Nasi Hujan Panas antara hidangan menarik Buffet Ramadhan 2017 di Tropicana Golf & Country Resort!

.

.

SAM_2489

Terus terang cakap inilah pertama kali Akak dengar, nampak dan rasa Nasi Hujan Panas ni 🙂 Boleh tahan jugak sedapnya 🙂

 

SAM_2495

 

Sekejapan jer dah masuk bulan Mei, so itu tandanya bulan puasa pun akan tiba tak lama jer lagi. Macam tak percaya kan?

Akak tau ramai yang tak sabar menunggu bulan Ramadhan yang mulia ni. Bukan sahaja bulan puasa ni untuk kita semua menambahkan lagi amal jariah ibadat kita semua tetapi juga menambahkan lagi berat badan kita dengan buffet-buffet ramadhan yang menghidangkan pelbagai hidangan yang mengiurkan hiks 🙂

Dan salah satu semestinya Buffet Ramadhan di Tropicana Golf & Country Resort

 

SAM_2496

Tahun 2017 kali ini, dengan tagline “Santapan 29 Malam“, hidangan buffet Ramadhan di Tropicana Golf & Country Resort memang mengancam! Their Palm Coffee House sekali lagi akan bertukar rupa menjadi festive bazaar untuk kita bersama-sama menikmati juadah yang tersedia.

Of cos Kambing Bakar Golek dan Nasi Arab Kabsa menu wajib tidak ketinggalan 🙂

SAM_2490

SAM_2486

Masakan panas istimewa seperti Nasi Kerabu, Laksa Utara Asli, Ayam Panggang Kuah Percik, Ikan Jenahak Tumis Cili Hijau, Udang Segar Majerin Masak Nestum dan Daging Salai Masak Kuah Lemak Cili Api antara yang akan disajikan.

Daging Salai Masak Kuah Lemak Cili Api tu Akak sampai hirup abis kuahnya, alahai sedapnyaaa…

SAM_2473

SAM_2464

 

Persekitaran yang diolah seakan pasar Ramadhan, begitu meriah di segenap penjuru terhidang masakan yang boleh menggugat citarasa dan terkenang memori lama, seperti Gulai Kawah, Otak-otak, Ketupat Palas berserta Serunding Ayam dan Daging, Lemang, Pulut Kuning Diraja, Nasi Minyak Aneka Kacang dan bermacam-macam lagi.

SAM_2484

SAM_2481

 

Memang tak tau nak makan apa, semuanya nak makan, tapi takut pulak diet lagik hiks 🙂 Tapi tips Akak satu jer, cuit sikit-sikit yang kita nak makan, so at least merasa la semua hidangan. Tapi kau menu hidangan dia melaut banyaknya, memang tak kan larat kot nak makan semua, even rasa sikit-sikit pun!

Ditambah pula dengan Lamb Masala Berempah, Aneka Sup. Ha salah satu sup ialah Sup Gear Box Lamb! RD try makan hari tu berdesup dia sedut, yummyyyyy

SAM_2443

 

Untuk pencuci mulut pula, of cos buah-buahan tempatan memang ada terhidang, di tambah pula dengan Aneka Kuih Muih Melayu, Cakes, Bread Butter Pudding with Vanilla Sauce, Pengat Pisang my favourite ni, Cendol Durian, coconut crisped Apam Balik, Pisang Goreng Cheese dan banyak lagi.

Minuman pula sudah semestinya ada Teh Tarik dan pelbagai minuman sejuk yang lain.

SAM_2439

Spread yang beso dan panjang, hujung ke pangkal bagai. Pelbagai kaunter dari hidangan barat, melayu, chinese seperti Dim Sum pun ada di sini. Tepuk dada sendiri la nak makan apa, most of it memang menepati tekak dan citarasa korang.

 

IMG_5137

Memang setiap tahun Akak menjadi tetamu setia Buffet Ramadhan di Tropicana Golf & Country Resort. My family cakap tempat ni memang wajib pergi untuk buka puasa. Depa masing-masing dah ada favorite dishes masing-masing la tu.

So berselera tak? Akak yang tulis ni pun telan air liur ha! Jom sesamalah kita berbuka puasa di Tropicana Golf & Country Resort nanti.

 

Satu rahsia Akak nak cerita, untuk lebih jimat, cepat-cepat beli Early Bird vouchers sebab harga dia lebih murah dari harga biasa. Tapi kena cepat sebab Early Bird vouchers hanya boleh dibeli sehingga 20th May 2017.

Harga Early Bird vouchers – Adult Mon -Thu = RM86, Fri to Sun/Public Holiday = RM96. Children Mon -Thu = RM43, Fri to Sun/Public Holiday = RM48

Dan kalau beli lepas 20th May, the normal rate is applied which is

Adult Mon -Thu = RM106, Fri to Sun/Public Holiday = RM116. Children Mon -Thu = RM48, Fri to Sun/Public Holiday = RM53

So buatlah pilihan yang bijak 🙂

Untuk tempahan “Santapan 29 Malam” ini, boleh hubungi nombor telepon ini:

03-7804 8888 ext 306/325 atau 03-7804 1919

 

Ok jumpa korang di Buffet Ramadhan 2017 @ Tropicana Golf & Country Resort nanti!

 

Comment: 5

Sweet little thing…

U know i hardly see my husband during weekdays.

Bila dia balik kerja, aku dah tidur. Bila aku pi kerja, dia baru nak masuk tidur (the tidur yang 2nd round).  So sebulan 2 nih aku buat rules, he has to make an effort to come down to KLCC to lunch with me. kira kalau biasa dari rumah dia pergi kerja, so tukar plan, sehari lam seminggu tu, dia kuor awal, to lunch with me and baru dia terus pi kerja.

the unique partnya, aku pergi kerja tu, pas bersalam bagai, dia bukan bother ngan apa baju yang aku pakai. but kang nanti pas dia bangun, dia layan igstories aku, so dia tengok bininya baju kaler apa….dan dia datang dengan baju warna yang sama. So sweet….ceii. kembang la tuu…

IMG_2704

white day

IMG_3420

ijau pulak

  IMG_4008

blue biruuu

IMG_4822

fink  fink oren

yang ni lain kes, aku pulak yang pi ke opis dia. Petang ler, I had an event kat near by his office, so dia temankan sama.  I was actually pakai merah pagi tu pi kerja, tapi dia nampak aku ada bawak baju extra letak lam keter…so dia pun tiru sama gak lah. He doesnt has pink sangat…jadi oren pun bolehlah…

IMG_5230

ini baru lagi, this week’s date. I pakai hitam, dia pun datangggggggg dengan itam kaler gak.

Selain dari kitaorng lunch, of cos le ukur jalan KLCC. but one day aku kena bawak dia makan kat Wisma Central yang sebelah KLCC tuh, itu setaun sekali pun aku tak pergi kot hahahaha…tapi coz dia suka benau ngan malay’s food, jadi WC tu memang lubuk sangatlah that kind of food memang melambak. Just paneh je lah….

IMG_5258

yang ni pulak, aku amik half day (right after abis dating lunch ngan laki aku, he went to work, aku pulak terus balik).  Jemput Zeeshan awal dari sekolahnya and terus dok lepak QB, sambil buat latihtubi exam (he is sitting in saringan exam for cluster school), so memang kena cuba tukar environment pulaklah. aku cadang nak lepak le sampai pepetang lagik, tapi baru sejam aku dah nak terkencing, dahlah aku geli nak pakai QB punya toilet. cei…so kita balik, sejam cukuplah kat QB tuh. sambung di rumah.

sesekali kuor ngan anak2 tapi berlainan anak. Dulu2 pun aku buat gak but bila bz ke hapa lupa. But baru nih, abang and apaknya pi dentist, dari pagiiiiiiiii depa kuor sampai ke late petang. Dentist tu kejap jer, sejam lebih, tapi lainnya depa berjalan mengular to few places. Kira dating the boys 2 beranak lah gak.

Untuk kakak payah sikit, she bukan balik selalu, so ada kalanya bila balik pun, dah macam2 hal nak buat, and so takde lah sangat dating ngan dia, melainkan bawak sekali askar2 lain sama.

Just aku nyampahnya bila laki aku datang KLCC tu, bag laptop merah dia pun heret sama, yelah takkan nak tinggalkan laptop lam keter pulakkan. Hiks.

this entry…some sweet little things, for the marriage.

Comment: 8

Electrolux Dishwasher…

IMG_4844

Electrolux Dishwasher

 IMG_4843

This is the latest baby of the house. Product yang impromptu punya belianlah kiranya. Aku actually nak beli dryer dulu, but laki aku dok cucuk suh beli dishwasher first. Coz ni lagi macam diperlukan sangat. Well kat rumah tuh yang keje basuh plates bukanlah aku, goes to Abang. So aku memang nak memudahkan kerja dia sangat. Tak payah dah basuh2 pakai tangan kecuali periuk besar ke kuali sekawah bagai tu can lah.

So masa hari dedating ngan laki aku kat KLCC, aku nak beli terus but stock will come after a month. Haigh. Yang display dia nak jual dengan harga yang sama, which is not rightlah, Koman2 kena la ada depreciation sikit. dah dia tak nak bagi good price, aku pun balik rumah malam tu terus beli online. Lagi murah dari yang kat kedai ko tuh.

After 2-3 days pun sampai, but take about 4 hari kot baru dpt pasang coz aku macam biasa le tak caya kat laki aku kalau dia pasang. So better get the contractor to do. Makanya, ni siap lah dipasang oleh contractor. But coz we have space issue,  kat sini je lah yang boleh diletakkan.

Should have taken yang besau gajah but kang space issue lagi, some more aku ada chest freezer. Pastu long term plan kang kalau fridge rosak, if nak beli baru mesti nak amik yang 40 pintu (huh tak agak2), jadi lagi nak jaga space yang ada. So we settle with this je lah. Pun syukur sangat.

Aku tak basuh pinggan, so bukanlah aku yang pemalas hahahahah tapi aku menyenangkan kerja anak aku, si abang tuh. Or for kakak bila dia balik rumah from the hostel.  That s ok, i told kids already, ever since takde maid, ada je gadget yang make your life easier, mami will buy one. Insyallah.

Skang nih yang pending is the dryer, tu pasal the space issue. Masih lagi ngah pikir camne, kena panggil ahseng gak nih. Masa buat rumah tu, tak pikir nak ada dryer bagailah. ada le pikir but aku ingat nak tunggu w/machine ni jahanam dulu bagai baru lah beli dryer kan, so masih lagi timbang kati. Ada w/machine yang dah siap ada dryer one at a time, so maybe kita amik tu. Ke camne tengoklah. aku ni kalau tak dpt offline, aku beli online jerr. Lagi laju. hahahaha….

 

IMG_4542

bila pakai dishwasher  ni pulak, satu hal mencarik the maknek sabun dia. Bukan senang nak dapat hoi. Lam KLCC takdak, Tesco tarak, markets rumah aku pun yang melambak tu pun sama takdak. Bila google, semua marketsnya kat tempat2 rumah orang kaya sana. Jauh le lahai. But a fren of mine bagitau maybe ada kat Village Grocer Avenue K. So aku called, and supervisor tu very helpful to wassap aku gambar the brand yang aku nak nih. Finish brand is the famous one yang orang pakai for dishwasher lam Malaysia nih, jadi aku pun quickly ler pergi beli, hari tu gak. Since ada 4, pikir nak amik apa…so salt wajib. Powerball lagilah wajib, seterusnya is the liquid tu. Ini all arahan dari laki aku lerr…dia yang suh beli tu beli nih. My frens pun ramai yang suggest ni gak.

Cos dah tak pakai lagi tangan for basuh dishes, pakai le lagi tapi pakai untuk basuh yang bebesau je seperti kuali kawah segala kan. Jadi the stand dryer yang ada 2 sets tu, satu hok tinggi tuh aku dah simpan terus kat attic. Tak payahlah pakai bebanyak, pakai satu ni je sudah. To give space.

Anyway sejak dah ada dishwasher  nih, basuh sekali waktu malam jer. Kumpul bebanyak siang buta hari nya pinggan cawan bagai, dah nak tidur malam baru machinekanlah. Sok kuorkan jer dari dishwasher nih. Senang hati…sinki aku pun berkilat2 pasnih hiks….

IMG_4888

Jadinya begitulah, satu lagi supermak’s stuff dalam bucket list leh checked. Specially for abang, my son situkang basuh pinggan di rumah, to ease his life.

Oh speaking of this gak, if let say le aku berubah lagi pikiran sok sok nak pi beli dryer kan, apa yang molek? The brand lah, tak kisah ler just dryer or the washing + dryer.

Thanks for your tips.

Update: Chop chop, takyah bagi idea dah on the dryer….aku dah beli kau hahaha….(entry ni was done before akak beli, but now bought ordy). Later2 I show show riak takbur lah…

 

Comment: 9

Chanel and LV…

 

IMG_3852

let s do some sembang2 a bit bout my cats.  anak2 aku gak nih.

few weeks ago, Kathy tak balik rumah 2,3 minggu, pastuh dia balik sekali jer….tupun sekejap, for makan. Kemudian till now, dia dah tak balik2 tak nampak bayang at all. Aku pun dah stopped beli cat foods for porch, coz dah takde stray cats yang nak dibagi makan. Bila dah takde Kathy, tak taulah kalau dia balik ke tak bilanya, barulah  nanti kita bagi the blackwoods ke camna. Coz stray cats lain pun, bila tengok dah takde food depa pun dah tak datang our porch. no more.

So hanya ada 2 cats je lah yang aku bela totally skang nih, yang dedua pun diva dalam rumah, tak boleh keluar at all. Kadang2 ada gak depa terlepas sampai ke porch tapi dah huruhara kena masuk rumah semula.

IMG_3861

 

so makcik nih, dekat sebulan aritu dia dok rumah bf dia, masih gak tak mengongkeknya. Dok kenal2 tak sesudah. So aku amik dia balik. Belum 2,3 hari balik, dia start bunyik nak matting. Stress betul. Lagi teruk bunyiknya dari first round punya matting. Jadi dah tak tahan, hantar dia semula ke rumah bf dia, siap tukar bf lagik, kira 2 bfs tried to kekawin ngan dia, failed to do so. Tak tau ler apa yang dia gataikan sangat. dok mekak nak jantan pastu termalu2 pulak tak nak. I think tak sampai 2 minggu kot kali ni, or max 3 aku pun dah lost count, aku amik dia balik. Rindu wor kat dia. lagipun sian LV, no fren at home.

IMG_3849

first day Chanel balik rumah, langsung dia tak nak fren ngan LV, padahal sebelum dia gi matting tuh, dia dah kekenal gak ngan LV. Itu LV macam scene, ai nak fren you, why lah you marah2 ai,camtu lah. Tu pasal LV macam dok jauh je dari mak singa nih…

IMG_3871

hok makan pun, LV dok sama menebeng ngekor Chanel. Wpun dia dah kenyang pun dia nak being kepohcik lah. But Chanel berlagak 2,3 hari jer, pastuh skang dah fren2 sangat ler ngan LV. Tapi gaya fren dia macam, muka masam but terpaksa melayan. Sort of.

IMG_3863

budak ni sekali tengok muka macam tak jelita pun but kemanjaannya sangatlahhhhhhhhhhhhhhhh make me happy betul. I love her so much. Seriously, she s so manja super duper!

 

IMG_4533

manja yang begini. she tidur with me. Tidur atas badan aku. Setiap malam, never miss. Wpun sejak Chanel balik, sian Chanel dah tak tidur sama ngan kami dah, mbe dia tau dia dah besar dah gemuk dah tak muat katil kot coz ada si LV lagik. Ada ler sekali one time dia tidur kat port dia tidur between aku ngan laki aku but pastuh bila LV naik katil sama, dia pun turun blah. Cik ati kot hahahaa….

so now is LV’s turn lah. tapi dia punya manja hish…mmg just nak atas badan aku jer. Pastuh bila laki aku balik kerja, dia kena moved lah (laki aku yang ngalihkan dia). but tak jauh pun kang dia datang balik, atas pala aku, ada ler keliling aku laki bini si LV nih. For Chanel, she lagi sayang laki aku kot. kaki laki aku tu sentiasa dia carik, dia suka kaki laki aku belai2 badan dia. Kena kaki tau, bukan tangan. Itu memang dari dulu pun, dia nak ngan laki aku sejak dia kekecik. Sebabkan tu lah kesnya aku beli LV, coz dia tak berkenan ngan aku.

Now that i have LV, so balancelah. Vacci depa semua pun on track. Btw selagi Chanel tak pregnant for d first time, selagi tu lah aku takkan neuter kan dia, LV’s one ni nanti pikir. May ni Chanel turns 1 year, yippiiii…….

Comment: 9

Mak Ajah…

IMG_4315

IMG_4308

 

My mom or famous as Mak Ajah in this blog, even ramai had met her personally, is not well. Ada kala sihat, ada kala tak sihatnya datang. Same goes to my dad. I went and visit her, with my red family….anak2 urut kaki tangan mak ajah and she wants me to mandikan her, so dapatlah aku mandikan bersihkan badan mak, shampoo rambutnya (sampaikan mak cakap, wui sedapnya ko shampoo rambut mak), aku buat sebijik yang macam kat saloon tuh. Lap badan and siapkan dia, berbedak sikat rambut segala…and bersolat. Pastu makan.

Memang hampir menitis airmata waktu mandikan mak, melihat ketuaan ibuku, dan kesihatannya yang tidak molek. Maafkan dosa salah silap anak2 cucu mu ini. Doakan semoga kesihatan mak abah and mak mertua baik kembali, dipanjangkan lagi usia mereka dan dalam lindungan Allah sentiasa.

Comment: 9