuh kat luar and he s so excited sangat. Yelah dia ni fan to Chazynash tu sangat. So terus kita mencarik boothnya. Cikta pun ada gak kat one of the booths (ash annas, aku tak beli dah situ, dulu2 dah penah beli).

So jumpa je booth Penmerah, terus carik ownernya yang also my blogger fren, my dik angkat too. I hv known her for so longggggggggggggggggggggggggggg.

Abang terus tried ler the Jubah Lima Waktu, he would like to get 2 pcs, the red and the blue. Wrapped it up and Anne Raihan bermurah hati to sponsor the 2 pcs of jubah lima waktu for Abang. Rezeki ko lah sangat bang, walaupun sponsor, harganya logik gak lah better dari booth yang sebelum2 tu abang dok nakkan. Punyalah abang peluk cium jubahnya, suka betul dia dapat jubah idamannya dari booth and his fav celebrity pulak tu.

Malam tu kat rumah dia dok menerai2 lagi, betul2 gembira dia dapat the jubah lima waktu nih. Thanks Anne for the sponsorship.

IMG_5341

dalam banyak2 barang kita shopping, abang hanya pegang his paperbags of jubah lima waktu jer ahhahaha…lelain bapaknya yang pegangkan.

Rasanya tak sampai 2 jam pun kita shopping kat sini coz kita dah nak gerak berbuka puasa di Cyberview Resort & Spa. But walaupun sekejap aku dapat gak sebat 13pcs of baju raya for me hahahahaha….Maybe 10setslah yang lagi 3 tu lah is the pairnya. Pantas tak pantas?? hiks…

Ada jugak yang kenal Kak Red so i dapat sponsor give away from the booth owner jam jam masa tu jugak, I will definitely instagramkan each of them for sure. But baju2 akak tu, tak semua pun for raya, ada jugak for events and also for office/casual wear. Bahaya ler pergi festival raya macam nih, never balik dengan tangan kosong!

Untuk kakak pun dapat 2 pasang jubah dress too, yang satu tu common sangat berdokoh2 gak but dah dia nak sangat, boleh ler tu kak…

Nothing for abahnya or adiknya, dedua dah settled awal2.

IMG_5371

So kita berbuka di Cyberview, as a courtesy from the hotel for our relationship. Sedap sangat!!!

IMG_5393

dan as mentioned berbuka puasa di Cyberview ada kids corner, disinilah Zeeshan melepak lepas dia dah kenyang makan (he ate first sebelum azan).

Masa kat Matrade sebelum tuh, tengah aku sibuk pilih baju, tetiba dia hilang dari pandangan. Kitorang split berempat mencarik dia, rupanya dia dah keluar dari building to the center area (sebelum to the next building) main kat situ. Luruh jantung aku heh. Lepas tu sekali lagi dia hilang pun dia pergi tempat yang sama. Situ memang le ramai bebapak yang lepak ngan anak2 kecik dok main situ yelah jenis yang tak nak ikut bini pi menyopping kat dalam kan, tu yang Zeeshan join situ ada gang2 dia anak sesapa tah dok buat main. Hish budak kecik nih.

Dah jumpa yang 2nd round tu aku tinggalkan depa and terus lari masuk dalam sambung amik kain baju yang aku baru nak beli sebelum tu tak jadi2 dek anak hilang kejap dari pandangan.

I love this Vendeur Festival, dah 2 kali aku pergi (last year tak pergi), 2 years ago lagi ramai orang. Masa this time aku pergi tak de le ramai sangat, mungkin coz baru first day, but if depa buat lagi taun depan insyallah aku nak pergi lagi jugak. Ada aircond, tak sesak, parking pun smooth ada RELA jaga, kira i ll come back lah. Dah takde dah benda nak shopping, skang aku ngah shopping kuih2 raya pulak, dok tunjuk2 sana sini heheheh….This week depa ada buat kat Kota Damansara but aku lagi suka pergi yang kat Matrade.

Comment: 1